You are on page 1of 52

WANG DAN INSTITUSI

KEWANGAN

Asan Ali Golam Hassan

Siri Pendidikan

Sekolah Ekonomi
Universiti Utara Malaysia
1998
1

KANDUNGAN

SISTEM KEWANGAN 2
Fungsi Pasaran Kewangan
Struktur Pasaran Kewangan
Fungsi Pengantara Kewangan
Evolusi Sistem Kewangan
Kadar Bunga Pasaran Wang

STRUKTUR SISTEM KEWANGAN DI MALAYSIA 13


Perkembangan dan Jenis Pasaran Wang
Di Malaysia
Alat Pasaran Kewangan
Deposit
Bil Bank Negara
Penerimaan Jurubank
Bon Cagamas
Sekuriti Kerajaan Malaysia
Bon Simpanan Malaysia
Bil Perbendaharaan
Kadar Faedah Antara Bank-Bank
Kuala Lumpur (KLIBOR)

SISTEM PERBANKAN 28
Bank Pusat
Bank Perdagangan
Bank Saudagar
Rumah Diskaun

SISTEM KEWANGAN TANPA FAEDAH 39


Pengharaman Faedah
Perkhidmatan Perbankan Cara Islam
Perkhidmatan Pajak Gadai Cara Islam

RUJUKAN

LAMPIRAN;
Faktor Nilai Kini Bersih dan Nilai Kini Terdiskaun 46
2

SISTEM KEWANGAN

Sistem kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu Pasaran


kewangan (Financial Markets) dan Pengantara kewangan (Financial
Intermediaries). Untuk mengkaji kesan pasaran kewangan dan
pengantara kewangan kepada ekonomi, terlebih dahulu kita perlu
memahami secara am struktur dan operasi yang dijalankan oleh kedua-
dua pasaran tersebut.

Fungsi Pasaran Kewangan

Pasaran kewangan mempunyai fungsi asas dalam menyalurkan dana


(termasuk modal) bagi mereka yang mempunyai lebihan dana kerana
mereka berbelanja kurang dari pendapatan mereka kepada mereka
yang mengalami kekurangan dana tetapi berhasrat untuk berbelanja
lebih dari pendapatan.

Aliran dana berlaku dari penyimpan kepada peminjam. Peminjam dan


penyimpan yang utama ialah firma dan kerajaan. Dalam pinjaman
secara langsung, peminjam dana terus dari penyimpan dalam pasaran
kewangan dengan cara menjual cagaran/sekuriti yang juga dipanggil
alat kewangan. Sekuriti ialah dokumen sah yang menjadi bukti
penyertaan modal atau bukti hutang terhadap pemilikan suatu benda,
yang boleh dipindah milik dan bersifat kekal atau jangka panjang.

Sekuriti merupakan aset kepada individu yang membelinya dan


merupakan liabiliti kepada individu atau firma yang menjual atau
mengeluarkannya. Cth.nya sebuah firma ingin mengembangkan
perniagaannya, jadi ia boleh menjual sekuriti bagi mendapatkan dana
tersebut. Liabiliti ialah tuntutan kewangan daripada bank, firma atau
orang perseorangan terhadap bank, firma atau orang perseorangan lain.
Sebahagian besar daripada liabiliti bank terdiri daripada deposit
pelanggan dan modal pemegang saham. Liabiliti firma atau syarikat
ialah modal pemegang saham, pinjaman bank, pinjamam dari orang
perseorangan, bunga yang perlu dibayar kepada pemberi pinjaman dan
pemegang bon syarikat dan dividen.

Pengaliran dana dari penyimpan kepada peminjam penting kepada


ekonomi kerana mereka yang menyimpan bukanlah orang yang
mempunyai peluang pelaburan yang menguntungkan. Tanpa pasaran
kewangan adalah sukar untuk memindahkan dana daripada seseorang
3

yang tidak mempunyai peluang pelaburan kepada mereka yang


mempunyai peluang pelaburan. Pasaran kewangan yang beroperasi
dengan cekap dapat memperbaiki ekonomi dan kebajikan masyarakat.

Struktur Pasaran Kewangan

Pasaran Ekuiti dan Hutang;

Terdapat dua cara dimana firma atau individu yang boleh


mendapatkan dana dalam pasaran kewangan. Kaedah yang paling
biasa digunakan ialah dengan mengeluarkan alat hutang (debt
instrument) seperti bon atau gadai janji (mortgage). Tempoh matang
adalah tarikh dimana alat hutang tersebut tamat. Jangkamasa
matang alat hutang tersebut terbahagi kepada tiga, jangka pendek
jika ia matang dalam tempoh kurang dari satu tahun, jangka panjang
jika ia matang lebih dari 10 tahun dan jangka sederhana/perantaraan
jika ia matang diantara satu hingga 10 tahun.

Cara kedua mendapatkan dana ialah dengan mengeluarkan ekuiti.


Ekuiti adalah hak tuntutan terhadap aset oleh pemiutang, pemilik
atau pengusaha. Ekuiti pemilik (owners' equity) ialah jumlah aset
sesebuah firma, bank atau individu setelah ditolak jumlah liabiliti.
Selalunya ekuiti memberikan bayaran berpenggal (dividen) kepada
pemegang saham dan ianya diandaikan sebagai sekuriti jangka
panjang kerana ia tidak mempunyai jangka masa.

Keburukan memegang ekuiti berbanding dengan hutang adalah


mereka menerima bayaran setelah firma menyelesaikan semua
hutangnya. Manakala kebaikan pemegang ekuiti pula ialah mereka
menerima faedah secara langsung apabila syarikat mendapat
keuntungan kerana pemegang ekuiti mempunyai hakmilik dalam
perniagaan tersebut. Pemegang hutang tidak berkongsi keuntungan
syarikat kerana bayaran kepada mereka adalah tetap.

Pasaran Pertama dan Pasaran Kedua

Pasaran pertama ialah pasaran kewangan dimana firma tersebut


baru mengeluarkan sekuriti dan di jual kepada pembeli yang
pertama. Pasaran kedua pula ialah pasaran kewangan dimana
sekuriti yang telah dikeluarkan sebelumnya dijual semula. Pasaran
pertama tidak begitu dikenali umum. Contoh bagi pasaran kedua
pula ialah seperti bursa-bursa saham dimana saham-saham
4

diurusniagakan. Pasaran kedua mempunyai dua fungsi, pertama


adalah untuk memudahkan penjualan alat kewangan bagi
mendapatkan kewangan iaitu meningkatkan kecairan alat kewangan
tersebut. Kedua, menentukan harga sekuriti yang dijual oleh firma
yang mengeluarkannya dalam pasaran pertama. Lebih tinggi harga
sekuriti di pasaran kedua maka lebih tinggi harga yang akan
diperolehi oleh firma yang mengeluarkannya dalam pasaran
pertama.

Pasaran Pertukaran dan Pasaran di luar Kaunter (Exchanges and Over


the Counter Markets/OTC)

Pasaran kedua boleh dijalankan melalui dua cara, pertama


melalui pertukaran dimana penjual dan pembeli sekuriti berjumpa di
satu lokasi untuk mengendalikan urusniaga seperti Bursa Saham Kuala
Lumpur (BSKL). Cara kedua melalui over the counter, dimana peniaga
(dealer) di lokasi-lokasi berbeza yang mempunyai sekuriti bersedia
untuk menjual dan membeli sekuriti secara over the counter kepada
sesiapa yang berjumpa dengan mereka dan menerima harga yang
ditawarkan. Oleh kerana peniaga berhubung melalui komputer maka
pasaran OTC berhadapan dengan persaingan yang tinggi. Banyak
saham diniagakan melalui OTC.

Pasaran Wang dan Modal

Salah satu cara membezakan pasaran adalah berasaskan tempoh


matang sekuriti yang diniagakan dalam pasaran tersebut. Pasaran
wang mengendalikan urusniaga hutang atau pinjaman jangka
pendek seperti nota janji perdagangan, nota kredit jangka pendek,
wang semalaman dan pinjaman antara bank. Manakala pasaran
modal pula melibatkan urusniaga sekuriti jangka panjang, biasanya
mempunyai tempoh matang satu tahun atau lebih dan yang tidak
mempunyai tempoh matang tertentu. Urusniaga pasaran modal
termasuk pengeluaran pinjaman jangka panjang, jual beli terhadap
tuntutan jangka panjang dan jual beli ekuiti syarikat.

Amnya, pasaran wang ialah urusniaga harta kewangan mudah tunai


jangka pendek, yang biasanya tempoh matang kurang dari satu
tahun manakala pasaran modal pula ialah urusniaga harta
kewangan jangka panjang yang tempoh matangnya lebih dari satu
tahun atau tiada tempoh matang. Biasanya alat pasaran wang
adalah lebih cair dari alat pasaran modal.
5

Di Malaysia pasaran modal terutamanya terdiri daripada pasaran


sekuriti kerajaan, pasaran saham, dan pasaran ekuiti syarikat. Sekuriti
pasaran wang biasanya diperniagakan dengan lebih meluas
berbanding sekuriti yang mempunyai tempoh niaga yang lebih
panjang. Ianya juga mempunyai kecairan yang lebih tinggi. Sekuriti
jangka pendek mempunyai kejatuhan harga yang lebih rendah
daripada sekuriti jangka panjang, oleh itu ianya merupakan
pelaburan yang lebih selamat. Bank selalunya menggunakan pasaran
ini untuk memperolehi kadar bunga bagi lebihan dana mereka.
Sekuriti pasaran modal seperti bon jangka panjang selalunya
dikendalikan oleh pengantara kewangan seperti syarikat insuran dan
dana pencen dimana ia mempunyai ketidakpastian yang kecil
mengenai jumlah dana yang akan diperolehi dimasa depan.

Fungsi Pengantara Kewangan

Dana boleh dipindahkan dari penyimpan kepada peminjam melalui


pembiayaan secara tidak langsung kerana ia melibatkan orang tengah,
iaitu pengantara kewangan. Bank contohnya, boleh mendapatkan dana
dengan mengeluarkan liabiliti kepada orang awam dalam bentuk
deposit tabungan/simpanan dan mengunakan dana untuk memperolehi
aset dengan cara memberi pinjaman. Dengan mengenakan kadar
bunga yang lebih tinggi ke atas pinjaman berbanding dengan kadar
bunga yang diberikan kepada penyimpan, pengantara kewangan ini
akan memperolehi keuntungan. Pengantaraan kewangan boleh
dibahagikan kepada dua iaitu Institusi penyimpan deposit dan Institusi
bukan penyimpan deposit

Institusi Pendeposit

Institusi ini adalah pengantara kewangan yang menerima deposit


daripada individu dan institusi lain serta membuat pinjaman. Ia
terlibat dengan penciptaan kredit iaitu komponen penting dalam
penawaran wang. Tindakan mereka memainkan peranan dalam
menentukan bagaimana penawaran wang ditentukan. Institusi
pendeposit adalah seperti Bank Perdagangan (Commercial Bank),
Persatuan Tabungan dan Pinjaman (Saving and Loan Association),
Bank Simpanan Bersama (Mutual Saving Bank), Kesatuan Kredit
(Credit Union) dan lain-lain.
6

Institusi bukan penyimpan deposit

Ia boleh dibahagikan kepada Institusi tabungan berkontrak dan


Pengantaraan Pelaburan. Institusi Tabungan Berkontrak merupakan
pengantara kewangan yang memperolehi dana berdasarkan sela
masa (biasanya satu bulan). Oleh kerana mereka boleh
meramalkan dengan tepat jumlah yang harus dibayar pada masa
akan datang maka tiada kebimbangan mengenai kehilangan
dana. Oleh itu kecairan aset tidak begitu penting sebagaimana
institusi pendeposit. Contoh institusi tabungan berkontrak seperti
Syarikat Insuran nyawa, Syarikat Insuran kemalangan dan harta
benda, dana pencen persendirian, dana persaraan kerajaan
tempatan dan negeri (pencen) dan lain-lain. Pengantara
Pelaburan pula seperti Syarikat kewangan jualan dan pengguna,
Syarikat pelaburan terbuka (Mutual Funds), Dana-dana pasaran
wang (Money Market Mutual Funds) dan lain-lain.

Secara keseluruhan, dalam setiap tahun unit-unit seperti isirumah, firma,


dan kerajaan berbelanja lebih dari pendapatan semasa mereka sama
ada untuk tujuan penggunaan atau pelaburan, hal sebegini disebut unit
defisit/kurangan. Sebaliknya, Unit-unit yang berbelanja kurang dari
pendapatan semasa mereka sama ada untuk tujuan pelaburan atau
penggunaan disebut sebagai unit surplus/lebihan. Pergerakan dana dari
unit lebihan kepada unit kurangan berlaku melalui set institusi kewangan
yang secara keseluruhan membentuk sistem kewangan yang saling
berhubung kait antara unit lebihan dengan unit kurangan.

Pasaran wang tidak akan wujud dan berkembang sekiranya unit-unit


ekonomi tidak mengalami kekurangan atau lebihan wang tunai secara
berterusan. Dengan adanya pasaran wang yang cekap, kos melepas
memegang wang dapat diminimumkan. Oleh itu pada sebarang masa
wujud stok hutang yang belum dibayar. Stok hutang ini adalah jumlah
hutang yang telah dikeluarkan tolak jumlah hutang yang telah dibayar.

Fungsi utama sistem kewangan ialah menawarkan peluang pelaburan


kepada orang ramai yang mempunyai peluang pelaburan dan
menyimpan lebihan wang bagi mereka yang tidak mempunyai peluang
pelaburan. Dua cara dana dipindahkan dari penyimpan kepada
peminjam;

a. pembiayaan langsung; pihak penyimpan dan pihak peminjam


berurusan secara langsung,
7

b. pembiayaan secara tak langsung; iaitu melalui pengantaraan


kewangan, iaitu institusi yang berfungsi sebagai menerima
simpanan lebihan dana dari unit-unit ekonomi dan
meminjamkan semula kepada unit-unit ekonomi.

Evolusi Sistem Kewangan

Seperti negara-negara yang lain, sistem kewangan di Malaysia


berkembang melalui empat peringkat asas.

