You are on page 1of 20

PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

1.0 PENGENALAN

Industri insurans dan reinsurans merupakan industri yang sudah bertapak


lama berbanding industri takaful dan retakaful. Retakaful ialah salah satu
alat pengurusan risiko yang digunakan oleh syarikat takaful untuk berkongsi
sebahagian risiko di dalam dana dengan syarikat takaful dan retakaful yang
lain. Secara amnya, konsep retakaful adalah sama dengan konsep
reinsurans namun yang membezakannya adalah retakaful merupakan
perniagaan takaful yang berasaskan prinsip-prinsip shariah Islam.

Takaful semula menggalakkan aktiviti takaful melalui pengagihan risiko.


Ia meliputi risiko besar dan risiko terkumpul yang disebabkan oleh
kemusnahan. Ini penting untuk memastikan dana takaful dapat diuruskan
dengan efisien bagi memenuhi tanggungjawab sebagai penanggung risiko.
Takaful semula ini merupakan proses pengagihan risiko supaya tekanan
kewangan ke atas operasi perniagaan takaful menjadi ringan dan yang
dimana pihak dalam takaful semula adalah akad takaful antara sebuah
syarikat takaful dengan syarikat takaful lain.

Seterusnya, kemampuan takaful melaksanakan fungsi jaminannya itu


adalah bergantung kepada jumlah wang yang terkumpul dalam kumpulan
wang takaful. Kumpulan wang takaful ini dibina daripada wang sumbangan
yang dibuat setiap peserta sebagai balasan melanggani dan menyertai
produk takaful. Proses pengagihan risiko supaya tekanan ke atas operasi
perniagaan takaful menjadi ringan boleh dibuat melalui penggunaan kaedah
takaful semula.

Antara persoalan yang telah dibangkitkan ialah amalan syarikat takaful


menerima bayaran komisyen tertentu daripada syarikat reinsurans. Oleh itu,
walaupun operasi takaful semula menyerupai seperti operasi insurans
semula yang dilaksanakan di dalam insurans konvensional, prinsip syariah
yang dipraktikkan oleh takaful semula merupakan jurang yang membezakan
antara kedua- duanya. Ianya juga dapat dikatakan bahawa takaful semula

1
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

dan insurans semula adalah dua perkara yang mempunyai konsep yang
sama tetapi mengamalkan prinsip yang berbeza.

2.0 KONSEP TAKAFUL SEMULA

2.1 DEFINISI TAKAFUL SEMULA

Takaful semula merupakan satu kontrak di mana di mana berdasarkan


kepada suatu balasan, seseorang itu bersetuju untuk membayar
keseluruhan atau sebahagian pampasan kepada pihak ketiga atas
kerugian atau liabiliti risiko yang telah dilindungi di bawah kontrak yang
berasingan dan berlainan sebagai pengendali pihak ketiga. Oleh yang
demikian, kontrak Takaful semula adalah satu kaedah di mana
pengendali mendapatkan pihak ketiga untuk melindunginya daripada
kerugian atau liabiliti berdasarkan risiko sebenar perlindungan takaful
asal.

Takaful semula pada umumnya tidak lari daripada apa yang


dimaksudkan dengan insurans semula. Menurut Sulaiman Zakaria(1995) 1,
beliau menyatakan industri insurans menawarkan perkhidmatan
perlindungan kepada golongan pedagang dan orang ramai. Perlindungan
yang dimaksudkan di sini tertumpu kepada mengurangkan risiko
kerugian akibat kemalangan. Ini tidak bermaksud organisasi yang
menawarkan khidmat insurans tidak menghadapi sebarang risiko
kerugian malah ia juga perlu mendapatkan perkhidmatan perlindungan
yang dikenali sebagai insurans semula untuk meneruskan
perniagaannya.

1 Sulaiman Zakaria. 1995. Industri Insurans dan Pengiklanan. Kuala Lumpur. Pustaka Mutiara, h.2

2
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

Fathi Lasin menyatakan bahawa takaful semula tidak berbeza dengan


operasi takaful walaupun dari sudut prinsip pengalamannya. Jika berbeza
pun ia adalah perbezaan perseta iaitu syarikat takaful pesertanya adalah
individu/syarikat dan takaful semula pesertanya hanyalah syarikat
takaful. Menurut Masum Billah(2003)2, secara konsepnya, insurans
semula konvensional tidak mematuhi peraturan- peraturan dan
pengamalan syariah. Ini telah diputuskan dalam persidangan kedua ahli-
ahli Akademi Fiqh Islam OIC pada 28 Disember 1985.

