You are on page 1of 26

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

1.0

PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik.

Terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan
penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda
dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini.Oleh kerana wujudnya kepelbagaian
budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah
yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi
batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan
dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.
Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting perlu dipandang serius
dalam membina negara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik
yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan
kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah
negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri
mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat.
Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan
lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Kepelbagaian etnik ini secara langsung atau tidak langsung telah merancakkan agenda
politik dalam negara. Secara positifnya, situasi ini telah berjaya mewujudkan persaingan yang
sihat dalam kalangan masyarakat. Sehingga ke hari ini, semangat perjuangan yang ada dalam diri
setiap individu telah memberi kesan yang unik terhadap imej politik negara Malaysia.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

Bermula daripada zaman penjajahan, pemimpin-pemimpin pada ketika itu telah berusaha
keras dalam memenangi kemerdekaan tanah air. Ditambah juga dengan semangat kekitaan dalam
kalangan masyarakat yang berbilang kaum yang pada ketika itu begitu utuh dan tebal demi
membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Juga, buruh-buruh asing yang pada ketika itu
merasakan kelompok mereka teraniaya dan ingin memperjuangkan hak yang lebih saksama telah
mencorakkan politik semasa yang lebih kuat berbanding sekarang. Secara teorinya, Malaysia
telah lama mengamalkan demokrasi. Namun, satu yang masih menjadi persoalan dan tunjang
utama kepada politik tempatan adalah ketelusan dan sejauh manakah pengaplikasian sistem ini
dalam pengurusan negara. Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan
kumpulan etnik dan setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang
diwakilinya. Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa
mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan
menyumbang kearah masyarakat yang bersatu padu.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

2.0

REALITI POLITIK DALAM NEGARA

2.1

SEMENANJUNG MALAYSIA

2.1.1 SEBELUM MERDEKA


Zaman pendudukan Jepun dan penjajahan British telah meninggalkan pelbagai kesan
terhadap hubungan etnik dan corak pembangunan politik di Malaysia. Ianya bermula daripada
dasar British yang telah membawa masuk buruh dari China dan India bagi menjana ekonomi
tempatan serta kekayaan hasil bumi tanah Melayu. British juga telah mengasingkan mereka dari
segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem pendidikan. Sebagai contoh, Masyarakat Cina telah
ditempatkan di lombong-lombong, bandar dan pekan bagi menjalankan sektor perniagaan.
Masyarakat India pula telah ditempatkan di estet-estet sebagai buruh estet. Manakala masyarakat
Melayu telah ditempatkan di kampung-kampung bagi menjalankan kegiatan pertanian sara diri
dan tradisional seperti pertanian dan menangkap ikan. Hal ini telah menyebabkan terdapat jurang
perkauman antara semua etnik yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu.

2.1.2

MALAYAN UNION
Malayan Union merupakan sebuah konfederasi negeri-negeri Melayu dengan

Negeri-Negeri Selat. Ia ditubuhkan untuk memudahkan pentadbiran tanah jajahan British di


Semenanjung Melayu. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh
Raja-raja Melayu. Britih telah menubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946 sebagai
persediaan Tanah Melayu ke arah pembentukan kerajaan sendiri. Melalui penggabungan ini,
Tanah Melayu akan diberi latihan ke arah berkerajaan sendiri sesuai dengan Piagam Atlantik
1945. Piagam tersebut menganjurkan masa depan sesebuah negara ditentukan oleh rakyatnya

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

sendiri. Selain itu, penubuhan Malayan Union juga adalah untuk mewujudkan sebuah
pentadbiran yang cekap dan seimbang di antara negeri. Pelaksanaan Malayan Union telah
menimbulkan penentangan orang Melayu terhadap sistem pemerintahan tersebut. Antara sebab
penentangan ialah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut raja-raja Melayu. Sultan
turut tidak diberi masa yang secukupnya untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri.
Orang Melayu juga menentang kerakyatan mudah kepada kaum imigran secara jus soli. Dasar
terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang Melayu sebagai penduduk peribumi.
Gabungan 29 buah pertubuhan Melayu bangun menentang Malayan Union menunjukkan wujud
perpaduan kebangsaan untuk menentang Malayan Union.

2.1.3

UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION (UMNO)


Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan

berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk
survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh
British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya
membubarkan diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung
sebagai

pernyataan

hasrat

semua

golongan

dan

lapisan

masyarakat

Melayu

bagi

memperjuangkan hak-hak mereka. Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato Onn
Bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama, dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang
Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang
begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju. Usaha-usaha dibuat
bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada
awal 1952, bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih
jauh menjelang kemerdekaan. Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang
pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan
kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra,
kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa
kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.

