You are on page 1of 17

NOTA PP SEM 3 STUDY

BAB 1
Peranan usahawan dalam organisasi
- Menyumbang idea baharu
- Merancang idea dan peluang perniagaan
- Menangani ketidakpastian
Peranan usahawan kepada masyarakat
- Menawarkan peluang pekerjaan
- Meningkatkan taraf hidup masy
- Menjalankan tanggungjawab sosial
- Membangunkan industry sokongan
Peranan usahawan kepada ekonomi
- Meningkatkan pendapatan negara
- Mewujudkan peluang pekerjaan
- Menggunakan sumber tempatan
- Pemindahan teknologi moden
Sifat peribadi usahawan berjaya (bukan Stephen covey)
- Sanggup berkorban (sanggup lakukan apa sahaja)
- Kreatif (membuat penilaian terhadap risiko)
- Inovatif (sentiasa membuat pembaharuan)
- Bertanggungjawab (beramanah terhadap kerja)
- Berani mengambil risiko (mempunyai banyak idea)
Faktor kejayaan seimbang
- Jasmani (kesihatan tubuh badan)
- Emosi (perasaan individu)
- Rohani (kejiwaan)
- Intelek (kemahiran dan pengetahuan seseorang)
Sumber idea baharu
- Pelanggan (pendapat dan perubahan cita rasa
menjadi sumber utk idea usahawan)
- Produk sedia ada ( Usahawan menukar corak
pembungkusan dan tambahbaik fungsi produk)
- Syarikat sedia ada (Usahawan menilai
kekuatan/kelemahan syarikat utk dpt idea)
- Penyelidikan dan pembangunan ( hasil penemuan
dpt menghasilkan produk yg memenuhi keperluan)

Proses merealisasikan idea


- Tahap idea (kumpul dan kenal pasti idea)
- Tahap menapis idea (pilih idea yg terbaik)
- Tahap membina konsep (idea yg terbaik
dibangunkan)
- Tahap menguji konsep (interaksi dgn pengguna
tanpa mengeluar produk sebenar)
- Tahap membuat rancangan perniagaan (sediakan
rancangan dgn terperinci)
- Tahap membina fizikal (prototaip memberi
gambaran produk yg ingin dihasilkan)
- Tahap mengkomersialkan (produk siap dipasarkan di
peringkat domestic dan antarabangsa)
Kaedah memulakan perniagaan
- Memulakan perniagaan sendiri
- Mengambil alih perniagaan sedia ada
- Francais (francaisor beri hak nama perniagaan kpd
syarikat tertentu utk jalankan perniagaan mengikut
peraturan yg ditetapkan)
- Pakatan strategik (kerjasama antara dua syarikat
bagi mencapai objektif masing2)
Kepentingan rancangan perniagaan
- Garis panduan dalam memulakan perniagaan
- Alat kawalan agar aktiviti dilaksanakan seperti
dirancang
- Alat komunikasi kpd pihak kepentingan
- Mengurangkan kesilapan
-
Kegunaan rancangan perniagaan kpd usahawan
- Menjadi garis panduan utk capai matlamat
- Menerangkan proses pengeluaran produk
- Menerangkan perancangan kewangan
- Alat komunikasi kpd pihak berkepentingan
Rancangan pengeluaran mengandungi maklumat
seperti
- Proses pengeluaran
- Mesin dan peralatan yang digunakan
- Carta aliran operasi
- Penggunaan bahan mentah
Rancangan kewangan mengandungi maklumat seperti
- Sumber pembiayaan
- Penyata kewangan
- Keperluan pembiayaan
Rancangan pemasaran mengandungi maklumat seperti
- Saiz pasaran
- Trend pasaran
- Kos pemasaran
- Sasaran pemasaran
Pihak berkepentingan luar organisasi
- Bakal pelabur
- Pembekal
- Kerajaan
- Pelanggan
- Pembiaya
Tujuh tabii orang berjaya Stephen Covey
- Lakukan perkara utama dahulu
- Bersikap proaktif
- Berfikiran menang-menang
- Bersinergi
- Tajamkan gergaji
Modal kewangan
- Konsep (modal pelaburan berisiko utk mulakan
perniagaan)
- Modal teroka (modal yg sanggup dilaburkan kpd
perniagaan kecil yg berisiko tinggi)
- Modal ekuiti (modal dikeluarkan oleh pemlik utk
dilabur dlm perniagaan)
- Modal hutang (modal kewangan yg diperoleh
melalui hutang atau pinjaman)
Modal bukan kewangan
- Aset (Bangunan, kenderaan, mesin, inventori)
- Modal insan (latihan, pendidikan, pengetahuan,
pengalaman)
Sumber modal formal
- Pinjaman bank
- Bentuk kerajaan
- Pelabur
Sumber modal tidak formal
- Simpanan sendiri
- Pinjaman drpd saudara-mara atau rakan

