You are on page 1of 36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512

FAKULTY BUSINESS & MANAGEMENT


________________________________________________________________________

BBPW3103
FINANCIAL MANAGEMENT I
JANUARY 2013

_______________________________________________________________________

NAMA : RUBIYA BT KARIM

NO. MATRIK : 800760720512

KAD PENGENALAN : 800760720512

NO. TELEFON : 014 8701089

E-MAIL : biya_ru@yahoo.com

NAMA PENSYARAH : FREDERICK CHONG

EMAIL : fredct@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

1
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

BBPW3103
FINANCIAL MANAGEMENT I
JANUARY 2013
_________________________________________________________________________

PURPOSE

The purpose of this assignment is to enhance leaners’ ability to evaluate companies’


efficiency in managing their assets and debts.

TUJUAN
Tujuan tugasan ini adalah untuk meningkatkan kebolehan untuk menilai syarikat leaners
kecekapan dalam mengurus aset dan hutang mereka.

REQUIREMENT
Select any 2 listed companies of Bursa Malaysia from the Trading / Services sector and
evaluate the companies’ asset management and leverage ratios using their financial statements
for year 2011.

KEPERLUAN
Pilih mana-mana 2 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dari sektor Perdagangan /
Perkhidmatan dan menilai pengurusan aset syarikat dan nisbah leverage menggunakan
penyata kewangan mereka bagi tahun 2011.

1.0 PENGENALAN

Banyak faktor yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Selain strategi yang ampuh dan
pasaran yang luas, pengurusan kewangan yang mantap serta menguasai rantai bekalan
merupakan faktor terpenting yang mesti dikuasai oleh ahli perniagaan. Kita lihat ramai ahli
perniagaan tidak mampu untuk lebih maju ke hadapan jika tidak dapat menguasai kekuatan
ini.

Pengurusan kewangan yang lemah menyebabkan ramai ahli perniagaan kecundang ketika
krisis ekonomi Asia 1997/1998 melanda negara kita. Ketika itu, ramai yang terjebak dengan
gejala hutang. Perniagaan tidak mampu bertahan jika menanggung hutang terlalu tinggi.
Sebesar-besar sesebuah perniagaan akhirnya akan muflis juga jika tidak mengamalkan
pengurusan kewangan yang mantap dan berhemah. Lebih baik sebuah perniagaan yang tidak
terlalu besar, tetapi hutangnya sedikit kerana mengamalkan pengurusan kewangan yang
bagus.

2
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

Ketika zaman krisis ekonomi Asia 1997/1998, banyak syarikat di negara kita yang melingkup
dengan bebanan hutang yang cukup besar dan ada di antaranya melibatkan nama-nama hebat
syarikat senaraian awam. Tidak kurang juga, banyak syarikat yang telah diambil alih oleh
syarikat-syarikat lain dan telah berjaya distrukturkan semula. Ketika itu, Bursa Malaysia
meletakkan syarikat-syarikat senaraian awam yang mengalami masalah kewangan yang teruk
sebagai syarikat Nota Amalan 4 (PN4). Ada lebih kurang 100 syarikat PN4 berbanding
keseluruhan syarikat senaraian awam berjumlah hampir 900 syarikat.

Bermakna, lebih 10 peratus syarikat senaraian awam mengalami masalah kewangan yang
amat teruk ketika itu. Bayangkan syarikat-syarikat ini mempunyai modal awal yang negatif!
Aset-aset tetap kesemuanya ditukar menjadi aset semasa. Jadi, tidak usahlah bertanya berapa
banyakkah modal akhir mereka jika modal awal pun negatif dan aset tetap sudah tiada! Itu
belum dikira lagi hutang mereka. Tetapi dalam keadaan banyak syarikat yang mengalami
masalah kewangan yang teruk ketika itu, ada juga syarikat yang mencatatkan kedudukan
kewangan kukuh.

Proton umpamanya mempunyai tunai yang cukup tinggi sebanyak RM4 bilion. Kecairan tunai
Proton yang amat tinggi ini menyebabkan Proton sentiasa diintai oleh syarikat-syarikat
automotif luar negara untuk diambil alih atau sekurang-kurangnya dijadikan rakan strategik.
Disebabkan mempunyai tunai yang cukup tinggi jugalah, Proton mampu membina kilangnya
sendiri di Tanjung Malim tanpa memerlukan bantuan kewangan dari mana-mana pihak.

Ini kita bercakap mengenai syarikat-syarikat besar. Bagaimana pula perniagaan kecil-kecilan
seperti kedai runcit? Kedai runcit sebenarnya lebih memerlukan ketelitian dalam memastikan
wang masuk dan wang keluar dicatat kerana margin keuntungan bagi setiap jualan amatlah
sedikit. Margin keuntungan yang sedikit inilah menyebabkan betapa pentingnya mengurus
kewangan agar rekod kewangan dapat dijejaki. Jangan ambil mudah bagi setiap transaksi
jualan kerana setiap kealpaan pemantauan catatan aliran tunai akan menyebabkan perniagaan
terjebak dengan masalah kewangan.

