You are on page 1of 93

BAB 5:

SISTEM KEWANGAN
5.0 SISTEM
KEWANGAN
5.1 Sistem Kewangan 5.2 Kos Pembiayaan & 5.3 Pengurusan Kredit
Sumber Kewangan

(a) Definisi
(a) Sistem kewangan (a) Sumber Pengurusan
Pasaran Kewangan kewangan Kredit
j/pendek
Institusi Kewangan
(Perbankan Dan Bukan (b) Sumber
Perbankan) (b) Polisi
kewangan Kredit
j/panjang
Terma-terma
(c ) Kos Kredit
(b) Badan Prinsip 5C
pembiayaan
Kawalselia
SISTEM KEWANGAN
 Sistem Kewangan menyediakan kemudahan kepada firma
untuk mendapatkan dana (modal) bagi membiayai
pertumbuhan ekonomi.
 Sistem kewangan juga menyediakan kemudahan kepada firma-
firma yang ada lebihan wang untuk melabur dalam instrumen
kewangan tertentu.
 Struktur sistem kewangan Malaysia terdiri dari dua kategori
utama iaitu Institusi Kewangan dan Pasaran Kewangan.
Institusi Kewangan terdiri daripada Sistem Perbankan dan
Bukan Perbankan.
 Pasaran Kewangan terdiri daripada Pasaran Wang dan
Tukaran Asing, Pasaran Modal, dan Pasaran Derivatif.
5.1 SISTEM
KEWANGAN
a) Sistem Kewangan
• Pasaran Modal
Pasaran • Pasaran Wang
Kewangan • Pasaran Pertukaran Matawang
Asing
• Pasaran Derivatif
Institusi • Institusi Kewangan Perbankan
• Institusi Kewangan Bukan
Kewangan
Perbankan

• Bank Negara Malaysia


b) Badan • Bursa Malaysia
Kawalselia • Suruhanjaya Sekuriti
5.1 (A) SISTEM KEWANGAN
PASARAN KEWANGAN
PASARAN KEWANGAN

1. Pasaran Modal

2. Pasaran Wang
3. Pasaran Pertukaran Mata Wang
Asing
4. Pasaran Derivatif
PASARAN KEWANGAN
Definisi Pasaran Kewangan

Pasaran dimana dana dipindahkan daripada golongan


yang mempunyai lebihan dana (surplus) kepada
golongan yang mempunyai kurangan dana (defisit)

 Dana tersebut dikenali sebagai aset kewangan bagi


pemberi pinjaman dan liabiliti bagi peminjam.

 Di Malaysia, pasaran kewangan terdiri daripada


pasaran modal, pasaran wang, pasaran pertukaran
matawang asing, pasaran luar pesisir pantai dan
pasaran derivatif.
Fungsi Pasaran Kewangan

1 Kecairan
 Menyediakan mekanisme untuk jualbeli instrumen kewangan dengan
lebih cepat dan murah
 Instrumen kewangan mempunyai tahap kecairan yang tinggi dan boleh
diurusniaga dengan cepat
 Tahap kecairan yang tinggi juga membolehkan sekuriti tersebut dijual
dengan lebih murah (lot-lot )

Contoh: unit saham bertukar tangan dengan pantas melalui urusniaga di


Bursa Malaysia-rujuk laporan saham harian.
Fungsi Pasaran Kewangan

2 Mengintegrasi Maklumat Pasaran

 Menyediakan maklumat berkaitan dengan pasaran seperti jangkaan


pulangan, risiko, kadar faedah dan peserta pasaran
 Membenarkan penjual dan pembeli berinteraksi untuk menentukan harga
instrumen kewangan
 Memudahkan individu membuat keputusan membeli dan menjual
instrumen kewangan

Contoh: Pelabur boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan harga


pembukaan, harga penutup, volum jualan, nisbah harga pendapatan yang
dibekalkan oleh Bursa Malaysia di suratkhabar
Fungsi Pasaran Kewangan

3. Pertukaran Risiko

 Risiko kewangan berkaitan analisis konsep statistikal


(min, varian,sisihan piawai, kovarian dan kolerasi) yang
menerangkan serakan pulangan di sekitar jangkaan
pulangan.
 Melalui urusniaga jualbeli instrumen kewangan risiko
akan bertukar tangan antara penjual dan pembeli

Contoh: Risiko pasaran, risiko kecairan, risiko kredit,


risiko operasi , risiko sistematik dan risiko nilai
matawang
PASARAN KEWANGAN
1. Pasaran Modal

