You are on page 1of 33

1.

PENGENALAN

ORGANISASI YANG DIPILIH SEBAGAI KAJIAN KES: HPA- HERBA PENAWAR AL-WAHIDA GROUP OF COMPANIES

PROFIL SYARIKAT Satu-satunya syarikat Bumiputera Muslim yang mempunyai kilang bertaraf

2GMP semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herbaherba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar AlWahida. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
1 2

Lihat http://hpamall.blogspot.com/2009/06/profil-syarikat.html Amalan Perkilangan Baik

Page | 1

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

PENGILANGAN Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba

moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi. Kilang syarikat HPA terletak di alamat: y y y y y y y B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.

Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang.

Lihat http://hpamall.blogspot.com/2009/06/profil-syarikat.html

Page | 2

PENTADBIRAN & PENGURUSAN Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk

menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai penguruspengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan 1, dibantu oleh Pengarah Urusan 2 dan Pengurus Besar :-

ORGANISASI SYARIKAT: HPA GROUP OF COMPANIES

Pengarah Urusan 1 : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad Pengarah Urusan 2 : Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin Pengurus Besar AWM: Tuan Muhammad Faisol Abdul Rahman Pengurus Besar R & D: Tuan Abdul Ghani Bin Husain Pengurus Besar Pentadbiran Dan MIS: Puan Rashidah Binti Abdul Rahim Pengurus Besar Akaun: Tuan Rosli Bin Abu Bakar

Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, AGM, pengurus-pengurus, penyelia dan juga eksekutif dilantik.

4 5

Lihat http://hpamall.blogspot.com/2009/06/profil-syarikat.html Lihat http://hpamall.blogspot.com/2009/06/profil-syarikat.html

Page | 3

HPA DAN ANAK-ANAK SYARIKAT

Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut: y Al-Wahida Marketing Sdn Bhd Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM y y y y y y y y y HPA Industries Sdn Bhd Pengeluar ubat-ubatan herba Cola Radix Sdn Bhd Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll) HPA Food & Beverage Sdn Bhd Pengeluar minuman dan makanan Radix Industries Sdn Bhd Pengeluar Kopi Radix HPA Farm Sdn Bhd Pengeluar ayam dan air mineral HPA Ilham Sdn Bhd agensi pelancongan RFC Sdn Bhd Restoran Radix Fried Chicken (RFC) El- Zaharaa Sdn Bhd Hotel, homestay, JHS, HPA collection, toharah dobi Centella White Sdn Bhd Produk kosmetik

VISI HPA

HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan

HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa

6 7

Lihat http://hpamall.blogspot.com/2009/06/profil-syarikat.html Lihat http://hpamall.blogspot.com/2009/06/profil-syarikat.html

Page | 4

MISI HPA

HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami

HPA

menyelia

dan

memberi

kemudahan

bagi

usahawan

untuk

terus

mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat.

OBJEKTIF HPA

y y

Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan

Memberi usahawan

keutamaan

terhadap program peningkatan

dan

pembangunan

8 9

Lihat http://hpamall.blogspot.com/2009/06/profil-syarikat.html Lihat http://hpamall.blogspot.com/2009/06/profil-syarikat.html

Page | 5

2.0

ISU-ISU UTAMA DALAM SYARIKAT

2.1

Isu Yang Berkaitan Dengan Tanggungjawab Sosial Dan Etika Hasil penelitian yang telah dilaksanakan terhadap sistem pengurusan

syarikat HPA, berikut merupakan isu yang berkaitan dengan etika yang telah dikenalpasti :

Kes 1:

Pecah Amanah/Penyelewengan

Kes ini berdasarkan maklumat seorang pengadu dari forum


10

PUTERA.com yang diambil pada 2 Februari 2008. Kes ini berlaku di

sebuah cawangan kedai HPA yang dikatakan sebagai penipu besar kerana terdapat staf HPA tidak dibayar gaji penuh walaupun sudah

bekerja selama 3 bulan. Baki bayaran gaji yang sepatutnya diterima, tidak dibayar sehingga ke hari ini. Ada juga staf mendakwa mereka diarahkan pergi berkursus tetapi elaun juga tidak dibayar. Isu ini berlaku di kalangan segelintir pemimpin cawangan yang tidak bertanggungjawab, dengan membuat penyelewengan wang syarikat terutamanya di peringkat cawangan. Keadaan ini menyebabkan staf HPA malahan pelanggan mula hilang kepercayaan dengan mendakwa HPA sebuah syarikat besar,

10

Lihat http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/84686-hpa-penipu-besar/

Page | 6

penipu besar, kononnya menjual produk Islam tetapi melakukan penipuan dan membuat penganiayaan serta tidak amanah dalam pekerjaan. Secara tidak langsung, ianya telah menjejaskan imej syarikat dan organisasi tersebut. Penyelewengan atau pecah amanah ini, berkemungkinan besar berlaku di peringkat cawangan (pemimpin cawangan). Kurangnya nilainilai murni dan penerapan nilai dalam etika kerja adalah faktor utama berlakunya penyelewengan atau pecah amanah ini. Di samping itu juga, kurangnya pemantauan dari pihak atasan mendorong kejadian seperti ini berlaku.

