You are on page 1of 102

BAB 3:

PEMBANGUNAN EKONOMI
DALAM HUBUNGAN ETNIK
DR. KHADIJAH BT MUDA 1
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti bab ini, pelajar dapat:

1. Menerangkan konsep pembangunan ekonomi


dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

2. Menghuraikan dasar-dasar pembangunan


ekonomi yang berkaitan dengan persoalan
pembangunan ekonomi di Malaysia.

3. Menganalisis interaksi antara globalisasi


dengan dasar berkaitan pembangunan ekonomi di
Malaysia.

2
3.1 Pembangunan Dalam Islam

3.2 Isu Sosioekonomi Pada Awal Kemerdekaan

3.3 Perkembangan Ekonomi Malaysia

3.4 Perubahan Dan Perkembangan Ekonomi Sehingga Kini

3.5 Konsep Modenisasi, Pembangunan Dan Pertumbuhan Ekonomi


Bab 3
3.6 Ekonomi Islam Dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia

3.7 Dasar Penswastaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

3.8 Ekonomi Menjadi Isu Etnik

3.9 Kejayaan Ekonomi Malaysia

3.10 Isu Dan Cabaran


3
PENGENALAN
Kemerosotan
falsafah Perpaduan penting dalam Ketidakstabilan sosiopolitik
pelaburan akan
yang memberi kesan negative
Negara masyarakat kepada tingkat pelaburan memberi implikasi
menjadi
panduan
pelbagai Negara. negatif ke atas
pertumbuhan dan
kerajaan
pembangunan
dalam
ekonomi.
mencapai
perpaduan ntuk mengelakkan mana-mana
mencapai keharmonian hidup
masyarakat antara pelbagai etnik dan kumpulan etnik berasa
ialah terpinggir daripada menikmati
kestabilan politik, kekayaan faedah pembangunan yang dapat
“pertumbuh negara perlu diagihkan secara menimbulkan masalah ketegangan
an dengan adil dan saksama. dan konflik dalam masyarakat.
agihan”

Falsafah ini mengandaikan bahawa panduan dalam Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) dan matlamat teras
sekiranya perbezaan dan serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menstruktur
ketidakseimbangan ekonomi antara etnik masyarakat diteruskan dan dikekalkan dalam dasar-dasar pembangunan
dapat dihapuskan, maka perpaduan dalam negara yang terkemudian iaitu Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
masyarakat Malaysia dapat dicapai. dan Dasar Wawasan Nasional (2001-2010). 4
MATLAMAT, KAEDAH, UKURAN
KONSEP MODENISASI, PENCAPAIAN
PEMBANGUNAN & PERTUMBUHAN
EKONOMI PEMBANGUNAN DALAM ISLAM

PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN


ETNIK DI MALAYSIA

RINGKASAN PERKEMBANGAN PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN


EKONOMI MALAYSIA EKONOMI HINGGA KINI
DEB RRJP 2 & 3
ERA PRA-PENJAJAH
DPN
ERA PENJAJAH WAWASAN 2020
EKONOMI ISLAM D. WAWASAN
ERA SELEPAS MERDEKA NEGARA
RANCANGAN 5 TAHUN 5
PEMBANGUNAN DALAM ISLAM
Pembangunan dalam Islam adalah pembangunan yang
menyeluruh “asy-syumuliyah”• dan menekankan
keseimbangan pembangunan hidup dengan manusia.

Sejak awal kedatangan Islam telah mengemukakan dasar


pembangunan yang bersepadu dengan meletakkan
pembangunan insan yang berilmu, beriman, beramal,
bertakwa dan berakhlak mulia sebagai asas yang kukuh
untuk model-model pembangunan yang lain bagi
menyempurnakan tugas manusia sebagai khalifah di muka
bumi, seperti termaktub di dalam surah Al-Baqarah (1), ayat 30.

6
‫ض َخ ِل ْيفَةً قَالُ ْوا أت َ ْجعَ ُل فِ ْي َها َم ْن يُ ْف ِس ُد فِ ْي َها‬ِ ‫َو ِإ ْذقَا َل َرب َُّك ِل ْل َملَئِ َك ِة اِنِى َجا ِع ٌل فِ ْى االَ ْر‬
:‫ِس لَ َك قَا َل ِإ ِنى أَ ْعلَ ُم َما الَتَ ْعلَ ُم ْونَ {البقرة‬ ُ ‫ِك َونُقَد‬ َ ُ‫الد َما َء َون َْح ُن ن‬
َ ‫س ِب ُح ِب َح ْمد‬ ِ ‫َويَ ْس ِف ُك‬
.}30

• “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat:’


Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di
muka bumi. Mereka bekata:’ Mengapa Engkau hendak
menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami
senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan
Engkau? Tuhan berfirman:” Sesungguhnya Aku mengetahui apa
yang tidak kamu ketahui ”. (Al-Baqarah: 30)
7
Di samping itu, pembangunan ini juga haruslah mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat secara
keseluruhannya dari segi zahir dan batin. Konsep pembangunan yang cuba diketengahkan oleh Islam adalah
untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

"Pembangunan dalam Islam adalah adalah pembangunan yang berasaskan kepada keesaan Allah S.W.T,
matlamatnya ialah keredhaan Allah S.W.T, dan kerangkanya merangkumi waktu kehidupan di alam roh, dunia
dan akhirat."

Orang yang dianugerahi oleh Allah kekayaan harta yang berlimpah-ruah serta nikmat yang banyak, hendaklah
memanfaatkannya di jalan Allah, patuh dan taat pada perintah-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya untuk
memperoleh pahala di dunia dan di akhirat. Sabda Nabi s.a.w.:

“Manfaatkan yang lima sebelum datang (lawannya) yang lima; mudamu sebelum tuamu, sehatmu sebelum
sakitmu, kayamu sebelum miskinmu, waktu senggangmu sebelum kesibukanmu dan hidupmu sebelum
matimu.” - (H.R. Baihaki dari Ibnu Abbas)

8
Seseorang Islam tidak harus meninggalkan sama sekali kesenangan dunia dalam bentuk
keperluan makanan, minuman dan pakaian serta kesenangan-kesenangan yang lain
selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang telah digariskan oleh Allah SWT,
kerana Allah, diri sendiri, keluarga dan masyarakat mempunyai hak ke atas seseorang
yang harus dilaksanakan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

“Kerjakanlah (urusan) duniamu seakan-akan kamu akan hidup selama-lamanya dan


laksanakanlah amalan akhiratmu seakan-akan kamu akan mati besok.” - (H.R. Ibnu
Asakir)

9
Muhammad Syukri Salleh (2002: 49)
• "Pembangunan dalam Islam adalah adalah pembangunan yang
berasaskan kepada keesaan Allah S.W.T, matlamatnya ialah
keredhaan Allah S.W.T, dan kerangkanya merangkumi waktu
kehidupan di alam roh, dunia dan akhirat."

