You are on page 1of 13

Kepentingan perakaunan...

Maksud di sini adalah keuntungan kewangan.


Untuk mengira keuntungan, usahawan harus mempunyai rekod tentang
aktiviti perniagaannya.
Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan, usahawan hanya mampu
menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperolehi.
Sesetengah usahawan bukan sahaja tidak tahu dengan tepat jumlah
untung rugi malah tidak tahu langsung sama ada perniagaan mereka
untung atau rugi.
Perniagaan dianggap untung bila ada lebihan jualan dan sebaliknya.
Membina sebuah perniagaan yang menguntungkan bukan suatu yang
berlaku secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata
tetapi ianya memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod
kewangan yang sistematik untuk membantu anda memantau pendapatan
dan perbelanjaan perniagaan.
Jelas dengan sistem perakaunan yang dilaksanakan mampu memberi
ketenangan fikiran kepada usahawan kerana terbukti segala pelaburan
kewangan yang dibuat dapat dinilai hasilnya dengan kewujudan penyata
kewangan yang meyakinkan.
Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan telah berfungsi sebagai
alat pengukuran kecekapan pengurusan perniagaan.

PRINSIP DAN KONSEP PERAKAUNAN..

1.BERTERUSAN
 Perakaunan mengandaikan bahawa perniagaan akan terus
berjalan untuk suatu tempoh yang sangat lama
 Aset perniagaan akan terus digunakan untuk menghasilkan
pendapatan bagi perniagaan itu.
2.PEMADANAN
 Untuk menentukan untung bersih bagi sesuatu tempoh
perakaunan, jumlah belanja bagi tempoh itu ditolak daripada
hasil yang diperoleh dalam tempoh itu
 Segala belanja dan pendapatan terakru bagi tempoh
berkenaan diambil kira semasa mencari untung atau rugi
semasa walaupun wang belum dibayar atau diterima kerana
ia merupakan urusniaga bagi tempoh perakaunan tersebut
 Segala belanja dan pendapatan terdahulu bagi urusniaga
tempoh perakaunan akan dating (walaupun wang sudah
dibayar atau diterima) tidak dianggap sebagai belanja atau
pendapatan bagi tempoh perakaunan semasa.

PRINSIP DAN KONSEP PERAKAUNAN..

3.KETEKALAN
 Konsep ini menekankan kepentingan mengamalkan kaedah
merekodkan butiran dalam akaun-akaun secara konsisten.
 Kaedah yang sesuai perlu dipilih bagi memberikan
gambaran paling adil tentang aktiviti perniagaan
4.MATERIALITI
 Dalam perakaunan, perbelanjaan perniagaan boleh bersifat
kebendaan atau bukan kebendaan.
 Soal butiran yang manakah berbentuk kebendaan dan
bukan kebendaan bergantung kepada kebijaksanaan
membuat pertimbangan dan keadaan-keadaan yang
tertentu.
 Tidak ada undang-undang yang menetapkan perkara ini.

5.ENTITI BERASINGAN
 Sesebuah perniagaan itu wujud sebagai satu entity atau unit
yang berasingan daripada pemiliknya.
 Rekod perakaunan hanya merekod urusniaga perniagaan.
Urusniaga peribadi pemiliknya tidak direkodkan kerana
tiada kaitan dengan perniagaan.
 Tujuan memisahkan entity perniagaan daripada pemiliknya
adalah untuk membezakan urusniaga perniagaan daripada
urusniaga peribadi.
PRINSIP DAN KONSEP PERAKAUNAN..
6.WANG SEBAGAI UKURAN
 Perakaunan hanya melibatkan urusniaga yang dapat
dinilaikan dalam bentuk wang.
 Tujuan adalah untuk mendapatkan ukuran yang seragam
supaya perbandingan dapat dibuat
7.TEMPOH PERAKAUNAN
 Tempoh perakaunan ialah jangka masa perakaunan atau
jangka masa perniagaan yang telah ditetapkan oleh syarikat
supaya dapat mengetahui prestasi perniagaan dari semasa
ke semasa.
 Tempoh perakaunan adalah sama dan tetap bagi sesebuah
perniagaan iaitu boleh terdiri daripada 1 tahun, setengah
tahun, suku tahun atau satu bulan.
8.KOS SEJARAH
 Ia bermaksud urusniaga direkodkan mengikut nilai yang
sebenar, iaitu berasaskan kos belian pada tarikh belian
dilakukan.
 Kos ini dikekalkan dalam rekod perakaunan dan sebarang
perubahan harga tidak mempengaruhi rekod yang telah
dibuat.
9.PRINSIP CATATAN BERGU
 Setiap urusniaga melibatkan 2 catatan iaitu satu akaun
didebitkan dan satu akaun dikreditkan.
 Jumlah yang didebitkan mestilah sama dengan jumlah yang
dikreditkan.

Maksud aset..
ASET

 Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah


syarikat yang digunakan untuk menjalankan
aktiviti perniagaan.
 Terbahagi kepada dua iaitu;

1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)

 Digunakan untuk menjalankan


perniagaan dan bukan untuk tujuan
jualan semula.
 Aset yang tahan lama dan kekal untuk
beberapa tempoh perniagaan.
 Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta,
Van, Motorsikal, Bas), Premis,
Lekapan dan Lengkapan /
Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi,
meja) dan Alatan Pejabat (komputer,
mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa

 Harta yang senang berubah bentuk dan


nilai dalam satu tempoh perakaunan.
 Aset yang boleh bertukar menjadi
wang tunai dalam tempoh yang cepat
atau digunakan dalam satu tempoh
perakaunan.
 Contoh; SPBT - Stok akhir,
Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum
terima, Belanja Terdahulu
MAKSUD LIABILITI..