2.2

Isu Yang Berkaitan Dengan Pengawalan

Kes 2:

Penjualan

Produk

Di

Bawah

Harga

Siling

Yang

Ditetapkan Syarikat
11

Kes ini dirujuk daripada

forum DuniaHerbaHPA.com yang

bertarikh 20 April 2010. Kes ini melibatkan penjualan bawah harga bagi produk-produk HPA oleh pengedar-pengedar HPA kepada pasar raya dan kedai harga borong tanpa persetujuan daripada pihak syarikat. Kes ini berlaku di beberapa buah cawangan pengedar di Perlis, Seberang Perai, Kulim. Kelantan, Perak Utara dan Selangor. Sudah menjadi sifat manusia,

11

Lihat http://duniaherbahpa.com/2010/04/kenyataan-rasmi-isu-kopi-radix-palsu-dan-kopi-radix-di-bawahharga/

Page | 7

mudah digoda dengan kemewahan dan kekayaan. Mungkin itulah yang berlaku kepada beberapa pengedar mata duitan yang hanya mahu mengecap kemewahan dengan cara yang mudah dan cepat. Penjualan produk-produk HPA pada masa ini sememangnya mendapat sambutan hangat bak pisang goreng panas. Jadi, pengedar-pengedar ini tidak mampu lagi berfikir secara rasional, diri telah dirasuki syaitan

menyebabkan sanggup membelakangkan kepentingan syarikat hingga sanggup menjual produk-produk di bawah harga siling. Apa yang penting ialah produk dapat dijual dengan kuantiti yang banyak, murah, tetapi masih mampu memberikan pulangan yang lumayan. Sistem penjualan produk HPA juga menetapkan nilai bonus bagi setiap produk yang dibeli oleh pengedar. Semakin banyak produk yang dibeli, maka akan lebih banyaklah bonus yang akan diterima. Jadi, pengedar-pengedar tidak bertanggungjawab ini sebenarnya menjalankan aktiviti yang

menguntungkan ataupun serampang dua mata. Keuntungan dari HPA dapat, dari pengedar dan kedai harga borongpun mereka dapat. Ini ditambah pula dengan penjualan kepada pelanggan-pelanggan tetap kedai HPA. Nah! Untung besar bukan?

Page | 8

2.3

Isu yang berkaitan dengan motivasi dan komitmen kerja

Kes 3:

Layanan Staf Terhadap Pelanggan Kes ini adalah berdasarkan pengaduan daripada salah seorang

pelanggan Al-Waheda Marketing (AWM), dirujuk daripada

12

blog Kelab

Pemimpin Al-Wahida bertarikh 20 Mei 2010. Menurutnya, beliau telah pergi ke satu cawangan HPA yang terletak di Shah Alam, Selangor untuk mendapatkan stok barangan keluaran HPA. Namun, apa yang yang menyedihkan ialah beliau mendapat layanan yang tidak memuaskan hati daripada staf-staf di situ. Beliau telah diarahkan untuk mengambil sendiri stok daging ayam di dalam peti sejuk, sedangkan sepatutnya adalah menjadi tanggungjawab sta HPA terbabit untuk melayan pelanggan yang datang ke premis mereka. Sepatutnya amalan customers first

dilaksanakan. Beliau seterusnya menambah bahawa, sudahlah layanan yang diberikan tidak memuaskan, keadaan ini diburukkan lagi dengan satu lagi isu. Semasa beliau hendak mengambil stok daging ayam di dalam peti sejuk terbabit, terbit bau yang tidak menyenangkan daripada peti sejuk tersebut dan terdapat plastik yang membungkus daging ayam juga telah terkoyak. Ini menunjukkan bahawa staf-staf di cawangan tersebut tidak peka dan tidak mengambil berat tentang perkara-perkara sebegini. Seharusnya perkara seperti ini tidak berlaku kepada sebuah perniagaan gergasi Islam. Tambahan pula Islam mengajar umatnya untuk memelihara hubungan manusia sesama manusia. Namun, manusia tidak
12

Lihat http://kpa2u.wordpress.com/komuniti-hpa/komuniti-hpa-shah-alam/

Page | 9

lari dari kesilapan. Perkara seperti ini berlaku berkemungkinan daripada tiadanya motivasi dan komitmen kerja yang sepatutnya ada dalam diri seseorang pekerja. Tambahan pula, inilah sumber rezeki mereka. Pelanggan harus dilayan sebaik mungkin. Tanpa pelanggan, maka tidak wujudlah perniagaan.