2.1.4

JAWATANKUASA

PERHUBUNGAN

KAUM

COMMUNITIES LIAISON

COMMITTEE (CLC)
Atas usaha Dato Onn Jaafar dan Malcom Mac Donald (Gabenor Jeneral British di Asia
Tenggara), CLC telah ditubuhkan untuk mewujudkan kesefahaman dan kerjasama yang lebih
baik dalam kalangan pelbagai etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. CLC merupakan
pertubuhan separa politik kerana perkambangan CLC adalah di bawah pengawasan British.
Perjumpaan CLC dan ahli-ahli CLC terdiri daripada pemimpin politik dan ahli pentadbir. CLC
juga memberi perhatian kepada hubungan politik orang Melayu dan bukan Melayu. Pengambilan
orang bukan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan serta pengenalan pilihan raya tempatan dan
berkerajaan sendiri adalah antara usaha-usaha yang dijalankan bagi mewujudkan lagi hubugan
etnik yang harmoni. Dalam isu pilihan raya pula, CLC telah mencadangkan satu peralihan
kerajaan secara berperingkat-peringkat di Tanah Melayu. Hal ini dilaksanakankan dengan cara
mewujudkan pilihan raya secara berperingkat.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

2.1.5

MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION (MCA)


Parti ini dianggotai oleh masyarakat Cina dalam memperjuang serta mempertahahankan

kepentingan orang Cina. Selain itu, hasrat parti ini juga untuk mewujudkan hubungan
berbaik-baik dan kerjasama antara orang Cina dengan etnik lain di Tanah Melayu. Tambahan
pula, parti ini berhasrat untuk membersihkan imej orang Cina yang sering dikaitkan dengan Parti
Komunis Malaya (PKM).

2.1.6

INDEPENDENT MALAYAN PARTY (IMP)


Parti ini telah ditubuhkan pada 16 September 1951 oleh Dato Onn Bin Jaafar. Beliau

ingin membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Ini sekaligus mencetuskan
kemarahan orang-orang Melayu pada ketika itu. Namun penubuhan parti ini telah mendapat
sokongan daripada beberapa pemimpin bukan Melayu seperti H.S. Lee, Heah Joo Siang, Tan
Cheng Lock, P.P Narayanan dan K.L. Devaser. Mereka berpendapat bahawa langkah ini
merupakan satu usaha untuk menjalin kerjasama pelbagai etnik pada ketika itu.

2.1.7

PERIKATAN UMNO-MCA-MIC
Pada Januari 1952, perkongsian kuasa antara dua buah parti terbesar di Tanah Melayu

antara UMNO dan MCA telah berlaku. Perikatan ini telah memenangi sembilan kerusi dalam
Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Pada Oktober 1954 Parti
Perikatan UMNO-MCA ini telah disertai olah MIC. Parti ini telah bertanding dalam Pilihan Raya
Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955. Hasil daripada kerjasama ini, parti ini telah
memenangi 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

2.2

SELEPAS MERDEKA

2.2.1. BARISAN NASIONAL (BN)


Menurut Sejarah, Barisan Nasional mempunyai perbezaan yang jelas dengan Perikatan.
Parti Perikatan lahir hasil daripada keperluan untuk bekerjasama antara tiga kaum (Melayu, Cina
dan India) sebagai syarat yang diletakkan oleh pihak British dalam perundingan untuk
kemerdekaan Melayu. Manakala Barisan Nasional wujud bagi menyelamatkan negara yang
berada dalam situasi bahaya akibat perpecahan kaum. Kerajaan Perikatan yang telah memenangi
pilihanraya pada tahun 1955 telah diberi mandat oleh British untuk berkuasa memerintah negara.
Namun, keadaan itu tidak lama kerana tercetusnya tregadi 13 Mei 1969 yang telah menjadi titik
hitam Negara ini. Berlatar belakangkan tragedi hitam tersebut, kerajaan Barisan Nasional pada
tahun 1973 telah ditubuhkan untuk menggantikan Perikatan yang bertujuan untuk menyatukan
kembali rakyat pada masa itu. Barisan Nasional telah menggantikan Kerajaan Perikatan pada
tahun 1974 yang mana idea penubuhan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri yang kedua
iaitu TunAbd. Razak Hussein. Tujuannya ialah untuk mengurangkan permainan politik
perkauman yang begitu meruncing pada waktu itu. Barisan Nasional telah mendapat mandat
daripada rakyat Malaysia untuk menjalankan sistem pemerintahan yang adil dan saksama bagi
memenuhi tuntutan kemajuan setiap etnik di negara ini. Barisan Nasional telah disertai oleh
beberapa parti yang mewakili kaum-kaum seperti UMNO, MCA, MIC, PAS, PPP, GERAKAN,
SUPP, Parti Pesaka Bumiputera dan USNO. Kerjasama daripada parti-parti komponen Barisan
Nasional amat penting bagi melancarkan pentadbiran di Malaysia.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

2.2.2. PAKATAN RAKYAT


Pakatan Rakyat merupakan satu perikatan baharu parti-parti politik Malaysia. Perikatan
ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia serta Parti Tindakan
Demokratik (PKR-PAS-DAP), yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia.
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan Ketua Pembangkang sebelum ini,
namun kemudiannya digantikan oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas beliau
memenangi pilihan raya Permatang Pauh pada tahun 2008. Pakatan Rakyat juga menerajui
kerajaan empat buah negeri Malaysia. Pembentukan Pakatan Rakyat diumumkan pada 1 April
2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya. Dalam Pilihan Raya
Umum Malaysia 2008, gabungan tidak formal PKR-PAS-DAP berjaya memenangi 82 daripada
222 kerusi dalam Parlimen Malaysia, dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang
dipegang Barisan Nasional (BN) sejak kemerdekaan negara itu. Pakatan ini juga berjaya
membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor. Pakatan
Rakyat berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

