You are on page 1of 20

PIHAK BERKUASA TEMPATAN / KERAJAAN TEMPATAN

Sistem perbandaran yang pesat telah menyebabkan pergurusan perkhidmatan yang efisen

dan urus tadbir sektor kerajaan di Malaysia menjadi perhatian. Tidak dinafikan bahawa

pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan merupakan kerajaan di peringkat paling rendah di dalam

sistem kerajaan di Malaysia. Sistem kerajaan di Malaysia yang mengamalkan sistem

Federalisme yang mengandungi tiga strata penting pentadbiran iaitu Kerajaan Persekutuan,

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Masyarakat kini lebih melihat kepada pentadbiran

yang lebih bersistematik dan berkualiti tinggi dan memberikan keselesaan kepada semua

penduduk. Oleh itu Kerajaan tempatan juga tidak dapat dikecualikan daripada dilanda lambakkan

harapan masyarakat yang mahukan satu sistem pentadbiran yang berjaya membawa komuniti

penduduk ke arah perspektif yang maju dan berdaya saing.

Kerajaan Tempatan ataupun juga dipanggil Pihak berkuasa Tempatan adalah merupakan

badan yang bertangungjawab dalam mengurus tadbir sesebuah daerah ataupun kawasan. Pihak

Berkuasa Tempatan merupakan badan yang ditubuhkan melalui perundangan Perlembagaan

Persekutuan Malaysia melalui dan badan ini menjalankan urus tadbirnya berdasarkan kuasa-

kuasa yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Tugas utama Pihak Berkuasa Tempatan

adalah untuk memastikan kesejahteraan dan kelestarian masyarakat dengan menjalankan tugas

merancang, melaksana, mengawal perancangan dengan baik dan memberikan perkhidmatan

yang tulus dan adil.

Sistem Kerajaan Tempatan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan ini merupakan kesan

daripada penjajahan Britsh yang memerintah Tanah Melayu sebelum Negara mencapai

Kemerdekaan pada 31 Ogos lagi. Kebanyakkan undang-undang dan peraturan yang wujud

1
ketika itu lebih berorentasikan undang-undang Inggeris. Jika diteliti pada masa kini PBT telah

berjaya bebas daripada pengaruh dan unsur-unsur British. Ia lebih mencerminkan sosio budaya

masyarakat Malaysia di dalan perjalanan urus tadbirnya di Malaysia. Struktur Pihak Berkuasa

Tempatan dilihat meliputi Yang Dipertua atau Datuk Bandar dan Tidak Kurang daripada Lapan

(8) dan tidak lebih daripad dua puluh empat (24) orang Majlis dan yang dilantik oleh Pihak

Berkuasa Negeri.

Kedudukan Majlis Pihak Berkuasa Tempatan boleh dikategorikan sebagai penasihat

yang berbentuk menasihati dalam perundingan, bertanggungjawab membuat keputusan,

membenarkan dan mengarahkan kakitangannya untuk menyempurnakan sesuatu tugas. Majlis

mempunyai Yang Dipertua sebagai ketua utama diikuti oleh Setiausaha dalam hierarki

organisasi. Anggota Majlis terdiri dari kumpulan profesional dan pegawai kumpulan pentadbiran.

Majlis bergerak melalui sistem jawatankuasa. Terdapat jawatankuasa kewangan, perlesenan,

perancangan, lalulintas dan keindahan Bandar Pihak Berkuasa Tempatan boleh dengan kuasanya

melantik kumpulan pentadbir dibawah kendaliannya bagai mengurus dan menjalankan peranan

yang telah diperuntukkan kepadanyanya.

2
BAB 1 : PENGENALAN

Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu

negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah

seluas 244 km2(94 bt persegi), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010. Kuala

Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian

besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta

orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan

penduduk dan ekonomi. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan

peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan,

agama, kebudayaan dan sukan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah pihak berkuasa tempatan di Malaysia

yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. DBKL bertanggungjawab pada kesihatan

dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan

kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi

infrastruktur bandar. Kuasa eksekutif datangnya dari datuk bandar yang dilantik setiap tiga tahun

oleh Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia semenjak pilihan raya perbandaran digantung dalam

tahun 1970.

