You are on page 1of 17

Belanjawan boleh didefinisikan sebagai satu pernyataan anggaran hasil dan

perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan
pengurusan sumber ekonomi bagi memenuhi keperluan rakyat dan negara
(Bahagian Pengurusan Belanjawan Kementerian Kewangan, 2008). Dalam konteks
Malaysia, belanjawan merupakan satu perancangan ekonomi tahunan yang
bertujuan melaksanakan dasar-dasar sosio-ekonomi negara deperti yang dinyatakan
dalam rancangan-rancangan lima tahun Malaysia.
Konsep asas belanjawan awam adalah sebagai satu perancangan ekonomi
tahunan yang bertujuan melaksanakan dasar sosioekonomi negara,

Ianya

memainkan peranan penting dalam menentukan arah tuju dan berperanan dalam
menentukan kedudukan ekonomi sesebuah negara yang akan memberi kesan
kepada aktiviti sektor swasta. Seterusnya, antara objektif dalam perlaksanaan
belanjawan ialah untuk memastikan agensi Kerajaan diberikan peruntukan yang
sewajarnya untuk digunakan dengan cekap dan berkesan bagi setiap program dan
aktiviti agar selaras dengan Dasar Belanjawan Negara.
Selain itu, belanjawan juga berperanan sebagai alat dasar fiskal dan alat
pengurusan. Setiap peranan yang ada mempunyai fungsi sendiri iaitu, bagi
belanjawan yang berperanan sebagai alat dasar fiskal berfungsi sebagai
peruntukan, agihan dan penstabil ekonomi. Manakala, belanjawan yang berperanan
sebagai alat pengurusan pula berfungsi sebagai alat pengukur prestasi, alat
mengurus sumber kewangan dan dokumen kawalan belanjawan dan kewangan
(Yahya, Sistem belanjawan diubahsuai (MBS), n.d.).
Seterusnya, rasional dalam penwujudan belanjawan ini adalah disebabkan
sumber kewangan yang terhad bagi memenuhi keperluan dan kehendak rakyat yang
tidak terhad. Tujuan belanjawan diadakan ialah memaksimumkan faedah dari

penggunaan sumber yang terhad, menuntukan keutamaan dalam pembangunan


yang dilaksanakan kerajaan pada tahun tersebut (dilihat bedasarkan belanjawan
yang

besar

diperuntukkan

merupakan

keutamaan

kerajaan),

sebagai

alat

mempengaruhi kegiatan ekonomi negara dan alat pengagihan kekayaan bagi


menjamin keadilan sosial serta belanjawan juga dapat memberi arah kepada
tindakan kerajaan (Kementerian Kewangan Malaysia, 2009).
Komponen utama belanjawan ialah terdiri daripada hasil dan perbelanjaan
negara. Hasil negara adalah meliputi semua jenis pendapatan yang diterima oleh
Kerajaan dalambentuk cukai, yuran dan lesen. Oleh itu, hasil negara meliputi hasil
kerajaan persekutuan,hasil kerajaan negeri dan hasil kerajaan tempatan. Hasil terdiri
daripada hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan hasil wilayah
persekutuan. Hasil cukai merupakan hasil yang dikutip berdasarkan perundangan
yang diluluskan oleh perlimen antaranya cukai langsung dan cukai tidak langsung.
Sebagai contoh, cukai langsung iaitu cukai pendapatan, cukai pendapatan syarikat,
cukai harta dan lain-lain. Seterusnya, contoh cukai langsung yang dibayar kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ialah duti kastam samada eksport atau import,
duti eksais dan cukai jualan. Selain itu, bagi hasil bukan cukai pula merupakan hasil
yang dikutip daripada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan antaranya
bayaran pendaftaran, lessen, permit, perolehan dari jualan barangan, sewaan
(pelbagai tanah, bangunan dan lain-lain) denda dan hukuman. Manakala bagi
terimaan bukan hasil merupakan terimaan yang bukan berasaskan akta atau
undang-undang yang terdiri daripada pulangan balik perbelanjaan, terimaan untuk
perkhidmatan, bayaran balik dan jualan barang.
Komponen belanjawan pula ialah perbelanjaan negara yang terdiri daripada
belanja mengurus dan pembangunan. Belanja mengurus ialah perbelanjaan bagi