Menurut Rejda, George E.(2003)3, insurans semula bermaksud syarikat


insurans asal memindahkan sebahagian atau semua yang diinsuranskan
kepada syarikat insurans lain , dalam kata lain sebuah syarikat insurans
membeli perlindungan insurans daripada syarikat insurans yang satu lagi.
Dalam operasi insurans semula, Jaafar Muhammad(1995) 4 mejelaskan
bahawa syarikat yang memindahkan risiko dikenali sebagai syarikat
insurans semula yang tidak berurusan secara langsung dengan orang
awam. Ia hanya berurusan dengan syarikat- syarikat insurans dan
syarikat- syarikat insurans semula lain. Malaysian National Reinsurance
Berhad(MNRB) adalah contoh sebuah syarikat insurans semula yang ada
di Malaysia.Selain daripada MNRB terdapat syarikat insurans semula lain
yang kebanyakannya ditubuhkan di luar negara.

2.2 JENIS-JENIS TAKAFUL SEMULA

2 Mohd Masum Billah. 2003. Manual of Principles and Practice of Takaful and Retakaful, (Buku
Jabatan Pentadbiran Perniagaan Perniagaan dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia), h.205

3Rejda, George E. 2003. Principles of Risk Management and Insurance, 8th ed. New York: Addision Wesley, h. 535.

4 Jaafar Muhamad et al. 1995. Insurans Untuk Anda. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., h.114

3
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

Selepas pengutipan caruman, tumpuan diberikan kepada usaha untuk


memastikan pengurusan kumpulan wang takaful dijalankan dengan
berhemat, termasuk penggunaan takaful semula. Takaful semula ialah
salah satu daripada alat pengurusan risiko yang digunakan oleh
pengendali takaful untuk memindahkan sebahagian daripada risiko di
bawah kumpulan wang takaful kepada pengendali takaful atau syarikat
takaful semula yang lain. Jumlah risiko yang ditanggung oleh kumpulan
wang takaful untuk akaunnya sendiri dipanggil had bendungan.

Terdapat dua jenis pengaturan takaful semula yang wujud untuk


pengendali takaful, iaitu takaful semula triti dan takaful semula fakultatif.
Takaful semula adalah Takaful semula yang diperuntukkan di bawah
perjanjian, kebiasaannya berdasarkan perjanjian tahunan. Segala risiko
yang berada dalam skop perjanjian ini secara automatik diterima oleh
syarikat takaful semula. Manakala, Takaful semula fakultatif pula
merupakan Takaful semula ditawarkan dan diterima mengikut kes.
Pengaturannya hanya sebagai pilihan yang mana kedua-dua pengendali
takaful dan syarikat takaful semula tidak dimestikan untuk menyertainya.

2.3 RANTAIAN TAKAFUL SEMULA

Berdasarkan rantaian takaful semula terdapat tiga peringkat dalam


pengagihan risiko takaful dengan empat peserta.

Takaful Pengendali takaful


Individu/ Syarikat

Takaful Semula

Retrotakaful
4
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

Syarikat Takaful Semula Syarikat Takaful Semula

Berdasarkan rajah di atas, ia menunjukkan bagaimana sesuatu risiko


yang ditakafulkan dapat diagih dengan menggunakan contoh bagaimana
sesebuah rumah banglo ditakafulkan.

Pihak yang terlibat:

i. Individu/Syarikat

Individu yang mempunyai sebuah rumah banglo ingin mengagihkan risiko


kerosakan atau kemusnahan kediamannya kepada pengendali takaful.
Maka sebagai syarat pengagihan risiko yang akan
ditanggung oleh pengendali takaful, individu tersebut haruslah
membayar caruman seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian.
Pengagihan risiko oleh pemilik banglo ini kepada pengendali takaful
dinamakan sebagai takaful/ insurans.

ii. Pengendali takaful

Pengendali takaful sebenarnya yang akan menerima risiko yang amat


besar jika menanggung semua risiko yang ditakafulkan. Oleh yang
demikian, pengendali takaful akan memindahkan sebahagian risiko yang
ditakafulkan kepadanya kepada syarikat takaful semula. Perpindahan
risiko yang ditakafulkan kepada syarikat takaful semula dinamakan
sebagai proses takaful semula.

iii. Syarikat Takaful Semula

Syarikat takaful semula yang ingin memindahkan risiko yang ditakafulkan


oleh pengendali takaful pula dinamakan retrotakaful. Ia menggunakan
prinsip dan kaedah yang sama seperti pengendali takaful mentakafulkan
risiko yang diterima daripada para pencarum. Ini perlu bagi

5
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

mengelakkan syarikat takaful semula menghadapi masalah tuntutan


yang besar pada sesuatu masa dan bergantung pada kewangan syarikat
takaful semula tersebut.

