You are on page 1of 16

Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

Penghargaan

Tugasan ini berjaya disempurnakan dengan bantuan ikhlas daripada pelbagai pihak. Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu yang telah menghulurkan
bantuan secara langsung dan tidak langsung. Setinggi-tinggi penghargaan juga disampaikan
kepada insan yang mendorong dan menyokong saya dari semua aspek untuk menyelesaikan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pensyarah Subjek JFP 463 E
Security Investment and Portfolio Management, Dr. Zarina Md Nor dan Universiti Sains
Malaysia kerana memberi peluang untuk melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini mewujudkan
peluang kepada saya untuk mempelajari ilmu penting diluar bilik darjah. Ia juga memberikan
saya peluang untuk tampil dengan keyakinan semasa bersemuka dengan orang awam demi
melakukan temubual. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Saya
megucapkan terima kasih kepada Dr. Zarina kerana memberi sokongan dengan menyediakan
pelbagai sumber rujukan dan laman web yang telah menjadi garis panduan dalam
menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga
saya yang telah memberikan sokongan moral dan bantuan dari segi pendapat, masa serta
kewangan. Tidak dilupakan juga rakan seperjuangan yang saling berkongsi maklumat dan
idea untuk sama-sama menyempurnakan tugasan ini.

Akhir sekali, sekalung terima kasih kepada semua responden yang telah memberikan
kerjasama yang baik serta sanggup meluangkan masa keemasan mereka untuk menjawap
borang soal selidik dan berkongsi pengetahuan dengan saya. Kerjasama dari pihak responden
menjadi aspek utama yang membantu saya untuk mendapatkan maklumat untuk
menyempurnakan tugasan ini. Malah, terdapat juga responden yang sudi berkongsi
pengalaman dalam bidang kewangan dan tidak lokek berkongsi ilmu.

1
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

Abstrak

Perkara utama yang akan terlahir dalam minda apabila berbicara tentang aspek kewangan
ialah jumlah pendapatan bulanan, perbelanjaan bulanan serta sejumlah wang yang perlu
disimpan. Semua itu secara tidak langsung menonjolkan kebijaksanaan dan kecekapan
seseorang individu dalam menguruskan kewangan untuk diri sendiri mahupun keluarga.
Pengetahuan kewangan merupakan satu faktor yang sangat penting dalam mempengaruhi
keputusan atau tingkah laku pelaburan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pengetahuan kewangan yang mendalam membolehkan generasi X dan Y hidup dalam


keadaan sejahtera dan terurus. Majoriti belia yang berusia 15 hingga 28 tahun yang berada
dalam kumpulan generasi Y belum merasakan tekanan hidup khasnya dari segi kesempitan
kewangan kerana mereka masih berada di bawah tanggungan ibu bapa, malah pengetahuan
kewangan dalam kalangan mereka adalah kurang. Di samping itu, belia yang tergolong dalam
kumpulan generasi X (individu yang berusia 29 hingga 40 tahun), literasi pengurusan
kewangan adalah sangat penting. Generasi X terikat dengan beberapa komitmen kewangan
tanpa mengambil kira jumlah pendapatan. Ia merangkumi bayaran sewa rumah, bayaran
ansuran kenderaan, penyelenggaraan kenderaan, bayaran pinjaman pelajaran, bayaran kad
kredit, bayaran ansuran perabut, bayaran pinjaman peribadi melangsungkan perkahwinan dan
banyak lagi yang menjadi punca utama generasi X tidak terdaya untuk melabur mahupun
menabung.

Pengetahuan kewangan merupakan isu yang hangat dalam kalangan masyarakat bandar yang
berkerjaya dan berpendidikan tinggi namun, bagi masyarakat luar bandar yang berstatus
sederhana atau miskin isu ini merupakan sesuatu yang terhad kepada 3 perkara utama iaitu
pendapatan, perbelanjaan dan pembayaran semula hutang sahaja. Dalam tugasan ini, saya
melakukan temubual bersama 10 orang responden secara rawak. Mereka tergolong ke dalam
ciri demografi yang pelbagai. Temubual ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat penting
yang akan membantu saya untuk menghubungkaitkan literasi /pengetahuan kewangan dan
tingkahlaku pelaburan masyarakat di Malaysia.

Konklusinya, saya mendapati bahawa pengetahuan yang secukupnya dalam bidang kewangan
menjadi pendorong utama yang mempengaruhi tingkahlaku pelaburan individu. Saiz sampel
yang kecil serta kedudukan geografi yang terhad merupakan kekangan dalam melakukan
tugasan ini.

