You are on page 1of 19

E5124 / UNIT 10 / 1

UNIT 9 : SERVIS PANDUAN RANGKAIAN DIGIS

OBJEKTIF

Objektif Am : Mengetahui dan memahami


kepentingan
dan perkhidmatan ISDN serta jenis –
jenis saluran ISDN.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya


dapat :-

mentakrif ISDN
kepentingan ISDN dalam
perhubungan
perkhidmatan dalam ISDN
struktur penghantaran serta jadual
bagi jenis – jenis saluran ISDN
E5124 / UNIT 10 / 2

INPUT

9.0 Pengenalan

Pada zaman yang serba maju ini, teknologi ISDN telah digunakan dengan
meluasnya. Kita haruslah sentiasa mempelajari teknologi yang baru mengikut
perkembangan semasa agar diri kita tidak ketinggalan zaman.

ISDN (Integrated Service Digital Network) ialah satu rangkaian perkhidmatan


yang menyediakan hubungan digital yang menyokong perkhidmatan yang meluas
termasuklah penghantaran data, suara, imej, faksimili dan sebagainya pada kelajuan
dan kualiti yang tinggi jika berbanding dengan talian telefon biasa. ISDN akan
mengabungkan pelbagaikan jenis perkhidmatan pengguna kepada satu perantaramuka
yang tunggal.

Integrated mengambarkan semua bahagian direkabentuk untuk bekerjasama agar


semua kerja dapat dipermudahkan. ISDN adalah melibatkan penghantaran data dan
suara yang disepadukan dalam satu sistem.

Servis bermaksud rangkaian melakukan sesuatu untuk kita. Perkhidmatan yang


disediakan oleh ISDN termasuklah perkhidmatan menghantar, perkhidmatan
tambahan, tele-service dan pengisyaratan.

Digital merupakan ciri utama ISDN. Teknologi digital mewakilkan maklumat dengan
logik 1 dan 0. Cara ini adalah lebih murah dan fleksibel untuk menghantar maklumat
jika berbanding dengan penghantaran analog.
E5124 / UNIT 10 / 3

Network menghubungkan sekumpulan peralatan bersama menyebabkan pengguna


boleh kerja bersama dan saling menukar maklumat.

(Analog)
Telephone
Network

Server
Server
(Packet
Switched)
Numerical Data
network

(Analog)
Rangkaian
Telex

Rajah 9.1 : Rangkaian Telekomunikasi Dan Perkhidmatan Sebelum ISDN


E5124 / UNIT 10 / 4

(Digital)
Rangkaian ISDN

Rajah 9.2: Rangkaian Dan Perkhidmatan Telekomunikasi Dengan ISDN

9.1 Kepentingan ISDN Dalam Perhubungan

Di dalam perhubungan ISDN menyediakan perkhidmatan yang cekap. ISDN boleh


mengganti pelbagai suara, fax dan talian modem. Ia mampu menampung data, suara,
video, audio dan aplikasi imej secara individu atau serentak. Satu talian ISDN boleh
disambung kepada lapan peranti.

ISDN dapat menghantar maklumat dengan laju dan tepat. ISDN dijalankan
empat hingga lapan kali lebih cepat daripada 28.8 kbps modem dan kelajuannya dapat
di skalakan iaitu dari 64 kpbs dinaikkan sehingga 230 kbps dengan menggunakan
kaedah mampatan. Isyarat digital ISDN adalah tulen dan bebas dari kesilapan tanpa
gangguan talian yang akan melambatkan atau menjejaskan perhubungan.

Kaedah kualiti penyambungan memuaskan serta lebih ekonomi. ISDN dapat


menyediakan sistem penyambungan yang lebih berkualiti dimana teknologi digital
E5124 / UNIT 10 / 5

diguna sepenuhnya berbanding dengan rangkaian yang menggunakan system analog.


ISDN boleh membawa pelbagai jenis maklumat seperti suara, video, data, teks. Ini
dapat mengurangkan struktur rangkaian dan kos peralatan penghantaran.

ISDN mampu digunakan untuk pelbagai jenis perkhidmatan. ISDN berfungsi


pada talian telefon dan litar gentian optik. Kedua – dua teknologi ini boleh digunakan
dengan meluas dan mudah didapati. Contohnya perkakasan komputer, faksimili,
telefon dan sebagainya mudah diguna pakai dengan peralatan ISDN dan
membolehkan pengguna berkongsi semua jenis maklumat diantara satu sama lain di
mana – mana sahaja.

