You are on page 1of 18

Dalam konteks cukai tak langsung, negara kita telah mejangkaui two era yang berbeza

iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan berdasar kepada Akta Cukai

Jualan 2018 (sebelumnya ialah Akta Cukai Jualan 1975) dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018

(sebelumnya ialah Akta Cukai Perkhidmatan 1975) serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan

(GST) yang diperkenalkan selama 3 tahun 2 bulan berdasar kepada Akta GST 2018. Era

transisi dari GST ke SST pula memberi kebajikan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk

menikmati “Tax Holiday” selama 3 bulan iaitu dari 1 Jun 2018 hingga 31 Ogos 2018.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2.0 ditadbir di bawah Akta Cukai Jualan 2018

dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Cukai Jualan merupakan cukai persekutuan yang

dikenakan ke atas penggunaan pelbagai barangan secara meluas sementara Cukai

Perkhidmatan pula dikenakan ke atas pengguna yang menggunakan perkhidmatan bercukai

tertentu.

Cukai Jualan merupakan cukai seperingkat tunggal yang dikenakan dan dilevikan

pada ke atas semua barangan kena cukai pengimportan dan pengeluaran di Malaysia Akta

Cukai JUalan 2018 terpakai di seluruh Malaysia , tidak termasuk Kawasan yang ditetapkan

dan kawasan khas. Cukai Jualan adalah cukai ad valorem dan kadar yang berbeza dikenakan

mengikut kumpulan barang kena cukai.

Adalah menjadi mandatori bagi semua pengilang dan subkontraktor barangan boleh

kena cukai (taxable goods) memohon untuk mendapatkan lesen di bawah Akta Cukai Jualan

2018. Syarikat pengilang sebagai agen pengutip cukai dan elemen cukai jualan tertanam

dalam harga yang dibayar oleh pengguna. Syarikat pengilang yang mencapai jualan barangan
kena cukai melebihi RM500,000 untuk tempoh 12 bulan perlu didaftarkan di bawah Akta

Cukai Jualan 2018.

Barangan yang tertakluk kepada Cukai Jualan adalah barangan yang tidak

disenaraikan dalam Perintah Cukai Jualan (Pnegecualian Barang Dari Cukai Jualan) yang

dicadangkan . Orang bercukai pula adalah orang yang mengilang barangan bercukai dan nilai

jualanan tahunan melebihi nilai ambang RM500,000 dan dimestikan untuk berdaftar melalui

portal atas talian MySST. Perintah akan dikenakan cukai jualan di antara kadar 5% hingga

10%. Syarikat pengilang dan perkhidmatan dari orang berdaftar GST yang telah dikenalpasti

dan memenuhi kriteria yang diperlukan akan didaftarkan secara automatik sebagai pengeluar

berdaftar di bawah Akta

Pengecualian Cukai Jualan diberikan untuk barangan yang dikecualikan seperti

binatang dan makanan yang belum diproses, ubat-ubatan, bahan kimia. Pengecualian Cukai

Jualan diberikan kepada individu tertentu termasuk pengilang barang bukan bercukai dan

pengecualian terhadap aktiviti-aktiviti tukang jahit, pemasangan atau penggabungan barang

ke dalam bangunan, tukang emas dan ahli optik.

Orang yang kena cukai hendaklah mengemukakan penyata Cukai Jualan dan

mnegakaun Cukai Jualan dalam Borang SSt-02 setiap dua bulan mengikut tempoh kena cukai

yang ditakrifkan sebagai dua bulan calendar. Penyerahan Borang SST-02 boleh dilakukan

secara elektronik di MySST atau orang kena cukai boleh memuat turun dan mencetak Borang

SST-02 dari portal MySST. Penyata Cukai Jualan hendaklah dikemukakan kepada Ketua

Pengarah tidak lewat daripada hari terakhir bulan lepas selepas berakhir tempoh bercukai.
Jika tempoh bercukai orang kena cukai tidak berakhir pada hari terakhir bulan itu,

penyata Cukai Jualan hendaklah dikemukakan tidak lewat dari hari terakhir tempoh tiga

puluh (30) hari dari akhir tempoh bercukai yang berlainan. Penyata Cukai Jualan hendaklah

dikemukakan sama ada atau tidak ada cukai yang perlu dibayar. Orang kena cukai hendaklah

mengemukakan butir-butir seperti nilai jualan semua barang kena cukai yang telah dijual

semasa tempoh bercukai, nilai barang kena cukai selain daripada jualan, nilai semua barang

kena cukai yang digunakan selain sebagai bahan mentah dan amaun cukai jualan yang perlu

dibayar.