 Kebanyakan firma menggunakan pasaran modal untuk


mendapatkan dana bagi pelaburan jangka panjang seperti
pelaburan dalam loji, teknologi dan mesin.
 Peserta pasaran terdiri pelabur, bank, kerajaan dan syarikat
insurans (pelabur institusi dan runcit).
 Contoh sekuriti pasaran modal seperti ekuiti (saham biasa),
bon kerajaan dan bon swasta jangka panjang.
 Contoh pasaran: Bursa Malaysia Bhd, Malaysia Derivatives
Exchange Bhd dan Malaysian Exchange of Securities Dealing
& Automated Quotation
PASARAN KEWANGAN
Fungsi Pasaran Modal
 Pasaran modal wujud bagi melaksanakan fungsi
utama mewujudkan kecairan iaitu:
1. Bagi membantu pembangunan ekonomi melalui
mobalisasi dana jangka panjang utk membiayai
program pembangunan awam dan swasta.
2. Meningkatkan perusahaan swasta dgn
menyediakan alat/cara yang mudah bagi
meningkatkan dana utk pelaburan korporat dan
perkembangannya.
2. Pasaran Wang
 Pasaran wang ialah satu pusat pertemuan urusniaga untuk
permintaan dan penawaran dana/instrument kewangan jangka
pendek (tempoh matang kurang 1 tahun).
 Segala institusi dan prosedur yang memudahkan urusniaga
dalam instrumen jangka pendek yang diterbitkan oleh
peminjam yang mempunyai kadaran kredit yang tinggi.
 Pasaran wang mengalami turun/naik harga yang kecil/sedikit
maka risiko pelaburannya rendah. Namun begitu tahap
kecairannya tinggi
 Contoh instrumen pasaran wang ialah bil perbendaharaan,
kertas dagangan, sijil deposit bolehniaga dan penerimaan
jurubank.
 Contoh peserta pasaran wang antaranya: Bank Perdagangan,
Bank Pelaburan, Syarikat Kewangan, Gedung Diskaun, Bank
Pelaburan dan Cagamas Bhd.
Fungsi Pasaran Wang

1. Menyelaras pemindahan dana


Ia memindahkan unit lebihan kepada unit
kurangan mengikut persetujuan kedua-dua pihak
yang terlibat dari segi harga, jumlah, jangka masa
dan alat pasaran wang yang hendak digunakan
seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan
sekuriti kerajaan.
Fungsi Pasaran Wang

2. Unit lebihan & unit kurangan


Dalam ekonomi secara keseluruhan dana dapat diberi oleh unit
lebihan yang tabungannya melebihi pelaburan di mana ia boleh
dibeli dari unit kurangan.
Unit kurangan: pelaburan lebih besar drp tabungan (defisit)
Pertukaran dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan
dibuktikan melalui kertas dagangan sebagai mewakili satu aset
kewangan kepada pemiliknya & ia (kertas) sebagai liabiliti
kepada pihak yang mengeluarkan kertas. Manakala orang yang
memiliki kertas baginya ialah aset.
3. Pasaran Pertukaran Matawang Asing

 Pasaran pertukaran asing merujuk kepada interaksi di antara


permintaan dan penawaran untuk menukarkan daripada satu
mata wang kepada mata wang lain.
 Contoh pasaran terdiri daripada bank pusat, institusi
perbankan, syarikat tukaran matawang dan broker tukaran
matawang asing.
 Pasaran ini melibatkan urusniaga bagi instrumen kewangan
jangka pendek yang dinyatakan dalam mata wang asing.
 Hanya bank perdagangan yang dibenarkan menjalankan
perniagaan pertukaran matawang asing.
CONTOH MATAWANG

Korea Selatan- Won Amerika Syarikat-Dollar Sweden - Krona Norway - Krone

Afghanistan- Afghani Albania - Lek Argentina- Peso Australia -Dollar

2011
Bahrin - Dinar Brunei - Dollar Malaysia - Ringgit India - Rupee
Fungsi Pasaran Pertukaran Wang Asing

1. Pasaran Bagi Pertukaran Matawang Asing


• Penawaran terhadap mata wang sesebuah negara dalam
pasaran mata wang pertukaran asing ditentukan oleh
kuantiti barangan, perkhidmatan dan aset asing yang
dibeli oleh penduduknya.
• Manakala permintaan terhadap mata wang sesebuah
negara pula ditentukan oleh kuantiti barangan,
perkhidmatan dan aset domestik yang dibeli oleh
penduduk negara luar atau asing.
 Rakyat Malaysia masuk ke pasaran pertukaran untuk
menukarkan ringgit kepada mata wang asing bagi
membolehkan mereka mengimport barang dari luar negeri.
 Pada masa yang sama sekiranya rakyat Amerika ingin
membeli barang, perkhidmatan dan aset Malaysia, mereka
akan menukarkan dolar kepada ringgit yang ditawarkan
oleh rakyat Malaysia di pasaran pertukaran itu.
4. Pasaran Derivatif

 Pasaran instrumen kewangan yang menyediakan alat


pengurusan risiko yang efektif dan selamat dalam produk
komoditi dan kewangan niaga hadapan.
 Ia menguruskan turun naik pasaran opsyen, kadar faedah,
stok dan indeks saham di pasaran hadapan.
 Pasaran Derivatif di Malaysia adalah Bursa Derivatif
Malaysia (MDEX)
Fungsi Pasaran Derivatif
1. Memberi kemudahan kepada pelabur yang
memerlukan alat pelaburan yang inovatif dan fleksibel
bagi mengambil peluang-peluang dari pasaran global
2. Menawarkan pulangan melebihi purata yang wajar
dan perlindungan portfolio kepada pelabur
3. Menawarkan kemudahan untuk aktiviti
perlindungan nilai yang boleh menghasilkan
pembiayaan yang cekap untuk portfolio pelaburan
5.1 SISTEM KEWANGAN

