You are on page 1of 10

MPU 2172

(PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)

TAJUK :
PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

NAMA : MUHAMMAD SYUKRI BIN ALIAS


PROGRAM : 1 DMA
KAD PENGENALAN : 040815-05-0065
KAD MATRIK : NKV0122DMA014
PENSYARAH : PN YUVARANI A/P KRISHNASAMY
TARIKH : 24/2/2023
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA


SURAT
1.
PENGENALAN 3

2.
PERPADUAN
4-5
 Konsep Perpaduan

 Detik Perpaduan dan Detik Perbezaan

3.
KESEPADUAN

 Konsep Kesepaduan 6-7


 Defisit Sosial

4.
PENYATUPADUAN

 Konsep Penyatupaduan 8
 Dasar Perpaduan Negara

5.
REFLEKSI 9

6.
SUMBER RUJUKAN 10

PENGENALAN
Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat
kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke
arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Pembinaan kesepaduan
nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi yang kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban
menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan kepada peringkat
individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Hal ini menunjukkan
kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus-menerus
dimantapkan.

Kepelbagaian masyarakat menimbulkan berbagai-bagai cabaran kepada sesebuah


masyarakat, seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai etika dan
peradaban yang berbeza dan terjelma dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-
masing. Namun, kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia,
berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan
tawar-menawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa keamanan,
kestabilan dan keharmonian Malaysia semenjak merdeka. Hal ini menunjukkan
kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus-menerus
dimantapkan. Hal ini dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak
serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang
telah dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan.

Tiga konsep keramat “perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan” adalah


permulaan melihat dan menyusun segala yang rumit dan pelbagai konsep dalam
sosiological imagination kita berkait dengan masyarakat plural/majmuk. Bertolak
daripada tiga konsep keramat ini sebagai suatu kerangka besar lagi luas akan dapat
pula nanti kita mengupas satu persatu apakah isu sosial, ekonomi, politik dan lain-lain
lagi isu yang sering menduga kehidupan manusia bermasyarakat.

KONSEP PERPADUAN
Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, perpaduan atau
solidariti dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara. Menurus Kamus Dewan Bahasa 1994 pula ialah mentakrifkan
sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu
bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.

Haji Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga,
fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju.
Secara umumnya, perpaduan merujuk kepada satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.

Perpaduan ini sangatlah penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang
memerlukan kesatuan dan kesepaduan dalam kalangan masyarakat dalam budaya.
Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan oleh seluruh rakyat Malaysia, namun
hal ini sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan.

Pada 13 Mei 1969, iaitu satu kejadian yang terlalu banyak perbezaan terumata
daripada sektor ekonomi. Selain itu, pada tahun 2015 iaitu himpunan merah, dimana
himpunan tersebut ialah perhimpunan kaum Melayu sebagai protes untuk melindungi
hak mereka.

Oleh sebab itu, perpaduan nasional menjadi misi terpenting bagi negara dan perlu
kerangka bersifat komprehensif yang mampu menterjemahkan wajah kerencaman
masyarakat majmuk Malaysia. Bagi mencapai misi ini, masyarakat perlu mewujudkan
nilai kesefahaman, tolak ansur, dan saling hormat-menghormati. Kesantunan insan
dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu
dititikberatkan serta difahami oleh semua pihak.

DETIK PERPADUAN DAN DETIK PERBEZAAN


Detik perpaduan dan detik perbezaan adalah saat yang boleh dilihat berlaku
dalam kehidupan seharian masyarakat majmuk di negara kita.

Detik perpaduan merupakan detik yang mampu melihat masyarakat majumuk


mencapai kesepaduan melalui nilai kebersamaan, toleransi dan saling menghormati.
Detik perpaduan dapat dilihat melalui detik-detik masyarakat ketika pergaulan mereka
di suatu tempat seperti pasar, mengadakan majlis perkahwinan dan sebagainya.

Detik perbezaan dapat dilihat dengan berlakunya isu-isu yang menimbulkan


konflik antara kaum. Terdapat segelintir masyarakat juga sering membangkitkan isu-
isu sensitif seperti isu agama, bahasa, hak keistimewaan orang Melayu dan
sebagainya ( Mohd Anuar et al. 2018 ).

Perkara ini memerlukan kita membuat suatu anjakan imaginasi sosiologikal,


daripada yang berpaksikan kepada “perpaduan” kepada “kesepaduan”. Hakikatnya,
perpaduan yang diidamkan oleh manusia yang masih belum wujud itu adalah
berasaskan suatu matlamat akhir bersifat utopia yang tidak dapat dilaksanakan iaitu
unity is uniformity atau perpaduan ialah kesamaan atau kesatuan, satu bangsa, satu
agama, satu bahasa atau satu negara.

Justeru, unity is uniformity hanyalah satu gambaran tentang suatu masyarakat


yang sempurna yang tidak boleh menjadi kenyataan.

KONSEP KESEPADUAN
Kesepaduan ialah satu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam
terhadap perpaduan seterusnya mempengaruhi para anggota tersebut untuk merangkai
pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan.

Kesepaduan sosial tidak bergantung kepada persamaan sosial, homogeniti nilai,


pendapat atau mengkehendaki setiap orang berkongsi persamaan kepercayaan dan
gaya hidup. Mewujudkan kesepaduan sosial sekiranya mampu menepikan
ketidaksamarataan, keterpinggiran etnik, kelas sosial, kewarganegaraan atau sebarang
perbezaan dan dapat mengurangkan jurang atau kesenggangan sosial, konflik dan
ketidakpercayaan.