Jika pembayar cukai membuat kesilapan dalam apa-apa penyata, pembetulan boleh

dibuat dalam Borang SST-02 dengan apa-apa cara dan dalam masa yang diperlukan oleh

pegawai Cukai Jualan. Pembayar cukai yang terhenti didaftarkan atau terhenti pengilangan

barang-barang bercukai perlu mengemukakan penyata akhir tidak lewat dati 30 hari dari

Tarikh dia berhenti didaftarkan. Orang kena cukai yang berhenti menjalankan perniagaan

sebagai pengilang perlu memasukkan baki barang-barang kena cukai ke dalam penyata

seolah-olah barang tersebut telah dijual olehnya dalam tempoh bercukai terakhir dan

membayar cukai yang sewajarnya.

Pengilang berdaftar yang gagal mengemukakan penyata cukai jualan dalam tempoh

yang ditetapkan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen 26(7) Akta Cukai

Jualan 2018 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara bagi suatu

tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Orang kena cukai dikehendaki memberi

suatu penyata cukai jualan dan membayar tidak lewat dari hari terakhir yang dia dikehendaki

untuk memberikan penyata cukai jualan. Cara pembayaran cukai jualan boleh dibuat secara
elektronik atau cek, draf bank dan dihantar ke pusat pemprosesan kastam. Cek Tarikh

hadapan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Pengilang berdaftar yang gagal membayar cukai jualan yang kena bayar dalam

tempoh yang ditetapkan adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak

melebihi RM50,000 atau penjara selama tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Penalti

bayaran lewat SST ke atas jumlah cukai jualan dan perkhidmatan tidak berbayar adalah :-

10% bagi tempoh 30 hari pertama

15% bagi tempoh 30 hari kedua

15 % bagi tempoh 30 hari ketiga

Maksima 40% selepas 90 hari

Terdapat 2 jenis pengecualian cukai jualan di bawah Akta Cukai Jualan 2018 iaitu

Pengecualian Khusus dan Pengecualian Melalui Perintah. Pengecualian Khusus adalah satu

kemudahan dimana orang oleh memohon kepada Menteri untuk dikecualikan daripada

pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai jualan yang akan dibayar oleh

orang itu. Dalam memberi pengecualian, Menteri boleh menetapkan orang itu kepada apa-apa

syarat yang difikirkannya patut dikenakan.

Pengecualian Melalui Perintah pula ialah Menteri boleh mengecualikan apa-apa

barang atau kelas barang dari keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai jualan atau

pembayaran. Barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan disenaraikan dalam

Jadual A Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan dari Cukai JUalan) 2018. Barang

dikecualikan cukai adalah seperti makanan yang tidak diproses, sayur-sayuran, uabt-ubatan,

jentera, bahan kimia dan sebagainya. Pengecualian di bawah Jadual A, B dan C Perintah
Cukai Jualan 2018 pula menyenaraikan orang yang dikecualikan daripada pembayaran cukai

jualan seperti Sultan, Jabatan Kerajaan atau Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan , Depot

Pelepasan Dalam Negeri dan Kedai Bebas Cukai. Pengecualian cukai jualan diperluaskan

kepada pengilang yang bukan pengilang berdaftar dalam Jadual B. Jadual C pula memberi

pengecualian cukai jualan kepada pengilang berdaftar atas perolehan bahan mentah,

komponen dan bahan pembungkusan yang akan digunkan dalam pengilangan barang-barang

bercukai.

Cukai Perkhidmatan di Malaysia adalah satu bentuk cukai tak langsung seperingkat

yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu yang dinamakan “perkhidmatan bercukai”.