program atau aktviti yang dilaksanakan secara berulangan dan berterusan yang juga
dikenali dengan belanjaan penggunaan. Di bawah perbelanjaan mengurus terdapat
dua komponen perbelanjaan antaranya tanggungan dan bekalan, perbelanjaan
tanggungan adalah perbelanjaan yang dipertanggunkan secara terus kepada
kumpulan wang yang disatukan melalui Perlembagaan Persekutuan atau UndangUndang seperti yang termaktub dalam Perkara 98, Perlembagaan Persekutuan.
Antara perbelanjaan tanggungan ialah bayaran gaji YDP Agong, khidmat hutang
kerajaan, pencen, gaji hakim dan pemberian kepada negeri-negeri. Kumpulan wang
disatukan merupakan satu kumpulan wang yang di mana semua hasil kerajaan yang
diperolehi

kecuali

hasil

berkaitan

dengan

agama

islam

dimasukan

dan

diperakaunkan di dalamnya. Wang dalam kumpulan wang disatukan ini tidak boleh
dikeluarkan tanpa kelulusan undang-undang. Komponen perbelanjaan mengurus
kedua ialah perbelanjaan bekalan iaitu perbelanjaan bagi menguruskan aktiviti
kerajaan samada yang berterusan atau one-off dan diperuntukan mengikut maksud
bekalan tertentu dan perlu dibentangkan untuk kelulusan parlimen sebagai satu akta
bekalan bagi setiap tahun belanjawan. Antaranya, bayaran emolument, sewaan
ruang pejabat, pembelian asset, penyelenggaraan dan lain-lain (Kementerian
Kewangan Malaysia, 2009).
Manakala, perbelanjaan pembangunan juga terdapat dua komponen di
dalamnya iaitu secara langsung dan pinjaman.perbelanjaan pembangunan adalah
perbelanjaan modal (capital outlay) dan lebih bersifat pelaburan (perbelanjaan tidak
terulang dan bukan perbelanjaan penggunaan), perbelanjaan pembangunan harus
di bentangkan dan dibahas di dewan rakyat untuk mendapatkan kelulusan sebelum
dilaksanakan. Terdapat dua jenis agensi yang melibatkan diri dalam perlaksanaan
belanjawan Antaranya ialah agensi pusat seperti kementerian kewangan, unit

perancangan ekonomi, unit penyelarasan pelaksanaa dan jabatan perkhidmatan


awam. Manakala, agensi pelaksana seperti kementerian, jabtan dan badan
berkanun. Perbelanjaan pembangunan yang dilakukan secara langsung bermaksud
peruntukan disalurkan secara terus sebagai perbelanjaan yang ditanggung
sepenuhnyaoleh kerajaan persekutuna. Manakala, perbelanjaan pembangunan
secara pinjaman bermaksud peruntukan yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan
dan diberikan secara pinjaman yang mana bayaran balik perlu dibuat dalam satu
tempoh yang telah ditetapkan.
Seperti yang tercatat dalam sejarah, bahawa terdapat tiga jenis system
belanjawan yang diperkenalkan di Malaysia iaitu pertama, Sistem Belanjawan
Tradisional (SBT), kedua ialah Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP)
dan yang ketiga ialah Sistem Belanjawan Diubahsuai (SBD) (Mohd Fahmy Tumut,
2015). Pada awalnya Malaysia menggunakan Sistem Belanjawan Tradisional (SBT)
dari sebelum merdeka sehingga tahun 1968. Sistem ini melakukan belanjawana
dengan melihat kepada anggaran keperluan agensi perlu dibuat secara terperinci
dan hendaklah disokong dengan justifikasi yang jelas. Seterusnya, pemeriksaan
belanjawan dilakukan secara terperinci dan berasaskan line-item. Selain itu,
berlakunya