Warren Buffet yang merupakan orang kedua terkaya di dunia dan tokoh pelaburan terkemuka
di dunia meletakkan faktor pengurusan kewangan yang bagus menentukan kejayaan sesuatu
perniagaan. Umpamanya, beliau banyak menasihati ahli-ahli perniagaan agar menjauhi
budaya berhutang. Lebih baik menggunakan dana sendiri dengan mengumpul modal bagi

3
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

memperkembangkan perniagaan berbanding berhutang. Tidak salah bermula dari bawah


dengan mengumpul modal berbanding ingin cepat kaya dengan berhutang di sana dan sini.

Selain itu, ahli perniagaan mestilah menguasai rantaian bekalan. Penguasaan rantaian bekalan
yang lebih meluas melibatkan ramai ahli perniagaan menyebabkan tiada siapa yang
memonopoli perniagaan. Kita selalu menyalahkan peniaga-peniaga kecil yang menaikkan
harga sesuatu barangan dan perkhidmatan, sedangkan punca utamanya adalah harga ini
dinaikkan oleh segelintir golongan yang memonopoli dan menguasai rantaian bekalan. Apa
yang mampu dilakukan oleh peniaga-peniaga kecil kecuali menaikkan harga barangan
mereka? Golongan yang memonopoli perniagaan ini mendapat 'durian runtuh' dengan
menjana keuntungan yang berlipat kali ganda.

Peniaga-peniaga kecil ini pula amat bergantung kepada barangan yang dibekalkan oleh
golongan monopoli ini. Maka, mahu tidak mahu, mereka terpaksa mengikut telunjuk 'kuasa'
monopoli ini. Seringkali mereka menggunakan kuasa kartel mereka sebaik mungkin dalam
menentukan harga sesuatu barangan. Inilah contoh bagaimana mereka bermaharajalela
dengan menguasai rantaian bekalan yang mengikut acuan kapitalis yang sememangnya tidak
baik untuk ekonomi rakyat.

Jadi, bagi memastikan ahli-ahli perniagaan yang lain juga memperoleh kejayaan, kerajaan
seharusnya memecahkan penguasaan mereka. Lesen-lesen mengimport perlu diperluaskan
lagi kepada ahli-ahli perniagaan yang lain agar berlaku satu persaingan yang lebih baik
berbanding hanya tertumpu pada kuasa 'kartel' yang dimomok-momok sebagai cara
perniagaan yang betul berteraskan persaingan terbuka.

Penguasaan merekalah yang sering menjadi faktor utama yang membelenggu kos sara hidup
rakyat. Jika dipecahkan penguasaan mereka, mereka tidak mampu menaikkan harga
sewenang-wenangnya. Sudah pasti kebaikannya dinikmati oleh rakyat jelata yang juga sering
memikirkan wang keluar dan masuk mereka saban hari.

2.0 PENGURUSAN KEWANGAN SYARIKAT DAN ORGANISASI

Pengurusan Kewangan bukan sahaja meliputi segmen individu malah ia juga perlu
digunapakai oleh perusahaan perniagaan. Bagaimana untuk melakukannya? Sebenarnya
pengurusan kekayaan adalah kaedah yang digunakan untuk mengurus dana sedia ada dan
4
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

lebihan dana bagi mencapai matlamat kewangan yang ingin dicapai. Contoh yang boleh
digunakan ialah modal syarikat dilaburkan di dalam sesuatu ke dalam satu instrumen
pelaburan untuk mendapat keuntungan dan di masa yang sama risiko yang terlibat adalah
terkawal dan minima. Kekayaan boleh didefinisikan sebagai lebihan atau aset bersih
individu/syarikat sesudah ditolak liabiliti dan hutang.

2.1 Program Pengurusan Kewangan yang dicadangkan

Kebanyakan syarikat menguruskan aset mereka melalui instrumen insuran/takaful dan


pelaburan. Rancangan pengurusan aset yang komprehensif sepatutnya merangkumi kaedah
untuk mengekal, mengembang dan mengagihkan aset meliputi program berikut:

1. Perancangan hutang/aliran tunai untuk memastikan penggunaan kredit yang efisyen


untuk perniagaan.
2. Perancangan dan pengurusan pelaburan untuk mengembangkan modal dan mendapat
pulangan yang berpatutan
3. Perancangan insuran/takaful bagi perlindungan perniagaan(contoh: kebakaran,
kecurian, dan perlindungan pekerja utama/keyman) dan perlindungan hayat peribadi
(kematian, kurang upaya, penyakit kritikal, kad perubatan dan lain-lain)
4. Perancangan cukai untuk mengurangkan aliran tunai keluar yang berlebihan dan aliran
tunai yang efisyen.
5. Perancangan persaraan dan kebajikan pekerja untuk mengekalkan pekerja-pekerja
utama di dalam syarikat
6. Perancangan penggantian modal dan memastikan syarikat beroperasi apabila pemilik
perniagaan meninggalkan syarikat.
7. Perancangan harta untuk memastikan pemindahan kekayaan kepada pengganti atau
benefisiari.