3.0

PENYELESAIAN KEPADA ISU-ISU YANG DIUTARAKAN Sejak dari dahulu lagi banyak isu yang sering berlaku dan dialami oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk, bukan sahaja ianya dialami oleh Syarikat HPA tetapi syarikat yang lain. Antara isu-isu yang sering menjadi masalah bagi sesebuah syarikat dan termasuklah HPA adalah seperti pemimpin cawangan yang yang melakukan penyelewengan dan pecah amanah, harga barangan yang tidak standard, dan juga layanan staf yang tidak memuaskan hati pelanggan. Ini adalah antara isu yang perlu diambil serius oleh pihak pengurusan HPA bagi menjaga nama baik syarikat dan juga agama Islam.

Page | 10

3.1

Penyelesaian Kes 1: Pecah Amanah/Penyelewengan Berkaitan Dengan Tanggungjawab Sosial Dan Etika

Isu Yang

3.1.1 Tanggungjawab Pihak Perancang/Pihak Atasan Syarikat 3.1.1.1


13

Undang-Undang Syarikat dan Audit Dalaman

Pihak perancang atau pihak atasan perlulah memastikan undangundang syarikat dipatuhi sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin. Penilaian semula undang-undang perlu dilakukan bagi mengenalpasti kelemahankelemahan yang mungkin timbul yang membolehkan sesetengah pemimpin mengambil kesempatan atas kelemahan yang timbul. Undangundang syarikat perlulah menimbulkan rasa kegentaran di dalam hati pemimpin-pemimpin agar sentiasa patuh dan taat kepada undang-undang syarikat. Sebagai contoh, kami mencadangkan agar syarikat ini

mengetatkan undang-undang dari segi perlakuan pemimpin. Sekiranya terdapat pemimpin yang melakukan salah laku yang berat seperti penyalahgunaan akaun perbelanjaan cawangan, pemimpin tersebut dibuang serta-merta apabila siasatan pihak audit dalaman mendapati memang berlaku salahguna kuasa.

3.1.1.2

14

Pemilihan Pemimpin-pemimpin

Pihak atasan syarikat perlulah menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal-bakal pemimpin sebelum mereka dilantik. Ini sedikit13

Perniagaan perlu bertanggungjawab dalam pemeliharaan perundangan masyarakat kerana undangundang yang ada tidak mencukupi. 14 Meningkatkan imej syarikat dalam kalangan orang-orang awam.

Page | 11

sebanyak akan membantu syarikat bagi melantik pemimpin-peminpin yang berkelayakan. Latar belakang pemimpin boleh dilihat melalui perkembangan kerja bakal pemimpin tersebut sebelum ini. Bagi memastikan leader-leader HPA benar-benar menjalankan peranan dan tanggungjawabnya membantu jaringan masing-masing, HPA perlu

mewujudkan barisan pemimpin yang dipilih dari kalangan pemimpin yang benar-benar aktif, setia, berpegang teguh kepada ajaran agama dan sanggup memberikan khidmat kepada semua ahli HPA yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dalam perniagaan Multi-level marketing(MLM).

3.1.1.3

15

Kursus Kepemimpinan dan Etika Kerja

Kursus ini diadakan bagi bakal-bakal pemimpin di mana isi kandungan kursus menekankan kepada kepentingan berpegang teguh kepada ajaran agama dalam menjalankan perniagaan. Kesan-kesan buruk daripada perilaku yang menyalahi hukum agama perlu disampaikan dan pihak atasan perlu memastikan mesej sampai dengan berkesan dalam hati bakal-bakal pemimpin. Kaitkan dengan prinsip-prinsip yang boleh membimbing perlakuan. Contohnya, 16Ujian keluarga. Soalan-soalan yang boleh dikemukakan adalah seperti: Adakah anda berasa selesa untuk menerangkan mengapa anda mengambil tindakan ini (penyalahgunaan kuasa/ melakukan perilaku yang menyalahi hukum agama dan undangundang syarikat) kepada anak-anak, isteri/suami dan ibu bapa anda?.

15 16

Lihat Aizzat et. al. (2010), Pelajaran 4, ms 82 Rujuk Aizzat et. al (2010), Pelajaran 4, ms 89.

