You are on page 1of 4

ANALISIS TAHAP KEPUASAN PERKHIDMATAN KOMUTER KTM : KAJIAN

KES PALAJAR-PALAJAR UKM

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun dalam pelbagai sektor
bagi mencapai taraf sebuah negara maju di mata dunia. Pelbagai perancangan telah dibuat
bagi merealisasikan hasrat ini. Seiring dengan ini, Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9)
membuktikan usaha-usaha pembangunan negara dalam sektor0sektor yang menjana ekonomi
negara sehinggLh kepada menaikkan taraf mutu perkhidmatan dan kemudahan untuk
kegunaan rakyat seprti pengangkutan awam.

Pengangkutan merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan sama ada persendirian atau
awam. Ia mampu member kesempurnaan dan peningkatan kapada kualiti hidup seharian.
Pengangkutan awam merupakan salah satu daripada alternative dalam pemilikan kenderaan
sendiri. Selain membantu mengurangkan masalah kesesakan jalan raya, mengurangkan kos
sara hidup dalam membayar pinjaman kenderaan dan kenaikan harga minyak, ia mampu
menyelamatkan alam sekitar dengan penjimatan tenaga dan pengurangan kepada
kepenggunaan bahan api.

Sembutan masyarakat kepada penggangkutan awam amat menggalakkan di sesetengah


tempat. Hari ini, negara kita telah memiliki pelbagai jenis penggangkutan awan yang boleh
menjadi pilihan bagi sesetengah pengguna di Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Di
antaranta adalah bas, teksi, monorail, komuter KTM, LRT, kapal terbang dan feri.

Rangkaian sepanjang 153km melalui 42 buah stesen dan dibahagi kepada dua aliran iaitu
aliran Sentul-Pelabuhan Klang dan aliran Rawang-Seremban. Pertukaran antara kedua-dua
aliran tersebut boleh dilakukan di stesen sentral Kuala Lumpur. Komuter KTM dipuji kerana
kebolehsampaian ke pusat membeli-belah dan pusat rekreasi. Pada tahun 2004, stesen Mid
Valley popular kerana dibina berdekatan dengan Mid Valley Megamall. Stesen Subang Jaya
pula berdekatan dengan Subang Parade dan cawangan Carrefour di Bandar tersebut.

Penumpang yang hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mempunyai


pilihan untuk menaiki komuter KTM ke stesen Nilai dan seterusnya mengambil bas
pengantara ke lapangan terbang. Tiket komuter boleh dibeli dikaunter atau mesin menjual
tiket yang disediakan di semua stesen.

Secara kasarnya, perjalanan komuter KTM merangkumi kebanyakan tempat di Rawang,


Seremban dan Port Klang. Di samping itu, komuter KTM juga berkerjasama dengan Star-
LRT dan Putra-LRT bagi memperluaskan perjalanannya. Komuter KTM menjadi sisterm
penggangkutan darat kedua penting selepas jalan raya. Dengan adanya komuter, pengguna
komuter dapat sampai ke destinasi mereka tanpa mengalami sebarang masalah kesesakan
jalan raya. Selain itu, ia juga memberikan tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding
dengan pengangkutan awam lain.
Secara umumnya, komuter KTM boleh membawa 150000 orang penumpang sehari merentasi
40 stesen dan mencapai kelajuan sebanyak 120km/j. Komuter KTM melakukan sebanyak 213
perjalanan sehari dari hari isnin ke jumaat, 218 perjalanan pada hari Sabtu dan sebanyak 177
perjalanan pada hari Ahad dan cuti umum. Oleh itu, perkhidmatan komuter KTM merupakan
satu pilihan yang baik bagi orang ramai untuk bergerak dari satu tempat kesatu tempat yang
lain. Namun kelajuan kereta api antarabandar yang rendah di laluan sempit sering
menyebabkan pengangkutan komuter KTM kurang berdaya saing berbanding jenis
pengangkutan lain.

PERMASALAHAN KAJIAN

Di dapati bahawa pengangkutan awam memainkan peranan yang penting di Bandar. Ini
adalah kerana Bandar merupakan pusat tumpuan di mana semua aktiviti ekonomi dijalankan.
Mobility penduduk di Bandar pula bergantung kepada pengangkutan awam. Ini kerana bukan
semua penduduk mampu membeli kereta persendirain kerana harga kereta yang mahal.
Dengan adanya sisterm pengangkutan awam yang sempurna, ia dapat memudahkan moboliti
penduduk di samping dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk Bandar
disebabkan oleh perkembangan ekonomi Bandar.

Di UKM, pengangkutan awam yang kerap digunakan oleh pelajar UKM adalah komuter
KTM. Walaupun bilangan pelajar UKM yang menggunakan perkhidmatan komuter KTM
semakin bertambah tetapi pandangan dan tahap kepuasan pelajar UKM terhadap
perkhidmatan komuter adalah semakin merosot.

