You are on page 1of 5

DASAR KERAJAAN DEFINASI

Elemen penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara.


Rangka asas atau tapak dalam pelaksanaan rancangan kerajaan
Berbentuk pelan tindakan bagi mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan
negara.
Contohnya:
1) Rangka Rancangan Jangka
Panjang
2) Rangka Rancangan Jangka
Panjang
3) Dasar Ekonomi Baru
4) Dasar Pembangunan Nasional
5) Pelan Induk Perindustrian

Pertama (RRJP 1)
Kedua (RRJP 2)

Dasar kerajaan - kenapa


Bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat dan mengurangkan lagi jurang perbezaan
antara kaum, wilayah dan negeri agar integrasi nasional dapat dicapai.
Menitikberatkan isu-isu seperi perkembangan sahsiah diri untuk kepentingan organisasi,
masyarakat dan negara.
Contoh beberapa dasar pembangunan negara yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan ialah:
1) Wawasan 2020
2) Penerapan nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran negara
3) Dasar Pandang ke Timur
4) Dasar Penswastaan
5) Dasar Pertanian Negara
DASAR YANG TELAH DIJALANKAN
1) Dasar Pendidikan Kebangsaan
-

Dasar Pendidikan (Pelajaran)


Kebangsaan melalui Penyata Razak
1956.
disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman

Talib
STRATEGI PERLAKSAAN DASAR
Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama
Mengadakan kurikulum yang sama bagi semua jenis sekolah
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama
Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.
2) Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dilancarkan pada 1971

menjadi garis panduan dalam


membentuk, mewujudkan dan

mengekalkan identiti negara di


kalangan
dunia antarabangsa.

3) RUKUN NEGAARA
Secara rasminya diisytiharkan sebagai
Rentetan daripada peristiwa 13 Mei

ideologi negara pada 31 Ogos


1969

1971

4) Dasar Ekonomi Baru

Dilaksanakan bagi tempoh 1971-1990 yang


merupakan satu
rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam
konteks
masyarakat pelbagai kaum.
-

DEB dicetuskan akibat daripada peristiwa 13

Mei 1969.

Prosedur import dan eksport


Barang-barang dagangan boleh diimport atau dieksport melalui samaada jalan darat atau
laut tetapi hanya ditempat-tempat yang dibenarkan oleh Pihak Kastam.
Semua barang yang diimport atau dieksport sama ada barang itu bercukai atau tidak
mestilah diikrarkan didalam borang yang telah ditetapkan oleh pihak Kastam.Borang-borang
tersebut hendaklah diikrarkan secara bertulis didalam borang yang telah ditetapkan.Borang
Kastam 1 untuk import dan Borang Kastam 2 untuk barangan eksport.
Pengimport-pengimport dan pengeksport-pengeksport dibenarkan melantik mana-mana
agen untuk bertindak bagi pihak mereka dangan terlebih dahulu mendapat kelulusan
daripada Jabatan Kastam atau lebih tepat lagi Ketua Pengarah Kastam bagi kerja-kerja untuk
pelepasan daripada pemeriksaan kastam.Permohonan bagi agen-agen yang sah hendaklah
dikemukakan kepada stesen kastam dimana barang-barang dagangan akan diimport atau
dieksport.
KASTAM
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di
bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Berfungsi sebagai pemungut cukai import/eksport
negara, JKDM diterajui oleh Dato' Sri Khazali Bin Hj. Ahmad sebagai Ketua Pengarah Kastam
Malaysia, dan dibantu oleh 3 orang timbalan iaitu, Dato' Hj Matrang Bin Suhaili - Timbalan
Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan, Dato' Hj Zainul Abidin Bin
Taib- Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Kastam / Cukai Dalam Negeri dan Dato'
Abdul Rahman Bin Othman - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Khidmat
Pengurusan Sumber Manusia.
JKDM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta
kesejahteraan rakyat, iaitu ; Bahagian Perkastaman & Cukai Dalam Negeri, Bahagian
Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan.
Kewangan malasia
Kementerian Kewangan ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk mengurus
pendapatan negara Malaysia dan pertumbuhan ekonomi serta pembahagian kekayaan
negara yang saksama antara rakyat. Kementerian ini waujud dua menteri yang
bertanggungjawab, iaitu Menteri I Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri II Dato' Sri
Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan ialah Dato' Seri Dr Mohd Irwan Serigar bin Abdullah.
Agensi-agensi tersebut memainkan peranan atau sebagai penggerak kepada Kementerian
Kewangan yang memudahkan pengawalan dan pengurusan pendapatan negara:
Bank Negara Malaysia (BNM)
Suruhanjaya Sekuriti
Prokhas Sdn. Bhd.
Bursa Malaysia
Bank Simpanan Nasional (BSN)

Apa itu cukai


Suatu cara pengumpulan hasil daripada individu, syarikat atau badan lain oleh kerajaan bagi
tujuan membiayai perbelanjaan negara seperti pembangunan sosio-ekonomi
KENAPA PERLU CUKAI
Tujuan Ekonomi
Tujuan Fizikal/ Pembangunan
Tujuan Keselamatan
KENAPA PERLU CUKAI
Tujuan Sosial

