You are on page 1of 15

KOLEJ VOKASIONAL MIRI

JALAN JEE FOH 10,

98000 MIRI, SARAWAK

(UAE 1112) ASAS EKONOMI

TUGASAN INDIVIDU

NAMA PELAJAR NOR HISYAMUDIN BIN SERI


NO. KAD PENGENALAN 040910131525
NO. ANGKA GILIRAN K871JHPC020
PROGRAM PENGURUSAN PELANCONGAN

TAJUK FOLIO WANG DAN BANK

NAMA PENSYARAH ENCIK MOHAMAD NURUHISYAM MAHDI


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Konsep Wang 1

2.1 Definisi wang 1


2.2 Ciri-ciri wang 2
2.3 Fungsi wang 2-3
2.4 Contoh-contoh wang yang terdapat di Malaysia 4

3.0 Jenis-jenis bank 5


3.1 Apa itu bank pusat? 5

3.2 Fungsi bank pusat 5-8

4.0 Bank perdagangan 8

4.1 Apa itu bank perdagangan? 8

4.2 Fungsi bank perdagangan 8 - 12

5.0 Perbezaan di antara bank pusat dan bank perdagangan 12

6.0 Penutup 13

7.0 Rujukan 13
1.0 PENDAHULUAN

Wang dan bank ialah dua perkara saling berkaitan dan kedua-duanya saling
memerlukan antara satu sama lain. Wang dirujuk sebagai mata wang atau wang
kertas yang mempunyai status tender sah dan menjadi alternatif mudah kepada
sistem barter. Sistem barter pula merupakan satu sistem ekonomi manusia yang
digunakan pada zaman dahulu sama ada untuk sumber makanan, keperluan
hidup dan lain-lain. Manakala bank pula ialah sebuah agensi yang menguruskan
pengeluaran wang, peminjaman wang kepada para-para pelanggan

Di dalam kertas kerja ini, saya akan menerangkan tentang konsep wang ,
fungsi , ciri-ciri serta contoh wang di Malaysia. Selain itu, saya juga akan
menerangkan tentang jenis-jenis bank, fungsi dan contoh bank di Malaysia serta
perbezaan jenis bank yang dinyatakan.

2.0 KONSEP WANG

Wang selalu digunakan dalam rutin harian kita. Contohnya seperti


menggunakan untuk jual beli barang, membuat pembayaran dan lain-lain. Pada
zaman dahulu, sebelum wujudnya wang. Manusia menggunakan sistem barter
iaitu proses pertukaran barang dengan barang lain. Berikut merupakan definisi,
ciri-ciri, fungsi dan contoh wang.

2.1 Definisi Wang

Wang merupakan komoditi atau benda yang diterima umum oleh masyarakat
sebagai alat perantaraan pertukaran. Wang juga adalah mata wang semasa
yang mempunyai nilai hukum dan digunakan sebagai alat pembayaran untuk
pertukaran ekonomi. Ini terutama terdiri dari duit syiling dan wang kertas
termasuklah cek, kad dan wang elektronik juga telah disatukan dalam konsep ini
dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

1
2.2 Ciri-ciri Wang

Terdapat pelbagai ciri-ciri wang, Antaranya ialah, Pertama, Diterima umum.


Hal ini kerana benda yang hendak dijadikan wang mestilah diterima umum
sebagai alat perantaraan pertukaran barang atau perkhidmatan. Jika ianya tidak
diterima maka ianya tidak dapat dianggap sebagai alat pertukaran wang.

Selain itu, Yang kedua, Penawaran terhad. Ini kerana, wang mestilah
kuantitinya tidak terlalu banyak sehingga menjejaskan nilainya dan tidak terlalu
kurang sehingga menjejaskan ekonomi.

Yang ketiga, wang juga mestilah mempunyai kestabilan nilai. Wang mestilah
mempunyai nilai yang stabil serta tidak berubah dalam jangka masa panjang
atau pendek. Nilai wang yang tidak stabil dan sentiasa berubah secara tidak
langsung akan mempengaruhi ekonomi.