2.2. Pengurusan Aset, Hutang dan Kewangan

Kewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Mengurus kewangan pula
melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi
mencapai matlamat firma atau individu. Pengenalan Konsep Pengurusan Kewangan pada
zaman dahulu kala, kita dapat menukarkan batu-batu yang cantik dan berseni seperti nilam
dan zamrud dengan barang-barang yang diperlukan. Selepas itu, muncul pula zaman di mana
manusia menggunakan cengkerang-cengkerang siput sebagai medium pertukaran. Akhirnya,

5
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

zaman yang lebih maju melahirkan mata wang yang diterima umum dalam bentuk logam
seperti wang syiling dan juga wang kertas sebagaimana yang ada pada hari ini.

Melangkah setapak lagi ke hadapan, manusia mula menggunakan kad-kad pintar sebagai
pengganti kepada wang yang bersifat fizikal. Evolusi ini juga melahirkan beberapa cabang
ilmu sains sosial yang sangat berguna dalam kehidupan manusia sehingga ke hari ini seperti
ilmu perakaunan, ekonomi, kewangan dan matematik. Apa Itu Kewangan Pada zaman
sekarang, setiap organisasi sama ada pihak kerajaan mahupun firma swasta memerlukan wang
untuk beroperasi. Ini termasuklah organisasi yang tidak bermatlamatkan keuntungan (non-
profit organization) yang menjalankan aktiviti kebajikan.

Dalam erti kata lain, wang digunakan dalam setiap aktiviti harian yang kita lakukan. Semua
manusia yang normal memerlukan wang bagi meneruskan kehidupan mereka dengan lebih
selesa. Kerana itu kita dapat lihat di sekeliling kita ada sesetengah pihak yang terperangkap
dengan hutang kad kredit dan hutang-hutang lain yang bertimbun. Tidak kurang pula yang
terpaksa diisytiharkan muflis akibat masalah kewangan. Begitu juga dengan firma-firma
perniagaan yang terpaksa gulung tikar akibat masalah kewangan yang teruk.

Oleh kerana itu ilmu kewangan ini harus dipelajari dan difahami oleh setiap individu tidak
kira sama ada mereka adalah seorang pegawai, petani, suri rumah mahupun para penganggur.
Kewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Mengurus kewangan pula
melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi
mencapai matlamat firma atau individu. Umpamanya, apabila firma ingin meningkatkan
untung bersih, maka para pengurus perlulah berusaha meminimumkan kos dan
memaksimumkan hasil.

Ini dicapai menerusi integrasi dan usaha secara kolektif daripada kesemua jabatan dan
bahagian yang ada dalam sesebuah organisasi. Daripada kenyataan tersebut, suatu lagi
rumusan dapat diberikan iaitu, mengurus kewangan bukan hanya melibatkan kakitangan
Jabatan Kewangan dan Akaun sahaja, malahan ianya memerlukan kerjasama kesemua
bahagian dalam organisasi. Secara umum, bidang kewangan mempunyai tiga cabang disiplin
yang besar dan ianya menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada para graduan dan
masyarakat.

Bidang-bidang yang dimaksudkan ialah pelaburan, pengurusan kewangan korporat dan juga
pengurusan risiko dan insurans. Pelaburan Bidang pelaburan adalah cabang disiplin kewangan

6
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

yang popular di Malaysia. Banyak pihak yang terlibat dalam aktiviti pelaburan seperti para
pelabur di Bursa Saham Kuala Lumpur, penganalisis pasaran saham, kakitangan bank yang
menguruskan hal-hal berkaitan pinjaman pembelian saham, pengurus-pengurus dana saham
amanah dan sebagainya. Para graduan daripada pelbagai bidang terutamanya bidang
kewangan sering diambil bekerja dengan syarikat-syarikat broker saham, syarikat pengurusan
saham amanah dan bank-bank saudagar yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal
berkaitan pelaburan.

Mereka yang memilih bekerja di syarikat insurans juga terlibat dalam tugas-tugas melabur
premium insurans yang diterima ke dalam portfolio-portfolio pelaburan yang menguntungkan.
Golongan yang berminat menjadi perunding kewangan juga, pada ketika ini memerlukan
pengetahuan luas dalam bidang pelaburan. Ini jelas menerusi silibus yang diperkenalkan
dalam peperiksaan CFP atau Certified Financial Planners. Pengurusan Kewangan Korporat
Bidang ini melibatkan penyertaan kakitangan organisasi secara menyeluruh dan paling
banyak menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan di dalam bidang kewangan. Hal ini
berlaku disebabkan keperluan kepada pengurusan kewangan korporat dalam setiap organisasi.