pertukaran

sistem

belanjawan

Tradisional

melalui

Pekeliling

Perbendaharaan bil.5/1968 kepada Sistem Belanjawan Program dan Prestasi


(SBPP) yang menitikberatkan perhubungan antara penentuan objektif, stuktur dan
program, kos program dan penilaian prestasi program dalam penggunaan sistem
belanjawan SBPP ini. Namun begitu, Perkeliling Perbendaharaan Bil1/1990 di
keluarkan bagi menukar sistem belanjawan SBPP kepada Sistem Belanjawan
Diubahsuai (SBP) ianya digubal bagi mempertingkatkan algi perlaksanaan sistem

belanjawan program dan prestasi serta memperoleh faedah sepenuhnya (Sistem


belanjawan diubahsuai (MBS)).
Menurut Badariah Din (2002), sistem belanjawan terawal yang digunapakai di
Malaysia adalah Sistem Belanjawan Butir Garisan dan kemudiaanya ditukar kepada
Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP). Sistem Belanjawan Program dan
Prestasi (SBPP) mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1969 bagi
menggantikan sistem belanjawan tradisional line item (Doh Joon-Chien, 1981) (Amy
Tam, 2013). Pengalaman dalam pengendalian dan pembangunan sistem ini telah
menjadi rujukan dan panduan kepada negara lain. Pengenalan awal sistem ini
adalah di bawah pengaruh penasihat luar yang melibatkan SBPP sebagai latihan
mekanikal di mana prosedur yang tepat perlu diikuti. Dari tahun 1972, strategi telah
ditukar

dengan

membuatkan

sistem

berfungsi

untuk

membantu

dengan

menggunakan dan menguruskan sumber dengan lebih cekap bertepatan dengan


objektif program.
Kita juga boleh melihat SBPP sebagai satu sistem yang memberi penekanan
terhadap perancangan terperinci untuk apa-apa program pembangunan kerajaan
diluluskan. Namun begitu, sistem ini tidaklah seketat sistem line-item budgeting yang
digunakan Malaysia sebelum ini. Jadi, SBPP boleh dikatakan adalah penghubung
diantara line-item dengan belanjawan program dan lain-lain belanjawan prestasi
yang lebih kompleks.
Savoie (1996) berkata, belanjawan program atau programme budgeting
adalah direka untuk fokus kepada membuat keputusan belanjawan berdasarkan
soalan dasar penting yang berkaitan dengan peruntukan sumber antara aktiviti yang
bersaing dan juga mengoptimumkan jangkaan output selaras dengan objektif
organisasi yang ditetapkan. Menurut Griesemer (1983) pula, belanjawan prestasi

atau performance budgeting adalah bertujuan untuk membentangkan hubungan


yang jelas antara input sumber dan pengeluaran perkhidmatan".
Sistem Belanjawan Program dan Prestasi yang dilaksanakan untuk
perbelanjaan mengurus adalah menitikberatkan perhubungan antara input, output
dan impak Program dan Aktiviti yang dijalankan di peringkat Kementerian mahupun
Jabatan (Laporan Untuk Buku Anggaran Belanjawan Program dan Prestasi 1994,
1993). Sistem ini juga mempunyai ciri-ciri utama seperti penentuan objektif atau
matlamat dimana matlamat yang ingin dicapai oleh sesuatu agensi itu haruslah
dinyatakan. Setiap agensi hendaklah menyediakan anggaran belanjawan untuk
tahun hadapan dengan menerangkan dengan jelas objektif-objektif dan strategistrategi perlaksanaan bagi sesuatu projek. Matlamat dan objektif sesuatu agensi itu
juga perlulah ringkas, tepat dan jelas untuk memastikan ia dapat dicapai.
Ciri kedua pula adalah Struktur Program atau Aktiviti dimana sesebuah
agensi itu haruslah mewujudkan struktur program organisasi berdasarkan output dan
pencapai matlamat. Setiap jabatan, kementerian atau agensi harus merancang dan
memilih alternative yang paling sesuai dalam melaksanakan sesuatu program atau
aktiviti. Ciri yang ketiga pula adalah Pengukuran Prestasi dan Penilaian Program
atau pengeluaran petunjuk dan pengukuran prestasi. Dengan cara ini, kecekapan
dan keberkesanan agensi-agensi bagi memperoleh, mengorganisasikan, mengawal
dan menggunakan sumber-sumber negara yang terhad dapat dilihat. Di samping itu
juga, prestasi agensi pada tahun perlaksanaan akan turut diukur berasaskan
kecekapan dan keberkesanan dalam menggunakan sumber ke arah pencapaian
objektif mengikut strategi-strategi pelaksanaan yang telah ditetapkan.

