You are on page 1of 6

Pengurusan Tertinggi Kastam Diraja Malaysia

Berikut adalah susunan pengurusan tertinggi Kastam Diraja Malaysia:-

Dato' Sri Khazali Bin Hj. Ahmad - Ketua Pengarah Kastam Malaysia

Dato' Hj. Matrang Bin Suhaili - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan / Pematuhan)

Dato' Hj, Zainul Abidin Bin Taib - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman / Cukai Dalam
Negeri)

Dato' Abdul Rahman Bin Othman - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan)

Dato' Hj. Hassan Bin Ibrahim - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan)

VISI KASTAM
Menjadikan Perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015

MISI KASTAM
Memacu Pertumbuhan Ekonomi,
Memelihara Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat Melalui Perkhidmatan Pungutan Hasil,
Fasilitasi Perdagangan dan Perindustrian Serta Memastikan Pematuhan Undang-Undang Secara Cekap
Dan Berkesan

ETIKA KASTAM
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi (A.B.I.D.)

BUDAYA KASTAM
TRUST
T - Togetherness (Bersatu Hati)
R - Respect (Saling Menghormati)
U - Understanding (Faham Memahami)
S - Spiritual (Kerohanian
T - Totality (Menyeluruh)

Pengenalan Dan Latar Belakang JKDM


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ialah sebuah agensi kerajaan di bawah kawalan Kementerian
Kewangan yang bertanggung jawab mengurus pelaksanaan sistem cukai tidak langsung negara.

Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka di abad ke-15, tugas memungut cukai Kastam dikawal oleh
Penghulu Bendahari. Melalui catatan dokumen perundangan Kastam yang pertama, The Revenue Farms
Enactment No.11, 1904, Pegawai Kastam diberi tanggungjawab mengawal kutipan cukai import
minuman keras dan jualan candu melalui sistem tax farming.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, JKDM meneruskan tanggungjawab tradisinya itu tetapi

dengan fungsi yang semakin penting sebagai pemungut hasil negara. Keadaan ini berlaku kerana
Malaysia yang ketika itu baru bebas dari penjajahan, amat bergantung kepada hasil-hasil cukai kastam
bagi membiayai pembangunan rakyat.

Sebagai mengiktiraf peranan JKDM terhadap ekonomi negara, DYMM SPB Yang DiPertuan Agong telah
menganugerahi JKDM dengan gelaran Diraja pada 29 Oktober 1963.

Pada hari ini, JKDM berhadapan dengan cabaran globalisasi dan liberalisasi perdagangan. Disamping
kekal melaksanakan dasar-dasar percukaian negara mengikut kepentingan nasional, JKDM turut terikat
dengan tuntutan dan standard amalan perkhidmatan yang ditetapkan oleh World Trade Organisation
(WTO), World Customs Organisation (WCO) serta jawatankuasa-jawatankuasa ekonomi dan
perdagangan peringkat dunia yang dianggotai Malaysia.

Fungsi Dan Peranan Jabatan Kastam Malaysia


Untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan
rakyat, JKDM memainkan peranan seperti berikut:

1. Memungut Hasil Negara


Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti import, duti
eksport, duti eksais cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan.

2. Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan Dan Perindustrian


JKDM telah memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif dan
fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara
selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian.

3. Memastikan Pematuhan Perundangan


JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta
Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta
perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama
JKDM untuk memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh
pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan dengannya.

Isu-Isu Strategik Perkastaman Di Malaysia


Melalui analisis senario persekitaran beberapa isu-isu strategik dihadapai perkastaman di Malaysia telah
dikenalpasti seperti berikut:

Pelaksanaan Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam


Pihak Kerajaan merancang untuk membangunkan satu Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam bagi
tempoh 2010 hingga 2014 supaya pada tahun 2015, perkhidmatan awam Malaysia akan menjadi antara
lima agensi perkhidmatan awam terbaik di dunia. Agensi-agensi perkhidmatan awam di Malaysia akan
melaksanakan Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam ini untuk mencapai tujuan di atas.

Gagasan Malaysia
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia telah mencetuskan idea gagasan Malaysia yang bertemakan Satu
Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Bagi merealisasikan gagasan ini, JKDM juga
menyediakan gagasan yang bertemakan Satu Kastam, Pelanggan dan Stakeholders Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan. Gagasan ini akan dilaksanakan melalui Pelan Strategik Jabatan Kastam Diraja
Malaysia tahun 2010 hingga 2014.

Peranan Kastam Di Abad Ke 21


Perubahan peranan Kastam di peringkat global pada abad ke 21, daripada satu agensi pemungut hasil
dan kawalan pergerakkan barang kepada menyediakan fasilitasi perdagangan dan memastikan
keselamatan kepentingan negara serta menyelamat hasil negara. JKDM akan terus berperanan untuk
mengawal pergerakan barangan dalam perdagangan antarabangsa demi memastikan kepentingan
negara terjamin disamping melindungi kutipan hasil.