LIABILITI

 Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar


yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang
atau perkhidmatan.
 Terbahagi kepada dua iaitu;

1. Liabiliti Bukan Semasa (Liabiliti Jangka Panjang)

 Tanggungan hutang yang perlu


dibayar balik dalam tempoh masa
yang lebih panjang iaitu lebih daripada
satu tahun.
 Contoh; pinjaman bank, gadai janji.

2. Liabiliti Semasa (Liabiliti Jangka Pendek)

 Tanggungan hutang yang boleh


dijelaskan dalam jangka masa pendek
iaitu dalam satu tempoh perakaunan
atau setahun.
 Contoh; pemiutang, overdraf bank,
belanja terakru, hasil terdahulu.
EKUITI PEMILIK

 Pelaburan pemilik dalam perniagaan.


 Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah
modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam
perniagaan dan untung yang diperolehi daripada
aktiviti perniagaan.
 Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik.
 Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik.
 Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.
 MODAL AKHIR = MODAL AWAL + MODAL
TAMBAHAN + UNTUNG BERSIH - RUGI
BERSIH - AMBILAN

MAKSUD BELANJA..

BELANJA

 Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh


sesebuah perniagaan.
 Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan
untuk mendapatkan hasil.
 Terbahagi kepada dua iaitu;

1. Belanja Kendalian

 Belanja yang terlibat secara langsung


dalam operasi urus niaga harian.
 Contoh; sewa kedai, gaji pekerja,
promosi, insurans, alat tulis dan
sebagainya.

2. Belanja Bukan Kendalian

 Belanja yang tidak terlibat secara


langsung dalam operasi urus niaga
harian.
 Contoh; belanja faedah pinjaman
bank, rugi jualan aset bukan semasa,
rugi daripada risiko banjir, kerosakan,
kecurian dan sebagainya.

MAKSUD HASIL..
HASIL

 Pendapatan yang diterima atau yang akan


diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh
daripada aktiviti jualan barang niaga atau
perkhidmatan yang diberikan.
 Terbahagi kepada dua iaitu;

1. Hasil Kendalian
 Pendapatan yang diterima secara
langsung daripada aktiviti utama
sesuatu perniagaan.
 Contoh; klinik, firma audit : hasil
daipada perkhidmatan yang diberi,
kedai jam : hasil diperolehi daripada
hasil jualan jam.

2. Hasil Bukan Kendalian

 Pendapatan yang diterima secara tidak


langsung atau tidak berkaitan dengan
aktiviti utama sesuatu perniagaan.
 Contoh; sewa diterima, faedah atas
simpanan bank, dividen pelaburan.

MAKSUD MODAL..

Definisi modal
Modal merupakan apa juga bentuk kekayaan yang digunakan
untukmenghasilkan lebih banyak kekayaan kepada entiti perniagaan.
Konsep modalkewangan dan bukan kewangan
Terdapat dalam pelbagai bentuk, termasuklah wang tunai,inventori,
kilang danperalatan.contohnya pengilang tekstil menggunakan kilang
dan peralatannyabagi menghasilkan inventori bagi memenuhi pesanan
pelanggan,pendapatanyang diperolehi daripada jualan kemudiannya
digunakan untuk membeli lebihbanyak bahan mentah dan meningkatkan
kapasiti kilang atau membeliperalatan baru.pusingan itu berterusan
meningkatkan kapsiti kilang danmeningkatkan keuntungannn syarikat
sehinggalah mencapai tahapberkurangan pulangan margin
Jenis-jenis Modal1. Modal tetap
Modal yang diperlukan oleh usahawan untuk membeli aset
perniagaan.aset inidigunakan dalam proses pengeluaran produk dan
perkhidmatan.wang yangdilaburkan oleh syarikat untuk membeli aset
tetap akan terbeku disitu dan tidak bolehdigunakan untuk membeli
tujuan lain.
Modal kerja
mewakili dana semasa perniagaan.digunakan untuk menyokong operasi
biasaperniagaan dalam jangka masa pendek.ia biasanya untuk membayar
gaji, membayar bil dan digunakan untuk masa masa kecemasan.

Modal pertumbuhan
Ianya tidak tertakluk dengan keadaan turun naik secara bermusim dalam
perniagaankecil.diperlukan apabila perniagaan berembang atau
perniagaan menukar araktujuan asalnya
Sumber-sumber Modal1. Sumber pembiayaan modal ekuiti
Mewakili pelaburan peribadi pemilik perniagaan.Dikenali sebagai modal
berisiko kerana pelabur menaggung risikokehilangan wang mereka jika
perniagaan mereka gagal.Pembiayaan tidak memerlukan sandaran

Kebaikan Dan Keburukkan modal


t i a d a p e m b a y a r a n b a l i k s e p e r t i mana
pinjaman. M e m p u n y a i p e g a n g a n a t a u
s a h a m dalam syarikat berdasarkan jumlahmodal yang
dilaburkan. M e m p u n y a i k u a s a a t a u s u a r a dalam
menentukan arah perjalananperniagaan. T e r p a k s a
m e n a n g g u n g r i s i k o b e s a r apabila perniagaan
mengalamikegagalan. S u m b e r m o d a l m u n g k i n
a g a k terhad. A k a n k e h i l a n g a n s a h a m j i k a
d i b u a t berdasarkan pinjaman persendirian
Nama:fakhrur rafiq bin fadzeli
Kursus:mekanisasi pertanian
Semester:2 (2012)
Subjek:prinsip akaun
Guru: cik asmiza

You might also like