You are on page 1of 33

E-DAGANG

Pengurusan Perniagaan, KMPP 2


Perdagangan elektronik - saluran perniagaan baru
Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang
atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic
Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan
dan jual beli yang banyak menggunakan
kemudahan teknologi maklumat terutama
telekomunikasi canggih sehingga dapat
melindungi dan memuaskan pengguna-
penggunanya.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 3
Pengguna-pengguna terdiri daripada
penjual, pembeli dan pihak-pihak yang
ketiga seperti bank, syarikat kewangan,
syarikat kad kredit, pengeluar sijil
pengesahan digital dan lain-lain lagi

Pengurusan Perniagaan, KMPP 4
E-dagang bolehlah didefinisikan sebagai
satu bentuk sistem pembayaran yang mana
proses serta komunikasi yang berlaku di
antara kedua belah pihak (penjual dan
pembeli) memberi kesan dari sudut
ekonomi dan memberi kesan kepada
pengeluaran, pengedaran atau apa-apa
perkara yang berkaitan dengan ekonomi
berlandaskan kepada elektronik (Kent W.
Colton & Kenneth L. Kraemer. 1980:8).
Pengurusan Perniagaan, KMPP 5
Kebelakangan ini, ianya banyak
menggunakan Internet khususnya Web
untuk mengadakan satu rangkaian yang
menyatukan pelanggan, penjual dan
pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran
elektronik yang selamat untuk semua pihak
dan boleh dipercayai.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 6
Pra syarat terpenting untuk menjalankan
perniagaan dalam suasana yang
menggunakan teknologi E-Dagang ini :
Pemilikan kelengkapan IT yang sesuai
Prasarana telekomunikasi yang
membolehkan mengkases Internet.
Cth: sebuah komputer, modem dan talian
telefon /broadband
Pengurusan Perniagaan, KMPP 7
Penggunaan E-dagang dijangka akan
melonjak naik dari setahun demi setahun
sesuai dengan meningkatan penerimaan IT
di kalangan masyarakat, walau
bagaimanapun di antara yang
membelenggu penerimaan e-dagang
secara lebih meluas di kalangan khalayak
ramai ialah persepsi bahawa e-dagang
masih tidak boleh dipercayai dari segi
keselamatan dan kepercayaannya
berbanding dengan cara-cara tradisional
perdagangan.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 8
Integrasi perniagaan
E-dagang semakin meluas digunakan di
kalangan masyarakat Internet terutama di
negara-negara barat mulai pada
pertengahan tahun 1990an. Malah e-
dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-
syarikat antarabangsa dan pakar-pakar
pemasaran sebagai satu sektor perniagaan
dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan
lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk
apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi
ke peringkat antarabangsa.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 9
Salah satu kebaikan dan keuntungan
daripada menggunakan kaedah e-dagang
ini ialah perangkaian dan integrasi di antara
semua syarikat-syarikat yang berhubung
baik sebagai pembeli, penjual ataupun
penyedia perkhidmatan yang berkenaan.
Dengan cara ini pertukaran maklumat dan
transaksi perniagaan dapat dijalankan
dalam sekelip mata yang dahulunya
mungkin dibelenggu oleh karenah
mengisian borang-borang kertas dan
birokrasi.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 10
Secara idealnya semua ini dapat dijalankan dengan efisyen
oleh semua pihak yang terlibat dalam rangkaian e-dagang
itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian
(incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan
telekomunikasi yang tidak serupa. Ini telah ditawarkan oleh
teknologi Internet yang menggunakan protokol
telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP yang telah diterima
pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan sebarang
pelantar (platform) komputer dapat saling berhubung dan
bertukar maklumat dengan mudah. Pengguna Web juga
dapat berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah
dengan hanya menggunakan sebuah perisian pelayar Web
(Web browser) seperti Netscape Navigator, Internet Explorer
dan lain-lain lagi.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 11
Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu
juga dapat membantu mengintegrasikan semua
bahagian dalaman syarikat tersebut dengan
sesebuah transaksi perniagaan itu untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada
pelanggan. Sebagai contohnya apabila pelanggan
membuat tempahan pembelian menerusi e-
dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta
merta dihantar kepada beberapa bahagian
dalaman yang berkenaan seperti bahagian
penjualan, bahagian logistik dan bahagian
pembuatan. Dengan ini pengkoordinasian
dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan
menjadi lebih efisyen.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 12
E-dagang sebenarnya terdiri daripada
beberapa komponen yang mempunyai ciri-
ciri dan fungsinya yang tersendiri sebagai
contohnya Pertukaran Data Elektronik atau
Electronic Data Interchange (EDI), Internet,
pensijilan digital, tandatangan digital, wang