Cukai perkhidmatan tidak boleh dilevikan ke atas mana-mana perkhidmatan yang tidak

termasuk dalam senarai perkhidmatan bercukai yang ditetapkan oleh Menteri dibawah Jadual

Pertama Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2018. Cukai Perkhidmatan dikenakan dan

dilevikan ke etas barang dan perkhidmatan yang ditetapkan di Malaysia termasuk makanan,

minuman dan tembakau. Akta Cukai Perkhidmatan 2018 terpakai di seluruh Malaysia tidak

termasuk kawasan yang ditetapkan, zon bebas, Gudang berlesen, Gudang pengilangan

berlesen dan Kawasan Pembangunan Bersama (JDA)

Cukai perkhidmatan dikenakan dikenakan ke atas apa-apa peruntukan perkhidmatan

bercukai yang disediakan di Malaysia oleh orang yang kena berdaftar bagi penerusan

perniagaannya. Cukai perkhidmatan adalah genap dan kena dibayar apabila pembayaran

diterima untuk mana-mana perkhidmatan bercukai yang disediakan kepada pelanggan oleh

orang yang kena cukai. Cukai perkhidmatan tidak dikenakan untuk perkhidmatan import dan

eksport di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.


Perkhidmatan bercukai adalah seperti berikut:-

1. Hotel

2. Makanan dan minuman

3. Kelab

4. Permainan

5. Insuran dan takaful

6. Perkhidmatan undang-undang dan perakaunan

7. Perkhidmatan kajiselidik, seni bina, penilaian dan kejuruteraan

8. Perkhidmatan perundingan dan pengurusan

9. Perkhidmatan penghantaran dan kurier

10. Perkhidmatan keselamatan

11. Agensi pekerjaan

12. Perkhidmatan letak kereta dan sewa kenderaan

13. Baik pulih dan servis kenderaan bermotor

14. Penerbangan domestik (kecuali perkhidmatan udara pendalaman)

15. Telekomunikasi dan khidmat TV berbayar

16. Perkhidmatan pengiklanan

17. Kad kredit / kad caj

18. Perkhidmatan teknologi maklumat

19. Bekalan elektrik

Kadar cukai perkhidmatan adalah ditetapkan dibawah Perintah Cukai Perkhidmatan

(Kadar Cukai) 2018 dan berkuatkuasa pada 1 September 2018. Kadar cukai perkhidmatan

ialah 6% daripada harga atau premium atas polisi insuran, nilai pertaruhan dan perjudian dan
lain-lain perkhidmatan tersenarai di atas. Kadar cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan

pengeluaran kad kredit atau kad caj adalah RM25 setahun pada kad principal dan tambahan.

Orang yang kena cukai boleh menjadi mana-mana individu, syarikat, perusahaan, kelab,

badan amanh, pertubuhan koperasi, persatuan dan lain-lain.

Perkhidmatan yang diimport dan perkhidmatan yang dieksport adalah dikecualikan

daripada Cukai Perkhidmatan. Pembekal perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan

bercukai yang melebihi ambang RM500,000 dalam tempoh 12 bulan adalah mandatori untuk

mendaftar bagi SST kecuali pengendalian perkhidmatan makanan dan minuman yang

ambang pendaftaran SST adalah RM1.5 juta. Perniagaan yang tidak memenuhi ambang

perolehan boleh memilih rejim pendaftaran sukarela di bawah rangka kerja SST. Pendaftaran

kumpulan adalah tidak tersedia di bawah rejim SST 2018.

Cukai perkhidmatan dibayar pada masa pembayaran diterima untuk perkhidmatan

yang genap masa dan kena dibayar cukai yang diberikan kepada pelanggan oleh orang kena

cukai. Apabila keseluruhan atau mana-mana bahagian pembayaran berkenaan dengan

perkhidmatan bercukai yang tidak diterima dalam tempoh 12 bulan calendar dari tarikh cukai

perkhidmatan invois hendaklah kena dibayar pada hari selepas tempoh 12 bulan kalendar.

Bayaran pendahuluan tertakluk kepada cukai perkhidmatan apabila invois dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, pembayaran sebagai deposit tidak tertakluk kepada cukai

perkhidmatan sehingga deposit itu direalisasikan sebagai bayaran untuk perkhidmatan

bercukai dan invois telah dikeluarkam.


Menteri boleh mendaftarkan seseorang yang menyediakan apa-apa perkhidmatan

brcukai jika jumlah nilai perkhidmatan bercukai telah melebihi ambang yang ditetapkan.

Orang kena cukai adalah bertanggungjawab untuk mendaftar pada waktu yang lebih awal

daripada tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas akhir biulan di mana

jumlah nilai perkhidmatan bercukai melebihi amaun nilai ambang yang ditetapkan. Orang

yang menjalankan perniagaan perkhidmatan bercukai hendaklah memohon pendaftaran atau

mendaftar secara sukarela walaupun nilai perkhidmatan tidak mencapai amaun ambang yang

ditetapkan.