Antara tugas yang dilakukan dalam bidang ini ialah pembuatan keputusan berhubung;

• Keputusan pelaburan syarikat.

• Strategi syarikat supaya memperoleh dana bagi memenuhi keperluan


pengembangan perniagaan.

• Keputusan penerbitan saham baru di pasaran dan sekuriti-sekuriti hutang yang lain.

• Keputusan pembiayaan hutang jangka panjang dan jangka pendek.

Selain keputusan-keputusan strategik di atas, para pengurus syarikat juga akan terlibat dalam
pembuatan keputusan rutin syarikat seperti:

• Pembayaran dan penerimaan tunai harian.

• Pemberian kredit kepada pelanggan.

• Merancang perbelanjaan pengiklanan dan promosi.

• Penentuan ganjaran kepada pengurus dan kakitangan.

7
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

Pengurusan Risiko dan Insurans, satu lagi cabang ilmu kewangan yang semakin popular ialah
pengurusan risiko dan insurans. Pengurusan risiko dan insurans melibatkan proses mengukur
tahap risiko serta pendedahan risiko yang akan dialami oleh sesebuah perniagaan dan juga
kakitangan mereka. Sebelum ini, tugas tersebut lebih cenderung diserahkan kepada syarikat
insurans supaya dilaksanakan. Walau bagaimanapun, pada masa kini terdapat syarikat-
syarikat yang cuba mengurus risiko secara sendiri. Antara tugas yang perlu dilakukan oleh
kakitangan di bahagian ini ialah menyediakan pelan perlindungan risiko yang bersesuaian
dengan tahap risiko yang ditanggung serta menentukan langkah yang terbaik bagi melindungi
risiko tersebut.

Umpamanya, sekiranya sesebuah kilang yang mempunyai 100 orang pekerja mempunyai
tanggungan risiko kecederaan para pekerja bernilai RM15 juta, maka apa yang boleh
dilakukan adalah dengan mewujudkan dana pelaburan khas bagi tujuan melindungi
kakitangan mereka. Selain itu, syarikat juga boleh membeli polisi insurans dan menggalakkan
caruman yang lebih tinggi ke dalam akaun PERKESO. Bentuk Organisasi Perniagaan
Terdapat tiga bentuk organisasi perniagaan yang paling utama di negara ini meliputi;
perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat korporat.

Hampir 80 peratus badan perniagaan di negara ini adalah berorientasikan milikan tunggal dan
perkongsian. Namun begitu, berdasarkan jumlah jualan dalam Ringgit Malaysia (RM) hampir
90% didominasi oleh perniagaan berbentuk syarikat korporat. Perniagaan Tunggal Bagi
perniagaan tunggal, ianya dimiliki dan diurus oleh seorang individu sahaja. Pemiliknya
memiliki semua aset perniagaan dan bertanggungjawab ke atas semua liabiliti perniagaan.

Selain itu, semua keuntungan daripada perniagaan akan dinikmati oleh pemilik dan semua
kerugian ditanggung oleh pemilik. Kelebihan perniagaan tunggal boleh dijelaskan seperti
berikut:

• Kos menubuhkan perniagaan ini adalah rendah kerana dokumentasi penubuhannya


adalah sedikit.
• Pemilik perniagaan hanya dikenakan cukai pendapatan individu sahaja.
• Rahsia perniagaan tidak diketahui oleh pihak umum. Ini kerana perniagaan tunggal
tidak perlu mengumumkan laporan kewangan tahunan kepada orang awam.

8
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan perniagaan tunggal seperti;

• Pemilik perniagaan tunggal mempunyai liabiliti tidak terhad. Ini bermakna,


sekiranya perniagaan mengalami kerugian, harta peribadi pemilik perlu digunakan
bagi membayar segala hutang perniagaan.
• Jangka hayat perniagaan agak singkat kerana apabila pemilik perniagaan itu mati
atau tidak lagi berminat menjalankan perniagaan, perniagaan tersebut terpaksa
dibubarkan.
• Perniagaan tunggal biasanya mempunyai keupayaan menjana modal secara terhad.

Perniagaan Perkongsian ialah perniagaan berbentuk perkongsian wujud apabila terdapat dua
atau lebih individu yang bersetuju menjalankan perniagaan bersama-sama. Perniagaan
perkongsian yang biasa wujud di Malaysia terdiri daripada Perkongsian Terhad dan
Perkongsian Am. Di bawah Akta Syarikat 1965, Seksyen 14 (3)(b), bagi mewujudkan
sesebuah perniagaan perkongsian, jumlah ahli mestilah tidak melebihi dua puluh orang.
Namun begitu, syarat jumlah ahli tidak melebihi 20 orang ini boleh diberikan pengecualian
kepada perniagaan-perniagaan berteraskan profesional seperti perkhidmatan kedoktoran,
perakaunan dan guaman. Dalam perniagaan perkongsian juga dibenarkan seorang atau
beberapa orang rakan kongsi mempunyai status perkongsian terhad.

Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi dalam perniagaan tersebut


mestilah mempunyai status perkongsian am. Daripada aspek kebaikan perniagaan
perkongsian, ianya boleh dijelaskan seperti berikut:

• Kos penubuhan perniagaan perkongsian adalah rendah seperti mana kos


penubuhan perniagaan tunggal.

• Cukai hanya dikenakan ke atas pendapatan para pekongsi dan bukannya ke atas
pendapatan perniagaan.

• Rahsia perniagaan perkongsian juga terpelihara daripada diketahui umum


disebabkan firma perkongsian tidak perlu menyediakan laporan kewangan awam.

Walau bagaimanapun, masih juga terdapat beberapa kelemahan perniagaan perkongsian


seperti;

9
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

• Rakan kongsi yang berstatus rakan kongsi am, mempunyai liabiliti tidak terhad. Ini
bermakna, sekiranya perniagaan mengalami kerugian, harta peribadi rakan kongsi
itu terpaksa digunakan bagi menyelesaikan hutang perniagaan.
• Sekiranya salah seorang daripada rakan kongsi am menarik diri atau meninggal
dunia, perkongsian akan dibubarkan.
• Pindah-milik dalam perniagaan perkongsian sukar dilakukan kerana ia
memerlukan persetujuan kesemua rakan kongsi terlebih dahulu.

Syarikat Korporat, jika dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perniagaan


perkongsian, sesebuah syarikat korporat mempunyai kelainan yang tersendiri. Syarikat
adalah sebuah entiti yang wujud dan diperbadankan secara berasingan daripada
pemiliknya (pemegang saham). Ini bermaksud, sekiranya syarikat mengalami
kebankrapan, pihak penghutang hanya boleh menuntut bayaran setakat jumlah
sumbangan modal kesemua pemegang saham sahaja. Oleh kerana terdapat
pengasingan antara pemilik dan syarikat, ia sebenarnya memberi kelebihan kepada
pemilik syarikat atau pemegang saham.

Penubuhan syarikat juga adalah lebih sukar. Pemilik perlu terlebih dahulu
mendaftarkan nama syarikat di pejabat Pendaftar Syarikat atau Registrar of
Companies. Selain itu, ia perlu menyediakan segala kertas kerja dan dokumen
pendaftaran seperti memorandum dan artikel persatuan yang melibatkan kos guaman
yang besar.

Antara ciri syarikat korporat ialah ia boleh memiliki aset, boleh menanggung liabiliti
dan menjual sekuriti kewangan bagi mendapatkan modal. Antara kelebihan perniagaan
berbentuk ini ialah;

• Pemegang saham syarikat (pemilik) mempunyai liabiliti terhad sekadar jumlah


dana yang dilaburnya sahaja.
• Kesinambungan hayat sesebuah syarikat korporat itu adalah berterusan dan tidak
akan tergugat sekiranya salah seorang daripada pemilik menarik diri atau
meninggal dunia.
• Keupayaan mendapatkan pinjaman luar lebih yang lebih baik kerana institusi
kewangan lebih sanggup menyediakan pinjaman yang besar kepada syarikat jika
dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perkongsian.

10
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

Di sebalik kekuatan syarikat korporat di atas, terselit juga beberapa bentuk kelemahan seperti;

• Proses penubuhan sesebuah syarikat korporat adalah mahal dan kompleks jika
dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perkongsian.

• Cukai dikenakan sebanyak dua kali oleh kerajaan. Ini bermaksud, keuntungan
syarikat akan dikenakan cukai korporat manakala pemilik syarikat dikenakan cukai
atas dividen yang diterima di penghujung setiap tahun.
• Rahsia perniagaan syarikat sukar dilindungi daripada diketahui umum. Ini kerana,
syarikat disyaratkan supaya menyediakan dan menyiarkan laporan kewangan
tahunan mereka kepada masyarakat awam.

Matlamat Utama Perniagaan Dalam konteks kewangan, objektif utama setiap kakitangan
pengurusan syarikat adalah bagi meningkatkan kekayaan pemegang saham syarikat ataupun
kekayaan pemilik syarikat. Objektif ini tercapai apabila harga saham syarikat dapat
dimaksimumkan seberapa banyak yang mungkin. Sebagai contoh, pada akhir Januari 2002,
harga saham Syarikat Telekom ialah RM8.50 sesaham dan pada akhir Februari 2002,
harganya ialah RM8.75 sesaham manakala pada akhir Mac 2002, harganya ialah RM9.00
sesaham. Ini menunjukkan, terdapat peningkatan secara konsisten dalam harga saham
Telekom.