Menurut Zaherawati Zakaria (2004), SBPP mempunyai beberapa manfaat


atau kebaikan iaitu salah satunya adalah ia memberi tumpuan kepada sumbersumber dengan berkesan dalam output yang dihasilkan dan menggalakkan kerajaan
dan agensi-agensi untuk menilai fungsi, tanggungjawab dan peranan mereka untuk
mencapai matlamat dan tujuan dalam membangunkan negara. Kelebihan SBPP
yang seterusnya adalah ia menggalakkan penghasilan maklumat yang lancar pada
masa yang tepat. Kelebihan yang ketiga pula adalah ia mempunyai penilaian
program yang penting untuk mendapatkan tindak balas daripada orang ramai
mengenai program-program kerajaan. Selain itu, dengan SBPP juga, agensi-agensi
lain dapat dibantu untuk mengurus, mengatur dan mengawal dengan perancangan
yang lebih baik, cekap dan berkesan.
Wujud beberapa kelemahan yang dikenalpasti di dalam sistem belanjawan ini
iaitu Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP). Menurut Rosni Julis (2003),
di antara kelemahan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan SBPP adalah
penyediaan, pemeriksaan dan pelaksanaan belanjawan tahunan yang masih ditahap
line-item. Di bawah SBPP, belanjawan adalah lebih sebagai alat bagi pengagihan
wang dan tidak diberi keutamaan sebagai alat pengurusan dan pencapaian
pengurusan sumber. Oleh itu, ketidakselarasan telah berlaku di antara keputusan
kewangan dan keputusan dasar pelaksanaan Progran atau Aktiviti. Di dalam SBPP
juga, petunjuk prestasi tidak dipentingkan dalam pengurusan sumber-sumber.
Kelemahan lain SBPP adalah ia menggunakan pendekatan penyediaan bottom-up
dan penurunaan kuasa berkaitan keputusan kewangan adalah terhad (Kementerian
Kewangan Malaysia, 2009). Pengukuran prestasi organisasi juga tidak dapat
berhubung dengan prestasi individu dan tiada mekanisme yang tepat.

Penekanan ke atas akauntabiliti berdasarkan hasil telah menjadi semakin


penting kepada Organisasi sektor awam Malaysia (Shafie, 1996). Sebagai contoh,
inisiatif pembaharuan diperkenalkan oleh Jabatan Perdana Kementerian Malaysia
seperti yang Produktiviti Penambahbaikan Inisiatif, Pengurusan Kualiti Menyeluruh
(TQM) dan ISO 9000 Program hendaklah mengetuai badan-badan kerajaan untuk
menubuhkan prestasi yang komprehensif sistem pengukuran (CPM) untuk
membantu anggota perkhidmatan awam dalam mencapai keberkesanan operasi dan
objektif strategik. Di atas perkembangan ini, Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS)
dilihat sebagai satu percubaan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk melanjutkan
sedia ada infrastruktur sistem pengukuran prestasi setanding dengan Public Baru
Inisiatif pengurusan di banyak kerajaan di negara-negara maju.
Sistem Belanjawan Diubahsuai (SBD) atau dalam bahasa Inggerisnya
dikenali sebagai Modified Budgeting System (MBS) merupakan salah satu alat
pengurusan kewangan dimana pihak perbendaharaan mewujudkan SBD untuk
meningkatkan lagi perlaksanaan Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP)
(Xavier', 1996). SBD yang merupakan sistem belanjawan yang menitikberatkan
pelaksanaan