Ibu pejabat DBKL merupakan bangunan Kuala Lumpur City Hall yang terletak di Jalan

Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. DBKL juga mempunyai satu bangunan

pejabat yang lain, iaitu Menara DBKL 3 yang terletak di Jalan Raja Abdullah serta 15 cawangan

pejabat di sekitar Kuala Lumpur. Cawangan-cawangan pejabat lain DBKL terletak di Taman Tun

Dr Ismail, Sri Hartamas, Bangsar, Kepong, Segambut, dan lain-lain.

3
Visi DBKL

DBKL akan menjadi Pihak Berkuasa Tempatan terunggul bagi merealisasikan Kuala

Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Misi DBKL

Untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan ibu kota Kuala Lumpur

menerusi program pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, kawalan perancangan dan perkhidmatan

perbandaran secara terancang dan terselaras berteraskan tadbir urus yang cemerlang.

Objektif

Memastikan dan mempercepatkan pelaksanaan pencapaian status bandar raya bertaraf

dunia yang unggul dan cemerlang.

Dasar Kualiti

Menyediakan dan mempertingkatkan perkhidmatan yang efisyen, mesra dan telus, selari

dengan kemajuan dan pembangunan kakitangan.

Slogan

Bersedia Menyumbang, Bandar Raya Cemerlang.

Fungsi

Memberi perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sampah.


Memberi perkhidmatan kesihatan awam dan mengawal pencemaran.

4
Mengurus pengindahan bandar.
Membina dan menyelenggara jalan, mengadakan prasarana pengangkutan serta

mengurus sistem lalulintas.


Membina dan menyelenggara sistem perparitan dan sungai.
Merancang dan mengawal pembangunan bandar.
Membina dan mengurus perumahan awam.
Pengurusan, pengawalan dan penempatan semula setinggan.
Mengurus dan mengawal hal ehwal penjaja dan peniaga kecil.
Mengeluar dan mengawal lesen perniagaan.
Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan, kebudayaan dan pelancongan.
Menyediakan, mengurus dan menyenggara kemudahan awam (stadium, kompleks

sukan/pusat komuniti, taman rekreasi, pasar, pusat penjaja, perpustakaan, tandas

awam, perhentian bas/teksi, tanah perkuburan dan krematorium).

PIAGAM PELANGGAN

Merancang pembangunan ibu negara dengan cekap, efisien, teratur, terkawal dan telus

untuk menjadikan bandar raya maju dan berdaya saing melalui kelulusan perintah

pembangunan, pelan bangunan dan kerja tanah dalam tempoh ditetapkan dari tarikh

permohonan lengkap diterima.


Memudah dan menggalakkan urusan perniagaan serta menjamin keselamatan

pengguna melalui pengamalan aktiviti perniagaan keselamatan pengguna melalui

pengalaman aktiviti perniagaan berkualiti bagi menjana pertumbuhan ekonomi

berprestasi tinggi di ibu kota melalui aktiviti.


Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam dan prasarana yang berkualiti,

mencukupi, efisien, mesra pengguna dan mudah sampai bagi memenuhi keperluan

5
warga kota.
Mengadakan aktiviti sosial / pembangunan komuniti setempat bersama persatuan

penduduk / Badan Bukan Kerajaan mengikut jadual di setiap kawasan Parlimen

sekurang-kurangnya 2 kali sebulan untuk membentuk budaya masyarakat yang bersatu

padu dan harmoni.


Memastikan maklum balas awal kepada pengadu diberikan dalam tempoh 24 jam dan

maklum balas mengenai status pelaksanan tindakan ke atas aduan diberikan selewat-

lewatnya dalam tempoh 3 hari daripada tarikh penerimaan aduan dan membuat

susulan sehingga selesai.


