You are on page 1of 4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan BANDAR?

Beri huraian ringkas dari segi


definisi dan konsep.

Secara umumnya bandar boleh didefinisikan sebagai satu unit politik yang
mempunyai sempadan, jumlah penduduk yang tertentu serta memiliki fungsi
tertentu. Sekurang-kurangnya terdapat dua komponen penting yang harus dimiliki
bagi menghidupkan sesebuah bandar iaitu persekitaran dan penghuni. Justeru itu,
berlaku ekosistem di bandar yang bermaksud adanya hubungkait antara benda hidup
dan benda tidak hidup. Hal ini boleh diertikan manusia yang tinggal dibandar
merupakan antara kehidupan atau benda hidup manakala benda-benda tidak hidup
pula terdiri daripada bangunan, jalan raya, kereta, kapal dan sebagainya. Secara
ringkasnya, elemen-elemen dan proses persekitaran ini saling bergantung antara
satu dengan yang lain bagi menghidupkan sesebuah bandar. Justeru itu, sekiranya
berlaku beberapa perubahan terhadap satu elemen maka ia akan memberikan kesan
yang besar kepada elemen yang lain.

Secara ringkasnya, bandar turut memiliki hierarki tersendiri dimana terdapat


bandar besar mahupun bandar kecil. Justeru itu, bandar dianggarkan mempunyai
sembilan peringkat bermula daripada hamlet yang dikategorikan sebagai sebuah
pusat bandar paling kecil, kemudian kampung yang memiliki jumlah penduduk
tertentu, bersifat homogen atau tidak mempunyai kepelbagaian. Hal ini bermaksud
kampung tidak begitu terdedah kepada kepelbagaian dan tertumpu kepada satu
kegiatan atau memfokuskan kepada satu sifat sahaja. Seterusnya adalah bandar
atau urban. Seperti yang diketahui umum, bandar sememangnya memiliki pelbagai
fungsi. Kepelbagaian fungsi dapat dilihat daripada pekerjaan penduduk di bandar
yang telah bercampur-aduk di samping terdapat banyak bangunan-bangunan besar
serta pasar raya mahupun jalan atau lebuh raya. Bandar juga boleh lagi berkembang
sehingga menjadi sebuah bandar raya yang lebih kompleks

Sesebuah bandar mempunyai satu unit politik yang jelas misalnya memiliki
sempadan. Perkara ini bermaksud bandar terbahagi lagi kepada beberapa daerah-
daerah kecil. Sebagai contoh, negeri Sabah terbahagi kepada pelbagai bandar utama
seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan sebagainya. Sementara bandar Tawau
terbahagi lagi kepada beberapa daerah kecil seperti Kunak, Lahad Datu dan
Semporna. Sehubungan itu, penentuan had sempadan bandar memainkan peranan

1
yang sangat besar dalam merancang pertumbuhan perbandaran. Pengasingan
sempadan atau penetapan sempadan ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran
sumber di samping boleh mengekalkan kawasan-kawasan hijau. Selain itu,
sempadan bandar sangat penting dalam membantu menaiktaraf atau
mengembangkan sesebuah bandar. Hal ini dikatakan demikian kerana, kawasan
yang terlalu besar semestinya sukar untuk dirancang dan diatur maka penetapan
sempadan akan membantu serta memudahkan lagi urusan pentadbiran sesebuah
bandar tersebut. Hal ini boleh diertikan apabila sesebuah bandar mempunyai
sempadan maka pelan struktur akan mudah untuk disusun supaya bandar dapat
menjalani proses perkembangan.

Seterusnya, sesebuah bandar turut mempunyai jumlah penduduk yang ramai


dan terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang sosial. Masyarakat atau penduduk
di bandar tidak sama dengan penduduk kampung yang bersifat homogen. Hal ini
dikatakan demikian kerana, penduduk bandar mempunyai kepelbagaian latar
belakang dan menjalankan pelbagai kegiatan. Misalnya, kegiatan perniagaan,
pelabuhan, perindustrian dan banyak lagi. Dikatakan bahawa penduduk dibandar
mengkhususkan kepada pelbagai jenis kegiatan namun tidak menjalankan aktiviti
pertanian. Di samping itu, bandar juga mempunyai kawasan pentadbiran,
pengurusan ekonomi yang baik, memiliki pasar raya, jalan raya, bangunan-
bangunan, tempat beribadat dan sebagainya. Pendek kata, bandar boleh
dikategorikan sebagai satu unit politik yang lengkap.

Secara keseluruhannya, bandar adalah satu sistem yang bersifat terbuka. Hal
ini dikatakan demikian kerana, bandar-bandar akan mengalami perkembangan dari
semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, perkembangan sesebuah bandar sangat
bergantung kepada sumber atau tenaga luar untuk menjalankan proses
perkembangannya. Ringkasnya, bandar adalah kawasan yang tetap, memiliki
sempadan yang jelas, jumlah penduduk yang ramai dan padat serta memiliki
kepelbagaian fungsi namun kegiatan bukan bercorak pertanian.

2
3

You might also like