You are on page 1of 13

BBNG 3103

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

JANUARI 2020

Nama : FRESHLY bin JONAL

No Matrik Pelajar : 930614126347001

No Telefon : 0146314607

Email : freshlyj69@oum.com

Tempat : OUM Tawau, SABAH

Semester : Januari 2020

1
Isi Kandungan
BI Perkara Muka
L Surat
1 DEFINISI PERNIAGAAN ANTARABANGSA DAN SIGNIFIKANNYA 1

KEPADA EKONOMI MALAYSIA

2 FAKTOR-FAKTOR MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN MALAYSIA DI 4

DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA

3 RISIKO YANG DIHADAPI OLEH FIRMA-FIRMA MALAYSIA YANG 6

TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA KESAN DARIPADA

PANDEMIK COVID-19.

4 KESIMPULAN 9

5 RUJUKAN 10

2
DEFINISI PERNIAGAAN ANTARABANGSA DAN SIGNIFIKANNYA KEPADA

EKONOMI MALAYSIA

Perniagaan merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Latin iaitu

negotium yang mana ianya terdiri daripada ttm dan juga otium. Ttm dan otium bermaksud apa

yang tiada masa lapang. Dengan erti kata lain, istilah ini disimpulkan dengan maksud kerja

atau pekerjaan yang dijalankan untuk menjana keuntungan (Alvarez & Busenitz, 2001).

Manakala bagi antarabangsa, ianya dikaitkan dengan maksud yang dimiliki atau relatif yang

merujuk kepada dua negara atau lebih dua negara. Di dalam konteks ini, perniagaan

antarabangsa dimaksudkan sebagai aktiviti yang dikaitkan dengan komersil yang mana ianya

berlangsung dengan melibatkan lebih daripada satu negara (Alvarez & Busenitz, 2001).

Perniagaan antarabangsa terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksport, import dan

entrepot.

Eksport bermaksud aktiviti yang melibatkan jualan barang atau perkhidmatan kepada

negara lain. Manakala, bagi bag import ianya didefinisikan sebagai aktiviti yang pembelian

barang atau perkhidmatan daripada negara lain. Bagi entrepot ianya dimaksudkan sebagai

aktiviti mengimport barang daripada negara luar atau negara asing untuk diproses

kemudiannya disimpan dan kemudiannya dieksport semula ke negara luar (Benito & Stro,

2000). Terdapat beberapa faktor yang menyebabkannya wujudnya perniagaan antarabangsa.

Faktor tersebut adalah kerana adanya perbezaan sumber alam semulajadi , perbezaan tingkat

teknologi, hubungan antarabangsa dan perbezaan kos pengeluaran. Faktor yang pertama iaitu

perbezaan alam semulajadi seperti yang kita boleh lihat setiap negara mempunyai bentuk

geografi yang berbeza. Oleh kerana bentuk muka bumi yang berbeza, setiap hasil bumi yang

dihsailkan oleh setiap negara mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mana ianya tidak didapati di

negara lain. Kerana perbezaan bentuk muka bumi ini, ia melahirkan perniagaan antarabangsa
bagi setiap negara saling berjual beli hasil bumi yang mereka perlukan namun tidak ada di

negara mereka (Benito & Stro, 2000).

Faktor yang kedua adalah perbezaan kos pengeluaran. Kita mengambil contoh sebuah

negara yang mana sekiranya terdapat barang yang dihasilkan secara tidak efektif, aktiviti

import akan terjadi bagi mendapatkan barang tersebut daripada negara lain. Kebiasaanya,

perkara ini terjadi apabila wujudnya penumpuan terhadap memfokuskan kos yang paling

minima untuk menghasilkan barang tersebut (Ellis, 2000). Seterusnya, perbezaan tingkat

teknologi. Sesetengah negara yang mempunyai tingkat teknologi yang tinggi dengan

mengambil contoh negara seperti Jepun. Di mana, sesebuah negara yang mempunyai

teknologi yang tinggi dapat menghasilkan sesebuah item dengan kos yang lebih rendah dan

barang yang berkualiti tinggi. Faktor terakhir adalah hubungan antarabangsa. Melalui

hubungan antara bangsa ini, tercetusnya kehendak di antara pembeli dan penjual. Apa yang

baiknya melalui hubungan diplomatik yang terjalin, ianya juga mendorong kepada

terwujudnya aktiviti perniagaan di antara negara tersebut (Ellis, 2000).