2.2.3. SABAH
Kerajaan negeri sabah dikuasai oleh Barisan Nasional (BN), sebuah parti campuran yang
terdiri daripada pelbagai parti etnik utama, iaitu UMNO, United Pasokmomogun Kadazandusun
Murut Organization (UPKO), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS)
Malaysian Chinese Association (MCA), Liberal Democratic Party (LDP) Parti Gerakan Sabah
(Gerakan). Satu ciri daripada politik Sabah yang luar biasa ialah dasar yang diasaskan oleh
Barisan Nasional pada 1994. Parti politik yang pertama di Sabah ialah United National Kadazan

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

Organisation (UNKO) yang ditubuhkan pada Ogos 1961, diikuti dengan United Sabah National
Organisation (USNO) pada Disember 1961, United National Pasok Momogun Organisation
(Pasok Momogun) pada tahun 1962 dan Borneo Utara National Party (BUNAP) yang ditukar
kepada Sabah National Party (SNAP). Parti Perikatan Sabah dianggotai UNKO, USNO, Pasok
Momogun dan SNAP. Pada Jun 1964, UNKO dan Pasok Momogun telah bersetuju dalam
membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO) bagi mempertahankan
kepentingan kaum bumiputera bukan Islam di Sabah. Jawatan Ketua Menteri digilir antara partiparti komponennya setiap dua tahun, tidak mengira mana satu parti yang berkuasa pada sesuatu
masa. Oleh sebab itu, setiap kelompok etnik akan mendapat tempoh yang sama untuk
memerintah negeri. Penyusunan ini juga melemahkan kuasa kerajaan negeri yang dahulunya
sentiasa bertentangan dengan kerajaan pusat di Kuala Lumpur. Sistem ini juga memberi kuasa
yang lebih banyak kepada kaum Melayu yang merupakan kaum minoriti untuk memansuhkan
undang-undang tempatan yang diperkenalkan oleh pihak Kadazan-Dusun yang merupakan kaum
majoriti. Walaubagaimanapun, penyusunan ini telah ditamat semasa UMNO memegang jawatan
itu dengan kuasa sekarang dipegang olehnya. Ini telah menimbulkan pertentangan pendapat dan
oleh sebab itu, terdapatnya perasaan kecewa yang meluas. Dewan Undangan Negeri sekarang
didominasi oleh Barisan Nasional dengan cuma satu kerusi pembangkang sahaja yang dipegang
oleh calon bebas. UMNO telah mencapai kuasa dengan pantas sejak kemasukannya ke Sabah
pada tahun 1991. Sebelum ini, UMNO tidak mengambil bahagian dalam kedua-dua negeri di
Malaysia Timur.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

2.2.4. SARAWAK
Parti politik yang pertama di Sarawak ialah United Peoples Party (SUPP) yang
ditubuhkan pada Jun 1959 oleh kaum Cina dan selepas itu muncul pula Parti Negara Sarawak
(PANAS) pada tahun 1960. Parti Bumiputera bukan Islam yang pertama ialah Sarawak Nasional
Party (SNAP) yang ditubuhkan pada tahun 1961. Pada tahun 1962, orang Melayu dan Melanau
dari Lembah Rejang menubuhkan pula parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
seterusnya diikuti dengan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) yang ditubuhkan oleh
beberapa orang pemimpin Iban dan Sarawak Chinese Association (SCA). Parti Parikatan
Sarawak telah dibentuk diantara PANAS, SNAP, PESAKA,BARJASA dan SCA pada 22
Oktober 1962. Penerimaan SUPP dalam menubuhkan kerajaan campuran Sarawak selepas
pilihan raya oleh golongan bumiputera pada tahun 1970 mencerminkan kompromi politik antara
etnik telah bermula dalam proses politik di Sarawak.
Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah Stephen Kalong Ningkan dari SNAP pada
tahun 1963. Namun, pelbagai masalah telah timbul separti pengenalan undang-undang yang
membenarkan kaum Cina membeli tanah masyarakat Bumiputera, isu pengantian pegawai
British dan pegawai dari Semenanjung dan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
Sarawak. Hal ini berakhir apabila beliau dipecat dan digantikan dengan Penghulu Tawi Sli pada
tahun 1966. Selepas pilihanraya pada tahun 1970, Tun Abdul Rahman Yakub dari Parti
Bumiputera telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang memperlihatkan kenaikan
hegemoni Bumiputera Islam (Melayu dan Melanau).
Bermula pada Mac 1981 sehingga kehari ini, peralihan kuasa kepada Tun Abdul Taib
Mahmud.Perpaduan etnik Iban tergugat apabila terbentuknya Parti Bangsa Dayak Sarawak

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

10

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

(PBDS) pada Julai 1983 kerana SNAP dipimpin oleh James Wong Kin Min seorang pemimpin
yang bukan orang Iban.
PBDS ingin mewujudkan sebuah parti baru yang memperjuangkan untuk memulih
semula hegemoni orang Iban di Sarawak. Walaubagaimanpun, masalah perpecahan etnik ini
dapat diselesaikan oleh Tun Abdul Taib Mahmud. Pada hari ini, SNAP, PBB dan SUPP telah
bernaung di bawah Barisan Nasional. Kewujudan Barisan Nasional di Sarawak sedikat sebanyak
telah dapat menyelesaikan masalah mengenai hubungan etnik di Sarawak.

