You are on page 1of 3

PENYATA PENYESUAIAN BANK

Tunai adalah aset mudah cair yang penting. Penerimaan dan pembayaran tunai mesti dikawal dengan baik. Kedudukan tunai digunakan untuk menilai keupayaan perniagaan membayar pelbagai perbelanjaan dan menjelaskan hutang. Selepas menerima Penyata Bank pada setiap bulan, peniaga akan membandingkannya dengan Buku Tunai. Biasanya baki yang ditunjukkan dalam Penyata Bank berbeza dengan baki dalam Buku Tunai. Perbezaan tersebut disebabkan oleh perbezaan semasa merekod dan kesilapan.

Sebab wujudnya perbezaan baki di Buku Tunai dan Penyata Bank :Peniaga Buku Tunai 1. Mengeluarkan cek 2. Menerima cek 3. Mengkreditkan buku tunai untuk cek tak layan (mengeluarkan jumlah ini daripada baki buku tunai) 4. Mendebitkan buku tunai untuk hasil faedah dan kutipan oleh bank (ia merupakan satu jumlah tambahan ke atas baki buku tunai). 5. Mengkreditkan buku tunai untuk belanja bank (ia merupakan satu belanja yang akan mengurangkan baki buku tunai). Bank Penyata Bank 1. Cek masih belum dikemukakan (cek yang dikeluarkan oleh perniagaan kepada pemiutang tetapi belum ditunaikan oleh penerima cek). 2. Cek masih belum didepositkan/dikreditkan (cek daripada pelanggan telah didepositkan dalam bank). 3. Cek tak layan (cek tidak diterima oleh bank untuk penjelasan disebabkan oleh baki akaun penghutang tidak mencukupi atau kesilapan pada cek). 4. Hasil faedah atas simpanan tetap ditambah ke dalam akaun peniaga dan kutipan oleh bank automatik ditambah ke dalam akaun peniaga. 5. Bank mencajkan belanja bank ke atas akaun peniaga.

Tujuan menyediakan Penyata Penyesuaian Bank;

1. Menyelaraskan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank sekiranya kedua-duanya menunjukkan baki tidak sama. 2. Menyemak dan membetulkan kesilapan rekod Buku Tunai. 3. Menentukan jumlah tunai sebenar yang terdapat dalam akaun semasa di bank. Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank 1. Tentukan sama ada terdapat perbezaan antara baki awal Buku Tunai dengan baki awal Penyata Bank. 2. Amaun perbezaan ini mewakili cek yang telah dikeluarkan oleh perniagaan dalam bulan sebelumnya tetapi dikemukakan kepada pihak bank oleh penerima cek dalam bulan semasa. Butir ini perlu diabaikan dalam penyediaan Penyata Penyesuaian Bank bulan semasa. !!! Penyata Bank ialah penyata yang dihantar oleh pihak bank pada setiap bulan kepada peniaga yang membuka akaun semasa di bank. !!! Penyata Bank digunakan sebagai rujukan oleh peniaga tentang urus niaganya di bank seperti deposit tunai, deposit cek, bayaran melalui cek, caj bank dan faedah simpanan.

Butir yg menyebabkan baki Buku Tunai tidak sama dengan baki Penyata Bank Cek belum dikemukakan Deposit/cek/simpanan belum dikreditkan Buku cek, caj bank, faedah atas overdraf dan bayaran oleh bank atas perintah sedia Dividen, faedah simpanan tetap dan pindahan kredit

Penyata Penyesuaian Bank dimulakan dengan Baki debit Baki kredit Baki debit Buku Baki kredit Penyata Bank Buku Tunai Tunai Penyata Bank (overdraf) (overdraf) TAMBAH TAMBAH TOLAK TOLAK TOLAK TOLAK TAMBAH TOLAK TOLAK TAMBAH TAMBAH TAMBAH TOLAK TAMBAH TAMBAH TOLAK

Cara menjawab soalan penyata penyesuaian bank


MENGEMASKINI BUKU TUNAI Langkah 1. Pastikan baki awal penyata bank dan baki awal buku tunai sama. Jika tidak sama, nilai perbezaan tersebut ( biasanya di dalam penyata bank) haruslah dikeluarkan daripada penyata bank ( dikecualikan daripada dimasukkan kedalam PPB ). ( Cek yang dikeluarkan bulan lepas tapi ditunaikan oleh pemiutang pada bulan semasa.- no cek dijadikan rujukan ) 2. Tandakan / pada nilai yang sama ( bandingkan nilai sebelah debit buku tunai dengan nilai sebelah kredit penyata bank dan sebaliknya) 3. Kemaskinikan buku tunai iaitu dengan menyediakan buku tunai yang baru. Ambil baki akhir buku tunai untuk dijadikan baki awal buku tunai yang baru. Kemudian ambil nilai yang tidak ditandakan dalam penyata bank rekodkan kedalam buku tunai yang baru. ( Nilai yang tidak ditandakan sebelah debit direkodkan di sebelah kredit buku tunai dan sebaliknya.) Selepas tu lihat nilai yang tidak ditandakan dalam buku tunai yang melibatkan kesilapan rekod. Jika didapati nilai dalam buku tunai tersebut terlebih tolak maka nilai yang terlebih tadi haruslah direkodkan dalam buku tunai yang baru disebelah debit. Begitulah sebaliknya. Jika ada pulak cek tendang maka nilai cek tendang tadi haruslah ditolakkan dalam buku tunai yang baru. 4. Sediakan penyata penyesuaian bank dengan memulakan dengan baki buku tunai yang baru. Kemudian ambilkan nilai yang tidak ditandakan dalam buku tunai lama untuk direkodkan dalam PPB. Nilai yang tidak ditandakan sebelah debit ialah cek yang belum dikreditkan manakala nilai yang tidak ditandakan sebelah kredit ialah yang yang belum dikemukakan.

You might also like