Oleh itu, bolehlah dikatakan pengurusan Syarikat Telekom berjaya memaksimumkan harga
saham Telekom dan seterusnya meningkatkan kekayaan pemegang saham. Persoalannya
sekarang apakah kaitan antara harga saham dan kekayaan pemegang saham. Sekiranya
seseorang membeli satu unit saham Telekom pada bulan Januari, mengikut contoh di atas
kosnya ialah RM8.50 sesaham. Selepas pembelian dilakukan, secara automatik pembeli
saham tersebut menjadi salah seorang daripada ribuan pemilik saham Telekom.

Sekiranya beliau memegang saham tersebut selama tiga bulan mulai Januari dan
kemudiannya menjual saham itu pada bulan Mac, beliau akan mendapat sedikit keuntungan
daripada pegangan saham selama tiga bulan. Ini kerana harga saham Telekom semasa beliau
melepaskan pegangannya melonjak kepada RM9.00 sesaham. Dengan keuntungan sebanyak
RM0.50 sesaham, ini bermakna pihak pengurusan syarikat Telekom berjaya
memaksimumkan kekayaan pemegang saham melalui peningkatan harga saham. Aspek yang
paling penting dalam memaksimumkan kekayaan pemegang saham atau pemilik syarikat

11
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

ialah pihak pengurusan mestilah terlebih dahulu memastikan berlakunya peningkatan dalam
harga saham syarikat.

Persoalannya sekarang, apakah faktor yang menyebabkan harga saham meningkat? Hasil
penyelidikan dalam bidang kewangan sebelum ini menjelaskan, harga saham akan meningkat
sekiranya keuntungan syarikat meningkat atau dijangkakan akan meningkat. Dengan
menggunakan model pertumbuhan Gordon atau Gordon Growth Model, kita boleh
mengaitkan harga saham dengan keuntungan syarikat seperti berikut; Pada amnya, apabila
syarikat mengalami keuntungan dalam satu-satu tahun, syarikat tersebut dijangkakan akan
membayar dividen kepada pelabur atau pemilik syarikat. Semakin tinggi keuntungan syarikat,
semakin tinggi pembayaran dividen dapat dilakukan. Dividen (Do) adalah pemboleh ubah
yang terletak di bahagian atas rumus tersebut.

Oleh itu, sekiranya ada peningkatan ke atas Do, harga saham (Po) akan meningkat. Selain itu,
penggunaan rumus ini juga berguna bagi menerangkan kaitan antara harga saham syarikat
dengan keuntungan syarikat sekarang. Kita juga boleh menggunakan formula ini bagi
memahami mengapa pelabur seharusnya melabur dalam syarikat yang mempunyai
keuntungan.

2.3 Faktor Yang Mempengaruhi Keuntungan Syarikat

Walaupun pihak pengurusan sudah berusaha sedaya upaya mengurus operasi syarikat sebaik
mungkin bagi memastikan kekayaan pemegang saham di tahap yang maksimum, namun
terdapat faktor-faktor luaran yang secara tidak langsung memerlukan perhatian pihak
pengurusan dan boleh mengurangkan keberkesanan usaha memaksimumkan kekayaan
pemegang saham. Antaranya ialah tanggungjawab sosial, halangan undang-undang dan kadar
bunga.

Tanggungjawab Sosial bagi menerangkan bagaimana faktor ini mempengaruhi keuntungan


syarikat, kita akan menggunakan contoh sebuah syarikat yang menghasilkan bahan kimia
pencuci. Biasanya dalam proses penghasilan bahan kimia pencuci, akan terhasil juga bahan-
bahan kimia buangan ataupun ‘by product’. Bahan-bahan kimia buangan ini tidak lagi
berfaedah bagi proses seterusnya. Oleh itu, syarikat juga bertanggungjawab mengurus
pelupusan bahan-bahan kimia buangan ini sebaik mungkin supaya tidak mencemarkan alam
sekitar atau membahayakan orang ramai.

12
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

Langkah terbaik bagi melupuskan bahan kimia ini ialah dengan membina loji pelupusan.
Biasanya loji ini bernilai berjuta-juta ringgit dan pembinaannya akan meningkatkan kos
pengurusan dan kos pengeluaran syarikat. Apabila kos meningkat, maka ianya mengurangkan
angka keuntungan syarikat. Apabila keuntungan menurun, keupayaan syarikat membayar
dividen juga berkurangan. Berdasarkan model pertumbuhan Gordon, apabila dividen
menurun, harga saham syarikat juga menurun dan menyukarkan syarikat meningkatkan
kekayaan pemegang saham atau pemilik syarikat.