3.0

PENGLIBATAN ETNIK DALAM BIDANG POLITIK


Sepanjang lebih 50 tahun Malaysia mempertahankan kemerdekaan yang telah

diperjuangkanoleh golongan terdahulu, pelbagai parti politik telah ditubuhkan. Dalam tempoh ini
juga,banyak parti yang ditubuhkan terpaksa dibubarkan atas pelbagai aspek yang
mengekangkelangsungan pertumbuhannya. Walau bagaimanapun, perkembangan ini masih
dianggappositif kerana dasar perlembagaan negara yang mengamalkan sistem demokrasi
parlimenserta penubuhan parti-parti baru yang tidak kurang banyaknya. Terkini, sebanyak 29
buahparti politik telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta bergiat aktif
dalammasyarakat. Berikut adalah parti-parti yang berdaftar:1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Barisan Nasional Of Malaysia (BN)


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malays National Organization (UMNO)
Parti Persatuan Cina Malaysia /Malaysian Chinese Association (MCA)
Parti Kongres India Malaysia/The Malaysian Indian Congress (MIC)
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
Parti Liberal Demokratik /The Liberal Democratic Party (LDP)
Parti Progresif Malaysia Penduduk People's Progressive Party Of Malaysia (PPP)
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan dusun Murut Bersatu /United Pasokmomogun

Kadazan dusun Murut Organization (UPKO)


9. Parti Maju Sabah (PMS) /Sabah Progressive Party (SAPP)
10. Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBBS)
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

11

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

11. Parti Rakyat Malaysia (PRM)


12. Parti Reformasi Negeri Sarawak State Reform Party Sarawak (STAR)
13. Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia All Malaysian Indian Progressive
Front(AMIPF)
14. Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)
15. Parti Rakyat Bersatu Sarawak / Sarawak United Peoples Party (SUPP)
16. Kongress Indian Muslim Malaysia (KIMMA)
17. Parti Punjabi Malaysia Malaysian Punjabi Party (PPM)
18. Parti Demokratik Progresif Sarawak Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)
19. Parti Keadilan Rakyat
20. Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)
21. Parti Setia Rakyat Sabah (PSRS) /Sabah People's Party (SPP)
22. Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu/Federation Sabah People Front Party (Bersekutu)
23. Parti Kongres Ceyclonese Malaysia Malaysian Ceyclonese Congress (MCC)
24. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
25. Parti Islam Se Malaysia (PAS)
26. Parti Tindakan Demokratik/Democratic Action Party,Malaysia (DAP)
27. Parti Bersatu Sabah Sabah United Party (PBS)
28. Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia Worker's Party Of Malaysia
29. Parti Kebangsaan Sarawak/Sarawak National Party (SNAP)

3.1

POLITIK SEMASA
Malaysia merupakan sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasiberpalimen.

Sistem ini telah diamalkan sejak tanah melayu mencapai kemerdekaan. Sistemini berada di
bawah pentadbiran raja berperlembagaan Malaysia yang diketuai oleh SeriPaduka Baginda yang
di-Pertuan Agong yang dipilih daripada Sembilan sultan negeri Melayu. Baginda akan bekhidmat
selama lima tahun sebagi Ketua Negara dan Pemerintahan Tertinggi Angkatan Tentera.
Sistem demokrasi yang diamalkan membolehkan rakyat memilih tampuk pemerintahan
yang disukai secara undian. Kebebasan rakyat untuk berpolitik menyebabkansemakin banyak
parti politik di Malaysia. Mengikut senarai parti politik yang di keluarkanoleh SuruhanJaya
Pilihanraya Malaysia, terdapat 29 parti politik yang berdaftar di Malaysia antara parti politik
yang berdaftar dengan SuruhanJaya Pilihan Malaysia:-

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

12

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

3.2

PERKEMBANGAN
Membincangkan tentang perkembangan politik semasa, pemerhatian tentang corak

pemerintahan dalaman dan kecenderungan pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun
secara tidak langsung dalam parti politik tersebut. Penelitian akan memberikan gambaran tentang
situasi politik sekarang yang boleh dikatakan tidak stabil, hangat dan mencabar. Berbicara
tentang politik sekarang dapat dilihat tentang pertikaian antara setiap parti. Baik parti tersebut
adalah sesama bangsa atau pun dengan kaum lain. Masing-masing mula mahu menegakkan hak
masing-masing.
Mereka mahu lebih. Masing-masing mahu kelihatan mereka itu dominan. Kaum Y
berkompromi dengan Kaum Z untuk menjatuhkan Kaum X bagi membolehkan, mungkin, Kaum
Y menguasai negara ini. Jika Kaum Y tidak berkuasapun mereka mahu diberi peranan yang lebih
lagi. Situasi ini mewujudkan pertikaian dalam pembentukan antara kaum. Ketidakstabilan ini
telah menyekat pembentukan antara etnik yang cuba dicapai dalam pembentukan Negara. Politik
kini pula boleh dikatakan semakin panas kerana banyak isu-isu semasa yangdapat dikaitkan
dengan ahli politik kini. Pihak pemerintah (iaitu parti politik yang memegang tampuk
pemerintahan) mahupun parti lain dilihat semakin tidak stabil disebabkan pelbagai perkara yang
membelenggu parti tersebut. Antara perkara yang dapat dilihat kini adalah isurasuah. Amalan
rasuah ini bukan perkara baru dalam sesebuah parti. Hal ini diakui sendiri oleh Pengarah
Bahagian Kecemerlangan dan Professional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM),Abdul Wahab Abdul Aziz, bahawa kebanyakan kespenyelewengan wang di Negara ini
terjadi dikalangan ahli politik.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