2
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

1.0 Pengenalan

Literasi berpandukan Kamus Dewan bermaksud kebolehan. Manakala kewangan bermaksud


perihal wang. Secara ringkasnya, literasi kewangan bermaksud kebolehan atau kebijaksanaan
untuk menguruskan perihal kewangan diri sendiri dan keluarga. Dalam erti kata lain, tahap
literasi kewangan di kalangan masyarakat perlu diperkukuhkan bagi membantu mereka
menguruskan atau mengendalikan kewangan mereka setelah berupaya berdikari dengan
pendapatan sendiri.

Individu dikatakan yang celik wang jika mereka berwibawa dan boleh menunjukkan mereka
menggunakan ilmu yang dipelajari. Celik wang tidak boleh diukur secara langsung, maka
perwakilan mesti dugunakan. Celik wang diperoleh melalui pengalaman praktikal dan
integrasi ilmu yang aktif. Apabila orang ramai menjadi semakin celik wang, mereka akan
semakin canggih dan seterusnya menjadi semakin berwibawa ( Moore, 2003). Mengikut ahli
falsafah, Lusardi and Tufano (2008) literasi kewangan ialah kebolehan untuk membuat
pertimbangan yang wajar dan mengambil keputusan efektif berkaitan dengan penggunaan
dan pengurusan wang. Pengetahuan asas konsep kewangan, seperti peranan faedah
terkompaun, perbezaan antara nilai nominal dan sebenar, dan asas kepelbagaian risiko.
Kebolehan menilai instrumen kewangan menjadi satu kepentingan, kebanyakan konsep asas
ekonomi yang diperlukan untuk membuat keputusan simpanan yang waras dan pelaburan.

Proses pembuatan keputusan kewangan adalah sangat penting dalam menjamin kecekapan
pengurusan kewangan dan seterusnya kelangsungan hidup seseorang individu terutama sekali
dalam zaman kemodenan terkini dimana kewangan semakin berubah serta menjadi lebih
kompleks dengan pelbagai penawaran instrumen kewangan yang bersifat serba canggih dan
berteknologi tinggi. Salah satu aspek utama yang mampu mempengaruhi pembuatan
keputusan kewangan seseorang individu ialah pengetahuan atau literasi kewangan atau celik
wang. Bernheim (1995, 1998) adalah antara pengkaji yang awal yang membuktikan bahawa
pengetahuan kewangan adalah penting dalam pembuatan keputusan oleh isirumah.
Sehubungan dengan ini, pengkaji-pengkaji lain mendapati bahawa literasi kewangan boleh
mempengaruhi pembuatan keputusan kewangan penting termasuklah pengurusan hutang
(Brown & Graf, 2013), keputusan untuk menabung dan meminjam, membuat bajet dan
perancangan kewangan seperti rancangan persaraan (Dvorak & Hanley, 2010; van Rooij,
Lusardi & Alessie, 2011), keputusan pelaburan (van Rooij, Lusardi & Alessie, 2011) dan
keputusan pembiayaan (Chaterjee, 2013).

3
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

2.0 Kaedah Kajian

Berdasarkan contoh-contoh serta bagi menepati spefikasi tugasan yang telah diberikan oleh
pensyarah, saya telah melaksanakan kajian berbentuk kualitatif, dimana literasi kewangan
dalam tugasan ini diwakilkan dengan 3 dimensi iaitu pengetahuan kewangan, tingkah laku
pelaburan kewangan dan pengalaman kewangan sepertimana dalam kajian Moore (2003).
Ketiga-tiga dimensi ini dapat menghasilkan dapatan kajian yang lebih menyeluruh dan
lengkap dalam menggambarkan tahap literasi kewangan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Dari segi pengukuran pula, tugasan ini menggunakan nilai purata bagi setiap skor
yang diperolehi oleh setiap dimensi dalam literasi kewangan, selari dengan kajian-kajian
terdahulu yang telah dibincangkan di atas. Faktor yang akan dikaji adalah faktor demografi
masyarakat termasuk jantina, tempat tinggal, jumlah pendapatan, bangsa, kelayakan
akademik, dan pekerjaan.