dan

pencapaian

ini

diperkenalkan

oleh

pihak

kerajaan

dan

dilaksanakan secara berperingkat-peringkat meliputi fasa satu pada tahun 1990


hingga fasa lima pada tahun 1995 (Julis, 2003). Menurut Rosni Julis (2003) lagi, fasa
pertama sistem ini adalah pelaksanaan bagi tiga kementerian perintis iaitu
Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat atau kini dikenali
sebagai Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan yang
ketiga adalah Kementerian Kerja Raya. Sejak tahun 1997, penggunaannya telah
diperluaskan kepada Badan-Badan Berkanun. Seterusnya, SBD juga menggunakan
pendekatan baru iaitu konsep top-down dan Let Managers Manage. Antara objektif

yang terdapat dalam SBD adalah untuk meneguhkan lagi kewangan negara
menerusi agihan sumber yang lebih baik dan teratur, dilaksanakan untuk
mendapatkan perlanjaan yang sama rata atau seimbang (balanced budget),
menaiktaraf

kemajuan

pelaksanaan

SBPP,

membantu

pengurus

program

meningkatkan prestasi, dan seterusnya untuk meningkatkan sifat tanggungjawab


dalam diri para pengurus.
Sistem Belanjawan Diubahsuai mempunyai empat elemen atau ciri utama.
Empat elemen tersebut adalah batas perbelanjaan, perjanjian program dan laporan
pengecualian, satu pusingan penilaian program, dan satu pendekatan menyeluruh
terhadap kawalan peruntukan. Badariah Din (2002) pula turut mengatakan SBD
mempunyai empat ciri utama iaitu penetapan batas perbelanjaan, penyediaan
laporan perjanjian program, laporan pengecualian program sekiranya mana-mana
agensi kerajaan tidak memenuhi keperluan yang dipersetujui bersama dan ciri
keempat iaitu penyediaan laporan penyediaan program untuk menentukan sama
ada objektif program yang dilaksanakan tercapai atau tidak serta untuk mengenal
pasti masalah dan penghalang kepada pencapaian matlamat asal. Elemen yang
pertama iaitu batas perbelanjaan merupakan satu jumlah peruntukan wang yang
ditetapkan di peringkat awal proses belanjawan tahunan sebagai peruntukan untuk
sesebuah agensi yang tidak dapat dilampau di dalam menyerahkan anggaran bajet
bagi dasar-dasar yang sedai ada untuk sesuatu tahun. Dasar sedia ada yang
terkandung dalam elemen batas perbelanjaan membawa maksud acara-acara yang
mendapat kelulusan dalam bentuk perundangan, kelulusan kabinet, Menteri atau
perbendaharaan, atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai taraf yang
sama. Pengertian dasar sedia ada ini juga merangkumi perlaksanaan operasi bagi
setiap acara dan aktiviti. One-Off dalam SBD bermaksud sebuah perbelanjaan yang