13

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

Mengikut kajian yangtelah dijalankan sebanyak 42% parti politik yang telibat dalam
gejala rasuah di Malaysia.Politik sekarang dikatakan semakin mencabar kerana semakin hari
semakin banyak usah yang dilakukan oleh parti bukan melayu melalui medium politik bagi
menggugat kelebihan orang melayu. Contohnya hari ini, ada sahaja tuntutan dan cadangan yang
dibuat oleh pihak tertentu yang bertujuan memastikan kuasa orang Melayu semakin
berkurangan.Oleh itu, kaum melayu seharusnya tidak terus leka dengan kaum lain.
Jika orang Melayu terus leka dan berbalah sesama sendiri serta sanggup melakukan apa
sahaja demi kuasapolitik maka tidak mustahil mereka akan kehilangan segala-galanya
termasuklah kuasa politik iaitu satu-satunya yang dipegang oleh orang Melayu di negara
ini.Namun, dalam keadaan politik yang semakin rapuh, masih terdapat kekuatan yang cuba
dipertahankan. Seperti masih utuhnya gabungan tiga parti politik yang berlainan kaumiaitu
UMNO(melayu), MIC(india) dan MCA(cina) dalam mentadbir negara. Penyatuan ketiga-tiga
parti ini perlu untuk terus mewujudkan penyatuan kaum sekaligus menyujudkan etnik yang
berbilang kaum yang hidup dengan aman dalam satu Negara.

3.3

CABARAN
Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama dan bagi mencapai kedudukan

politik yang stabil, negara kita perlulah mengambil kira kepentingan semua kaum dan bertindak
adil dalam pentadbiran. Walaupun kestabilan politik dan perpaduan kaum terhasil di Malaysia
ekoran daripada hubungan etnik yang mantap dan utuh serta adanya penyatuan pelbagai parti
politik dalam setiap parti komponen, namun pada umumnya politik perkauman masih mewarnai
politik Malaysia yang dapat dilihat dalam tuntutan-tuntutan dan isi hati yangdisuarakan oleh
etnik-etnik tertentu melalui wakil mereka daripada parti pemerintah atau pembangkang.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

14

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

Terdapat beberapa cabaran penting dalam menstabilkan politik negara kita dan
juga bagi memelihara kedudukan orang melayu di negara kita sendiri,. Antaranya ialah
menyatukan perpaduan antara kaum, menyatukan orang melayu, menyelesaikan tuntutan
danmemorandom kaum-kaum lain yang mempertikaikan isu-isu pokok dan mengembalikan
kembali kepercayaan warga cina dan india yang beralih sokongan pada pihak pembangkang.

3.3.1. MENYATUKAN PERPADUAN ANTARA KAUM


Pada masa kini, pergolakan di antara kaum dapat dilihat semakin menjadi-jadi dan
membuatkan perasaan perkauman itu semakin menebal di kalangan masyarakat. Sebagai contoh,
perbezaan agama dijadikan isu untuk berbalah. Antara contoh isu yang timbul ialah pembakaran
beberapa buah gereja dan menconteng surau. Perkara ini terjadi apabila terdapa tsesetengah
pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sengaja menimbulkan isu-isu sensitive ini bagi
menimbulkan perpecahan antara kaum.

3.3.2. MENYATUPADUKAN ORANG MELAYU


Cabaran politik kini bukan sahajabukan sahaja menyatukan perpaduan antara kaum
malah orang melayu juga perlu disatukan. Bangsa melayu menghadapi pelbagai cabaran kecil
dan besar, terutamanya cabaran perpecahan di kalangan orang orang melayu sendiri. Contoh
yang jelas ialah wujudnya dua parti politik Melayu terbesar iaitu PAS dan UMNO. Jurang
perbezaan pendapat antara dua parti ini amat besar dan turut menjadi punca perbalahan antarak
aum Melayu.
3.3.3. MEMORANDOM KAUM-KAUM LAIN YANG MEMPERTIKAIKAN ISU-ISU
POKOK

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

15

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

Cabaran yang ketiga ialah tuntutan masyarakat bangsa lain yang mahukan hak sama rata
dalam kebanyakan aspek pentadbiran. Sebagai contoh, tuntutan kaum cina yang mahu
menghapuskan DEB (Dasar Ekonomi Baru), pertikaian mengenai diskaun bagi bumiputera,
kuota kemasukan ke IPTA dan lain-lain lagi. Melalui tuntutan-tuntutan ini, tertubuhlah pelbagai
persatuan bagi menyokong tindakan mereka sekaligus banyak menimbulkan huruhara dengan
melakukan demonstrasi jalanan dan berbagai cara lagi. Antara contoh persatuan yang ditubuhkan
bagi menyokong tindakan ini ialah HINDRAF. Persatuan ini menuntut hak supaya member
perhatian kepada kaum India yang berasa tersisih dari segi ekonomi dantidak mendapat hak yang
sama rata.