Seterusnya, Yang keempat. Wang mestilah tahan lama. Ini kerana, wang
akan digunakan untuk jangka masa yang lama. Wang yang tidak tahan lama
ataupun mudah rosak akan menyusahkan seseorang untuk menggunakannya.
Di samping itu,

Yang kelima, Wang mestilah sesuatu yang mudah dibawa. Bentuknya


mestilah kecil dan ringan supaya mudah dibawa di mana-mana sahaja dan
memudahkan sesebuah urusan.

Akhir sekali, Yang keenam. Wang boleh dibahagikan kepada suatu unit yang
lebih kecil. Ini kerana wang mestilah boleh dibahagikan kepada unit-unit nilai
yang lebih kecil bagi memastikan urusniaga dapat dijalankan dengan mudah dan
tepat.

2.3 Fungsi-fungsi Wang

Terdapat empat (4) fungsi-fungsi wang. Berikut merupakan senarai fungsi-


fungsi wang yang dapat saya kenal pasti iaitu :

i) Alat Perantaraan Pertukaran

2
Wang berperanan sebagai alat perantaraan pertukaran kerana wang boleh
digunakan untuk menjalankan urus niaga iaitu jual beli barang atau
perkhidmatan. Sebagai contoh, Seorang nelayan boleh menjual hasil
tangkapannya untuk mendapatkan wang. Dia juga boleh menggunakan wang
yang diperoleh untuk membeli kasut. Lalu peniaga kasut yang menerima wang
tersebut boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar upah pekerja.

ii) Alat Ukur Nilai

Setiap barang dan perkhidmatan dalam pasaran mempunyai harga yang


dinyatakan dalam nilai wang. Contohnya harga sebuah buku ialah RM20 dan
harga sebatang pen ialah RM5. Ini bererti nilai sebuah buku bersamaan dengan
4 batang pen. Fungsi wang ini membolehkan pengguna dan penjual menentukan
nilai barang dengan mudah dan perbandingan nilai dengan barang lain dapat
dilakukan.

iii) Alat Penyimpan Nilai

Wang boleh disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan. Sebagai contoh,
seseorang individu tersebut dapat menyimpan sebahagian daripada wang
sakunya setiap hari supaya dapat membeli sesuatu ataupun dapat digunakan
pada masa hadapan. Ciri wang yang tahan lama dan mempunyai nilai yang
stabil membolehkan wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai.

iv) Alat Bayaran Tertunda

Sebahagian urus niaga dalam ekonomi melibatkan bayaran tunai dan ada juga
urus niaga yang melibatkan jualan secara hutang atau kredit. Barangan seperti
kereta sukar dijual secara tunai kerana harganya mahal dan bukan semua
pengguna mampu membeli secara tunai. Penjual mungkin membenarkan
pembeli membayar secara ansuran, Contohnya Cik Azizah membeli sebuah
kereta Proton dan bayaran ansuran ialah RM600 sebulan. Wang diterima
sebagai alat bayaran tertunda kerana mempunyai nilai yang stabil.

3
2.4 CONTOH-CONTOH WANG YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

Gambar rajah 2.4.1 Wang-wang kertas Ringgit Malaysia

Gambar rajah 2.4.2 Duit syiling Ringgit Malaysia

Gambar rajah 2.4.3 Cek duit dari bank Malaysia

4
3.0 JENIS-JENIS BANK

Bank ialah sebuah institusi kewangan yang bertindak utama sebagai sebuah


agensi pembayaran untuk para pelanggan menerima, menyimpan,
dan meminjam wang di mana untung di perolehi bank secara pembayaran
khidmat dan faedah; transaksi atau urus niaga kewangan lain seperti
menulis cek, pembayaran bil dan pelaburan turut ditawarkan dalam institusi
sebegini. Bank mempunyai dua jenis iaitu, Bank pusat dan bank perdagangan.

