You are on page 1of 4

Ekonomi

pecutan spm set 2 (k2)


Soalan 7 {a&b}
a) Apakah kesan perubahan kadar pertukaran asing ke atas
aktiviti import dan eksport malaysia?

Kesan perubahan kadar pertukaran asing ke atas aktiviti import negara ialah apabila
kadar pertukaran asing malaysia naik, harga barang import dari negara asing akan
menjadi lebih murah. Oleh itu, pengimport yang membeli barang atau perkhidmatan
dari negara asing akan membuat bayaran yang lebih rendah untuk mengimport barang
tersebut. Seterusnya, kesan perubahan kadar pertukaran asing ke atas aktiviti eksport
negara ialah apabila kadar pertukaran asing malaysia naik, harga barang eksport
malaysia akan menjadi mahal di negara asing. Oleh itu, pengimport yang membeli
atau mengimport barang atau perkhidmatan dari malaysia terpaksa membuat bayaran
yang lebih tinggi untuk mengimport barang tersebut.
b) Mengapakah pertukaran asing penting bagi sesebuah
negara?
Pertukaran asing penting bagi sesebuah negara adalah untuk membiayai import. Hal ini kerana
seseorang pengimport yang ingin membeli barang atau perkhidmatan dari luar negara perlu memperoleh
dan membuat bayaran dengan menggunakan mata wang negara pengeksport atau mana-mana mata wang
yang diterima oleh pengeksport yang berkenaan. Contohnya, Malaysia mengimport barangan Jepun dan
membayar menggunakan mata wang Yen. Selain itu, pertukaran asing penting untuk membuat pelaburan
di luar negara. Hal ini kerana negara yang mempunyai banyak pertukaran asing akan menggalakkan
rakyatnya melabur di luar negara untuk memperoleh pulangan yang tinggi. Di samping itu, untuk
mempertahankan nilai mata wang negara. Bank pusat sesebuah negara akan menggunakan rizab asing
negara untuk membeli mata wang negara apabila nilainya jatuh dan sebaliknya. Seterusnya, untuk
membayar balik pinjaman luar negara. Faedah pinjaman dari luar negara perlu dibayar dengan mata
wang asing contohnya, pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dari Jepun mesti dibayar balik
dalam mata wang Yen Jepun.

You might also like