2.4 FATWA MENGENAI TAKAFUL SEMULA

Semua sarjana Islam dalam bidang takaful serta kewangan Islam


berpendapat bahawa konsep takaful semula adalah selaras dengan
syariah Islam. Sebagai contoh keputusan Majma Al-Fiqh Al- Islami ke 2,
Pertubuhan Negara-negara Islam yang bersidang pada 22-28 Disember
1985 memutuskan bahawa insurans yang selaras dengan hukum syarak
adalah yang berasaskan kepada sukarela (Tabarru) dan pertolongan
(Taawun) atau dikenali sebagai Al-Tamin Al-Taawuni (cooperative
insurance).
Majma juga telah memutuskan bahawa prinsip yang digunakan ini
juga digunakan kepada syarikat reinsurans. Keputusan yang berkaitan
dengan konsep cooperative insurance adalah berlanjutan daripada
resolusi dan seminar yang telah diadakan di Morocco pada 6 Mei 1972
yang telah memutuskan bahawa sokongan haruslah diberikan kepada
cooperative insurans sebagai ganti5 kepada insuran konvensional.
Secara jelasnya, tujuan retakaful atau reinsurans sebagaimana yang
dinyatakan di atas adalah untuk menyebarkan tanggungan risiko syarikat
takaful supaya dapat menjalankan tanggungjawabnya. Seterusnya,
retakaful sebagaimana takaful adalah bertujuan untuk bantu-membantu
dan tolong-menolong dan ianya adalah selaras dengan syariah Islam.

Konsep di atas tidak mendatangkan sebarang masalah sekiranya


kedua-dua syarikat pemberi (ceding company) dan penerima takaful itu
beroperasi berasaskan Syariah. Pada masa lalu timbul persoalan iaitu

5 Ahmad Hidayat Bin Buang. 2008. Penerimaan Komisyen Reinsurans oleh Syarikat
Retakaful. Jurnal Muamalat. hlm. 38.

6
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

apakah boleh sebuah syarikat Takaful mentakaful semula dengan syarikat


insurans? Pada umumnya amalan ini tidak dibenarkan kerana syarikat
insurans menjalankan perniagaan tidak menurut Syariah terutama
terlibat dengan pelaburan yang berunsur ribawi. Sungguhpun demikian,
keperluan kepada takaful atau insurans semula ini amat mendesak, di
mana terdapat sesetengah ahli jawatankuasa Syariah syarikat takaful
berpandangan syarikat takaful boleh meretakaful premiumnya dengan
syarikat insurans konvensional berasaskan kepada prinsip hajah atau
darurah. Keizinan ini diberikan sementara waktu atas alasan masih
terdapat kekurangan syarikat takaful di pasaran ketika itu. Ini ditambah
lagi dengan alasan syarikat Takaful boleh menimba pengalaman dengan
syarikat insurans yang telah lama berada di pasaran melalui kerjasama
ini. Dalam menjalin kerjasama ini sesetengah penulis meletakkan
beberapa syarat seperti berikut:
1. Kerjasama berkenaan tidak akan mendatangkan kemudaratan
kewangan atau destabilasasi sistem kewangan dalam negara
syarikat takaful berkenaan.
2. Perjanjian kerjasama reinsurans semula itu seboleh-bolehnya
membawa keuntungan kepada syarikat takaful ataupun sekurang
kurangya situasi menang-menang.
3. Mesti memberi keutamaan kepada syarikat takaful yang lain apabila
sahaja timbul kesempatan untuk berbuat demikian.
4. Mesti meneliti dengan berhati-hati kuantum liabiliti yang
diinsuranskan bagi mengelakkan berlakunya gharar yang jelas dan
nyata.
5. Melakukan insurans semula berasaskan kepada premium asas
bersih (net premium basis) dan tidak boleh menerima sebarang
bayaran keuntungan yang berasaskan riba.
6. Syarikat takaful digalakkan memaklumkan peserta dan pemegang
saham mengenai kerjasama ini dan menggalakkan mereka
menambah sumbangan tabarru bagi tujuan reinsurans atau
retakaful.

