You are on page 1of 3

Pertumbuhan pesat di kalangan ekonomi baru dan negara membangun adalah

disumbangkan oleh peningkatan produktiviti hasil daripada intergrasi global yang


berterusan dan terma perdagangan yang lebih baik kepada pengeksport komoditi
susulan daripada kenaikan mendadak harga komoditi, seperti minyak dan bahan
mentah serta pengukuhan dasar makroekonomi

Republik Rakyat China turut menyumbangkan 8.8 peratus jumlah eksport barangan
dunia pada tahun 2007 dan mengatasi As sebagai pengeskport kedua terbesar dunia.

Ekonomi China secara beransur-ansur menyederhana kerana kerajaan melaksanakan


inisiatif dan pembaharuan untuk mengimbangi ekonomi china, bergerak dari model
pertumbuhan berdasarkan eksport dan perbelanjaan awam, kepada alternatif yang
lebih mampan berdasarkan penggunaan swasta. Sebagai kesan selanjutnya dari
penyejukan secara beransur-ansur dan terurus ekonomi, aktiviti perkilangan
menguncup untuk sesetengah sektor dan kadar pertumbuhan import daripada negara-
negara membangun seperti Malaysia jatuh dengan ketara termasuk import komoditi
china

Harga global yang merosot untuk komoditi teruk terjejas nilai eksport komoditi Malaysia ke
China, seperti minyak kelapa sawit dan getah asli mentah. Eksport minyak sawit pada 2014
menguncup sebanyak 16.2 peratus kepada RM7.68 bilion daripada RM9.17 bilion pada tahun
2013

Permintaan yang semakin meningkat daripada ekonomi sedang pesatbmembangun, apabila gabungan
peningkatan pendapatan dan pertambahan penduduk yang stabil mendorong pertumbuhan aktiviti
ekonomi.

Permintaan terhadap minyak mentah diunjurkan lebih tinggi dalam ekonomi sedang pesat
membangun terutama RR berikutan prospek pertumbuhan yang lebih baik dalam ekoeko ini.

Namun begitu, berlaku kemerosotan jumlah eksport pada tahun 2012 iaitu
kepada RM88792.5 juta berbanding RM91550.7 pada tahun 2011. Hal ini dikatakan
demikian kerana, faktor sekatan ke atas sarang burung walid (ENB) yang dimulakan
oleh negara China telah memberi kesan keatas pengeksport Malaysia. Negara China
merupakan pasaran eksport terbesar bagi ENB Malaysia, apabila negara China
mengurangkan aktiviti import dari Malaysia, maka hal ini akan menjejaskan eksport
Malaysia. Oleh itu faktor inilah yang menjadi salah satu punca penurunan jumlah
eksport pada tahun 2012. Jumlah eksport Malaysia ke China juga merosot pada tahun
2014 kepada RM92286.5 juta disebabkan oleh harga global yang merosot.
Contohnya, minyak kelapa sawit. Eksport minyak sawit pada 2014 menguncup
sebanyak 16.2 peratus kepada RM7.68 bilion daripada RM9.17 bilion pada tahun
2013.
Malaysia menegaskan bahawa walaupun dalam keadaan pasaran yang kurang
baik, langkah berhatihati telah diambil bagi memudahkan perdagangan dan
meningkatkan daya saing dalam persekitaran perniagaan. Malaysia menyeru semua
ekonomi untuk mengekalkan pasaran terbuka dan menolak sebarang bentuk tekanan
daripada perlindungan pasaran.
Bagi meningkatkan hubungan dengan sector swasta, PRC telah
menganjurkan Expo China-ASEAN Ketujuh yang telah diadakan di Nanning
pada 20-24 Oktober 2010. Sebanyak 101 syarikat Malaysia dan agensi kerajaan telah
menyertai pameran tahunan ini bagi memperluaskan pasaran bagi produk mereka
serta memanfaatkan prospek pelaburan di China dan FTA ASEAN-China.
Tumpuan akan diberikan kepada liberalisasi perdagangan
barangan dikalangan negara-negara anggota menerusi PTA, sebagai
instrumen untuk meningkatkan intra-perdagangan di bawah pelan tindakan
masingmasing. Malaysia akan terus menggunakan kumpulan ekonomi serantau
sebagai platform untuk memperkukuh dan mempromosi kepentingan ekonomi serta
menyumbang kepada kemajuan dan keharmonian dikalangan negara-negara anggota.