Professor of
Muhammad Akhir & Hailani Development
Planning and
• "Pembangunan dalam Islam adalah berlandaskan kepada orientasi Management &
nilai dengan perhatian untuk meningkatkan kebajikan umat Director of the
Centre for Islamic
Islam dari semua aspek moral, kebendaan dan kerohanian untuk Development
mencapai keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat." Management
Studies (ISDEV),
School of Social
Sciences, Universiti
Sains Malaysia

10
ISU SOSIOEKONOMI PADA AWAL
KEMERDEKAAN
• Isu kemiskinan menjadi semakin rencam apabila terdapat hubung kait antara
kemiskinan dengan kumpulan etnik tertentu. Sebahagian besar daripada isi
rumah miskin adalah dalam kalangan etnik Melayu.
• Pada tahun 1970, sebanyak 65.9 peratus daripada etnik Melayu adalah miskin,
berbanding dengan hanya 27.5 peratus dalam kalangan etnik Cina dan 40.2 peratus
bagi etnik India.
• Selain itu, isi rumah luar bandar mencatatkan kadar kemiskinan yang tinggi
berbanding dengan isi rumah bandar. Oleh sebab majoriti penduduk luar bandar
adalah juga etnik Melayu, maka masalah kemiskinan dilihat sebagai masalah etnik
Melayu.
• Walaupun terdapat etnik Cina dan India yang miskin, dan juga orang bandar dan luar
bandar yang miskin, kemiskinan dalam kalangan etnik Melayu menjadi tumpuan.
Etnik Melayu menjadi sinonim dengan kemiskinan - orang miskin ialah Melayu dan
11
etnik Melayu adalah miskin.
Ketakseimbangan yang ketara dari segi hak milik kekayaan antara etnik.
Pada tahun 1970, etnik Melayu hanya memiliki 2.4 peratus daripada pemilikan modal
saham dalam syarikat berhad, berbanding dengan 27.2 peratus bagi etnik Cina.

Jadual 3.1: Pemilikan Modal Saham oleh Syarikat Berhad di Semenanjung


Malaysia (1969- 1990)
PEMIlIKAN MODAl SAHAM 1969 1970 1975 1980 1985 1990

Bumiputera dan Agensi Amanah 1.5 2.4 9.2 12.5 19.1 19.2

Cina 22.8 27.2 n.a n.a 33.4 45.5

India 0.9 1.1 n.a n.a 1.2 1

Lain-lain - - - - - -

Syarikat Nomini 2.1 6 n.a n.a 1.3 8.5

Firma Kawalan Tempatan 10.1 - - - 7.2 0.3

Firma Milikan Asing 62.1 63.4 53.3 42.9 26 25.4

*n.a : Tiada, Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-200 12


• Terdapat juga ketakseimbangan yang ketara dari segi guna tenaga dan
pekerjaan antara etnik tersebut.
• Pada tahun 1970, hampir dua pertiga guna tenaga dalam sektor pertama, iaitu
pertanian dan perikanan adalah etnik Melayu. Etnik Cina dan India
kebanyakannya bergiat dalam sektor kedua, iaitu perlombongan, pembuatan,
pembinaan, utiliti dan pengangkutan dan ketiga, iaitu perdagangan
borong dan runcit, kewangan, perkhidmatan awam dan lain-lain.
• Pekerjaan dalam kategori profesional, teknikal, pengurusan dan jualan
didominasi oleh etnik Cina, manakala etnik Melayu kebanyakannya
bekerja sebagai petani dan pekebun kecil. Oleh hal demikian, etnik Melayu
bukan sahaja kebanyakannya miskin, tetapi mereka juga terlibat dalam sektor
pertanian sara diri dan rendah produktiviti. Sebaliknya, etnik bukan Melayu
kebanyakannya terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan dan
pembinaan yang tinggi produktiviti. 13
Jadual 3.2: Malaysia-Peratus Guna Tenaga Mengikut Sektor dan Kumpulan
Etnik (1970 -1985)
BUMIPUTERA CINA INDIA ETNIK LAIN
SEKTOR
1970 1985 1970 1985 1970 1985 1970 1985
Pertanian, perhutanan, ternakan dan
67.6 75 21.4 15.5 10.1 8.8 0.9 0.7
perikanan
Perlombongan dan kuari 24.8 50.5 66.0 37.8 8.40 9.5 0.8 2.3
Pembuatan 28.9 45.8 65.4 42.8 5.30 10.9 0.4 0.5
Pembinaan 21.6 42.2 72.0 51 6.10 5.8 0.3 1.0
Elektrik, gas dan air 48.2 72.6 18.1 10.3 32.5 15.6 1.2 1.4
Pengangkutan, penyimpanan dan
42.6 52.4 39.6 33.9 17.1 13 0.7 0.7
perhubungan
Perdagangan borong dan runcit,
23.5 36.4 65.3 55.2 10.7 7.8 0.5 0.9
hotel dan restoran
Kewangan, insurans, harta-harta dan
- 41.4 - 46.4 - 10.6 - 1.9
perkhidmatan perniagaan
Perkhidmatan kerajaan 48.5 66.7 35.7 24.3 14.0 8.5 1.8 0.5
Perkhidmatan-perkhidmatan lain 48.5 66.8 35.7 24.2 14.0 8.5 1.8 14 0.5
Sumber: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990.
Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara. Hal: 66
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA
ERA ERA PENJAJAH
PRAPENJAJAH

•Bermula dengan kejatuhan Melaka di tangan


• Berkembang pesat Portugis – kuasai kawasan perdagangan di
kerana kedudukan pelabuhan dan perairan Selat Melaka.
Semenanjung •Perkenal sistem cukai.
Tanah Melayu •Perjanjian Inggeris-Belanda 1824- British kuasai
yang strategik. Tanah Melayu.
• Kegemilangan •Aliran masuk modal perdagangan dan buruh
Kesultanan meningkat dengan pembukaan pelabuhan P.
Pinang dan Singapura.
Melaka.
•Tumpuan aktiviti ekonomi: perdagangan,
• Pelabuhan pertanian kecilan & perlombongan.
“entrepot”

15
ERA PENJAJAH
• Akhir abad ke-19: Perjanjian Pangkor (1874) memberi kuasa kepada British untuk
mengutip hasil, undang-undang tanah & guna tenaga buruh asing.
• Hasilnya, wujud:
• Sistem jalan raya & kereta api pantai barat Semenanjung.
• Pembukaan ladang & estet pertanian.
• Pengukuhan dasar pecah & perintah di negeri jajahan British.
• Menjelang Perang Dunia Kedua, ekonomi eksport telah memainkan peranan dgn
tumpuan kepada:
• Pengeluaran getah & bijih timah.
• Johor: pertanian komersial – gambir & lada hitam.
• Semasa pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu (1948-1956): proses pertumbuhan
ekonomi tidak berubah akibat Perang Dunia Kedua.
• Kuasai ladang: British perkenal & kuatkuasa dasar pemilikan tanah – menjelaskan
kenapa & bagaimana ekonomi kaum berada pada tahap hari ini.
• Undang-Undang pemilikan Tanah:
• Tidak menyekat perkembangan perusahan Barat
16
• Undang-undang & peraturan lindungi hak Melayu
• Sistem Tanah – kepentingan perdagangan secara tidak langsung mengakibatkan
petani Melayu kehilangan tanah, terutama ketika harga getah tinggi.
• Dasar ini menggalakkan kegiatan spekulasi penjualan tanah.
• Akibatnya, buruh upahan Melayu tidak bertanah.