Page | 12

Selain itu, wujudkan bagi pemimpin-pemimpin. Secara tidak langsung, ini dapat mengelakkan berlakunya penyelewengan atau pecah amanah kerana mereka telah diberi serba sedikit ilmu bagi membentuk insan yang berjiwa mulia. Antara etika kerja yang boleh diamalkan ialah, memastikan anak-anak buah tidak berasa tertindas dengan mewujudkan suasana keseronokan bekerja. Berikan hak pekerja yang sepatutnya diterima oleh mereka seperti gaji bulanan dan elaun menjalani kursus. Menurut
17

Peter

Drucker dalam buku beliau 'Managemant: Tasks, Responsibilities, Practices' telah menekankan bahawa profesionalisme dalam perniagaan menuntut supaya dipraktikkan 'Principle of nonmaleficence' atau 'do no harm'. Atas prinsip ini beliau membuat kesimpulan bahawa terdapat ramai eksekutif yang tidak bertindak secara profesional dalam kegiatan perniagaan mereka. Menurut teori Maslow pula, manusia dimotivasikan oleh bermacam-macam keperluan dan keperluan-keperluan ini wujud dalam bentuk hierarki. Maslow telah menonjolkan bahawa manusia mempunyai kehendak dan didorong untuk bekerja oleh faktor lain selain daripada wang dan upah.

3.1.1.4

18

Membuat Pemantauan dan Lawatan Mengejut

Pemantauan dan lawatan mengejut sebenarnya memang satu cara yang amat berkesan dalam mengesan salah laku dan kepincangan dalam pengurusan
17 18

cawangan.

Pemantauan

tidak

berkala

menyebabkan

Dipetik dari Etika Perniagaan Islam Mengendalikan Ketidakpastian dan Perubahan, Lihat Aizzat et. al (2010), Pelajaran 15, ms. 327

Page | 13

pemimpin-pemimpin cawangan akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia dari segi pengurusan diri, pekerja-pekerja dan cawangan yang diurusnya.

3.1.1.5

19

Menyediakan Talian Khas Bagi Kes Salah Laku contoh seperti


20

Mengambil

Talian

Nur,

21

E-Aduan

dan

sebagainya, pihak syarikat juga boleh menyediakan talian yang mempunyai fungsi yang hampir sama. Syarikat boleh menamakan talian ini sebagai E-HPAdu. Pelaksanaan talian ini akan memungkinkan segala permasalahan dan kepincangan dalam pengurusan dapat dikesan dengan lebih pantas.

3.1.2 Tanggungjawab Cawangan 3.1.2.1


22

Pihak

Pertengahan/Pemimpin-pemimpin

Menepati piawaian profesion dan tata kerja

Setiap pemimpin yang telah dilantik untuk memimpin sesebuah cawangan perlulah memastikan bahawa dirinya sentiasa akan menepati piawaian profesion dan tata kerja. Beliau harus sentiasa memastikan pekerja-pekerja di bawahnya mendapat segala hak yang sepatutnya diterima dan tidak menidakkannya sesuka hati. Sebagai contoh dalam kes
19

20

Mengendalikan Ketidakpastian dan Perubahan, Lihat Aizzat et. al (2010), Pelajaran 15, ms. 327 Talian Khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menerima aduan tentang penderaan dan keganasan rumahtangga 21 Talian khas kerajaan bagi menerima memudahkan saluran aduan awam tentang hal-hal pengurusan kerajaan. 22 Ianya suatu perbuatan yang baik.

Page | 14

ini, terdapat pekerja yang tidak mendapat gaji dan elaun yang sepatutnya diterima. Ini menunjukkan terdapatnya piawaian profesion dan tata kerja yang dilanggar.

3.1.2.2

23

Merancang Pelan Perniagaan

Perancangan Pelan Perniagaan amatlah penting bagi memastikan cawangan dapat bersaing dalam ekonomi yang serba mencabar ini. Pemimpin perlu peka kepada pelan-pelan baru perniagaan MLM ini dan seterusnya melaksanakannya setelah kajian terperinci dibuat tentang kebaikan sesuatu pelan kepada kemajuan cawangannya. Antaranya pemimpin boleh mengimplementasikan Pelan Program Perkongsian Bijak yang diamalkan oleh syarikat HPA sendiri dengan sebaik mungkin.

3.1.2.3 Hak Pekerja Dipenuhi Dalam kes di atas, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin cawangan untuk memenuhi hak pekerja-pekerjanya dengan merancang sebaik mungkin sumber pendapatan syarikat agar tidak menafikan hakhak pekerja-pekerjanya. Pemimpin wajib memastikan bahawa

perbelanjaan cawangan adalah termasuk dengan gaji dan elaun yang sepatutnya diterima oleh pekerja-pekerjanya setiap bulan.

23

Pengurus tidak dapat mengawal dengan berkesan tanpa pelan untuk menunjukkan tujuan mengadakan proses kawalan.

Page | 15

3.1.2.4 Kesediaan Menerima Dan Mendengar Pemimpin yang baik akan sentiasa dekat di hati pekerja-pekerja di bawahnya. Pemimpin perlulah menerima dan mendengar sebarang permasalahan yang timbul dalam pengurusannya dan cuba

menyelesaikan masalah yang timbul dengan segera. Dalam kes di atas, pemimpin perlulah menerangkan permasalahan yang timbul dengan sebaik mungkin agar dapat difahami oleh pekerja-pekerjanya.