3.1 Apa Itu Bank Pusat?

Bank pusat merupakan institusi perbankan utama yang dimiliki oleh kerajaan
dan berfungsi mengaturkan kegiatan institusi kewangan di dalam sebuah
ekonomi. Bank pusat di Malaysia dikenali sebagai Bank Negara Malaysia dan
bank tersebut ditubuhkan pada 24 Januari 1959.

3.2 Fungsi Bank Pusat

Terdapat enam (6) fungsi bank pusat. Berikut merupakan senarai fungsi-
fungsi bank pusat :

a) Mengeluarkan Mata Wang

Bank Negara Malaysia mempunyai kuasa tunggal untuk mengeluarkan mata


wang iaitu Ringgit Malaysia. Terdapat dua jenis wang yang dikeluarkan iaitu
wang kertas dan wang syiling. Hanya wang yang diterbitkan oleh Bank Negara
Malaysia sahaja yang sah diperlakukan dengan nilai di Malaysia.

b) Mengawal Kestabilan Mata Wang

Nilai sesuatu mata wang diukur melalui dua cara iaitu dari aspek kuasa beli
wang dan juga dalam mata wang asing.

Kuasa beli wang bermaksud kemampuan wang untuk membeli sesuatu barang
atau perkhidmatan. RM2, anda mampu membeli 5 batang pen. Sekiranya harga
pen naik kepada RM5, anda mampu membeli 2 batang pen sahaja. Ini bererti
kenaikan harga boleh menyebabkan kuasa beli menurun. Kenaikan harga

5
barang secara berterusan dalam ekonomi dikenal sebagai inflasi dan kadar
inflasi yang tinggi boleh menjejaskan nilai mata wang.

Melalui aspek mata wang asing pula, kebanyakan mata wang negara termasuk
Ringgit Malaysia dibandingkan dengan Dolar Amerika Syarikat kerana Dolar
Amerika Syarikat digunakan dengan meluas dalam perdagangan antarabangsa.
Misalnya US$1 = RM4.20 atau RM1 = US$0,238. Kadar ini sentiasa berubah
mengikut keadaan ekonomi semasa.

c) Jurubank Kepada Negara

Terdapat lima (5) tugas bank pusat sebagai jurubank kepada negara iaitu :

i) Mentadbir Akaun Negara

Sebagai jurubank kepada kerajaan, bank pusat menyimpan dan menguruskan


akaun kerajaan yang terdiri daripada akaun kewangan dan akaun pinjaman . Di
mana, akaun kewangan mengandungi catatan semua hasil dan perbelanjaan
kerajaan. Manakala, akaun pinjaman kewangan pula mengandungi segala rekod
pinjaman yang dibuat oleh kerajaan. Bank pusat juga menerima wang yang
dibayar kepada kerajaan dan melakukan pembayaran bagi pihak kerajaan.

ii) Memberi Pendahuluan Sementara

Bank pusat bertanggungjawab memberi pendahuluan sementara kepada


kerajaan apabila kerajaan mengalami masalah kekurangan kewangan. Kerajaan
perlu membayar balik tidak lewat daripada tiga bulan setelah berakhirnya tahun
kewangan kerajaan

iii) Mengurus Hutang Negara

Bank pusat bertanggungjawab memperoleh pinjaman bagi pihak kerajaan


daripada sumber dalam negeri dan luar negara. Bank pusat akan memperoleh
pinjaman melalui penjualan bil-bil perbendaharaan dan surat jaminan kerajaan
kepada institusi kewangan atau memperoleh pinjaman di pasaran modal
antarabangsa. Bank pusat juga menerbitkan sijil pelaburan kepada institusi
kewangan Islam