• 1911- British perkenal pindakan pajakan tanah utk elak spekulasi tanah.
• 1913 - Enakmen Tanah Simpanan Melayu peruntuk kuasa NNMB tentukan
simpanan Melayu utk pertanian. Elak jual kebun kecil utk penanaman getah.

• 1915 – Simpanan @ Rezab Melayu tidak boleh dimiliki orang bukan Melayu.
• Implikasi: getah tidak boleh ditanam kecuali sewa tanah tinggi.
• Penanaman dan jumlah kelapa & buah-buahan setiap hektar dihadkan.
• Melayu kekal di desa, kerja cukup sara hidup sendiri.

17
ERA SELEPAS MERDEKA

Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan Malaysia telah menjalankan
pelbagai usaha untuk memperbaiki taraf hidup dalam kalangan penduduk di negara ini.
Pada masa itu, keadaan hidup di kalangan masyarakat masih lagi jauh daripada
memuaskan. Jumlah orang Melayu begitu kurang yang bekerja di sektor perdagangan
dan pembuatan moden, terutama di peringkat pengurusan, profesional, teknikal,
pengawasan dan perkeranian kerajaan Malaysia.

“Pada masa ini banyak dari jawatan-jawatan di peringkat tinggi dan kebanyakan dari
jawatan-jawatan di peringkat tengah-akauntan, kerani, mekanik, tukang-adalah diisi oleh
orang-orang dari keturunan Cina, dan seseorang boleh berjalan dalam pejabat-pejabat
banyak syarikat besar dan kecil, tanpa melihat lebih dari satu dua muka Melayu.”
(Freeman, 1968)
18
Jadual 3.3: Hak Milik Syer di Syarikat Berhad di Malaysia Barat, 1970

Kaum Juta Peratus


Melayu dan kepentingan Melayu 125.6 2.4
Melayu 84.4 1.6
Kepentingan Melayu 41.2 0.8
Orang Malaysia lain 1826.5 34.3
Cina 1450.5 27.2
India 55.9 1.1
Lain-lain 320.1 6.0
Orang Asing 3377.1 63.3
Jumlah 100
Sumber: Rancangan Malaysia Ketiga (RMT) 19
• Matlamat utama pentadbiran kerajaan selepas merdeka adalah untuk
mengurangkan pergantungan ke atas dua atau tiga komoditi utama iaitu dengan
mempelbagaikan corak ekonomi dalam sektor pertanian.

• Aspek ini dilakukan menerusi galakan perindustrian di kawasan-kawasan


terpilih. Aliran ke arah perindustrian yang menyeluruh telah menjadi isu utama
dalam dekad masa kini. Dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi nasional,
kerajaan telah memainkan peranan penting dalam pelbagai sektor menerusi
rancangan pembangunan lima tahun iaitu:

20
21
22
23
PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN EKONOMI
SEHIGGA KINI
Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Penekanannya
______________________________________________________________________
Tempoh Penekanan Dasar
• RM 1 (1956-1960) Produktiviti Pertanian
• RM 2 (1961-1965) Kepelbagaian Tanaman, Kemudahan Asas
• RMP1 (1966-1970) Pembangunan Luar Bandar- Infrastruktur- Khidmat Sosial
• RRJP1 RMK2 (1971-1975) Pembangunan dan Kesaksamaan (DEB)
• RMK3 (1976-1980) - Pembasmian Kemiskinan
• RMK4 (1981-1985) - Penyusunan Semula Masyarakat
• RMK5 (1986-1990) (peralihan industri gantian import kpd industri eksport)
• RRJP2 RMK6 (1991-1995) Pembangunan Seimbang: teknologi maju/ penswastaan
• (DPN) RMK7 (1996-2000) - Ekonomi (k-ekonomi) - Sosial
- Negeri-Negeri
- Bandar - Luar Bandar - Pengagihan
• RRJP3 RMK8 (2001-2005) Memperkembangkan Ekonomi Mapan
• Dan Berdaya Tahan (k-ekonomi)
• RMK9 (2006-2010) Modal Insan dan Islam Hadhari
• (Diubahsuai Dari: Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan, 1997)
24
RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA
- (RRJP1) - (1971-1990)
• Dilancarkan serentak dengan DEB.
• Merangkumi 4 rancangan pembangunan lima tahun bermula RMK2
(1971-1976) hingga RMK5 (19861990)

DASAR EKONOMI BARU


• Diperkenalkan pada tahun 1970 melalui RMK2 (1971-1975).

25
Rancangan Malaysia Pertama
(1966-1970)

• Setelah negara bangsa Malaysia dibentuk, pembangunan


lebih progresif.
• Dasar pendidikan, bahasa dan budaya diperkenal bagi
melengkapi corak ekonomi.
• Tumpuan kepada masyarakat desa yang miskin dan usaha
menggerakkan perindustrian gantian-import khasnya industri
pembuatan.
• Kelancaran rancangan Malaysia terbantut akibat konfrontasi
Indonesia-Malaysia yang berarkhir pada tahun 1966.
26
Upacara menandatangani perjanjian menamatkan Konfrontasi
yang diadakan di Istana Merdeka, Jakarta, pada 11 Ogos 1966.
27
• Peristiwa 13 Mei 1969 turut menginsafkan kita akan erti
perpaduan.
• Peristiwa berlaku sebaik selesai Pilihan Raya 1969 yang
bermula di Kuala Lumpur dan kemudian merebak ke
kawasan lain tetapi dapat dikawal.
• Parlimen digantung, demokrasi terhenti dan kedukaan
daripada peristiwa itu dijadikan pengajaran.
• Mengambil pengiktibaran daripada peristiwa ini
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) digarab dalam
dasar besar Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) bagi
membetulkan ketaksamaan ekonomi yang wujud antara
kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan.
28
• Ia termasuk dalam Rancangan Jangka Panjang
Malaysia 1 yang mengambil tempoh selama 20
tahun bermula dengan Rancangan Malaysia
Kedua (1971-1975) hingga rancangan Malaysia
Keempat (1986-1990) dalam usaha mencapai
matlamat DEB. Rujuk jadual 4.3.
• Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, selain
tumpuan k-ekonomi, aspek yang ditekankan ialah
modal insan dan pendekatan Islam Hadhari
sebagai satu kerangka untuk meningkatkan kualiti
insan yang meliputi etnik Melayu dan semua rakyat
Malaysia.
29
• Apa yang pasti apabila memperkatakan tentang
ekonomi di Malaysia, aspek etnisiti tidak dapat
dipisahkan. Contoh: Dasar Ekonomi Baru di mana
kaedah dan matlamatnya menyentuh etnisiti.
• Ekonomi dan etnisiti di Malaysia umpama “aur
dengan tebing”

