You are on page 1of 6

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

Seperti yang diketahui umum, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan adalah
bertujuan sebagai satu langkah untuk menyusun semula struktur percukaian negara Malaysia.
Hal ini kerana terdapat beberapa kelemahan nyata dalam sistem percukaian yang sedia ada.
Sistem percukaian yang sedia ada iaitu sistem cukai jualan dan perkhidmatan (CJP)
mempunyai beberapa kelemahan seperti cukai berganda dan kesan bertindih, kesan cukai
bertingkat, aktiviti pemindahan harga yang membebankan pengguna, tidak menggalakkan
penggabungan perniagaan, dan didapati terdapat elemen CJP yang terselindung dalam kos
barangan yang dieksport.
Cukai barang dan perkhidmatan secara umumnya akan memberi kesan yang besar
kepada rakyat, perniagaan, ekonomi, dan kerajaan. Pihak kerajaan memperkenalkan cukai
barang dan perkhidmatan untuk menggantikan sistem percukaian sedia ada kerana ia dijangka
dapat memberi satu impak positif kepada semua pihak.
a) Kesan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada para pengguna :
mpak kepada ndeks Harga Pengguna (HP)

Berdasarkan rajah di atas, dengan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST)
sebanyak 4% telah menyebabkan penurunan ndeks Harga Pengguna (HP) sebanyak 0.10%.
Cukai barang dan perkhidmatan pada kadar 4 % akan dapat mengurangkan harga bagi lapan
komponen HP iaitu :
1. pelbagai barangan dan perkhidmatan;
2. restoran dan hotel;
3. komunikasi;
4. pengangkutan;
5. hiasan, perkakasan & penyelenggaraan;
6. perumahan, air, elektrik, gas & bahan api;
7. pakaian dan kasut; dan
8. minuman alkohol dan tembakau.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati ndeks Harga Pengguna (HP) akan
mengalami penurunan sebanyak 0.10 %. ndeks Harga Pengguna memberi kesan yang besar
terhadap kuasa beli pengguna. Pengurangan HP sebanyak 0.10 % akan membantu
meningkatkan kuasa beli pengguna secara keseluruhannya. Pengguna dapat membeli
barangan keperluan dengan harga yang lebih rendah berbanding sebelum pengenalan GST.
Beban cukai dan perbelanjaan berdasarkan kumpulan pendapatan :
Kumpulan
Pendapatan
Purata
Perbelanjaan
Bulanan (RM)
CJP GST (4%)
Beban cukai
(%)
Cukai dibayar
(RM)
Beban cukai
(%)
Cukai dibayar
(RM)
Miskin 570 2.38 2.17 13.57 12.37
Rendah 1856 2.75 2.43 51.04 45.10
Pertengahan 3767 2.94 2.57 110.75 96.81
Tinggi 7211 3.13 2.74 225.70 197.58
Purata 2041 2.88 2.53 58.78 51.64

Berdasarkan jadual di atas, bebanan cukai yang perlu ditanggung oleh para pengguna
mengikut dasar GST pada kadar 4 % adalah lebih rendah dari sistem CJP. Maka mengikut
model yang dibentuk, GST merupakan cukai yang progresif dan bukannya cukai yang regresif.
Hal ini selaras dengan penurunan sebanyak 0. 10% ke atas HP jika GST dikenakan pada
kadar 4%
Beban cukai berdasarkan kepada kawasan dan strata :
Kawasan Strata CJP GST (4%)
Malaysia Keseluruhan 2.80 2.50
Bandar 2.63 2.32
Luar Bandar 2.77 2.49
Semenanjung Keseluruhan 2.83 2.52
Bandar 2.83 2.51
Luar Bandar 2.81 2.53
Sabah Keseluruhan 2.46 2.27
Bandar 2.46 2.35
Luar Bandar 2.47 2.30
Sarawak Keseluruhan 2.81 2.47
Bandar 2.82 2.48
Luar Bandar 2.78 2.45

Pengguna di setiap kawasan dalam negara Malaysia turut mengalami penurunan bebanan
cukai yang perlu ditanggung dengan pengenalan GST 4 %.

Beban cukai berdasarkan kumpulan pendapatan > RM 3000 :
Kumpulan
pendapatan
> RM3000
Purata perbelanjaan
bulanan (RM)
CJP GST (4%)
Beban
cukai (%)
Cukai
dibayar
(RM)
Beban
cukai (%)
Cukai
dibayar
(RM)
Keseluruhan 2792 2.85 2.51 79.57 70.08
Bandar 2834 2.80 2.50 79.35 70.85
Luar bandar 2820 3.03 2.70 85.45 76.14

Selain itu, GST juga dapat menurunkan bebanan cukai yang perlu ditanggung oleh
pengguna yang tidak perlu membayar cukai pendapatan, iaitu mereka yang berpendapatan
kurang RM 3000 sebulan. Hal ini kerana ramai golongan yang berpendapatan RM 3000 ke
bawah tidak menyedari bahawa mereka telah membayar cukai CJP sebanyak RM 79.57 setiap
bulan iaitu bersamaan RM 954.84 setahun.

Kesan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas industri :
Kos pematuhan :
Hasil kajian MF, purata kos pematuhan untuk SME adalah sebanyak USD 500. Di
Malaysia, 40% daripada peniaga yang akan berdaftar di bawah GST telah pun dilesenkan di
bawah CJP. Kos pematuhan dijangka berkurangan kerana kurangnya birokrasi
GST bukan kos kepada industri :
GST ke atas semua input perniagaan boleh dituntut semula
Threshold RM500,000 :
Dianggarkan 124,000 (22%) organisasi akan berdaftar di bawah GST
Aliran tunai :
Beban aliran tunai dapat dikurangkan kerana GST tetap boleh dituntut walaupun pembayaran
untuk belian masih belum dibuat disebabkan oleh kaedah perakaunan berasaskan invois dan
peruntukan tempoh bercukai setiap bulan
Tiada pemadanan antara input dan output
semua pembelian dan perolehan boleh dituntut pada bila bila masa
Skim khas yang diperuntukkan di bawah GST
ATS, ATMS, AJS, pendaftaran berkumpulan
Kesan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas ekonomi
Peningkatan daya saing di pasaran eksport
Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan di Malaysia akan menjadi lebih kompetitif dan
berdaya saing di peringkat antarabangsa
jumlah eksport negara akan meningkat
Peningkatan aktiviti ekonomi melalui pelancongan
Skim bayaran balik pelancong 9ouris9 refund scheme) di semua pintu keluar di lapangan
terbang antarabangsa
Status pulau bebas cukai bagi Labuan, Langkawi dan Tioman dikekalkan
GST tidak dikenakan

Kesan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada kerajaan
Kerajaan merujuk kepada
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Agensi Kerajaan
Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Pembekalan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
tidak termasuk di dalam skop pengenaan GST
Kecuali yang diarahkan oleh Menteri Kewangan melalui Perintah GST (Bekalan Bercukai
Kerajaan)
bekalan air dirawat
bekalan yang dibuat oleh RTM
Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun
Bekalan yang dibuat berkaitan dengan fungsi pengawalseliaan dan penguatkuasaan (P&P)
tidak termasuk di dalam skop pengenaan GST
P&P seperti yang tertakluk di dalam perundangan
contoh. kutipan cukai taksiran, pengeluaran lesen dan penalti
Aktiviti bukan P&P akan dikenakan GST pada kadar standard
aktiviti perniagaan
contoh. penyewaan, kutipan sampah oleh pihak ketiga

You might also like