You are on page 1of 12

ANALISIS DATA BAHAGIAN A - LATAR BELAKANG RESPONDEN

Graf 1: Bilangan Responden Dalam Lingkungan Umur 14 -18 Tahun


35 30 25 20 15 10 5 0 14 15 16 17 18 14 15 16 17 18

Graf bar di atas menunjukkan bilangan responden yang telah menjalankan kajian bagi penyelidikan tersebut. Daripada graf bar tersebut, remaja yang berumur 16 tahun merupakan responden yang paling banyak menjalankan kajian tersebut iaitu 29% (29 orang) daripada 100 orang responden. Diikuti 22% yang terdiri oleh remaja berumur 18 tahun, 18 % yang terdiri oleh remaja berumur 14 tahun, 17% bagi responden berumur 17 tahun dan 14% bagi remaja 15 tahun.

Graf 2: Tempat Lahir Responden


50 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0

Bilangan (orang)

Graf garis di atas menunjukkan bahawa kebanyakkan responden adalah berasal daripada negeri Selangor iaitu 44% (44 orang) daripada 100 responden. Seterusnya diikuti oleh negeri Kedah (14%), negeri Johor (10%), negeri Pahang (7%) dan 6% daripada negeri Perak. Bagi negeri yang kurang daripada 5 % termasuk Melaka dan Pulau Pinang masing-masing meliputi 4%, responden dari Kelantan meliputi 3% dan 2 % terdiri oleh remaja dari Sarawak, Negeri Sembilan dan Terengganu. Manakala hanya seorang remaja yang berasal dari Sabah dan seorang dari Perlis.

Graf 3:Orientasi Seksual Responden

Heteroseksual Homoseksual Biseksual

Carta Pai di atas menunjukkan orientasi seksual responden yang terdiri oleh remaja yang dalam linkungan umur 14 tahun hingga 18 tahun. Sebanyak 89% remaja lelaki menganggap bahawa dirinya adalah heteroseksual iaitu perasaan seksual yang tertarik kepada jantina yang berbeza (hubungan seks antara lelaki dan perempuan). Seterusnya diikuti oleh biseksual 8% iaitu perasaan seksual yang tertarik secara seksual atau erotik kepada anggotan dari kedua jenis kelamin. Manakala homoseksual terdiri daripada 3% iaitu perasaan seksual yang tertarik pada jantina yang sama jenis.

Graf 4 : Jenis Agama Responden


70 60 50 40 30 20 10 0 Islam Kristian Buddha Hindu Lain-lain Islam Kristian Buddha Hindu Lain-lain

Graf 4 menunjukkan jenis agama yang dipegang oleh responden iaitu agama Islam, agama Kristian, agama Buddha, agama Hindu dan lain-lain. Keseluruhannya, kebanyakkan responden yang menjalankan kajian merupakan penganut agama Islam iaitu 67% diikuti oleh agama Buddha , 21% dan penganut agama Kristian, 7%. Seterusnya, terdapat 4% yang merupakan penganut agama Hindu dan 1% yang terdiri oleh agama lain daripada keempat agama yang utama di Malaysia.

Graf 5 : Pelbagai Etnik Responden

Melayu Cina India

Carta pai diatas menunjukkan ketiga-tiga etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Kebanyakkan responden remaja yang menjalankan kajian tersebut terdiri oleh etnik Melayu iaitu 67% dan diikuti oleh etnik Cina, 27%, dan 6% merupakan etnik India.

Graf 6 : Menunjukkan Jenis Keluarga Responden Semasa Kecil


Bapa Tunggal Ibu Bapa Ibu Tunggal Ibu Tunggal Bapa Tunggal Ibu Bapa

20

40

60

80

100

Graf bar diatas menunjukkan keadaan keluarga kecil bagi responden yang menjalankan kajian tersebut. Keseluruhannya, terdapat majoriti responden datang daripada keluarga yang sempurna iaitu 94% responden dari jenis keluarga ibu bapa. Seterusnya, terdapat 6 % responden datang dari keluarga Ibu tunggal dan tiada responden yang datang dari keluarga bapa tunggal.

Graf 7: Umur bapa responden


16 14 12 10 8 6 4 2 0 Bilangan

Graf atas menunjukkan linkungan umur bapa kepada responden. Dapat dilihat bahawa umur yang paling ramai adalah 45 tahun iaitu seramai 14 orang, ini diikuti dengan

golongan bapa bawah umur 45 tahun dan golongan berumur 60 tahun dan ke atas masingmasing mempunyai 8 orang. Masing masing terdapat 7 orang responden di mana bapa mereka berada dalam lingkungan umur 46, 49, 50, 55 dan 56 tahun. Paling akhir, terdapat 9 orang bapa responden telah meninggal dunia.