30
Dasar Ekonomi Baru
dan Hubungan Etnik
• Jikaditinjau dari segi sejarah, British menggalakkan
perkembangan masyarakat pluralistik melalui amalan “pecah
dan perintah”.
• British membawa masuk buruh dari Cina dan India untuk
kepentingan ekonomi mereka.
• Akibatnya, dasar ekonomi dan politik yang tidak seimbang
antara bandar dan luar bandar dan terdapat jurang ekonomi
antara etnik.

31
• Banci penduduk 1970 menunjukkan bahawa 49.3 %
drpd semua keluarga menerima pendapatan di
bawah garis kemiskinan.
• Daripada semua keluarga miskin, 86% berada di luar
bandar dan 14 % di kawasan bandar. Kadar
kemiskinan mengikut etnik seperti jadual 4.4.

32
Jadual Kemiskinan dan Pendapatan
Purata Mengikut Etnik Tahun 1970
• Keadaan kemiskinan berkait Kaum Kadar Pendapatan
rapat dengan kadar Kemiskinan Purata
pemilikan berdasarkan etnik (%) Keluarga
yang sangat tidak seimbang. Sebulan (RM)
• Ia akibat layanan dan Melayu 64.8 172.00
perhatian berbeza pihak Cina 26.0 394.00
penjajah.
India 39.2 304.00
• Lantaran itu, kadar pemilikan Lain-lain 44.8 813.00
modal saham Bumiputera
hanya mencecah 2.4 %
Sumber: Young, Bussink, dan Hassan,
berbanding kelompok bukan
Malaysia: Growth and Equity in a
bumiputera.
Multiracial Society, 1980: 104
33
Kadar Pemilikan Modal Saham dlm Syarikat
Berhad Berdasarkan Etnik 1970
Pemilikan Jum. Pemilikan Peratus
(RM Juta)
Bumiputera Perseorangan & Agensi 279.6 4.3
Amanah
a. Bumiputera Perseorangan 168.7 2.4
b. Agensi Amanah 110.9 1.7
Bukan Bumiputera 2233.2 34.0
Warganegara Asing 4051.3 61.7
Jumlah 6564.1 100.0
Sumber: Young, Bussink dan Hassan, Malaysia: Growth and Equity in a Multiracial
Society, 1980: 104
34
• Ketidakseimbangan juga berlaku dalam sektor
pekerjaan pada tahun 1970.- Penyebab kecemburuan
sosial yg mencetus 13 Mei 1969:
• Sektor Pertanian: Melayu 67.6 %, Cina 19.9 %, India
11.5% dan lain-lain 1%.
• Perlombongan: Cina 58.7 %, Melayu 32.1 %, India 8.5 %
dan lain-lain 0.7 %.
• Perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam,
pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam:
Melayu 42.6%, Cina 45.5%, India 10.7% dan lain-lain
1.2%.
35
Dasar Ekonomi Baru
• Kemiskinan juga punca ketidakpuasan hati rakyat.
• Bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi yang
berlaku, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru
bertujuan:
• Mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan
• Peluang-peluang ekonomi yang saksama
• Strategi :
• Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.
• Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi
36
DASAR EKONOMI BARU…
• Matlamat DEB :
• Membasmi kemiskinan
tanpa mengira kaum.
• Menyusun semula
masyarakat supaya tidak
wujud pengenalan kaum
mengikut sektor-sektor
ekonomi.

37
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
• Matlamat dan strategi DEB:
1. Membasmi kemiskinan
a. Membuka dan membangunkan kawasan tanah untuk golongan yang tidak
memiliki tanah oleh agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA.
b. Membina dan meningkatkan insfrastruktur di kawasan luar bandar.
c. Memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
latihan, kesihatan dan sebagainya.
d. Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan.

38
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
• Matlamat dan strategi DEB:
1. Menyusun semula masyarakat
a. Menyusun semula guna tenaga untuk mencerminkan komposis kaum yang seimbang.
b. Membentuk sesebuah masyarakt perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu
dan kaum bumipetera.
c. Menubuhkan agensi kerajaan seperti Bank Pembangunan, Permodalan Nasional Berhad dll
d. Memajukan negeri – agensi pembangunan wilayah seperti DARA, KEJORA,
KETENGAH, KESEDAR dll.
e. Membangunkan kawasan zon perindustrian di bandar dan menggalakkan migrasi dari luar
bandar ke bandar.
f. Pembukaan dan pembangunan bandar baru.