3.1.3 Tanggungjawab Pekerja Operatif 3.1.3.1 Melaporkan Salah Laku Pemimpin Pekerja-pekerja bawahan/operatif perlulah memainkan peranan dalam memastikan bahawa hak mereka tidak dinafikan mengikut lunaslunas dan prosedur yang betul. Pekerja-pekerja perlulah berbincang terlebih dahulu dengan pihak atasan(pemimpin cawangan) sebelum membuat keputusan untuk membuat aduan kepada pihak pengurusan melalui talian khas yang disediakan.

3.1.3.2

24

Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Pekerja

Pekerja-pekerja operatif perlulah menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja yang dedikasi dan tekun dalam melaksanakan tugas. Jangan hanya mengharapkan gaji setiap bulan tetapi kerja tidak mahu dilakukan dan hanya buat kerja sambil lewa sahaja. Pemimpin cawangan
24

Perhubungan Pekerja, Pampasan dan Kepuasan Bekerja, Lihat Aizzat et.al. (2010), Pelajaran 4. ms 78

Page | 16

sentiasa memerhatikan tingkahlaku pekerja-pekerjanya dan kegagalan pekerja-pekerja memenuhi peranan sebagai pekerja yang baik

memungkinkan kes ini berlaku.

3.2

Penyelesaian Kes 2:

Penjualan Produk Di Bawah Harga Siling

Yang Ditetapkan Syarikat - Isu Yang Berkaitan Dengan Pengawalan

Isu pengawalan merupakan salah satu isu yang menjadi salah satu faktor dalam naik turunnya sesuatu organisasi.
25

Pengawalan adalah

merujuk kepada usaha yang digunakan secara sistematik untuk membandingkan prestasi dengan piawaian, pelan atau objektif yang telah ditetapkan. Pengawalan mempunyai perkaitan yang rapat dengan tiga fungsi utama iaitu perancangan, pengorganisasian dan kepimpinan. Ia berfungsi secara langsung daripada fungsi perancangan dengan menyediakan cara dan mengawasi prestasi pencapaian sesebuah organisasi. Pengawalan diperlukan kerana ia penting kepada kejayaan sesebuah organisasi. Diantara punca-punca kawalan adalah seperti pihak-pihak

berkepentingan, organisasi, kumpulan atau individu itu sendiri. Sejak dari dahulu lagi banyak isu yang sering berlaku dan dialami oleh syarikat-

25

Rujuk Aizzat et. al, Pelajaran 15, ms. 325

Page | 17

syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk, bukan sahaja ianya dialami oleh Syarikat HPA tetapi syarikat yang lain. Isu kawalan pilihan yang menjadi masalah bagi syarikat ini adalah penjualan produk di bawah harga siling yang ditetapkan syarikat. Berikut adalah cadangan daripada kami bagi menyelesaikan kes ini:

3.2.1 y

26

FUNGSI PERANCANGAN

Harga produk. Tetapkan harga produk yang berpatutan. Harga yang berpatutan membuatkan pembeli berminat untuk membeli daripada cawangan terdekat dan mengelakkan pembelian daripada orang yang berada luar daripada organisasi. Tetapkan harga pembelian pukal dengan memberi diskaun sekiranya membeli dengan kuantiti yang banyak.

Siapa pelanggan. Pihak HPA perlu memastikan siapakah pelanggan ataupun kepada siapa produk-produk ingin dijual. Dalam hal ini, kami mendapati pihak HPA hanya menjual kepada orang perseorangan dan juga antara cawangan sahaja. Pihak HPA tidak menjual atau melantik mana-mana pasar raya sebagai agen.

Pengawalan kualiti produk. Setiap produk yang ingin dipasarkan wajib mempunyai jenama dan lambang ketulenan yang dikeluarkan oleh pihak

26

Lihat Aizzat et.al.(2010), Pelajaran 15, ms 326

Page | 18

syarikat . Oleh itu kualiti produk dapat dijamin dan mengelak daripada berlakunya penyelewengan daripada pihak luaran. Pihak pembeli pula tidak akan berasa rugi membeli produk HPA sekiranya kualitinya terjamin. Pembungkusan produk juga perlulah sentiasa dikemaskini atau diberikan wajah baru pada jangka masa tertentu bagi mengesan penyelewengan yang dilakukan oleh cawangan-cawangan HPA.

3.2.2 FUNGSI PENGORGANISASIAN

Pengedar sah. Pengedar baru yang telah berdaftar wajib diberikan kad keahlian yang dilengkapi cip bagi membezakan pengedar sah dan palsu. Kad ini bagi membuktikan bahawa pelanggan yang berurusan dengan pengedar tersebut merupakan ahli yang berdaftar dibawah syarikat.