6
iv) Memberi Nasihat Pelaburan

Bank pusat bertindak sebagai penasihat dan ejen kerajaan untuk aktiviti
pelaburan kerajaan di luar negara. Bank pusat akan mengkaji peluang projek
pelaburan di luar negara yang berpotensi dan menguntungkan dari semasa ke
semasa.

v) Mengurus Pertukaran Asing

Bank Pusat akan memastikan rizab antarabangsa sentiasa mencukupi Bank


Pusat juga mengawal pertukaran asing dan memastikan bahawa nilai mata wang
negara berada dalam keadaan stabil di pasaran kewangan antarabangsa.

d) Jurubank Kepada Bank Perdagangan

Terdapat tiga (3) fungsi bank pusat kepada bank perdagangan sebagai jurubank
iaitu :

i) Menyediakan Akaun Penjelasan Antara Bank

Setiap bank perdagangan mempunyai sebuah akaun penjelasan di bank pusat.


Wang dalam akaun penjelasan ini akan digunakan untuk membayar hutang
antara bank akibat pengeluaran cek.

ii) Menjaga Rizab Berkanun

Rizab berkanun ialah simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat pada
kadar tertentu. Kadar rizab berkanun semasa ialah 4%. Ini bererti sesebuah
bank perdagangan perlu menyimpan RM4 sekiranya mempunyai wang sebanyak
RM100. Perubahan kadar rizab berkanun akan memberi kesan kepada
keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman.

iii) Sumber Pinjaman Terakhir Kepada Bank Perdagangan

Bank perdagangan yang mengalami masalah kekurangan tunai boleh


mendapatkan pinjaman daripada bank pusat.

7
e) Mengawal Kestabilan Ekonomi

Bank pusat mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi melalui dasar


kewangan. Alat dasar kewangan yang boleh digunakan adalah seperti
menentukan nisbah rizab berkanun, menentukan nisbah rizab tunai, menentukan
kadar faedah pinjaman, membeli atau menjual surat kerajaan dan menentukan
syarat sewa beli.

4.0 BANK PERDAGANGAN

4.1 Apa Itu Bank Perdagangan?

Bank Perdagangan ialah institusi kewangan milik swasta yang bermotifkan


keuntungan. Penubuhan Bank Perdagangan perlu mendapat kebenaran Bank
Negara Malaysia( BNM). Bank Perdagangan perlu memiliki lesen yang
dikeluarkan oleh Menteri Kewangan. terdapat 27 buah bank perdagangan di
Malaysia. 8 daripadanya milik tempatan. Antaranya ialah, Affin Bank Berhad,
Ambank (M) Berhad, CIMB Bank Berhad dan lain-lain.

4.2 Fungsi Bank Perdagangan

Terdapat empat (4) fungsi bank perdagangan. Berikut merupakan senarai fungsi
bank perdagangan iaitu :

a) Menerima Deposit

Bank perdagangan menerima deposit daripada pelbagai lapisan masyarakat


seperti pelajar, pekerja, peniaga, dan badan korporat dengan menawarkan tiga
jenis akaun iaitu akaun simpanan, akaun simpanan tetap dan akaun semasa

Melalui akaun simpanan, masyarakat menyimpan wang dalam jumlah yang


kecil dan tidak tetap. Simpanan tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
Pemegang akaun simpanan menerima faedah yang rendah berbanding akaun
simpanan tetap. Antara kemudahan yang disediakan untuk pemegang akaun
simpanan ialah pemindahan wang, buku bang atau penyata bank, pembayaran
bil dan bayaran ansuran dan lain-lain.

8
Melalui akaun simpanan tetap pula, membolehkan pelanggan bank menyimpan
sejumlah wang untuk tempoh tertentu dan dibayar kadar faedah yang lebih tinggi
berbanding akaun simpanan. Faedah hanya dibayar apabila tamat tempoh
simpanan. Sekiranya pemegang akaun mengeluarkan simpanan lebih awal,
maka faedah tidak akan dibayar, walau bagaimanapun bergantung kepada budi
bicara bank. Pemegang akaun diberi sijil simpanan. Sijil ini boleh dijadikan
cagaran untuk mendapatkan pinjaman bank.