digital, Electronic Funds Transfer , Electronic
Catalogs, Intranets, Kod Bar dan lain-lain
lagi.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 13
Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di
antara perniagaan dengan pengguna pula
melibatkan transaksi di antara penjual akhir
sesuatu produk itu misalnya sebuah
pasaraya yang menjual produk-produk
kepada pengguna terakhir ialah orang
ramai yang memesan satu atau dua botol
kicap melalui e-dagang.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 14
Jenis-jenis E-dagang
E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis
utama iaitu:
1- Perniagaan dan perniagaan
2. Perniagaan dan pengguna.
Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara
perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi
di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat
di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat
pembekal kepada satu pihak yang lain. Sebagai
contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi
dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan,
menghantar dan membayar pesanan botol-botol
kicap.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 15
Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui
e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara
perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling
banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah
syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara
perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding
dengan di antara perniagaan dengan pengguna
akhir. Walau bagaimanapun perkara ini mungkin
berubah apabila lebih ramai pengguna akhir
menggunakan e-dagang untuk membeli barangan
seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta
dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah
mesyarakat itu.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 16
Saiz E-dagang
Menurut sebuah kajian oleh sebuah syarikat
penyelidikan IntelliQuest's Worldwide
Internet/Online Tracking Service hanya 12 peratus
pengguna Internet menggunakan E-dagang. Ini
merupakan satu peratusan yang akan
mengecewakan dan merupakan satu potensi yang
besar untuk diperkembangkan lagi pada masa
depan. Malah menurut sebuah lagi kajian oleh
Computer Intelligence hanya dua peratus daripada
4.8 juta perniagaan yang berkomputer seluruh
dunia menggunakan E-dagang untuk menjalankan
kesemua atau sebahagian daripada transaksi
perniagaannya.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 17
Menurut perangkaan terkini saiz pengguna
Internet akan meningkat kepada lebih 200
juta pengguna untuk akses melalui
sambungan dail terus dan seramai 17.5 juta
lagi yang menggunakan sambungan tetap
seperti talian suwa (leased line) dan
daripada itu dianggarkan seramai 35 juta
pengguna akan membuat pembelian
melalui Internet
Pengurusan Perniagaan, KMPP 18
Dua syarikat penyelidik iaitu Forrester Research dan
Cowles/Simba pula telah melakukan penyelidikan
mengenai profil pengguna yang melakukan e-
dagang menerusi Internet. Kajian ini mendapati
bahawa pembeli kebanyakannya terdiri daripada
kaum lelaki yang mempunyai jumlah pendapatan
setahun sebanyak RM50,000 dan berusia lebih
daripada 30 tahun. Hasil kajian yang sama juga
menjangka bahawa urusniaga pembelian menerusi
e-dagang akan meningkat lebih kurang 10 peratus
setiap tahun bermula daripada nilai AS$800 juta
pada tahun 1997 kepada AS$8 bilion menjelang
tahun 1999.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 19
Dengan kesedaran yang semakin meninggi
tentang E-dagang maka dijangkakan pada
tahun 2001 jumlah ini akan melonjak
kepada lebih AS$546 bilion yang akan
diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini
dijangkakan akan terus meningkat. Media
yang akan mempopularkan E-dagang
adalah seperti menerusi Internet dan juga
menerusi kaedah elektronik yang lain
seperti TV interaktif dan telefon berskrin.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 20
Pada tahun 1998, jualan produk komputer
merupakan produk yang paling laris dijual
dengan menggunakan e-dagang sehingga
mencecah AS$196.2 juta, ini diikuti oleh
produk pengguna (AS$186 juta), majalah
dan buku (AS$38.3 juta) dan produk hiburan
dan muzik (AS$ 35 juta).
Pengurusan Perniagaan, KMPP 21
Skop E-dagang
Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam
bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan,
bidang professional, peruncitan dan pelancongan.
Keenam-enam bidang ini telah menyumbang
kepada pertumbuhan E-dagang yang
memberangsangkan. Dalam tahun 1998 sahaja
jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet
telah mencecah sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah
aset yang berjaya diurusniagakan oleh broker
dalam talian adalah AS$420 bilion. Dalam bidang
pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh telah
meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun
1997 kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan jumlah
ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta
penuntut menjelang tahun.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 22
Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan,
penggunaan teleperubatan telah meningkat sejumlah 300
peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah
menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998.
Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan
dalam pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93
juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat
kepada AS$326 juta pada tahun 1999. Pada tahun 1997
hanya AS$100 juta diperolehi daripada penempahan tiket
melalui Internet tetapi angka ini dijangka akan meningkat
kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002. Dalam masa yang
sama pengguna yang menggunakan Internet untuk
merancang perjalanan mereka akan meningkat daripada 3.1
juta kepada 11.7 juta pengguna.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 23
Jaminan pengguna
Para pengguna kad kredit seperti VISA dan
Mastercard tidak akan menghadapi sebarang
masalah apabila mereka menggunakan kad kredit
mereka untuk membeli-belah menerusi Internet.
Dengan kehadiran teknologi enkripsi data seperti
Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic
Transaction (SET) maka pengguna akan lebih
terlindung untuk melakukan pembelian menerusi
Internet. Satu alternatif lain pula ialah dengan
mengunakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti
Net.Trader, Cybercash dan DigiCash yang
membolehkan menghantaran wang menerusi
talian tanpa menggunakan sebarang nombor kad
kredit.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 24
Lain-lain teknologi yang mennyokong dan
menambahkan keselamatan transaksi e-
dagang termasuklah sistem kriptografi PKI
atau Public Key Infrastructure dan sijil digital.
PKI dan sijil digital bertindak seperti kad
pengenalan yang akan mengesahkan
identiti sebenar pengguna dan penjual
dalam setiap transaksi e-dagang dan ini
meningkatkan kebolehpercayaan transaksi
tersebut.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 25
Kebaikan E-dagang
Membolehkan penjual produk memperdagangkan
produk mereka secara
cepat/mudah serta menembusi pasaran global
Internet berupaya mencapai khalayak pengguna
yang jauh lebih besar (>60 juta) dalam masa yang
singkat .Contohnya, e-dagang berjaya
dilaksanakan di Amerika Syarikat dan Eropah bagi
jualan buku (Amazon.com) dan jualan computer
Dell
Penjual mempunyai keuntungan yang lebih
optimum
Pasaran yang lebih luas (>60 juta)
Pengurusan Perniagaan, KMPP 26
Menghapuskan golongan pertengahan dalam
dunia perniagaan. Menurut Don Tapscott dalam
bukunya The Digital Economy, internet dan
ekonomi digital akan mematikan orang
pertengahan/agen dalam urus niaga barang dan
perkhidmatan
Kos pembelian dapat diminimum
Kos pembelian dapat diminimumkan
Pembeli boleh terus membeli daripada
penjual/pengeluar tanpa perlu membayar kos
komisen kepada agen
Laman web menghubungkan pembeli terus
kepada sumber produk atau perkhidmatan
Pengurusan Perniagaan, KMPP 27
Masalah
Soal keselamatan pengguna harus diambil kira
Masalah kejadian penipuan dalam arus niaga
internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
Sejauh manakah aktiviti memberi nombor kad
kredit bagi membeli sesuatu itu selamat?
Masalah kawalan undang-undang yang cukup
atau lengkap
Pengguna dan penjual masih samar tentang idea
e-dagang berfungsi
Pengurusan Perniagaan, KMPP 28
Soal saiz perniagaan dan penggunaan pendekatan
e-dagang
Masyarakat kampung dan golongan yang berusia
40 tahun ke atas tidak memahami internet dan e-
dagang
Masalah kemudahan penggunaan komputer dan
internet
Tidak semua peniaga (besar/kecil) dapat
menyediakan laman web bagi menceburi
pendekatan e-dagang
Tidak semua anggota masyarakat celik komputer
Pengurusan Perniagaan, KMPP 29
Apakah perkhidmatan pelanggan?
Perkhidmatan pelanggan sebenarnya
merangkumi tindakan-tindakan dalam skop
yang lebih luas yang perlu dipastikan
perlaksanaannya oleh peniaga.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 30
Kebolehan organisasi dalam penyampaian
produknya kepada pelanggan.
Kebanyakan organisasi formal mempunyai
Piagam Pelanggan masing-masing, yang
menjanjikan komitmen dari aspek kualiti
perkhidmatan bagi skop produk yang
ditawarkan.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 31
Perkhidmatan pelanggan merupakan
keupayaan dan komitmen peniaga dalam
menyempurnakan penyampaian produk
dengan memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggannya melebihi
daripada tahap yang mereka harapkan,
serta ianya diadakan secara berterusan
dan konsisten.
Pengurusan Perniagaan, KMPP 32
Peniaga sentiasa menawarkan nilai produk
serta perkhidmatan jualan yang melebihi
daripada harapan pelanggan.

Untuk mengekalkan hubungan dengan
pelanggan ialah dengan memberikan
keistimewaan kepada mereka.
Pengurusan Perniagaan, KMPP
SOALAN PERBINCANGAN
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN E-DAGANG.

33

You might also like