7
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

7. Berusaha untuk memujuk syarikat insurans konvensional supaya


dapat mengadakan perjanjian usaha sama berkenaan berasaskan
perkongsian untung dan rugi atau musyarakah dan pelaburan
premium tersebut mengikut prinsip-prinsip hukum Islam.

3.0 RASIONAL TAKAFUL SEMULA

Takaful semula menggalakkan aktiviti takaful melalui pengagihan risiko. Ia


meliputi risiko yang besar dan risiko terkumpul yang disebabkan oleh
kemusnahan. Ianya amat penting untuk memastikan dana terkumpul dapat
diuruskan dengan baik. Takaful semula ini amat penting kerana beberapa
sebab penting seperti :

i. Tujuan Keselamatan
Bukan orang awam sahaja ingin mengelakkan diri mereka daripada
menghadapi kerugian, pengendali takaful juga ingin mengelakkan
ketidakpastian dalam menghadapi kerugian. Oleh itu, dengan
menjalankan takaful semula pengendali takaful akan berasa
selamat juga.

ii. Peningkatan kapasiti pengunderaitan


Pemindahan risiko melalui takaful semula membolehkan kumpulan
wang takaful menerima perniagaan melebihi kapasiti
pengunderaitannya.

iii. Penstabilan kos tuntutan


Takaful semula membantu kumpulan wang takaful menghadapi
turun naik kos tuntutan agregat yang timbul akibat kekerapan atau

8
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

ketinggian kerugian, kerana kos tuntutan terhadap kumpulan wang


takaful akan terhad kepada setakat had bendungannya sahaja.

iv. Memberi perlindungan kerugian disebabkan bencana besar


Setiap aktiviti perniagaan itu tidak akan dapat lari daripada risiko
kerugian. Begitu juga dalam industri takaful. Pendedahan besar
boleh memberi kesan kepada keputusan penerimaan risiko yang
tidak mengikut kadar bilangan yang sepenuhnya (mengatasi jumlah
yang dihadkan). Contohnya, seperti kejadian tanah runtuh yang
menyebabkan banyak berlakunya kehilangan nyawa dan
kemusnahan harta benda.

v. Mendapatkan nasihat pengunderaitan


Takaful semula boleh digunakan sebagai suatu cara untuk
mendapatkan nasihat pengunderaitan dan bantuan lain yang
diperlukan oleh pengendali takaful daripada syarikat takaful semula
berhubung dengan:
Perkadaran
Had bendungan
Liputan polisi
Perkara lain yang berkaitan dengan pengunderaitan.

3.1 FUNGSI TAKAFUL SEMULA

Risiko takaful semula sama seperti risiko takaful, iaitu ia perlu diurus
dan dilindungi oleh pengendali takaful semula melalui pelbagai
mekanisme yang terdapat di pasaran. Antara fungsi takaful semula
adalah :

i. Fleksibiliti
Tanpa tafakul semula, pengendali takaful hanya akan menerima
risiko dalam jumlah dan jenis yang mereka mampu menanganinya
berdasarkan dari sumber-sumber yang mereka ada. Ini akan

9
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

menghadkan perkhidmatanyang boleh disediakan kepada kepada


orang ramai dan juga akan menimbulkan kesukaran kepada
pelanggan.

ii. Pengembangan
Takaful semula boleh menyediakan kepakaran tambahan kepada
pengendali dalam bidang di mana pengendali mempunyai
pengalaman, kepakaran atau pengetahuan yang terhad. Oleh itu,
dengan memberikan kemudahan ini dan menerima sebahagian atau
semua risiko, syarikat yang menerima risiko dapat membantu
pengendali memperkenalkan dan mengembangkan barisan produk
yang boleh ditawarkan kepada pelanggan.

iii. Penghimpunan
Pengendali tidak dapat menanggung kerugian atas beberapa risiko
yang berbeza yang mana terhasil daripada satu kejadian atau
peristiwa. Sebagai contoh, pengendali mungkin boleh melindungi
sekumpulan individu yang bekerja dibeberapa buah syarikat dan
lokasi tempat yang berbeza pada satu-satu masa, dan mungkin
mereka menaiki kapal terbang yang sama. Jika kapal terbang
terhempas dan semua penumpang terbunuh, tuntutan yang perlu
dibayar mungkin jauh melebihi kerugian maksimum yang telah
ditentukan terlebih dahulu. Takaful semula membantu pengendali
menghadkan kerugian kepada suatu jumlah yang mampu
ditanggung oleh pengendali berkenaan.