Peringkat pertama

Berlaku pada zaman sistem perdagangan barter, unit pertukaran


asas dalam sistem kewangan pada ketika itu ialah wang komoditi
(makanan, pertahanan, perhiasan & alat yang membantu dalam
kehidupan seharian) dan kemudiannya kepada wang logam. Wang
komoditi dan wang logam ini berfungsi sebagai unit akaun dan
unitnilai bagi memudahkan perdagangan dan mengumpul
kekayaan.

Peringkat kedua

Bermula apabila munculnya wang kertas yang dikeluarkan oleh


tukang emas atau bank. Ia berkembang apabila timbulnya amalan
meminjam dari kumpulan wang yang dikumpulkan oleh orang yang
mempunyai lebihan pendapatan kepada orang perseorangan atau
perusahaan dengan dikenakan bayaran atau faedah.

Pada peringkat ini wujud aliran dana dari unit lebihan kepada unit
kurangan. Walau bagaimana pun pemegang hutang utama
(pinjaman langsung dari unit lebihan kepada unit kurangan)
menyebabkan unit lebihan menanggung risiko kemungkinan hutang
akan dibayar balik atau tidak. Apa yang penting mengenai konsep
hutang dalam ekonomi ialah persoalan keyakinan unit lebihan
terhadap unit kurangan membayar balik pinjaman yang telah dibuat.
Semakin besar unsur keyakinan ini semakin cekaplah sistem
kewangan.

Pada peringkat ini aliran dana biasanya berlaku melalui pinjaman


langsung (pembiayaan langsung). Walau bagaimanapun wujud
8

beberapa kelemahan seperti tempoh yang diberi bagi unit kurangan


membayar balik hutang tidak mencukupi dan mungkin unit lebihan
berhadapan dengan risiko unit kurangan tidak membayar balik
hutang. Masalah juga timbul bila unit lebihan tidak sanggup membeli
harta kekayaan unit kurangan tanpa mengetahui kedudukan
kewangan unit kurangan tersebut. Harta kekayaan ini mungkin tidak
mempunyai kesediaan mudah tunai yang tinggi. Kecuali bagi
peminjam yang boleh dipercayai seperti kerajaan.

Peringkat ketiga

Memandangkan tugas sistem kewangan pada asasnya ialah untuk


membantu dalam memperuntukkan sumber di dalam sesebuah
ekonomi daripada unit lebihan kepada unit kurangan, maka satu
mekanisma pusingan yang cekap diperlukan supaya sumber yang
sedikit dapat digunakan dengan optimum untuk pembangunan
negara.

Untuk mengatasi masalah risiko memberi pinjaman secara langsung,


maka sekumpulan institusi pengantaraan kewangan bagi memenuhi
kehendak unit lebihan telah dibentuk. Tanggungan institusi
pengantaran kewangan dikenali hutang peringkat kedua atau
hutang secara tidak langsung.

Melalui pengeluaran hutang, institusi pengantaraan menerima


pendapatan berdasarkan perbezaan faedah (kadar bunga) yang
dibayar kepada penyimpan dengan yang dikenakan kepada
peminjam. Institusi pengantaraan kewangan yang pertama muncul
ialah bank perdagangan. Walau bagaimanapun, bank perdagangan
hanya tertumpu dalam bidang tertentu seperti pembiayaan
perdagangan. Melalui masa beberapa institusi pengantaraan
kewangan telah dibentuk bagi menjalankan urusan dalam bidang
pembiayaan pengguna, urusan bank saudagar, pembiayaan
pembangunan, kredit perumahan, unit amanah, insuran nyawa,
kumpulan wang simpanan dan pencen.

Peringkat keempat

Peringkat terakhir perkembangan ini ialah apabila institusi kewangan


melangkah ke arah kematangan. Pada peringkat ini wujud satu
kumpulan pengantaraan kewangan yang menawarkan perbagai alat
9

kewangan sebagai media tabungan bagi unit lebihan dan pelbagai


jenis kemudahan kredit dan pelaburan bagi unit kurangan.

Isi rumah merupakan kumpulan yang mempunyai unit lebihan yang


besar, mereka menabung sebahagian besar dari pendapatan
mereka. Harta kewangan yang mereka miliki terdiri daripada hutang
utama atau/dan hutang peringkat kedua. Hutang utama selalunya
terdiri daripada saham, pinjaman langsung kepada perusahaan dan
sekuriti kerajaan. Hutang peringkat kedua terdiri daripada wang tunai,
deposit dan harta kewangan lain yang merupakan tanggungan
pengantaraan kewangan.

Tidak semua isi rumah merupakan unit lebihan, malah terdapat juga
sebahagian daripada mereka bertindak sebagai unit kurangan. Sektor
kerajaan dan perusahaan merupakan unit kurangan yang utama
dalam ekonomi. Kedua sektor ini biasanya akan menampung
kurangan mereka melalui pinjaman modal sekuriti, bil dan sekuriti
jangka panjang. Pengantaran kewangan menjalankan urusan dalam
dua pasaran iaitu pasaran tabungan dan pasaran kredit.

Dalam pasaran tabungan mereka bertindak sebagai peminjam, di


pasaran kredit mereka bertindak sebagai pembekal sumber
kewangan kepada unit kurangan sama ada untuk tujuan
penggunaan atau pelaburan.

Institusi seperti syarikat diskaun dan bank saudagar mengukuhkan lagi


urusan sistem kewangan dengan menyediakan pengantaraan
kewangan peringkat kedua, dengan kumpulan wang mereka
kebanyakannya diterima dari institusi kewangan yang lain.

Kadar Bunga Pasaran Wang

Perubahan dalam permintaan dan penawaran wang mempengaruhi


kadar bunga pasaran wang secara langsung. Peningkatan dalam
permintaan wang menyebabkan kadar bunga pasaran wang
meningkat dan peningkatan dalam penawaran wang akan
mengurangkan kadar bunga pasaran wang. Kadar bunga akan
mempengaruhi keputusan unit-unit ekonomi. Bagi peminjam, kadar
bunga merupakan kos penggunaan masa depan dan bagi pemberi
pinjam, kadar bunga merupakan ganjaran kerana menangguhkan
penggunaan.
10

Harga wang yang dipinjam iaitu kadar bunga. Perbezaan kadar bunga
antara sektor dalam pasaran kewangan adalah disebabkan oleh;

a. Perbezaan kematangan alat yang digunakan; Semakin lama


tempoh matang sesuatu alat kewangan tersebut semakin tinggi
kadar bunga yang akan diperolehi oleh pembeli. Kadar bunga
yang tinggi ini disebabkan oleh dua unsur iaitu; ketidakpastian
dan tingkat harga umum. Semakin lama tempoh bayar balik
semakin tinggi ketidakpastian keupayaan peminjam membayar
balik pinjaman. Tempoh pembayaran balik yang panjang mungkin
melibatkan peningkat tingkat harga umum (kuasa beli merosot).

b. Perbezaan pengelasan kredit pinjaman; Bagi kerajaan dan


syarikat-syarikat yang mempunyai struktur kewangan yang teguh
lazimnya disebut sebagai peminjam berisiko rendah, dapat
membuat pinjaman dengan kadar bunga yang rendah.

c. Perbezaan pasaran alat pasaran kewangan yang diniagakan;


Permintaan terhadap sesuatu alat pasaran kewangan yang
diniagakan bergantung secara langsung dengan kos urusniaga
penjualan dan pembelian alat tersebut dalam pasaran
peringkat ke-dua. Bagi alat pasaran kewangan yang mempunyai
kos urusniaga yang tinggi (yg. akan mengurangkan permintaan
terhadap alat tersebut), kadar pulangan dalam bentuk kadar
bunga yang akan dibayar juga tinggi (bagi menarik minat
pembeli).

Sifat-Sifat peralatan hutang

Peralatan kewangan merupakan bukti hutang akibat daripada


aktiviti peminjaman atau pemberian pinjaman iaitu apabila kuasa
beli unit lebihan dipindahkan kepada unit kurangan. Dalam setiap
alat-alat pasaran kewangan, pemegangnya memiliki tuntutan
kewangan terhadap pengeluar alat-alat kewangan tersebut.

Tiga ciri penting peralatan kewangan yang boleh mempengaruhi


kadar bunga ialah kematangan, kecairan dan keselamatan nilai
utama.

a. Kematangan; Kematangan ialah masa yang mesti berlalu


sebelum peminjam mesti membayar hutang dengan
sepenuhnya. Atau kematangan ialah tarikh apabila nota, bon,
hutang atau sebarang tanggungan kewangan mesti
11

dijelaskan sepenuhnya, penjelasan pada tarikh kematangan


melibatkan bayaran pokok dan bunga.

b. Kecairan; Kecairan seseuatu aset dimaksudkan dengan


keupayaan aset tersebut ditukar menjadi wang dengan
secepat mungkin tanpa kehilangan nilai atau melibatkan kos
urusniaga yang tinggi. Wang tunai merupakan aset paling cair
(kecairan yang sempurna) diikuti oleh simpanan semasa.
Kecairan sesuatu aset bergantung kepada tempoh
kematangannya. Sesuatu aset dikatakan tidak cair jika ia
memerlukan masa untuk ditukar kepada wang atau/dan
kehilangan nilai sama ada melalui penurunan dalam nilai
pasaran atau/dan melalui kos pertukaran.

c. Keselamatan nilai utama; Keselamatan nilai utama bermaksud,


kebebasan peralatan hutang daripada risiko penurunan nilai
pasarannya. Secara amnya, peralatan yang sangat cair
merupakan peralatan yang sangat selamat. wbp terdapat
juga peralatan yang kurang cair tetapi masih selamat.

Terdapat dua risiko kehilangan nilai utama, iaitu;

Risiko Mungkir - berlaku apabila pembayaran semula


semua nilai utama tidak dapat dipenuhi dengan sempurna
atau tidak tepat seperti yang dijanjikan.

Risiko Pasar - berlaku apabila harga pasaran sesuatu alat


hutang tersebut merosot.

Kadar Hasil Peralatan Hutang (credit market instruments)

Apabila seseorang/institusi membeli sesuatu alat hutang, ia akan


menerima pulangan daripada dana yang "disewakan" tersebut.
Kadar bunga semasa menentukan jumlah sewa yang akan diterima.
Menurut Keynes, kadar bunga adalah ganjaran yang akan diterima
kerana perpisahan dengan kecairan dalam jangka masa tertentu.
Ganjaran merupakan perbezaan antara kadar pulangan/kadar hasil
(yang kebiasaannya merujuk kepada kadar bunga) credit market
instruments dengan nilai pasaran alat hutang tersebut. Kadar hasil ini
juga disebut sebagai kadar bunga efektif. Credit market instruments
ini ialah seperti;
12

a. Pinjaman mudah (simple loan); Peminjam akan memperolehi


sejumlah dana yang perlu dibayar semula pada tempoh
matang dengan tambahan sejumlah wang. Contoh meminjam
sebanyak RM1,000 bagi tempoh satu tahun dengan kadar
bunga 1O%. Setelah cukup satu tahun kita perlu membayar
RM1,100, iaitu tambahan sebanyak RM100.

b. Pinjaman bayaran tetap (fixed payment loan); Peminjam


memperolehi sejumlah dana dan ia akan membayar balik
dalam jumlah yang tetap bagi setiap bulan/tahun yang
mengandungi sebahagian bayaran pokok dan kadar bunga
yang ditetapkan.

c. Bon Kupon; Pihak penjual akan membayar kepada pembeli bon


satu kadar bayaran kembali dan kadar bunga yang tetap
setiap tahun sehingga tempoh matang. Jumlah yang tetap ini
dinamakan kupon. Bila tempoh matang nilai muka/nilai
tara/nilai utama akan dibayar. Contoh kupon bon yang
mempunyai nilai muka RM1,000 akan menerima nilai menerima
RM100 setahun selama 10 tahun.

d. Bon Diskaun; Ia dibeli pada harga yang yang lebih rendah dari
harga muka dan nilai muka akan dibayar pada akhir tempoh
matang. Tiada bayaran kadar bunga dibuat. Contoh Bon
diskaun yang mempunyai nilai RM1,000 diberi diskaun
sebanyak 10% akan dibeli pada harga RM900 dan pemilik akan
dibayar RM1,000 (nilai muka) pada tarikh matang. Cth. Bil
Perbendaharaan. Kadar hasil sesuatu alat hutang boleh
ditentukan dengan merujuk kepada Nilai kini bersih (NKB) atau
Nilai kini terdiskaun (NKD) hasil yang akan diterima apabila alat
hutang tersebut matang (rujuk lampiran).
13

STRUKTUR SISTEM KEWANGAN DI MALAYSIA

Sistem kewangan di Malaysia seperti juga negara lain boleh dibahagikan


kepada dua iaitu sistem urusan bank yang pada amnya tanggungan
utamanya ialah mata wang dan sistem pengantara kewangan bukan
bank yang pada amnya tanggungan utamanya ialah wang
hampir/separa. Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pihak berkuasa
tertinggi yang akan mengeluarkan mata wang.

Bank Perdagangan merupakan institusi tunggal yang dibenarkan


mengurus akaun semasa. Bank perdagangan, syarikat kewangan, bank
saudagar dan syarikat diskaun terletak dibawah penyeliaan BNM. Broker
wang dan pertukaran asing juga diletakkan di bawah penyeliaan BNM
kerana ia juga berurusan secara langsung dengan institusi kewangan
utama. Syarikat jaminan kredit ditubuhkan oleh institusi kewangan bagi
menyediakan jaminan kepada bank perdagangan bagi pinjaman
mereka kepada perusahaan kecil.