3.3.4. MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN WARGA CINA DAN INDIA YANG


BERALIH SOKONGAN KEPADA PEMBANGKANG
Pergolakan di dalam parti Barisan Nasional (BN) dan kerajaan seperti amalan rasuah dan
politik wang menyebabkan kurangnya kepercayaan rakyat terhadap parti pimpinan kerajaan ini.
Kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu menunjukkan ketidakstabialn politik di
Negara kita. Rakyat sudah ilang kepercayaan dan mahukan pembaharuan dengan beralih
sokongan pada parti pembangkang. Jadi cabaran politik Malaysia kini ialah mengembalikan
semula kepercayaan rakyat khususnya masyarakat Cina dan India. Mereka haruslah
mengembalikan kembali maruah dan meningkatkan prestasi sebagai parti yang mentadbir
kerajaan Malaysia. Perkara-perkara di atas merupakan antara cabaran politik yang di hadapi oleh
Negara kita dan perlu diatasi segera bagi menstabilkan Negara. Masyarakat dan pemimpin
sendiri haruslah memikirkan langkah dan strategi bagi memulihkan kembali prestasi politik
Malaysia.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

16

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

4.0

ISU-ISU HANGAT
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, anutan

agama dan kepercayaan, bahasa pertuturan serta amalan adat yang berbeza antara mereka serta
kumpulan etnik dan lainnya. Penduduknya terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu,
Cina dan India di samping kaum-kaum lain yang tergolong dalam kumpulan etnik minoriti.
Dianggarkan terdapat sekitar 80 kaum wujud di Malaysia yang menuturkan sekitar 60 bahasa (J.
S. Furnival dalam Muhammad Agus, 1993). Ia sebenarnya bermula setelah penghijrahan orangorang Cina dan India ke Tanah Melayu sebaik pembukaan lombong bijih timah dan ladangladang getah pada awal tahun 1900.
Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu. Terbukti dengan wujudnya
gabungan UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada
tahun 1951 memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk
membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya sistem perkongsian kuasa dalam politik
Malaysia. Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO Melayu, MCA Cina, MIC
India, Pasok

Kadazan Dusun , AMCJA gabungan pertubuhan dan keahlian yang

terdiridaripada orang-orang bukan Melayu yang memerjuangkan kesejahteraan kaum masingmasing.


Takrif-takrif politik ialah hal ehwal dan kegiatan yang terlibat di dalam mentadbir
sebuah negara atau kerajaan, perhubungan sosial termasuk persepakatan untuk mendapatkan
wala ataupun kuasa, pengendalian atau penyertaan dalam hal -ehwal politk dan kaedah
atautaktik yang digunakan termasuk yang berhelah dan juga yang tidak berprinsip. Ini menepati
bagaimana politik telah menerbitkan pergolakan sosial. Pergolakan politik telah menyebabkan

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

17

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

peristiwa-peristiwa hatta pembunuhan-pembunuhan seperti kematian JuliusCaesar (44SM),


Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali, Kahlifah Umar AbdAziz dan rami lagi.
Pembunuhan-pembunuhan bersifat politik juga terjadi kepada John FKenedy, Martin Luther
King Jr, Benazir Bhuto dan lain-lainnya. Termasuk juga sebab-sebab peperangan adalah politik.
Berikut adalah beberapa isu yang hangat diperkatakan kebelakangan ini:4.0.1. 5 November 2009, krisis politik di negeri Perak

Krisis yg berlaku ialah krisis perlembagaan dan banyak tuntutan hukum dan masalah-

masalah politik.
Isu yang berlaku ialah antara pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Pihak Pakatan Rakyat berpendapat isu ini hanya boley di selesaikan dengan mengadakan
semula pilihan raya dengan rakyat Perak turun padang untuk memilih semula pemimpin

mereka.
Manakala bagi pihak Barisan nasional menegaskan yang mana peralihan pemerintahan di

negeri Perak di lakukan dengan mengikut lunas dan undang-undang negeri Perak.
4.0.2. 16 Julai 2009, Kematian Teoh Beng Hock (tkt 14 Plaza Mazalam, Shah Alam)
Pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor.
Merupakan saksi dalam siasatan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia berhubung
dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang diperintahkan oleh Pakatan
Rakyat.

4.0.3. PKR dan Suara Keadilan

Saman ini timbul apabila Suara Ke Adilan memaparkan fitnah bahawa Felda telah
bankrap pada Jun lepas dan pemimpin PKR menggunakan laporan palsu ini sebagai
modal politik fitnah dan politik kebencian bagi menaburkan tohmahan agar rakyat,

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

18

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

terutama orang Melayu hilang keyakinan kepada Kerajaan bawah kepimpinan PM Dato

Seri Mohd. Najib Tun Razak.


PKR terlalu nyata mengamalkan politik kebencian dan perpecahan sehingga DYMM
Sultan Johor menarik kembali darjah kebesaran DPMJ dan SPMJ Chua Jui Meng kerana
cuba memecah belahkan masyarakat Cina Johor.

4.0.4

Antara isu-isu lain yang hangat diperkatakan adalah:Pembangkitan nilai-nilai yang dianggap sensitive seperti agama, dan status kerakyatan.
Pengelompokan masyarakat mengikut kaum termasuk generasi muda khususnya bakal
pemimpin, pentadbir dan golongan kelas pertengahan masih terus berlaku termasuk di

5.0

institusi pengajian tinggi bertunjangkan kebangsaan.


Tindakan sebahagian pemimpin-pemimpin politik yang memainkan sentiment perkauman

bagi meraih populariti dan simpati.


Fahaman politik yg melampau dan taksub.

