You are on page 1of 10

ISU SEMASA PEMASARAN

UMMI UMAIRAH DZULKARNAIN


D1720157
DIPLOMA PEMASARAN
SEMESTER 5

BAB 2

SOALAN PERBINCANGAN

1) Kenapakah usahawan perlu mengenal pasti pengaruh persekitaran luaran dan


dalaman kepada sebuah perniagaan?

PERSEKITARAN LUARAN

• Persekitaran luaran terdiri daripada persekitaran makro dan persekitaran mikro.


• Persekitaran makro ialah persekitaran yang mempengaruhi aktiviti perniagaan
secara tidak langsung.
• Persekitaran mikro pula merupakan unsur-unsur yang berada di luar organisasi
perniagaan yang dapat mempengaruhi aktiviti perniagaan secara langsung.

PERSEKITARAN MAKRO

• Faktor luaran yang tidak dapat dikawal tetapi dapat mempengaruhi pembuatan
keputusan, prestasi dan strategi sesebuah organisasi. (PEST)
Faktor Ekonomi
• Keadaan ekonomi yang baik dan stabil menjamin perkembangan ekonomi ,jika ekonomi
sesebuah negara meleset maka negara akan berada di dalam keadaan yang tidak stabil.
• usahawan perlu menganalisis dengan mengimbas, mengawasi, meramal dan menilai
keadaan ekonomi.
Politik Dan Perundangan
• Undang-undang, polisi dan peraturan adalah berbeza mengikut negara.
• Perlu patuh dan setia kepada polisi, perundangan dan pengawalan di mana
perniagaan itu beroperasi.
• usahawan perlu sentiasa peka kepada polisi, peraturan dan perundangan antarabangsa
jika ingin menjalankan perniagaan di luar negara.

Faktor Sosio-budaya
• Melibatkan aspek seperti demografi, gaya hidup masyarakat, perubahan nilai sosial dan
juga budaya.
• Perubahan dalam kependudukan terjadi apabila berlaku perubahan penduduk, kumpulan etnik
dan struktur penduduk berkaitan umur, jantina, lokasi geografi dan pengagihan penduduk.
• Faktor ini menyumbangkan kepada desakan pengguna dan kuasa jual beli.
• Contohnya, pertambahan bilangan kanak-kanak
Faktor teknologi
• Teknologi merangkumi kesenian industri, aplikasi sains, kejuruteraan, rekaan sains,
proses dan juga kaedah.
• Ciptaan baru boleh mewujudkan pasaran
• dan peluang baru kepada usahawan.
• Contohnya, teknologi internet
• Mempengaruhi aktiviti keusahawanan secara langsung dari luar organisasi
perniagaan.
Pelanggan
• Pelanggan yang berpuas hati dengan sesuatu produk merupakan sumber yang terbaik
bagi menarik pelanggan-pelanggan yang baru bagi sesebuah perniagaan
• Terdiri daripada individu seperti suri rumah, pekerja, pelajar atau pun pembeli industri
seperti pemborong, peruncit dan agen.
• Pengguna ialah raja dalam sistem pasaran.
Pembekal
• membekalkan input kepada sesebuah perniagaan untuk tujuan pemprosesan dan
seterusnya bagi mengeluarkan output untuk dipasarkan kepada pihak pengguna.
• Kegagalan mewujudkan kepercayaan dengan pihak pembekal akan menjejaskan proses
pengeluaran sarna ada dari segi kualiti atau masa sesuatu produk itu dipasarkan

PERSEKITARAN MIKRO
Pihak Kerajaan Dan Agensi-agensi Yang Terlibat
• Pihak kerajaan boleh mempengaruhi sesebuah perniagaan melalui dasar-dasar yang
diwujudkan.
• Contohnya, Dasar Penswastaan (1983) untuk mengurangkan beban kewangan pihak
kerajaan
• Segala peraturan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan perlulah diikuti dan dipatuhi oleh
usahawan.
Pihak Institusi Kewangan
• sumber untuk modal luaran bagi memulakan perniagaan baru atau mengembangkan
perniagaan yang sedia ada.
• Kegagalan bagi mendapatkan pinjaman
kewangan akan menjejaskan perkembangan
sesebuah perniagaan.

Pesaing

• Terdiri daripada individu perseorangan, pasukan atau pun syarikat yang bersaing di dalam
persekitaran sesebuah perniagaan.
• Kekuatan dan kelemahan pesaing perlu dianalisis untuk membangunkan strategik.
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
• Pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak
mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan.
• pihak ini mungkin akan menggalakkan atau menjejaskan penjualan produk di pasaran. •
FOMCA juga merupakan contoh pertubuhan bukan kerajaan yang memberi
perlindungan kepada pihak pengguna.