Institusi kewangan bukan bank diletakkan dibawah penyeliaan jabatan


atau agensi kerajaan, secara kasar ia boleh dibahagikan kepada lima
kumpulan institusi. Kebanyakan institusi kewangan menjalankan urusan
dalam dua pasaran iaitu pasaran wang dan pertukaran asing dan
pasaran modal. Pasaran wang terdiri daripada pasaran antara bank dan
pasaran kumpulan wang jangka pendek. Pasaran modal terdiri daripada
pasaran sekuriti utama (keluaran baru kerajaan atau korporat yang
ditawarkan kepada orang ramai atau institusi) dan sekuriti pasaran kedua
(sekuriti kerajaan atau korporat yang sedia ada diniagakan). Pasaran
modal dikawal secara langsung oleh Pendaftar Syarikat melalui Akta
Perusahaan Sekuriti 1972, (wbp. Bursa Saham KL di kawal sendiri oleh
Jawatankuasa Bursa). BNM mengawal pasaran modal secara tidak
langsung iaitu melalui Jawatankuasa Terbitan Modal. sebelum 1967,
Lembaga Mata wang berfungsi sebagai menentukan bekalan wang di
Malaysia, Singapura dan Brunei. Pada 12 Jun 1967 BNM telah mengambil
tugas mengeluarkan mata wang dari Lembaga Matawang. 1979
Lembaga Matawang dibubarkan. Kebanyakan sekuriti kerajaan di
pegang oleh KWSP.
14

Perkembangan dan Jenis Pasaran Wang Di Malaysia

Seperti kebanyakan negara membangun yang lain, pasaran wang di


Malaysia dapat dikelaskan kepada dua;

a. Pasaran Formal; seperti bank pusat, bank perdagangan dan


pengantara bekalan wang seperti, syarikat kewangan dan
institusi pinjaman yang lain. Peminjam utama terdiri daripada
peniaga dan pengusaha di kawasan bandar.

b. Pasaran tak Formal; seperti koperasi (kecuali koperasi yang


menjalankan aktiviti perbankan seperti Bank Rakyat), ceti,
rakan dan sanak saudara, peminjam utama terdiri daripada
peniaga dan petani di kawasan luar bandar.

Perkembangan wang formal di Malaysia sebelum 1960an dikuasai


oleh cawangan bank milik peniaga British. Bank tempatan pada
umumnya dimiliki oleh orang Cina dan bersaiz kecil-kecilan. Institusi
tabungan utama sebelum 1960an terdiri daripada Bank Simpanan
Pejabat Pos dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Keduanya berperanan sebagai pengantara kewangan bagi
mengalakkan tabungan.

Alat Pasaran Kewangan

Alat pasaran kewangan berbeza dengan alat pengurusan


kewangan/Alat peraturan kewangan- membincangakan alat-alat dalam
dasar kewangan.

Deposit

Bank perdagangan dan syarikat kewangan dibenarkan


mengendalikan (menerima) simpanan tetap dari orang ramai.
Tempoh minimum simpanan tetap ialah satu bulan bagi bank
perdagangan dan tiga bulan bagi syarikat kewangan. Bank Saudagar
pula dibenarkan menerima simpanan bagi tempoh minimum satu
bulan dari bank perdagangan, syarikat kewangan dan institusi
kewangan serta perbadanan yang diakui oleh BNM. Setiap
simpanan dari institusi kewangan mestilah tidak kurang dari RM250,000
dan tidak kurang dari RM1 juta bagi simpanan dari perbadanan.
Secara umumnya, Gedung Diskaun menerima simpanan dari orang
15

ramai atau institusi kewangan bagi tempoh kurang dari satu bulan
dengan simpanan minimum RM50,000.

a. Deposit Semasa - Ia bererti pelanggan bank dapat


mengeluarkan wang mereka serta merta tanpa memberitahu
pihak bank. Deposit semasa boleh dikeluarkan dengan
menggunakan cek (pelanggan juga boleh mengeluarkan wang
dengan menggunakan ATM). Cek ini adalah perintah bayar
kepada bank tanpa sebarang pengurangan sejumlah wang
yang dicatatkan kepada individu atau syarikat yang namanya
tertera di atas cek tersebut, atau mengarahkan bank menolak
baki akaun pembayar mengikut jumlah dalam cek dan
memindahkan dana kepada pihak penerima cek.

b. Deposit Tetap - Deposit tetap berdasarkan kadar bunga dan


tempoh matang. Biasanya bagi mengeluarkan wang ia
mengambil masa 30 hari bagi akaun buku dan 6 bulan bagi sijil
deposit. Pihak bank boleh melengahkan pembayaran ini jika ia
melibatkan rizab bank. Bermula pada tahun 1970 (di USA)
beberapa kaedah telah dicipta bagi memudahkan penukaran
deposit tetap kepada deposit semasa yang menggunakan
cek. Cara yang mula-mula digunakan ialah "perantah
pengeluaran boleh niaga" (Negotiable Order of Withdrawal
atau NOW), iaitu satu perantah yang menyerupai cek untuk
memindah dana daripada deposit tetap penyimpan kepada
penerima. Satu kaedah yang lain ialah "perkhidmatan pindah
automatik" (Automatic Transfer Service/ATS), iaitu
membenarkan penggunaan deposit semasa dan deposit
tetap pada satu masa. Bank akan memindahkan dana ke
dalam akaun semasa secara automatik apabila dikehendaki.
Cara ini membenarkan pelanggan memegang wang
termimimum dalam akaun deposit semasa (cth.RM200)
manakala selebihnya disimpan di dalam deposit tetap.

Bil Bank Negara

Bil Bank Negara merupakan alat pasaran kewangan jangka pendek


yang dapat digunakan oleh Bank Negara Malaysia bagi mempengaruhi
kadar mudah tunai serta dapat menyediakan alat kewangan alternatif
bagi institusi kewangan di Malaysia selain daripada Bil Perbendaharaan
Malaysia dan bon kerajaan. Ia merupakan alat hutang jangka pendek
sektor awam. Bil ini telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 9
16

Oktober 1993. Tempoh matangnya ialah 91 hari, 182 hari dan 364 hari
(tidak melebihi setahun).

Objektif
a. Memberi peluang kepada Bank Perdagangan, Bank Saudagar,
Syarikat Kewangan, Gedung Diskaun dan lain-lain institusi
kewangan untuk melabur lebihan dana jangka pendek meraka.
Bil ini juga memyediakan saluran pelaburan yang baik kerana ia
bebas dari risiko (kerana ia dikeluarkan oleh kerajaan) dan
pembeli tidak mengalami kerugian yang besar jika bil ini dijual
dengan segera (perubahan kadar faedah hanya
memyebabkan perubahan harga yang kecil).

b. Digunakan oleh Bank Negara Malaysia bagi mengawal jumlah


mudah tunai dalam sistem urusan bank yang akan
mempengaruhi kadar faedah. Ia juga merupakan alat dasar
kewangan memelai operasi pasaran terbuka.

c. Menyediakan alternatif bagi Bil Perbendaharan dan Sekuriti


Kerajaan Malaysia kerana alat-alat kewangan jangka pendek
ini terhad berikutan langkah kerajaan mengurangkan
perbelanjaan sektor kerajaan pada akhir Disember 1993.
Keluaran sekuriti kerajaan telah berkurangan daripada RM3.8
bilion pada 1992 kepada RM1.6 bilion pada 1993.

d. Bil ini juga dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi pihak
kerajaan untuk menambah dana jangka pendek bagi
memperbaiyai perbelanjaan kerajaan.

Garis Panduan Urusan


Bil ini dikeluarkan pada asas diskaun pada peniaga utama. Para pelabur
yang ingin membeli Bil ini boleh berbuat demikian dengan
mengemukakan tawaran meraka melalui peniaga utama dengan
dominasi minimum RM1,000.

Bil ini diniagakan dalam pasaran kedua melalui sebut harga dua hala.
Apabila cukup tempoh matang minimum (91 hari) atau pertengahan
(182 hari) atau tempoh maksimum (364 hari), Bank Negara Malaysia akan
membayar pelabur nilai muka bil tersebut melalui institusi deposit yang
sah.
17

Penerimaan Jurubank

Penerimaan jurubank ialah sejenis bil pertukaran yang boleh diniagakan


dan disahkan penerimaannya oleh bank. Bank Perdagangan
bertanggungjawab terhadap tuntutan jumlah penuh bil tersebut apabila
ia matang oleh pemegangnya. Hanya Bank Perdagangan dan Bank
Saudagar sahaja boleh menerbitkan Penerimaan Jurubank, manakala
institusi kewangan lain hanya dibenarkan berurusniaga dengan
Penerimaan Jurubank.

Penerimaan Jurubank tidak boleh dibayar pada bila-bila masa, tetapi


hanya pada tarikh tertentu, tidak awal dari 30 hari dan tidak lewat dari
200 hari dari tarikh penerimaan. Pembayaran dibuat atas perintah
pemilik. Pembayaran mestilah dibuat dalam mata wang ringgit Malaysia
dalam pecahan RM1,000 dengan had minimum RM30,000. Pembayaran
hanya boleh dibuat di ibu pejabat bank berkenaan sahaja.

Objektif
Penerimaan Jurubank diterbitkan untuk tujuan pembiayaan jangka
pendek bagi import ke Malaysia, eksport ke Malaysia, belian di
Malaysia dan jualan di Malaysia. Kemudahan Penerimaan
Jurubank ialah untuk membiayai pembeli untuk membuat
pembayaran segera kepada penjual. Kemudahan ini juga
membolehkan penjual mendapat tunai daripada bank, walaupun
pembeli tidak membayar dengan segera.

Bagi pelabur yang mempunyai lebihan dana sementara, penerimaan


jurubank menawarkan pelaburan jangka pendek yang menarik dari segi
kadar pulangan, jaminan, boleh diniagakan dan dipasarkan. Pada masa
yang sama juga, Penerimaan Jurubank memberi kemudahan
pembiayaan kepada peniaga dan perdagangan dalam negeri dan
antarabangsa. Keistimewaan Penerimaan Jurubank dapat dilihat dari
aspek kadar pulangan, jaminan, mudah tunai dan faedah kepada
peminjam.

Kadar pulangan Penerimaan Jurubank sangat dipengaruhi oleh kadar


antara bank dan kadar ini pula bergantung kepada permintaan dan
penawaran wang. Oleh itu, kebiasaannya Penerimaan Jurubank
memberi kadar pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan
pelaburan jangka pendek yang lain seperti Bil Perbendaharaan, sekuriti
kerajaan, wang panggilan di Gedung Diskaun dan deposit tetap di Bank
Perdagangan yang mempunyai tempoh matang yang sama.
18

Penerimaan Jurubank adalah satu bentuk pelaburan yang terjamin dan


selamat kerana bank merupakan penerimanya dan tiada risiko modal
yang terlibat. Pemilik Penerimaan Jurubank terlindung sekiranya berlaku
kecurian dan kehilangan kerana sebarang pengeluaran wang
memerlukan pengesahan pemilik Penerimaan Jurubank terlebih dahulu.
Segala pemindahan hak hanya boleh dilakuukan dengan pengesahan
oleh pemiliknya di belakang bil berkenaan. Risiko kadar faedah juga tidak
wujud jika seseorang iu memegang Penerimaan Jurubank sehingga
matang.

Penerimaan Jurubank juga boleh diniagakan dan dipasarkan dengan


mudah. Ia boleh dijual semula pada bila-bila masa sebelum tempoh
matang dalam pasaran peringkat kedua. Penerimaan Jurubank juga
boleh didiskaunkan semula di Bank Negara Malaysia bagi tempoh
matang kurang 22 hari. Di samping itu, Penerimaan Jurubank yang
mempunyai baki tempoh matang tidak lebih dari 90 hari, layak dikira
sebagai aset bagi memenuhi keperluan mudah tunai institusi kewangan
dan nilainya terhad kepada maksimum 5 peratus daripada jumlah liabiliti
yang layak.

Kos pinjaman oleh seseorang pembeli atau pengimport untuk membiayai


pembeliannya melalui kemudahan Penerimaan Jurubank lebih rendah
daripada pinjaman overdraf. Kos penerimaan Penerimaan Jurubank
dikara berdasarkan pendiskaunan pada kadar diskaun yang tetap. Oleh
itu, peminjam dapat menentukan kos pinjamannya, berbanding dengan
kadar faedah overdraf yang berubah-ubah mengikut kadar pasaran.
Dalam keadaan kadar faedah yang semakin meningkat, pinjaman
melalui Penerimaan Jurubank lebih menguntungkan.

Garis Panduan Urusan


Bank akan menerimaan komisen yang berbeza bagi setiap pelanggan
dan jumlah komisen ini bergantung pada risiko yang wujud kepada bank
apabila membuat penerimaan bil pertukaran dan juga keadaan kredit
pemohon.

Penerimaan Jurubank juga boleh didiskaunkan di pasaran wang oleh


pemegangnya sama ada di Gedung Diskaun atau di lain-lain bank.
Kadar diskaunnya akan ditentukan oleh pasaran. Pada kebisaannya
bank yang membuat penerimaan akan membeli bil yang diterima sendiri
daripada pemegangnya disebabkan pulangan yang tinggi.

Penerimaan Jurubank merupakan satu alat yang boleh didiskaunkan dan


disebut harga dalam pasaran. Pada masa tempoh matang, bank akan
19

membayar nilai muka bil tersebut kepada pelabur. Apabila sesuatu


Penerimaan Jurubank didiskaunkan, harga yang dibayar ialah nilai muka
yang didiskaunkan, yang boleh dikira seperti berikut;

Fv x 365
harga pasaran = -------------------
365 + (r x n)

Fv = nilai muka
r = kadar diskaun
n = bilangan hari yang tinggal sebelum cukup tempoh matang

Bon Cagamas

Cagamas merupakan satu perbadanan gadaijanji nasional. Ia


merupakan singkatan daripada Perbadanan Cagaran Malaysia Berhad
dan telah ditubuhkan pada 2 Disember 1986 dengan modal dibenarkan
sebanyak RM200 juta dan modal yang telah dilaburkan sebanyak RM50
juta. Semua Bank Perdagangan, syarikat kewangan dan Bank Saudagar
merupakan pemegang saham Cagamas dengan pegangan terbesar
sebanyaj 20 peratus oleh Bank Negara Malaysia. Oleh kerana ia dimiliki
oleh institusi-institusi kewangan dan Bank Negara Malaysia, Cagamas
mempunyai taraf kredit yang baik dan lebih berupaya meninjam
amauan-amauan besar yang diperlukan jika dibandingkan dengan
keupayaan pemberi pinjaman dan kos dengan kos yang lebih murah.