Memastikan semua perkhidmatan online dapat dicapai secara berterusan.
Mengurus kutipan hasil dengan cekap dan berbelanja secara berhemah.
Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan secara adil, telus dan berterusan bagi

kesejahteraan dan keselamatan warga kota melalui notis-notis yang dikeluarkan.

BAB 2 : SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Sejak ditubuhkan pada tahun 1970, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) telah

mengalami beberapa perubahan dari segi status Jabatan. Walau bagaimanapun, perubahan ini

tidak melibatkan perubahan fungsinya. Antara fungsi tradisi JPSM yang telah sekian lama

dilaksanakan ialah perancangan guna tenaga Manusia, pelantikan dan penempatan kakitangan,

perkhidmatan, pembangunan prestasi, pembangunan modal insan, Pengurusan hal ehwal

kebajikan, kaunseling dan persaraan.

Kini, selaras dengan perubahan persekitaran global, JPSM menghadapi cabaran besar

dalam membentuk modal insan yang berkualiti bagi memastikan DBKL menjadi sebuah

6
organisasi yang berdaya saing. Oleh itu, JPSM menggalas tanggungjawab yang besar untuk

menyediakan warga kerja yang kompeten bagi memastikan visi dan misi DBKL tercapai.

Selain melaksanakan fungsi-fungsi tradisi, JPSM telah diberi tanggungjawab sebagai urus

setia kepada program-program peningkatan prestasi DBKL, program peningkatan budaya inovasi

dan program peningkatan imej DBKL. Bagi program peningkatan prestasi DBKL, JPSM

bertanggungjawab melaksanakan MS ISO 9001 : 2008, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan

Sistem Pengurusan Kerja Melalui Amalan 5S. Program peningkatan budaya inovasi pula

dilaksanakan melalui penubuhan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di setiap Jabatan/unit dan

program penjanaan idea inovasi daripada setiap Jabatan, kumpulan atau individu.

Disamping itu, JPSM juga bertindak sebagai urus setia kepada program-program yang

meningkatkan imej DBKL seperti Sistem Penggredan PBT (Star Rating) dan Anugerah Inovasi

PBT dan lain-lain anugerah yang dipertandingkan.

Fungsi

Merancang keperluan guna tenaga manusia untuk DBKL.

Menguruskan perjawatan, pengambilan dan penempatan kakitangan.

Memproses permohonan mengikuti latihan, kursus, seminar, konvensyen, lawatan dan

mesyuarat di dalam dan luar negeri untuk kakitangan.

Menguruskan pengesahan jawatan kakitangan dalam perkhidmatan.

Menguruskan kenaikan pangkat kakitangan.

Menguruskan perkhidmatan kaunseling kepada kakitangan yang bermasalah sebelum

tindakan tatatertib.

Menguruskan displin kakitangan termasuk tindakan tatatertib.

7
Memproses persaraan wajib kakitangan dan permohonan bersara secara pilihan.

Menguruskan Majlis Bersama Jabatan.

Menguruskan tempahan pengangkutan udara dan hotel untuk tugas rasmi kakitangan.

Memproses permohonan elaun-elaun dalam perkhidmatan untuk kakitangan.

Memproses permohonan Pinjaman dan Biasiswa Pelajaran Datuk Bandar dari kakitangan.

Memproses pinjaman kenderaan dan komputer dari kakitangan.

Memproses tuntutan bantuan kebajikan kakitangan yang diluluskan.

Memproses tuntutan insurans kelompok kakitangan.

Menguruskan kemudahan Rumah Rehat dan Kuarters kakitangan.

Carta Organisasis DBKL

8
BAB 3 : SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN

9
Jabatan Bendahari diwujudkan pada tahun 1956 dan nama jabatan ini ditukarkan kepada

Jabatan Kewangan mulai tahun 2003. Fungsi Jabatan Kewangan adalah untuk mengendalikan

pengurusan kewangan DBKL yang terlibat dari segi pengurusan kutipan hasil, perbelanjaan,

belanjawan dan penyediaan Penyata Kewangan Tahunan DBKL.