Graf 8: Pekerjaan bapa responden


9% 12% 27%

Kerajaan Swasta Buruh Bekerja sendiri

33% 2%

17%

Bersara Meninggal dunia

Carta atas menggambarkan kategori pekerjaan bapa responden. Kebanyakan daripada bapa responden bekerja sendiri iaitu seramai 33 orang, ini diikuti dengan 27 orang responden di mana bapa mereka bekerja di sektor kerajaan, 17 orang responden mempunyai bapa yang bekerja di sektor swasta dan 12 orang responden mempunyai bapa yang telah bersara. Terdapat juga 2 orang buruh di kalangan bapa responden dan 9 orang bapa responden telah pun meninggal dunia.

Graf 9: Pendidikan tertinggi bapa


Sekolah rendah/tidak bersekolah PMR/SRP SPM/MCE STPM/DIPLOMA/SIJIL Degree Master PHD 0 5 10 15 20 25 30 35 Pendidikan tertinggi bapa

Graf bar atas merupakan ilustrasi pendidikan tertinggi bapa responden. Majoriti bapa responden merupakan lepasan SPM/MCE, iaitu sebanyak 32 orang, ini diikuti lepasan STPM/Diploma/Sijil atau setarafnya seramai 17 orang. Tidak jauh bezanya, terdapat 15 orang bapa responden merupakan lepasan ijazah sarjana muda (degree) , terdapat juga 15 orang bapa responden telah belajar hingga tahap PMR/SRP sahaja. Angka ini disusuli dengan 11 orang bapa responden lepasan Master. Segelintir bapa responden hanya mampu belajar di tahap sekolah rendah malah ada yang tidak sempat tamatkan pelajaran peringkat sekolah rendahnya iaitu sebanyak 9 orang. Terdapat seorang bapa responden yang mempunyai kelayakan PHD antara 100 responden yang terbabit.

Graf 10 : Umur ibu responden


30 25 20 15 10 5 0 Bilangan

Graf atas menunjukkan lingkungan umur ibu responden. Lingkungan umur ibu yang paling ramai adalah bawah 45 tahun seramai 27 orang. Ini diikuti dengan golongan ibu yang berumur 49 tahun seramai 17 orang. Umur 48 tahun kurang sedikit iaitu sebanyak 11 orang ibu responden. Di sini dapat dirumuskan bahawa majoriti ibu masih muda dan mempunyai anak remaja (responden) dan makin sedikit bilangan ibu yang berumur 50 ke atas yang mempunyai anak remaja.

Graf 11: Pekerjaan ibu responden

23%

Kerajaan Swasta

55% 11% 1%

Bekerja sendiri 10% Bersara Surirumah/Tidak bekerja

Gambaran di atas menunjukkan kategori pekerjaan ibu responden. Majoriti daripada ibu responden merupakan suri rumah serta tidak bekerja iaitu seramai 55 % (55 orang), ini diikuti dengan 23 orang responden yang mempunyai ibu bekerja di sektor kerajaan, 11 orang responden mempunyai ibu yang bekerja sendiri seperti berniaga sendiri, mengambil upah jaga anak asuhan dan sebagainya. 10 orang ibu responden bekerja di sektor swasta dan terdapat seorang ibu responden yang berstatus pesara.

Graf 12: Pendidikan tertinggi ibu


Sekolah rendah/tidak bersekolah PMR/SRP SPM/MCE STPM/DIPLOMA/SIJIL Degree Master PHD 0 10 20 30 40 50 Pendidikan tertinggi ibu

Graf bar atas menunjukkan pendidikan tertinggi ibu responden. Majoriti ibu responden merupakan lepasan SPM/MCE, iaitu sebanyak 44 orang di mana lebih tinggi dari angka bapa lepasan SPM/MCE (rujuk graf 9) , ini diikuti lepasan ijazah sarjana muda seramai 16 orang, lepasan PMR/SRP seramai 15 orang, lepasan STPM/Diploma/Sijil atau setarafnya seramai 12 orang. Terdapat 12 orang ibu responden hanya belajar di tahap sekolah rendah dan juga ada yang tidak sempat tamatkan pelajaran peringkat sekolah rendah. Terdapat seorang sahaja ibu responden yang merupakan pelajar lepasan Master.

Graf 13: Jangkaan pendapatan keluarga


80 70 60 50 40 30 20 10 0 Miskin Bawah sederhana Sederhana Atas Sederhana Jangkaan pendapatan keluarga

Ilustrasi di atas menunjukkan jangkaan pendapatan keluarga responden. Dapat dilihat kebanyakkan responden berasal dari keluarga sederhana di mana ia meliputi 74% (74 orang) daripada kesemua responden dan ini diikuti dengan golongan keluarga berpendapatan bawah sederhana seramai 14 orang, atas sederhana 10 orang dan golongan miskin mempunyai 2 orang.

Graf 14: Persekolahan Tertinggi Responden


Kolej/Universiti 12%

Sekolah Menengah Tingkatan 88%

Carta pai di atas telah menggambarkan bahawa 88% dari responden merupakan pelajar sekolah menengah sementara selebihnya 12% adalah pelajar universiti ataupun kolej yang berumur terdiri antara 17 hingga 18 tahun.

You might also like