Objektif
Objektif utama ialah untuk memajukan pasaran gadaijanji peringkat
kedua. Objektif ini membolehkan pemberi pinjaman gadaijanji
perumahan mendapatkan dana jangka panjang yang lebih
berpadanan dengan tempoh pinjaman perumahan meraka yang
diperolehi dari punca kewangan biasa meraka. Objektif ini hanya
tercapai jika pinjaman perumahan ini dapat dipasarkan. Jika pinjaman-
pinjaman perumahan ini boleh dijial dalam pasaran peringkat kedua,
pemberi pinjam akan menghasilkan dana untuk membiayai lebih banyak
penjaman-pinjaman perumahan tambahan dan dapat mengurangkan
tempoh matang yang tidak sepadan.

Ia juga ditubuhkan untuk membantu mengurangkan risiko yang


disebabkan oleh perubahan dalam perbezaan antara kos dana dan
kadar pulangan bagi pinjaman pemberi pinjaman utama. Bank-bank
dan syarikat-syarikat kewangan merupakan pemberi pinjam utama
dalam pasaran perumahan.
20

Selain itu, ia juga untuk mengembangkan pasaran modal di Malaysia.


Pasaran sekuriti berpendapatan tetap merupakan pasaran modal yang
ingin dikembangkan. Perkembangan ini boleh dilakukan dengan
mengadakan pelaburan baru. Bon Cagamas merupakan bon yang
berisiko rendah dan berkadar tetap. Bon ini dapat memenuhi permintaan
bon jangka sederhana yang mudah cair dan sebagai tambahan kepada
bon yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Fungsi
Cagamas berfungsi sebagai pengantara antara pemberi pinjam utama
pinjaman peruahan dengan pelabur-pelabur yang ibgin menyimpan
dalam bentuk pelaburan yang selamat pada kadar pulangan tetap.
Simpanan dalam bentuk pelaburan ini mempunyai tempoh yang lebih
panjang berbanding dengan simpanan biada di institusi-institusi
kewangan.

Fungsi tersebut dijalankan dengan memberipinjaman perumahan dari


pemberi pinjam utama. Kemudian Cagamas akan mengeluarkan bon
kepada orang ramai. Tujuan pengeluaran bon ini adalah untuk
mendapatkan pembiayaan yang mencukupi. Oleh kerana ianya dimiliki
oleh kesemua pemberi pinjam utama dan Bank Negara Malaysia serta
menapat sokongan kerajaan, Cagamas boleh menjalankan fungsinya
sebagai perantara unik.

Selain itu Cagamas juga berfungsi mengeluarkan sekuriti-sekuriti yang


dapat memberikan purangan yang terendah di pasaran. Dengan
adanya kos dana yang rendah ini membolehkan syarikat memberi dana
jangka sederhana yang agak murah kepada pemberi pinjam utama.
Oleh itu, pinjaman perumahan yang lebih banyak dapat diberikan
kepada peminjam-pemnjam dengan kadar faedah yang berpatutan.

Pengeluaran bon pembawa tidak bercagar merupakan salah satu fungi


Cagamas. Tujuan pengeluaran ini ialah untuk membiayai pembelian
pinjaman perumahan. Sebagai langkah keselamatan, Bank Negara
Malaysia mewajibkan bon-bon pembawa ini disimpan oleh penyimpan-
penyimpan yang diluluskan. Penyimpan-penyimpan ini akan
mengeluarkan Resit Simpanan Bon kepada pemegang.

Bon ini mudah untuk ditukar hakmiliknya. Pertukaran hakmilik dibuat


dengan membatalkan dan mengeluarkan Resit Simpanan Bon yang
baru. Penyimpan-peyimpan yang diluluskan bertanggungjawab
mengutip faedah yang dibayar pada setiap 6 bulan atau bon Cagamas
yang disimpan dan membayar faedah berkenaan kepada pemegang-
21

pemegang bermanafaat. Meraka juga akan membantu menebus bon-


bon itu apabila matang.

Sekuriti Kerajaan Malaysia

Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) atau dikenali juga sebagai bon kerajaan
merupakan satu instrumen kewangan yang dijamin oleh kerajaan. Sekuriti
Kerajaan mewajili satu perjanjian bertulis antara kerajaan dengan
pemberi pinjam, iaitu pemberi pinjam memindahkan sejumlah wang
kepada kerajaan. Sebagai balasan, kerajaan membayar kadar faedah
kepada pemegang sekuriti. kadar faedah ini dibayar setiap setengah
tahun dan jumlah wang dipinjam akan ditebus apabila tarikhnya
matang.

Sekuriti Kerajaan dikeluarkan mengikut keperluan perbelanjaan kerajaan


bagi membiayai projek pembangunan jangka panjang. Kadar
pulangannya telah ditetapkan terlebih dahulu oleh kerajaan atas nasihat
Bank Negara Malaysia. Kadar tersebut lebih rendah daripada kadar
pulangan aset-aset bukan kerajaan yang setanding dengannya. Ini
kerana tiadanya risiko terhadap Sekuriti Kerajaan disamping pasarannya
yang telah sedia ada.

Sekuriti Kerajaan dikeluarkan pada harga yang tetap (nilai tara) dan
menghasilkan satu kadar kupon tahunan yang tetap. Tempoh matang
sekuriti ini berbeza-beza dari 2 tahun hingga 21 tahun. Apabila sekuriti ini
dijual semula, harga adalah pada premium atau diskaun. Pembeli juga
dikehendaki membayar kadar faedah kepada penjual bagi tempoh dari
tarikh bayaran kadar faedah terakhir sehingga ke tarikh sekuriti itu dijual.

Sebelum 1 Januari 1989, Sekuriti Kerajaan dijual secara langsung pada


nilai par, mulai tarikh tersebut Sekuriti Kerajaan dengan tempoh matang
sehingga 10 tahun dijual secara lelong melalui peniaga utama, hanya
Sekuriti Kerajaan dengan cukup tempoh yang lebih panjang dijual secara
langganan.

Terdapat dua jenis Sekuriti Kerajaan di Malaysia iaitu Sekuriti Kerajaan


Persekutuan dan Sekuriti Kerajaan Negeri. Sekuriti Kerajaan dikeluarkan
oleh Bahagian Hutang Awam, Bank Negara Malaysia. Sekuriti Kerajaan
dijual/dibuka kepada orang ramai. Biasanya Bank Negara Malaysia
mengeluarkan Sekuriti Kerajaan sebanyak 3 hingga 6 kali setahun.
Terbitan baru Sekuriti Kerajaan bergantung kepada keadaan ekonomi
semasa. Pemegang utama Sekuriti Kerajaan ialah KWSP dan diikuti oleh
Bank Perdagangan dan institusi-institusi kewangan lain.
22

Sekuriti Kerajaan juga boleh diniagakan dalam pasaran peringkat kedua


dengan harga pasarannya mungkin di atas atau di bawah nilai tara (nilai
muka). Sekuriti Kerajaan yang mempunyai baki tempoh matang lebih dari
1 tahun diurusniagakan dalam pasaran modal. Manakala yang
mempunyai baki tempoh matang 1 tahun atau kurang boleh
diurusniagakan dalam pasaran wang. Sekuriti Kerajaan boleh
didiskaunkan atau didiskaunkan semula di Bank Negara Malaysia.
Sebahagian besar pemilik Sekuriti Kerajaan seperti Bank Perdagangan,
Bank Saudagar dan syarikat-syarikat kewangan yang lain memegang
sejumlah besar sekuriti ini sehingga matang bagi memenuhi keperluan
mudah tunai masing-masing.

Peranan Sekuriti Kerajaan


a. Membantu membiayai perbelanjaan kerajaan - projek pembangunan
semasa dan akan datang

b. Menyediakan keperluan pelaburan kepada agensi kerajaan - seperti


kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Nasional
dan Pertubuhan Keselamatan Sosial. Selain itu ia juga melibatkan
syarikat-syarikat insuran dan institusi-institusi kewangan lain. Agensi ini
telah ditetapkan oleh undang-undang untuk memegang sebahagian
aset meraka dalam bentuk Sekuriti Kerajaan. Contohnya, syarikat
insuran dikehendaki memegang sekurang-kurangnya 25 peratus
daripada asetnya dalam bentuk Sekuriti Kerajaan.

c. Saluran pelaburan jangka pendek - kepada institusi-institusi kewangan


dan perbadanan-perbadanan

d. Untuk memenuhi keperluan aset mudah tunai - Bank Perdagangan,


Bank Saudagar dan syarikat-syarika kewangan. Oleh itu, ia
menyediakan mudah tunai kepada sistem urusan bank.

e. Meningkatkan perkembangan pasaran wang peringkat kedua

Bon Simpanan Malaysia

Bon Simpanan Malaysia siri 01 telah diterbitkan pada 16 Februari 1993


yang mempunyai tempoh matang 5 tahun. Ia telah dikeluarkan oleh
Bank Negara Malaysia bagi pihak kerajan dan ditawarkan kepada
warganegara Malaysia berumur 12 tahun keatas dan kepada
pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Bon ini diperkenalkan sebagai alat
pelaburan tambahan. Selain itu ia juga berperanan membendung
23

masalah inflasi dengan mengurangkan penawaran wang dalam negeri


dan boleh juga digunakan sebagai sumber modal bagi kerajaan untuk
membiayai projek-projek pembangunan.

Bon Simpanan Malaysia matang pada 16 Februari 1998. Ini bermakna


dengan pelaburan minimum RM68 akan mendapat mendapat kembali
sebanyak RM100 selepas cukup 5 tahun (keuntungan\laba modal
sebanyak RM32). Bagaimana pun pembeli masih boleh menebus
sebelum tempoh matang selepas 3 bulan dilancarkan.

Bank Negara Malaysia telah melantik 5 ejen untuk menguruskan


penjualan Bon Simpanan Malaysia iaitu Development & Commercial
Bank Berhad (D&C), United Malayan Banking Corporation Berhad
(UMBC), Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Bank Bumiputera
Malaysia Berhad (BBMB). Bank Negara Malaysia hanya membekalkan
bon kepada ejen-ejen berkenaan dan tidak terlibat dalam urusan
penjualan bon tersebut.

Terbitan pertama Bon Simpanan Malaysia yang bernilai RM1 bilion telah
habis dijual dalam tempoh 4 hari selepas ditawarkan (16 Februari 1993)
walaupun Bank Negara Malaysia menjangkakan dalam tempoh sebulan
bon tersebut akan habis dijual. Bank Negara Malaysia sedang
menimbang bagi menerbitkan siri kedua Bon Simpanan Malaysia jika
permintaanya menggalakkan.

Bil Perbendaharaan

Bil Perbendaharaan merupakan alat hutang jangka pendek yang


mempunyai tempoh matang tidak lebih dari setahun. Bil ini boleh dibayar
atas perintah dan memberihak kepada pemegang terhadap jumlah
bayaran yang ditetapkan dengan merujuk kepada nilai muka pada satu
tarikh matang tertentu. Bil Perbendaharaan dikeluarkan pada satu sebut
harga (kadar diskaun) yang ditetapkan.

Bil Perbendaharaan wujud akibat daripada aktiviti kerajaan berbelanja


lebih daripada pendapatan yang diperolehi. Oleh itu kerajaan terpaksa
meminjam dari Bank Negara Malaysia yang merupakan sumber pinjaman
terakhir. Untuk membiayai pinjaman ini, Bil Perbendaharaan dikeluarkan
dan dibayar dengan jumlah minimum RM10,000. Ia merupakan pinjaman
kerajaan yang akan dibayar balik dalam tempoh satu tahun dengan
Bank Negara Malaysia sebagai wakil penjual.
24

Sebagai alat yang boleh diniagakan, Bil Perbendaharaan boleh dipindah


milik melalui pengesahan yang dibuat di belakang bil berkenaan.
Keuntungan diperolehi apabila bil yang dibeli pada satu sebut harga
ditebus semula pada nilai penuh apabila temponya matang. Sebelum
tempoh matang bil berkenaan tidak boleh ditukar kepada wang tunai
tetapi boleh dijual kepada pelabur lain melalui pasaran peringkat kedua
melalui Jabatan Bank, Bank Negara Malaysia. Ini bermakna Bil
Perbendaharaan hanya boleh didiskaunkan semula atau dijual kepada
Gedung Diskaun atau Bank Negara Malaysia sebelum tarikh matang.

Fungsi Bil Perbendaharaan


a. Bil Perbendaharaan memberikan peluang kepada Bank
Perdagangan, Bank Saudagar, Gedung Diskaun, syarikat kewangan
dan institusi kewangan lain untuk melaburkan lebihan dana jangka
pendek meraka. Bil ini menyediakan saluran pelaburan yang baik
kerana ia bebas daripada risiko kerana ia dikeluarkan oleh kerajaan
dan bil ini juga tidak membawa kerugian yang besar apabila dijual
segera kerana tempoh matangnya yang pendek (perubahan kadar
faedah hanya memyebabkan perubahan harga yang kecil).

b. Bil Perbendaharaan merupakan aset mudah tunai kepada institusi


kewangan (menyediakan mudah tubai kepada sistem urusan bank).
Bank Negara Malaysia menggunakan bil ini untuk mengawal jumlah
mudah tunai dalam sistem urusan bank dan sererusnya dapat
mempengaruhi tingkat kadar faedah dan untuk melaksanakan dasar
kewangan melalui operasi pasaran terbuka.

c. Bil Perbendaharaan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi


pihak kerajaan untuk menambah dana jangka pendek dan
membiayai perbelanjaan kerajaan.

Bil Perbendaharaan mula dikeluarkan di bawah Akta Bil Perbendaharaan


1987. Tujuann ialah untuk Perbendaharaan mengiklankan tender-tender
dan bil untuk dikeluarkan pada harga yang terbaik yang boleh diperolehi
oleh meraka. Tidak ada sebarang keputusan makamah yang mengiktiraf
Bil Perbendaharaan sebagai dokumen bolehniaga, tetapi ia adalah
sama dalam bentuk dan tujuan kepada dokumen yang mula-mula
dikenali sebagai Bil Kewangan.

