You are on page 1of 12

STE3305

PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
BACELOR PENDIDIKAN SAINS PERTANIAN DENGAN KEPUJIAN

LAPORAN POSTMORTEM PERNIAGAAN

KUMPULAN 6

NAMA NO MATRIKS

1. FARAH HIDAYAH BINTI AZHAR 205978

2. SITI NURHASLIZA BINTI ALIAS 207965

3. NUR EIZZAH BINTI RAZAK 207239

4. NUR FATIHAH BINTI ZAINUN A’BIDIN 205290

5. AHMAD FIRDAUS SOLEHIN BIN MOHD ASMI 206483


SWOT PERNIAGAAN

Analisis SWOT digunakan untuk menghasilkan sebuah pelan pemasaran yang


mengambil kira kekuatan dan kelemahan sesebuah perniagaan serta peluang dan ancaman yang
dihadapi di pasaran semasa. Akronim SWOT merujuk kepada Kekuatan (Strengths), Kelemahan
(Weaknesses), Peluang (Opportunities) dan Ancaman (Threats).

Kekuatan merupakan elemen dalaman sesuatu perniagaan yang digunakan secara meluas
bagi usahawan untuk meraih kejayaan dalam perniagaan mereka. Bagi perniagaan kumpulan 6
kami telah mengenal pasti kekuatan perniagaan kami. Antaranya ialah kami mudah untuk
mendapatkan stok untuk dijual. Kami juga menawarkan servis cod dan postage bagi pelanggan
yang tinggal di luar kawasan UPM dan Putrajaya.

Kelemahan pula berkaitan dengan kekurangan yang perlu diatasi dalam perniagaan
sebelum pesaing mampu menjadikan kelemahan perniagaan kita kepada kekuataan perniagaan
mereka. Kumpulan 6 dapati kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam perniagaan kami.
Antaranya ialah pembungkusan yang biasa kerana kami hanya menggunakan plastik jernih.
Seterusnya, kami mengalami isu kewangan untuk mengeluarkan modal. Kami juga tidak
mempunyai media sosial yang rasmi untuk mempromosikan produk kami. Kami hanya menguar
uarkan produk kami melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook. Kami juga dapati tidak semua
pelanggan mempunyai cita rasa terhadap inovasi kerepek.

Peluang adalah perkara yang mampu mengukuhkan suatu perniagaan. Ia boleh diukur
melalui faktor luaran yang mendatangkan hasil lumayan kepada perniagaan. Bagi kumpulan 6,
kumpulan sasaran kami tidak hanya tertumpu kepada pelajar UPM, kami juga menawarkan
produk kami kepada penduduk luar dari kawasan Selangor. Kami juga berjaya mendapatkan
pelanggan yang tetap bagi setiap produk yang kami jual.

Ancaman pula boleh mendatangkan risiko kerugian apabila sesuatu pengusaha


membiarkan ia berlarutan. Untuk kumpulan 6 kami dapati pesaing yang mempunyai produk yang
sama iaitu kerepek sayur. Selain itu, pesaing juga telah membuat pengubahsuaian dari segi
pembungkusan. Jika dahulu mereka menawarkan produk yang yang sama tetapi harga yang
berbeza namun mereka telah menaikkan taraf pembungkusan yang lebih efisien setaraf dengan
kumpulan kami.
PENGALAMAN

Dari perniagaan yang kami lakukan, kami memperoleh beberapa pengalaman iaitu dari
segi pemilihan produk. Pada awalnya kami menyenaraikan beberapa produk yang ingin kami
jual seperti bag kanvas dan pelekat kad tng. Kami telah pergi melawat beberapa kedai yang
berpotensi untuk membuat bag dengan menggunakan corak yang kami lakukan. Namun begitu,
sewaktu pembentangan kami dicadangkan untuk menukar produk kami kerana ianya tidak
relevan untuk dijual kepada sasaran kami iaitu pelajar UPM kerana harga yang agak mahal dan
boleh dikatakan semua pelajar telah memiliki bag. Oleh itu, kami berbincang dan telah menukar
kepada produk makanan iaitu popia simpul, kerepek geragau, dan kerepek sayur. Melalui
pemerhatian dan pengalaman, penjualan makanan lebih mendapat tempat di kalangan pelajar
kerana boleh dijadikan kudapan ketika melakukan tugasan di mana sahaja pada bila-bila masa.

