You are on page 1of 3

2.

0 DEFINISI PENYELIDIKAN PEMASARAN

Penyelidikan pemasaran merupakan satu proses mereka bentuk, mengumpul,


menganalisis dan melaporkan data yang relevan secara sistematik tentang situasi pemasaran
spesifik yang dihadapi oleh organisasi. Setiap organisasi memerlukan penyelidikan pemasaran
untuk membantu pengurusan membuat keputusan-keputusan pemasaran yang lebih tepat dan
berkesan. Penyelidikan pemasaran melibatkan pelbagai aktiviti yang penting. Antaranya ialah
menjalankan kajian ke atas potensi pemasaran dan syer pasaran, membuat penilaian berhubung
dengan kepuasan pengguna dan gelagat pembelian serta membuat kajian tentang campuran
pemasaran. Dalam penyelidikan pemasaran, terdapat lima proses yang perlu dilaksanakan iaitu
mendefinisikan masalah, mereka bentuk penyelidikan, mengumpul data, menganalisis dan
mentafsir data dan menyediakan laporan.

2.1 Proses Mendefinisikan Masalah

Proses yang pertama ialah mendefinisikan masalah. Pada peringkat ini, pihak pemasar
akan mengkaji masalah yang mungkin wujud di dalam dan di luar organisasi. Proses ini
memerlukan maklumat yang lengkap dan diperolehi dari jualan, keuntungan dan tahap
kepuasan pengguna. Masalah yang diperolehi akan diterjemahkan kepada objektif penyelidikan
yang spesifik. Penyataan masalah dan objektif penyelidikan pemasaran ke arah menentukan
matlamat penyelidikan yang hendak dicapai. Peringkat ini perlu dibuat dengan betul dan tepat
bagi mengurangkan kos dan kelewatan kajian. Sebagai contoh IKEA mengamalkan konsep layan
diri di mana pengguna perlu mengambil sendiri produk yang mereka inginkan. Masalah yang
kerap timbul adalah pelanggan gagal mencari produk yang mereka inginkan di gudang
penyimpanan mereka. Oleh itu, menyelesaikan masalah pengguna dalam mendapatkan produk di
gudang boleh menjadi objektif penyelidikan mereka.
2.2 Proses Mereka Bentuk Penyelidikan

Proses yang kedua ialah mereka bentuk penyelidikan. Pada peringkat ini, ia menjurus
kepada rancangan penyelidikan pemasaran secara keseluruhan. Satu rancangan penyelidikan
yang berkesan akan dibentuk untuk mengumpul semua maklumat yang diperlukan berkaitan
punca masalah. Rekabentuk penyelidikan yang dicipta seharusnya dapat menepati citarasa dan
menyelesaikan masalah pengguna dan syarikat. Perkara yang perlu ada dalam mereka
bentuk penyelidikan ialah sumber-sumber data, pendekatan penyelidikan, instrumen kajian,
rancangan persampelan dan kaedah perhubungan. Dalam proses ini syarikat akan memilih
kaedah penyelidikan yang sesuai untuk digunakan oleh mereka. Antara kaedah yang boleh
diguna pakai adalah soal selidik, eksperimen dan pemerhatian. Bagi pihak IKEA, mengumpul
data secara soal selidik adalah lebih mudah, mereka boleh menggunakan pelbagai pendekatan
seperti soal selidik kepada para pengunjung ataupun menggunakan email kepada mereka yang
telah mendaftar sebagai ahli pengguna.

2.3 Proses Mengumpul Data

Proses yang ketiga ialah mengumpul data. Usaha mengumpul data boleh dilaksanakan
oleh jabatan penyelidikan pemasaran dan firma perundingan dari luar organisasi. Pada peringkat
ini segala data yang diperolehi akan dikumpulkan. Data-data ini boleh diperolehi daripada dua
jenis atau pecahan sumber. Sumber-sumber itu adalah sumber primer dan sumber sekunder.
Sumber primer diperolehi secara terus dari para responden. Sumber sekunder pula diperolehi dari
majalah, laman web dan laporan terbitan kerajaan dan swasta. Data-data yang telah dikumpulkan
dan diperolehi tersebut mestilah releven, tepat, diterima umum dan tidak bersifat berat sebelah.
Sebagai sebuah organisasi yang besar, perolehan sumber primer adalah yang terbaik bagi IKEA.
Ini kerana ia merupakan respond iklas dari pengguna mereka. Namun begitu, sumber sekunder
masih boleh digunakan sebagai penguat kepada sumber primer.
2.4 Proses Menganalisis Dan Mentafsir Data

Proses yang keempat ialah menganalisis dan mentafsir data. Pada peringkat ini pemasar
akan menganalisis dan mentafsir data bagi tujuan membuat kesimpulan dan hipotesis. Analisis
yang digunakan perlulah menggunakan beberapa kaedah yang bersistematik dan menggunakan
model keputusan yang betul. Organisasi yang menghadapi masalah kekurangan tenaga pakar
dalam membuat analisis ini boleh menggunakan tenaga pakar dari luar organisasi. Terdapat
banyak organisasi atau syarikat bebas di luar sana yang memberi perkhidmatan menyelidik
pemasaran dengan kadar bayaran tertentu. Kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis data
ialah sisihan piawai, kod dan multiple regression. Pihak IKEA boleh mengarahkan kumpulan
Pembangunan dan Kajian mereka sendiri untuk mentaksir data yang mereka perolehi. Sisihan
piawai merupakan kaedah analisis yang baik bagi mendapatkan keputusan kajian melalui soal
selidik.

2.5 Proses Menyediakan Laporan

Proses yang kelima ialah menyediakan laporan. Pada peringkat ini, adalah merupakan
proses di mana penyelidik pemasaran akan mentaksir, merumus dan melaporkan hasil analisis
penyelidikan kepada pengurusan organisasi. Penyelidik akan menyediakan laporan bertulis untuk
dibentangkan. Setiap penemuan kajian yang ditulis di dalam laporan perlulah boleh difahami
oleh pengurusan dan berbuna dalam pembuatan keputusan pemasaran. Di dalam laporan tersebut
juga perlu mengutarakan pelan cadangan bagi membantu pemasar menentukan hala tuju fungsi
perniagaan. Laporan mestilah jujur, jelas dan boleh difahami. Mengikut format penulisan
laporan, ia mestilah mengandungi objektif, kaedah penyelidikan, analisis kajian, hasil dapatan
kajian dan cadangan yang diberikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan. Bagi pihak
IKEA, laporan ini adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi keputusan kepada
tindakan perubahan yang bakal mereka lakukan. Pihak penurusan IKEA perlu mengambil berat
setiap cadangan yang diutarakan bagi memastikan nama baik mereka terus terjaga.

You might also like