(b) Institusi
Kewangan
(Perbankan dan Bukan
Perbankan)
Serta Fungsi
Institusi Kewangan (Perbankan
dan Bukan Perbankan) Serta
Fungsi
i. INSTITUSI KEWANGAN
KONVENSIONAL DAN
ISLAMIK

ii. PERKHIDMATAN-
PERKHIDMATAN YANG
DITAWARKAN
Institusi Kewangan
(perbankan dan bukan perbankan)
 Adalah syarikat-syarikat kewangan yang kegiatan
utamanya adalah mengumpulkan wang dari
masyarakat dan perusahaan dan meminjamkan
semula wang tersebut kepada pihak-pihak yang
memerlukannya.
 Menawarkan pulangan melebihi purata yang wajar
dan perlindungan portfolio kepada pelabur
 Menawarkan kemudahan untuk aktiviti
perlindungan nilai yang boleh menghasilkan
pembiayaan yang cekap untuk portfolio pelaburan
Institusi Kewangan (Perbankan dan
Bukan Perbankan) Serta Fungsi

• Institusi Perbankan
Bank Negara Malaysia, Bank Perdagangan

• Institusi Kewangan Bukan Perbankan


Syarikat Insurans, Bank Simpanan
Nasional, Lembaga Urusan Tabung Haji
dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Institusi
Kewangan
Institusi Perbankan Serta
Fungsi
• Bank Negara Malaysia
• Bank Perdagangan – termasuk
Perbankan Islamik dan Bank
Pelaburan
Bank
pusat

Bank
pelaburan Institus
i Bank
perdagangan

Perban
kan
Bank
Islamik
Bank Negara Malaysia

 Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26 Januari


1959 di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958
(Pindaan - 1994).
 Merupakan badan berkanun yang dimiliki
sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dengan modal
berbayar yang meningkat secara berperingkat-
peringkat, kini sebanyak RM100 juta.
 Bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan
Malaysia dan memaklumkan hal-hal berkaitan
dengan dasar sektor monetari dan kewangan kepada
Menteri.
NEW COINS AND
BANKNOTES TO
TACKLE
COUNTERFEITING
Fungsi Bank Negara Malaysia
2. Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan
kepada kerajaan
- Menyediakan perkhidmatan kepada kerajaan pusat,
kerajaan negeri dan badan berkanun
- Menguruskan akaun kerajaan-sediakan cek, membuat
dan menerima pembayaran bagi pihak kerajaan
- Menguruskan hutang negara-memberi pinjaman,
menerbitkan dan menjual bil perbendaharaan, surat
jaminan kerajaan, memperolehi pinjaman daripada
pasaran modal antarabangsa seperti pasaran London,
New York dan Tokyo
- Mengurus pembayaran balik hutang luar negara
Fungsi Bank Negara Malaysia
3. Menggalakkan kestabilan kewangan dan struktur kewangan
yang kukuh
- Mewujudkan sandaran min sebanyak 80.59% utk
setiap unit mata wang
- Campur tangan dalam pasaran pertukaran asing
- Mengawal inflasi
4. Mempengaruhi kedudukan kredit demi kepentingan negara
- Memastikan penciptaan kredit oleh bank perdagangan
selaras dengan perkembangan ekonomi dan kepentingan
negara (jika berlebihan menyebabkan inflasi dan
sebaliknya berkurangan menyebabkan kemelesetan
ekonomi)
2. Bank Perdagangan
 Institusi kewangan yang terbesar dan terpenting dalam
sistem perbankan
 Dimiliki oleh swasta dan aktivitinya adalah berteraskan
keuntungan
 Kaedah perbankan konvensional mengamalkan urusan
berdasarkan kadar faedah, dikawal oleh Akta Perbankan
dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan menerima
deposit tetap
 Kaedah perbankan islamik mengamalkan urusan
berlandaskan hukum syarak. Dikawal oleh Akta Perbankan
Islam 1983. Akta ini dibentuk mengikut Akta Perbankan
1973 dengan pengubahsuaian dan pindaan yang perlu
sejajar dengan prinsip dan amalan perbankan Islam.
2. Bank Perdagangan – Bank Islamik
 Institusi perbankan yang diwujudkan untuk
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bank
yang berlandaskan hukum syarak.
 Contoh, Bank Islam Malaysia Berhad

2. Bank Perdagangan – Bank Pelaburan


• Institusi kewangan yang membantu individu, badan
korporat dan kerajaan memperolehi modal dengan
bertindak sebagai agen kepada pelanggan di dalam
terbitan sekuriti.
• Contoh, Affin Investment Bank, Cimb Investment
Bank, RHB Investment Bank,Kenanga Investment
Bank
 Mengumpul tabungan
 Memberi kredit kepada yang wajar menerima
 Melicinkan mekanisme pembayaran
 Memudahkan kaedah pembayaran dan pembiayaan
perdagangan antarabangsa
 Membolehkan pengiriman wang dengan pelbagai
faedah
 Menyediakan peti keselamatan peribadi
Contoh bank: Maybank Berhad, CIMB Bank
Berhad, RHB Bank Berhad
5.1 (b) FUNGSI INSTITUSI
KEWANGAN