Oleh sebab permintaan terhadap perkhidmatan komutert KTM yang tinggi menyebabkan
muncullah pelbagai masalah bagi perkhidmatan komuter KTM. Masalah utama yang perlu
diselesaikan ialah pengambilan penumpang yang berlebihan, cara beratur penumpang dan
perkhidmatan yang ditawarkan. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah tidak bersistematik
dan gerabak yang sedia ada tidak mencukupi. Seterusnya penumpang tidak beratur dan saling
tolak-menolak untuk memasuki tren. Wanita yang mendukung kanak-kanak dan orang tua
ditolak ke tepi. Selain itu, tren adalah amat sesak sehingga sesetengah penumpang perlu
menunggu 3 tren berlalu tetapi masih tidak dapat masuk tren pada masa sibuk.

Malasah seterusnya yang hendak dikenalpasti adalah ketidaktepatan jadual masa ketibaan
komuter KTM. Lazimnya, masa ketibaan komuter KTM yang dipaparkan di papa tanda
selalunya adalah tidak tepat. Keadaan ini telah merungsingkan para penumpang sejak dulu
lagi. Ini kerana ketidaktepatan masa ketibaan komuter KTM telah membazirkan masa para
penumpang dan juga menyebabkan para penumpang sering lewat tiba di destinasi mereka.
Selain itu, kelewatan komuter KTM akan menjejaskan kepercayaan para pengguna terhadap
perkhidmatan dan mempengaruhi reputasi komuter KTM.
Sementara itu, tambang perjalanan komuter KTM yang sedia ada semakin meningkat.
Tampabg yang mahal ini akan membebankan pengguna yang memilih komuter KTM sebaga
cara utama pengangkutan mereka. Ini memberi kesan yang ketara kepada pengguna
terutamanya kepada golongan-golongan pengguna yang belum bekerja khususnya golongan
pelajar yang masih belum berpendapatan.

Di samping itu, pengangkutan sampingan seperti bas atai teksi yang ditawarkan untuk sampai
ke stesen komuter KTM juga merupakan satu masalah kepada para pelajar UKM. Hal ini
kerana ketidaktepatan waktu pengangkutan sampingan terutamanya bas UKM atau bas Rapid
akan menangguhkan masa yang diambil untuk sampai ke destinasi. Manakala bagi teksi pula,
pengenaan tambang yang tidak meunasabah juga akan mempengaruhi pelajar UKM kurang
menggunakan perkhidmatan komuter KTM. Pelajar UKM rela dan sanggup meminjam kereta
daripada kawan atau menyewa kereta berbanding dengan menaiki pengangkutan awan dan
juga perkhidmatan komuter KTM. Ini kerana kos tambang yang lebih murah selepas
dibahagikan kosnya dengan kawan yang berkongsi harga minyak dan harga tol. Mereka juga
boleh pergi ke tempat lain sesuka hati di mana tren tidak boleh sampai.

Tahap kebersihan di steren dan juga gerabak komuter KTM adalah tidak memuaskan jika
dibandingkan dengan transit aliran ringan yang lain seperti Star-LRT, Putra-LRT dan
Monorail. Biasanya kita boleh melihat kebanyakan sampah dibuang di merata tempat di
sekitar stesen komuter KTM.

Ini telah menimbulkan kesyakian dan persoalan terhadap kerja-kerja pembersihan yang
diuruskan oleh pihak komuter KTM.

Tempat duduk menunggu komuter KTM juga agak terhad. Ini menyebabkan sebahagian
pengguna terpaksa berdiri sambil menunggu ketibaan komuter KTM dan keadaan ini amat
ketara terutamanya pada hujung minggu dan musim perayaan. Bilangan pengguna pada masa
ini adalah jauh lebih ramai berbanding dengan hari lain. System penghawa dingin yang baik
di dalam stesen dan juga gerabak amat penting. Hal ini kerana kepanasan akan menyebabkan
seseorang pengguna itu kehilangan kesabaran dan boleh menyebabkan pengsan. Di samping
itu, sekiranya system penghawa dingin adalah kurang baik, ia akan menyebabkan kesusahan
pernafasan seterusnya menyebabkan pengguna pengsan. Tambahan pula, lamdasan kereta api
yang digunakan sekarang telah lusuh dan membahayakan keselamatan pengguna.
OBJEKTIF KAJIAN

Terbahagi kepada 2 kategori iaitu objektif umum dan objektif khusus.

1. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar UKM menggunakan


perkhidmatan KTM.
2. Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar UKM terhadap perkhidmatan komuter KTM.
3. Mengenalpasti masalah dan kelemahan yang wujud pada perkhidmatan komuter
KTM.
4. Mengemukakan cadangan yang sesuai untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu
perkhidmatan komuter KTM.

KAEDAH KAJIAN

Menggunakan boring soal selidik yang diagihkan kepada para pelajar UKM. Memilih
sebilangan jumlah responden secara rawak (dalam kalangan pelajar UKM). Soal selidik yang
dibentuk berdasarkan objektif kajian dan soal selidik yang lengkap diisi dikumpulkan untuk
membuat analisis.

SKOP KAJIAN

Sample yang diambil adalah terdiri daripada palajar UKM perempuan dan lelaki dari pelbagai
bangsa.

You might also like