You are on page 1of 16

Ekonomi malaysia

Bab 3:PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN
IMBANGAN PEMBAYARAN
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN
KETERBUKAAN EKONOMI
-Ekonomi terbuka bermaksud ekonomi yang menjalankan perdagangan
antarabangsa iaitu melibatkan eksport dan import barang dan perkhidmatan
serta pergerakan modal antara negara
-Ekonomi terbuka juga dikenali sebagai ekonomi 4 sektor
-Eksport merupakan kegiatan menjual barang dan perkhidmatan ke luar
negara
-Import merupakan kegiatan membeli barang dan perkhidmatan dari luar
negara
Mengukur keterbukaan ekonomi
-Keterbukaan ekonomi mengukur sejauh mana ekonomi di sesebuah negara bergantung pada
perdagangan antarabangsa melalui sektor import dan eksport
-Cara mengukur keterbukaan ekonomi:
i)Eksport/KDNK
ii)(X+M)/KDNK
-Jika nisbah tersebut melebihi 1,maka negara tersebut mengamalkan keterbukaan ekonomi
-Semakin besar nisbah eksport kepada KDNK dan nisbah (X+M) kepada KDNK,maka
semakin besar darjah keterbukaan ekonomi
KESAN POSITIF PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
1.Memperoleh barangan yang tidak dihasilkan di dalam negara
2.Memperluaskan pasaran
3.Mempelbagaikan pilihan pengguna
4.Menikmati barangan dengan harga yang lebih murah
5.Menggalakkan penggunaan teknologi baharu
6.Peningkatan guna tenaga dan peluang pekerjaan
7.Peningkatan kecekapan pengeluaran
Kesan positif perdagangan antarabangsa
8.Peningkatan pelaburan
9.Peningkatan tukaran mata wang asing
10.Mendapatkan keuntungan daripada imbangan dagangan dan imbangan
pembayaran lebihan
11.Pemindahan buruh antara negara
Kesan negatif perdagangan antarabangsa
1.Persaingan yang lebih hebat
2.Merugikan negara membangun
3.Terlalu bergantung pada sektor import eksport
4.Pengurangan pertukaran mata wang asing
5.Mengakibatkan inflasi diimport
6.Pengaliran keluar buruh mahir
7.Kehausan sumber ekonomi
8.Lambakan negara asing
9.Penjajahan ekonomi oleh negara maju
Langkah mengawal perdagangan antarabangsa

1.Liberasi perdagangan
2.Kawasan perdagangan bebas ASEAN(AFTA)
3.Galakan eksport
4.Penggantian import
5.Dasar perlindungan
Galakan eksport
1.Pemberian insentif fiskal
2.Insentif kewangan
3.Mewujudkan zon perdagangan bebas
4.Program latihan eksport
5.Kemudahan untuk pengeksport
6.Galakan kerajaan yang lain
Tujuan Dasar perlindungan
1.Melindungi industri muda atau industri tempatan
2.Melindungi industri strategik
3.Mengatasi defisit imbangan dagangan dan imbangan pembayaran
4.Menentang dasar lambakan
5.Meningkatkan jumlah guna tenaga
Bentuk dasar perlindungan
1.Tarif
2.Subsidi eksport
3.Kouta
4.Kawalan pertukaran asing
5.Embargo
Imbangan akaun semasa
-Akaun semasa mencatatkan semua urus niaga barang,perkhidmatan,pendapatan
dan bayaran pindahan
-Akaun semasa mempunyai 4 komponen iaitu akaun barangan,akaun
perkhidmatan,akaun pendapatan primer dan akaun pendapatan sekunder
-Akaun barangan yang merekodkan nilai eksport dan nilai import barang nampak
-Akaun perkhidmatan yang merekodkan nilai eksport dan nilai import barang tak
nampak
Imbangan akaun semasa
-Akaun pendapatan primer yang merekodkan dua jenis pendapatan iaitu
pampasan pekerja dan pendapatan pelaburan
-Akaun pendapatan sekunder yang merekodkan pindahan semasa
Akaun semasa=akaun barangan+akaun perkhidmatan+akaun pendapatan
primer+akaun pendapatan sekunder
Kadar pertukaran asing
-Kadar pertukaran asing merupakan harga atau nilai mata wang sesebuah negara
yang dinyatakan dalam sebutan mata wang negara lain
-Terdapat dua sistem kadar pertukaran asing iaitu kadar pertukaran boleh ubah dan
kadar pertukaran tetap
-Kadar pertukaran boleh ubah ialah kadar pertukaran mata wang asing yang
ditentukan oleh kuasa pasaran melalui kuasa permintaan dan penawaran
-Kadar pertukaran tetap ialah kadar pertukaran mata wang asing ditentukan oleh
kerajaan
Kepentingan pertukaran mata wang asing
1.Membiayai import
2.Melanjutkan pelajaran ke negara lain
3.Membayar balik pinjaman luar negara
4.Membuat pelaburan di luar negara
5.Mempertahankan nilai mata wang negara
KESAN RM MENGALAMI SUSUT NILAI
1.Harga eksport secara relatifnya lebih murah
2.Harga import secara relatifnya lebih mahal
3.Permintaan eksport kurang anjal harga,nilai eksport berkurang,untung firm turun
dan daya saing sektor eksport keluaran dalam sektor utama merosot
4.Permintaan eksport lebih anjal harga,nilai eksport bertambah,untung firma naik dan
daya saing sektor eksport keluaran dalam sektor kedua meningkat
5.Aliran modal bertambah
6.Hutang negara bertambah
Kesan rm mengalami naik nilai
1.Harga eksport secara relatifnya lebih mahal
2.Harga import secara relatifnya lebih murah
3.Permintaan eksport kurang anjal,harga nilai eksport bertambah,untung firma
naik,daya saing sektor eksport bagi keluaran dalam sektor utama meningkat
4.Permintaan eksport lebih anjal,harga nilai eksport berkurang,untung firma turun dan
daya saing sektor eksport bagi keluaran dalam sektor kedua merosot
5.Aliran modal berkurang
6.Hutang negara berkurang

You might also like