Akhir sekali, akaun semasa Lazimnya simpanan dalam akaun semasa tidak
dibayar faedah tetapi dikenakan caj perkhidmatan. Sesetengah bank membayar
faedah kepada pemegang akaun semasa sekiranya simpanan mereka melebihi
had tertentu bergantung kepada pihak bank. Simpanan minimum untuk
membuka akaun semasa adalah lebih tinggi berbanding akaun simpanan dan
pemohon perlu mengemukakan seorang perujuk iaitu pemegang akaun semasa
di cawangan bank yang sama. Pemegang akaun semasa boleh memohon
kemudahan overdraf iaitu mengeluarkan wang lebih daripada baki simpanan.
Kemudahan yang disediakan untuk pemegang akaun semasa adalah sama
seperti pemegang akaun simpanan, yang berbeza ialah kemudahan cek dan
kemudahan overdraft

b) Memberi Pinjaman

Bank perdagangan menyediakan perkhidmatan pembiayaan kewangan dengan


memberikan pinjaman. Terdapat 5 kaedah utama bank perdagangan dalam
menyediakan pinjaman iaitu :

i) Overdraf

Kemudahan yang disediakan kepada pemegang akaun semasa untuk


mengeluarkan wang lebih daripada baki simpanannya berdasarkan had yang
telah ditetapkan oleh bank

ii) Pinjaman peribadi

Boleh dimohon oleh individu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai


sumber pendapatan yang tetap. Biasanya kemudahan pinjaman ini digunakan

9
untuk membiayai kos pendidikan, pembelian barang tahan lama seperti perabot
dan komputer. Pemohon tidak memerlukan cagaran tetapi memerlukan seorang
penjamin

iii) Pinjaman Bercagar

Kemudahan pembiayaan untuk pembelian hartanah seperti rumah dan tanah.


Pinjaman ini dikenakan faedah dan penerima pinjaman boleh membayar balik
pinjaman secara ansuran. Kegagalan membayar balik pinjaman mengakibatkan
harta yang dicagarkan akan dilelong.

Iv) Pinjaman kenderaan (Kemudahan sewa-beli)

Kemudahan ini digunakan untuk membiayai pembelian kenderaan baharu dan


kenderaan terpakai. Bank menawarkan pinjaman sehingga 90% harga kereta
dan tempoh bayaran balik sehingga 9 tahun. Peminjam dikenakan faedah dan
boleh membayar secara ansuran.

v) Pinjaman kad kredit

Pemegang kad kredit boleh menggunakan kad kredit untuk mendapatkan


pendahuluan tunai hingga had tertentu. Jenis pinjaman ini dikenakan faedah
yang tinggi dan tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin.

vi) Mendiskaunkan bil pertukaran

Mendiskaunkan bil pertukaran bermaksud bank membeli bil pertukaran pada


harga yang lebih rendah daripada harga muka. Bil pertukaran ialah perjanjian
yang dilakukan oleh penghutang kepada pemberi hutang. Apabila pemberi
hutang memerlukan wang sebelum bil pertukaran matang, pemberi hutang boleh
mendapatkan pinjaman daripada bank perdagangan. Bank akan memberikan
pinjaman kepada pemberi hutang dengan mendiskaunkan bil pertukaran
tersebut. Jumlah diskaun ke atas bil pertukaran merupakan kadar faedah yang
dikenakan.

c) Menerima Dan Membuat Bayaran


Bank perdagangan membantu pelanggannya membuat dan menerima bayaran

10
melalui sistem cek dan arahan kepada bank.

i) Sistem Cek

Kemudahan bayaran ini hanya disediakan kepada pemegang akaun semasa.


