You are on page 1of 11

2.

0 PERKAKASAN DAN PERISIAN


PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU (PLuG) TMK TAHUN 5
2.1KOMPONENRANGKAIAN
PERKAKASAN RANGKAIAN KOMPUTER:
1. Kabel rangkaian dan RJ45
2. Kad antaramuka rangkaian (NIC)
3. Hab (Hub)
4. Suis (Switch)
5. Modem
6. Penghala (Router)
7. Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access Point)
1. KABEL RANGKAIAN DAN RJ45
Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti,
peranti ke peranti dan sambungan ke rangkaian internet
dalam rangkaian berwayar.
Adalah perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan
komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian
secara berwayar.
2. KAD ANTARAMUKA RANGKAIAN (NIC)
Peranti komunikasi ini digunakan oleh komputer untuk
berkomunikasi di dalam rangkaian.
Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer
mengakses rangkaian dengan menyediakan port rangkaian
untuk sambungan ke kabel rangkaian.
Membolehkan komputer berhubung sesame sendiri.
Kad NIC untuk komputer meja dan komputer riba berbeza
dari segi bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama
3. HAB (HUB)
Peranti komunikasi digunakan untuk menyambungkan
beberapa komputer dan peranti di dalam satu LAN
Berfungsi sebagai sebagai titik pusat bagi kabel-kabel
dalam sesebuah rangkaian.
Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data itu akan
disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti
dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.
4. SUIS (SWITCH)
Mempunyai fungsi yang sama seperti hab.
Lebih berupaya menyemak data yang diterima,
menentukan alat penerima dan menghantar data
tersebut dengan tepat.
Akan memilih laluan terbaik semasa penghantaran data
kepada destinasinya.
5. MODEM
Diperlukan oleh komputer untuk mendapat sambungan
ke Internet.
Menukarkan isyarat digital ke isyarat analog dan
sebaliknya
Membolehkan komputer menghantar data melalui talian
telefon atau kabel.
6. PENGHALA (ROUTER)
Membawa data daripada satu rangkaian kepada
rangkaian yang lain.
Mempercepatkan penghantaran data melalui laluan
yang terbaik.
Juga berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang
berbeza
7. TITIK PUSAT TANPA WAYAR (WIRELESS ACCESS POINT)
Menghubungkan komunikasi berwayar untuk membentuk
satu rangkaian tanpa wayar.
Berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan
gelombang radio tanpa wayar dalam sesebuah rangkaian.
Dengan sendirinya tidak boleh membuat sambungan
ke internet - perlu disambungkan ke hab, suis atau penghala
untuk menghantar dan menerima isyarat dari peranti lain.
PERBEZAAN ANTARA HAB DAN SUIS
Hab
Menghantar data ke semua
peranti yang terdapat di dalam
rangkaian
Keselamatan data tidak terjamin
kerana semua peranti dalam
rangkaian boleh menerima semua
data yang dihantar oleh hab.
Hab menghantar data kesemua
peranti. Ini memperlahankan
penyampaian data kerana
kesesakan dalam lebar jalurnya
Lebih murah
Suis
Mempunyai keupayaan
menyimpan alamat semua peranti
yang disambungkan kepadanya.
Mampu mengesan peranti dan
menghantar data hanya kepada
peranti berkenaan dengan lebih
pantas
Lebih pintar.
Suis yang mempunyai kelajuan 10
mbps mampu mengagihkan 10
mbps ke setiap port yang ada.
Lebih mahal

You might also like