JENIS CUKAI
CUKAI LANGSUNG
Cukai Korporat
Cukai Pendapatan Individu
Cukai Keuntungan HartaTanah
Duti Setem
CUKAI TAK LANGSUNG
Duti Kastam
Duti Eksais Cukai Jualan
Cukai Perkhidmatan
(seperti cukai jualan, cukai tambah nilai (VAT), atau cukai barangan dan perkhidmatan
(GST)) ialah cukai yang dipungut oleh pihak perantara (seperti kedai runcit) dari seseorang
yang menanggung beban ekonomi mutlak dari cukai itu (seperti pelanggan). Kemudian,
pihak perantara itu memfailkan penyata cukai lalu mengemukakan hasil kutipan cukai
kepada pihak kerajaan bersama penyata tersebut. Oleh demikian, istilah cukai tak langsung
berbeza dengan cukai langsung yang dipungut terus oleh pihak kerajaan dari pihak-pihak
yang dikenakan cukai tersebut. Ada yang mengulas bahawa "cukai langsung tidak boleh
dialihkan tanggungannya oleh pembayar cukai kepada pihak lain, sedangkan cukai tak
langsung boleh."[1]
Cukai tak langsung boleh menaikkan harga barangan supaya para pelanggan yang
membayar cukai tersebut terpaksa membayar lebih untuk barangan belian mereka.[2]
Contohnya: cukai bahan api, arak dan rokok. Duti eksais yang dikenakan pada kereta
bermotor dibayar pada mulanya oleh pihak pengilang kereta; oleh itu pihak pengilang
memindahkan tanggungan dutinya kepada pembeli kereta dengan mengenakan harga
tinggi. Oleh itu, cukai tak langsung ialah cukai yang boleh dialihkan atau diserahkan
tanggungannya.

JENIS JENIS CUKAI


Malaysia mengenakan beberapa jenis cukai, iaitu cukai pendapatan, cukai langsung dan
cukai tidak langsung.

Cukai Pendapatan
Cukai Syarikat (Bahasa Inggeris sahaja)
Cukai Tertahan (Bahasa Inggeris sahaja)
Cukai Jualan (Bahasa Inggeris sahaja)
Cukai Perkhidmatan (Bahasa Inggeris sahaja)
Duti Import (Bahasa Inggeris sahaja)
Duti Eksais (Bahasa Inggeris sahaja)
Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Bahasa Inggeris sahaja)

LATEST NEW ON KASTAM


14 pegawai Kastam didakwa atas berbagai tuduhan rasuah
29 September 2014
14 pegawai Kastam berbagai pangkat didakwa Isnin membabitkan kesalahan menerima
suapan antara RM200 hingga RM14,000 setiap seorang - kesalahan berkaitan dengan
penyeludupan keluar barang yang tidak dibayar cukai eksais.
Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur dan Shah Alam
membabitkan keseluruhan sebanyak 50 pertuduhan.

Dengan pendakwaan hari ini, seramai 25 pegawai Kastam telah didakwa setakat ini.
Pendakwaan hari ini merupakan susulan kepada pendakwaan ke atas 12 pegawai Kastam di
Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, Shah Alam dan Ipoh antara 19 dan 25
September lalu.
Lapan pegawai kastam telah dituduh di Mahkamah Shah Alam dengan 21 pertuduhan yang
mambawa nilai rasuah keseluruhan sejumlah RM39,200.

PENGUASA KASTAM
deskri
psi
Tugas:
Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi
pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan
pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada laranganlarangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai
dan Gudang-gudang Berlesen.
Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen,
gudang-gudang pengilangan berlesen.
Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan
dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok
dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan
pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas
pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang
melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa
bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
PENOLONG KASTAM
Deskripsi
Tugas :
Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga
agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga
ii.
barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses
iii.
permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan
iv.
dalam stor-stor pencegah.
Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai
v.
jualan dipatuhi.
menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kadvi. kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas
penguatkuasaan perkastaman yang lain.
i.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia
yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam.
Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam
sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000 dan
diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.
Objektif

Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang
berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan
pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

Cepat dalam semua tindakan;

Layanan mesra kepada pelanggan;

Menepati masa yang dijanjikan;

Telus dalam semua peringkat pengurusan;

Adil dan saksama dalam pertimbangan;

Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan boleh


dipercayai (reliability); dan

Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.

Misi

Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan personel sektor awam.

Menggubal dasar personel sektor awam termasuk pengambilan, penempatan,


kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, gantirugi
kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif dan penghargaan.

Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam yang berkualiti.

Menentukan saiz dan struktur yang optimum.

Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mengujudkan suasana yang


harmonis.

Fungsi
Fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk:

Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber manusia
sektor awam (di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam);

Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam;

Menggubal dasar sumber manusia sektor awam, termasuk pengambilan,


penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan,
ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif, dan penghargaan (di bawah
tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)); dan

Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang


harmonis (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Operasi)).

You might also like