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG
DITAWARKAN PERBANKAN
KONVENSIONAL DAN ISLAMIK
Institusi
Kewangan
Perkhidmatan
Institusi Perbankan
Konvensional
Skim Perbankan Konvensional

 Menjalankan urusniaga berasaskan kadar faedah


 Dikawal oleh Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA), 1989
 Ada menerima deposit tetap
INSTITUSI PERBANKAN
KONVENSIONAL
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Pinjaman/pembiayaan

 Terbahagi kepada 2 iaitu pinjaman jangka pendek dan


pinjaman jangka panjang
 Tujuan pinjaman untuk pembelian aset, mengurus
perniagaan, mengusaha pertanian dan pinjaman peribadi
 Setiap pinjaman dikenakan faedah dan kadangkala
memerlukan cagaran.
INSTITUSI PERBANKAN
KONVENSIONAL
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

2. Deposit dan tabungan


 Terdapat 3 jenis tabungan iaitu:
a. Akaun Simpanan Biasa
b. Akaun Simpanan Tetap
c. Akaun Simpanan Semasa
3. Perkhidmatan lain
1. Kemudahan kredit cawangan – pelanggan yang
mempunyai akaun dalam bank berkenaan boleh masuk dan
mengeluarkan wang dari mana-mana cawangan bank
berkenaan.
2. Dispenser wang tunai – penggunaan kad ETC (kad
elektronik juruwang) yang boleh mengeluarkan wang dari
mesin ATM.
3. Peti simpanan keselamatan – peti untuk disewa kepada
pelanggan untuk menyimpan sijil-sijil penting, surat wasiat
dan barang kemas
4. Peti simpanan malam – untuk menyimpan barang kemas
dan wang ke dalam bank selepas waktu urusan bank.
Institusi
Kewangan
Perkhidmatan
Institusi Perbankan Islamik
3. Skim Perbankan Islamik

 Matlamat utama penubuhan adalah untuk menjalankan


urusan bank mengikut syariat Islam
 Tidak mengenakan faedah tetapi berasaskan keuntungan
 Dikawal oleh Lembaga Pengawasan Syariah (1997)
 Menerima deposit tetap
PERKHIDMATAN PERBANKAN ISLAMIK

 Kemudahan yang disediakan adalah sama dengan


bank konvensional lain kecuali perkhidmatannya
berlandaskan prinsip syarak
 Akaun semasa, simpanan – al-Wadiah
 Deposit tetap – Mudarabah
 Pembiayaan projek – Mudarabah, Musyarakah
 Pajakan – al-Ijarah, al-Ta’jiri
 Sewa beli – Bai’ Bithaman Ajil
 Pembiayaan perdagangan - Mudarabah, Musyarakah, al-Wakalah
 Jaminan – al-Kafalah
 Pinjaman Khas/Kebajikan – Qardul Hasan
1. Pinjaman /pembiayaan

Contoh perkhidmatan yang ditawarkan :

a. Murabahah-pembiayaan modal kerja.


 Bank menjual barang melebihi harga belian kerana
ditambah dengan margin untung dengan persetujuan
pelanggan

b. Musyarakah-pembiayaan projek/menjalankan
perniagaan perkongsian antara bank dengan pemilik
modal
 Pembiayaan perniagaan secara usaha sama dan untung
rugi akan dikongsi bersama pada nisbah yang ditetapkan
INSTITUSI PERBANKAN ISLAMIK
2. Deposit dan tabungan

a. Akaun Wadiah/Deposit semasa, tabungan-


Pemegang amanah
 Amanah yg diserahkan kepada pihak bank
utk disimpan dengan selamat
 Sejumlah wang akan didepositkan ke dalam
bank
 Wang tersebut akan dilaburkan oleh bank
 Jika bank mendapat untung maka bank
akan beri pulangan sebagai sagu hati
 Jika pendeposit menuntut balik wangnya
bank akan mengembalikannya
2. Deposit dan tabungan
b. Mudharabah, Perkongsian untung-Akaun Pelaburan Am, Akaun
Pelaburan Khas
 Perjanjian perkongsian untung yg dibuat antara dua pihak
iaitu pihak yg membuat tabungan (pemilik modal) dgn pihak
yang membuat pelaburan (bank)
 Penyimpan akan membuka akaun di bawah konsep
Mudharabah
 Bank akan melaburkan wang tersebut dan pemilik modal
tidak dibenarkan bekerja dgn pihak pengusaha
 Keuntungan dibahagi sama rata
 Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal sahaja
 Bank akan menanggung kerugian operasi
Institusi Kewangan Bukan Perbankan
Institusi Bukan Perbankan
serta Fungsi dan Perkhidmatan

• Syarikat-syarikat insurans

• Bank Simpanan Nasional (BSN)

• Tabung Haji (TH)

• Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

• InstitusiKewanganPembangunan
 Fungsi & perkhidmatan Institusi Kewangan Bukan
Perbankan
Fungsi : 1. Menerima deposit
Perkhidmatan deposit yang disediakan memberi banyak
faedah kepada unit lebihan iaitu untuk keselamatan, pembayaran,
pendapatan, pindahan wang dan lain-lain

