You are on page 1of 7

RANGKAIAN TANPA WAYAR

Rangkaian tanpa wayar adalah salah satu cara untuk menyambungkan


komputer-komputer dalam sebuah rangkaian. la membina sebuah
rangkaian dengan menghantar isyarat frekuensi radio di antara
komputer-komputer untuk berkongsi maklumat.

Rangkaian tanpa wayar adalah serupa dengan rangkaian berwayar tetapi


satu perbezaan nyata ialah rangkaian tanpa wayar boleh dicapai dalam
ruang litup tertentu tanpa sebarang lokasi tetap. Dengan itu pengguna
dapat bergerak bebas dan duduk dimana sahaja tanpa sebarang masalah
(jika berada di dalam ruang capaian frekuensinya).

Terdapat dua jenis topologi rangkaian tanpa wayar iaitu peret-to-peer


dan client-server. Dalam rangkaian tanpa wayar peer-to-peer rangkaian
akan berhubung dengan setiap komputer yang ada dalam rangkaian
dengan lebih mudah dan secara langsung. Manakala bagi rangkaian
tanpa wayar client-server pula, terdapat titik capaian (access point)
untuk membolehkan komputer notebook menerima dan menghantar data
menerusi titik ini menghantar kepada semua komputer yang dicapai oleh
rangkaian.
Terdapat empat jenis rangkaian tanpa wayar yang mana ia dibahagikan
menurut kelajuan capaian rangkaian dan kos untuk
mengimplimentasinya.

i. Bluetooth
ii. IrDA
iii. HomeRF (SWAP)
iv. WECA (Wi-Fi)
Bluetooth
Teknologi ini tidak digunakan secara meluas lagi dan ia tidak mampu
mengantikan rangkaian berkelajuan tinggi di antara komputer. la
berspesifikasi untuk menggunakan radio berkuasa rendah untuk
menghubungkan telefon dan komputer dalam jarak yang pendek tanpa
wayar. Topologi Bluetooth dikenali sebagai piconet atau PAN (personal
area network). Piconet mengendungi sekurang-kurangnya dua hingga
maksimum lapan peranti Bluetooth dalam rangkaiannya. Bluetooth
mempunyai jarak maksima 10 meter (30 kaki) dan kelajuan ia
berkomunikasi tidak sampai 1 Mbps. la menggunakan isyarat radio
dalam jarak 2.4 Ghz atau yang sama dengan 802.11b.

IrDA

IrDA (Inframerah) adalah sebuah piawai untuk perhubungan peranti


dengan menggunakan cahaya inframerah. Cara inilah alat kawalan jauh
berfungsi dan ia bergerak dengan kelajuan 4Mbps di samping bergerak
dalam aliran yang lurus.
SWAP
HomeRF (RF atau Radio Frequency) telah mengujudkan sebuah
standard yang dipanggil Shared Wireless Access Protocol atau SWAP.
SWAP mempunyai enam saluran suara berdasarkan kepada standard
Digital Enhanced Cordless Telecommunications (DECT) dan spesifikasi
tanpa wayar Ethernet 802.11 untuk data. Peranti SWAP melakukan 50
loncatan sesaat dan memancar pada 1 Mbps. Keberkesanan bergantung
kepada pengeluar dan jumlah gangguan yang ada di kawasan yang
digunakan.

Kelebihan SWAP:

- Murah
- Mudah dipasang
- Tiada wayar tambahan diperlukan
- Tiada titik capaian
- Terdapat enam saluran dupleks penuh (full duplex) dan satu saluran
data
- Menyokong sehingga 127 peranti setiap rangkaian
- Menyokong lebih daripada satu rangkaian
- Menyokong enkripsi untuk keselamatan data
Kelemahan SWAP:

- Kurang laju (biasanya 1 Mbps)


- Jarak terhad (20 hingga 40 meter)
- Boleh menganggu dengan peranti komunikasi
- Kurang serasi dengan rangkaian berwayar semasa
- Penerima tanpa wayar yang digunakan untuk rangkaian SWAP adalah
kad ISA, PCI atau PCMCIA yang mempunyai antena. Rangkaian SWAP
adalah jenis rangkaian peer-to-peer di mana ja memudahkan capaian
kepada rangkajan tetapi mempunyai jumlah gangguan yang ketara.

Wi-Fi
Wireless Ethernet Compatibility Alliance (WECA) telah mengemukakan
Wi-Fi (wireless fidelity) sebagai alternatif kepada SWAP. la serasi
dengan variasi IEEE 802.11 yang juga dikenali selbagai IEEE 802.11b.
Dengan keserasian kepada 802.11b, perantinya mampu berkomunikasi
pada kelajuan 11 Mbps. Walaupun capaian maksimanya ialah 11 Mbps
tetapi ia tidak tetap dan boleh menurun sehingga 1 Mbps. Namun ia
tetap stabil dan mampu memberilkan sokongan yang baik kepada
rangkaian.

Kelebihan WI-FI:
- Laju (11 Mbps).
- Stabil Jarak lebih jauh (75 hingga 125 meter)
- Boleh digabungkan dengan rangkaian berwayar semasa
- Serasi dengan sebarang peranti 802.11 DSSS

Kelemahan
- Agak mahal
- Agak sukar untuk dipasang
- Kelajuan tidak konsisten

Wi-Fi menawarkan kelajuan yang tinggi tetapi kosnya agak mahal. la


juga memerlukan titik capaian yang kosnya melebilhi RM2,000 sebuah.
Manakala kad capaian Wi-Fi pula mencecah sehingga RM500 sekeping.
la terdapat dalam versi PCI, USB dan Apple juga ada mengeluarkan
produk capaian Wi-Fi yang dikenali sebagai Airport yang juga serasi
dengan komputer berasaskan Windows.

You might also like