BAB 2
Konsep perniagaan antarabangsa
- Transaksi barang dengan barang lain dengan wang
yg berlaku merentas sempadan ekonomi dan politik
-
Tahap perniagaan antarabangsa
- Domestik (urus niaga jual beli barang dalam
sempadan negara)
- Antarabangsa (aktiviti perdagangan dgn negara lain)
- Multinasional (Syarikat tempatan beroperasi di
negara asing)
- Global (Syarikat beroperasi di pelbagai tempat
merentasi sempadan negara masing2)
Strategi memasuki perniagaan antarabangsa
- Import
- Eksport
- Pelesenan (perjanjian utk penerima lessen
memasuki pasaran asing dgn risiko minimum)
- Francais (kaedah pemasaran syarikat francaisor
memberi Hak kpd syarikat francaisi utk memasarkan
keluaran francaisor)
- Usaha sama (gabungan syarikat tempatan dan
antarabangsa utk menjalankan perniagaan dan
mencapai matlamat)
Konsep antarabangsa
- Dunia tanpa sempadan (perkembangan perniagaan
merentasi sempadan)
- Pasaran menimbul (pasaran baharu yg muncul akibat
peningkatan kuasa beli pengguna, cth Jepun)
- Selatan-selatan (negara2 yg masih belum
membangun dari segi ekonomi)
- Globalisasi (firma perniagaan membina tempat
operasi di serata dunia)
- Lokalisasi (menumpukan keluaran terhadap satu
kawasan tertentu)
- Nasionalisasi (perniagaan asing menjadi hak negara)

Tujuan organisasi menjadi syarikat multinasional


- Mendapatkan sumber bahan mentah yg lebih murah
- Meningkatkan saiz pasaran
- Mendapat pindahan teknologi
- Mendapatkan kepelbagian dari segi produk

Cabaran syarikat multinasional


- Kawalan pengurusan (kawalan pengurusan perlu
berbeza kerana setiap cawangan mempunyai
persekitaran perniagaan berbeza/Lokasi jauh susah
pilih struktur pentadbiran berpusat atau tidak
berpusat)
- Politik dan perundangan (ketidakstabilan politik di
sebuah negara menyebabkan cawangan di sana
terjejas/ Kestabilan politik menjamin pelaburan
asing tidak terancam kekal berterusan )
- Ekonomi (Syarikat perlu mengikut sistem ekonomi
yang diamalkan di negara2)
- Sosiobudaya ( Pengurus cawangan perlu peka dgn
kepercayaan dan agama yg diamalkan dan keluaran
perlu disesuaikan mengikut kehendak penduduk
tempatan)
Jenis risiko syarikat multinasional
- Ekonomi (kemelesetan ekonomi menyebabkan
permintaan dlm pasaran berkurang)
- Politik (kerugian yang mungkin dialami akibat
keadaan politik keraajn di tempat asing)
- Pemilikan negara (Kerajaan tempatan mungkin
mengambil alih perniagaan penting)
- Kadar pertukaran wang (nilai mata wang yg sentiasa
berubaha menyebabkan kadar pertukaran asing x
stabil)
- Kredit (risiko utk mendapat pembayaran dari luar
negara)
Galakan perniagaan antarabangsa
- Blok perdagangan (AFTA, ASEAN, EU)
- Perdagangan timbal balas (pengeksport menerima
bayaran dlm bentuk barangan yang dikeluarkan
pengimport)
- Kempen kerajaan (program utk merangsang kegiatan
perniagaan antarabangsa)
- Promosi pelaburan (menarik pelabur asing yg
bermodal tinggi)
Jenis kempen kerajaan
- Zon perdagangan bebas ( kawasan perdagangan dlm
negara di mana halangan dagangan dihapuskan)
- Galakan cukai (kerajaan beri elaun utk galakan
pelaburan di peringkat antarabangsa)
- Pengecualian cukai ( kerajaan tidak kenakan cukai
atas pendapatan perniagaan tertentu)
- Kempen Belilah Barangan Malaysia (tingkatkan
minat pembeli antarabangsa terhadap barang
tempatan)
Kegunaan dokumen penghantaran
- Surat pengesahan penghantaran laut (dokumen ttg
barang yg diterima oleh syarikat kapal utk dihantar
kpd penerima)
- Surat pengesahan penghantaran udara (dokumen ttg
barang yg diterima oleh syarikat penerbangan)
- Sijil pengesahan tempat asal (pengakuan yg
ditandatangan oleh pengeksport dan disahkan
pegawai perdagangan bahawa barang dibuat di
negara pengeksport)

