Professional Documents
Culture Documents
BAB 5:
SISTEM KEWANGAN
5.0 SISTEM KEWANGAN
5.1
5.1 Sistem
Sistem 5.2 Kos Pembiayaan 5.3 Pengurusan
5.2 Kos Pembiayaan &
Kewangan
Kewangan & Sumber
Sumber Kewangan Kredit
Kewangan
(a) Sistem
Kewangan (a) #Sumber (a) Definisi
- Pasaran kewangan Pengurusan
Kewangan j/pendek Kredit
- Institusi
Kewangan (b) Sumber
(Perbankan Dan kewangan (b) Polisi
Bukan Perbankan) j/panjang Kredit
Terma-terma
(b) Badan Kredit
(c ) Kos
Kawalselia pembiayaan Prinsip 5C
ISTILAH PENTING DALAM SISTEM KEWANGAN
KEMENTERIAN KEWANGAN
BURSA MALAYSIA
INSTITUSI BUKAN
PERBANKAN
PERBANKAN
PASARAN PERTUKARAN
PASARAN WANG
MATAWANG ASING
1. Kecairan
2. Bank Perdagangan
Institusi kewangan yang terbesar dan terpenting dalam
sistem perbankan
Dimiliki oleh swasta dan aktivitinya adalah berteraskan
keuntungan
Kaedah perbankan konvensional mengamalkan urusan
berdasarkan kadar faedah, dikawal oleh Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 dan menerima deposit tetap
Contoh bank: Maybank Berhad, CIMB Bank Berhad, RHB
Bank Berhad
Fungsi Bank Perdagangan:
Mengumpul tabungan
Memberi kredit (pinjaman) kepada yang wajar menerima
Melicinkan mekanisme pembayaran
Memudahkan kaedah pembayaran dan pembiayaan
perdagangan antarabangsa
Membolehkan pengiriman wang dengan pelbagai kaedah
samada dalam atau luar negara
Menyediakan peti keselamatan peribadi
Selain itu, mereka juga mempunyai perkhidmatan lain
seperti kemudahan kredit cawangan, dispenser wang
tunai(ATM), peti simpanan keselamatan dan peti
simpanan malam
Institusi Kewangan Perbankan
3. Bank Islamik
Institusi perbankan yang diwujudkan untuk
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bank yang
berlandaskan hukum syarak.
Contoh, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat,
Affin Islamic Bank Berhad
Kemudahan yang disediakan adalah sama dengan
bank konvensional lain kecuali perkhidmatannya
berlandaskan prinsip syarak (patuh syariah).
Kaedah perbankan islamik mengamalkan urusan
berlandaskan hukum syarak. Dikawal oleh Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Ia dibentuk
mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dengan
pengubahsuaian dan pindaan yang perlu sejajar
dengan prinsip dan amalan perbankan Islam.
Fungsi perbankan Islamik ialah:
i. Al-Wadiah (Akaun semasa, simpanan): bertindak
sebagai pemegang amanah deposit tunai
penabung-penabungnya. Dividen dibayar jika
bank memperoleh keuntungan.
ii. Al-Murabahah: Bank membeli harta/benda untuk
pelanggannya. Harta/benda tersebut dijual
kepada pelanggannya pada harga yang lebih
tinggi yang dipersetujui (harga belian + untung).
Pelanggannya akan menjelaskan bayaran secara
ansuran mengikut perjanjian.
iii. Al-Musyarakah: Bank menyumbang sebahagian
modal untuk membiayai projek pelanggannya.
Bank dan peminjam berkongsi pengurusan.
Pembahagian keuntungan/kerugian berdasarkan
nisbah sumbangan modal yang dipersetujui.
Lain-lain fungsi perbankan Islamik:
i. Deposit tetap – Mudarabah
ii. Pembiayaan projek – Mudarabah, Musyarakah
iii. Pajakan – al-Ijarah, al-Ta’jiri
iv. Sewa beli – Bai’ Bithaman Ajil
v. Pembiayaan perdagangan - Mudarabah,
Musyarakah, al-Wakalah
vi. Jaminan – al-Kafalah
vii. Pinjaman Khas/Kebajikan – Qardul Hasan
Institusi Kewangan Perbankan
4. Bank Pelaburan
Saham Pinjaman
t a m aa n Jangka Panjang
keu
1. Saham Biasa
• Definisi: Saham yang menunjukkan pemilikan dalam
syarikat.
• Istilah yang wujud dalam saham biasa ialah:
i. Modal dibenarkan
• Dikenali sebagai modal nominal atau modal
berdaftar, iaitu jumlah modal yang dinyatakan dalam
memorandum ataupun tata wujud syarikat yang
didaftarkan dengan pendaftar syarikat. Ia mewakili
jumlah maksimum modal yang boleh ditawarkan
kepada orang ramai.
ii. Modal diterbitkan
• Ia mewakili sebahagian daripada modal dibenarkan
yang ditawarkan kepada orang ramai. Modal terbitan
ini tidak boleh melebihi jumlah modal yang
dibenarkan.
iii. Nilai tara
• Nilai tara dinyatakan pada sijil syer dan sama seperti
didalam tata urusan dan memorandum syarikat.