Orang kena cukai hendaklah mengemukakan penyata cukai perkhidmatan dan

mengakaun cukai perkhidmatan dalam Borang SST-02 setiap dua bulan mengikut tempoh

kena cukainya yang ditakrifkan sebagai dua bulan kalendar. Orang yang kena cukai

hendaklah menyatakan dalam Borang SST-02 amaun agregat pembayaran yang diterima

semasa tempoh bercukai berkenaan dengan caj yang dikenakan atau dikutip untuk

penyediaan perkhidmatan boleh kena cukai dan amaun cukai perkhidmatan yang kena

dibayar.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

GST diperkenalkan pada 1 April 2015 dan dimansuhkan pada 31 Mei 2018. GST adalah

cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah juga dikenalikan sebagai

cukai nilai tambah (Value Added Tax). GST diperkenalkan oleh Kerajaan bagi menggantikan

SST. Kadar GST yang dikenakan di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu :-

-Kadar standard 6%
Semua barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini akan dikenakan dengan

kadar cukai GST 6 %. Barangan dan perkhidmatan dalam kategori ini adalah seperti baju,

kereta, buah-buahan, perkhidmatan guaman dan pengurusan, perkhidmatan hospital swasta

dan lain-lain.

-Kadar sifar -0%

Barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini akan dikenakan dengn 0% GST.

Ini bermakna GST tidak akan dikenakan terhadap pengguna akhir. Namun, entiti perniagaan

perlu berdaftar sebagai orang kena cukai dan boleh menuntut semula cukai input yang dicaj

oleh pembekal mereka. Barangan dan perkhidmatan berkadar 0 % GST adalah seperti

makanan dan barang keperluan asas seperti daging, ikan, minyak masak, beras, 200 unit

pertama elektrik pada setiap bulan.

-Kadar Dikecualikan 0%

Barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini tidak akan dikenakan cukai dan

tidak tertakluk kepada GST pada peringkat output. Ini bermakna GST tidak akan dikenakan

terhadap pengguna akhir. Entiti perniagaan terutamanya pihak terakhir dalam rantaian

bekalan sebelum pengguna akhir tidak boleh menuntut semula kredit cukai input mereka

walaupun mereka mungkin dikenakan dengan GST ketika pembelian input. Contoh barangan

dan perkhidmatan dalam kategori ini ialah harta kediaman dan perkhidmatan kesihatan.

GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan

pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.

Pembayaran cukai dibuat pada setiap peringkat pengilangan dan pengedaran oleh pihak

perantaraan. Walaupun GST dibayar di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran, tetapi

cukai tersebut dibayar oleh pengguna terakhir. GST bukan merupakan kos kepada pihak
perantaraan dan tidak ditunjukkan sebagai perbelanjaan dalam penyata kunci kira-kira

mereka.

Mekanisma Percukaian GST

PEMBEKAL

PENGILANG

PEMBORONG

PERUNCIT

PENGGUNA

Dalam rantaian bekalan pasaran, setiap orang kena cukai membayar GST (input tax)

kepada pembekal mereka, dalam masa yang sama, mereka juga memungut GST (output tax)

daripada pelanggan mereka. Dengan ini, cukai input akan “off-set” dengan cukai output dan

hanya pengguna terakhir sebenarnya membayar GST 6% bagi barang berkadar standard.

Seorang yang berdaftar di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 adalah dikenali

sebagai “orang berdaftar”. Orang berdaftar boleh merupakan seorang individu, persatuan,

perniagaan, syarikat dan lain-lain.


Dari segi asas perakaunan, setiap orang kena cukai hendaklah mengakaunkan cukai

atas invois mengikut masa pembekalan di bawah seksyen 11, 13, 70, 72 dan 73 Akta Cukai

Barangan dan Perkhidmatan 2014.

Pada akhir setiap tempoh bercukai, peniaga boleh menolak cukai input dari cukai

output. Jika cukai output melebihi cukai input, perbezaan jumlah tersebut akan diremitkan

kepada Kastam Diraja Malaysia. Jika cukai input lebih besar dari cukai output, peniaga perlu

menuntut pemulangan cukai daripada Kastam Diraja Malaysia.

GST diperkenalkan adalah bertujuan menyusun semula struktur percukaian negara

kerana terdapat kelemahan dalam sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada.