2.1 Kaedah Pensampelan

Secara umumnya, saya telah memilih secara rawak 10 orang responden yang saya
jumpa di sekitar tempat kerja, universiti dan kediaman saya, maka boleh dikatakan
bahawa ciri-ciri demografi setiap responden adalah berbeza. Responden yang
ditemubual adalah berlainan jantina, umur, bangsa, tempat tinggal (bandar/luar
bandar), pekerjaan, taraf pendidikan dan latar belakang keluarga. Oleh sebab itu,
berdasarkan pensampelan rawak, 2 orang responden dari lokasi yang berbeza dipilih
sebagai sampel. Namun begitu, hasil keputusan daripada temubual dan soal selidik ini
harus diinterpretasikan secara berhati-hati sesuai dengan limitasi sampel yang diambil.
Keseluruhan saiz sampel berjumlah 10 orang individu.

2.2 Rekabentuk Soal Selidik

Data kajian dikutip secara sepenuhnya melalui soal selidik. Borang Soal selidik
direkabentuk dengan teliti agar ia dapat memenuhi objektif kajian. Borang soal selidik
dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian A ialah tentang ciri-ciri demografi
responden dan keluarga. Kebanyakan soalan dalam bahagian ini terdiri daripada
soalan-soalan jenis tertutup kecuali bagi soalan tentang jumlah pendapatan dan jenis
pelaburan yang diceburi. Seterusnya, bahagian B hingga D melibatkan 3 dimensi
literasi kewangan iaitu pengetahuan kewangan, tingkah laku pelaburan kewangan dan
pengalaman kewangan. Setiap bahagian ini diwakili dengan 5 - 10 soalan. Setiap item

4
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

dalam bahagian ini diukur dengan menggunakan skala Likert 5-mata yang mewakili 1
= Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju, 5 = Sangat
Setuju.

2.3 Kaedah Analisis

Analisis empirikal dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian
pertama bertujuan untuk menentukan tahap literasi kewangan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Ini dilakukan dengan terlebih dahulu mengira skor literasi
kewangan untuk setiap responden. Kaedah purata digunakan bagi tujuan tersebut.
Skor yang dikira membolehkan setiap responden dikelas kepada tahap literasi
kewangan yang tertentu. Kajian ini mengkelaskan skor yang diperoleh kepada tiga
tahap iaitu nilai skor yang lebih besar daripada sifar tetapi kurang dan sama dengan 1
(0 < skor ≤ 1) merujuk kepada literasi kewangan tahap lemah. Tahap yang kedua iaitu
literasi kewangan tahap sederhana mengambil nilai skor yang terletak di antara 1 dan
2 (1 < skor ≤ 2), manakala tahap ketiga iaitu literasi kewangan tahap tinggi pula
merujuk kepada nilai skor kurang daripada dan sama dengan 3 tetapi lebih besar
daripada 2 (2 < skor ≤ 3) (McCaffer dan Muhd Zaimi, 1997). Pengkelasan tahap
literasi kewangan ini diringkaskan dalam Rajah 1.

Rajah 1. Garisan Nombor bagi Skor Literasi Kewangan

Tahap Celik Wang

Lemah Sederhana Tinggi

Skor Celik
Wang 1 2 3 4 5

Bahagian kedua melibatkan analisis untuk mengenalpasti faktor-faktor yang


mempengaruhi literasi kewangan dalam kalangan responden. Faktor-faktor yang
dikaji terdiri daripada ciri-ciri demografi responden termasuk jantina, umur, tempat
tinggal (bandar/luar bandar), pekerjaan, taraf pendidikan dan latar belakang keluarga.

5
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

2.3.1 Pengukuran

Menurut Malhotra dan Birks (2007), pengukuran merujuk kepada penetapan


nombor atau simbol lain kepada ciri-ciri objek mengikut spesifikasi peraturan
tertentu. Terdapat empat tahap skala pengukuran, ia termasuklah nominal,
ordinal, nisbah dan selang.

2.3.2 Ciri Demografi

Kedua-dua skala nominal dan ordinal digunakan untuk mengukur demografi


profil responden dalam Bahagian A. Jantina, tahap kelayakan dan jenis
pendidikan diukur mengikut skala nominal. Tahap umur dan pendapatan
adalah diukur dalam skala ordinal. Ukuran skala nominal digunakan untuk
mengukur pembolehubah bebas, termasuk tahap jantina dan pendidikan. Di
sebaliknya, skala ordinal digunakan untuk mengukur pembolehubah bebas,
yang terdiri daripada umur dan tahap pendapatan. Literasi kewangan diukur
menggunakan skala nominal.

2.3.2.1 Jantina

Dalam Bahagian A, terdapat satu soalan untuk menentukan jantina responden.


Jantina ingin dikaji untuk menentukan sama ada terdapat sesuatu hubungan
yang signifikan antara jantina dan perancangan kewangan.