Seterusnya, kerajaan juga perlu memberi perhatian dan mengambil langkah


yang efektif bagi mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dengan negara China.
Kemajuan yang baik telah dicapai dalam peningkatan hubungan ekonomi
ASEANChina terutamanya dalam bidang perdagangan, pertanian, pengangkutan dan
pelancongan serta dalam pembangunan sub-serantau BIMP-EAGA. Pelaksanaan FTA
ASEANChina bagi barangan telah membawa kepada peningkatan perdagangan dua
hala di antara ASEAN dan Republik Rakyat China. Maka, dengan meningkatkan
hubungan perdagangan dan ekonomi antara Malaysia dengan China, Malaysia akan
dapat meningkatkan lagi eksport barangan ke negara China.
Untuk memantapkan hubungan perdagangan di antara sektor swasta, Republik
Rakyat China telah menganjurkan Ekspo ASEAN-China Keempat di Nanning pada
Oktober 2007. Sejumlah 128 syarikat Malaysia serta agensi kerajaan menyertai
pameran tahunan tersebut dan melalui penyertaan mereka, syarikatsyarikat ini
mengambil peluang di bawah FTA ASEAN-China untuk mengembangkan pasaran
bagi produk mereka di Republik Rakyat China. Selain daripada pameran tersebut,
aktiviti lain yang diadakan termasuk Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-China,
Forum Pembangunan Pelabuhan ASEAN-China dan Forum Kerjasama Perhutanan
ASEAN-China.

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti arah aliran eksport
Malaysia ke China dan mengukur kadar pertumbuhan eksport Malaysia ke China
dari tahun 2004 hingga tahun 2014. Di samping itu, jika diperhatikan, arah aliran
eksport meningkat dari tahun ke tahun. Namun, kadar pertumbuhan eksport bagi
beberapa tahun bernilai negatif. Oleh itu, kajian ini akan dapat memberikan sebab
serba sedikit punca perkara tersebut berlaku.

Kajian ini penting untuk dilaksanakan bagi membantu pembuat dasar


mengembangkan aktiviti eksport Malaysia ke negara-negara luar khususnya
negara maju seperti di rantau asia tenggara.

Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk memenuhi kehendak Majlis


Pelajaran Malaysia iaitu kerja kursus ekonomi semester tiga dan secara tidak
langsung dapat menjadi rujukan kepada para pelajar Prauniversiti akan datang.
Seterusnya, kajian ini juga dapat membantu pihak yang berkenaan seperti menjadi
rujukan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan sebagainya tentang arah aliran
dan kadar pertumbuhan.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti eksport Malaysia ke China dari
tahun 2004 hingga 2014. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti arah aliran eksport
Malaysia ke China dan mengukur kadar pertumbuhan eksport Malaysia ke China dari
tahun 2004 hingga 2014. Pengkaji menggunakan kaedah kajian seperti kaedah kajian
melalui pengumpulan data sekunder dan kaedah analisis data. Pengumpulan data
sekunder digunakan untuk mengetahui jumlah eksport Malaysia ke China dari tahun
2004 hingga 2014. Kaedah analisis pula digunakan bagi mengukur kadar
pertumbuhan eksport Malaysia ke China dalam tempoh yang sama. Berdasarkan
kajian ini, pengkaji mendapati bahawa jumlah eksport Malaysia ke China pada tahun
2013 adalah yang paling tinggi berbanding tahun-tahun yang lain. Manakala,…
Secara keseluruhannya, melalui kajian ini pengkaji dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dan diharap juga agar kajian ini diteruskan oleh penyelidik lain pada
masa yang akan datang.

You might also like