Objektif

Memberi nasihat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam hal ehwal kewangan.

Merancang, mengawal dan mengurus kewangan dan harta benda Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur.

Memaksimakan kutipan pendapatan dari sumber-sumber kewangan Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur.

Membekalkan maklumat-maklumat kewangan terkini kepada pengguna-pengguna yang

berkaitan.

Mengurus perlindungan harta-harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Fungsi

Menyediakan sistem kewangan yang sistematik selaras dengan akta-akta yang

digunapakai aturcara kewangan, peraturan-peraturan kewangan kerajaan dan juga

piawaian perakaunan yang diterima umum.

Mengutip hasil-hasil DBKL.

Menyediakan maklumat kewangan untuk kegunaan semua pihak yang berkepentingan.

10
Menyediakan belanjawan tahunan dengan mengutamakan kemudahan untuk pembayar

cukai serta wargakota.

Mengendalikan sistem bayaran yang cekap dan teratur

Menyediakan sistem kawalan dalaman untuk memastikan pentadbiran kewangan selaras

dengan akta dan peraturan yang digunapakai oleh DBKL.

Menguruskan skim insurans untuk melindungi harta benda

Menjadi ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Projek-Projek Khas dan Penswastaan oleh

DBKL.

Belanjawan

Bajet DBKL 2016 adalah selaras dengan Pelan Strategik DBKL yang menggariskan lima

(5) matlamat utama iaitu:-

1) Bandaraya Milik Warga Kota (City For People) menggambarkan sebuah bandar raya

yang menekankan persekitaran yang berkualiti, mengamalkan cara hidup sihat dan

selamat, saling berhubung dan menghormati keunikan budaya masing-masing serta

harmoni.

2) Kemakmuran Ekonomi (Economic Prosperity) mensasarkan untuk menghapuskan jurang

ekonomi dan menghasilkan persekitaran ekonomi yang seimbang dengan memberi

peluang sama rata kepada warga kota dalam menceburi bidang perniagaan dan

keseimbangan dalam pemilikan harta. Ia jua akan memberi peluang kepada pertumbuhan

ekonomi yang mapan, berdaya tahan dan berupaya menawarkan kepelbagaian jenis

perniagaan.

11
3) Bandaraya Saling Bersaring (Connected City) ialah jaringan Bandar yang sentiasa

berhubung antara satu sama lain melalui rangkaian pengangkutan awam, jalan raya,

laluan pejalan kaki dan kenderaan bermotor yang menjadi medium perhubungan secara

fizikal dan maya.

4) Bandaraya Eko (Eco City) menggambarkan sebuah bandar raya yang maju dari segi

ekonomi di dalam kawasan yang hijau yang mampu memberi ketenangan minda serta

mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat untuk menjamin kualiti hidup warga

kota.

5) Bandaraya Tadbir Urus Cekap (Good Governance) melahirkan pentadbir yang adil, telus

dan cekap dalam menjalankan tanggungjawab menguruskan sumber-sumber bagi

memenuhi keperluan orang ramai dan warga kota.

Sumber Hasil DBKL

BAB 4 : SISTEM PERANCANGAN


12
PBT menggunakan kawalan pembangunan sebagai alat untuk mengawal pembangunan.

Tugas utama kawalan adalah untuk memastikan polisi-polisi perancangan dapat dilaksanakan

dengan teratur dan berjalan lancar tanpa gangguan. Pembangunan pula melibatkan pelbagai

perubahan berbentuk fizikal kepada sesebuah kawasan. Dengan adanya kawalan pembangunan,

perancangan yang dirancang atau dibangunkan dapat dilaksanakan dalam menghasilkan satu

pembangunan yang terancang di samping memberikan keselesaan kepada penduduk sekitar.