Contoh perkhidmatan:
i. Akaun tabungan Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Mempunyai akaun simpanan, akaun simpanan tetap, akaun
pelaburan am dan akaun simpanan wadiah
ii. Premium
- Syarikat insurans menerima premium daripada sidiinsurans secara
tetap untuk jangka masa tertentu
- Syarikat takaful terima deposit dalam bentuk sumbangan
daripada peserta takaful
iii. Simpanan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH)
- Akaun tabungan daripada umat Islam.
Fungsi : 2 . Menggalakkan tabungan
Perkhidmatan tabungan membolehkan unit lebihan memperolehi
keuntungan dalam bentuk faedah dan keuntungan
Contoh Perkhidmatan:
i. Menyediakan perkhidmatan simpanan wang terjamin
( dijamin oleh kerajaan dan meyakinkan pendeposit)
ii. Menawarkan pulangan yang menguntungkan
- Menimbulkan minat masyarakat untuk menabung
iii. Memudahkan pengeluaran dan pembayaran dibuat
- BSN - terdapat mesin juruwang elektrik
- Pembayaran menerusi teleperbankan seperti perintah
sedia ada dan debit langsung
Fungsi : 3. Menggalakkan pelaburan
- Dana dari unit lebihan yang dideposit atau ditabungkan boleh
digunakan untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi yang memerlukan
dana
Contoh Perkhidmatan:
i. Melaksanakan pelbagai projek pelaburan
 Contoh TH melabur dalam harta tanah, pembinaan dan
perladangan
ii. Menyalurkan tabungan untuk pelaburan
 Membiayai pelaburan kerajaan dan sektor swast
 Menawarkan sijil pelaburan
 Syarikat Insurans & KWSP membeli surat jaminan
kerajaan dan bil perbendaharaan
 BSN melanggan surat jaminan kerajaan
Fungsi : 4. Sumber kewangan kepada pasaran modal
negara
 Institusi yang menerima deposit tabungan dan
pelaburan boleh menyumbang dan menyediakan dana
ke dalam pasaran modal dalam bentuk saham atau
sekuriti hutang
 Mengurangkan pergantungan kepada sumber
kewangan antarabangsa
INSTITUSI KEWANGAN
Institusi Kewangan Bukan Perbankan

(i) Syarikat Insurans

 Syarikat Insurans merupakan perusahaan swasta yang


menghasilkan keuntungan dengan menawarkan perlindungan
terhadap risiko kepada pelanggan.
 Sebagai balasan pelanggan dikenakan bayaran dalam bentuk
premium.
 Syarikat insurans aktif dalam pasaran modal dengan
melaburkan sebahagian daripada kumpulan wangnya dalam
sekuriti syarikat atau kerajaan.
INSTITUSI KEWANGAN
Institusi Kewangan Bukan Perbankan
(ii) Institusi Kewangan Pembangunan

 Ditubuhkan khas untuk menggalakkan sektor-sektor


ekonomi strategik tertentu. 
 Institusi-institusi ini mengkhusus dalam penyediaan
pinjaman jangka sederhana dan panjang, modal ekuiti dan
jaminan untuk pinjaman-pinjaman. 
 Mereka juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan
perunding dan nasihat dalam pengenalpastian dan
pembangunan projek-projek baru, di samping nasihat dan
bantuan kewangan, teknikal dan pengurusan. 
(ii) Institusi Kewangan Pembangunan

 Institusi-institusi ini menjadi pelengkap kepada institusi-


institusi perbankan dalam menyediakan pembiayaan
kewangan untuk sektor-sektor strategik seperti pertanian,
infrastruktur, perkapalan, perkilangan dan eksport, dan
Perusahaan-perusahaan Kecil dan Sederhana.
 Contoh:
 Bank Pembangunan Malaysia Berhad
 AGRO Bank (Bank Pertanian Malaysia)
 SME Bank
 Exim Bank (Export-Import Bank of Malaysia
Berhad)
INSTITUSI KEWANGAN
Institusi Kewangan Bukan Perbankan
(iii) Dana simpanan dan pencen
 Dana Simpanan dan Pencen adalah skim kewangan
yang dibentuk untuk tujuan menyediakan
keselamatan sosial dengan cara faedah persaraan,
perubatan, kematian dan ketidakupayaan kepada ahli
dan tanggungan mereka.
 Dana Simpanan Dan Pencen merangkumi:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Dana Simpanan Guru
- Pertubuhan Keselamatan Sosial
- Tabung Angkatan Tentera
INSTITUSI KEWANGAN
Institusi Kewangan Bukan Perbankan
(iv) Tabung Haji (TH)