PERSEKITARAN DALAMAN

• Persekitaran dalaman sesebuah organisasi termasuklah pekerja, pengurusan dan


budaya korporat yang mencerminkan gelagat pekerja.
Struktur
• Struktur organisasi yang rasmi adalah susunan secara hirarki tentang manusia dan tugas
yang dijalankan.
• Dikenali sebagai rantaian perintah (chain of command).
• Semakin besar dan kompleks sesebuah organisasi,
maka hirarkinya adalah lebih tinggi.
Budaya
• Budaya korporat boleh ditakrifkan sebagai suatu bentuk amalan, perlakuan dan tindakan yang
bertujuan untuk menerbitkan perasaan dan sentimen tertentu di dalam organisasi.
• sesebuah organisasi mewujudkan budaya yang positif di dalam organisasi mereka kerana
ianya dapat menghasilkan persekitaran kerja yang sihat dan baik.

Sumber
• aset penting yang diperlukan bagi memastikan pengeluaran produk dapat dijalankan. •
Antaranya ialah sumber kewangan, sumber fizikal, sumber manusia, sumber
teknologi, sumber reputasi, dan sumber organisasi.
1. Sumber kewangan
• aset wang dan sumber-sumber pembiayaan lain.
• keupayaan pinjaman firma, kemampuan untuk memperoleh ekuiti baru dan lain-
lain lagi.
• menilai syarikat seperti nisbah hutang kepada ekuiti, pengkadaran kredit luaran dan
pulangan atas pelaburan (ROI) hasilan dana dalaman syarikat
2. Sumber fizikal
• harta ketara yang firma gunakan dalam pengeluaran dan pentadbiran perniagaan. - loji
dan peralatan firma
• aset tak ketara seperti tanda perniagaan, hak cipta, pelesenan, paten dan sebagainya

3. Sumber manusia
• usahawan itu sendiri dan juga pekerja-pekerjanya yang merupakan pasukan pekerja
bertindak sebagai penggerak perniagaan.
• Pengetahuan, pengalaman dan latihan sangat bernilai dan menjadi sumber kekuatan. •
usahawan perlu bekerja kuat, jujur, berwawasan, bersemangat, tidak mudah putus
asa, menepati janji dan mempunyai sifat positif.
• penyediaan insentif seperti bonus, insurans, cuti bergaji dan sebagainya perlu diambil kira
4. Sumber teknologi
• proses, sistem atau transformasi fizikal yang melibatkan makmal, kemudahan
penyelidikan dan pembangunan, teknologi ujian dan awalan kualiti.
• Sumber teknologi mungkin tidak dapat bertahan lama jika tiadanya kreativiti dan
inovasi.

5. Sumber reputasi
• persepsi pihak di persekitaran luaran terhadap syarikat.
• Reputasi bukan hanya wujud sebagai kesetiaan pelanggan terhadap jenama produk
syarikat, tetapi boleh wujud pada peringkat korporat sebagai imej syarikat.
6. Sumber organisasi
 Termasuklah struktur firma, sistem yang dilaksanakan, dan rutin harian syarikat.
 Ini merangkumi sistem pelaporan formal syarikat, sistem membuat keputusan dan
sistem maklumat, dan perancangan formal dan tidak formal.

JARINGAN KERJA KEUSAHAWANAN


• Semua hubungan yang dibentuk atau wujud dan dikekalkan oleh seseorang usahawan
dengan manusia di sekelilingnya untuk faedah bersama
• Keluarga, rakan, pembekal, kerajaan dan sebagainya akan memberi sokongan dari segi
sumber modal, maklumat, tenaga kerja, sokongan, dan peluang kepada usahawan.
Konsep Jaringan Usahawan
• Hubungan ini antara lain adalah penting bagi membantu penubuhan perniagaan
usahawan dan seterusnya perkembangan perniagaan mereka.
• semua hubungan yang dibentuk (wujud) dan dibekalkan oleh seseorang usahawan
dengan manusia disekelilingnya.
• usahawan harus memiliki kemahiran "know-who" bagi memajukan perniagaan mereka
disebabkan oleh sumber manusia di luar perniagaan boleh menawarkan pelbagai bentuk
bantuan dan sokongan.