Untuk menghasilkan pembangunan yang terancang dan berkesan, proses perancangan dan

pengawalan bandar memerlukan sistem capaian maklumat yang baik (Ahris, 2001). Kawalan

Pembangunan di PBT dijanakan dengan menggunakan elemen-elemen berikut :-

a) Undang-undang dan akta-akta yang digubal kerajaan.

b) Garis panduan dalam bentuk teknikal (piawaian) atau kaedah-kaedah.

c) Pelan-pelan pembangunan seperti Rancangan Tempatan dan Rancangan Struktur yang

diluluskan dan disahkan oleh PBT.

d) Kenyataan bertulis seperti dasar-dasar dan pekeliling yang digubal oleh pihak

pembuat keputusan atau pihak berwajib yang sah di sisi undang-undang.

Bandar Raya Kuala Lumpur berdepan dengan cabaran besar untuk terus kekal dinamik

dan terserlah di mata dunia sebagai sebuah pentadbiran, kewangan, perusahaan, perdagangan

dan pusat pelancongan yang penting di dunia. Berpaksikan kepada prinsip mendahulukan

kesejahteraan warga kota yang berlandaskan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian

Diutamakan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yakin akan berjaya mencapai Visi dan

meletakkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Visi ini

13
telah dimanifestikan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 sebagai asas kepada

pembangunan fizikal Kuala Lumpur selain menyumbang ke arah mencapai agenda nasional

menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Perancangan pembangunan holistik ini diperincikan lagi melalui penyediaan Pelan

Tempatan atau Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (PBRKL) yang merupakan satu pelan

perancangan yang berwawasan yang telah mengambil kira kepentingan serta keperluan daripada

pihak-pihak yang berkepentingan dalam mencapai visi meletakkan Bandar Raya Kuala Lumpur

setanding dengan lain-lain bandar di Dunia dalam pelbagai sektor termasuk mempunyai urus

tadbir yang cekap. Bagi mengatur langkah susulan pelaksanaan pelan-pelan fizikal tersebut,

DBKL telah merangka satu Pelan Strategik untuk tempoh 10 tahun. DBKL dalam merangka

Pelan Strategik ini, telah meletakkan dasar-dasar serta Program Kerajaan seperti Dasar Ekonomi

Baru, Dasar Pembangunan Negara, Pelan Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan

Utama Negara (NKRA) serta Pelan Strategik Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai

kerangka asas bagi memastikan keselarian pelaksanaannya dengan aspirasi Kerajaan.

Pelan Strategik DBKL 2010-2020 adalah berlandaskan visi, misi, nilai bersama serta

matlamat yang kemudiannya diterjemahkan menjadi teras strategik dan strategi yang memandu

pembentukan pelan-pelan tindakan. Pelaksanaan pelan-pelan tindakan dirangka mengikut tiga

fasa iaitu jangka pendek, jangka sederhana serta jangka panjang. DBKL menggunakan indikator

strategik bagi mengukur pencapaian pelaksanaan Pelan Strategik untuk memastikan pelaksanaan

teras-teras strategik dan pelan tindakan yang dirancang mencapai matlamat kesejahteraan warga

kota. Dalam melaksanakan Pelan Strategik ini DBKL akan sentiasa bekerjasama dengan pihak

yang berkepentingan kepada bandar raya Kuala Lumpur dan masa depannya.

Matlamat 1 : Bandaraya Milik Warga Kota

14
Warga kota dapat menikmati kesejahteraan bandar dalam bentuk persekitaran yang

berkualiti, mudah sampai, selamat dan persekitaran yang memupuk pengalaman gaya hidup

sihat, saling berhubungan dan menghormati keunikan budaya masing-masing dengan harmoni.

Kesejahteraan bandar ini dapat dicapai melalui pengagihan ekonomi seimbang,

penyediaan keperluan asas pembangunan berkualiti yang merangkumi perumahan, kemudahan

bersesuaian untuk golongan berpendapatan rendah serta infrastruktur asas yang lengkap.