 Membolehkan orang Islam menabung bagi menunaikan


fardu Haji
 Membolehkan orang Islam mengambil bahagian yang
berkesan dalam bidang penamaan modal melalui cara
halal di sisi Islam
 Memberi perlindungan dan kebajikan jemaah haji
melaksanakan fardu haji dengan menyediakan pelbagai
kemudahan
INSTITUSI KEWANGAN
Institusi Kewangan Bukan Perbankan
(v) Bank Simpanan Nasional
 Ditubuhkan pada 1.12.74 di bawah Akta Parlimen
 Dibawah pengawasan Kementerian Kewangan
Malaysia
 Menggalakkan tabungan bagi yang berpendapatan
rendah
 Sumber modal untuk pembangunan negara
 Perkhidmatan yang ditawarkan menerima deposit
tabungan, deposit tetap,sijil simpanan premium
 Membeli surat jaminan kerajaan
 Menjual amanah saham BSN
5.1 (c) BADAN KAWAL SELIA

Bank Negara Malaysia

Bursa Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti
BADAN KAWAL SELIA
BANK NEGARA MALAYSIA

 Bank Negara Malaysia, yang merupakan Bank Pusat Malaysia, berada di puncak
struktur monetari dan kewangan negara.  Objektif utama Bank itu adalah untuk
menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif
untuk pertumbuhan mampan ekonomi Malaysia. 
 Fungsi-fungsi utama Bank tersebut seperti yang termaktub di bawah Akta Bank
Negara Malaysia 2009 adalah untuk:
1. membentuk dan melaksanakan dasar monetari di Malaysia;
2. mengeluarkan matawang di Malaysia;
3. mengawal selia dan mengawas institusi-institusi kewangan yang tertakluk
kepada undang-undang yang dikuatkuasa oleh Bank berkenaan;
4. menyediakan pengawasan ke atas pasaran-pasaran wang dan pertukaran
asing;
BURSA MALAYSIA

 Bursa Malaysia adalah sebuah syarikat pemegang bursa yang diluluskan


di bawah Seksyen 15 Akta Pasaran dan Perkhidmatan Modal 2007. 
Sebuah syarikat  awam yang terhad oleh saham-saham di bawah Akta
Syarikat 1965, Bursa Malaysia mengendalikan sebuah bursa bersepadu
penuh, yang menawarkan produk-produk ekuiti, derivatif, bon serta
produk-produk Islam dan menyediakan julat  luas bagi pilihan-pilihan
pelaburan secara global.
Fungsi:
1.Pengawal dan operator pasaran barisan hadapan bagi sekuriti-sekuriti
dan derivatif yang didagangkan di bursa.
2.mempunyai Tataujud dan Tataurus serta Peraturan-peraturan yang
mengawal tindak-tanduk Organisasi-organisasi Peserta dan Peserta
Dagangan masing-masing dalam urusniaga sekuriti dan derivatif.
BADAN KAWAL SELIA
SURUHANJAYA SEKURITI
 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), bertanggungjawab untuk mengawal
selia dan membangunkan pasaran modal di Malaysia. 
 Ia melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di
Parlimen setiap tahun.
Di antara fungsi pengawalan selia SC termasuk:
1. Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori
pusat;
2. Pihak berkuasa bagi mendaftar prospektus-propektus syarikat selain
daripada kelab rekreasi tidak tersenarai;
3. Pihak berkuasa bagi meluluskan terbitan-terbitan bon;
4. Mengawal selia semua perkara yang berhubungkait dengan sekuriti-
sekuriti dan kontrak-kontrak niaga hadapan;
5. Mengawal selia  pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
5.2 KOS PEMBIAYAAN DAN
SUMBER KEWANGAN

A) SUMBER KEWANGAN
JANGKA PANJANG
B) SUMBER KEWANGAN
JANGKA PENDEK
C) KOS PEMBIAYAAN
Saham
Biasa

5.2 (a) Sumber


Pinjaman
Bon Kewangan J/Panjang
Jangka
Panjang

Saham
Keutamaan
(i) Saham Biasa
Definisi: Saham yang menunjukkan pemilikan dalam
syarikat.
i.  Modal dibenarkan
• Dikenali sebagai modal nominal atau modal
berdaftar, iaitu jumlah modal yang dinyatakan dalam
memorandum ataupun tata wujud syarikat yang
didaftarkan dengan pendaftar syarikat.
• Mewakili jumlah maksimum modal yang boleh
ditawarkan kepada orang ramai.
ii.  Modal diterbitkan
• Ia mewakili sebahagian daripada modal
dibenarkan yang ditawarkan kepada orang ramai.
• Modal terbitan ini tidak boleh melebihi jumlah
modal yang dibenarkan.
(i) Saham Biasa

iii. Nilai tara
• Nilai tara dinyatakan pada sijil syer dan sama
seperti didalam tata urusan dan memorandum
syarikat.
• Walaubagaimanapun, nilai saham yang
dikeluarkan tidak semestinya sama dengan nilai
tara. Biasa ia lebih tinggi daripada nilai tara.
(i) Saham Biasa

Ciri-ciri saham biasa:

1. Tidak mempunyai tempoh matang


2. Dividen tidak tetap
3. Mewakili ekuiti atau hakmilik pelabur dalam
syarikat.
4. Mempunyai hak mengundi
5. Hak menerima dividen jika syarikat dapat
untung.
(ii) Saham Keutamaan
• Saham yang diberi keutamaan melebihi saham biasa dalam
pemberian dividen.
• Ia gabungan antara ciri-ciri hutang/pinjaman dan saham
biasa.
• Saham keutamaan sama seperti bon di mana bayaran
dividen adalah tetap.
• Persamaan antara saham keutamaan dan saham biasa pula
kedua-duanya tidak mempunyai tempoh
matang,mempunyai nilai tara, dividen tidak dikira sebagai
perbelanjaan yang boleh mengurangkan cukai dan
kegagalan membayar dividen tidak menyebabkan syarikat
menjadi bankrap.
(ii) Saham Keutamaan
Ciri-ciri Saham Keutamaan:

1. Kadar dividen tetap setiap tahun


2. Dividen bersifat kumulatif
3. Keutamaan dari segi membuat tuntutan
berbanding pemegang saham biasa
4. Tidak mempunyai had mengundi
5. Pemegang saham keutamaan bukan pemilik
syarikat
6. Saham keutamaan boleh ditukarkan kepada saham
biasa
7. Tiada tarikh matang
(iii) Bon

 Satu penyata yang memiliki nilai muka.


 ialah nota janji jangka panjang yang dikeluarkan oleh
syarikat di mana syarikat berjanji akan membayar
faedah dan prinsipal pada waktu yang telah
ditetapkan kepada pemegang-pemegang bon.
 Contoh bon: Bon kerajaan, bon korporat (PDS), bon
kuasi kerajaan, bon Cagamas dan bon Islam)
 Pemegang-pemegang bon ialah pemberi pinjaman
kepada syarikat.
(iii) Bon

Ciri-ciri bon ialah:

i.  Nilai par


Jumlah prinsipal yang akan dibayar selepas matang
dan selalunya nilai par ialah RM1000.
ii. Tempoh matang
Di mana syarikat akan membayar balik pinjaman.
iii. Kadar faedah kupon
Kadar diberi dalam nilai ringgit ataupun peratus
daripada nilai par.
(iii) Bon

iv. Jenis- jenis Bon:


 Bon bercagar
Pembayaran hutang bagi bon bercagar dijamin
oleh cagaran aset biasanya saham, bangunan atau
tanah.
 Bon tidak bercagar
Tidak bersandarkan mana-mana cagaran.
Jika pihak penerbit gagal membayar, pemegang
bon boleh hanya membuat tuntutan biasa.
Bon tidak bercagar menawarkan kadar kupon
yang tinggi berbanding bon bercagar kerana faktor
risiko yang tinggi.
(iv) Pinjaman Jangka Panjang

 Merupakan hutang jangka panjang dan tempoh


pembiayaan melebihi satu tahun
 Faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi
berbanding dengan pinjaman jangka pendek
kerana risiko kemampuan untuk membayar balik
pinjaman.
 Pinjaman boleh dijadikan cagaran ataupun tanpa
cagaran jika rekod kewangan syarikat kukuh.
Pinjaman ja
r t as ngka
K e a l pendek
e rs i
kom

5.2 (B) SUMBER KEWANGAN JANGKA PENDEK

Kredit
r dr af perdagangan
Ove
SUMBER KEWANGAN JANGKA PENDEK
(i) Pinjaman Jangka Pendek
• Merupakan pinjaman yang tempoh
pembayarannya kurang dari setahun.
• Pinjaman yang ditawarkan oleh bank perdagangan
kepada peniaga yang memerlukan pinjaman untuk
tujuan tertentu.
• Pinjaman ini perlu dibayar balik beserta faedah
dalam tempoh kurang dari setahun.
• Merupakan pinjaman paling popular dan mudah
dilakukan oleh peminjam.
SUMBER KEWANGAN JANGKA PENDEK
(ii) Kertas Komersial/Perdagangan (Nota Janji)
• Merupakan nota janji tidak bercagar yang dikeluarkan oleh
pihak bank atau syarikat korporat bagai mendapatkan tunai.
Dikeluarkan pada nilai lebih rendah dari nilai matang.
• Nota janji hutang jangka pendek yang diterbitkan oleh
syarikat-syarikat besar lagi ternama, yang mempunyai
kedudukan kewangan yang kukuh dan diyakini oleh pelabur.
• Tempoh matangnya selalu antara satu hingga 270 hari atau
enam bulan.
SUMBER KEWANGAN JANGKA PENDEK
(iii) Kredit Perdagangan

 Kemudahan kredit yang disediakan oleh pembekal kepada


peniaga atau membeli secara hutang.
 Kemudahan kredit ini akan mudah diperolehi apabila
hubungan peniaga dengan pembekal telah lama terjalin
serta yakin dengan prestasi peniaga.
 Peniaga tidak perlu membayar serta-merta sehingga akhir
tempoh kredit.
 Contoh: 2/10 net 30, sekiranya firma membayar dalam
tempoh kurang dari 10 hari layak untuk mendapat diskaun
2%, dan perlu menjelaskan bil dalam tempoh 30 hari dari
tarikh invois.
 Bekalan dibiayai oleh pembekal sepanjang tempoh kredit.
SUMBER KEWANGAN JANGKA PENDEK
(iv) Overdraf

• Kemudahan kredit yang diberikan oleh bank perdagangan


kepada pemegang akaun semasa untuk mengeluarkan wang
melebihi baki yang terdapat dalam akaunnya setakat had yang
ditetapkan.