9.2 Perkhidmatan Dalam ISDN

Berikut ialah beberapa perkhidmatan di dalam sistem ISDN (Integrated


Service Digital Network ) dalam perhubungan.

1. Telefon
Komunikasi suara yang menyokong perkhidmatan secara serentak,
membenarkan pengguna berkomunikasi dan mencapai data pada masa yang
sama.

2. Faksimili
ISDN membekalkan perkhidmatan, penghantaran dan penerimaan grafik, imej
dan sebagainya pada kadar penghantaran data setinggi 64 kbps.

3. Perhubungan LAN
Komputer yang menggunakan ISDN boleh log in kepada rangkaian LAN.
Dengan ini semua pengguna memiliki fungsi yang sama seperti penukaran
fail, capaian pangkalan data mel elektronik.

4. Internet Access
E5124 / UNIT 10 / 6

ISDN menyediakan perkhidmatan sambungan ke internet dengan lebih cepat


dan capaian maklumat yang lebih cepat dalam laman web.

5. Videoconferencing
Kombinasi secara serentak suara, data dan video membolehkan dua pihak
berkomunikasi secara langsung dari lokasi yang berlainan.

6. SOHO ( Small Office Home Office )


ISDN merupakan penghubung komunikasi yang ideal dalam menghubungkan
SOHO. Dalam ISDN, kelajuan komunikasi adalah selaras. Dengan ISDN
pengguna dalam korporat besar boleh berkomunikasi pada kelajuan yang
selaras tanpa mengguna kos yang berlebihan.

7. Pemindahan Fail
ISDN membolehkan pemindahan fail yang besar dengan lebih laju iaitu empat
kali ganda kelajuan moden analog. Dengan ciri moden ISDN yang berupaya
memampat, data boleh dihantar lebih daripada 500 kps per saluran.
E5124 / UNIT 10 / 7

AKTIVITI 9A

Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak
jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya.
Selamat Mencuba

SOALAN

9.1 Berikan penerangan ringkas mengenai ISDN.

9.2 Nyatakan LIMA (5) bidang yang boleh digunakan dalam persekitaran ISDN.

9.3 Lukiskan rajah yang berkaitan bagi menunjukkan system yang boleh digabungkan
dengan ISDN.
E5124 / UNIT 10 / 8

INPUT

9.3 Struktur Penghantaran Serta Jadual Bagi Jenis – Jenis Saluran ISDN.

Talian digital antara pelanggan dengan pejabat ISDN dibina dalam pelbagai
saluran dalam saiz yang berlainan. Mengikut piawaian ISDN terdapat tiga jenis
saluran yang kadar penghantarannya berlainan iaitu Bearer (B) channels, Data (D)
channels dan Hybrid (H) channels.

9.3.1. Bearer (B) channels

Bearer (B) channels ditakrifkan pada kadar 64 kbps. Ia adalah saluran


asas dan boleh membawa sebarang jenis maklumat digital dalam keadaan
dupleks sekiranya kadar penghantaran tidak melebihi 64 kbps. Beberapa
penghantaran boleh dijalankan pada satu masa jika isyarat dilipat ganda
dahulu dan mesti dituju kepada seseorang penerima sahaja.

Bearer (B) channels membawa maklumat dari hujung ke hujung. Ia


akan membawa suara atau data sama ada dalam format circuit switched
atau packet switched.

9.3.2. Data (D) Channels


E5124 / UNIT 10 / 9

Data channels saluran berasingan 16 atau 64 kbps bergantung kepada


keperluan pengguna. Fungsi utama D channels adalah untuk menghantar
isyarat kawalan kepada B channels. D channels membawa isyarat kawalan
untuk semua saluran yang diberitahu mengguna kaedah common –
channel signaling.

Pelanggan menggunakan D channels untuk sambungan ke rangkaian


dan memastikan penyambungan B channels. Kemudian pelanggan mengguna
B channels untuk menghantar data kepada pengguna lain.

Semua peralatan disertakan dengan talian pelanggan menggunakan D


channels yang sama untuk pengisyaratan tetapi menghantar data melalui B
channels dituju kepada penukaran tunggal. D channels adalah seperti seorang
operator yang membuat panggilan untuk anda.

9.3.3 H Channels

Hybrid (H) channels mempunyai kadar 384 kbps (H0), 1536 kbps
(H1) atau 1920 kbps (H12). H channels sesuai untuk aplikasi kadar
tinggi seperti video, teleconferencing, facsimile, data bit tinggi dan
sebagainya.