Signifikannya Perniagaan Antarabangsa kepada ekonomi Malaysia adalah dengan

menambahkan pendapatan negara dan juga hasil kerajaan. Melalui aktiviti perniagaan

antarabangsa seperti eksport dan import membuahkan hasil kerana perlu melalui duti kastam.

Melalui cukai pendapatan ke atas keuntungan hasil perniagaan ini, ia nya dapat membantu

kerjaan untuk menambah lagi lebih peruntukan bagi tujuan untuk projek pembangunan

negara. Jelas di sini, bagaimana perniagaan antarabangsa memberi signifikan yang besar

kepada pembangunan negara (Haskisson et al., 2000). Seterusnya signifikan perniagaan

antarabangsa kepada Malaysia adalah mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan juga

kepakaran yang Malaysia tidak miliki. Melalui perniagaan antarabangsa, sebarang kepakaran

yang mana Malaysia tidak miliki boleh diperolehi melalui perniagaan antarabangsa. Begitu

juga dengan bahan mentah yang mana Malaysia tidak dapat hasilkan atau tidak ada di dalam

2
Malaysia boleh didapatkan melalui negara lain dengan menjadikan perniagaan antarabangsa

sebagai platform.

Lambakan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pekerjaan dapat diselesaikan

dengan perniagaan antarbangsa. Dengan tumbuhnya sektor pembuatan dan perkhidmatan

seperti cendawan tumbuh selepas hujan, memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat

Malaysia. Di samping memberi peluang pekerjaan, ianya juga meningkatkan kadar ekonomi

negara sekiranya lebih ramai penduduk yang mempunyai pekerjaan (Alvarez & Busenitz,

2001). Persefahaman di antara negara yang terlibat dengan perniagaan antarabangsa bersama

Malaysia juga dapat dipupuk. Maka terhasilnya, hubungan dua hala atau tiga hala yang lebih

baik dalam menjalin aspek ekonomi, kebudayaan, politik dan juga teknologi. Melalui

perkongsian teknologi dengan negara lain, pengguna akan lebih terdedah kepada pengetahuan

teknologi dan melahirkan rakyat yang lebih cakna kepada ilmu teknologi. Yang mana, ianya

pasti memberikan manfaat yang besar kepada Malaysia sendiri. Signifikasi perniagaan

antarabangsa yang terakhir kepada ekonomi Malaysia adalah pertukaran mata wang asing.

Aktviti eksport pastinya menghasilkan mata wang asing akan mengalir masuk. Melalui

aktiviti eksport ini, pendapatan ekonomi Malaysia akan lebih meningkat dan menghasilkan

ekonomi yang lebih kukuh dan mampan (Alvarez & Busenitz, 2001).

3
FAKTOR-FAKTOR MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN MALAYSIA DI

DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan Malaysia di dalam perniagaan

antarabangsa dengan beberapa buah negara luar. Dengan mengambil contoh hubungan

perniagaan antarabangsa antara Malaysia dan China untuk menerangkan factor-faktor yang

memberi kejayaan kepada Malaysia. Faktor yang pertama adalah politik dan dasar kerajaan

Malaysia. Pelabur-pelabur China tertarik untuk melabur di Malaysia adalah disebabkan oleh

keadaan politik di Malaysia. Kerana keadaan politik di Malaysia aman, dasar-dasar kerajaan

juga turut memainkan peranan yang sangat penting bagi menarik pelabur asing untuk melabur

di Malaysia. Malaysia menyediakan inisiatif pelaburan yang mana ianya adalah skim galakan

kepada pelabur asing, yang mana ianya berfungsi bagi menggalakkan pelaburan asing (Lloyd

& Mughan, 2002).

Dalam usaha bagi menambahkan modal asing, kerajaan Malaysia mengadakan

kelonggaran kepada rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar hingga 100% di dalam

suatu projek. Keistimewaannya, ia menarik minat para pelabur asing untuk melabur di

Malaysia. Dasar pertukaran wang yang liberal, menarik minat para pelabur asing kerana

pelabur asing dibenarkan untuk membawa segala keuntungan dan pulangan modal (Lloyd &

Mughan, 2002). Sejak tahun 1974, iaitu pada zaman pemerintahan Tun Abdul Razak

hubungan bilateral antara kerajaan China dan Malaysia telah wujud. Sebagai menghargai

hubungan bilateral yang telah terjalin di antara China dan Malaysia, China telah bersetuju

untuk meminjamkan panda gergasi kepada Malaysia selama 10 tahun. Dengan kejayaan

hubungan bilateral ini, ianya memberi kesan yang positif dalam menarik pelabur dari luar

negara dan seterusnya memberi impak kepada ekonomi negara.