2.3.2.2 Umur

Terdapat satu soalan mengenai umur dalam soal selidik untuk menguji
hubungan antara perancangan kewangan dan umur responden (Lusardi &
Mitchell, 2007). Terdapat empat kategori umur, termasuk 21-30, 31-40, 41-50
dan ke atas 50. Saya ingin menentukan sama ada kumpulan umur responden
yang berbeza akan mempunyai perancangan kewangan yang berbeza.

2.3.2.3 Tahap Pendidikan

Terdapat dua soalan mengenai pendidikan seperti jenis pendidikan dan


pendidikan tertinggi yang diterima oleh responden. Kedua-duanya adalah
penting untuk menentukan korelasi mengenai perancangan kewangan (Lusardi
& Mitchell, 2007).

6
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

2.3.2.4 Tahap Pendapatan

Dalam soal selidik, terdapat satu soalan mengenai tahap pendapatan responden.
Tahap pendapatan dikategorikan ke bawah RM 1,000, RM 1,001- RM 3,000,
RM 3,001- RM 5,000, RM 5,001- RM 10,000 dan melebihi RM 10,000. Saya
ingin meneliti sama ada tahap pendapatan responden akan memberi impak
besar kepada diri mereka sendiri dalam perancangan kewangan.

2.3.2.5 Pengetahuan Kewangan

Beberapa bahagian digunakan untuk menguji tentang hubungan antara literasi


kewangan dengan perancangan kewangan. Bahagian C dan Bahagian D telah
diolah dari Lusardi dan Mitchell (2007). Terdapat lima soalan di Bahagian B
yang meminta responden menjawap soalan asas kewangan serta terdapat lapan
soalan dalam Bahagian D yang meminta responden soalan kewangan yang
lebih mendalam. Kemudian, dua bahagian ini dibandingkan dengan keputusan
yang diperolehi dalam Bahagian B. Bahagian B ditanya dalam bentuk ya atau
tidak, manakala Bahagian C dan Bahagian D diminta dalam bentuk soalan
pelbagai pilihan. Saya ingin menentukan bagaimana persepsi diri terhadap
pengetahuan kewangan, celik kewangan dan jurang antara persepsi diri
terhadap pengetahuan kewangan dan pengetahuan kewangan sebenar
mempengaruhi perancangan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

2.3.2.6 Pelaburan

Terdapat 4 soalan yang berkaitan dengan aspek pelaburan dalam borang soal
selidik yang digunakan. Soalan-soalan ini merupakan campuran soalan
terbuka, soalan ya atau tidak, soalan berbentuk nominal dan satu soalan
terbuka. Tujuan utama soalan-soalan berkenaan ditanya kepada responden
ialah untuk menentukan corak tingkahlaku pelaburan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Malah, saya ingin mendapatkan kepastian sama ada
pengetahuan atau literasi kewangan mempunyai impak yang signifikan
terhadap tingkahlaku pelaburan atau tidak.

7
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

2.4 Kaedah Pengumpulan Data

Dalam tugasan ini saya telah menggunakan 2 jenis data, data primer dan sekunder.
Data primer telah diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada
responden. Kesemua 10 orang responden telah menjawap dengan lengkap dan setiap
borang soal selidik dapat digunakan. Di samping itu, saya juga telah menggunakan
data sekunder yang didapati melalui jurnal dan artikel untuk tujuan memperkukuhkan
lagi hasil kajian saya.

2.5 Populasi Target

Populasi yang menjadi target untuk kajian ini terdiri daripada individu yang berada
dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun. Responden terdiri daripada penduduk
bandar dan luar bandar. Malah, responden juga merupakan individu yang mempunyai
tahap pendidikan yang berbeza-beza.

2.6 Saiz Pensampelan

Saiz minimum pensampelan ialah 10 keping borang soal selidik mewakili 10 orang
responden yang akan ditemubual. Kesemua 10 keping berjaya dijawap dengan
lengkap dan kadar pulangan semula borang soal selidik ialah 100 %.