Kaedah melindungi pasaran domestic


1) Tarif
- Tarif hasil (cukai yg dikenakan berdasarkan unit barang
tanpa mengira nilai barang import)
- Cukai perlindungan (Digunakan utk mengurangkan
permintaan terhadap barang import)
2) Bukan Tarif
- Kuota (hadkan kuantiti barang yg boleh diimport)
- Embargo (sekatan perdagangan oleh sesebuah negara
sama ada eksport atau import)
-Subsidi eksport ( kerajaan membayar satu jumlah
tertentu utk mengurangkan beban kewangan syarikat
pengeksport)
- Kawalan tukaran asing (kerajaan mencampuri urusan
pertukaran wang asing di pasaran)
- Subsidi (bantuan kewangan kpd perniagaan tempatan
utk melindungi drpd pesaing luar negara)
BAB 3
Kepentingan etika perniagaan
- Menarik pelanggan baharu utk barangan perniagaan
- Meningkatkan imej perniagaan dalam pasaran
- Meningkatkan keyakinan pelangaan terhadap barang
perniagaan
- Megekalkan pekerja sedia ada
- Memastikan perniagaan dapat terus beroperasi
dalam pasaran
Pendekatan tindakan beretika
- Pendekatan Utilitarian (tindakan memberi kebaikan
kpd majoriti individu)
- Pendekatan individualism (kebaikan jangka panjang
kpd seseorang individu)
- Pendekatan Hak Moral (hak asasi dan kebebasan yg
tidak boleh dicabuli oleh keputusan individu)
- Pendekatan Keadilan (keputusan mengikut piawaian
ekuiti keadilan)
Empat peranan Better Business Bureau
- Menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada
media massa
- Membekalkan maklumat syarikat kpd pengguna
- Membekalkan maklumat kepenggunaan kpd
pengguna agar pengguna membuat keputusan yg
tepat
- Membantu menyelesaikan aduan pengguna tanpa
bayaran
Empat peranan MATRADE
- Mempromosi, membantu dan membangunkan
perdagangan luar Malaysia
- Merangka dan melaksanakan satu strategi
pemasaran eksport negara
- Mewakili Malaysia di forum antarabangsa yang
berkaitan dgn perdagangan
- Menjadi penasihat kerajaan dalam hal2 perdagangan
antarabangsa

Konsep jenayah kolar putih


- Satu penipuan dan perbuatan salah laku yang
melibatkan individu golongan professional dalam
organisasi perniagaan
Jenis Jenayah Kolar Putih
- Rasuah (Penerimaan atau pemberian suapan sebagai
upah utk seseorang melakukan atau tidak melakukan
tugas)
- Penyelewengan (Seseorang salahguna harta orang
lain yg telah diamanahkan demi kepentingan diri)
- Pecah Amanah (Mementingkan kepentingan
peribadi berbanding kepentingan tanggungjawab
yang telah diberi)
- Penyalahgunaan kuasa (menggunakan kuasa yg
dimiliki utk melanggar undang2)
Hak pengguna
- Hak untuk mendapatkan keperluan asas
- Hak untuk membuat pilihan
- Hak untuk mendapat pendidikan penggunaan
- Hak untuk mendapat ganti rugi
- Hak untuk menyuarakan pendapat
Empat kebaikan melaksanakan tanggungjawab sosial
kpd sesebuah perniagaan
- Meningkatkan imej perniagaan
- Menyelesaikan masalah sosial yang berlaku akibat
operasi perniagaan
- Menikmati keuntungan jangka panjang akibat
sokongan masyarakat
- Memberi keyakinan kepada pelabur bahawa syarikat
bertanggungjawab dalam operasinya
Lima keburukan melaksanakan tanggungjawab sosial
kpd sesebuah perniagaan
- Tanggungjawab sosial melibatkan kos yang tinggi
dan akan menjejaskan keuntungan syarikat
- Faedah tanggungjawab sosial hanya dinikmati oleh
masyarakat dan tidak memberi faedah kpd
perniagaan
- Tanggungjawab sosial tidak termasuk dalam
matlamat utama yang ingin dicapai oleh syarikat
- Perniagaan kurang kepakaran dalam tanggungjawab
sosial
- Perniagaan kurang akauntabiliti terhadap
masyarakat awam
Pihak kepentingan dalam tanggungjawab sosial
1) Pihak berkepentingan primer (kepentingan yg
langsung dlm perniagaan)
- Pekerja (Mengamalkan dasar pengambilan pekerja
yang adil)
- Pemegang saham (menggunakan sumber
kewangan dgn penuh tanggungjawab)
- Pelanggan (memastikan maklumat produk tepat)
- Pembekal (memastikan kontrak dinyata dgn jelas)
- Pembiaya (Membayar balik pinjaman tepat pd
masa)

2) Pihak berkepentingan sekunder (kepentingan


tidak langsung dlm organisasi)
- Kerajaan ( Menyokong program anjuran kerajaan)
- Media (Memberi maklumat yg benar)
- Masyarakat (mengenal pasti keperluan masyarakat
dan membekalkan mengikut permintaan)
- Kumpulan pendesak (memberikan kerjasama yg
diperlukan)

Tanggungjawab sosial terhadap pihak berkepentingan


tertentu
- Pekerja (membayar gaji dan upah yg berpatutan)
- Pemegang saham (menggunakan sumber kewangan
perniagaan dengan cekap)
- Pembiaya (membayar hutang mengikut tempoh
masa seperti dlm perjanjian)
- Pelanggan (Menjual barang pd harga yg berpatutan)

You might also like