Seterusnya, dari segi pengurusan pesanan (order) iaitu bagaimana kami mengurus
pesanan yang masuk. Bagi pesanan yang kami terima kami telah membahagikan bahagian
masing-masing. Pembahagian ini seperti ada yang menguruskan pesanan popia, ada yang
menguruskan pesanan kerepek geragau dan juga kerepek sayur. Ini dilakukan supaya tiada
pesanan yang tertinggal dan pelanggan memperoleh kepuasan dalam membeli.

Pengalaman seterusnya ialah dari segi pengurusan pelanggan. Kami telah belajar cara
melayan pelanggan secara sopan dan bertoleransi bagi mencapai kepuasan pelanggan. Kami juga
belajar cara untuk sentiasa mengikuti perkembangan pelanggan dengan bertanya maklum balas,
pendapat serta cadangan penambahbaikan. Pertanyaan sebegini telah memberi pandangan yang
baik kepada mereka terhadap kami dan mengukuhkan hubungan antara pelanggan dan juga kami.

Selain itu, dari segi pengurusan kewangan kami juga belajar bagaimana menguruskan
kewangan. Kewangan ini dari segi modal, untung dan juga rugi. Kami telah membandingkan
harga dan kualiti untuk mendapatkan produk yang berkualiti pada harga yang minimum. Selain
itu, kami belajar untuk mencatat setiap keluar masuk duit agar tiada masalah yang timbul.
KEUNTUNGAN

1. POPIA OPESITI
Kami mengambil bekalan popia kali pertama sebanyak 20 bungkus manakala kali kedua
kami mengambil bekalan sebanyak 30 bungkus. Keuntungan yang kami perolehi untuk
popia opesiti ialah RM221.55.

2. KEREPEK GERAGAU
Kami mengambil bekalan 10 kilogram dan untuk kerepek geragau ini kami mendapat
keuntungan sebanyak RM175.

3. KEREPEK SAYUR
Kerepek sayur ini terbahagi kepada dua iaitu sayur campuran dengan kerepek buah
nangka. Kami mengambil bekalan sebanyak 8 kilogram dan kami memperoleh
keuntungan sebanyak RM68.

i. Perkara Unit Kos (RM) /Unit Jumlah (RM)


Pendapatan Kasar
Popia Obesiti 37 pack 13 481
13 pack 10 130
Kerepek Geragau 89 pack 4 356
Kerepek Sayur 96 pack 3 288
Jumlah 1255

ii. Kos Bahan Berubah Unit Kos (RM) / Unit Jumlah Kos (RM)
Modal Popia 50 pack 7.25 362
Modal Geragau 10 kg 95 190
Plastik Lut Sinar 1 unit 10 10
Modal Kerepek Sayur 8 kg 25/kg 200
Ziplock 1 paket 10 10
Postage 2 10 20
Postage 1 16.95 16.95
Jumlah 808.95
iii. Jumlah Perbelanjaan RM 808.95 RM 808.95
iv. Keuntungan RM 1255 - RM 808.95 RM 446.05

Keuntungan ketiga-tiga jenis jualan kami ialah sebanyak RM446.05. Keuntungan ini amat
bermakna bagi kami dan kami berpuas hati dengan hasil perniagaan kami. Perniagaan kami
memberi satu pengalaman yang bermakna.
MASALAH

1. Tiada pengangkutan
Kami mempunyai masalah untuk menghantar barang kepada pelangan di luar kawasan
kolej. Hal ini kerana kami tiada kenderaan untuk menghantar barang kepada pelanggan.
Oleh itu kami meminjam kereta daripada kawan untuk menghantar pesanan daripada
pelanggan.

2. Tiada bahan lengkap untuk penghantaran melalui pos.


Kami tidak memiliki bahan yang lengkap untuk menghantar pesanan melalui pos. Hal ini
kerana kami tidak mempunyai bubble wrap dan juga stiker fragile. Kami risau sekiranya
pelanggan kami menerima kerepek yang rosak. Kualiti produk haruslah dijaga dengan
baik. Oleh itu kami membeli bubble wrap dan stiker fragile untuk menghantar pesanan
melalui pos bagi memenuhi permintaan pelanggan kami.

3. Harga yang tidak tetap.


Kami mendapati bahawa membekal yang pertama harganya berubah ubah. Sebagai
contoh minggu ini kami memberi kerepek 1 kilogram berharga RM40 manakala pada
minggu depan ianya berharga Rm45 untuk 1kilogram. Oleh sebab itu, kami menukar
pembekal lain.