Jadual 1 : Taburan Sampel

Responden Jantina Umur Tempat Tinggal Tahap Pekerjaan Jumlah


( B/ BL) Pendidikan Pendapatan
1 L 25 B Diploma Mekanik > RM 2000
2 L 38 B Ijazah Pegawai > RM 2800
3 L 52 BL Rendah Pemandu > RM 1500
4 P 41 B Menengah Peniaga > RM 6000
5 P 22 BL Sijil Belajar > RM 0
6 L 58 BL Diploma Guru > RM 5600
7 P 60 B Rendah Pencen > RM 800
8 P 37 B Ijazah Guru > RM 3500
9 L 29 BL Ijazah Pegawai > RM 3000
10 P 50 BL Menengah Pegawai > RM 4000

8
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

3.0 Hasil Kajian

Masyarakat Malaysia mempunyai satu pemikiran di mana mereka percaya mereka tahu
dengan mendalam tentang kewangan. Namun, hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti
masyarakat hanya tahu sebahagian kecil atau asas kewangan sahaja. Konsep kewangan asas
yang terkenal dalam kalangan masyarakat ialah kadar faedah, nilai masa wang, inflasi, kadar
pertukaran mata wang dan beberapa perkara asas lagi. Konsep asas ini sebenarnya tidak
mencukupi untuk membantu pengaruh tingkahlaku pelaburan dalam kalangan masyarakat.

Melalui hasil kajian ini, saya dapat merumuskan bahawa masyarakat masih kurang ilmu
berkaitan literasi kewangan, khususnya bagi golongan yang kurang pendidikan. Mereka tidak
tahu langsung apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan dan sebagainya. Ilmu mereka
hanya terhad kepada gaji, belanja dan hutang. Lebih-lebih lagi lapisan tua yang hanya
mempunyai sumber pendapatan umpama, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Pemikiran golongan tersebut hanya berkitar setakat berbelanja untuk barang dapur dan
keperluan yang lain. Golongan ini tidak didedahkan langsung kepada pengetahuan kewangan
yang sewajarnya.

Faktor demografi seperti bangsa dan jantina tidak mempunyai impak yang signifikan
terhadap pengetahuan kewangan dan tingkahlaku pelaburan. Ia adalah tidak kira sama ada
lelaki atau wanita, apabila mereka mempunyai pendedahan yang secukupnya kepada
pengetahuan kewangan maka mereka mempunyai potensi yang tinggi untuk berusaha ke arah
penyimpanan wang dan seterusnya melibatkan diri dalam kegiatan pelaburan.

Penduduk di bandar lebih banyak terdedah kepada aspek-aspek literasi kewangan dan
sebagainya. Golongan penduduk bandar mempunyai konsep terbuka dan positif dalam hal ini.
Mereka mempamerkan gaya pemikiran yang rasional dan menerima pelaburan dengan minda
yang aktif. Malah, kebanyakan mereka terlibat dengan aktiviti pelaburan walaupun secara
kecil-kecilan. Pelaburan yang paling selamat dan terkenal dalam kalangan mereka ialah
seperti Pelaburan ASB.

Saya juga telah menggunakan data sekunder untuk mengkaji hubungan antara pengetahuan
kewangan dan tingkahlaku pelaburan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pelaburan ialah
kaedah peyuntikan modal kedalam sesebuah syarikat dengan tujuan untuk mendapat
keuntungan dalam tempoh tertentu. Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh disertai
seperti pelaburan amanah saham dan pelaburan terbuka. Contohnya, Amanah Saham

9
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

Nasional Berhad dan Amanah Saham Didik. Amalan melabur wajar diamalkan kerana ia
dapat menyumbang banyak kepentingan kepada masyarakat. Kepentingan melabur kepada
masyarakat ialah ia menjadi sumber simpanan untuk masa depan atau untuk usia tua. Hal ini
kerana apabila usia kita semakin meningkat, kemampuan untuk bekerja semakin berkurangan.
Tambahan pula, orang yang berada di sekeliling termasuklah anak-anak kita sekarang belum
tentu dapat menyara kita pada usia tua kelak. Penting untuk kita melabur sekarang sebagai
persiapan kita menghadapi hari tua.

Selain itu, pelaburan penting untuk pendidikan anak-anak. Kos untuk melanjutkan pelajaran
pada peringkat diploma dan ijazah semakin mahal pada masa ini. Pinjaman atau biasiswa
yang disediakan kerajaan mungkin tidak mencukupi untuk menampung kos pengajian
tersebut. Pelaburan yang dibuat ibu bapa pada masa ini mampu menyerap kenaikan kos
pengajian yang semakin meningkat kelak. Seterusnya, pelaburan juga penting sebagai
pengurangan inflasi. Kenaikan harga barang keperluan asas seperti gula, garam, beras dan
sebagainya menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Pendapatan yang diperolehi
tidak mampu menampung kenaikan harga barangan tersebut. Oleh itu, melabur dapat
menghadapi masalah inflasi iaitu peningkatan harga barang di pasaran.