Bagi menjadikan Bil Perbendaharaan sebagai satu aset jangka pendek


yang menarik Bank Negara Malaysia telah mengambil beberapa
langkah iaitu;
25

a. Pada 1959, Bank Negara Malaysia telah menawarkan kemudahan


pendiskaunan semula kepada Bank Perdagangan bagi Bil
Perbendaharaan yang mempunyai cukup tempoh 3 bulan atau
kurang. Pada 1967, kemampuan mudah tunai alat ini telah
membolehkan Bank Negara Malaysia bertindak sepenuhnya sebagai
sumber terakhir pemberian pinjaman. Pada 1963, 1969 dan 1970,
kemudahan pendiskaunan telah dikembangkan kepada Gedung
Diskaun, syarikat kewangan dan Bank Saudagar.

b. Langkah dasar kewangan kerajaan bagi keperluan aset mudah tunai


minimum yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia terhadap Bank
Perdagangan mulai tahun 1959 dan terhadap syarikat kewangan dan
Bank Saudagar apabila keduanya ditubuhkan, Bil Perbendaharaan
layak diambil dikira dalam aset mudah tunai minimum. Ia telah
meningkatkan permintaan bil ini oleh institusi kewangan berkenaan.

c. Permintaan terhadap Bil Perbendaharaan juga dikaitkan dengan


dasar pelaburan Gedung Diskaun yang telah ditetapkan oleh Bank
Negara Malaysia. Gedung Diskaun dikehendaki melabur keseluruhan
sumbernya dalam Bil Perbendaharaan dan Sekuriti Kerajaan yang
mempunyai baki tempoh matang hingga 2 tahun. Dasar ini diamalkan
sehingga 1 Mei 1972, mulai 2 Mei tahun yang sama Gedung Diskaun
dibenarkan memasukkan Penerimaan Jurubank, Sijil Deposit
Bolehniaga dalam senarai pelaburan yang layak. Namum begitu, Bil
Perbendaharaan dan Sekuriti Kerajaan meliputi sekurang-kurangnya
85 peratus daripada jumlah pelaburan Gedung Diskaun.

d. Pada 1 Januari 1989, Bank Negara Malaysia melantik Gedung Diskaun


sebagai peniaga utama Bil Perbendaharaan bagi menggalakkan
pasaran yang lebih aktif dalam urusniaga Bil Perbendaharaan. Hanya
Gedung Diskaun sahaja yang layak membuat tender mingguan bagi
Bil Perbendaharaan. Gedung Diskaun dikehendaki menjamin setiap siri
terbitan bil berkenaan. Institusi kewangan lain dan individu yang ingin
membeli Bil Perbendaharaan boleh berbuat demikian dalam pasaran
peringkat kedua. Sebagai peniaga utama, Gedung Diskaun
dikehendaki mengadakan sebut harga dua hala bagi bil tersebut
dalam pasaran peringkat kedua.

Di Malaysia Bil Perbendaharaan dijual secara lelong dalam pasaran


peringkat pertama dan permohonan secara tender melalui bank atau
Gedung Diskaun. Pemohon perlu mengisi borang tender dan meminta
Perbendaharaan mengeluarkan bil khusus pada harga yang berpatutan.
Borang ini perlu diisi sebelum jam 11 pagi pada hari Isnin. Meraka juga
boleh datang sendiri ke Bank Negara Malaysia atau mana-mana
26

cawanganya untuk mengisi borang tender. Keputusan tender akan


diketahui selepas jam 2 petang pada hari yang sama. Pemohon yang
berjaya akan membuat pembayaraan dan mengambil Bil
Perbendaharaan pada hari Jumaat berikutnya.

Harga terbitan yang ditetapkan ialah harga purata bagi semua tenfer
yang diterima. Sebarang tender yang mempunyai harga yang tinggi
atau pada harga terbitan akan diperuntukan sepenuhnya. Terdapat dua
jenis tender iaitu tender persaingan dan bukan persaingan. Tender
persaingan diserahkan oleh pelabur-pepabur besar seperti bank
komersial, pembekal sekiriti kerajaan kepada sisiapa yang menawarkan
harga yang paling tinggi kerana pulangannya berkemungkinan besar
lebih rendah. Bagi tender bukan persaingan biasanya kurang dari
RM500,000 biasa oleh peniaga kecil yang bersetuju menerima harga
purata yang telah ditentukan setiap minggu atau bulan. Pelabur
dikehendaki membayar penuh nilai harga par bil pada masa tender ini
dibuat/dikeluarkan. Tender dibawah harga terbitan tidak diperuntukan.
Tender-tender lain selain Bank Perdagangan, Gedung Diskaun dan
badan berkanun mesti menyediakan satu Draf Bank. Draf Bank ini
sebagai deposit permulaan berjumlah 5 peratus daripada nilai muka Bil
Perbendaharaan yang dipohon.

Nilai sesuatu Bil Perbendaharaan pada tempoh matang biasanya RM100


bagi 100 unit. Apabila pelabur meminta Bil Perbendaharaan mereka
membayar kurang dari RM100. Harga purata Bil Perbendaharaan
berdasarkan keputusan bulan September 1988 seperti berikut;

Tempoh (hari) Harga (100 unit) Kadar Hasil Purata (%)


---------------- ----------------------- ---------------------------
91 RM99.179 3.320
182 RM98.294 3.481
364 RM96.538 3.596

Pindah milik Bil Perbendaharaan boleh dilakukan melalui pengesahan


oleh pemilik di belakang bil berkenaan. Terdapat beberapa ruang di
belang bil berkenaan supaya pindahmilik boleh dilakukan beberapa kali.
Pemilik Bil Perbendaharaan juga boleh meminta Bank Negara Malaysia
untuk memecahkan bil berkenaan kepada nilai-nilai yang lebih kecil
dalam gandaan RM10,000.

Bil Perbendaharaan boleh didiskaunkan semula di Gedung Diskaun atau


di Bank Negara Malaysia. Kadar pendiskaunan semula ditentukan oleh
permintaan atau penawaran bil berkenaan, Kadar faedah Deposit
Bermalam dan kecenderungan pelabur memegang bil berkenaan.
27

Aktiviti pendiskaunan semula dan penjualan Bil Perbendaharaan lebih


aktif dari keluaran bersih bil berkenaan. Contohnya pada tahun 1988,
jumlah pengeluaan Bil Perbendaharaan ialah sebanyak RM320 juta
manakala jumlah pendiskaunan semula sebanyak RM6,087.1 juta dan
penjualan Bil Perbendaharaan pula sebanyak RM4,999.3 juta.

Kadar Faedah Tawaran Antara Bank-Bank Kuala Lumpur (KLIBOR)

Kadar Faedah Tawaran Antara Bank-Bank Kuala Lumpur (Kuala Lumpur


Inter Bank Offered Rate atau ringkasnya KLIBOR), merupakan satu indeks
kadar faedah di antara bank-bank Kuala Lumpur di pasaran wang. Ia
bertindak sebagai garis panduan kepada bank-bank membuat pinjaman
antara satu sama lain. Ia telah dilancarkan pada 1 Jun 1987, bagi
memperkemaskan lagi sistem kewangan yang lebih berorientasikan
pasaran. Kadar faedah ini ditentukan oleh permintaan dan penawaran
antara bank-bank.

Pinjaman antara bank terbatas kepada bank yang maju dan aktif
terutamanya untuk dana jangka pendek yang melibatkan wang
semalaman, wang lebih hari dan dana bagi tempoh 1, 2, 3, 6, 9 dan 12
bulan. Peserta di pasaran antara bank terdiri daripada Bank
Perdagangan, Bank Saudagar dan syarikat kewangan yang diluluskan
dengan dana pemegang saham minimum tidak kurang dari RM30 juta.

Sebahagian besar pinjaman antara bank biasanya digunakan oleh


cawangan-cawangan bank asing atau tempatan yang kecil yang
biasanya tidak mempunyai asas deposit yang cukup untuk membiayai
pinjaman meraka atau bagi memenuhi keperluan rizab berkanan dan
keperluan mudah tunai yang telah itetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

KLIBOR juga dirujuk sebagai petunjuk rasmi keadaan pasaran wang


antara bank. Kadar KLIBOR yang tinggi menunjukkan bank-bank
mengalami keadaan ketegangan wang manakala kadar yang rendah
pula menunjukkan keperluan bank-bank terhadap pinjaman yang
rendah. KLIBOR juga digunakan sebagai instrumen kewangan, kontrak
niaga ke hadapan KLIBOR 3 bulan didagangkan dalam pasaran niaga ke
hadapan Kuala Lumpur (KLFM) dibawah Akta Perindustrian Niaga
Hadapan 1992 yang telah berkuatkuasa mulai 1 Mac 1993.
28

SISTEM PERBANKAN

Bank ialah satu bentuk institusi kewangan yang berfungsi menerima


simpanan dari unit-unit lebihan yang tidak mempunyai peluang
pelaburan (termasuk membeli aset) dan mengeluarkan pinjaman
kepada unit-unit kurangan yang mempunyai peluang pelaburan
(termasuk membeli aset). Secara amnya, bank menjalankan urusniaga
seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan
perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti dan
menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut
fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank
saudagar, bank simpanan, syarikat kewangan, rumah diskaun dll.

Bank Pusat

Bank pusat di Malaysia agar terlewat ditubuhkan berbanding dengan


negara yang telah maju. Bank pusat Sweden, Bank of Sweden
ditubuhkan pada 1656, Bank pusat United Kingdom, Bank of England
ditubuhkan pada 1694 dan Bank pusat Amerika Syarikat, Fedreal Reserve
Bank ditubuhkan pada 1913. Bank pusat di Malaysia telah ditubuhkan
pada 26 Januari 1959 berasaskan undang-undang Bank Negara Tanah
Melayu 1958. Pada awal penubuhannya ia bernama Bank Negara
Tanah Melayu, berikutan penubuhan Malaysia pada September 1963
namanya diubah kepada Bank Negara Malaysia.

Bank Pusat bagi sesebuah negara atau Bank Negara bagi Malaysia,
memainkan peranan untuk menyediakan bekalan wang yang cukup
agar dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang cepat tanpa
inflasi serta mencapai matlamat-matlamat ekonomi yang lain. Peraturan
dan pengawalan oleh Bank Negara dijalankan dengan cara
menggubal undang-undang yang mengatur kegiatan-kegiatan badan-
badan kewangan dan dengan menjalankan dasar kewangan.

Tujuan penubuhan Bank Pusat ialah;

a. Sebagai pengeluar mata wang Malaysia dan menyimpan rizab


yang menjaga nilai matawang tersebut.
29

b. Sebagai bank dan penasihat kewangan kepada kerajaan;


menguruskan akaun kerajaan, sumber kumpulan wang kepada
kerajaan, menguruskan hutang negara

c. Mengimbangi kestabilan kewangan dan struktur kewangan


Malaysia.

d. Mempengaruhi kedudukan kredit sehingga ia menguntungkan


kepada ekonomi Malaysia.

Secara amnya tujuan asas penubuhan bank pusat ialah untuk


mencipta satu badan yang akan mengatur kegiatan sektor kewangan
sehingga ia dapat berjalan dengan licin dan cekap dan membantu
dalam usaha mengembangkan ekonomi negara.

Fungsi dan Tugas Bank Pusat ialah;

a. Menggalakkan kestabilan kewangan dan mewujudkan satu


sistem kewangan yang stabil.

b. Mempengaruhi kegiatan memberi pinjaman oleh institusi-


institusi kewangan agar kegiatan tersebut menguntungkan
negara.

Pada umumnya BNM ditugaskan oleh kerajaan bagi menjalankan


kegiatan berikut;

a. Bertindak sebagai bank kepada kerajaan.

b. Bertindak sebagai bank kepada bank perdagangan.

c. Mengawal kegiatan bank perdagangan dan badan


kewangan yang lain.

d. Mengawal keseimbangan perdagangan antarabangsa.

e. Mengawal percetakan wang syiling dan kertas.

f. Menjalankan dasar kewangan

Dasar kewangan digunakan dalam mengawal penawaran dan edaran


wang dalam ekonomi negara. Perubahan penawaran wang akan
mempengaruhi kadar bunga di pasaran dan seterusnya
30

mempengaruhi tabungan. Dasar kewangan terbahagi kepada dasar


kewangan kuantitatif dan dasar kewangan kualitatif. Dasar kewangan
kuantitatif seperti operasi pasaran terbuka, pendanaan, kadar bank,
rizab berkanun dan nisbah kecairan. Dasar kewangan kualitatif pula
seperti tempoh bayaran balik ansuran, mengubah bayaran
pendahuluan pembelian secara ansuran dan pujukan moral oleh Bank
Pusat.

Malaysia merupakan salah satu negara yang boleh dikatakan


tergolong sebagai sangat berjaya dalam mewujudkan pertumbuhan
ekonomi yang cepat dan pada masa yang sama menjamin kestabilan
tingkat harga. Jika dibandingkan dengan Negara-negara Sedang
Membangun yang lain, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dapat
dikategorikan sebagai yang paling cepat mengalami pertumbuhan.
Perubahan-perubahan harga yang berlaku adalah sangat rendah dan
masalah inflasi yang dihadapi adalah tidak serius.

Pencapaian yang menggalakkan ini sedikit sebanyak adalah


disebabkan kejayaan Bank Negara Malaysia dalam mengatur
penawaran wang dan mengawasi kegiatan serta perkembangan
badan-badan kewangan di Malaysia.