Kawalan sukuan. Kawalan yang berasaskan norma, nilai matlamat bersama kepercayaan sesama ahli kumpulan. Ini membawa maksud setiap ahli berdaftar diharapkan dapat berkongsi nilai, jangkaan dan matlamat organisasi dan bertindak selari dengannya serta wujudnya percaya mempercayai antara satu sama lain untuk kepentingan organisasi.(William Ouchi (1980))

Page | 19

Lantik Pemantau. Pemantau berperanan untuk mengadakan lawatan atau kaji selidik bagi mencari bukti-bukti kukuh terhadap pasar-pasar raya yang menjual produk atau barangan HPA tanpa kebenaran syarikat.

3.2.3 FUNGSI KEPIMPINAN

Motivasi/seminar/latihan/kursus. Ahli yang baru berdaftar wajib diberi motivasi dan latihan bagi mempertingkatkan tahap keusahawanan dan informasional (Henry Mintzberg) untuk meningkatkan kecekapan yang merupakan cara paling baik untuk melakukan kerja.(Frank Gilbreth). Melalui kursus ini ahli baru akan didedahkan dengan proses-proses perniagaan yang efisien dan menunjuk jalan bagi perniagaan yang menguntungkan tanpa perlu melanggar tata kerja yang ditetapkan oleh syarikat seperti dalam kes ini.

Tindakan Undang-undang. Pemimpin atasan perlulah berani mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlakunya penjualan tanpa

kebenaran daripada pihak syarikat. Tanpa tindakan yang tegas, pemimpin-pemimpin cawangan yang mata duitan ini akan buat sambil lewa dan akan meneruskan lagi perilaku yang salah ini pada masa yang akan datang.

Page | 20

Memberi Ganjaran. Pihak kepimpinan perlulah memberi ganjaran yang setimpal dan menarik agar kecenderungan pemimpin cawangan untuk menjual dengan harga rendah kepada pasar-pasar raya dan pasar borong akan terhapus.

3.3

Penyelesaian Kes 3:

Layanan Staf Terhadap Pelanggan

Menurut Daft (2010), 27Motivation refers to the forces either within or external to a person that arouse enthusiasm and persistence to pursue a certain course of action. Melalui motivasi, seseorang pekerja akan melakukan kerjanya dengan bersungguh-sungguh dan dengan minat yang tinggi. Ini sudah tentulah akan meningkatkan produktiviti dan hasil kerja yang diterjemahkan oleh pekerja tersebut. Daripada Adair (2007), 28Leadership and motivation are like brother and sister. It is difficult to think a leader who does not motivate others. But leadership embraces more than motivation. Jadi, adalah menjadi tangggungjawab pengurus untuk memastikan pekerja-pekerjanya sentiasa bermotivasi dan memberi komitmen yang tinggi bagi mencapai matlamat organisasi.

27 28

Lihat Daft (2010), Bab 15, ms. 442-469 Lihat Adair (2007), Bah. 1, ms. 5

Page | 21

3.3.1 Apakah yang berlaku? Staf memberi layanan yang tidak memuaskan hati kepada pelanggan. Pelanggan berasa marah dan kecewa dengan sikap staf-staf di cawangan HPA ini.

3.3.2 Apakah yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan isu ini? Kami mencadangkan agar syarikat atau pengurus cawangan ini menggunakan kaedah penyelesaian melalui Perspektif Perlakuan/Gelagat dalam menyelesaikan isu ini. Antara teori yang terkenal dalam Perspektif

Perlakuan/Gelagat ini iaitu Hierarki Keperluan Maslow.


29

Teori ini mengatakan bahawa manusia dimotivasikan oleh bermacam-

macam keperluan dan keperluan-keperluan ini wujud mengikut susunan dalam bentuk hierarki. Terdapat lima peringkat dalam Hierarki Keperluan Maslow seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah:

Penyempurnaan Diri Maruah Sosial Keselamatan Fisiologikal

Rajah 1: Hierarki Keperluan Maslow


29

Lihat Aizzat Mohd. Nasurdin et. al. , Pelajaran 12, ms. 262-264

Page | 22

Menurut Teori Maslow, segala keperluan sekiranya dapat dipenuhi, motivasi seseorang akan dapat dirangsangkan. Walaubagaimanapun, prosesnya perlulah dimulakan dari peringkat bawahan terlebih dahulu sebelum keperluan peringkat atasan dapat dirangsangkan. Sekiranya ini dapat dilakukan dengan baik dalam kes ini, staf tersebut berkemungkinan besar akan mempunyai motivasi yang tinggi dan akan meningkatkan produktiviti kerjanya.

3.3.3 Mengapakah menggunakan pendekatan ini? Pendekatan ini amat sesuai dengan sifat manusia yang sentiasa inginkan pelbagai keperluannya dipenuhi sebelum dapat memotivasikan dirinya.