“ SERDANG 2 Mac - Golongan muda bawah 40 tahun di Malaysia didapati bukan sahaja
mempunyai tahap pengurusan kewangan yang lemah tetapi kurang pengetahuan tentang
pengurusan kewangan terutama dalam aspek berkaitan dengan kredit dan hutang, pengurusan
risiko, pelaburan serta perbankan Islam. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra
Malaysia (UPM) ke atas 480 responden (berumur 40 tahun ke bawah) pada tahun lalu
mendapati, golongan itu mudah keliru apabila menyentuh tentang aspek-aspek kewangan dan
tabungan masa depan. Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti
Ekologi Manusia, UPM, Dr. Mohamad Fazli Sabri (gambar) berkata, daripada hasil kajian
yang dijalankan itu, 52.8 peratus menyatakan pendapatan mereka hanya cukup untuk
memenuhi keperluan asas sahaja manakala untuk simpanan pula, hanya 53.1 peratus mampu
menabung kurang daripada 10 peratus pendapatan.

"Generasi muda hari ini masih lagi keliru apabila berkait dengan kewangan mereka terutama
dalam simpanan hari tua, pelaburan pintar, hutang dan kad kredit. Bahkan, mereka
mempunyai pengetahuan kewangan yang rendah mengenai kadar faedah, inflasi dan
kepelbagaian risiko. "Kesannya, mereka tidak mampu mencapai kesenangan dan kekayaan
kerana sering berhadapan dengan bebanan kewangan disebabkan tidak berupaya dalam

10
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

menguruskan bajet dan merancang kewangan dengan baik," ujar beliau kepada Utusan
Malaysia di sini baru-baru ini. Tahun lalu, laporan menunjukkan 68,299 individu berumur di
bawah 45 tahun diiisytiharkan bankrap dalam tempoh 2005 hingga 2012. Kebimbangan itu
bukan kerana jumlahnya melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan 129,640 individu
yang dilaporkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dalam tempoh itu, tetapi secara
tidak langsung menzahirkan budaya pengurusan kewangan yang masih lemah dalam
kalangan belia di negara ini.

Mohamad Fazli berkata, masalah beban kewangan ini turut dapat dilihat di beberapa buah
negara maju, misalnya Jerman pada 2011 mempunyai kepadatan penduduk seramai 6.4 juta
dan hampir 243,000 ribu pekerja muda berada dalam keadaan hutang yang tinggi. Hal yang
sama, katanya, turut berlaku di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) di mana
peningkatan hutang pekerja muda bertambah hampir 100 peratus di UK dan 52 peratus di AS
pada tahun 2004. Bahkan, beliau juga bimbang terhadap situasi rakyat Malaysia yang
memilih sumber kewangan tidak sah dan berdaftar seperti ceti haram atau ah long sebagai
jalan menyelesaikan beban kewangan. "Kita bimbang sekiranya perkara ini berterusan, rakyat
Malaysia akan tersentak setiap kali berlakunya kenaikan harga barang terutama sekali apabila
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan tahun depan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, pengurusan kewangan tidak mempunyai tempoh ‘ deadline’
tertentu sebaliknya perlu bermula pada bila-bila masa tanpa menunggu pelaksanaan GST
mahupun tidak. "Namun, adalah lebih baik bermula dari sekarang dengan melibatkan
keluarga (ibu bapa dan anak-anak) dalam merancang kewangan," katanya.”

(Sumber : Utusan Online, Mac 3, 2014)

Kadar celik pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia masih meruncing sehingga
menyaksikan lambakan sindiket penipuan skim cepat kaya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata keupayaan aspek kewangan
rakyat ketika ini berada dalam situasi membimbangkan susulan laporan Bank Negara
Malaysia.

Katanya, kajian mendapati 72 peratus daripada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) hanya mempunyai simpanan sekitar RM50,000 pada usia prapesaraan, iaitu 54
tahun.

11
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

"Ini bermakna 50 peratus daripada pesara akan kehabisan dana KWSP mereka dalam tempoh
lima tahun, sekali gus memberikan impak serius jika tidak ditangani.

"Kita turut bimbang dengan statistik bahawa lebih 50,000 orang menjadi mangsa skim
pelaburan haram yang beroperasi di negara ini, sejak Disember 2015 lalu.

"Tanpa pengurusan kewangan yang betul, kerajaan bimbang lebih ramai akan
memperuntukkan wang persaraan terhadap skim pelaburan haram yang akhirnya merugikan
mereka," katanya pada ucaptama perasmian Pameran Pelaburan Syariah 2017, di sini,
sebentar tadi.