Halangan Undang-Undang Ada kalanya undang-undang yang diadakan oleh kerajaan boleh
menjejaskan keuntungan sesebuah syarikat dan kemudiannya memberi kesan ke atas harga
saham dan proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Contohnya, undang-undang
pengambilan buruh asing di sektor perkilangan. Pada amnya, kilang-kilang mengupah buruh
asing supaya bekerja di kilang mereka kerana gaji yang dibayar lebih murah berbanding gaji
buruh tempatan. Oleh sebab itu, pengambilan buruh asing dapat menjimatkan kos pengilang
dan seterusnya meningkatkan keuntungan mereka. Namun begitu, sekiranya kerajaan
menghalang pengambilan buruh asing, pengilang tidak mempunyai pilihan lain kecuali
mengupah buruh tempatan. Sudah pasti dengan mengupah buruh tempatan ianya akan
meningkatkan kos dan seterusnya menjejaskan keuntungan.

Berdasarkan model pertumbuhan Gordon juga, selepas keuntungan terjejas, pemberian


dividen akan mengecil dan akhirnya harga saham syarikat terjejas. Apabila harga saham
terjejas, proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham terbantut. Kadar Bunga Kadar
bunga yang dikenakan oleh institusi kewangan ke atas pinjaman juga memberi kesan ke atas
jumlah keuntungan syarikat dan proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham.
Sebagai contoh, syarikat sentiasa cuba mengembangkan operasi dan perniagaan dari semasa
ke semasa. Setiap kali syarikat ingin menjalankan aktiviti tersebut, ia akan menggunakan
modal yang terhasil daripada keuntungan tertahan (retained earnings).

Namun begitu keuntungan tertahan ini selalunya tidak mencukupi dan pengurusan syarikat
terpaksa meminjam daripada pihak bank supaya dijadikan modal tambahan. Kadar bunga
yang dikenakan ke atas pinjaman tersebut sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ada
kalanya tinggi dan ada kalanya rendah. Kebiasaannya sewaktu ekonomi mengalami
kemelesetan, kadar bunga diturunkan supaya pinjaman mudah dilakukan bagi membeli
barangan. Peningkatan pembelian barang menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan
seterusnya membawa ekonomi negara keluar daripada kemelesetan. Sementara itu, sewaktu

13
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

ekonomi mengalami pertumbuhan yang terlalu pesat dan kadar inflasi juga tinggi, kadar
bunga atas pinjaman adalah tinggi.

Kadar bunga yang tinggi menyukarkan pengguna membuat pinjaman bagi pembelian barang.
Penurunan pembelian barang menurunkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya membawa
ekonomi keluar daripada masalah inflasi. Sekiranya syarikat melakukan pinjaman sewaktu
kadar bunga tinggi, pembayaran faedah ke atas pinjaman juga menjadi tinggi. Apabila
pembayaran kadar faedah meningkat, kos pengurusan dan operasi syarikat akan meningkat
dan ini mengurangkan keuntungan syarikat. Keupayaan membayar dividen juga menurun dan
mengakibatkan penurunan harga saham syarikat. Ini menyukarkan proses memaksimumkan
kekayaan pemegang saham.

Tugas Kakitangan dan Pengurus Kewangan Tanggungjawab kakitangan dan pengurus


kewangan dalam sesebuah organisasi adalah sangat penting dan strategik. Ini disebabkan
pengukuran pencapaian dan kekukuhan syarikat biasanya diukur daripada sudut kewangan.
Darjah kompleksiti pengurusan kewangan syarikat pula lebih bergantung kepada saiz syarikat
atau firma tersebut.

Umpamanya, bagi sebuah kedai runcit, pengurusan kewangannya tidaklah begitu rumit untuk
dilakukan. Hanya pemilik kedai berkenaan sahaja yang diperlukan bagi mengurus segala
rekod-rekod kewangan perniagaan. Sebaliknya bagi sebuah syarikat korporat yang besar, ia
memerlukan struktur jabatan kewangan yang kompleks. Syarikat-syarikat korporat biasanya
mempunyai sebuah jabatan kewangan yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar Kewangan
dengan dibantu oleh Penolong Pengurus Besar Kewangan, akauntan, ketua juruaudit, pegawai
pelaburan, pegawai penganalisis kewangan, pegawai sistem maklumat dan sebagainya.