39
Jadual3.4: Pemilikan Modal Saham oleh Syarikat Berhad
di Semenanjung Malaysia (1969)

SYARIKAT BERGABUNG DI SEMENANJUNG


RM (‘000) PERATUS
MALAYSIA
Melayu dan kepentingan Melayu 70633 1.5
Cina 1064795 22.8
India 40983 0.9
Persekutuan dan Kerajaan 21430 0.5
Pencalonan syarikat 98885 2.1
Individu lain dan mengendalikan syarikat tempatan 470969 10.1
Jumlah pemilikan asing 2909845 62.1
40
Jumlah 4677540 100
Sumber: Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975
Jadual 3.5: Objektif dan Sasaran Dasar
Ekonomi Baru
1970 SASARAN (1990)
Kadar kemiskinan1
Keseluruhan 49.3 16.7
Luar bandar 58.7 23.0
Bandar 21.3 9.1
Pemilikan ekuiti korporat
Bumiputera 2.4 30.0
Bukan Bumiputera 34.3 40.0
Orang asing 63.3 30.0
Bumiputera dalam guna tenaga mengikut sektor ekonomi (peratus
daripada jumlah guna tenaga)
Primer 67.6 61.4
Kedua 30.8 51.9
Tertiari 37.9 48.4
Bumiputera dalam jenis pekerjaan mengikut kategori (peratus daripada
jumlah pekerjaan)
Profesional dan teknikal 47.2 50.0
Pengurusan dan pentadbiran 22.4 49.3
Perkeranian 33.4 47.9
Jualan 23.9 36.9
Pertanian 68.7 62.3
Pengeluaran 31.3 41
52.0
Perkhidmatan Nota: 1Semenanjung Malaysia sahaja
42.9 52.3
Sumber: Malaysia (1991)
PENCAPAIAN DASAR EKONOMI BARU
• DEB telah berjaya membawa perubahan dalam tempoh 20 tahun ia
dilaksanakan, iaitu ia berjaya mencapai perpaduan nasional melalui
falsafah pembangunan yang saksama.
• Kadar pertumbuhan ekonomi meningkat kepada 6.7%,
• kadar kemiskinan menurun drpd 42.4 % (1970) kepada 17.1% dan
• Hak milik modal saham bumiputera meningkat kepada 20.3% pada
tahun 1990 daripada 2.4% pada tahun 1970.
• Pendapatan isi rumah bumiputera meningkat dr RM172 ke RM940
• Umumnya, DEB berjaya membawa perubahan yang besar walaupun
dalam hal-hal tertentu tidak menampakkan perubahan yang ketara
seperti dari segi susunan guna tenaga, bilangan bumiputera dalam
sektor profesional dan pengurusan masih rendah.
42
RANGKA RANCANGAN JANGKA
PANJANG KEDUA (1991-2000)
• Dasar Pembangunan Nasional
• Meneruskan falsafah DEB
• Tempoh 10 tahun
• Langkah awal ke arah mencapai wawasan 2020 di samping mengekalkan
perpaduan
• Strategi basmi kemiskinan relatif (DEB – mutlak)
• Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT), kemudahan asas, peluang
ekonomi
• Mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB)
• Mempertingkatkan penglibatan sektor swasta
• Pembangunan sumber manusia

43
Wawasan 2020
• Pendekatan berasaskan faktor berikut:
• Fokus Nasional – wawasan utk semua rakyat utk mencapainya
• Konsensus Nasional – persetujuan ramai utk maju
• Perjanjian Sosiopolitik – panduan utk semua bergerak ke arah
negara maju
• Agenda Pembangunan Nasional – pengerak bagi perancangan
kerajaan menerusi rancangan lima tahun

44
 Sembilan cabaran Wawasan 2020

1. Membentuk sebuah negara yang bersatu padu

2. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya serta
yakin akan dirinya sendiri.

3. Dapat membentuk dan memperkembangkan sebuah negara demokrasi yang matang.

4. Membentuk masyarakat yang kukuh dari segi moral dan etika.

5. Membentuk masyarakat matang yang bersifat liberal dan bertoleransi.

6. Mewujudkan masyarakat yang memberi penekanan kepada sains, berdaya cipta serta
berpandangan jauh.

7. Membentuk sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang.

8. Menjamin terbentuknya masyarakat yang adil dari segi ekonomi

9.Membentuk masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi 45


persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.
46
RANGKA RANCANGAN JANGKA
PANJANG KETIGA (2001-2010)

Dasar Wawasan Negara


• Dilancar pada 3 April 2001
• Tujuan – membina negara yang berdaya tahan dgn
mengekalkan usaha membasmi kemiskinan dan
membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan

47
48
 Tujuh Teras Utama Dasar Wawasan Negara

1. Membina bangsa yang berdaya tahan dgn memupuk perpaduan,


patriotik
2 Mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian
kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan etnik dan wilayah
3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi dgn mengukuhkan institusi
kewangan

4. Mempertingkatkan daya saing bagi menghadapi globalisasi

5. Membangunkan ekonomi yang berasaskan pengetahuan

6. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia

7. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan


49
 Keutamaan RRJP3

1. Kemakmuran untuk semua sebagai teras pembangunan


negara

2. Tumpuan kepada ekonomi makro

3. Meneruskan usaha membasmi golongan miskin

4. Perlusan prasarana teknologi maklumat

5. Program khusus majukan usahawan 50


RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (RMK-
8)

• Hala tuju negara untuk memperbaiki taraf hidup rakyat dan menjadikan Malaysia negara berdaya
saing.
• Antara fokus RMK-8

1. Program pendidikan

2. Penekanan terhadap asas sumber manusia

3. Program basmi kemiskinan


51
52
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMK-
9)

• 5 Teras utama misi nasional

1. Meningkatkan nilai dalam ekonomi negara.

2. Meningkatkan keupayaan penyetahuan, kreativiti dan


inovasi negara serta memupuk minda keas pertama.
3. Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi
secara membina dan produktif.

4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup.

3. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan53


negara.
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN
(RMK-9)
• Cabaran-cabaran

1. Mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara.

2. Menekankan konsep pembangunan

3. Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi


secara membina dan produktif.

4. Mengenal pasti dan mengusaha hasil.

3. Memberi tumpuan khusus kepada pembangunan 54


sumber manusia.
55
56
57
58
59
MODENISASI
• MODENISASI merupakan istilah popular dalam konteks masyarakat dan
negara membangun.
MODENISASI
Suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat
yang harus ditempuh semua bangsa dan negara.

Perubahan ini berlaku sama ada secara terancang/berencana atau tidak terancang.

Perubahan Berencana
Proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian sebelum
ia dilaksanakan. Perubahan berencana juga disebut modenisasi atau pembangunan
60
Modenisasi
• Proses transformasi dalam aspek
kehidupan masyarakat dan negara
secara terancang dengan matlamat,
kaedah dan ukuran pencapaian
tertentu.

• Secara umum, terdapat dua aspek utama


modenisasi iaitu: pembangunan ekonomi dan
pembangunan politik.
• Pemodenan dikaitkan dengan pembaratan kerana
berakar umbi di Eropah Barat: Revolusi Perancis &
Perindustrian.
61
NEGARA INDUSTRI & MODEN
– Mencapai Kemakmuran
Matlamat – kejar kehidupan maju, moden
Kaedah/Cara – Bangunkan S&T, kuasai alam & berusaha kumpul harta

Falsafah Evolusi Teori Perubahan –


Praktikal Kemajuan Eropah (S&T) –
Drpd Tidak bertamadun kpd
Bawa kesan Terhadap alam
moden

Revolusi Perancis-Feudalisme
Revolusi Perindustrian  UKURAN:
 Kadar
pertumbuhan
ekonomi
MODENISASI DI EROPAH  KDNK
62
63
PEMODENAN VS PEMBARATAN

• Suatu proses perubahan


dalam semua aspek
PEMODENAN kehidupan melalui proses
perencanaan, pelaksanaan
dan penilaian.