Faedah Jaringan Keusahawanan


• saiz jaringan yang besar, usahawan mendapat sumber-sumber dan mengintai
peluang-peluang yang diperlukan oleh perniagaan mereka.
• membina reputasi dan kredibiliti diri dan perniagaan dan seterusnya dapat memberi
kelebihan persaingan.
• Jaringan usahawan seperti keluarga, rakan, pembekal, kerajaan dan lain-lain akan memberi
sokongan dari segi sumber, maklumat, sokongan dan peluang kepada usahawanan.
• Agensi kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan
usahawan terutama pada peringkat penubuhan perniagaan.
• Jaringan dengan pelanggan memberi maklumat perniagaan, modal pusingan,
kemahiran, perantaraan dan sebagainya

Jenis Jaringan Usahawan


• dibahagikan kepada tiga kategori iaitu jaringan peribadi, jaringan awam dan
jaringan perniagaan.
a. Jaringan peribadi
• jaringan yang tidak formal yang melibatkan hubungan secara langsung dan bersemuka
antara usahawan dengan pihak tertentu seperti ibu bapa, rakan-rakan, keluarga, bekas
guru/pensyarah, ahli-ahli persatuan sosial dan kumpulan belia.
• Hubungan peribadi ini berupaya membentuk ikatan yang kuat.
• Menjadi sumber pertama usahawan mendapat pelbagai bantuan terutama di peringkat
pembentukan perniagaan dan di awal perniagaan.
• Pihak-pihak berkenaan kebiasaannya tidak mengharapkan sebarang pulangan daripada
usahawan

b. Jaringan awam
• sumber awam yang mana usahawan dapat menggunakan sumber ini bagi meningkatkan
pengetahuan, mendapatkan maklumat serta sebagai perantaraan dengan pihak-pihak
tertentu.
• Sumber awam termasuklah majalah-majalah, surat khabar, buku-buku, tv, radio, video,
internet dan bahan lain.
• Selain itu, alat-pandang dengar, program latihan, seminar dan bengkel serta
persatuan secara tidak langsung dapat memberi faedah kepada usahawan.
c. Jaringan perniagaan
• jaringan formal pula merupakan hubungan yang pada amnya berasaskan aktiviti yang
berkaitan dengan perniagaan.
• Misalnya, pelanggan, pembekal, bank, akauntan, kerajaan, persatuan perniagaan,
badan-badan profesional dan seumpamanya

Peringkat pertama: Merancang hubungan dengan ahli jaringan mereka


• menyenaraikan ahli-ahli dalam jaringan mereka dan cara untuk menghubungi mereka. •
Contoh kaedahnya ialah, bertukar-tukar kad perniagaan ketika berjumpa di majlis-
majlis tertentu.
• mengenal pasti pihak-pihak yang harus mereka kenali, bagaimana serta di mana
pengenalan boleh dilakukan
Peringat kedua: Bagaimana mewujudkan hubungan dengan mereka ini
• menggunakan sepenuhnya pertemuan semasa latihan, bengkel atau seminar, ekspo
perniagaan, mesyuarat persatuan, dan sebagainya.
• Interaksi akan berlaku lebih kerap sekiranya terdapat kepentingan bersama dan saling
bergantungan dalam pertukaran sumber maklumat, peluang perniagaan dan sebagainya.

Peringkat ketiga: Mengekalkan hubungan agar tidak berlaku masalah


• jika hubungan dengan pembekal dipupuk maka bayaran kepada pembekal mestilah
bersih dan mengikut jadual.
• perlu pastikan produk dihantar dengan cepat dan mengikut spesifikasi yang
dikehendaki oleh pelanggan bagi mengekalkan hubungan baik
• kaedah seperti penghantaran kad-kad ucapan atau bunga pada hari-hari tertentu atau
majlis-majlis tertentu adalah digalakkan

1) Ketidak stabilan harga minyak sesebuah Negara telah mempengaruhi pasaran


ekonomi seluruh Negara. Jelaskan fenomina tersebut dengan pemahaman anda
terhadap pengaruh ekonomi makro.

Pemahaman saya terhadap pengaruh ekonomi makro ialah persekitaran makro :

1. ekonomi

-melibatkan jumlah barang dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dijual dan
digunakan dalam sesuatu ekonomi.
-melibatkan peringkat antarabangsa nasional dan tempatan
-melibatkan transaksi pasaran, awam, kerajaan dan transaksi organisasi bukan untung.
-kemelesatan ekonomi - kesan yang mempengaruhi aktiviti perniagaan ialah keluaran dan
pendapatan negara. Banyak syarikat perniagaan akan tutup.

2. politik dan undang - undang.


-berkait rapat dengan dasar dan peraturan kerajaan.
-kestabilan politik - memberi peluang kepada pertumbuhan perniagaan.
-ketidakstabilan politik - perniagaan sukar berkembang.
-Dasar - dasar kerajaan di peringkat antarabangsa, nasional dan tempatan - merancakkan
pertumbuhan perniagaan.
-sokongan,kemudahan dan perkhidmatan kerajaan dari segi sumber kewangan, infrastuktur,
penasihatan, promosi, peraturan, percukaian dan lain - lain.