4.0 SYARIKAT TAKAFUL SEMULA YANG BEROPERASI DI MALAYSIA

1) ACR RETAKAFUL BERHAD

ACR Retakaful Berhad telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2008.


ACR Retakaful adalah entiti operasi ACR Retakaful Holdings Limited,
sebuah anak syarikat milik penuh Asia Capital Reinsurance Group Pte.

10
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

Ltd. ACR ReTakaful mempunyai syarikat sulung, ACR Retakaful MEA


B.S.C., di Bahrain yang memenuhi keperluan takaful semula pelanggan
di Timur Tengah. Pada November 2013, ACR Retakaful Berhad telah
dipilih sebagai pemenang kategori "Insurans Islam" pada Anugerah
Ekonomi Islam yang julung kali diadakan. Ianya dianjurkan oleh
Thomson Reuters dan Dubai Chamber of Commerce.

Model Operasi Syarikat ACR Retakaful Berhad

Antara tugas dan tangungjawab pengendali retakaful adalah:

a) Bertindak sebagai wakil atau ejen bagi pengendali takaful dalam


menguruskan dana takaful semula, termasuk pengendalian tuntutan,
iaitu tempahan untuk liabiliti polisi dan pengurusan risiko.

b) Bertindak sebagai Mudharib (aset / pengurus pelaburan) dalam


menguruskan dana takaful semula dengan cara yang patuh Syariah.

c) Menyediakan pinjaman kepada kumpulan wang takaful semula apabila


ia berjalan ke dalam defisit.

d) Untuk mengekalkan Jawatankuasa Syariah bagi menasihati pengendali


takaful semula untuk memastikan bahawa operasi takaful semula
sedang dijalankan melalui kaedah yang mematuhi Syariah.

Sebagai balasan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab yang


dinyatakan di atas bagi pihak pengendali takaful, pengendali takaful
semula akan menerima Yuran Wakalah dan Mudharib ini bahagian
pendapatan pelaburan ditetapkan di sini.

i. Yuran Wakalah

Sebanyak 5% daripada sumbangan takaful semula secara kasar akan


ditolak oleh pengendali takaful semula di permulaan kontrak sebagai
Yuran Wakalah bagi menguruskan dana takaful semula. Bayaran ini

11
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

akan ditolak daripada sumbangan takaful semula kasar sebelum


sumbangan tersebut dipindah milik kepada Kumpulan Wang Takaful
Semula.

ii. Dana Takaful Semula

Dana takaful semula adalah dana yang ditubuhkan dan disenggarakan


oleh pengendali takaful semula dan mewakili sumbangan yang
diterima daripada pengendali takaful yang mengambil bahagian
daripada tuntutan, komisen, dan perbelanjaan lain yang berkaitan
hendaklah dibayar. Caruman kepada Kumpulan Wang Takaful Semula
adalah untuk manfaat kolektif pengendali takaful yang mengambil
bahagian. Pengendali takaful hendaklah melepaskan hak individu atas
sumbangan dan mendapat hak kolektif pampasan terhadap peristiwa
yang diliputi dalam syarat-syarat kontrak takaful semula masing-
masing. Penyertaan berkuat kuasa pada tarikh permulaan kuat kuasa
seperti yang dipersetujui dalam Butiran Risiko.

iii. Profit Perkongsian Daripada Pelaburan (MUDHARABAH)

Pengendali takaful semula akan menerima 40% daripada pendapatan


pelaburan kasar sebagai perkongsian keuntungan Mudharabah. Ini
merupakan bahagian pengendali takaful semula terhadap pendapatan
pelaburan kasar sebagai Mudharib dalam menguruskan aset dan
pelaburan. Pendapatan pelaburan kasar hendaklah dijadi perbezaan
keuntungan pelaburan dan kerugian daripada aset dilaburkan dalam
Dana Takaful Semula semasa tempoh kontrak setelah ditolak semua
kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan pelaburan, kecuali
bayaran yang dibayar kepada pihak ketiga seperti yang diuruskan.
Jumlah baki selepas ditolak bahagian Mudharib terhadap Perkongsian
Keuntungan boleh diberikan kepada Kumpulan Wang Takaful Semula.