(Sumber : Berita Harian, November 25, 2017)

Model Kemampuan Kewangan

12
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

4.0 Kesimpulan

Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap literasi kewangan dalam kalangan masyarakat
Malaysia adalah sederhana. Dimensi literasi kewangan iaitu pengetahuan dan sikap
kewangan agak baik secara puratanya. Namun begitu, pengalaman kewangan adalah agak
lemah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa hanya tahap pendidikan, jenis kawasan
kediaman dan jumlah pendapatan yang memberi kesan kepada literasi kewangan dalam
kalangan masyarakat Malaysia dan ia mempunyai hubungan yang langsung dengan aspek
tingkahlaku pelaburan. Golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang
cemerlang mempamerkan tahap literasi kewangan yang paling tinggi. Di samping itu,
penduduk kawasan bandar lebih terdedah kepada literasi kewangan lebih tinggi berbanding
dengan penduduk di kawasan luar bandar. Faktor-faktor lain termasuk jantina, bangsa dan
umur tidak mempengaruhi literasi kewangan dengan signifikan.

Namun begitu, jumlah pendapatan merupakan aspek utama yang memainkan peranan yang
lebih tinggi berbanding literasi kewangan dalam mempengaruhi tingkahlaku pelaburan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Walaupun kebanyakan masyarakat arif tentang literasi
kewangan, namun mereka tidak mempunyai sumber dana yang secukupnya untuk melabur
dalam sektor pelaburan. Bagi golongan yang muda, walaupun mereka sedar tentang kebaikan
pelaburan dan mampu menilai instrumen kewangan, mereka tidak mempunyai aset yang
banyak untuk dilaburkan.

Kerajaan harus mengimplikasikan peranan penting dalam meningkatkan tahap literasi


kewangan dalam kalangan masyarakat. 3 dimensi literasi kewangan iaitu pengetahuan
kewangan, tingkah laku kewangan dan pengalaman kewangan perlu didedahkan kepada
semua lapisan masyarakat melalui kempen, kursus dan pelbagai program kemasyarakatan
yang relevan. Selain itu, pendidikan literasi kewangan harus diperkenalkan kepada pelajar
sama ada berbentuk asas atau lanjutan bergantung kepada kesesuaian. Misalnya, langkah
yang telah dilaksanakan oleh BNM dan AKPK dalam menyampaikan pendidikan kewangan
kepada pelajar-pelajar di universiti awam (UA) dan politeknik sangat tepat dalam membantu
pihak UA menyediakan para pelajar berdikari dalam menguruskan kewangan peribadi
mereka di alam pekerjaan kelak.

Di samping itu, berdasarkan dapatan hasil beberapa kajian, saya dapat merumuskan bahawa
golongan generasi belia negara kita masih tidak mempunyai literasi kewangan yang jelas
tentang kaedah menguruskan kewangan diri sendiri dan keluarga mereka. Neva R. Goodwin

13
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

di dalam bukunya yang bertajuk Human Well Being and Economic Goals mengatakan
bahawa “economic growth is seen as a subset of human well-being. Whatever economic
growth occurs it will always contribute to human wellbeing”. Pandangan pakar ekonomi dari
Harvard Universiti menjelaskan kepada kita bahawa literasi kewangan yang teguh di
kalangan masyarakat terutama belia akan menjamin kepada kesejahteraan di dalam
meneruskan kehidupan di dalam dunia serba mencabar kini.

Pakar ekonomi tempatan juga telah mengemukakan beberapa cadangan mana antaranya ialah
budaya menabung dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan serta dititikberatkan
dalam perancangan kewangan mereka. Keduanya, masyarakat juga harus didedahkan dengan
ilmu pengetahuan yang mampu mendedahkan kepelbagaian kemahiran di dalam diri mereka
supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif di dalam menjamin peningkatan dan kemajuan diri
mahupun keluarga. Ekoran, maklumat literasi kewangan perlu disampaikan sebagai persiapan
kepada belia untuk menjana pendapatan melalui pelaburan dalam jangka masa yang lebih
lama demi kebaikan kepada diri sendiri, keluarga dan Negara.

Wang yang anda miliki hendaklah digunakan dengan sebaikbaiknya. Pepatah Inggeris ada
menyatakan “..orang yang paling kaya ialah mereka yang berbelanja dengan membeli
barangan yang berpatutan dan murah..”. Berdasarkan pepatah tersebut,semua yang boleh
menjadi kaya dengan menjadi pembeli yang bijaksana. Orang kaya juga akan menjadi miskin
jika boros berbelanja dan membazir. Caranya mudah dan senang iaitu berhemah dalam
berbelanja. Belanja secara bijak dan berhemah memerlukan pengetahuan, kemahiran serta
maklumat. ( Mohamad, 2006).