tidak berulang contohnya seperti pembelian aset atau peralatan pejabat, pindah
pejabat, ubahsuai pejabat, dan sebagainya. Threshold merupakan suatu nilai yang
disetkan oleh Perbendaharaan untuk sesebuah agensi di mana nilai ini digunakan
sebagai alat pengukur untuk menetapkan jumlah peruntukan tambahan yang sesuai
oleh Perbendaharaan di dalam menimbangkan apa-apa cadangan dasar baru atau
One-Off. Threshold digunakan sewaktu permohonan peruntukan tambahan dibuat
sama ada Dasar Baru atau One-Off. Permohonan untuk peruntukan tambahan tidak
akan diterima oleh Perbendaharaan sekiranya nilai yang dipohon kurang dari nilai
Threshold. Jumlah keperluan tambahan tidak dapat diagregatkan untuk tujuan
Threshold.
Elemen yang kedua yang terdapat dalam SDB adalah elemen perjanjian
program dan laporan pengecualian. Elemen ini merupakan suatu perjanjian yang
dilakukan antara agensi dengan pihak Perbendaharaan mengenai input yang akan
diguna pakai, output yang akan dikeluarkan, dan kesan yang akan dicapai untuk
setiap program yang telah dirancang. Perjanjian program yang dibuat mempunyai 14
elemen iaitu maksud bekalan, sumber, penunjuk impak, agensi, aktiviti, punca
kuasa, analisis keperluan, fungsi, spesifikasi, penilaian program, pelanggan, objektif,
kod, dan program. Perjanjian program dalam SBD merangkumi batas perbelanjaan,
penyerahan bajet, laporan suku tahun, laporan pengecualian, rujukan maklumat,
dokumen pemeriksaan, dan alat pengurusan. Tahap viran yang diiktiraf dalam
elemen ini merupakan satu fasa yang dipersetujui untuk sesebuah petunjuk prestasi
yang mana sesebuah agensi tidak perlu menunjukan laporan pengecualian. Laporan
pengecualian adalah sebuah laporan bagi tujuan menjelaskan petunjuk prestasi
yang tidak mengikut spesifikasi atau tahap varian yang dipersetujui dalam Perjanjian
Program. Ia juga untuk mengenalpasti petunjuk prestasi yang terkeluar daripada

tahap varian yang dipersetujui, alasan-alasan untuk prestasi yang tidak selaras, dan
mengenalpasti tindakan yang perlu diambil.
Elemen yang seterusnya adalah satu pusingan penilaian program. Dalam
satu pusingan penilaian program, penilaian ke atas sesuatu aktiviti dilakukan secara
mendalam dan penilaian ini juga akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh

lima

tahun.

Laporan

Penilaian

Program

perlu

dihantar

kepada

Perbendaharaan untuk tujuan dianalisa prestasi sesebuah program serta melibatkan


pertimbangan Dasar Baru dan Penjimatan daripada Pengubahsuaian Dasar.
Elemen SDB yang ke-empat atau terakhir adalah satu pendekatan
menyeluruh terhadap kawalan peruntukan. Elemen ini adalah untuk mengurangkan
kawalan secara mendalam dimana kawalan tertumpu kepada jumlah peruntukan. Ia
juga untuk mengurangkan atau menghapuskan kawalan terpeinci yang tertentu
secara berperingkat. Kuasa menguruskan peruntukan belanjawan diturunkan ke
peringkat agensi dan seterusnya digalakkan ke peringkat bawah. Memindahkan
peruntukan diberikan kelonggaran kepada Pegawai Pengawal di bawah PP 10/92.
Pegawai Pengawal mempunyai kuasa untuk membuat pindah peruntukan dia antara
objek am di dalam program yang sama dan di antara aktiviti di dalam program yang
sama.
Tidak seperti SBPP, cara pelaksanaan SBD ini lebih menekankan kepada
pencapaian prestasi sesebuah program atau aktiviti. Ini kerana SBPP sebelum ini
mempunyai kelemahan dari segi cara penilaian prestasi dan penilaian program
disebabkan petunjuk prestasi adalah tidak dipentingkan dalam pengurusan sumbersumber. Prestasi agensi-agensi yang berkonsepkan perkhidmatan seperti sosial dan
keselamatan amat sukar dan rumit untuk diukur. SBPP menekankan aktiviti atau