Walaubagaimanapun, nilai saham yang dikeluarkan
tidak semestinya sama dengan nilai tara. Biasanya,
ia lebih tinggi daripada nilai tara.
Jenis Pelabur yang terdiri Pelabur yang terdiri Pelabur yang terdiri Pelabur yang terdiri
Peserta daripada individu daripada individu atau daripada individu atau daripada individu atau
atau pihak institusi pihak institusi pihak institusi pihak institusi
Tempoh Tiada tempoh Tiada tempoh masa Tempoh bergantung Tempoh bergantung
matang matang kepada perjanjian kepada perjanjian
yang dinyatakan
dalam sijil bon
Kredit
Overdraf
perdagangan
1. Pinjaman Jangka Pendek
• Merupakan pinjaman yang tempoh pembayarannya
kurang dari setahun.
• Pinjaman yang ditawarkan oleh bank perdagangan
kepada peniaga yang memerlukan pinjaman untuk
tujuan tertentu.
• Merupakan pinjaman paling popular dan mudah
dilakukan oleh peminjam.
• Ciri-ciri pinjaman jangka pendek ialah:
i. Perlu dibayar balik beserta faedah dalam tempoh
kurang dari setahun.
ii. Boleh didapati dengan lebih mudah berbanding
pinjaman jangka panjang.
iii. Kadar faedahnya tidak stabil (turun naik) kerana
risiko lebih tinggi.
2. Kertas Komersial/Perdagangan (Nota Janji)
• Merupakan nota janji tidak bercagar yang dikeluarkan
oleh pihak bank atau syarikat korporat bagai
mendapatkan tunai. Dikeluarkan pada nilai lebih
rendah dari nilai matang.
• Nota janji hutang jangka pendek yang diterbitkan oleh
syarikat-syarikat besar lagi ternama, yang mempunyai
kedudukan kewangan yang kukuh dan diyakini oleh
pelabur.
• Ciri-ciri kertas komersil ialah:
i. Tempoh matangnya antara satu hari hingga 9 bulan
dengan kebiasaannya ialah 5 bulan.
ii. Kadar faedah turun dan naik mengikut situasi
penawaran dan permintaan.
iii. Kebiasaannya dikeluarkan pada nilai diskaun
daripada dan nilai muka.
3. Kredit Perdagangan
• Kemudahan kredit yang disediakan oleh pembekal
kepada peniaga atau membeli secara hutang.
• Direkodkan sebagai akaun belum bayar.
• Kemudahan kredit ini akan mudah diperolehi apabila
hubungan peniaga dengan pembekal telah lama
terjalin serta yakin dengan prestasi peniaga.
• Peniaga tidak perlu membayar serta-merta sehingga
akhir tempoh kredit.
• Contoh: 2/10 net 30, sekiranya firma membayar dalam
tempoh kurang dari 10 hari layak untuk mendapat
diskaun 2%, dan perlu menjelaskan bil dalam tempoh
30 hari dari tarikh invois.
• Ciri-ciri kredit perdagangan ialah:
i. Kredit kebiasaannya dalam tempoh 30 hari.
ii. Memanjangkan tempoh kredit akan meningkatkan
kos. Contoh, jika 2/10, net 30 bermaksud kos
tambahan 20 hari kepada syarikat ialah 2%. Ia
bermaksud pinjaman adalah percuma jika
peminjam membayar dalam tempoh 10 hari.
iii. Ia boleh didapati dengan segera dan dilakukan
oleh kebanyakan organisasi.
4. Overdraf
• Kemudahan kredit yang diberikan oleh bank
perdagangan kepada pemegang akaun semasa
untuk mengeluarkan wang melebihi baki yang
terdapat dalam akaunnya setakat had yang
ditetapkan.
• Faedah akan dikenakan berdasarkan jumlah yang
dikeluarkan bukannya jumlah wang yang dibenar
dikeluarkan.
• Ciri-ciri overdraf ialah:
i. Kadar faedahnya berubah-ubah dan wujud
sebaik wang digunakan.
ii. Pemberi pinjam menggunakan akaun belum
terima dan inventori sebagai jaminan.
iii. Ia lebih mudah didapati daripada pinjaman
jangka pendek.
Perbezaan Sumber Kewangan Jangka Pendek
Cagaran Modal
Co ll a t e r a l) (Capital)
(
b) Prins
ip 5C
Perwa
takan s a n a
(Chara
cter) Sua ion)
n d it
(Co
Keupayaan
(Capacity)
5.3 PENGURUSAN KREDIT
b) Prinsip 5C