Untuk melaksanakan fungsi-fungsi penubuhan Bank Negara, Bank Negara


telah menjalankan pelbagai bentuk dasar kewangan. Secara ringkas,
bentuk-bentuk dasar kewangan yang dijalankan oleh Bank Negara
adalah seperti berikut;

a. Menentukan nisbah rizab atau cadangan; Peraturan


mengenai rizab yang perlu disediakan oleh bank-bank di
Malaysia boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: keperluan
rizab berkanun (statutory reserve requirements) dan keperluan
mudahtunai minimum (minimum liquidity requirements).

b. Operasi pendiskaunan harta jangka pendek; Salah satu fungsi


penting Bank Negara adalah menjadi "lender of last resort"
iaitu menyediakan kemudahan pinjaman kepada badan-
badan kewangan yang menghadapi masalah kekurangan
rizab atau menghadapi masalah kecairan. Di Malaysia, fungsi
ini dijalankan dengan memberi peluang kepada badan-
badan kewangan untuk mendiskaunkan harta jangka pendek
dan/atau memberi pinjaman pendahuluan (advances)
kepada bank-bank yang menghadapi masalah.
31

c. Mengatur kadar bunga; Pada hakikatnya campurtangan


Bank Negara dalam menentukan kadar bunga yang
dikenakan oleh setiap bank perdagangan dan badan
kewangan lain adalah terhad. Setiap bank diberi kebebasan
untuk menentukan kadar bunga yang dikenakan kepada
pelanggannya. Setiap bank akan menentukan Base Lending
Rate (BLR) atau kadar bunga utama mereka bagi pelanggan -
pelanggan utama mereka yang terdiri dari badan-badan
kerajaan dan syarikat-syarikat besar. Peminjam lain akan
dikenakan kadar bunga yang lebih tinggi sedikit dari BLR ini.

d. Pengawalan pinjaman; Tujuan utama dasar ini ialah untuk


memastikan agar institusi-institusi kewangan mengalirkan
pinjamannya kepada kegiatan ekonomi yang penting dalam
pembangunan ekonomi negara dan peningkatan kemakmuran
orang ramai.

e. Pujukan moral; Dasar kewangan ini merupakan tindakan Bank


Negara secara lisan berkenaan dengan langkah-langkah yang
perlu diambil oleh institusi-institusi kewangan bagi
menyesuaikan tindakan-tindakan mereka dengan dasar
kerajaan. Dalam tahun 1980an dasar pujukan moral dijalankan
terutama untuk menggalakkan institusi kewangan
mengurangkan pinjaman untuk tujuan penggunaan dan
spekulasi dan menggalakkan pemberian pinjaman ke sektor
yang produktif. Dasar pujukan moral juga digunakan untuk
memastikan dasar memberi pinjaman kepada pengusaha
Bumiputera dan industri kecil diamalkan dengan baik oleh bank-
bank perdagangan dan institusi kewangan lain.

Bank Perdagangan

Bank ini memainkan peranan yang terpenting dalam ekonomi moden. Ia


merupakan institusi yang terpenting dalam sistem kewangan di
Malaysia. Bilangannya banyak dan melakukan berbagai-bagai tugas
penting ekonomi. Matlamat bank ini ialah untuk mendapatkan
keuntungan dan sebahagian besarnya dimiliki oleh badan-badan
persendirian atau swasta.

Antara aktiviti-aktiviti bank ini ialah;

a. Menerima Simpanan; Sebahagian besar daripada


tanggungjawab bank terdiri daripada simpanan yang diterima
32

dari orang ramai. Simpanan yang diterima termasuk simpanan


semasa, simpanan tabungan dan simpanan tetap. Akaun
simpanan semasa boleh dikeluarkan serta-merta, tetapi
penyimpan tidak mendapat sebarang faedah. Akaun
tabungan dan simpanan tetap memerlukan notis untuk
mengeluarkannya dan penyimpan mendapat faedah.

b. Membuat bayaran bagi pihak pelanggan; Bank ini berbeza


dengan institusi kewangan yang lain kerana ianya diberi hak
oleh kerajaan untuk mengendalikan akaun semasa. Akibat
daripada keistimewaan ini bank perdagangan sangat penting
peranannya dalam menentukan jumlah bekalan wang pada
satu-satu masa tertentu dan perubahannya dari masa ke
semasa.

Para pelanggan boleh mengeluarkan wang dari akaun semasa


dengan serta merta melalui cek. Cek telah menjadi cara
pembayaran yang lazim dan meluas sebagai ganti wang bagi
negara yang mempunyai sistem kewangan yang telah maju
dan mantap. Jurubank membuat pembayaran dengan
memindahkan sejumlah wang daripada akaun seorang
pelanggan kepada pelanggan yang lain. Pelanggan tidak perlu
membawa tunai dan ianya lebih selamat. Di samping itu cara ini
memberi faedah kepada bank kerana bank dapat
mewujudkan lebih banyak kredit. Sekiranya nilai cek yang
ditandatangani melebihi jumlah simpanan pelanggan tersebut,
ia akan dikenakan surat amaran dan denda sebanyak
RM50.00. Tiga kali selepas itu akaun semasanya akan ditutup
dan ia tidak akan dibenarkan membuka akaun semasa
dimana-mana bank perdagangan yang lain di Malaysia.
Sekiranya wang simpanan pelanggan tidak mencukupi untuk
membayar cek yang telah ditandatangani, wang masih
boleh diperolehi jika beliau memberitahu pihak bank. Bank
akan mengenakan kadar bunga terhadap wang yang
dipinjam ini bergantung kepada jumlah pinjaman dan bilangan
hari pinjaman tersebut akan dibayar.

c. Menerima bayaran bagi pihak pelanggan; Bank perdagangan


bukan sahaja membuat bayaran bagi pihak pelanggan, tetapi
juga menerima bayaran bagi pihak mereka. Jumlah kena
bayar si berhutang atau dividen saham-saham boleh dibayar
terus kepada bank pelanggan untuk dimasukkan kedalam
akaunnya.
33

d. Membuat bayaran berulang (Standing Order); Bank ini juga


membantu pelanggan memyelesaikan sebarang bayaran
yang dilakukan berulang-ulang seperti ansuran kereta, rumah,
premiun insuran dll. Pelangan boleh mengarahkan bank
membayar bagi pihaknya.

e. Mengeluarkan draf bank dan cek pelancong; Cek biasanya


diterima apabila pelanggan dikenali. Cek boleh ditolak apabila
pelanggan tidak dikenali. Bagaimana pun pelanggan boleh
mendapatkan draf bank daripada sesebuah bank sebagai
tukaran dengan cek pembayaran kepada bank tersebut.
Draf bank ini diterima umum untuk membayar kerana ianya
adalah cek bank dan tidak ada risiko. Bank juga mengeluarkan
cek pelancong kepada pelanggannya bagi memudahkan
pembayaran diluar negeri.

f. Memberi pinjaman dan pendahuluan; Bank memberi


pinjaman kepada pelanggan dengan mengenakan kadar
bunga tertentu. Bunga yang dikenakan tertakluk kepada
jangka masa membayar semula dan risiko. Lebih lama jangka
masa lebih tinggi risikonya. Perbezaan antara kadar bunga
yang dibayar untuk simpanan pelanggan dengan kadar bunga
dari pinjaman dan pendahuluan merupakan keuntungan
kepada bank.

Bank perdagangan merupakan institusi kewangan yang mula-mula


berkembang sejak zaman penjajah lagi. Pada mulanya ia merupakan
cawangan bank perdagangan yang ditubuhkan di negara asing.
Antara bank perdagangan yang terawal ditubuhkan ialah Standard
Chartered Bank (1875), The Hongkong Shanghai Banking Corporation
(1884), Algemene Bank Netherland (1888). Perkembangan ini
dilengkapi dengan penubuhan bank-bank tempatan seperti Kwong
Yik Bank (1913), Ban Hin Lee Bank (1935), Oriental Bank (1937).

Sebahagian besar bank perdagangan ditubuhkan selepas tahun


1950 terutamanya selepas merdeka. Empat buah bank tempatan
yang penting ditubuhkan selepas merdeka ialah Malayan Banking
(1960), Public Bank (1966), Bank Bumiputera (1966), Development and
Commercial Bank (D&C) (1966).

Fungsi utama bank perdagangan di Malaysia tertumpu kepada


penyediaan kemudahan akaun semasa dan bermasa serta
mengeluarkan pinjaman kepada sektor awam dan swasta. Bilangan
bank perdagangan yang beroperasi di Malaysia bertambah
34

daripada 29 buah pada tahun 1959 kepada 38 buah pada akhir


1988. Daripada jumlah ini 16 buah terdiri dari cawangan bank asing
dan 22 buah bank tempatan. Pada tahun 1990, angka ini
berkurangan kepada 37 buah dengan penutupan sebuah cawangan
bank asing. Bagi menggalakkan perkembangan bank perdagangan
tempatan pada tahun 1966, BNM telah tidak membenarkan bank
asing membuka cawangan baru di negara ini.

Pada tahun 1988 jumlah cawangan bank tempatan ialah 749 buah
dan 146 cawangan bank asing. Daripada jumlah ini (749+146) 246
buah terletak di bandar-bandar yang mempunyai penduduk kurang
dari 10,000 orang, 300 buah terletak di bandar-bandar yang
mempunyai bilangan penduduk antara 10,000 hingga 75,000 ribu
orang dan 349 buah terletak di bandar-bandar utama. Pada tahun
yang sama nisbah purata penduduk bagi sebuah bank ialah 19:171
orang, secara perbandingan nisbah ini agak rendah bagi sebuah
negara membangun seperti Malaysia.

Pada akhir September 1988, 36 daripada 38 buah bank


perdagangan di negara ini menggunakan komputer dalam operasi
masing-masing bagi membolehkan pengiraan faedah (bunga)
deposit tabungan pada asas harian dibuat. Pada masa yang sama,
sebanyak 780 mesin ATM telah beroperasi di seluruh negara.
Penubuhan rangkaian suis ATM (MEPS) juga telah membolehkan
pemegang kad sesebuah institusi menjalankan urusniaga
kewangan di terminal sesebuah institusi kewangan yang menjadi
anggota.

Bank perdagangan menerima empat jenis deposit utama, iaitu


deposit semasa, tabungan, tetap dan Sijil Simpanan Boleh Niaga.
Deposit merupakan sumber dana terbesar bank perdagangan. Pada
tahun 1988, 60.9% daripada sumber dana bank perdagangan terdiri
daripada deposit semasa, tetap dan tabungan. Daripada jumlah
ini, 11.7% datangnya dari deposit semasa, 57.1% dari deposit
tabungan dan 22.1% dari deposit tabungan. Kredit bank merupakan
penggunaan dana bank perdagangan yang terbesar. Ia
merangkumi 77% daripada penggunaan dana bank perdagangan.
Kredit bank terbahagi kepada pelaburan (12.4%) dan pinjaman
(64.6%).

Dua keistimewaan bank perdagangan ialah;

a. Bank perdagangan dapat menciptakan simpanan yang


boleh digunakan dengan cara mengeluarkan sekeping cek.
35

b. Bank perdagangan mempunyai kuasa untuk mewujudkan


wang, iaitu simpanan semasa dan wang bank. Bank
perdagangan mempunyai kemampuan untuk mencipta
simpanan semasa yang baru atau menghapuskan simpanan
semasa. Kegiatan ini secara langsung akan menimbulkan
perubahan wang yang tersedia dalam ekonomi. Jika bank
perdagangan ingin melakukan pelaburan dan memberi
pinjaman yang lebih banyak, ia dapat dilakukan dengan
mewujudkan simpanan semasa kepada penerima pinjaman.
Pemilik simpanan (peminjam) masih boleh mengambil
wangnya dengan cek.

Keistimewaan bank perdagangan mewujudkan daya beli


tambahan merupakan faktur utama menyebabkan bank
perdagangan mempunyai kuasa yang dalam mempengaruhi
kegiatan ekonomi negara.

Bank Saudagar

Bank yang fungsi utamanya mengendalikan urusniaga antara


saudagar atau/dan syarikat, terutamanya kegiatan bank borong, urusan
pasaran wang, pendorong dalam pasaran pembiayaan syarikat,
penasihat dalam aspek pembiayaan pembangunan, pengurusan
portfolio serta kumpulan wang dan perancangan kewangan.

Bank Saudagar yang pertama di Malaysia telah ditubuhkan pada 1970


iaitu Permata Chartered Merchant Bankers Bhd. Sehingga 1992,
terdapat 12 buah bank saudagar di Malaysia.

Aktiviti Bank Saudagar;

a. Perkhidmatan Bank; Perkhidmatan bank atau perkhidmatan


urusan bank merupakan cara bank perdagangan mendapat
sumber kewangan dan cara sumber kewangan tersebut
digunakan. Sumber utama kumpulan wang bank saudagar
ialah deposit (dari bank perdagangan, swarikat kewangan
dan pengantaraan kewangan yang lain), 94% dalam bentuk
deposit tetap dan bakinya terdiri daripada wang panggilan
dan deposit untuk Tabung Pelaburan Baru (NIF).

b. Taja jamin pengeluaran saham baru; Ia merupakan aktiviti yang


menjamin pembelian saham baru yang tidak dapat dijual.
36

Risikonya dibahagikan dikalangan institusi kewangan termasuk


syarikat insyuran yang menerika komisen dari perkhidmatan
yang diberikan.

c. Perkhidmatan nasihat korporat; Ia meliputi pencarian rakan


kongsi yang sesuai bagi percantuman, pengambilalihan
atau/dan penstrukturan semula modal. Bank Saudagar akan
memberi nasihat dari segi kewangan, perundangan dan
mengendalikan urusan dokumentasi yang diperlukan.

d. Pengurusan kumpulan wang portfolio; Mengendalikan


pengurusan tersebut bagi pihak swasta, perbadanan atau
individu. Biasanya ia dilaburkan dalam saham, sekuriti kerajaan
atau didipositkan dalam institusi kewangan lain.

e. Perkhidmatan-perkhidmatan lain; pengurusan pinjaman


bersindiket, menjalankan kajian kemungkinan/penilaian,
pendiskaunan blok bagi pajakan atau sewa beli atau bil-bil
pertukaran

Sebelum 1979 semua bank saudagar ditubuhkan dibawah akta syarikat


1965, selepas 1979 bank saudagar diletakkan di bawah akta bank 1973,
peraturan ini ditetapkan oleh BNM dari masa kesemasa. Antara
peraturan ini ialah sekurang-kurangnya 30% daripada pendapatannya
diperolehi daripada kegiatan yang berasaskan upah. Nisbah minimum
harta mudah cair (rizab tunai) 10% dan nisbah rizab (nisbah rizab
berkanun) 3% yang layak (nisbah ini dikuatkuasa mulai Februari 1986).