3.3.4 Bagaimanakah pendekatan dilakukan?

Pendekatan dilakukan mengikut proses-proses berikut:

3.3.4.1 Keperluan Fisiologikal


30

Keperluan fisiologikal meliputi keperluan fizikal asas untuk hidup seperti

makanan dan minuman. Dalam hal ini, pihak pengurusan perlulah memastikan bahawa memastikan bahawa gaji yang diberikan dan kerja yang dilakukan setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh pekerja. Seringkali berlaku masalah di mana pekerja merungut kerana gaji yang diterima tidak setimpal dengan gaji. Gaji ciput tapi kerja macam nak mati. Faktor ini salah satu penyebab mengapa pekerja tiada motivasi dan
30

Lihat Aizzat Mohd. Nasurdin et. al. , Pelajaran 12, ms. 263

Page | 23

komitmen kerja dan membuat kerja ala kadar sahaja. Pengurus juga perlulah memastikan bahawa tempat kerja adalah suatu tempat yang menggembirakan dan kondusif. Dalam hal ini, pengurus mestilah memastikan bahawa kelengkapan-kelengkapan asas seperti penghawa dingin (kerana biasanya cawangan HPA kedainya dalam ruangan tertutup), tandas dan tempat berehat.

3.3.4.2 Keperluan Keselamatan Dari R.K. Sapru (2008) yang menulis berdasarkan Teori Hierarki Keperluan Maslow, 31Security or safety needs to follow the phsiological needs. Keperluan pada peringkat ini berkaitan dengan keselamatan kerja contohnya peti sejuk untuk menyimpan makanan sejuk perlulah disediakan dan dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan agar tidak mengganggu aturan kerja staf tersebut. Pengurus mungkin boleh memberikan suatu bentuk markah terkumpul bagi faktor kebersihan tempat kerja dan memberikan ganjaran yang setimpal pada akhir setiap bulan sekiranya memenuhi kriteria pemarkahan yang dipersetujui. Contohnya penambahan dalam gaji sebanyak RM5 bagi pencapaian kebersihan yang memuaskan atau dalam bentuk hadiah.

31

Lihat R.K.Sapru, Chapter 16, pg. 217

Page | 24

3.3.4.3 Keperluan Sosial Menurut Frank (2004),


32

apabila keperluan fisiologi dan keperluan

keselamatan dipenuhi, keperluan sosial pula akan timbul. Keperluan sosial meliputi keinginan untuk diterima oleh rakan sekerja, inginkan persahabatan, ingin diterima sebagai ahli dalam kumpulan serta dikasihi. Pengurus perlulah memastikan bahawa semua stafnya mendapat layanan yang sama dan sentiasa mengambil berat tentang masalah mereka walaupun kecil. Ahli kumpulan perlulah bekerjasama dan bersatu padu. Tidak berkira tentang pekerjaan yang dilakukan dan saling bantumembantu. Pastikan tidak berlaku salah faham antara ahli kumpulan kerana sekiranya ini berlaku, motivasi pekerja akan jatuh dan akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya sebagai protes. Sebagai contoh, mungkin kes pekerja meminta pelanggan sendiri mengambil barangan adalah tanda protes daripada pekerja tersebut.

3.3.4.4 Keperluan Maruah (Esteem) Selain daripada keperluan-keperluan yang di atas, pengurus juga boleh menaikkan motivasi pekerja dengan menekankan polisi syarikat kepada pekerja-pekerjanya. Contoh polisi syarikat ialah Anda Akan Dilayan Dengan Senyuman. Pekerja-pekerja perlu sentiasa memastikan bahawa polisi ini diikuti. Pengurus juga boleh mengisytiharkan anugerah pekerja terbaik pada setiap bulan dan memapamerkan gambar berserta anugerah

When the physiological and safety needs are met, needs for love, affection, and belongingness emerge.

32

Page | 25

yang diterima untuk tatapan pelanggan-pelanggan yang masuk. Selain itu, insentif tambahan juga boleh diberikan kepada penerima anugerah.
33

Melalui anugerah dan insentif ini akan menunjukkan bahawa syarikat

dan pengurus menghargai sumbangan pekerja-pekerja yang komited. Melalui penghargaan, motivasi pekerja dapat ditingkatkan dan seterusnya meningkatkan pula mutu pekerjaan.