KEMAJMUKAN ETNIK MALAYSIA


Kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia lebih diklasifikasikan kepada aspek

demogrfi. Aspek demografi ini penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat di


Malaysia kerana aspek ini dapat memperlihatkan keunikan Malaysia dari segi komposisietnik,
sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia. Malaysia ialah negara yang
pluralistik dengan jumlah penduduknya sekurang-kurangnya 26.6 juta orang.
Etnik Melayu merupakan kelompok majority di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di
setiap wilayah atau negeri seperti di Pulau Pinang di mana etnik Melayu dan Cina hampir sama
jumlahnya. Negeri-negeri semenanjung seperti Kelantan, Terengganu dan Perlis di dapati etnik
Melayu ialah penduduk majoriti. Bagi negeri-negeri seperti Melaka, Johor dan Selangor

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

19

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

pulaetnik Melayu hanya 51% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Umumnya Malaysia
negarayang kaya dengan kepelbagaian budaya.
Di semenanjung wujudnya budaya dan cara hidup Melayu, Cina, India, Baba-Nyonya,
Portugis, Serani dan Thai. Di Sabah pula, ada 32 golongan etnik dan Sarawak terdapat lebih
daripada 20 golongan etnik. Oleh yang demikian, kepelbagaian etnik ini telah melahirkan
kepelbagaian perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari
Wesak,Gawai, Pesta Keamatan dan Krimas.Secara lazimnya, orang Melayu adalah beragama
Islam. Perkara ini telah berlakusejak tahun 1970-an kerana ramai di antara masyarakat melayu
yang berhijrah ke bandar. Namun begitu masih terdapat sebahagian masyarakat melayu yang
masih tinggal di luar Bandar dan terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan samada
dalam skala yangkecil atau komersial. Di kawasan bandar pula masyarakat melayu lebih terlibat
dalam sector perkhidmatan awam, sektor swasta, perdagagan dan perniagaan.
Di Sabah, antara etnik yang menetap di negeri tersebut ialah bumiputera Kadazan dusun
di mana masyarakat ini menganut agama asal mereka dan Kristian. Namun begitu, ada segelintir
daripada mereka yang menganut Islam terutama masyarakat yang menetap di Ranau. Etnik
Bajau, Murut dan pribumi lain juga ada yang menganut agama Islam dan disamping itu terdapat
juga yang beragama asal dan beragama Kristian. Purata bil penduduk yang menganut Islam dan
Kristian dalam etnik Bumiputera adalah hampir sama jumlahnya. Kebanyakkan mereka tinggal
di luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara diri di samping mencari hasil hutan.
Di bandar-bandar, masyarakat lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan awam
walaupun bilangan dan peratusan antara etnik berbeza-beza serta berubah-ubah dari semasa ke
semasa. Masyarakat Cina di Sabah tertumpu di pusat-pusat bandar utama. Ramai di Antara
masyarakat tersebut terlibat dalam aktiviti perdagagan dan sektor komersial. Masyarakat etnik ini

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

20

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

juga menganut agama yang pelbagai. Di Sarawak juga wujudnya pluraliti dalam kalangan
penduduk. Secara umumnya tidak terdapat satu kelompok etnik yang majoriti secara mutlak di
Sarawak. Jabatan Perangkaan Malaysia telah membuat kajian penduduk Sarawak meliputi:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Dayak
Melayu
Melanau
Cina
India
Di Sabah pula tidak terdapat kelompok yang terbesar daripada segi saiz penduduknya.

Kebanyakan Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan peribumi lain di mana penduduk luar bandardan
persisiran manakala etnik Cina menduduki bandar-bandar utama. Aspek demografi mempunyai
pengaruh terhadap demografi politik dan proses politik negara.
Misalnya jumlah pengundi di kawasan tertentu dan jumlah penduduk yang menganggotai
sesuatu parti politik. Dominasi etnik Melayu dalam politik negara jelas dapat dilihat daripada
Dewan Rakyat yang kini mempunyai lebih daripada 219 wakil/kerusi dimana Melayu dan
Bumiputera lebih mendominasi Dewan Rakyat tersebut. Dalam perjalanan sejarah pembentukan
negara bangsa Malaysia, amalan kerjasama politik dan perkongsian kuasa sudah lama diamalkan
dan masih diteruskan sehingga kini.

5.1

KE ARAH PENGUKUHAN PERPADUAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN

NEGARA

5.1.1. RUKUN NEGARA


Sebelum meletusnya peristiwa 13 Mei 1969, pihak kerajaan hanya memberikan
tumpuan pada usaha-usaha untuk pembangunan negara dari segi fizikal sehingga tidak

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

21

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

menyedari kekurangan yang masih wujud dalam kalangan masyarakat dan setiap kaum masih
lagi hidup terpisah antara satu sama lain tanpa adanya satu ideologi kebangsaan yang boleh
menyatupadukan mereka.
Selepas peristiwa 13 Mei tersebut terjadi, kerajaan telah mula berusaha ke arah merangka
dasar-dasar pembangunan dan pendekatan yang boleh menghapuskan jurang perbezaan antara
kaum bagi meingkatkan perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia. Dalam usaha untuk
membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai ikatan perpaduan yang kuat di samping
membangkitkan semangat cintakan tanah air, ideologi negara yang di kenali sebagai rukun
negara telah diperkenalkan.
Draf rukun negara telah di bincangkan dan dibuat pindaan beberapa kali oleh Majlis
Perundangan Negara, sebelum diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara dan kemudiannya
diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 semasa ideologi nasional Malaysia telah menggariskan lima
prinsip utama, iaitu:
1)
2)
3)
4)
5)