• Suatu proses peniruan gaya


hidup Eropah Barat yang
PEMBARATAN tidak disertai oleh suatu
usaha perubahan secara
berencana.
64
PEMBANGUNAN & PERTUMBUHAN
PEMBANGUNAN EKONOMI M PERTUMBUHAN EKONOMI
A
• Satu proses yang menyebabkan T • Usaha-usaha dan pencapaian yang
sesuatu negara miskin menjadi L telah diperolehi oleh sesebuah
kaya. negara dan menjadi prasyarat
A kepada pembangunan ekonomi
• Kadang kala negara kaya menjadi
bertambah kaya. M dalam usaha untuk membentuk
A identiti sesebuah negara dari
T perspektif ekonomi.

 Untuk memperbaiki taraf hidup dan melibatkan keadaan dan syarat


memperbaiki perkembangan masyarakat.
 Maka, pembangunan ekonomi tidak seharusnya melihat kpd pendapatan
perkapita sahaja, tetapi perlu merangkumi kualiti hidup, peluang
65
pekerjaan, kebajikan penduduk, alam sekitar dll.
PEMBANGUNAN EKONOMI: MATLAMAT,
KAEDAH, UKURAN DAN PENCAPAIAN
KAEDAH & PROSES MEMBANGUN EKONOMI
1)
Pembangunan
Teknologi
SASARAN/MATLAMAT:
Mencapai kemajuan dengan
mewujudkan MASYARAKAT 4) 2) Pembangunan
Urbanisasi Pertanian
INDUSTRI
UKURAN
PENCAPAIAN
3)
KDNK /Gross National Product Industrialisasi
66
KAEDAH & PROSES MEMBANGUN EKONOMI

• Pembangunan Teknologi:
pengetahuan dan teknik tradisional
diketepikan bagi memberi laluan
kepada penerapan ilmu saintifik dan
teknik canggih dan terkini.

•Ilmu •Ilmu
TRADISIONAL pengetahuan TERKINI saintifik
•Teknologi •Teknologi

67
KAEDAH & PROSES MEMBANGUN EKONOMI…

• Pembangunan Pertanian: kegiatan


pertanian sara diri diubah kepada
pertanian komersial.

Pertanian Sara Diri Pertanian Komersial

68
KAEDAH & PROSES MEMBANGUN EKONOMI…

Industrialisasi:
• Proses produksi yang dilakukan secara besar-besaran dengan
menggunakan teknologi canggih di kilang-kilang.

Urbanisasi:
• Proses perpindahan penduduk ke bandar, pemusatan penduduk
di bandar dan perubahan kepada gaya hidup bandar.
• Ia penting dalam konteks penyediaan buruh/pekerja industri
bagi melancarkan industrialisasi.

69
• Umumnya, ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi
adalah berdasarkan kepada ukuran pertumbuhan ekonomi
seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
• Pada masa yang sama pembangunan ekonomi juga
membawa perubahan kepada perubahan sosial yang
menyeluruh daripada kehidupan yang daif kepada maju.
• Perubahan ini dilihat melalui aspek pekerjaan (daripada
sektor desa kepada industri) dan dalam aspek kehidupan
(desa ke bandar).

70
EKONOMI ISLAM DALAM EKONOMI ARUS
PERDANA MALAYSIA
• Menjelang 1970-an, isu perlunya sistem ekonomi Islam dibincangkan.
• Kerajaan kemudiannya mewartakan Akta Bank Islam 1983: sistem
perbankan dan insuran Islam mula bertapak.
• Kini sistem ini mendapat sambutan masyarakat Islam, bukan Islam
malahan syarikat perbankan antarabangsa berminat menawarkan
sistem perbankan dan takaful Islam
• Perbankan Islam di Malaysia dipengaruhi perkembangan luar negara.
• Idea penubuhan bank Islam bertitik tolak daripada penubuhan Bank
Islam yang pertama dunia iaitu Dubai Islamic Bank Di Dubai, U.A.E dan
Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975.
71
• Rentetan itu, beberapa negara mengorak langkah penubuhkan institusi
kewangan Islam antara tahun (1976 -1985).
• Sudan, Pakistan dan Iran telah menukar sistem konvensional kpd Islam diikuti
Malaysia.
• Gesaan itu berasas kerana melihat kejayaan Lembaga Urusan Tabung Haji
sebagai institusi simpanan Islam.
• Langkah yang dilakukan kerajaan:
• Mewartakan Akta Bank Islam 1983 dan Akta Pelaburan Kerajaan 1983.
• Penubuhan Bank Islam Malaysia.

• Sambutan positif masyarakat membawa kepada pembentukan pasaran


kewangan berasaskan prinsip Islam dan pengantara-pangantara
kewangan lain iaitu syarikat takaful, pasaran Modal Islam, Ekuiti Modal Islam,
Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam, Association of Islamic Banking
Institution in Malaysia (AIBIM) dan Islamic Banking and Finance Institute
72
Malaysia (IBFIM).
• Syarikat takaful kemudian ditubuhkan dan dikawal oleh Akta Takaful
1984.
• Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) merupakan syarikat takaful
pertama di Malaysia. Takaful Nasional Sebdirian Berhad- syarikat
kedua.
• Takaful keluarga dan am kian pesat pertumbuhan tahunan
sebanyak 68 % (1986-2000) jumlah perolehan takaful keluarga dan
am adalah antara RM2juta (1986) dan RM2 bilion (2000)
• Secara umum, perbankan Islam juga penyumbang ekonomi negara
dan sebagai satu tuntutan dalam memenuhi keperluan umat Islam
di Malaysia
73
Dasar Penswastaan dalam
Konteks Hubungan Etnik
• Konsep penswastaan bermaksud pemindahan perkhidmatan,
kepentingan atau perusahaan yang tertentu kepada sektor
swasta.
• Penswastaan bertentangan dengan konsep pemiliknegaraan
(nationalisation) iaitu suatu proses yang menambahkan pemilikan
dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi.

74
DASAR PENSWASTAAN NEGARA

• Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1983 oleh Tun


Dr. Mahathir yang bertujuan:
• Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran
kerajaan,
• Meningkatkan persaingan, memperbaik kecekapan dan
menambah produktiviti kerja,
• Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian,
• Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam, dan
• Mempercepatkan pencapaian matlamat DEB.
75
Dasar Penswastaan Negara
• Rasional Dasar Penswastaan ialah bagi mewujudkan
pengurusan sesebuah perusahaan yang lebih cekap setelah
mengambilalihan oleh pihak swasta.
• Sektor awam bukan sahaja terlibat dalam penyediaan dan
penentuan dasar awam tetapi turut menyediakan
perkhidmatan aktiviti ekonomi dan perdagangan. Tambahan
pula perbelanjaan sektor awam meningkat daripada 28%
pada tahun 1975 kepada 36 % pada tahun 1982
• Dengan itu penswastaan diharap dapat meningkatkan
prestasi ekonomi dan perkhidmatan dalam negara yang
secara langsung dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi
negara.