3.3.4.5

34

Keperluan Penyempurnaan Diri (Self-Actualization)

What a man can be, he must be (Frank, 2004). Sebagai seorang pengurus yang berkaliber (bukannya berkaki lebar), pekerja-pekerja haruslah sentiasa diberi latihan-latihan bagi pembangunan diri dan potensi seseorang. Pengurus haruslah memberikan harapan dan kepercayaan kepada pekerja-pekerjanya untuk menjalankan kerja-kerja yang lebih mencabar selain daripada tugas yang sedia ada. Pengurus haruslah menerima pendapat-pendapat daripada pekerja-pekerjanya yang sesuai dan
35

menggalakkan mereka melakukan kerja secara kreatif. Sebagai

contoh, mungkin pengurus boleh memberikan latihan dalam pengurusan dan seterusnya menghantar pekerjanya sebagai wakil dalam mesyuarat syarikat sebagai suatu pendedahan positif kepeda pekerjanya. Pekerja pula diberi kepercayaan untuk merancang ataupun
36

mengendalikan

33

34

Lihat Aizzat Mohd. Nasurdin et. al. , Pelajaran 12, ms. 264 Lihat Aizzat Mohd. Nasurdin et. al. , Pelajaran 12, ms. 264 35 Lihat Daft (2010), Bab 15, ms. 444 36 Lihat Daft (2010), Bab 15, ms. 444

Page | 26

suatu kerja khusus yang ditetapkan oleh pengurus. Pastikan

37

matlamat

kerja tersebut adalah khusus (objektif, hasil dan tarikh akhir tugasan dinyatakan) supaya pekerja tahu hala tuju kerja yang akan dilakukan nanti.

Sekiranya kelima-lima keperluan di atas dapat dipenuhi, kemungkinan untuk berlakunya perubahan dalam tingkah laku dan motivasi pekerja adalah tinggi. Namun, sekiranya tiada perubahan, pengurus perlulah melihat kembali kekurangan-kekurangan yang berlaku dalam melaksanakan proses perubahan tingkah laku ini.

4.0

KESIMPULAN Adalah diharapkan melalui kajian kes-kes dan juga cadangan-cadangan penyelesaian akan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang berkenaan. Sekiranya cadangan-cadangan daripada kami ini dilaksanakan, kami percaya dan yakin bahawa segala permasalahan yang timbul daripada kes-kes terpilih di atas akan dapat diselesaikan.

37

Untuk menjadikan impian kita suatu kenyataan, kita perlu menetapkan matlamat yang spesifik dan boleh diukur serta tarikh penyiapan yang realistik dan boleh dicapai.

Page | 27

RUJUKAN:

Adair, John. (2007). Leadership and Motivation. Wales: Creative Print and Design

Benlian, Alexander. (2006). Content Infrastructure Management : Results of An Emperical Study In The Print Industry. Weisbaden: Gabler Edition Wissenschaft.

Berkongsi Pendapat Pemakanan Sihat & Daging Segar. (2008). Pengurusan dan Perniagaan Halal & Thoyyib. Retrieved from http://dagingsegar.blogspot.com/2008/02/salahfaham-tentang-pengurusanhalal.html

Daft, R.L., Patricia,Lane. (2010). Management, Ninth Edition. Ohio: South-Western Cengage Learning.

DuniaHerbaHPA.com. (2010). Radix Diciplak LagiAyuh Banteras Habis-habisan.


Retrieved from http://duniaherbahpa.com/tag/kopi-klon/

DuniaHerbaHPA.com. (2010). Kenyataan Rasmi Isu Kopi Radix Palsu dan Kopi Radix Di Bawah Harga. Retrieved from http://duniaherbahpa.com/2010/04/kenyataanrasmi-isu-kopi-radix-palsu-dan-kopi-radix-di-bawah-harga/

Page | 28

EPJJ Group. (2008). Etika Kerja Menurut Islam. Retrieved from http://epjjuitmdgn.blogspot.com/2008/09/etika-kerja-menurut-islam.html

Etika Perniagaan Islam. (2010). Islam dan Perniagaan. Retrieved from http://smelink.weebly.com/etika-perniagaan-islam.html

Frank, G. Goble. (2004). The Third Force: The psychology of Abraham Maslow. Maurice Bassett Publishing.

HPA-Herba Penawar Al-Wahida. (2009). Profil Syarikat. Retrieved from http://hpamall.blogspot.com/2009/06/profil-syarikat.html

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2010). Talian Nur dapat 50 000 panggilan. Retrieved from http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?page=faq_content&code=4&lang=mal ay

Keputusan Badan Syariah HPA. (2010). Keputusan Badan Syariah HPA. Retrieved from http://blog.hpa-online.net/berita-hpa/keputusan-badan-syariah-hpa.html

Sapru, R.K. (2008). Administrative Theories and Management Thought,Second Edition. New Delhi: Prentice-Hall of India Private Limited.

Page | 29

Tanya@Putera.com. (2008). HPA-Penipu Besar. Retrieved from http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/84686-hpa-penipu-besar/

Wanghalal.com.(2010). Etika Perniagaan IslamPrinsip Tidak Memudaratkan atau no Injury Principle. Retrieved from http://www.wanghalal.com/utama/index.php?option=com_content&view=article&i d=66&Itemid=73&lang=en

Page | 30

LAMPIRAN BAHAN RUJUKAN:

Page | 31

Page | 32

Page | 33

You might also like