You are on page 1of 2

Berikut adalah 5 perbezaan nyata yang perlu anda fahami di antara takaful

dan insurans.

1. Konsep Dasar
Takaful: Secara dasarnya, Takaful merupakan sebuah kontrak di mana
hanya satu pihak sahaja yang melafazkan sesuatu pemberian tanpa
berlakunya sebarang pertukaran. Secara mudahnya, ia boleh dianggap
sebagai penyertaan sekumpulan individu yang saling bekerjasama untuk
menanggung sebarang musibah atau kemalangan yang berlaku kepada salah
seorang ahlinya.

Insurans: Sebaliknya pula bagi konsep insurans, terdapatnya pertukaran


(jual beli) di antara kedua-dua pihak. Polisi insurans konvensional dibeli
sebagai jaminan kewangan peribadi dan syarikat insurans pula menjadi
penanggung risiko.

2. Kontrak / Akad
Takaful: Menurut Dr. Zaharuddin, seorang Pakar Kewangan Islam / Shariah
yang tersohor di Malaysia, syarikat-syarikat Takaful berbeza daripada
insurans di mana Takaful telah mengubah akad Muawadah Maliah yang
digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada akad Tabarru iaitu
kontrak derma. Selain daripada itu, terdapat juga kontrak Wakalah (Agensi)
dan kontrak Mudharabah (Perkongsian Untung Rugi).

Insurans: Bagi insurans pula, kontrak yang digunakan melibatkan sistem jual
beli di antara syarikat insurans dan pembeli polisi.

3. Pelaburan
Takaful: Pelaburan kumpulan wang Takaful adalah melalui instrumen
pelaburan yang diharuskan dan ia dipantau oleh Majlis Penasihat Syariah.
Segala unsur riba, gharar, dan maisir diselia serta dijauhkan sama sekali. 3
unsur inilah yang telah menyebabkan insurans konvensional difatwakan
sebagai haram menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1972.

Insurans: Unit pelaburan insurans konvensional pula akan melabur secara


bebas kepada mana-mana pihak berdasarkan faktor komersial serta mengikut
penilaian masing-masing agar mendapat keuntungan yang maksimum.
4. Keuntungan
Takaful: Keuntungan atau lebihan yang diperolehi akan dikongsi di antara
pengendali takaful, pencarum, dan pemegang saham berdasarkan model
yang ditetapkan. Ia tidak dimiliki oleh syarikat Takaful melainkan nisbah yang
disumbang daripada wang syarikat sendiri.

Insurans: Segala keuntungan mahupun lebihan akan dimiliki sepenuhnya


oleh syarikat insurans tersebut.

5. Hubungan / Risiko
Takaful: Selari dengan konsep tolong-menolong atau derma, syarikat Takaful
lebih berfungsi sebagai pengendali berbanding penjual polisi. Ini kerana, risiko
akan ditanggung bersama oleh pencarum dan syarikat takaful itu sendiri.

Insurans: Dalam insurans konvensional, risiko akan dipindahkan kepada


syarikat insurans secara langsung. Hubungan antara kedua-dua pihak adalah
lebih kepada penjual dengan pembeli dan tidak fokus terhadap kerjasama di
antara pencarum.

Nampak Sama, Tapi Berbeza


Jika difahami dengan teliti, konsep yang digunapakai dalam Takaful
sebenarnya merentas agama dan bangsa kerana fitrah setiap manusia adalah
melakukan kebaikan terhadap satu sama lain. Malah, ia juga dapat dilihat
sebagai salah satu mekanisme dakwah dalam memperkasakan ekonomi
umat Islam.

Walaupun terdapat perbezaan di antara insurans konvensional dan Takaful,


tetapi Takaful tidak terhad kepada orang Islam sahaja, malah terbuka kepada
semua.

You might also like