76
• Dalam konteks hubungan etnik tujuan yang kelima cukup
penting kerana:
• Melalui dasar ini ia boleh menggalakkan lebih banyak penyertaan
syarikat swasta Bumiputera untuk terlibat dalam industri

• Perpindahan hak milik negara kepada swasta menunjukkan


hasil yang positif sebagaimana digariskan. Oleh itu tidak timbul
dasar ini boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan
pendapatan yang tidak sama rata

77
Dasar Penswastaan Negara
• Di antara beberapa buah badan atau sektor yang
telah diswastakan menerusi dasar ini:
• Perhubungan seperti Telekom dan televisyen, pelabuhan,
pembinaan jalan, penerbangan dan perkapalan.
• Perkhidmatan pos kepada Pos Malaysia, elektrik kepada
Tenaga Nasional, hospital dan sebagainya.
• Penjualan ekuiti kerajaan melalui pemindahan tanggungjawab
pengurusan, aset dan kakitangan.
• Pajakan – memindahan aset untuk tempoh tertentu.
• Kontrak pengurusan – penggunaan kepakaran pengurusan
sektor swasta bagi mengurus entiti kerajaan.
• Konsesi, khususnya kemudahan awam seperti bekalan air dan
jalan. 78
79
Industri Automobil Nasional dan
Penglibatan Etnik
• Program Industri Automobil Nasional telah dimulakan oleh
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan
penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad
(PROTON) pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar
sebanyak RM150 juta secara usahasama dengan syarikat
permotoran Jepun, Mitsubishi.

• Ia selaras dengan Dasar Pandang Ketimur bagi mencapai


matlamat pemindahan teknologi moden dan sebahagian
drpd Rancangan Perindustrian Negara
80
Industri Automobil Nasional dan
Penglibatan Etnik

• PROTON kemudian menjadi pengeluar kereta pertama negara.


• Penubuhannya bertujuan untuk mencapai aspirasi negara
menuju ke arah perindustrian.
• Pemegang saham utama: HICOM 70%, Mitsibushi Motors Corp.
Japan 15%, Mitsibushi Corp. Japan 15%.

81
Industri Automobil Nasional dan
Penglibatan EtniK
• Bagi memastikan kejayaan program industri automotif
nasional kerajaan mengambil langkah melindungi industri ini
dengan mekanisme duti eksais.

• Kerajaan juga mengumumkan Dasar Automotif Negara bagi


menghadapi cabaran liberalisasi ekonomi dan persaingan
global.

• Tujuan utama dasar ini bagi merangsang pertumbuhan nilai


ekonomi yang mapan sehingga dapat memaksimumkan
sumbangan sektor automotif terhadap ekonomi negara selain
memberi manfaat kepada pengguna
82
Industri Automobil Nasional dan
Penglibatan Etnik
• Matlamat utama dasar ini:
• Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif tempatan,
khususnya bagi syarikat pengeluar kereta nasional.
• Menjadikan Malaysia sebagai hub automotif serantau.
• Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi domestik.
• Meningkatkan jumlah eksport kenderaan, komponen dan alat
ganti kepasaran antarabangsa.
• Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor automotif
tempatan.
• Untuk memelihara kepentingan pengguna daripada segi nilai
wang, keselamatan dan lualiti produk serta perkhidmatan.
83
Industri Automobil Nasional dan
Penglibatan Etnik
• Apa yang jelas dasar ini menggalakkan penglibatan Bumiputera
dalam industri automotif.
• Setakat ini ia sangat memberangsangkan berasaskan pencapaian
PROTON:
• Terdapat 24 pemegang francais dan 350 pembuat komponen kenderaan
• > 250 syarikat vendor diwujudkan melalui Proton
• Pelaburannya mencecah RM8 bilion dlm pasaran tempatan dan
menggaji 9,500 orang
• Dianggarkan 1000,000 peluang pekerjaan

• Rumusannya, dapat dikatakan sektor automotif menjadi wadah kepada


84
penglibatan Bumiputera yang lebih luas dalam sektor industri.
• Pembangunan merupakan aspek yang sangat penting
dalam menilai kemajuan bagi sesebuah bangsa dan
Negara. Namun pembangunan harus dilihat dari aspek
yang menyeluruh dalam konteks pembangunan sosio-
ekonomi, politik dan peningkatan nilai dan kemanusiaan.

• Sesuatu pembangunan memerlukan dasar yang


merupakan asas atau tapak, panduan dan falsafah serta
peraturan mengenai cara mencapai matlamat tersebut.

85
• Pada peringkat awal, pembangunan lebih berbentuk
pembangunan ekonomi.
• Indikator pembangunan - Pertambahan dalam Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pertambahan dalam
pendapatan per kápita.
• Membincang beberapa dasar penting:
• DEB, DPN, DWN
• Fasa-fasa Pembangunan
86
• Umumnya, ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi
adalah berdasarkan kepada ukuran pertumbuhan ekonomi
seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
• Pada masa yang sama pembangunan ekonomi juga
membawa perubahan kepada perubahan sosial yang
menyeluruh daripada kehidupan yang daif kepada maju.
• Perubahan ini dilihat melalui aspek pekerjaan (daripada
sektor desa kepada industri) dan dalam aspek kehidupan
(desa ke bandar).

87
ISU DAN CABARAN
• Pertumbuhan dan Agihan
• Isu agihan kekayaan dan pendapatan merupakan isu yang tidak
boleh dielakkan apabila memperkata tentang ekonomi.
• Di Malaysia, isu agihan pendapatan dilihat dari dua sudut:
• Antara kelas sosial yang berbeza: atasan, menengah dan
bawahan
• Antara kelompok etnik yang berbeza: Melayu, Cina, India dan
lain-lain.

• Dasar ini cuba diatasi dengan Dasar Ekonomi Baru, namun ia tidak
bermakna sumbangan etnik lain tidak diakui sepertimana
kenyataan beberapa laporan pemerintah (spt, TunHussein 88Onn- PM
ke-3,) yang memperakuinya.
Peranan masyarakat Cina…
• Cina berperanan mengembang dan
memesatkan ekonomi Malaysia.
• Hal ini diakui sejak awal kedatangan imigran
Cina. Sir Francis berkata pada tahun 1974
bahawa orang Cina adalah:
• Aset terpenting kerana ketekunan mereka
serta kebolehan menguasai pelbagai
bidang.
• Merupakan penduduk yang dapat
menjana pendapatan tanpa perbelanjaan
dan usaha luar biasa kerajaan British.

89
• Kebolehan mereka mantap membolehkan mereka menguasai
ekonomi negara.
• Orang Cina menyumbang pendapatan negara. Menurut Tun
Mahathir, masyarakat Cina ialah pembayar cukai tertinggi di
Malaysia.