Teras 1 : Mempertingkatkan Kualiti Kesejahteraan Hidup

Teras 2 : Memupuk Pembangunan Komuniti Ke Arah Kehidupan Sejahtera Dan Harmoni

Teras 3 : Melaksanakan Pelan Pembangunan Mapan

Teras 4 : Membentuk Identiti Dan Imej Bandar Raya Tersendiri

Matlamat 2 : Bandar Raya Makmur Ekonomi

Kemakmuran ekonomi akan tercapai apabila bandar sejahtera, berdaya saing tinggi,

berinovasi di samping wujudnya kesamarataan peluang dalam kegiatan ekonomi di kalangan

warga kota serta keseimbangan pemilikan harta.

Teras 1 : Membangunkan Ekonomi Bandar Yang Kukuh, Dinamik, Kompetetif, Berdaya

Saing Di Peringkat Global

Teras 2 : Mewujudkan Perkongsian Pintar Di Peringkat Tempatan, Nasional Dan Global

Teras 3 : Membuka Peluang Serta Menggiatkan Peluang Ekonomi Kepada Semua Lapisan

Masyarakat

Matlamat 3 : Bandar Raya Bersaring

15
Kuala Lumpur akan menjadi Bandar Raya Bersaring melalui rangkaian sistem

pengangkutan yang komprehensif dan efisyen yang mengukuhkan hubungan antara dan dalam

bandar bagi menyokong kedudukan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan dan kewangan

antarabangsa.

Selain itu, saringan maya dipertingkatkan melalui penggunaan teknologi maklumat dan

perhubungan bersepadu tanpa sempadan yang akan memudahkan proses penyampaian

perkhidmatan perbandaran. DBKL juga akan mewujudkan persekitaran masyarakat yang

mempunyai nilai-nilai bersaring selari dengan Gagasan 1Malaysia.

Teras 1 : Mewujudkan Sistem Pengangkutan Bersepadu Dan Efisyen

Teras 2 : Memantapkan Tahap Saringan ICT Di Peringkat Wilayah, Nasional Dan Global

Matlamat 4 : Bandar Raya Eko

Persekitaran yang sihat, kawasan hijau yang mencukupi dan berkualitiserta pengekalan

sumber alam sedia ada adalah ciri-ciri Bandar Raya Eko yang menjadi salah satu matlamat yang

akan dicapai oleh DBKL.

Teras 1 : Mempertingkatkan Kualiti Persekitaran

Teras 2 : Menghujaukan Dan Mengindahkan Bandar Raya

Matlamat 5 : Bandar Raya Tadbir Urus Cekap

Tadbir urus yang cekap merangkumi pentadbiran yang telus, bertanggungjawab, adil,

cekap dan berkesan adalah sangat penting dalam mencapai wawasan dan matlamat pembangunan

bandaraya.

16
Teras 1 : Memantapkan Dan Mempertingkatkan Kapasiti Dan Keupayaan Tadbir Urus

Serta Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Teras 2 : Menyediakan Perkhidmatan Perundangan Dan Penguatkuasaan Yang Cekap Dan

Berkesan

Teras 3 : Memperkukuhkan Penyelidikan Dan Pembangunan Memacu Kecemerlangan

Organisasi

Teras 4 : Memantapkan Kolaborasi Strategic Dan Perkongsian Pintar Bagi Pertingkatkan

Daya Saing

Teras 5 : Meningkatkan Penyertaan Awam Dalam Pembangunan

Teras 6 : Memperkukuhkan Kedudukan Dan Pengurusan Kewangan

BAB 5 : CADANGAN DAN KESIMPULAN


17
Sejak sebelum Merdeka (dikenali majlis bandaran / Sanitary board) hinggalah sekarang

peranan utama PBT tidak berubah iaitu kebersihan sampah, parit, pemotongan rumput, lampu

jalan dan jalan - jalan bandaran. Tugas asas inilah yang sering menjadi masalah ketikpuasan hati

rakyat dan menjadi masalah kronik bagi sesetengah PBT yang mempunyai kewangan yang kecil.