4
Bukan itu sahaja, kemudahan infrastruktur juga menjadi salah satu faktor dalam

menyumbang kepada kejayaan Malaysia di dalam perniagaan antarabangsa. Dengan adanya

infrastruktur yang lengkap, segala aktiviti perniagaan antarabangsa yang melibatkan mobility

menjadi sangat mudah dengan adanya infrastruktur yang memudahkan mobiliti (Majocchi et

al., 2005). Seterusnya, dengan menggunakan pendekatan pengurusan yang fragmatik dan

juga fleksibel peningkatan daya saing ekonomi turut terdorong. Usaha yang berterusan

berjaya meningkatkan ekonomi Malaysia seterusnya menumbuhkan sumber-sumber baru

seperti teknologi maklumat, bioteknologidan pelbagai lagi.

5
RISIKO YANG DIHADAPI OLEH FIRMA-FIRMA MALAYSIA YANG TERLIBAT

DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA KESAN DARIPADA PANDEMIK

COVID-19.

Malaysia antara negara yang turut tidak ketinggalan terjejas akibat daripada pandemic

Covid-19. Seperti mana negara lain yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa, Malaysia

juga turut menghadapi risiko dalam perniagaan antarabangsa. Antara firma atau sektor yang

terjejas semasa Covid-19 ini adalah seperti sektor pengangkutan udara. Syarikat penerbangan

terpaksa memberhentikan dan mengehadkan seketika segala operasi penerbangan keluar dan

masuk ke Malaysia. Bukan itu sahaja, penerbangan domestik juga terpaksa dihadkan dan juga

turut diberhentikan untuk sementara waktu. Hasil daripada tindakan ini, syarikat-syarikat

penerbangan mengalami kerugian yang besar. Malahan, Malaysia mengalami kadar

pengangguran yang semakin meningkat akibat daripada pengurangan pekerja yang terlibat

dalam sektor ini. Aktiviti eksport dan import juga tidak dapat dilakukan sepanjang Covid-19

ini, menyebabkan ekonomi Malaysia merundum.

Selain sektor penerbangan, sektor pelancongan juga antara sektor yang terjejas dan

terpaksa menghadapi risiko sepanjang Covid-19. Kemasukan pelancong asing terpaksa

disekat semasa tempoh Covid-19. Syarikat agensi pelancongan mengalami kerugian semasa

Covid-19 dan mengambil langkah yang sama iaitu pengurangan pekerja. Pertukaran mata

wang asing berlaku dengan adanya kemasukan pelancong dari luar negara. Selain itu, sektor

pendidikan tinggi yang bernilai RM 35 bilion juga menghadapi risiko dalam menarik pelajar

antarabangsa untuk masuk ke dalam negara semasa musim Covid-19. Sektor-sektor kecil

seperti mikrobisnes turut terjejas sepanjang Covid-19. Peniaga-peniaga kecil tidak dapat

menjalankan bisnes mereka, perlu diingat yang perniagaan kecil turut menyumbang kepada

6
ekonomi sesebuah negara. Risiko yang perlu ditanggung oleh Malaysia dalam menangani

maslah peniaga kecil tidak dapat berbisnes, seperti memberi suntikan dana kepada peniaga-

peniaga ini bagi membantu mereka sedikit sebanyak semasa Covid-19 ini.

Bagi firma-firma yang menjalankan industri makanan, risiko yang pastinya mereka

hadapi adalah dengan kesukaran untuk mendapatkan bahan yang segar, terutama sekiranya

bahan tersebut adalah dari luar negara. Kemudian, sekiranya aktiviti niaga tidak dapat

dijalankan dikhuatiri bahan segar tersebut mengalami kerosakan dan seterusnya

menghasilkan kerugian yang begitu besar kepada firma tersebut untuk ditanggung. Bagi firma

yang menjalankan servis hospitatliti, menyebabkan mereka tidak mendapat sebarang

kemasukan akibat tidak ada pelancong luar atau pelancong dalam negara yang menggunakan

servis mereka, contohnya perhotelan. Bagi hotel yang besar, pasti menghadapi risiko yang

sangat besar kerana perlu menanggung komitmen yang begitu banyak sebagai contoh perlu

membayar gaji para pekerja. Sehingga pada satu tahap, seperti yang kita boleh lihat di dalam

berita, pengurus hotel turun padang menjual makanan hasil daripada masakan Chef di hotel

mereka bagi menampung gaji para pekerja.