program yang dijalankan haruslah mempunyai output yang boleh diukur sama ada
dalam bentuk hasil keluaran atau perkhidmatan dan input dari segi kerja dan
pengunaan sumber. Pelaksanaan SDB ini melibatkan proses belanjawan yang terdiri
daripada beberapa proses iaitu penyediaan, pelaksanaan, pemantauan, dan
penilaian. Persediaan di peringkat Perbedaharaan iaitu di Bahagian Belanjawan
termasuk penubuhan Jawatankuasa Pemandu dan persediaan keperluan asas
seperti tatacara serta metodologi belanjawan. Langkah pelaksanaan di peringkat
agensi pula, Jawatankuasa Pelaksanaan ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan
dan mengatasi masalah dan isu yang berkaitan seperti mengkaji kedudukan rangka
program atau aktiviti, bidang kuasa yang diturunkan kebawah akan ditentukan, cara
pelaksanaan sistem, menyusun semula sistem laporan prestasi dan kawalan
pengaliran maklumat serta kawalan buku vot.
Berbeza dengan SBPP, SBD memfokuskan penyediaan, pemeriksaan, dan
pelaksanaan pada tahap line-items. SBD juga mementingkan petunjuk prestasi
dalam menguruskan sumber-sumber. Dalam SBD, belanjawan digunakan sebagai
alat pengurusan manakala SBPP tidak menggunakan belanjawan sebagai alat untuk
mengurus. SBD juga tidak terhadkan penurunan kuasa berkaitan keputusan wang
malah sistem ini akan menurunkan kuasa ke peringkat agensi dan kebawah. Oleh
itu, pihak atasan tidak lagi perlu mengawal hal ehwal organisasi atau agensi dengan
terperinci. SBPP sebelum ini memerlukan peringkat bawahan untuk menyediakan
maklumat yang diperlukan oleh pihak atasan iaitu pihak pengurusan dalam proses
membuat keputusan.
Pihak pemerintah menyedari bahawa berpelanjaan kerajaan mestilah
dirancang dengan sempurna dan dikawal dengan teliti kerana ianya memberikesan
langsung kepada ekonomi negara dan kesejahteraan hidup rakyat. Bagi mencapai

objektif yang ditetapkan oleh negra seperti mewujudkan negara yang membangun
secara mampan dan lestari dengan cepat, maka kuasa pembuat keputusan harus
diberikan kepada pengurus- pengurus diperingkat bawahan supaya kelewatan
projek

dapat

dielakkan.

Berdasarkan

pekeliling-pekeliling

yang

dikeluarkan

kerajaanberkaitan kewangan Pegawai pengawalan mempunyai peranan yang


penting dalam memastikan aspek penyediaan belanjawan dan belanjawan tersebut
efektif. Hal ini kerana pegawai pengawal diberi kuasa dan dipertanggungjawabkan
menjaga aspek kawalan wang kerajaan bagi membuat penyediaan belanjawan dan
membelanjakan wang tersebut mengikut kaedah-kaedah serta undang-undang yang
telah ditetapkan. Oleh itu, penjawat awam harus mempunyai pengetahuan serta
memahami tentang semua proses dan prosedur kewangan untuk meningkatkan
pengurusan kewangan kerajaan yang cekap dan sistematik. Penjawat awam yang
merupakan pegawai pengawal yang tidak memainkan peranan dalam pengurusan
kewangan jabatan dan mempunyai sikap tidak ambil peduli atau sambil lewa dalam
aspek kewangan boleh menyebabkan berlakunya ketirisan dan kesilapan dalam
penyediaan belanjawan. Oleh itu, kerajaan mengatasi masalah ini dengan
memberikan pengetahuan yang mendalam kepada penjawat awam melalui
penawaran kursus dan pengemaskinian arahan dari semasa ke semasa. Selain itu,
mereka juga boleh dikenakan tindakan salahlaku terhadap tindakan yang menyalahi
undang-undang bagi memastikan mereka menjalankan tanggungjawab dengan
sepenuhnya keatas wang yang diperuntukan. Kecekapan dalam mengurus
belanjawan dapat menentukan keberkesanan sesebuah organisasi dalam mengurus
kewangan yang diperuntukan pada tahun berikutnya. Dengan itu, kajian yang teliti
dan berhemah perlu dibuat bagi memastikan belanjawan yang disediakan
bertepatan dengan permohonan yang diminta. Hal ini kerana, permohonan ini

berkait dengan program yang akan dilaksanakan mengikut prosedur serta arahan
yang ditetapkan. Oleh itu, pertimbangan yang wajar harus diberikan dalam
menentukan keutamaan sesebuah program yang bakal dilaksanakan dengan nilai
intergriti dan akuantabiliti yang harus diutamakan bagi setiap pegawai yang
mengawal dalam pengurusan kewangan jabatan.