4. Kekurangan stok
Apabila kami hebahkan produk jualan kami, kami mendapati ramai yang ingin
mencubanya. Pada awalnya, kami hanya mengambil stok yang sedikit kerana khuatiri
tiada permintaan. Oleh itu, kami segera menambah stok kerepek supaya pelanggan kami
dapat merasainya dan tidak perlu menunggu terlalu lama.

5. Pembungkusan
Kerepek yang kami beli dari pembekal adalah bersaiz besar dan kami percaya sekiranya
kami menjual dalam kuantiti yang banyak kami tiada pelanggan. Hal ini dikatakan
demikian kerana kita sedia maklum yang mana barangan yang besar susah untuk
disimpan dan tidak tahan lama kerana ianya tidak kedap udara. Pembungkusan besar juga
agak mahal. Oleh itu, kami melakukan pembungkusan semula dengan menggunakan
ziplock dan juga plastik putih yang jernih. Dengan cara ini, kerepek ini boleh dinikmati
bila-bila masa dan juga ianya tahan lama kerana kedap udara.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Pembungkusan
Pembungkusan melibatkan nilai estetika yang menarik sebagai nilai tambah bagi sesuatu
produk. Produk yang dihasilkan haruslah kelihatan bermutu tinggi. Pembungkusan juga
memainkan peranan penting dalam menarik minat pelanggan untuk membeli sesuatu
produk.

Dalam perniagaan kami, kami hanya menggunakan pembungkus lut sinar sahaja. Oleh
itu, bagi perniagaan akan datang, kami mungkin boleh memvariasikan pembungkusan
supaya produk nampak lebih menarik. Misalnya, menjual produk dalam bekas kedas
udara, botol-botol kaca dan meletakkan pelekat ataupun logo pada produk.

2. Promosi
Promosi merupakan strategi berkomunikasi di antara peniaga dengan pengguna. Promosi
juga melibatkan komunikasi dua hala daripada pengusaha kepada pengguna. Strategi
yang digunakan dalam mempromosikan barangan adalah melalui pengiklanan,
mengadakan promosi jualan, jualan perseorangan melalui publisiti dan pemasaran
langsung.

Promosi yang kami lakukan adalah dengan mengiklankan produk kami di setiap group
perniagaan di laman Facebook. Kami juga mempromosi produk kami di Marketplace
Facebook. Walaubagaimanapun, sambutan tidak begitu memuaskan. Tetapi, bagi
permulaan perniagaan, hasil yang didapati sangat memuaskan. Dengan itu, kami akan
cuba meluaskan lagi promosi dengan menubuhkan sosial media produk tersendiri di
setiap platform sosial media. Kami juga boleh meluaskan lagi promosi dengan membayar
ads, membuat poster secara fizikal, meletakkan produk di vendor-vendor dan menjual
produk kami pada event tertentu.
3. Tempat
Pemilihan tempat yang strategik mempengaruhi kejayaan pemasaran hasil tanaman.
Bukan itu sahaja, tempat yang strategik membantu meningkatkan penjualan. Kami tidak
mempunyai tempat untuk berniaga dan mengharapkan seratus peratus dalam perniagaan
secara talian. Berkemungkinan ini menyebabkan hasil perniagaan tidak memuaskan. Oleh
itu, pada perniagaan akan datang, kami akan mencuba berniaga secara fizikal dan juga
secara dalam talian.

4. Sasaran Pengguna
Penjual mesti mengenal pasti pembelinya dari segi umur, jantina, cita rasa, status sosial
dan lokasi jualan. Sasaran pengguna yang kami sasarkan secara utama ialah
pelajar-pelajar UPM. Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar UPM tidak mengenal kerepek
geragau, makanya mereka tidak ingin membeli kerepek tersebut. Hal ini demikian kerana
kerepek geragau hanya terkenal di Melaka disebabkan kerepek geragau tersebut
merupakan signature bagi orang Melaka. Oleh itu, kerepek geragau hanya laku terjual di
Melaka sahaja dan sasarannya hanya orang Melaka.
Dengan itu, pada perniagaan akan datang, kami akan menjual sesuatu yang menarik dan
sesuai dengan cita rasa pelajar-pelajar UPM.
LAMPIRAN

FEEDBACK DARI PELANGGAN

POSTER YANG KAMI GUNAKAN


APLIKASI YANG KAMI GUNAKAN

Facebook Whatsapp Telegram

You might also like