Akhir kata, pelaburan amat penting bagi memenuhi tujuan kita, pelaburan memastikan
keuntungan kepada negara dan juga kepada pelabur. Melabur seperti rumah, hartanah, saham
dan sebagainya dapat memberi keuntungan lumayan. Bukan itu sahaja, pelabur asing secara
tidak langsung dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur negara ini kerana teknologi
dari luar negara di bawa masuk ke negara kita. Pelaburan awal akan memberi keuntungan
untuk masa depan kita. Oleh itu, amalan melabur wajar diterapkan dalam kalangan
masyarakat agar masa depan terjamin. Jangan hendaknya, sudah terhantuk baru tergandah,
kerana kesukaran hidup pada masa tua sukar dijangka.

14
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

5.0 Rujukan

Arrondel, L., Debbich, M. & Savignac, F. (2013, December). Financial Literacy andFinancial

Planning in France. Retrieved Februari 17, 2018, from http://www.banque-


france.fr/uploads/tx_bdfdocumentstravail/DT-465.pdf

Bank Negara Malaysia. (2011). BNM Catalogue. Retrieved Mac 07, 2018, from

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_publication_catalogue&pg=en_publicatio

n_blueprint&ac=7&lang=en

Chai, M. T., Chia, Y. K., Fong, S. N., Lew, W. C., & Tan, C. T. (May, 2012). Determinants

of saving behaviour among the university students in Malaysia. Retrieved Januari 20,

2018, from http://eprints.utar.edu.my/607/1/AC-2011-0907445.pdf

Elaine, C., Lum, P. C., Tan, Y. P. & Wong, C. Y. ( November, 2014) . Financial Planning

And Financial Literacy Of Malaysians In Klang Valley. Retrived Mac 1, 2018 from

http://eprints.utar.edu.my/1683/1/Financial_Planning_and_Financial_Literacy_of_Ma
laysians_in_Klang_Valley_(PDF).pdf

Eugene, M. & Wong, W. (2013). Malaysians don't save enough to see them through

their retirement years. The Star. Retrieved Februari 26, 2018, from

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/08/10/Saving-
forretirement-Malaysians-dont-save-enough-to-see-them-through-their-
retirementyears/

Lily, Ic (Unknown). Financial Literacy Briefing 1: What Is Financial Literacy? Retrieved

Mac 1, 2018, from https://www.birmingham.ac.uk/Documents/college-social-

sciences/education/research-centres/financial-literacy-briefing1.pdf

Francis, B., Hasan, I., Park, J. C. & Wu, Q. (2014). Gender differences in financial reporting

decision-making: Evidence from accounting conservatism. Retrieved Februari 12,


2018, from http://www.suomenpankki.fi/pdf/172914.pdf

15
Literasi / Pengetahuan Kewangan dan Tingkah Laku Pelaburan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

Lusardi, A. & Mitchell, O. S. 2011. Financial literacy and retirement planning in the United

States. NBER Working Paper No. 17108, June 2011.

Lusardi, A., Mitchell, O.S. & Curto, V. 2009. Financial literacy among the young: Evidence

and implication for consumer policy. NBER Working Paper No. 15352, September
2009.

Mohamad, F. S. (2006). Literasi Kewangan Belia : Perancangan Kewangan Mahasiswa,

GEMS Publishing . Retrieved Februari 6, 2018, from


https://www.iyres.gov.my/dokumen/buletin/edisi-i-april-2011.pdf

OECD ( Mac, 2015). 2015 Oecd/Infe Toolkit For Measuring Financial Literacy And

Financial Inclusion. Retrieved Mac 08, 2018, from


http://www.oecd.org/daf/fin/financial-
education/2015_OECD_INFE_Toolkit_Measuring_Financial_Literacy.pdf

Stephanie, R.S. (2011). Financial Planning Basics. Retrieved Januari 16, 2018, from

http://www.rit.edu/ntid/personalfinance/system/files/financial-planning-101_0.pdf

Unknown. (2014). Belia kurang pengetahuan kewangan. Retrieved Mac 10, 2018, from

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140303/ek_02/Belia-kurang-
pengetahuan-kewangan

Yakob, R., Janor, H. & Khamis, N. A. (2015). Tahap Literasi Kewangan dalam Kalangan

Pelajar Universiti Awam: Kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Retrieved Mac

10, 2018, from http://journalarticle.ukm.my/10861/1/Rubayah-Yakob.pdf

16

You might also like