Peranan ini sentiasa bertambah dan berkembang kepada pengeluaran lesen perniagaan, kelulusan

pelan perancangan dan bangunan, keceriaan bandar dan kemudahan awam. Ia terus berkembang

kepada peranan sosial dan khidmat masyarakat, sukan, rekreasi dan budaya serta lain-lain lagi.

PBT memperolehi hasil dari sumber operasi sedia ada seperti hasil lesen, bayaran sewa

premis perniagaan, tanah, penjaja, pusat rekreasi, dewan dan gerai, hasil pelan bangunan dan

perancangan, kompaun dan sebagainya. Untuk explorasi bidang yang boleh menjana hasil

baru, Perancangan Stategik adalah perlu dalam perancangan PBT. Sudah sampai masanya PBT

berfikir laksana teknokrat ulung dan 'business minded' selain sebagai pemimpin masyarakat.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerajaan Tempatan telah menjelaskan bahawa Peranan

PBT bertaraf Bandaraya pada masa kini bukan hanya berkaitan kebersihan dan kutipan sampah

sahaja tetapi berperanan untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara ke kawsan PBT dalam

usaha menambah pendapatan. Majlis Bandaraya sepatutnya telah mampu berdiri sendiri dalam

menambah hasil dan tidak terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

kecuali kepada Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran.

Pembangunan merupakan salan satu aspek terpenting di dalam negara. Jesteru itu

adalah perlu bagi pihak yang berkepentingan yang mempunyai fungsi dan matlamat terutamnya

Pihak Berkuasa Tempatan supaya menyedari kepentingan pembangunan setempat supaya ianya

Berjaya mengerak sesebuat pembangunan yang bestari dan mampan bagi meningkatkan

18
kesejahteraan masyarakat setempat. Masalah pembangunan yang menjadi masalah kini hanya

boleh diatasi sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan itu menjadi Pihak Berkuasa Perancangan

Tempatan mengambil langkah-langkah untuk manguruskannya diambil melalui prinsip-prinsip

pembangunan yang teratur dan bersistematik serta berkesan.

Pembangunan yang lestari hanya dapat dicapai dengan perubahan dan peningkatan

perestasi pembangunan yang diuruskan dan bagaimana pembangunan itu dilihat akan mambantu

masyarakat setempat supaya menjadi masyarakat yang moden dan terbaik. Diharapkan denga

wujudnya peningkatan tahap pengurusan pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan akan berjaya

menjadikan Pihak Berkuasa Perancangan tempatan yang unggul dan bijak merencanakan

pembangunan setempat untuk masyarakat dan pembangunan itu dapat diadaptasikan dengan

bersistematik dan efektif demi menjamin pembangunan yang terbaik dalam negara.

BIBLIOGRAFI

19
Ahmad Atory Hussain (1991). Kerajaan tempatan: teori dan peranan di Malaysia Kuala Lumpur

: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahris Yaakup (2001). Peranan Teknologi Maklumat Dalam Memperkukuhkan Sistem

Perancangan Di Malaysia. Seminar Perancangan Bandar dan Wilayah Kali Ke 19, UTM.

DBKL, ucapan Bajet 2016. Dicapai daripada


http://www.dbkl.gov.my/index.php?

option=com_jdownloads&Itemid=692&view=finish&cid=702&catid=7&m=0&lang=ms

Laman Sesawang DBKL. Dicapai daripada

http://www.dbkl.gov.my/index.php?lang=ms

Phang Siew Nooi (1989) Sistem kerajaan tempatan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Undang-undang Malaysia. (t.t). Akta 133. Akta Jalan, Parit dan Bangunan. Dicapai daripada

http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/akta/Akta133y1974bm.pdf
Undang-undang Malaysia. (2006). Akta 171. Akta Kerajaan Tempatan 1976. Dicapai daripada

http://www.mppp.gov.my/png_mpp-theme/pdf/Akta_171.pdf
Undang-undang Malaysia. (2006). Akta 172. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Dicapai

daripada
http://www.mppp.gov.my/png_mpp-theme/pdf/Akta_172.pdf

20

You might also like