You are on page 1of 6

BIL ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT
1.0 PENGENALAN
1.0 PERBANKANKAN ISLAM
3.0 PENUBUHAN PERBANKAN KONVENSIONAL
4.0 PERBANDINGAN ANTARA PERBANKAN ISLAM DAN
PERBANKAN KONVENSIONAL
PERBEZAAN DAN PERSPEKTIF ASAS
PERBEZAAN DAN PERSPEKTIF URUS TADBIR DAN
OPERASI
PERBEZAAN DARI PERSPEKTIF PRODUK

5.0 PENUTUP
6.0 BIBLIOGRAFI
1.0 PENGENALAN
Perbankan islam kini merupakan perantara kewangan terpenting dalam
ekonomi Malaysia. Seperti perbankan konvensional, perbankan islam turut bertindak
sebagai platform pelaksanaan dasar kewangan negara melalui mekanisme
pembiayaan. Dana yang diperolehi daripada pelbagai sumber dalam kegiatan
pelaburan seperti pembiayaan dalam pemerolehan asset pembiayaan projek,
pembiayaan perdagangan dan sebagainya. Proses ini dikenali sebagai penciptaan
kredit yang bermatlamatkan pendapatan bank yang berdasarkan prinsip Syariah.
Pembiayaan merupakan periuk nasi mana-mana institusi yang menjalankan fungsi
perantara kewangan termasuk perbankan islam yang mewakili komposisi terbesar
aset. Peranan perbankan islam dalam menyediakan kemudahan pembiayaan tidak
terhad sebagai peminjam dan pemberi pinjaman semata-mata, malah ,meliputi
pelbagai peranan lain iaitu sebagai rakan kongsi sama ada sebagai pemilik
modal(sahib al-mal) ataupun pengusaha (mudarib).
Perbankan konvensional didefinisikan sebagai institusi kewangan yang
berteraskan riba iaitu penerimaan deposit dengan kontrak pemberian premium atau
faedah dan penyediaan hutang atau pembiayaan dengan dikenakan faedah.
Perbezaan kadar faedah diantara produk deposit dan pembiayaan adalah
keuntungan kepada bank. Menurut sistem konvensional, wang boleh diklasifikasikan
sebagai komoditi yang mempunyai harga dimana pihak yang memberi pinjaman
berhak mendapat pulangan prinsipal dan premium di atas wang yang dipinjamkan.
Kesemua produk yang dihasilkan oleh bank konvensional ini boleh dikatakan
mempunyai unsur-unsur riba. Hal ini kerana segala produk yang dijalankan
berasaskan keuntungan dalam bentuk bunga atau riba keatas jumlah pinjaman yang
diberikan kepada pelanggan. Tidak dinafikan, terdapat unsur-unsur gharar (ragu-
ragu/ketidakpastian) di dalam semua produk bank konvensional ini.




KONSEP-KONSEP SYARIAH DALAM PERBANKAN ISLAM
WADIAH (SIMPANAN)
Dalam konsep ini, bank di anggap sebagai penjaga dan pemegang amanah dana.
Seseorang pendeposit akan mendepositkan dana kedalam bank dan bank akan
menjamin pembayaran balik kesemua amaun deposit berkenaan. Pendeposit
mungkin akan diberikan hibah (hadiah) atas budi bicara bank, sebagai bentuk
penghargaan.

MUDHARABAH (PERKONGSIAN UNTUNG)
Mudharabah ialah pengaturan atau perjanjian diantara pemberi modal dan
pengusaha projek dimana pengusaha projek boleh menggunakan dana bagi
menjalankan aktiviti perniagaan bagi seseorang. Sebarang keuntungan yang
diperoleh akan dibahagi diantara pemberi modal dan pengusaha projek tersebut
mengikut nisbah yang telah dipersetujui manakala kerugian akan ditanggung
seluruhnya oleh pemberi modal.

MUSYARAKAH (USAHA SAMA)
Konsep ini biasanya diguna pakai bagi perniagaan perkongsian untuk sesuatu
perusahaan perniagaan. Keuntungan dikongsi bersama berdasarkan nisbah yang
dipersetujui manakala kerugian akan ditanggung berdasarkan nisbah sumbangn
modal.

MURABAHAH (KOS TOKOK)
Penjualan barangan adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan yang
dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin
keuntungan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jualan
dilaksanakan.

BAI BITHAMAN AJIL (PEMBAYARAN JUALAN TERTANGGUH)
Penjualan barangan berasaskan pembayaran tertangguh pada harga tertentu, yang
termasuk margin keuntungan yang telah dipersetujui.

WAKALAH (AGENSI)
Peserta melantik seorang wakil untuk melaksanakan dan menjalankan transaksi
bagi pihak peserta.












PERBEZAAN PERBANKAN ISLAM DAN PERBANKAN KONVENSIONAL
PERBANKAN ISLAM PERBANKAN KONVENSIONAL
Berdasarkan keuntungan Berdasarkan bunga dan hasil
Berorintesikan keuntungan dan al-falah Berorientasikan keuntungan
Hubungan dengan pelanggan dalam
bentuk perkongsian
Hubungan dengan pelangga dalam
bentuk pemiutang dan penghutang
Menjalankan aktiviti jual beli yang halal
sahaja.
Menjalankan aktiviti jual beli yang
halal dan haram
Penyerahan dan penyaluran dana harus
sesuai dengan syariah islam yang di
awasi oleh badan pengawal syariah.
Tidak terdapat badan pengawal
Syariah
Perbezaan antara kedua perbankan ini secara umum terbahagi kepada dua
konsep iaitu konsep imbalan dan konsep sistem. Perbezaan konsep antara sistem
perbankan islam dan konvensional dapat dilihat dalam jadual perbandingan
dibawah.




























`




1.0 PRINSIP PEMBIAYAAN
Dalam pembiayaan konvensional, bank atau pemberi pinjaman memberikan
pinjaman kepada peminjam untuk mendapatkan keuntungan daripada faedah yang
dikenakan keatas jumlah principal. Bagi pinjaman hartanah, peminjam membayar
faedah ke atas baki amaun pokok. Kadar faedah boleh menjadi kadar tetap atau
berdasarkan kadar terapung. Pembayaran dibuat melalui tempoh yang ditetapkan
secara ansuran. Sebahagian daripada setiap ansuran dibayar, akan membayar
servis faedah, manakala selebihnya per

You might also like