You are on page 1of 3

2.

4 Kadar Pertukaran Asing

SOALAN BAHAGIAN A

1.
(a) Apakah kadar pertukaran asing ?
Jelaskan maksud US$1.00=RM3.80?
[2 markah]

- Kadar pertukaran asing ialah harga mata wang sesebuah Negara


yang dinyatakan dalam nilai mata wang Negara lain.
-US$1.00=RM3.00 bermaksud harga 1 dolar mata wang Amerika
Syarikat adalah bersamaan dengan RM3.80

b)Denga menggunakan contoh ,terangkan empat tujuan sesebuah Negara


meminta mata wang asing?
[8 markah]

- Membiayai import. Seseorang pengimport yang ingin membeli barang


atau perkhidmatan dari Negara lain perlu memperoleh dan membuat
bayaran dengan menggunakan mata wang Negara pengeksport atau
mana – mana mata wang yang diterima oleh pengeksport yang
berkenaan.
- Contohnya pengimport di Malaysia perlu membayar dalam Yen
Jepun apabila mengimport barang dari Jepun atau firma mengimport
jentera dari Singapura perlu mendapatkan Dolar Singapura untuk
membuat bayaran.

- Membayar balik pinjaman luar Negara. Kerajaan sesebuah Negara


yang membayar balik faedah atau jumlah pokok pinjaman bagi
hutang Negara yang diperoleh dari sumber luar Negara seharusnya
membuat bayaran dalam mata wang Negara pemberi pinjaman atau
mana-mana mata wang yang diterima oleh Negara pemberi
pinjaman.
- Contohnya , pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dari
Amerika Syarikat dan Jepun mesti dibayar balik dalam mata wang
Dolar Amerika dan Yen Jepun.
- Membuat pelaburan di luar Negara . Negara yang mempunyai
banyak pertukaran asing akan menggalakkan rakyatnya melabur di
luar Negara untuk memperoleh pulangan yang lebih tinggi.
- Contohnya ,rakya Malaysia yang ingi melabur di Negara –negara
seperti Vietnam ,China,Arab Saudi, Negara –negara Timur
Tengah,Amerika Syarikat,Singapura dan Thailand perlu memperoleh
mata wang asing Negara-negara tersebut.

- Memperthankan nilai mata wang Negara. Bank pusat sesebuah


Negara akan menggunakan rizab asing Negara untuk membeli mata
wang Negara apabila nilainya jatuh dan sebaliknya.
- Contohnya, Bank Negara Malaysia akan menggunakan rizab asing
Negara untuk membeli Ringgit Malaysia apabila nilainya jatuh.
Akinatnya ,permintaan terhadap Ringgit Malaysia akan naik dan
nilainya turut akan naik.

2)
a) Jelaskan maksud kada pertukaran tetap dan kadar pertukaran
boleh ubah
[4 markah]

- Kadar pertukaran tetap ialah kadar pertukaran yang ditetapkan ileh


kerajaan sama ada lebih tinggi atau lebih rendah daripada kadar
pertukaran pasaran.
- Contoh US$ 1=RM3.80
- Kadar pertukaran boleh ubah ialah kadar pertukaran yang ditentukan
oleh permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran.
- Lebihan permintaan mata wang asing akan meningkatkan harga
mata wang asing dan sebaliknya.

b) Nyatakan perbezaan kesan kenaikan dan kejatuhan kadar


pertukaran asing .
[6 markah]
-Kesan kenaikan kadar pertukaran asing
- Harga barang.Harga barang import relative lebih mahal,permintaan
barang import berkurang.
-Daya saing eksport.Harga eksport relative lebih murah dan daya
saing sektor eksport Negara meningkat.
-Hutang Negara.Nilai hutang sektor swasta dan awam semakin tinggi
kerana pembayaran hutang berdasarkan kadar pertukaran semasa.

-Kesan kejatuhan kadar pertukaran asing


-Harga barang.Harga barang import relative lebih murah ,permintaan
barang import bertambah.
-Daya saing sektor eksport.Harga eksport relatif lebih mahal daya
saing sektor eksport Negara merosot.
-Hutang Negara.Nilai hutang sektor swasta dan awam semakin
rendah kerana pembayaran hutang berdasarkan kadar pertukaran
semasa.

You might also like