9.4 Mod Pencapaian ( Access Mode )

Gelungan digital pengguna boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Basic Rate
Interface (BRI) dan Primary Rate Interface (PRI). Setiap jenis mod adalah sesuai
untuk keperluan pelanggan yang berbeza. Kedua – duanya mengandungi satu D
channels dan beberapa B atau H channels.

9.4.1. BRI (Basic Rate)

1. Talian digital mengandungi 2 B channels dan satu 16 kbps D channels


E5124 / UNIT 10 / 10

(2B+D).

2. B channels yang setiap satunya 64 kbps tambah dengan D channels


yang 16 kbps sama dengan 144 kbps. Sebagai tambahan perkhidmatan
BRI memerlukan 48 kbps untuk beroperasi, maka BRI memerlukan
talian digital yang 192 kbps.

3. Dua B channels dan satu D channels adalah bilangan maksima yang


BRI boleh menampung. Channels tersebut tidak perlu digunakan
secara berasingan. Semua 192 kbps boleh digunakan untuk membawa
isyarat tunggal.

4. BRI direkabentuk untuk penghuni dan pelanggan syarikat kecil.

5. Kebiasaannya ia tidak perlu menganti talian tempatan yang sedia ada.


Talian tempatan yang sama dan berpintal berpasangan yang
menghantar analog boleh digunakan untuk penghantaran digital.
Walau bagaimanapun sesetengah isyarat pada talian adalah diperlukan.

6. Satu B channels membawa suara dan satu B channels lagi membawa


data seterusnya disepadukan ke dalam penghantaran yang sama di
mana D channels membawa isyarat kawalan maklumat bagi saluran B.

9.4.2. PRI (Primary Rate)

1. Talian digital mengandungi dua puluh tiga B channels dan satu D


channels yang setiap satunya 64 kbps tambah dengan satu D channels
64 kbps sama dengan 1.536 Mbps. Sebagai tambahan PRI memerlukan
8 kbps untuk beroperasi maka ia memerlukan 1.5.44 Mbps paip
digital.
E5124 / UNIT 10 / 11

2. Satu PRI menyediakan penghantaran dupleks sebanyak dua puluh tiga


sumber dan menerima nod. Penghantaran individu dikumpulkan dari
sumbernya dan dilipat ganda kepada satu tindakan untuk dihantar ke
pejabat ISDN.

3. 1.544 Mbps PRI boleh dibahagikan kepada banyak cara untuk


menemukan sebahagian pelanggan. Sebagai contoh; LAN
menggunakan PRI untuk penyambungan ke LAN lain dengan
menggunakan semua 1.544 Mbps untuk menghantar isyarat 1.544
Mbps.

4. Untuk menampung keperluan PRI juga menampung 30B + 2D, 3H0 +


D, 4H0 + D dan H12 + D.

9.5. Topologi ISDN

ISDN dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :

1. Peringkat pengguna ( user’s level )

Peringkat ini membenarkan penyambungan terminal equipment (TE) kepada


rangkaian melalui system penyuisan tempatan.

2. Peringkat penyuisan tempatan ( local switching level )

Peringkat ini membolehkan perhubungan di antara penghantar dan penerima


mengaktifkan sambungan antara pengguna.

3. Peringkat penyuisan rangkaian ( network switching level )


E5124 / UNIT 10 / 12

Peringkat ini melibatkan penghantaran dan penyuisan antara rangkaian yang


berbeza seterusnya mengaktifkan penyambungan antara suis tempatan yang
berasingan.

Trunk

User Network
Terminal Termination Termination Line
Transit
Switch

User Network
Terminal Termination Termination x

User Network Local


Terminal Termination Termination Switch

User’s Level Local Switches Level Transit Switch Level

Rajah 9.3 : Topologi Rangkaian ISDN

R S U U S

Primary
Access

Basic
Acces
E5124 / UNIT 10 / 13

Rajah 9.4 Struktur Rangkaian ISDN

AKTIVITI 9B

Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak
jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya.
Selamat Mencuba

SOALAN

9.5 Apakah perbezaan dalam saluran-saluran bagi pencapaian ISDN .

9.6 Jelaskan jenis-jenis mod pencapaian dalam talian ISDN.

9.7 Peralatan yang berfungsi seperti Model OSI bagi lapisan 1,2 dan 3 dalam ISDN
dinamakan sebagai __________________.

9.8 Perkakasan ISDN yang setara dengan DTE adalah _________________.


E5124 / UNIT 10 / 14

MAKLUM BALAS 9A DAN 9B

JAWAPAN

9.1 ISDN ( Integrated Service Digital Network ) ialah satu rangkaian perkhidmatan yang
menyediakan hubungan digital yang menyokong perkhidmatan yang meluas
termasuklah penghantaran data, suara, imej, faksimili dan sebagainya pada kelajuan
dan kualiti yang tinggi jika berbanding dengan talian telefon biasa. ISDN akan
mengabungkan pelbagaikan jenis perkhidmatan pengguna kepada satu perantaramuka
yang tunggal.