Kelamahan-kelemahan yang timbul oleh SST adalah kesan bertindih dan berganda sistem

percukaian SST, kesan cukai bertingkat, terdapat elemen cukai jualan dan cukai

perkhidmatan yang terselindung dalam kos barangan yang dieksport dan berlaku aktiviti

pemindahan harga (transfer pricing). GST merupakan satu sumber hasil yang lebih stabil

kerana ia adalah berasaskan kepada penggunaan dan tidak dipengaruhi oleh faktor luaran.

Selain itu, GST merupakan sistem percukaian yang lebih efisien dan efektif kerana ia

merupakan kaedah perakaunan sendiri (self policing), ia mempunyai sistem semakan

bersilang (cross checking), pematuhan cukai yang tinggi dan karenah birokrasi dapat

dikurangkan. Dengan ini, sektor ekonomi yang terselindung akan terdorong untuk menyertai

GST kerana cukai input dapat dituntut, ini dapat meningkatkan daya persaingan sesebuah

perniagaan.
Isu dan Cabaran SST dan GST

Masalah utama SST adalah liputannya tidak meluas, bukan seperti GST yang lebih

menyeluruh kerana ia hanya dikenakan kepada pengilang, subkontraktor dan pemberi

khidmat. Bukan semua pengguna dikenakan SST secara terus tetapi setiap peringkat dalam

rantaian bekalan telah berkongsi cukai jualan tersebut secara tidak langsung Dikatakan

terdapat “hakisan” dalam sistem percukaian SST iaitu pengelakan cukai darpada pihak-pihak

tertentu. Terdapat dua jenis pelarian cukai SST, sama ada pengilang mengelakkan diri

daripada berdaftar SST dengan mengagihkan jualan mereka dalam beberapa syarikat yang

dikawal olehnya secara langsung atau tidak langsung supaya jumlah jualan tidak mencapai

ambang RM500,000. Cara kedua ialah memanipulasikan harga jualan dengan cara

menubuhkan syarikat perkilangan dan syarikat pemasaran secara serentak. Pindahan harga

dilakukan supaya SST dibayar dengan minima. Kelemahan ini mengakibatkan Kastam Diraja

Malaysia perlu menggunakan lebih banyak sumber untuk aspek kawalan, pencegahan dan

penguatkuasaan.

Selain itu, masalah SST membabitkan kesan bola salji (“snow ball effect”) dan kesan

melata (cascading impact). Kesan Bola Salji dalam konteks SST membawa maksud proses

kenaikan harga itu bermula dari peringkat permulaan secara kurang signafikan tetapi

kenaikan itu semakin bertambah pada setiap peringkat rantaian sehingga menjadi besar

kesannya. Kesan Melata pula merujuk kepada sistem yang mengenakan cukai jualan ke atas

produk pada setiap peringkat berturut-turut dalam rantaian bekalan daripada bahan mentah

kepada pembelian pengguna. Setiap pembeli membayar harga berdasarkan kosnya, termasuk

cukai atau cukai terdahulu yang telah dikenakan.


Ramai penganalisa ekonomi mendakwa GST membebankan kos saraan tertutamanya

golongan miskin B40 kerana terpaksa mengguna sebahagian besar pendapatan boleh gunanya

untuk membayar cukai (regresif). Penang Institute menganggarkan dengan kenaan kadar 6%

GST, maka harga barang akan meningkat sebanyak 3.38%. Hakikat yang sebanarnya ialah

kebanyakan barangan atau perkhidmatan yang dibelanjakan oleh golongan miskin merupakan

barangan atau perkhidmatan cukai berkadar sifar atau dikecualikan cukai seperti beras,

daging, sayur, tepung, perkhidmatan perubatan awam dan lain-lain. Professor Glenn P.

Jenkins seorang pakar dalam bidang ekonomi berpendapat GST atau VAT lebih bersifat

progresif berbanding dengan SST apabila faktor komoditi yang dibelanjakan oleh golongan

miskin tidak dikenakan cukai di negara-negara membangun diambilkira.