Biasanya cek digunakan oleh peniaga untuk membayar gaji pekerja, pembelian
stok atau perbelanjaan lain. Peniaga juga mungkin menerima cek daripada
pelanggan untuk perkhidmatan yang disediakan. Bank bertindak sebagai ejen
pembayar dan penerima bagi pemegang akaun semasa.

ii) Arahan Kepada Bank

Arahan kepada bank terbahagi kepada enam (6) iaitu, debit langsung, pindahan
kredit, perintah sedia ada, draf bank, kad juruwang elektronik (Kad ATM) dan
kad kredit.

d) Perkhidmatan Lain

i) Perbankan Internet

Pelanggan bank boleh membuat transaksi perbankan dengan menggunakan


komputer, telefon pintar, peranti mudah alih, dan sebagainya. Pelanggan bank
hanya memerlukan sambungan Internet untuk membuat capaian dan transaksi
kepada akaun bank pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Kini kesemua bank perdagangan di Malaysia menawarkan perkhidmatan


perbankan Internet. Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan perbankan
untuk membuat pelbagai transaksi seperti membayar bil, menyemak baki akaun,
membuat pindahan akaun, membuat pembelian, dan mencetak penyata.
Penggunaan perbankan Internet di Malaysia semakin meningkat.

ii) Perkhidmatan-perkhidmatan Lain

Selain perbankan Internet, bank perdagangan juga menyediakan


perkhidmatanperkhidmatan berikut , pelaburan emas, urusniaga saham, unit
amanah, penulisan wasiat, perkhidmatan insurans serta urusan bayaran eksport

11
dan import

5.0 PERBEZAAN DI ANTARA BANK PERDAGANGAN DAN BANK PUSAT

Bank Perdagangan Aspek Perbezaan Bank Pusat


Menjadi jurubank dan Fungsi Menjadi jurubank kepada
menjalankan kerajaan dan
perkhidmatan untuk menyediakan
kepentingan orang awam perkhidmatan kepada
kerajaan serta menyimpan
dan membayar bagi pihak
kerajaan
Pihak swasta dalam Milikan Tunggal Pihak kerajaan
bentuk syarikat berhad
Memperoleh untung yang Tujuan penubuhan Menjalankan dasar-dasar
maksimum kerajaan bagi menjamin
kestabilan dan
perkembangan ekonomi
Tidak mempunyai kuasa Menerbitkan mata wang Mempunyai kuasa mutlak
Tidak menyediakan rumah Rumah penjelasan cek Menyediakan kemudahan
penjelasan cek rumah penjelasan cek
Perlu mematuhi dasar- Dasar Menggubal dan
dasar yang ditetapkan mengawasi dasar-dasar
oleh bank pusat yang ditetapkan
Tidak berhak tetapi mesti Kadar bunga Menetapkan kadar bunga
mematuhi kadar bunga yang boleh dikenakan oleh
yang ditentukan oleh Bank Bank Perdagangan
Pusat

12
6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, wang dan bank amat penting bagi sistem ekonomi sebuah
negara. Seperti yang dinyatakan di atas, wang mempunyai nilai hukum dan
digunakan sebagai alat pembayaran untuk pertukaran ekonomi. Berbanding
dengan sistem barter, penyimpan nilai wang dicirikan tahan lama dan stabil serta
menyelesaikan masalah kehendak serentak. Selain itu, bank juga merupakan
perantaraan bagi masyarakat membuat pembiayaan terhadap pinjaman,
menerima gaji dan lain-lain lagi.

7.0 RUJUKAN

1) Laman Web

I) Nina Nelson (2022) Maksud Wang (Apakah itu, konsep dan definisi), Received
from : https://ms.ninanelsonbooks.com/significado-de-dinero

II) Mastura (2014, April) Bank pusat negara, Received from :


https://www.slideshare.net/mastura71/bank-pusat-negara

III) Farha (2021, June) Ekonomi Tingkatan 4, Received from :


https://cikgufarha.com/nota-ekonomi-wang-dan-bank/

13

You might also like