12
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

Pengendali takaful semula berhak untuk menyerahkan tugas


menguruskan Dana Takaful Semula sebahagian atau dalam jumlah
kepada pihak ketiga, dengan syarat bahawa:

a) Imbuhan bagi pihak ketiga ini hendaklah dibayar oleh pengendali


takaful semula daripada Kumpulan Wang Takaful Semula.

b) Apa-apa perkiraan itu hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa


Syariah.

c) Pengendali takaful semula hendaklah memastikan bahawa


pelaburan yang dibuat oleh pihak ketiga mestilah patuh Syariah.

iv. Tuntutan

Pengendali takaful semula hendaklah memaklumkan kepada bahagian


Operator Kumpulan Wang Takaful Takaful Semula terhadap apa-apa
tuntutan bayaran disebabkan oleh pengendali takaful setakat mana
dan sebaik sahaja tuntutan asal perlu dibayar untuk pembayaran.
Tuntutan dibayar daripada Kumpulan Wang Takaful Semula sehingga
selesai. Bayaran tuntutan yang melebihi akan dibuat daripada ekuiti
pemegang saham pengendali takaful semula sebagai Qard dan akan
dibawa ke depan. Pengendali takaful semula berhak untuk memotong
daripada bahagiannya sebarang baki kerana ia timbul daripada apa-
apa kontrak atau akaunnya dengan pengendali takaful.

v. Lebihan Atau Defesit Dalam Dana Takaful Semula

Lebihan atau defisit mungkin timbul dalam Kumpulan Wang Takaful


Semula bergantung kepada tuntutan yang ditanggung dan prestasi

13
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

pelaburan aset di mana Dana Takaful Semula dilaburkan. Sekiranya


terdapat lebihan yang timbul dalam Kumpulan Wang Takaful Semula,
lebihan tersebut hendaklah digunakan mengikut cara yang berikut:

a) Untuk membayar balik Qard dilanjutkan oleh Pengendali Takaful


Semula pada kadar 60% daripada lebihan pada tahun tersebut.

b) Baki selepas pembayaran balik yang dinyatakan di atas


hendaklah dipindahkan ke Rizab Penyamaan dikekalkan bagi
memenuhi perkembangan buruk dalam liabiliti tuntutan masa
hadapan.

c) Sekiranya berlaku penggulungan, lebihan itu hendaklah


didermakan kepada badan-badan kebajikan yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Syariah.

Walau bagaimanapun, jika terdapat defisit dalam Dana Takaful Semula,


pengendali takaful semula akan menguruskan Qard (Pinjaman) dapat
diberikan.

2) MNRB RETAKAFUL BERHAD

MNRB Retakaful Berhad (MRT), merupakan anak syarikat milik penuh


MNRB Holdings Berhad, terlibat dalam keluarga dan perniagaan takaful
semula am. MRT telah ditubuhkan pada bulan Disember 2006 dan
didaftarkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai pengendali takaful semula
yang pertama di Malaysia pada 1 Ogos 2007. MNRB Retakaful Berhad
terlibat dalam perniagaan takaful semula keluarga dan am. Ia telah
berhenti menawarkan apa-apa perniagaan baru sejak 2015 dan akan
terus menguruskan portfolio perniagaannya yang tertunggak sehingga
masa yang dirasakan sesuai untuk menyerahkan semula lesen operasi
kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

14
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

5.0 ISU DAN CABARAN TAKAFUL SEMULA

Operasi takaful semula sebenarnya masih baru dalam industri insurans di


Malaysia. Maka, ianya tidak lari daripada isu-isu dan cabaran dalam
menghadapi era globalisasi serta memenuhi keperluan prinsip-prinsip
syariah. Antara isu dan cabaran yang dihadapi dalam takaful semula
ialah:
i. Kekurangan Syarikat Takaful semula
Kekurangan syarikat retakaful di Malaysia adalah bukan cabaran
yang utama oleh retakaful tetapi kekangan kapasiti syarikat
retakaful merupakan cabaran yang utama yang perlu dihadapi oleh
industri retakaful. Kekangan kapasiti yang merujuk kepada
ketidakcukupan dana, kekurangan penyeragaman dan piawaian
sistem retakaful, kebocoran pasaran reinsurans dan kurangnya
pengetahuan dan kemahiran mengenai retakaful dikalangan para
ulama dan kakitangan syarikat retakaful.