Bibliography
Atiqah, N. (2014, September 17). 4 Elements of Modified Budgeting System.
Retrieved May 4, 2015, from Scribd: http://www.scribd.com/doc/240012931/4Elements-of-Modified-Budgeting-System#scribd
Badariah Din. (2002). Analisis Sistem Pengurusan Belanjawan dalam Konteks
Sistem Belanjawan Diubahsuai Kajian Kes: Di Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI). Universiti Utara Malaysia, Sekolah Siswazah.
Bahagian pengurusan belanjawan kementerian kewanga. (2008). Pengenalan
kepada sistem belanjawan negara. kelantan.
Din, B. (2002). Analisis Sistem Pengurusan Belanjawan dalam Konteks Sistem
Belanjawan Diubahsuai Kajian Kes: Di Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri (MITI). Universiti Utara Malaysia, Sekolah Siswazah.
Doh, J.-C. (1981). Modernizing the budget system: The Malaysian experience.
Public Administration and Development , 291-305.
Griesemer, J. (1983). Accountants and Administrators Guide: Budgeting for results
inGovernment . New York: Ronal Press.
Julis, R. (2003). Pelaksanaan Sistem Beelanjawan yang diubahsuai di Kementerian
Kerja Raya. Universiti Uitara Malaysia, Sekolah Siswazah.
Karbhari, Y. (2007, December 26). The Impact of Modified Budgeting System On
Performance Measurement Malaysian Central Government Organisations. Kuala
Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia.
Kementerian Kewangan Malaysia. (2009). Penyediaan Bajet Tahunan: Rasional,
asas dan mekanisme satu pengenalan.

Kementerian Kewangan Malaysia. (2009). Penyediaan Bajet Tahunan: Rasional,


Asas dan Mekanisme Satu Pengenalan.
(1993). Laporan Untuk Buku Anggaran Belanjawan Program dan Prestasi 1994. In
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.7.
Mahazir, M. (2015). Types of Budget and Their Performance on Economy. Retrieved
May

10,

2015,

from

academia.edu:

http://www.academia.edu/3073232/Types_of_Budget_and_Their_Performance_on_
Economy
Mohd Fahmy Tumut. (2015, May 10). Tahap pengurusan kewangan PBT. Retrieved
from http://www.scribd.com/doc/17463314/belanjawan-pbt
Savoie, R. (1971). Budget Innovation on States. Washington DC: Brookings
Institution.
Sistem belanjawan diubahsuai (MBS). (n.d.). Retrieved may 10, 2015, from
http://www.agc.gov.my/pdf/pekeliling/pelbagai/Belanjawan_Diubahsuai.pdf
Tam, A. (2013). Enhancing Monitoring and Evaluation for Better Results. 5-21.
Xavier', J. A. (1996). Public Administration and Development. Kuala Lumpur.
Yahya, Y. (n.d.). Sistem belanjawan diubahsuai (MBS). Retrieved from Bahagian
khidmtan nasihat pengurusan kewangan: www.treasury.gov.my
Yahya, Y. (1995). Sistem Belanjawan Diubahsuai. Bahagian Khidmat Nasihat
Pengurusan Kewangan . Putrajaya, Kuala Lumpur, Malaysia: Perbendaharaan
Malaysia Putrajaya.

Zakaria, Z. (2004). Financial Administration. Retrieved May 10, 2015, from


lib.kedah.uitm.edu.my/psblibrary/notes/am110/layout/.../h1.pdf

You might also like