Pendekatan Baru Dalam Kawalan Sempadan


Banyak kaedah baru diperkenalkan dalam pengurusan pergerakan perdagangan melepasi sempadan
seperti WCO SAFE Framework of Standards to Secure and Facilitate Global Trade dan lain-lain inisiatif
seperti Megaport Initiative dan Container Security Initiative.

Desakan Daripada Masyarakat


Masyarakat dunia menganggap penyeludupan barangan terutama barang larangan dan merbahaya
seperti senjata api dan narkotik melepasi sempadan adalah satu ancaman yang serius. Jangkaharap
masyarakat memastikan dagangan memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan. Masyarakat juga
mengambil berat ancaman kepada kesihatan masyarakat dan alam sekitar.

Corak Perdagangan Baru


Dianggarkan lebih daripada 50% perdagangan dunia melibatkan pihak-pihak yang berhubungan.

Peningkatan Dalam Frod Hasil


Terdapat peningkatan ancaman berkaitan dalam perlarian dan pengelakkan duti/cukai.

Krisis Ekonomi Dunia


Krisis ekonomi dunia telah menyebabkan keadaan ekonomi global menjadi tidak menentu (uncertainty).
Pertumbuhan ekonomi negara telah menguncup iaitu KDNK pada suku tahun pertama 2009 adalah 6.2% berbanding 2008 sebanyak 4.6%. Keadaan ini telah memberi kesan kepada sektor perindustrian
dan perkhidmatan negara. Kemerosotan ini telah memberi impak kepada penurunan pungutan hasil
JKDM.

Perdagangan Antarabangsa
Perjanjian perdagangan antarabangsa seperti WTO, Asean Free Trade Agreement (AFTA)/ Free Trade
Agreement (FTA) dan sebagainya telah mewujudkan liberalisasi perdagangan yang menyebabkan daya
saing perdagangan dunia tidak terbatas. Keadaan ini akan mengurangkan pungutan hasil negara
khususnya kadar duti import akan berkurangan di bawah AFTA/FTA. Dengan pengurangan kadar duti
import menyebabkan barangan import akan menjadi lebih murah dan bersaing dengan barangan
keluaran tempatan. JKDM perlu memainkan peranan bagi memastikan pelaksanaan perjanjian itu
dilakukan dengan betul supaya tidak menjejaskan aliran perdagangan yang sah.

Politik Dan Sosial


Dunia masih dibayangi oleh peristiwa 11 September 2001 iaitu setiap barangan yang akan dieksport ke
negara-negara besar seperti Amerika Syarikat diwajibkan melalui pemeriksaan yang lebih ketat. Begitu
juga barang-barang yang diimport juga perlu menjalani pemeriksaan rapi. Peranan JKDM adalah untuk
memastikan dan mengesahkan pengikraran import hendaklah tepat dan betul dari segi nilai, kod
penjenisan, kuantiti, negara tempat asal dan sebagainya.

Peningkatan Jumlah Perdagangan Dan Kepelbagaian


(Complexity) Perdagangan Antarabangsa Perdagangan antarabangsa telah meningkat lebih daripada 8%
pada tahun 2006. Terdapat banyak perkembangan perjanjian perdagangan serantau. Layanan
keutamaan dalam perdagangan adalah mengikut prinsip Rule of Origin yang kompleks.

Perubahan Model Dan Keperluan Perniagaan Terkini


Konsep just in time distribution yang memerlukan kaedah-kaedah lebih inovatif dalam penghantaran
dagangan melepasi sempadan menggunakan multimodal transport menyebabkan tekanan dalam
rangkaian bekalan dagangan. Disamping itu terdapat desakan dari pihak peniaga untuk melindungi
daripada ketidakadilan dalam amalan perdagangan antarabangsa, penyeludupan, pengikraran rendah,
frod tempat asal, kesalahan penjenisan dan perlanggaran harta intelek.

Peningkatan Ancaman Keselamatan Dan Jenayah Terancang


Rangkaian bekalan perdagangan mudah dieksploitasi oleh kumpulan pengganas. Gangguan daripada
kumpulan pengganas kepada rangkaian bekalan boleh menyebabkan perdagangan antarabangsa
terhenti/tergendala. Jenayah terancang beroperasi melalui rangkaian perdagangan dan terlibat dalam
aktiviti haram seperti mengelak duti/cukai, frod melepasi sempadan, penyeludupan dadah, barangan
berbahaya, barangan larangan, penggubahan wang haram (Money Laundering) dan perdagangan
barangan tiruan.

You might also like