3. teknologi.

-berkait rapat dengan kemajuan sains, perkembangan produk baru, pemprosesan dan bahan
- bahan.
-tingkat teknologi - menentukan sejauhmana keupayaan barang dan perkhidmatan akan
dihasilkan, peralatan digunakan dan bagaimana operasi perniagaan di jalankan.
-persaingan antara syarikat perniagaan - menyebabkan usahawan menggunakan teknologi
lebih canggig untuk mengeluar barangan yang lebih bermutu, cepat, banyak dan lebih efisien.
-teknologi baru - memberi kelebihan saingan.

4. sosio - budaya.

-melibatkan aspek seperti demografi, gaya hidup masyarakat, perubahan nilai sosial dan juga
budaya.
menilai perubahan dalam kependudukan untuk mengenal pasti peluang perniagaan.
-perubahan penduduk, kumpulan etnik, dan struktur penduduk berkaitan umur, jantina, lokasi
geografi dan pengagihan penduduk.

3) Lampirkan dokumen 'word' di sini berkaitan satu ISU SEMASA yang terkini yang
mana relevan dengan topik dan subtopik BAB 1 ini.
Pasaran Asia menjunam susulan COVID-19, kejatuhan harga minyak

HONG KONG: Pasaran ekuiti utama Asia menjunam hari ini susulan kebimbangan
pertumbuhan ekonomi global akan terjejas teruk ekoran penularan COVID-19 yang lebih
meluas dan kejatuhan ketara harga minyak mentah yang dijangka memberi kesan negatif
kepada firma berkaitan bahan api.

Selepas virus maut itu mengorbankan lebih ramai mangsa, peniaga menjual pegangan dalam
aset berisiko untuk beralih kepada aset selamat, justeru menyaksikan harga emas dan yen
melonjak, manakala hasil Perbendaharaan AS mencatat paras terendah baharu.

Dalam pada kerajaan dan bank pusat dunia sudah dan melaksanakan pakej rangsang,
penularan COVID-19 dijangka menggugat dan meningkatkan kebimbangan mengenai
kemelesetan ekonomi dunia.

Pasaran serantau memulakan dagangan hari ini dengan ‘lautan merah’ pergerakan harga di
papan urus niaga, iaitu bermula daripada pasaran Tokyo hingga ke Sydney masing-masing
menjunam 6.0 peratus, manakala Hong Kong susut 4.0 peratus.

Singapura, Seoul dan Wellington jatuh lebih daripada 3.0 peratus, manakala Shanghai, Taipei
dan Jakarta susut sekurang-kurangnya 2.0 peratus. Kerugian ini dijangka akan dijejaki pasaran
Eropah dan Wall Street apabila ia dibuka kelak.

Pencetus kejatuhan adakah penjualan besar-besaran di pasaran minyak mentah, apabila


pengeluar minyak terbesar dunia Arab Saudi menurunkan harga, ke paras luar jangkaan dalam
sesetengah perkara, selepas bertelagah dengan Russia mengenai pengeluarannya.

Kedua-dua kontrak hadapan minyak mentah, susut lebih 20 peratus, selepas kerugian lebih 30
peratus pada awal pagi tadi.

Arab Saudi melancarkan ‘perang harga habis-habisan’ semalam dengan menyaksikan


penurunan harga minyak mentah ke paras terendah dalam 20 tahun, demikian dilaporkan
Bloomberg, selepas OPEC dan anggotanya gagal mencapai kata sepakat mengenai
pengeluaran bahan api itu.

Pertemuan diadakan OPEC sebelum ini dijangka mendapat persetujuan menurunkan


pengeluaran untuk menstabilkan harga kesan COVID-19, dibantah Moscow.

Sebagai tindak balas, Riyadh menurunkan harga kontrak April sebanyak AS$4 hingga AS$6
setong dalam penghantaran ke Asia dan AS$7 ke AS.

Keputusan Russia untuk tidak mematuhi OPEC telah menjejas 10 peratus harga minyak pada
Jumaat lalu dan terdapat amaran harganya akan terus susut jika persetujuan gagal dicapai.

Penganalisis Kanan Oanda, Jeffrey Halley, berkata: “Arab Saudi sedang menghukum Russia.”

“Harga minyak dalam tempoh beberapa bulan akan datang akan mengehadkan pertumbuhan
ekonomi global, dan Arab Saudi akan menjual pada harga murah.” - AFP

You might also like