Bank saudagar juga harus mematuhi dua dua nisbah gear (nisbah
gearan/keumpilan), pertama; pinjaman dalam negeri (termasuk
deposit) tidak melebihi 15 kali ganda kumpulan wang penegang saham
mereka (modal saham bank), kedua; pinjaman dalam negeri (termasuk
deposit) dan tanggungan luar jangka (termasuk jaminan dan
penerimaan) tidak melebihi 20 kali ganda kumpulan wang pemegang
saham mereka.

Bank saudagar dibenarkan melabur adalam ekuiti syarikat sehingga 10%


daripada modal berbayar perusahaan berkenaan. Bank saudagar yang
mempunyai modal minimum 30 juta dibenarkan mengeluarkan sijil
deposit boleh niaga. Sejak 1982, ia dibenarkan memberi pinjaman
dalam matawang asing dan dibenarkan menerima deposit
matawang asing dari warganegara asing sekurang-kurangnya
RM250,000 setiap satu.
37

Rumah Diskaun/Gedung Diskaun/Syarikat Diskaun/Bank Diskaun

Rumah diskaun yang pertama ditubuhkan di London pada 1891. Ia


merupakan institusi kewangan yang bergerak aktif dalam pasaran
kedua dalan menguruskan dana dan alat kewangan boleh niaga
jangka pendek (operasi pasaran wang jangka pendek). Tujuan
penubuhannya ialah untuk mengaktifkan pasaran wang peringkat kedua
terutamanya sijil sekuriti kerajaan dan instrumen kewangan bukan
kerajaan.

Rumah diskaun memainkan peranan sebagai pengantaraan antara


bank pusat dengan institusi kewangan yang lain kerana kebanyakan
institusi kewangan tidak mempunyai hubungan yang terus dengan bank
pusat bagi mendapatkan pinjaman sebaliknya rumah diskaun menikmati
kemudahan yang diberikan oleh bank pusat. Rumah diskaun akan
mengerakkan dana dan sekuriti jangka pendek bagi tujuan
pinjaman kepada industri, perdagangan dan kerajaan.

Rumah diskaun wujud bagi menjalankan pasaran wang antara institusi


kewangan dan ia mendapat kemudahan mendiskaunkan semula sijil
sekuriti kerajaan yang dikeluarkan oleh BNM. Secara amnya ia
menjalankan aktiviti pendiskaunan bil perdagangan, bil
perbendaharaan dan sekuriti kerajaan yang biasanya tempoh matang
kurang dari satu tahun.

Rumah diskaun yang pertama telah ditubuhkan di Malaysia pada


Disember 1964 iaitu Short Deposit (M) Bhd. Sehingga kini terdapat 7 rumah
diskaun yang beroperasi di negara ini.

Fungsi Rumah Diskaun;

a. menyediakan kemuduhan pelaburan melalui penerimaan


lebihan dana jangka pendek

b. menyediakan kemudahan mudah tunai yang menguntungkan


dan berrisiko rendah

c. mengembangkan pasaran peringkat kedua melalui urusnia dan


pelaburan dalam alat pasaran wang seperti bil perbendaha-
raan, sekuriti kerajaan, bon cagamas, penerimaan jurubank
dan sijil deposit boleh niaga.
38

Aktiviti Rumah Diskaun;

a. Pembiayaan portfolio; Pembiayaan bagi sijil sekuriti kerajaan


dan sijil bukan kerajaan (penerimaan jurubank dan sijil boleh
niaga).

b. Mengeluarkan Resit Simpanan Selamat (SCR); Rumah diskaun


akan mengeluarkan pengangkuan sebagai bukti dengan
meminta BNM mengeluarkan SCR kepada bank
perdagangan atau/dan syarikat kewangan yang meletakkan
deposit secara wang bermalam di rumah diskaun.

c. Urusniaga sekuriti; Melibatkan penjualan dan pembelian sekuriti


kerajaan dan bukan kerajaan untuk tujuan mendapatkan
lebihan hasil purata dalam urusan jualbeli sekuriti, mendapatkan
laba modal dan keuntungan dan untuk tujuan pembiayaan.

d. Urusniaga Perjanjian Pembelian Semula (REPO); Rumah diskaun


membeli penerimaan jurubank atau/dan sijil-sijil deposit boleh
niaga yang tempoh matangnya masih lama dan menjualnya
semula kepada institusi yang berminat untuk tempoh matang
yang singkat pada kadar faedah yang lebih rendah.

Penubuhan rumah diskaun tertakluk kepada Akta Syarikat 1965.


Antara keperluan yang mesti dipatuhi ialah;

a. modal berbayar minimum 5 juta

b. pemegangan surat nilai kerajaan (sekuriti kerajaan, bil


perbendaharaan, sijil pelaburan kerajaan san sijil BNM) yang
tempoh matang satu tahun atau kurang mestilah sekurang-
kurangnya 30% daripada jumlah pemilikan surat nilai kerajaan.

c. pinjaman, deposit serta perjanjian pembelian semula


mestilah tidak lebih 35 kali ganda dana pemegang saham
(Rumah diskaun dibenarkan membeli instrumrn kewangan
kerajaan dan bukan kerajaan pada kadar 35 kali ganda
daripada jumlah modal bersih)

d. minimim deposit dalam gedung diskaun ialah RM50,000


39

e. Sekurang-kurangnya 75% daripada jumlah pelaburan mestilah


dalam surat nilai kerajaan dan bakinya dalam surat nilai bukan
kerajaan (penerimaan jurubank, sijil simpanan boleh niaga, bon
cagamas serta pinjaman kepada gedung diskaun yang lain)
tidak boleh melebihi 25 peratus daripada jumlah portfolio.

SISTEM KEWANGAN TANPA FAEDAH

Semua sarjana Islam bersetuju bahawa riba bermaksud pertambahan,


pertumbuhan, perluasan dan pembesaran. Walau bagaimana pun
bukan semua pertambahan atau pertumbuhan dilarang oleh Islam.
Dalam syari'ah, riba secara teknikal merujuk kepada premium yang
mesti dibayar oleh peminjam kepada yang memberi pinjam bersama-
sama dengan jumlah prinsipal sebagai satu syarat untuk melanjutkan
kematangan. Pengharamam riba adalah jelas dalam al-Quran dan al-
Hadith.

Faedah merupakan harga yang dibayar untuk penggunaan wang


pada sesuatu masa tertentu. Biasanya faedah ditunjukkan sebagai satu
kadar yang dikenakan, faedah ini dikenali sebagai kadar faedah.
Kesan pengiraan faedah yang paling penting ialah faedah kompaun,
iaitu faedah atas faedah yang menunjukkan kadar faedah akan
menghasilkan jumlah yang lebih besar apabila semakin lama
dikompaunkan.

Berbanding dengan masyarakat barat, Islam tidak membezakan


antara 'usyur dengan faedah. Oleh sebab faedah ialah tambahan
kepada modal yang dipinjamkan, maka tambahan itu ialah 'usyur
samada dari segi cirinya atau menurut pandangan Islam. Kamus
Webster's mendifinisikan 'usyur‘ sebagai kadar faedah berlebihan
keatas wang yang dipinjam. Ringkasnya tiada sebarang perbezaan
antara faedah, 'usyur’ atau riba (Mannan M.A. 1980, Islamic Economic,
Theory and Practice, Delhi, India, 217-218).

Di Pakistan, pada Disember 1963, Majlis Penasihat Ideologi Islam telah


membuat satu kesimpulan yang definatif iaitu faedah daripada semua
40

jenis dan bentuknya, termasuk faedah bank dan faedah ke atas bob-
bon kerajaan serta sijil-sijil simpanan, adalah tergulong dalam
pengertian riba yang dilarang oleh islam.

Pengharaman Faedah

Permintaan wang jangka pendek membolehkan bank-bank untuk


mendapatkan keuntungan yang besar, kerana kedua-dua pinjaman
asas dan faedah mesti dibayar secepat mungkin agar dapat
dipinjamkan semula. Faktor ini akan mengakibatkan;

a. Menjadikan yang kaya bertambah kaya dan yang meskin


bertambah meskin kerana bank mesti bertindak untuk
kepentingan golongan kaya, kerana sumber daripada
merekalah yang paling utama daripada keuntungan mana-
mana bank.

b. Mewujudkan ketidakseimbangan dalam berbagai sektor


ekonomi dan meyekat pertumbuhan seimbang.

c. Meyebabkan makanisme penggagihan dan hakmilik tidak


berungsi.

d. Meyebabkan pelaburan jangka panjang yang penting oleh


sektor swasta, menyebabkan kerajaan perlu menangung beban
tersebut.

e. Mewujudkan satu perpecahan dalam sistem perhubungan


manusia di kalangan individu dan institusi.

Tiga sebab lain mengapa faedah diharamkam oleh Islam ialah;

a. Wang ialah alat pertukaran (komoditi dan perkhidmatan),


ukuran dan kekayaan. Wang secara tabi'i bukanlah benda
yang boleh bertambah dan menghasilkan sesuatu. Wang tidak
boleh bertambah secara sendirinya. Wang sebagai satu `stor
nilai' tetap, sama ada semasa berada ditangan sipeminjam
atau pemberi pinjam. Si pemberi pinjam biasanya
meminjamkan wang yang tidak diperlukannya pada waktu-
waktu tertentu. Oleh itu, dia tidak mengorbankan apa-apa
yang bernilai dengan memberikan pinjaman tersebut.
41

b. Modal adalah produktif, tetapi modal tidak harus


ditetapkan, sebaliknya untung dan rugi hendaklah dikongsi
bersama. Nilai semasa modal dimana-mana negara adalah
dengan perdagangan harta seseorang dengan tujuan
mendapatkan keuntungan dan ini akan terus berjalan, tidak
kira samada kadar faedah naik ataupun turun. Orang ramai
akan terus menyimpan dan membina modal mereka
walaupun kadar faedah mereka akan jatuh kepada kosong.
Menurut Keynes, kenaikan kadar bunga tidak terkawal akan
mengurangkan pelaburan.

c. Pertumbuhan ekonomi sepatutnya stabil dan tidak


superfisial. Boleh ditegaskan bahawa faedah ialah salah satu
faktor terpenting yang menyebabkan ekonomi tidak stabil
dalam ekoomi kapitalis. Milton Friedmann sewaktu disoal
tentang punca berlakunya perkara-perkara yang tidak
menentu dalam ekonomi Amerika, mengatakan ianya
disebabkan kadar faedah yang tidak menentu. Menurut
Iacocoa, pengerusi Chrysler Corporation, kadar faedah telah
merubah keadaan menjadikan tidak menentu sehinggakan
tidak sesiapa boleh merancang untuk masa hadapan.

Perkhidmatan Perbankan Cara Islam

Bank Islam pertama telah ditubuhkan di Dubai pada 1975. Bank Islam
Malaysia Berhad adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di
bawah Akta Syarikat 1965 yang memperolehi lesen dari Bank Nehara
Malaysia untuk menjalankan perniagaan bank perdagangan Islam di
bawah Akta Bank Islam 1983. Ia mempunyai modal berbayar
sebanyak RM80 juta (sehingga 1995). Pemegang-pemegang
sahamnnya ialah;

- Kerajaan Malaysia RM30 juta


- Lembaga Urusan dan Tabung Haji RM10 juta
- PERKIM RM5 juta
- Majlis-majlis Agama Negeri RM20 juta
- Perbadanan/Yayasan Agama Negeri RM3 juta
- Perbadanan-Perbadanan Peringkat Persekutuan RM12 juta
42

Antara perkhidmatan Bank Islam Malaysia Bhd. ialah;

a. Al-Wadi'ah; Perjanjian antara pihak yang memiliki barang


(termasuk wang) untuk menyimpan barangnya dengan pihak
lain (termasuk bank) dengan tujuan untuk disimpan dan dijaga
keselamatannya. Dalam hal Al-Wadi'ah yang berbentuk
jaminan (yadhamanah), semua manfaat dan keuntungan yang
diperolehi daripada penggunaan barang tersebut adalah
menjadi hak pihak yang menyimpan.

b. Al-Mudharabah; Perjanjian antara pemilik modal dan


pengusaha yang mana pemilik modal bersetuju membiayai
sepenuhnya sesuatu projek perniagaan atau pelaburan dan
pengusaha bersetuju mengusahakannya secara berkongsi
untung dengan nisbah pembahagian untung yang telah
dipersetujui bersama.

c. Al-Musyarakah; Perjanjian perkongsian antara dua atau lebih


pemilik modal bagi menjalankan sesuatu projek perniagaan
atau pelaburan yang mana meraka bersama-sama bersetuju
menyumbangkan modal dan berkongsi untung ataupun rugi.

d. Jualan Dengan Tambahan Untung (Al-Murabahah); Perjanjian


jual beli barang tertentu antara pemilik barang dan pembeli.
Dalam proses penentuan harga barang tersebut pemilik barang
menetapkan jumlah keuntungan.

e. Jualan Harga Tangguh (Al-Bai'Bathaman Ajil); Perjanjian jual beli


antara pemilik barang dengan pembeli. Pemilik barang
menyerahkan barang tersebut kepada pembeli dengan serta-
merta dan pembeli menangguhkan bayaran harga barang
tersebut sehingga satu tempoh tertentu atau membuat bayaran
secara ansuran.

f. Jualan Salam (Bai’ul-Salam); Perjanjian jual beli barang antara


pemilik dan pembeli. Pembeli menyerahkan bayaran harga
barang tersebut dengan serta-merta dan pemilik barang
menangguhkan penyerahan barang sehingga suatu tempoh
tertentu.

g. Sewaan (Al-Ijarah); Perjanjian antara pemiliik harta (tanah,


rumah, alat jentera atau pengangkutan) dan penyewa. Pemilik
harta membenarkan penyewa mengguna dan memperolehi
manfaat dan perkhidmatan dari harta tersebut. Penyewa
43

membayar kepada pemilik harta bayaraan sewaan seperti


yang dipersetujui bersama.

h. Sewa-Jual (Al-Bai’ al-Ta’jiri); Sama seperti sewaan tetapi


ditambah dengan peruntukan bahawa pemilik harta tersebut
selepas tempoh tertentu bersetuju menjualkan terus harta
tersebut kepada penyewa pada harga yang telah dipersetujui
bersama.

i. Upahan (Al-Ijarah); Perjanjian antara pihak yang mengambil


upah dan pihak yang mengupah. Pihak yang mengambil upah
melaksanakan sesuatu khidmat dan pihak yang mengupah
membayar upahan mengikut kadar yang dipersetujui bersana.

j. Gadaian (Al-Rahnu); Perjanjian antara penggadai dan pihak


yang menerima gadaian. Pengadai mengemukakan sesuatu
barang yang berharga sebagai cagaran atau sandaran
kepada pihak yang menerima gadaian untuk menyakinkan
bahawa haknya dalam sesuatu hutang atau pinjaman yang
diberikan tidak hilang jika pihak yang berhutang tidak dapat
menjelaskan hutang seperti yang dipersetujui bersama. Pihak
yang menerima gadaian akan menjual barang gadaian
tersebut dan harga diambil setakai jumlah yang belum jelas,
bakinya dikembalikan kepada pengadai.