ii. Ketidakcukupan Dana


Menurut Sofiza Azmi (2013), kebanyakkan perniagaan syarikat
takaful masih lagi menyerah atau menggunakan perkhidmatan
syarikat reinsurans berbanding syarikat retakaful. Ketidakcukupan
dana syarikat retakaful untuk menanggung risiko syarikat takaful
merupakan salah satu faktor penyebab syarikat takaful
mendapatkan perkhidmatan syarikat reinsurans. Risiko yang
dihadapi oleh syarikat takaful adalah disebabkan oleh dana yang
terhad untuk membayar kepada peserta apabila mereka mengalami
kerugian (Asmak Ab Rahman, 2009).

iii. Kekurangan penyeragaman dan dan piawaian dalam sistem


Takaful semula

15
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

Industri retakaful juga berhadapan dengan dengan kekurangan


penyeragaman dan piawaian dalam sistem retakaful. Kurangnya
penyeragaman dalam sistem retakaful boleh membantutkan
pertumbuhaan industri retakaful. Penyeragaman retakaful merujuk
kepada model operasi yang berbeza, piawaian akaun dan pelbagai
tafsiran shariah. Selain itu, penyeragaman dan piawaian retakaful
boleh juga merujuk kepada susunan kata polisi.

iv. Kebenaran untuk membuat takaful semula di syarikat


insurans semula
Berasaskan prinsip darurah, pengendali takaful dibenarkan untuk
membuat takaful semula di syarikat insurans disebabkan kurangnya
syarikat takaful semula. Persoalannya, sejauhmanakah kebenaran
ini diterima pakai dan sampai bilakah ianya akan berterusan.
Banyak ayat al-Quran yang menyentuh perkara tersebut antara
yang bermaksud:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang


terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya
(Surah Al-Baqarah :
283)

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu


memakan bangkai, dan darah, dan daging babi dan binatang
yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa
(memakan kerana darurah) sedang ia tidak menginginnya dan
tidak pula melampaui batas (pada kadar benda dimakan itu),
maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah amat Pengampun
lagi amat Mengasihani.

(Surah Al-Baqarah :
173)

16
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa membuat takaful semula


di syarikat insurans adalah dibenarkan jika ia merupakan darurah
kepada manusia yang perkara tersebut telah menjadi keperluan
kepada kehidupan manusia

v. Kurangnya Pengetahuan dan Kemahiran Mengenai Retakaful


Di Kalangan Para Ulama dan Kakitangan Syarikat Retakaful
Retakaful merupakan sebuah industri yang masih baru maka
kepakaran daripada profesional yang berpengalaman dan di
kalangan para ulama adalah amat diperlukan. Selain itu, bukan
hanya golongan professional dan para ulama sahaja diperlukan
akan tetapi pekerja syarikat retakaful yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran mengenai sistem retakaful juga
diperlukan.
Seterusnya, kebanyakkan eksekutif takaful terutamanya
bahagian operasi dan pemasaran sebenarnya kurang memahami
dan menguasai disiplin syariah yang diguna pakai dalam industry
takaful seperti ilmu usul fiqh, qawaid fiqiyyah, fiqh muamalat, dan
sebagainya. Ini juga akan membawa gambaran yang kurang baik
terhadap industri ini. Begitu juga dengan ahli penasihat syariah
kerana mereka juga seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas
dan mencukupi dalam industri takaful agar dapat membangunkan
lagi industri ini. Selain itu, sistem dan prosedur operasi takaful
semula juga haruslah diperbaiki dan ditingkatkan untuk lebih
bersaing di peringkat global.