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Keluhuran perlembagaan.
Kedaulatan undang-undang.
Kesopanan dan kesusilaan.
Rukun negara telah menjadi rujukan dan garis panduan yang penting bagi sebarang dasar

dan keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan. Pihak kerajaan telah menggunakan rukun
negara sebagai instrument bagi mengatasi garis pemisah antara etnik dalam membentuk dan
membimbing masyarakat Malaysia kea rah menujudkan perpaduan berdasarkan hak, peranan,
dan tanggungjawab yang digariskan dalam rukun negara yang perlu dihormati oleh setiap rakyat.
Di Sabah pula kerajaan campuran telah disertai oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),
Parti Demokratik Sabah dan Parti Kemajuan Sabah (SAPP) selepas tahun 1970. Gabungan

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

22

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

Perikatan dengan parti-parti pembangkang tersebut telah meluaskan perkongsian politik hingga
melibatkan 12 parti politik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Barisan
Nasional (BN) dan telah didaftarkan pada 1 Jun 1974.

5.1.2

OBJEKTIF PENUBUHAN BARISAN NASIONAL ADALAH:

1. Memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu
2. Berusaha untuk mencapai pembangunan jasmani dan rohani serta mengekalkan Islam
sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan
aman dan tenteram.
3. Berusaha untuk mewujudkan satu masyarakat yang adil dan saksama.
4. Berusaha untuk mengeratkan lagi perhubungan dalam kalangan parti anggota.

5.1.3. PAKATAN RAKYAT


Pakatan rakyat telah terbentuk pada 1 April 2008 setelah melihat hasil perjuangan mereka
dan sokongan rakyat kepadanya. Pakatan politik ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mencapai
persetujuan bekerjasama sebagai Barisan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun
2008. Setiap komponen parti yang pada mulanya mempunya ideologi perjuang tersendiri namun
akhirnya telah berjaya mencapai pakatan bagi memperjuangkan dan mempertahankan
kepentingan semua kumpulan etnik di Malaysia.
Bagaimanapun part-parti tersebut telah bersetuju mencapai kerjasama politik bagi
menetang Barisan Nasional dalam Plihan RayaUmum ke-12. Pakatan parti-parti tersebut telah
berjaya memenangi sokongan rakyat berbilang kaum sekaligus mengakibatkan BN hilang
majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya2 008. Ideologi Pakatan Rakyat ialah:
1.

Keadilan social.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

23

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

2.
3.
4.

6.0

Kemajuan.
Demokrasi social.
Kebajikan awam.

SARANAN KE ARAH PEMANTAPAN POLITIK ANTARA ETNIK


Kepelbagaian penubuhan parti politik dalam bilangan etnik yang bukan sedikit

dimalaysia, memungkingkan bermacam bentuk anasir negatif meresap secara halus lalu
meruntuhkan integriti antara etnik. Lantas, jaminan kemerdekaan yang selama ini dipertaruhkan
akan tergadai dalam sekelip mata. Justeru, pelbagai pihak perlulah berganding bahu bagi
memastikan tiada satu pun anasir ini berjaya menembusi benteng permuafakatan yang telah
terbina sejak sekian lama.
Jika hal ini tidak dibendung sedari awal lagi, tidak mustahil peristiwa 13 Mei 1969 akan
berulang dan mencipta sejarah yang lebih buruk. Berikut merupakan beberapa saranan yang
boleh dipraktikkan oleh semua pihak bagi memastikan kelangsungan objektif ini dan
memantapkan lagi kesepaduan antara kaum serta mewujudkan budaya politik yang lebih sihat
dalam kalangan masyarakat:1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam berpolitik.
2. Mengukuhkan politik sosialisasi dalam kalangan rakyak- melahirkan pemikiran politik
3.
4.
5.
6.

matang.
Memperbetulkan objektif penubuhan parti politik.
Tidak terlalu taksub dgn parti2 politik yg disokong.
Mengaplikasikan kaedah konsesus (persetujuan) sepenuhnya.
Mewujudkan lebih byk pelan-pelan integrity.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

24

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

7.0

KESIMPULAN
Seperti yang diperjelaskan sebelum ini, perkembang politik dalam negara perlu dipantau

dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan unsur-unsur negatif berjaya menembusi benteng


permuafakatan antara etnik. Justeru, isu politik tidak boleh dipandang remeh dan tenteng kerana
secara holistiknya, isu-isu politik yg telah dibangkitkan sebelum ini begitu berkait rapat dengan
isu-isu teras yang lain bermula daripada isu pendidikan sehingga mencakupi isu-isu kenegaraan
yang penting seperti ekonomi dan undang-undang.
Oleh itu, tindakan-tindakan yang lebih dinamik dan berkesan perlu dijana bagi
menambahbaikkan sistem politik antara etnik lantas mengukuhkah lagi integriti antara kaum
sebagaimana pepatah melayu ada menyebut, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Dalam erti kata yang lebih mudah, perbezaan fahaman politik dalam kalangan setiap etnik tidak
menjadi isu yang besar sekiranya setiap komponen dalam organisasi bangsa Malaysia yg
majmuk ini sendiri saling bertoleransi dan bekerjasama untuk memelihara kemerdekaan Negara
serta tidak menyalahgunaan kebebasan yang ada pada kita.

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

25

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

8.0

RUJUKAN

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

26

You might also like