You are on page 1of 24

KAWALAN INVENTORI

DEFINISI
Kawalan Inventori : Aktiviti @ langkah bagi
memastikan bahan mentah dan barangan yang
disimpan dapat digunakan dengan sempurna untuk
memenuhi permintaan @ keperluan sepanjang suatu
tempoh.
Inventori : Bahan\barangan yang disimpan dalam
organisasi untuk kegunaan masa depan. Contohnya,
bahan mentah,barangan separa siap atau komponen
dan barangan siap.
OBJEKTIF
1) Memastikan inventori berada pada tahap optimum.
 Dapat mengelakkan penyimpanan inventori
berlebihan dalam gudang.
 Melalui kawalan inventori, tahap inventori berada
pada tahap yang diperlukan oleh perniagaan.
2) Aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan.
 Pengurusan inventori yang baik membolehkan
perniagaan menyimpan inventori yang diperlukan
dalam gudang mengikut keperluan pengeluaran
yang dirancang.
 Bekalan bahan mentah yang mencukupi
membolehkan aktiviti pengeluaran dijalankan secara
berterusan tanpa gangguan.
OBJEKTIF
3) Memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan.
 Barang yang telah dihasilkan boleh disimpan dalam
gudang terlebih dahulu sebelum diedarkan ke
pasaran mengikut keadaan permintaan pasaran.
 Sebarang kekurangan dalam pasaran pula boleh
diatasi dengan membawa keluar barang dari gudang.
4) Mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian inventori.
 Kawalan inventori dapat mengelakkan pembaziran
yang mungkin berlaku disebabkan kerosakan dan
keusangan inventori.
 Kawalan inventori yang baik dapat mengelakkan
daripada inventori hilang @ dicuri.
OBJEKTIF
5) Meminimumkan kos pemegangan inventori
 Penyimpanan inventori mengikut keperluan

pengeluaran perniagaan mengelakkan modal


perniagaan terikat pada inventori untuk
tempoh yang terlalu lama.
 Menjejaskan kedudukan aliran tunai
perniagaan.
JENIS INVENTORI

PERMINTAAN BERSANDAR

INVENTORI

PERMINTAAN TIDAK
BERSANDAR
Inventori Permintaan Tidak
Bersandar.
a) Permintaan bagi item dalam kategori ini tidak bergantung
kepada permintaan item-item yang lain, tetapi dipengaruhi
oleh keadaan pasaran.
b) Item dalam bentuk barangan siap
c) Pengurusan inventori ini menggunakan model-model
kuantitatif bagi menentukan :
• Ramalan permintaan
• Saiz pesanan
• Kos pengurusan inventori
Inventori Permintaan
Bersandar.
a) Permintaan untuk item dalam kategori ini bergantung kepada
permintaan item-item yang lain.
b) Item-item lain – barangan jenis komponen @ separa siap
yang digunakan untuk menghasilkan barangan siap.
c) Pengurusan inventori melibatkan penggunaan perancangan-
perancangan pengeluaran untuk menentukan keperluan
inventori seperti :
• Jadual pengeluaran induk
• Perancangan keperluan bahan.
KOMPONEN KOS DALAM
PENGURUSAN INVENTORI

KOS PEMBELIAN

KOS KOS PESANAN


INVENTORI

KOS PENANGGUHAN

KOS KEKURANGAN
Kos Pembelian
 DEFINISI : Wang yang dibayar kepada pembekal bagi
mendapatkan barangan yang dipesan.
 Kos barangan yang dipesan bergantung kepada kuantiti yang
dipesan.

Kos Pesanan
 DEFINISI : Kos tetap yang dikenakan setiap kali sesuatu pesanan dibuat.
 Tujuan :
• Penyediaan borang pesanan,penentuan barang-barang yang perlu
dipesan & penerimaan barang-barang yang dipesan seperti, kos
pemunggahan,memeriksa,menguji mutu dan merekodkan barang yang
diterima.
 Komponen kos ini berkadaran dengan kekerapan pesanan dibuat.
Kos Penangguhan\Pegangan
 DEFINISI : Kos yang wujud kerana menyimpan barangan dalam
bentuk stok.
 Contohnya, faedah bagi modal terikat, insurans, penggudangan
(kos ruangan,buruh,penyenggaraan & penjagaan) dan susut nilai.

Kos Kekurangan\kos kehabisan


 DEFINISI : Penalti @ denda akibat ketiadaan
barangan apabila diperlukan @ diminta oleh
pelanggan.
 Contohnya : Diskaun @ rebet dan penangguhan
kerja yang melibatkan kos pengeluaran.
KAWALAN INVENTORI
PENGURUSAN INVENTORI
 Analisis ABC
 Model Kuantiti Pesanan Ekonomi

(Economic Order Quantity)


 Sistem Tepat Pada Waktu (Just In Time)
Analisis ABC
a) Definisi : Suatu sistem mudah yang digunakan untuk
mengelaskan item-item inventori kepada tiga kelas iaitu, A, B
dan C berdasarkan jumlah nilai ringgit penggunaan (nilai
wang semasa).
b) Tujuan : supaya pihak pengurusan dapat menfokuskan
kawalan dan perhatian yang lebih pada item yang mempunyai
nilai ringgit penggunaan paling tinggi.
c) Nilai ringgit penggunaan diperoleh dengan :

Kos seunit item X Qtt DD tahunan setiap item

d) Kemudian, nilai-nilai ini akan disusun dalam tertib menurun


mengikut kelas, A, B dan C.
Model Kuantiti Pesanan Ekonomi
(Economic Order Quality)
a) Definisi : Satu kaedah bagi menentukan kuantiti
pesanan optimum yang meminimumkan jumlah kos
berubah mengikut saiz pesanan.

ANDAIAN :
a) Permintaan adalah tetap dan konstan
b) Tiada kekurangan yang dibenarkan

c) Tempoh masa penghantaran inventori (lead


time) dan penerimaan tempahan konstan.
d) Semua tempahan diterima pada suatu masa.
Rajah : Model EOQ
Jumlah Kos Inventori = Kos pesanan + Kos pegangan
(Total inventory cost = total ordering cost(TOC) + Total carrying cost(TCC)

TOC = (Bilangan tempahan) x (Kos tempahan)


(No.of order) x (order cost per order)
=(S/Q) x O

TCC = (purata inventori) x (Kos pegangan per unit)


(average inventory) x (carrying cost per unit)
=(Q/2) x C

S = Jumlah keperluan pada sesuatu masa,


(total demand in units over the planning period)
O = Kos tempahan
(ordering cost per order)
Q = Saiz inventori
(Inventory order size in unit)
C = Kos pegangan per unit
(carrying cost per unit)
Formula : Model EOQ
Contoh Pengiraan : Model EOQ
Sistem Tepat Pada Waktu (JIT)

a) Definisi : Sistem dimana item-item inventori tiba apabila ia


diperlukan dalam proses pengeluaran tanpa perlu disimpan
dalam stor.
b) Definisi 2 : Sistem inventori sifar @ sistem yang
mengkehendaki pembekal menghantar bekalan kepada
pelanggan tepat pada masanya dengan saiz inventori
seberapa minimum yang mungkin.
Ciri- ciri JIT
Ciri- ciri JIT
Ciri- ciri JIT
Ciri- ciri JIT
Kebaikan JIT

You might also like