9.2 i. Telefon
Komunikasi suara yang menyokong perkhidmatan secara serentak, membenarkan
pengguna berkomunikasi dan mencapai data pada masa yang sama.

ii. Faksimili
ISDN membekalkan perkhidmatan, penghantaran dan penerimaan grafik, imej dan
sebagainya pada kadar penghantaran data setinggi 64 kbps.

iii. Perhubungan LAN


Komputer yang menggunakan ISDN boleh log in kepada rangkaian LAN. Dengan ini
semua pengguna memiliki fungsi yang sama seperti penukaran fail, capaian
pangkalan data mel elektronik.
E5124 / UNIT 10 / 15

iv. Internet Access


ISDN menyediakan perkhidmatan sambungan ke internet dengan lebih cepat dan
capaian maklumat yang lebih cepat dalam laman web.

v. Videoconferencing
Kombinasi secara serentak suara, data dan video membolehkan dua pihak
berkomunikasi secara langsung dari lokasi yang berlainan.

9.3 Rajah yang menunjukkan perlatan yang boleh dihubungkan dengan ISDN

(Digital)
Rangkaian ISDN

9.4 Bearer (B) channels ditakrifkan pada kadar 64 kbps. Ia adalah saluran asas dan boleh
membawa sebarang jenis maklumat digital dalam keadaan dupleks sekiranya kadar
penghantaran tidak melebihi 64 kbps.

Data channels saluran berasingan 16 atau 64 kbps bergantung kepada keperluan


pengguna. Fungsi utama D channels adalah untuk menghantar isyarat kawalan
kepada B channels.
Hybrid (H) channels mempunyai kadar 384 kbps (H0), 1536 kbps (H1) atau 1920
kbps (H12). H channels sesuai untuk aplikasi kadar tinggi seperti video,
teleconferencing, facsimile, data bit tinggi dan sebagainya.
E5124 / UNIT 10 / 16

9.5 Gelungan digital pengguna boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Basic Rate
Interface
(BRI) dan Primary Rate Interface (PRI). Setiap jenis mod adalah sesuai untuk
keperluan pelanggan yang berbeza. Kedua – duanya mengandungi satu D channels
dan beberapa B atau H channels.

9.6 NT2

9.7 TE1
E5124 / UNIT 10 / 17

PENILAIAN KENDIRI

Untuk memahirkan diri anda lagi mengenai unit ini, anda bolehlah
mencuba menjawab soalan kendiri yang telah disediakan. Selamat Mencuba.

SOALAN

1. Bincangkan kepentingan ISDN dalam perhubungan.

2. Kelaskan Topologi yang terdapat dalam ISDN serta rekabentukkan topologi


rangkaian tersebut.
E5124 / UNIT 10 / 18

MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI

1. Topologi ISDN

ISDN dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :

Peringkat pengguna ( user’s level )


Peringkat ini membenarkan penyambungan terminal equipment (TE) kepada
rangkaian melalui system penyuisan tempatan.

Peringkat penyuisan tempatan ( local switching level )


Peringkat ini membolehkan perhubungan di antara penghantar dan penerima
mengaktifkan sambungan antara pengguna.

Peringkat penyuisan rangkaian ( network switching level )


Peringkat ini melibatkan penghantaran dan penyuisan antara rangkaian yang berbeza
seterusnya mengaktifkan penyambungan antara suis tempatan yang berasingan.
E5124 / UNIT 10 / 19

2. Trunk

User Network
Termina Termination Termination Line
l Transi
t

User Network
Termina Termination Termination x
l

User Network Local


Termina Termination Termination Switch
l

User’s Level Local Switches Level Transit Switch Level

Tahniah diucapkan kepada anda kerana telah menjawab


soalan penilaian kendiri. Sekiranya anda memerlukan
maklumat jawapan dengan penjelasan yang lebih teliti
sila merujuk kepada pensyarah anda.Teruskan usaha
anda dengan pergi ke Unit 11.Selamat Maju Jaya.

You might also like