Contoh bagi air-tin yang berharga RM1.00 (Contoh oleh Menteri Kewangan)

Cukai Jualan (10%) Cukai GST (6%)

Pengilang Pengilang

Kos Awal RM1.00 Kos Awal RM1.00

Sales Tax RM0.10 Sales Tax RM0.06

Harga Jualan RM1.10 Harga Jualan RM1.06

Pemborong Pemborong

Harga Belian RM1.10 Harga Belian RM1.06

Tuntutan Kastam (RM1.06)

Kos RM1.10 Kos RM1.00

Margin untung 10% RM0.11 Margin untung 10% RM0.10

GST RM0.07
Harga Jualan RM1.21 Harga Jualan RM1.17

Peruncit Peruncit

Harga Belian RM1.21 Harga Belian RM1.17

Tuntutan Kastam (RM0.07)

Kos RM1.10

Margin 10% RM0.12 Margin untung 10% RM0.11

GST RM0.07

Harga Jualan Akhir RM1.32 Harga Jualan Akhir RM1.28

Berdasarkan perbandingan antara harga barang di bawah sistem SST dan GST , SST

2.0 menunjukkan harga jualan akhir lebih tinggi berbanding dengan GST kerana sistem GST

membenarkan setiap pembekal menuntut kembali cukai input GST daripada pihak Kastam

Diraja Malaysia. Dalam konteks SST pula, pengilang boleh mendapatkan potongan cukai

jualan ke atas pembelian input seperti bahan mentah, komponen dan bahan pembungkusan

yang telah dibayar cukai yang dibeli dariapada pembekal untuk tujuan pengilangan barang

bercukainya.

Walaupun kredit cukai diberikan di bawah mekanisma SST dan GST, tetapi

perbezaannya ialah cukai input dituntut secara terus iaitu peniaga menolak cukai input

daripada cukai output yang dikenakan ke atas pembeli semasa mereka menghantar pulangan

SST sebelum membuat bayaran GST. Setiap pembayar cukai yang berdaftar mampu

menuntut cukai input tersebut daripada Kastam Diraja Malaysia. Bagi SST pula, kredit cukai

hanya diberi kepada pengilang atau subkontraktor yang berdaftar dan memohon kredit cukai
sama ada melalui kemudahan potongan cukai jualan atau pengecualian cukai jualan

pembelian bahan mentah daripada Kastam Diraja Malaysia. Maka, pengilang yang tidak

berdaftar sebagai pembayar cukai SST tidak berupaya menikmati kredit cukai tersebut dan

tanggungan cukai tersebut akan dialihkan oleh mereka kepada pembeli yang seterusnya

sehingga kepada pengguna terakhir. Pengguna terakhir secara tidak langsung telah membayar

cukai jualan walaupun penjual barangan tidak menyatakan jumlah cukai yang dikenakan

dalam resit pembelian.

Semasa SST 2.0 diperkenalkan dan GST dimansuhkan pada Jun 2018, bekas Menteri

Kewangan Lim Guan Eng mengakui bahawa sistem percukaian GST adalah lebih telus

kerana setiap pihak di dalam rantaian bekalan dikenakan GST dan menuntut semula cukai

input yang dibayar, hanya pengguna yang terakhir dalam rantaian bekalan sahaja dikenakan

cukai. GST boleh dikutip dengan lebih meluas kerana cukai dikenakan apabila seseorang itu

berbelanja. Ketelusan GST dapat mengurangkan masalah pelarian cukai di kalangan peniaga

seterusnya kutipan cukai negara dapat memaanfaatkan kebajikan seluruh rakyat Malaysia.

Di bawah sistem percukaian SST dan GST, pembayara Cukai Jualan dan pembayar

cukai GST sama-sama menghadapai masalah kekurangan aliran tunai di dalam perniagaan

mereka kerana cukai diremit atas asas akruan tanpa mengambilkira pembayaran dibuat atau

tidak. Melalui perhatian saya, kelainan yang berlaku di dalam persamaan ini ialah kadar

pembayaran hutang perniaga bertambah cepat pada era GST dan tempoh hutang menjadi

pendek kerana hampir semua peniaga merupakan pembayar cukai berdaftar, mereka sedar

akan masalah kewangan akan berlaku jika hutang daripada jualan bertambah dan tempoh

dipanjangkan. Peniaga lebih berempati dengan keadaan pembekal mereka seperti apa yang
dialami oleh dirinya. Tambahan pula, “cash term” (COD) lebih banyak diamalkan oleh

peniaga dalam era percukaian GST, ini dapat memupuk persekitaran perniagaan yang lebih

sihat.