Seterusnya adalah firma perbankan. Yang mana, dapat dilihat yang sektor perbankan

turut terkesan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan bagi

mengawal penularan pandemik ini. Risiko yang terpaksa sektor perbankan tanggung adalah

berikutan daripada moratorium yang dilaksanakan untuk pembayaran semula hutang sebagai

contoh PTPTN di bawah pakej rangsangan parti Perikatan Nasional. Syarikat-syarikat

pelaburan seperti syarikat-syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) dan syarikat-

syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) menunjukkan prestasi yang menurun sepanjang Covid-19.

Mengambil contoh PNB adalah salah satu GLIC yang mana ia mempunyai pelabur yang

7
begitu ramai dan sangat penting bagi golongan bumiputera. Akibat daripada penurunan

prestasi PNB, Maybank telah mengumumkan bahawa ia tidak akan membayar sebarang

dividen bagi tempoh suku kedua tahun ini. Kerana kegagalan Maybang mengisytiharkan

dividen, ia pasti menjejaskan pendapayan PNB dan kemudiannya pembayaran dividen

kepada pelabur pasti akan terjejas (Sinar Harian, 2020).

8
KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa Perniagaan Antarabangsa menjadi jambatan di dalam memacu

kemakmuran , kesejahteraan dan juga lambang kedamaian di antara negara dan juga manusia.

Bukan itu sahaja, ianya juga berjaya mengubah gaya hidup dan juga budaya kita. Status

negara maju, mampu dicapai dengan Perniagaan Antarabangsa menjadi salah satu pushfactor

bagi memastikan perkataan negara maju tersebut dicapai. Ianya juga membantu dalam

memperluaskan lagi operasi bagi sesebuah perniagaan. Malaysia juga antara negara yang

berjaya di dalam Perniagaan Antarabangsa disebabkan oleh beberapa faktor yang

menyumbang kepada kejayaan ini. Tanpa faktor-faktor yang sangat membantu ini, Malaysia

tidak mampu berjaya di dalam Perniagaan Antarabangsa. Seterusnya, sememangnya Covid-

19 memberikan kesan yang sangat mendalam kepada semua negara seperti Malaysia sendiri.

Setiap firma yang ada, pasti mempunyai risiko yang tersendiri yang perlu ditanggung akibat

daripada penularan Covid-19 ini.

9
RUJUKAN

1. Ahmad, A. 2009. Marketing Practice among Malaysian SMES’s in Agro-based

Industry : Providing PERKEMA IV Jilid 2,2-4 June Pahang, Malaysia, 45-

150.

2. Alvarez, S.A., & Busenitz, L.W. The Entrepreneurship of Resource, based theory.

Journal of Management 27 (6):755-775.

3. Benito, G.R, & Stro. 2000. Chain Strategies and Modes of Foreign Market

Penetration in Agrobusiness. Journal of International Food & Agro-business

Marketing 11 (2) : 1-21.

4. Ellis, P. 2000. Social Ties and Foreign Market Entry. Journal of International

Business Studies 31 (3) : 443-469.

5. Etemad, H. 2004. Internationalization of Small and Medium-Sized Enterprise : A

Grounded Theorotical Framework and an Overview. Canadian Journal of

Administrative Science 21 (1) : 1-21.

6. Hoskisson, R., Eden, L., Lau, C., & Wright, M. 2000. Strategy in Emerging

Economics. Academy of Management Journal 43 (3) : 249-267.

7. Johanson, J. & Vahlne, J.E. 2003. Building a Model of Firm Internationalization,

Dlm. Learning in the Internationalization Process of Firms.

8. Kesan Covid-19 Kepada Ekonomi. 2020, September, 06. Retrieved from

Sinarharian.com.my/article/99861/KOLUMNIS/kesan-covid-19-kepada-

ekonomi.

9. Lloyd-Renson, L., & Mughan, T. 2002. Strategies for Internationalization Within

SMES’s : The Key Role of the Owner-Manager. Journal of Small Business and

Enterprise Development 9 (2) : 120-129.

10
10. Majocchi, A., Bacchiocchi, E., & Mayshafter, U. 2005. Firm Size, Business

Experience and Export Intensity in SME’s : A Logitudinal Approach to

Complex Relationships. International Business Review 14 (6) : 719-738.

11. Yeung, H.W. 2002. Entrepreunership and the Internationalization of Asian Firms :

An International Perspective. Cheltenham, UK and Northampton, MA USA :

Edward Edgar.

11

You might also like