6.0 SYARAT TAKAFUL SEMULA YANG DIGARISKAN OLEH


MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH TAKAFUL

Amat penting bagi takaful menjayakan fungsi takaful semula kerana ia


akan membuktikan bahawa operasinya setanding dan dikendalikan
mengikut asas- asas teknikal dan pengurusan professional moden.
Syarikat takaful di Malaysia secara umumnya memperoleh

17
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

perkhidmatan takaful semula dari syarikat takaful semula atau syarikat


insurans konvensional. Syarat takaful semula yang digariskan oleh
Majlis Pengawasan Syariah Takaful adalah seperti berikut:

i. Takaful Semula Menggunakan Khidmat Syarikat Takaful


Bagi syarikat takaful, pelaksanaan takaful semula mestilah
seboleh- bolehnya diaturkan dan dijalinkan dalam kalangan
syarikat takaful sahaja. Mengikut syarak, peraturan dan
kandungan akad takaful semula itu hendaklah sama dengan
akad takaful asal yang telah dimeterai di antara syarikat pemberi
dengan pesertanya. Sejajar dengan akad takaful biasa yang
berasaskan prinsip mudarabah maka akad takaful semula antara
syarikat pemberi dengan syarikat penerima juga hendaklah
berasaskan prinsip yang sama. Oleh yang demikian, setiap aspek
operasi takaful akan berjalan mengikut amalan dan peraturan
syarak sepenuhnya.

ii. Takaful Semula Menggunakan Syarikat Insurans


Konvensional
Pengendali takaful terpaksa menghadapi dilemma dalam
melaksanakan takaful semula biarpun bilangan syarikat takaful
dan keupayaan kumpulan wang masing- masing agak tehad.
Keadaan ini memaksa syarikat takaful menggunakan khidmat
syarikat insurans konvensional untuk mendapatkan takaful
semula.
Transaksi takaful semula dengan pihak insurans
konvensional adalah diizinkan oleh syarak tertakluk kepada
keperluan darurah. Keperluannya merupakan sesuatu yang mesti
ada bagi menjamin perniagaan dan kumpulan- kumpulan wang
takaful supaya terkawal serta boleh berkembang dengan baik.
Sehubungan ini Majlis Pengawasan Syariah Takaful
menggariskan beberapa syarat. Antaranya ialah sebagai syarikat
pemberi, syarikat takaful ditegah daripada menerima komisen

18
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

daripada syarikat insurans kerana ia boleh membawa maksud


syarikat takaful menjadi ejen kepada syarikat yang operasinya
tidak mengikut syarak. Selain itu, apa- apa sumbangan takaful
semula yang dipegang sebagai rizab atau deposit oleh syarikat
pemberi bagi pihak syarikat penerima mestilah tidak tertakluk
kepada bayaran faedah yang menggunakan riba.
Majlis Pengawasan Syariah Takaful menegaskan walaupun
khidmat insurans konvensional dibenarkan untuk melaksanakan
takaful semula, syarikat takaful hendaklah berusaha
membendung atau menanggung seberapa banyak yang terdaya
sesuatu perkara yang dilindunginya. Sesuatu yang berlaku di luar
kemampuannya barulah diserahkan kepada syarikat insurans
atau syarikat insurans semula konvensional.

7.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kemalangan, kerosakan harta-benda dan
kerugian dalam perniagaan adalah sebahagian daripada risiko
kehidupan manusia. Sebagai agama yang sempurna, ajaran Islam
sentiasa memelihara perkara asas iaitu kesejahteraan, kebajikan
ekonomi dan pembnagunan sosial umat Islam pada peringkat individu,
keluarga, negara dan ummah. Takaful juga diperkenalkan sebagai
alternative kepada insurans konvensional yang hukumnya haram
kerana adanya unsur riba, gharar dan maysir.
Di samping itu, setiap cabaran yang dihadapi oleh retakaful
merupakan perkara biasa yang akan berlaku pada setiap industri yang
baru memulakan perniagaan. Namun, industri retakaful menunjukkan
peluang untuk berkembang maju seperti industri takaful di Malaysia.

19
PENGURUSAN PEMBANGUNAN TAKAFUL

Industri retakaful berhadapan dengan pelbagai cabaran namun


begitu retakaful masih mempunyai peluang untuk berkembang maju
seperti industri takaful. Peluang yang dilihat mampu meningkatkan
pertumbuhan yang stabil pada industri takaful.
Industri retakaful juga berpelung untuk berkembang maju
disebabkan oleh permintaan dan kehendak daraipada pasaran industri
takaful, keuntungan industri takaful dan retakaful akan perolehi pada
jangka masa panjang dan perkhidmatan yang berlandaskan prinsip
syariah.

20

You might also like