Himpunan usaha ini umumnya adalah bersifat fenemonologikal kerana


berpaksikan prilaku, bukan bersifat struktural yang berpaksikan institusi. Oleh yang
demikian, dalam konteks pembentuka kesepaduan sosial sebagai suatu fenomena
praperpaduan, peranan agensi bersifat “takrifan harian” jauh lebih penting dan
berkesan daripada struktur atau institusi yang bersifat “takrifan autoriti” kerana setiap
anggota masyarakat majmuk adalah bebas untuk bertindak dan berperilaku
prokeamanan, prokeharmonian dan antikeganasan semi survival diri, keluarga dan
kelompok sosialnya.

Perbincangan berkaitan dengan kesepaduan sosial bukan sesuatu yang baharu.


Tokoh Sosiologis, Emile Durkheim telah memperkatakan keadaan kesepaduan sosial
dalam karya beliau melalui konesep kesepaduan mekanikal (masyarakat praindustri)
dan kesepaduan organik (dunia moden). Di Malaysia, Shamsul Amri Baharuddin telah
mengetengahkan konsep kesepaduan sosial yang diletakkan sebagai formula penting
untuk menguruskan masyarakat majmuk.

DEFISIT SOSIAL
Defisit sosial ialah kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha
penyatuan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan. Kekurangan ini
disebabkan jurang perbezaan dari segi persepsi dan pendapat dalam kalangan
kelompok yang berbeza bermula dengan individu, keluarga dan masyarakat.

Antara kategori defisit sosial ialah etnisiti, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa
jurang generasi, gender, politik generalisme, ruang (bandar/desa) dan media
(Kartini,2019). Defisit sosial dari segi pembinaan bangsa pula melibatkan isu-isu
berkaitan etnik, bahasa, budaya, agama,kekeluargaan, raja, Perlembagaan
Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri, sejarah dan lain-lain.

KONSEP PENYATUPADUAN
Penyatupaduan ialah proses menyatupadukan iaitu usaha berterusan pada
peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berhawanakan
tapak integrasi berprinsipkan tawar-menawar, perundingan dan mediasi. Keadaan
kesepaduan sosial yang masih belum mencapai tahap perpaduan ini memerlukan
mekanisme penyatupaduan sosial untuk memastikan hubungan persaingan yang
wujud dalam kalangan pelbagai kaum dapat hidup secara harmoni.

Usaha proses penyatupaduan oleh kerajaan apabila terbinanya satu model


integrasi kesepaduan nasional yang dinamakan sebagai Indeks Perpaduan Nasional
2018 (IPNas). IPNas merupakan rujukan untuk mecipta usaha membina tapak
integrasi dengan menggunakan panduan Mengenalpasti Kategori Defisit Sosial untuk
memperbaiki kekurangan tersebut.

Mediasi di sini ialah satu langkah intervensi bagi menyelesaikan konflik dalam
masyarakat dengan melibatkan pihak ketiga yang bersifat neutral. Ketiga-tiga asas ini
digunakan bagi mencapai kata sepakat dalam mengatasi defisit sosial seperti bahasa,
pendidikan, jurang generasi dan beberapa lagi.

Tapak integrasi ini wujud dalam bentuk dasar, acara sukan, festival budaya,
perayaan agama, seni muzik dan budaya dan sebagainya. Pelbagai ruang dan peluang
dicipta dan direka bagi membolehkan tapak integrasi sentiasa ada dan muncul silih
berganti. Tapak integrasi ini boleh dilihat dalam bentuk Atas ke Bawah seperti
kewujudan dasar-dasar pembangunan yang direka oleh pembuat dasar seperti
Rancangan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru dan aspirasi seperti Wawasan 2020 dan
TN50. Ianya juga boleh wujud dalam bentuk Inisiatif Akar Umbi seperti pelaksanaan
acara sukan dari inisiatif kelompok akar umbi tanpa penglibatan pemerintah secara
langsung.

REFLEKSI
Sesungguhnya, dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai
strategi, pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai
negara impian tersebut. Negara impian dan idaman kita bukan sahaja perlu makmur
dan maju dalam semua bidang, tetapi mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan
bersatu padu, serta mencapai integrasi nasional di bawah sistem persekutuan.
Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara yang menyaksikan rakyat berbilang
kaum, budaya dan agama dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Rakyatnya
memiliki kesatuan dan perpaduan yang utuh, sementara hubungan kerajaan negeri
dengan kerajaan persekutuan berada dalam keadaan harmoni sesuai dengan tuntutan
perlembagaan. Melangkah ke hadapan, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan
sastera Melayu, turut menyumbang ke arah kelahiran sebuah negara yang bersatu dari
segi kaum dan wilayah. Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan tunjang
kestabilan sosiopolitik di negara ini. kemajuan dan keutuhan bangsa.

SUMBER RUJUKAN
1. BUKU
 Modul Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU 2172), Semester 2, Tahun 1
Diploma.

2. INTERNET
 https://pemantapankesepaduan.blogspot.com/
 https://ilmupenghayatanetikadanperadaban.blogspot.com/
 https://jelajahilmusanubari.blogspot.com/
 https://eportfolio.utm.my/artefact/file/download.php?file=983043&view=251701
 https://www.studocu.com/my/document/kolej-vokasional-miri/english/folio-
individu-etika-test/23256028

You might also like