Apabila SST dilaksanakan selepas pemansuhan GST, golongan peniaga yang bukan

merupakan pengilang dan pemberi perkhidmatan berasa lega kerana mereka tidak lagi

menjadi orang kena cukai seperti era GST kerana SST tidak dikenakan dalam urusniaga

pemborong dan peruncitan. Perasaan lega itu timbul daripada terlepas daripada

tanggungjawab menghantar Borang GST-06 setiap dua bulan, kerja urusan perakaunan GST

dapat dihentikan dan tidak perlu mencari dana untuk membayar cukai output yang tinggi.

Sementara itu, golongan pemborong, peruncit ini mula terasa kecewa kerana mereka tidak

berhak menuntut cukai input daripada pembekal yang mencajkan cukai jualan atau cukai

perkhidmatan terhadapnya sementara harga barangan tidak menurun.

Bagi peniaga perkilangan pula, beban cukai mereka telah bertambah berat kerana

kadar cukai pada era GST adalah 6% manakala kadar SST adalah 10% kebanyakannya. Daya

persaingan mereka mula menurun, sesetengah pelanggan akan memilih untuk membeli

daripada pembekal kecil yang ambang jualannya tidak melebihi RM500,000.

Perlaksanan GST juga telah menimbulkan beberapa masalah kepada peniaga. Setiap

peniaga telah membelanjakan sebanyak lebih daripada RM10,000 untuk membeli perisian

komputer dan perkakasan komputer, lebih-lebih lagi peniaga runcit dan restoran perlu

menyediakan sistem POS yang memakan belanja sebanyak RM15,000 bagi setiap cawangan.

Selain itu, Latihan perlu diberikan kepada pekerja jabatan perakaunan supaya dapat
melaksanakan tugas perakaunan GST. Kebanyakan syarikat telah menambahkan tenaga kerja

bagi jabatan kewangan syarikat mereka, oleh yang demikian, kos operasi telah meningkat.

Syarikat besar pula mendirikan pasukan perakuanan GST yang tersendiri khusus

mengendalikan GST.

Dalam perlaksanaan GST, cukai output yang dikutip oleh Negara sebenarnya bukan

merupakan satu hasil yang muktamad kerana cukai input terus dan tidak terhenti dituntut oleh

setiap peringkat dalam rantaian bekalan kecuali pengguna terakhir. Golongan yang benar-

benar membayar GST adalah pengguna akhir, sekiranya golongan pengguna akhir kurang

berbelanja atau mengurangkan pembelian maka Negara kita akan mengalami kekurangan

kutipan cukai GST. Ini bermakna kuasa berbelanja rakyat boleh menjadi satu faktor

mempengaruhi jumlah kutipan GST Negara kita.

Mekanisma GST merupakan sistem percukaian yang rumit memerlukan sumber

manusia yang banyak untuk menjalankan perlaksanaan, penguatkuasaan dan pematuhan.

Dalam era GST , Kastam Diraja Malaysia memerlukan sumbangsaraan daripada firma

akauntan luaran sebagai agen pematuhan GST bagi menjalankan pemeriksaan terhadap orang

kena cukai demi memastikan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan, isu pelarian cukai

GST dan lain-lain lagi.

Kerajaan harus mengambil pendekatan holistik dalam perlaksanaan pembaharuan

struktur termasuk kemungkinan pelaksanaan semula GST yang bakal meningkatkan daya

tahan ekonomi negara serta nilai ringit dalam jangka panjang. Menurut pakar ekonomi

(Berita Harian, 22 Julai 2022). Dr Geoffrey Williams, pensyarah Universiti Sains dan
Teknologi Malaysia, perlaksanaan semula GST adalah idea yang baik tetapi ia tidak harus

dilaksanakan serta-merta.

Untuk mengurangkan beban seluruh rakyat Malaysia, kadar GST harus berkurang

kepada 4% bagi sesetengah barangan, 6% mungkin hanya dikenakan kepada barangan

mewah dan bukan barangan keperluan orang umum. Demi menjayakan perlaksanan GST,

percukaian langsung seperti cukai pendapatan dan cukai syarikat harus diubahsuai agar

semua lapisan masyarakat meremit cukai pendapatan mereka dan bukan sahaja segelintir

rakyat yang membayar cukai.

Akhir kata , sistem perlaksanan GST yang mudah dan tidak rumit dapat meningkatkan

keberkesanan kutipan cukai GST oleh pihak Kastam Diraja Malaysia dan juga tidak

membebankan pihak pembayar cukai.

You might also like