• Faedah akan dikenakan berdasarkan jumlah yang dikeluarkan


bukannya jumlah wang yang dibenar dikeluarkan.
5.2 (c)KOS PEMBIAYAAN
(i) Kadar faedah
i. Nisbah pembayaran yang dikenakan kepada peminjam.
ii. Kadar pulangan kepada pemberi hutang.
(ii) Kos pengapungan
– kos yang terlibat dalam sesuatu terbitan sekuriti baru.
Meliputi kos penaja pelaburan, percetakan, undang-undang
dan perakaunan.
(iii) Duti setem
– cukai yang dikenakan dalam bentuk setem terhadap sesuatu
dokumen perjanjian atau pindah hak milik.
(iv) GST (6%)
- merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan
perbelanjaan di Malaysia
5.3 PENGURUSAN
KREDIT

(a) Terma (b) Prinsip


Kredit 5C
PENGURUSAN KREDIT
(a) Terma kredit
a) Pengertian pengurusan kredit – merupakan komponen polisi
kredit firma yang meliputi syarat-syarat jualan, analisis
kredit dan polisi kutipan yang dibuat oleh pembekal kepada
pembeli.

• Syarat Jualan
- Penetapan tempoh kredit, diskaun tunai dan
instrumen kredit.
Contoh :2/10 net 20. Pelanggan mempunyai masa selama 20
untuk menjelaskan hutang. Jika bayar dalam tempoh 10
hari akan dapat diskaun sebanyak 2% akan diberikan.
PENGURUSAN KREDIT
(a) Kredit dan terma-terma kredit

 Terma kredit – Syarat-syarat bayaran yang


ditawarkan penjual kepada pembeli.

 Contoh terma kredit : 2/10 net 30


• 2 (diskaun 2% daripada amaun kredit
• 10 (tempoh diskaun iaitu 10 hari
• 30 (tempoh akhir bayaran kredit iaitu 30 hari)
PENGURUSAN KREDIT
(a) Kredit dan terma-terma kredit
Analisis Kredit:
Firma akan mengenal pasti pelanggan yang akan
mempunyai potensi membayar atau tidak membayar.
Maklumat akan diperolehi melalui penyata pendapatan
pelanggan, bank dan sejarah dari pembekal lain

Polisi Kutipan:
Melihat kepada bandingan antara syarat jualan dan
tempoh kutipan purata. Jika TKP tidak sama atau lebih
panjang menunjukkan pelanggan lambat membayar
hutang.
CAGARAN
(Collateral) Modal
(Capital)

b. PRINSIP 5 C
Perwatakan
(Character)
Suasana
Keupayaan (Condition)
(Capacity)
PENGURUSAN KREDIT

b) PRINSIP-PRINSIP 5 C

Dalam meluluskan sesuatu kredit, pihak


pengurusan perlu mempertimbangkan prinsip-
prinsipnya sebagai asas dalam membuat keputusan
yang cekap.
PENGURUSAN KREDIT
1. MODAL
• Kedudukan kewangan pelanggan berpandukan analisis penyata
kewangan pelanggan.
• Penekanan kepada kedudukan ekuiti dan nisbah-nisbah risiko
seperti nisbah semasa, nisbah hutang dan nisbah perlindungan
faedah.

2. KEUPAYAAN
• Kemampuan pelanggan untuk membayar hutang yang diukur
melalui aliran tunai daripada perniagaan.
• Keupayaan akan juga dilihat dari daya maju projek dalam
menjana aliran tunai positif.
• Perlu juga melihat dari segi pematuhan undang-undang dan
syarat-syarat pinjaman.
PENGURUSAN KREDIT
PRINSIP-PRINSIP 5 C
3. PERWATAKAN
• Keperibadian pelanggan dalam menunaikan
janji untuk membayar hutang dalam
tempoh masa yang djanjikan.
• Faktor moral pelanggan diambilkira seperti
laporan kredit pelanggan akan cuba
didapati daripada pihak bank pelanggan,
pembekal kredit lain dan pesaing-pesaing
mengenai maklumat.
PENGURUSAN KREDIT
PRINSIP-PRINSIP 5 C

4. KEADAAN
 Keadaan ekonomi dan persekitaran atau sebarang
aktiviti pembangunan baru yang dapat
mempengaruhi sesuatu perniagaan dan
menyebabkan peminjam tidak mampu untuk
bayar hutang.
PENGURUSAN KREDIT
PRINSIP-PRINSIP 5 C

5. CAGARAN
 Cagaran diperlukan bagi mengurangkan risiko kerugian
jika pelanggan tidak mampu bayar pinjaman
 Cagaran aset tetap yang mungkin disandarkan oleh
pelanggan sebagai jaminan.
 Jaminan aset tetap yang disandarkan ini selalunya dapat
menolong memudahkan pelanggan mendapatkan kredit
pada kadar yang lebih rendah.
 Bagi pelanggan yang tidak dapat menyediakan aset
sebagai cagaran, penjamin yang mempunyai pendapatan
yang kukuh diperlukan.

You might also like