Selain Bank Islam, lain-lain Bank Perdagangan telah mula menawarkan


perkhidmatan perbankan tanpa faedah, antaranya seperti Bank
Bumiputera Malaysia Berhad, Bank Rakyat dan lain-lain.

Perkhidmatan Pajak Gadai

Bank Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam


Malaysia (YAEIM) turut memperkenalkan perkhidmatan Pajak Gadai Islam
(Skim Al-Rahnu). Jumlah pinjaman adalah sebanyak 50 peratus atas nilai
gadaian emas yang dibuat dan sekali gadaian tidak lebih dari RM5,000.
Julam maksimum gadaian terkumpul pula sebanyak RM25,000 setiap
orang (penggadai). Cagaran (barang kemas yang digadai) berupa
emas yang tidak mempunyai perhiasan berbatu tambahan seperti
berlian atau intan. Penggadai hanya perlu membayar pinjaman pokok
dan upah menyimpan sahaja. Kadar upah simpan seperti berikut;
44

Nilai barang gadaian Kadar upah simpan bagi setiap RM100


RM1 – RM100 RM0.40 sebulan
RM101 – RM5,000 RM0.50 sebulan
RM5,001 – RM10,000 RM0.60 sebulan

Tempoh maksimum pinjaman selama enam bulan dan boleh dilanjutkan


selama tiga bulan lagi jika pihak penggadai gagal menebut barang
yang telah digaidai. Selepas sembilan bulan, barang tersebut akan
dilelong. Harga lelong akan ditolak dengan jumlah pokok pinjaman (atau
baki yang belum diselesaikan) dan upah menyimpan sebelum bakinya
diserahkan semula kepada penggadai.

RUJUKAN

Abd.Ghafar Ismail & Surtahman Kastin Hasan. 1993. Bank Perdagangan di


Malaysia, Struktur dan Pengurusan Dana. Kuala Lumpur: DBP.

Abd.Ghafar Ismail. 1991. Pasaran Wang, Alat, Peranan Institusi dan Dasar
Kewangan. Kuala Lumpur: DBP.

Azlan Khalili Shamsuddin. 1995. Riba, Alternatifnya Dalam Sistem Bank


Islam. Kuala Lumpur: DBP.

Bank Negara Malaysia. 1994. Money and Banking in Malaysia. Kuala


Lumpur: BNM.

Goldfeld, S.M. and Chandler, L.V. 1986. The Economics of Money and
Banking. Harper & Row Publisher.

Kamerschen, David G. 1992. Money and Banking (10th ed). Cincinnati:


South-Wester Publishing.

Nor Mohamed Yakcob. 1996. Teori, Amalan dan Prospek Sistem


Kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Miller, R.L. and David D.Van Hoose. 1993. Modern Money and Banking
(3rd ed). Singapore: McGraw-Hill.

Mishkin, Frederic S. 1992. The Economic of Money, Banking and Financal


(3rd ed). New York: Harper Collins.
45

Muzafar Shah Habibullah. 1991. Penawaran Wang dan Kegiatan Ekonomi.


Kuala Lumpur: DBP.

Mohidin Yahya. 1994. Tukuran Asing dan Pasaran Wang. Kuala Lumpur:
DBP.

Othman Young. 1993. Pasaran dan Institusi Kewangan di Malaysia. Kuala


Lumpur: DBP.

Rosli Mahmood. 1994. Konsep Asas Perbankan. Kuala Lumpur: DBP.

Zulkifli Osman, Jaafar Ahmad & Md.Zahir Kechot. 1992. Ekonomi


Kewangan. Kuala Lumpur: DBP.

Zulkifly Osman & Hamzaid Yahya. 1990. Permintaan Wang. Kuala Lumpur:
DBP.
46

Lampiran

Faktor Nilai Kini Bersih dan Nilai Kini Terdiskaun


(Compounding and Discounting Factor)

1. Faktor Bunga Kompound

Faktor bunga kompound digunakan untuk mengira nilai masa depan (F)
bagi sejumlah wang (P) yang disimpan atau dipinjam selama n tahun
pada kadar bunga i diberi.

katakan; P0 = nilai pokok wang yang disimpan (masa kini)


i = kadar bunga
Fn = nilai masa depan pada tahun n

Nilai masa depan pada penghujung tahun pertama; F1 = P0 (1 + i)


Nilai masa depan pada penghujung tahun kedua;
F2 = P0 (1 + i) + P0 (1 + i)
F2 = P0 (1 + i) (1 + i) = P0 (1 + i)2

Nilai masa depan pada penghujung tahun ketiga;


F3 = P0 (1 + i)2 + P0 (1 + i)
F3 = P0 (1 + i) (1 +i) (1 + i) = P0 (1 + i)3

Oleh itu nilai masa depan pada tahun n; Fn = P0 (1 + i)n

Contoh 1;
Katakan Ali meminjam wang sebanyak RM100 dengan kadar bunga 10%
setahun, jika tempoh bayar balik ialah setahun jumlah yang mesti dibayar
balik pada penghujung tahun pertama ialah;
F1 = 100 (1 + 0.1) = 110

Jika tempoh bayar balik ditingkatkan ke dua tahun, jumlah yang mesti
dibayar balik pada penghujung tahun kedua ialah;
F2 = 100 (1 + 0.1) (1 + 0.1) = 121
@ F2 = 100 (1 + 0.1)2 = 121
@ F2 = 110 (1 + 0.1) = 121
47

Jika tempoh bayar balik ditingkatkan ke tiga tahun, jumlah yang mesti
dibayar pada penghujung tahun ketiga ialah;
F3 = 100 (1 + 0.1) (1 + 0.1) (1 + 0.1) = 133.1
@ F3 = 100 (1 + 0.1)3 = 133.1
@ F3 = 121 (1 + 0.1) = 133.1

Contoh 2;
Wang sebanyak RM500.00 yang disimpan selama 6 tahun pada kadar
bunga 12% setahun akan berkembang menjadi;
F6 = 500 (1 + 0.12)6 = RM986.91

Contoh 3;
Wang sebanyak RM200.00 yang disimpan selama 3 tahun pada kadar
bunga 10% setahun dan kemudiannya 2 tahun lagi pada kadar bunga
8% setahun, pada akhir tahun ke 5 ianya menjadi;
F5 = 200 (1 + 0.1)3 (1 + 0.08)2 = RM310.50

2. Faktor Nilai Kini (Faktor Diskaun)

Faktor nilai kini dikira bagi mengira nilai kini bagi sejumlah wang yang
disimpan atau dipinjam selama n tahun pada kadar bunga i.

Diketahui; Fn = P0 (1 + i)n
1
Oleh itu; P0 = Fn [ --------- ] @ P0 = Fn (1 + i)-n
( 1 + i)n

Contoh 1
Jika jumlah yang perlu dibayar oleh Azmi pada penghujung tahun ketiga
ialah RM133.1, pada kadar bunga 10% berapakah nilai kini bagi jumlah
tersebut?
133.1
---------- = 100
(1 + 0.1)3

Contoh 2
Nilai kini bagi sejumlah wang sebanyak RM500 yang akan diterima 6
tahun dari sekarang, pada kadar bunga 12% setahun adalah bersamaan
dengan;
P0 = 500 ( 1 + 0.12)-6 = RM253.53
48

Contoh 3
Nilai kini bagi sejumlah wang sebanyak RM200 yang akan diterima 5
tahun akan datang pada kadar bunga 10% setahun selama 3 tahun dan
8% setahun bagi dua tahun seterusnya adalah bersamaan dengan;
P0 = 200 (1 + 0.1)-3 (1 + 0.08)-2 = RM128.72

3. Nilai Terminal Bagi Satu Anuiti


(Uniform Series - Compound Amount Factor)

Satu anuiti adalah satu siri aliran tunai malar yang wujud beberapa tahun
yang berturutan (contoh pinjaman bayaran tetap). Oleh kerana
pinjaman bayaran tetap melibatkan lebih dari sekali pembayaran, nilai
kininya dikira sebagai jumlah nilai kini bagi semua pembayaran.

Katakan kita hendak mendapatkan nilai masa depan (Fn) yang diperolehi
dari pelaburan iaitu P1 bagi akhir tahun pertama, P2 bagi akhir tahun
kedua dan seterusnya Pn bagi tahun ke n dengan kadar bunga i%;

Berdasarkan persamaan faktor nilai kini Fn = P1 (1 + i)n-1

Oleh itu bagi n tahun ia boleh ditulis sebagai;


Fn = P1(1+ i)n-1 + P2 (1+ i)n-2 + P3 (1+ i)n-3 +....+ Pn-1(1 + i)n(n-1) + Pn (1 + i)n-n

Oleh kerana bayaran setiap tahun adalah tetap;


P1 = P2 = P3 ..... = Pn = A

Persamaan boleh ditulis semula sebagai;


Fn = A (1 + i)n-1 + A (1 + i)n-2 +....+ A (1 + i) + A
= A [ 1 + (1 + i) + .... + (1 + i)n-2 + (1 + i)n-1 + (1 + i)n ] .......... (1)

darabkan kedua-dua bahagian dengan (1 + i)

(1+ i)Fn = A[ (1+ i) + (1+ i)2 +....+ (1 + i)n-2 + (1 + i)n-1 + ( 1 + i)n ] ........ (2)

Tolakkan persamaan (1) dari persamaan (2)


(1 + i) Fn - Fn = -A + A (1 + i)n
iFn = A [(1 + i)n - 1)]

(1 + i)n - 1
Fn = A [ ----------------- ]
i
49

Contoh
Nilai terminal RM100 setahun selama 4 tahun pada kadar bunga 15%
setahun adalah bersamaan dengan;
(1 + 0.15)4 - 1
F4 = 100 [ --------------------- ] = RM499.34
0.15

4. Nilai Kini Bersih (NKB) Satu Anuiti

Untuk mendapatkan NKB satu anuiti selama n tahun pada kadar bunga i

Dari faktor nilai kini diketahui;

1
P0 = Fn [ --------- ] @ P0 = Fn (1 + i) -n
( 1 + i)n

Oleh itu dari n tahun boleh ditulis sebagai;

1 1 1 1
P0 = F1 [----------] + F2 [ ---------- ] + F3 [ ----------- ] + .... + Fn [ ------------ ]
(1 + i)1 (1 + i)2 ( 1 + i)3 ( 1 + i)n

dimana; F1 = F2 = F3 ...... Fn = A

oleh itu;
1 1 1 1
P0 = A { [----------] + [ ---------- ] + [ ----------- ] + .... + [ ------------ ] }
(1 + i)1 (1 + i)2 ( 1 + i)3 ( 1 + i)n

(1 + i)n - 1
= A [ ----------------- ]
i(1 + i)n
50

Contoh
NKB bagi satu anuiti yang bernilai RM100 selama 4 tahun pada kadar
bunga 15% setahun adalah bersamaan dengan;

(1 + 0.15)4 - 1
= 100 [ --------------------- ] = RM285.50
0.15 (1 + 0.15)4

5. Singking Fund Factor

Ianya untuk mendapatkan nilai terminal (A) yang perlu dilaburkan pasa
setiap tempoh jangkamasa sehingga kepada tempoh akhir bagi n
jangkamasa dengan nilai masa depan (Fn )dan kadar bunga bersamaan
dengan i%.

Dari formular nilai terminai satu anuiti diketahui;

(1 + i)n - 1
Fn = A [ ----------------- ]
i

Fn
oleh itu A = [ ----------------- ]
(1 + i)n - 1
------------
i

i
A = Fn [ ----------------- ]
(1 + i)n - 1

Contoh
Kita dikehendaki untuk mencari satu anuiti yang berakhir selama 4 tahun
yang mempunyai nilai terminal sebanyak RM100 pada kadar bunga 15%.

0.15
A = 100 [ --------------------- ] = RM20.03
(1 + 0.15)4 - 1
51

6. Faktor Tahunan Setara (Capital Recovery Factor)

Iaitu untuk menukar nilai masa kini kepada satu siri pembayaran (A)
selama Pn tahun pada kadar bunga i%.

Dari NKB satu anuiti diketahui; (1 + i)n - 1


P0 = A [ ----------------- ]
i(1 + i)n

P0
oleh itu; A = ----------------------------------------------------------------------
1 1 1
[ ---------- ] + [ ---------- ] + ..... + [ ------------ ]
(1 + i)1 (1 + i)2 (1 + i)n

i (1 + i)n
A = P0 [ -------------- ]
(1 + i)n - 1

Contoh
Nilai tahunan atau anuiti selama 5 tahun yang mempunyai nilai kini
RM2,000 pada kadar diskaun 8% adalah bersamaan dengan;

0.08 (1 + 0.08)5
A = 2,000 [ ------------------------- ] = RM500.20
(1 + 0.08)5 - 1

7. Perpetuities

Satu anuiti yang berterusan untuk selama-lamanya dipanggil perpetuities.


Oleh kerana ianya tidak mempunyai tarikh matang, ianya tidak
mempunyai terminal. Nilai satu perpetuities yang berterusan pada kadar
bunga i% adalah bersamaan dengan; = C \ i

Contoh
Satu perpetuities RM150 setahun pada kadar bunga 15% akan
mempunyai nilai kini bersamaan dengan; 150 \ 0.15 = 1,000

You might also like