90
Peranan
• Dari sudut masyarakat
lain, masyarakat India
India…
menyumbangkan tenaga mereka dalam
pembangunan negara.
• Sumbangan mereka dalam sektor:
• Perladangan spt getah dan kelapa sawit
penting dalam memajukan negara. Dan telah
sekian lama negara bergantung kepada
sektor pertanian sebagai sumber pendapatan
utama.
• Penyediaan prasarana: membina jalan raya
dan kereta api bagi membina jaringan
perhubungan pusat ekonomi spt lombong dan
ladang.
91
• Selain itu, ramai di kalangan
masyarakat India berkhidmat dalam
bidang profesional spt: doktor,
peguam dan pentadbir. Malaysian businessman T. Ananda
Krishnan is seen in this picture dated 2001.
Forbes estimated Ananda's personal
wealth at $1 billion. Locally, also known as
AK, is one of the 10 richest men in
• Usaha pihak kerajaan lebih menjurus Malaysia.
kepada pengagihan yang sama rata baik
dari segi identifikasi pekerjaan mahupun
membasmi kemiskinan.

92
Globalisasi, Ekonomi Malaysia dan
Hubungan
• Proses perindustrian yang mengambilEtnik
masa berabad-abad lamanya
di Barat tetapi cuba dicapai dalam masa yang singkat di Asia.
• Pada dasarnya kejayaan ekonomi Asia pada tahun 1980-an dan
1990-an dipengaruhi oleh proses globalisasi dan ditandai dengan
aliran masuk modal asing serta perlaksanaan dasar liberalisasi
kewangan.
• Akibat aliran masuk modal asing, menyebabkan Asia termasuk
Malaysia mengalami krisis ekonomi 1985-86 dan pada tahun 1997-
98.
• Ia memberi tamparan hebat kepada syarikat besar, sederhana dan
kecil.

93
Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-
98:
• Dampak krisis ekonomi ini membawa implikasi kepada Usahawan
Melayu dan Bukan Melayu.
• Syarikat milik bukan Melayu mampu bertahan kerana pengalaman
yang lama dan luas tetapi sebaliknya syarikat milik Melayu yang
kebanyakkannya lahir daripada DEB dan Dasar Penswastaan
terpaksa berhempas pulas.
• Pertengahan 1998: lebih 25,000 syarikat industri kecil dan
sederhana mengalami masalah dan 191 syarikat yang majoriti
sahamnya milik Melayu telah muflis.

94
• Apa yang jelas, proses globalisasi yang menyebabkan krisis ekonomi di
Malaysia pada tahun 1980-an dan 1990-an bukan proses yang berlangsung
yang mengambilkira faktor etnik bahkan ia adalah faktor logik ekonomi dan
peredaran modal.
• Pihak yang mendapat manfaat adalah pihak yang bermodal.
• Sebab Usahawan Melayu gagal menghadapi krisis ekonomi & muflis:
• Tidak berkemampuan mantap dalam dunia perniagaan.
• Masih baharu dalam perniagaan
• Tiada modal yang mencukupi.

• Oleh itu, kerajaan melaksanakan perkongsian bijak dengan gabungan


modal, pengalaman dan kemahiran antara Bumiputera dan bukan
Bumiputera bagi memacu hubungan harmonis antara etnik 95
KESIMPULAN
• Islam merupakan agama yang cukup sempurna dari semua segi. Sistem ekonomi
Islam merangkumi semua aspek dan merupakan satu pilihan alternatif bagi
memajukan sistem ekonomi negara.

• Sistem ekonomi Islam adalah berbeza daripada sistem ekonomi kapitalis yang
dianjurkan oleh Barat. Sistem ekonomi Islam menekankan aspek tauhid dan secara
tidak langsung sistem ekonomi Islam akan melahirkan masyarakat yang mempunyai
nilai-nilai murni. Contohnya, memberi zakat adalah bertujuan membantu orang
Islam lain yang tidak berkemampuan.

• Ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi Islam merupakan sebahagian cara hidup
Islam yang menyeluruh dan melengkapi aspek rohani dan juga jasmani.

96
• Pembangunan ekonomi negara dilaksanakan bertujuan untuk
mencapai kesejahteraan negara di mana rakyat tanpa mengira kaum
dapat bersama-sama menikmati kehidupan yang lebih sempurna.
• Ekonomi yang dahulunya berasaskan kepada pertanian telah
berubah kepada ekonomi yang berorientasikan industri eksport dan
k-ekonomi.
• Kadar pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan telah
memberi kesan positif dalam konteks hubungan etnik.
• Dalam kehidupan seharian, proses urbanisasi seiring dengan proses
pembangunan ekonomi telah menyebabkan proses perpaduan terus
berlangsung.
97
• Rakyat berbilang etnik kini berinteraksi sama ada di tempat kerja
atau di tempat tinggal.

• Ekonomi dan etnisiti ialah dua perkara yang saling mempengaruhi


dan saling menentukan antara satu dengan lain umpama dua
permukaan duit siling.

• Suatu perencanaan, strategi dan pelaksanaan dasar ekonomi tidak


dapat dipisahkan daripada aspek etnisiti kerana kaitannya dengan
isu penyamarataan kekayaan ekonomi.
98
• Aspek ekonomi dan etnisiti tidak dapat dipisahkan.
• Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang
positif adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia.
• Kesan positif pembangunan ekonomi Malaysia dalam konteks
hubungan etnik:
• kemiskinan tanpa mengira etnik.
• penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara etnik adalah seimbang

99
KONSEP MODENISASI, MATLAMAT, KAEDAH, UKURAN
PEMBANGUNAN & PERTUMBUHAN PENCAPAIAN
EKONOMI

PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN


ETNIK DI MALAYSIA

RINGKASAN PERKEMBANGAN PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN


EKONOMI MALAYSIA EKONOMI HINGGA KINI
DEB RRJP 2 & 3
ERA PRA-PENJAJAH
DPN
ERA PENJAJAH WAWASAN 2020
EKONOMI ISLAM D. WAWASAN
ERA SELEPAS MERDEKA NEGARA
RANCANGAN 5 TAHUN
Soalan:
• Jelaskan konsep pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik.
• Bincangkan proses pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik.
• Nyatakan kepentingan pembangunan ekonomi terhadap usaha-usaha ke arah
perpaduan nasional.
• Sejauh manakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya merapatkan jurang ekonomi
antara masyarakat berbilang etnik di Malaysia?
• Dasar Ekonomi Baru (DEB) membawa kepada limpahan kemakmuran. Bahaskan.
• Model Ekonomi Baru (MEB) bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara
berpendapatan tinggi. Bincangkan langkah-langkah ke arah menjayakan objektif
model tersebut.
10
1
Sekian
Terima Kasih
10
2

You might also like