Tugas yang dijalankan oleh para pengurus kewangan dan kakitangan di bawahnya boleh
dibahagikan kepada lima bahagian seperti di bawah;

• Ramalan dan Perancangan Kewangan - tugas membuat ramalan dan perancangan


kewangan boleh dikaitkan dengan proses menyediakan belanjawan syarikat.
Dalam aspek ini, para pengurus kewangan mendapatkan maklumat daripada
jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Pemasaran dan Jabatan Pengeluaran supaya
membuat ramalan jualan dan hasil pada masa hadapan.
• Keputusan Pelaburan dan Pembiayaan - seterusnya, pengurus kewangan dan
kakitangannya juga perlu membuat keputusan-keputusan memilih alternatif

14
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

pelaburan yang terbaik untuk syarikat ceburi. Selain itu, keputusan pembiayaan
juga perlu dilakukan dengan cara menentukan bentuk-bentuk sumber pembiayaan
jangka panjang dan jangka pendek yang boleh digunakan bagi meningkatkan
jumlah modal syarikat. Umpamanya menerusi kertas komersial, debentur, terbitan
bon, saham dan saham keutamaan.
• Koordinasi dan Kawalan Tugas - kakitangan dan pengurus kewangan juga adalah
berinteraksi dengan kakitangan di jabatan lain bagi memastikan perjalanan operasi
syarikat adalah cekap. Kawalan ke atas aliran tunai masuk dan keluar, polisi kredit
syarikat, ketersediaan sumber dana dan seumpamanya perlu dilakukan oleh
mereka. Ini memastikan segala perancangan atau belanjawan yang dibuat dapat
dipenuhi oleh semua jabatan.
• Berurusan Dengan Pasaran Wang dan Modal - oleh kerana tugas mengurus
kewangan tidak dapat dipisahkan dengan pasaran wang dan modal, maka menjadi
tanggungjawab para pengurus kewangan supaya berurusan dengan pihak-pihak
luar yang terlibat dengan tugas-tugas menerbitkan saham, menerbitkan bon,
melabur lebihan wang dan sebagainya dalam pasaran wang dan modal. Ini
termasuklah syarikat broker saham dan bank-bank saudagar.
• Mengurus Risiko - tugas terakhir yang biasa dilakukan oleh pengurus kewangan
ialah mengurus risiko seperti ketidakpastian dalam harga saham dan komoditi,
pergerakan kadar faedah, perubahan kadar pertukaran asing, risiko politik dan
sebagainya. Kesemua risiko tersebut boleh dilindungi menerusi pembelian polisi
insurans dan juga program lindung nilai (hedging) risiko perniagaan. Program
lindung nilai yang boleh dilaksanakan adalah menerusi penyertaan dalam kontrak-
kontrak urus niaga pasaran derivatif.

2.4 Hubungan Agensi dan Masalah Agensi

Hubungan agensi wujud apabila seorang prinsipal seperti pemilik (pemegang saham)
sesebuah syarikat melantik dan memberi kuasa kepada seseorang agen (individu) sebagai
wakilnya supaya membuat keputusan atau mengurus syarikat tersebut bagi pihaknya. Sebagai
contoh, Datuk Kamal Sani adalah pemegang saham utama Syarikat Q&C Berhad. Datuk
Kamal mengambil keputusan melantik Encik Alinor, Encik Ramaswaty dan Encik Lee Soon
sebagai pengurus syarikat dan memberi mereka hak membuat keputusan-keputusan dalam
syarikat.

15
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

Dengan pelantikan ketiga-tiga mereka ini dan penyerahan kuasa mengurus dan membuat
keputusan, hubungan agensi sudah terhasil. Sebaliknya, jika Datuk Kamal hanya melantik
ketiga-tiga mereka ini sebagai pencuci pejabat, maka hubungan agensi tidak wujud di sini. Ini
kerana kuasa yang diberikan kepada mereka tidak mencukupi bagi mengurus syarikat tersebut
bagi pihak Datuk Kamal sebagai pemilik syarikat. Masalah Agensi Sebagai seorang agen
yang dilantik bagi mewakili prinsipal, kesemua pengurus syarikat haruslah bertindak sejajar
dengan matlamat dan kehendak prinsipal.

Walau bagaimanapun, masalah agensi akan timbul sekiranya ketiga-tiga orang pengurus yang
dilantik tadi membuat keputusan perniagaan dan berperilaku secara tidak konsisten atau
menyimpang daripada matlamat prinsipal. Umpamanya, mereka tidak berusaha
memaksimumkan kekayaan Datuk Kamal sebagai pemegang saham atau pemilik syarikat.

Contoh keputusan-keputusan perniagaan atau perilaku yang tidak konsisten dengan proses
memaksimumkan kekayaan pemegang saham adalah;

• Membuat keputusan membeli kapal terbang peribadi bagi keperluan para pengurus
yang berharga berjuta-juta ringgit dan pembelian ini menambahkan beban hutang
syarikat. Semakin banyak syarikat berhutang, semakin banyak kadar faedah yang
perlu dibayar lalu mengurangkan keuntungan syarikat dan menjejaskan peluang
memaksimumkan kekayaan pemegang saham.
• Pembayaran bonus yang terlalu tinggi kepada pengurus syarikat sehingga
mengurangkan jumlah keuntungan syarikat. Kesannya, keupayaan membayar
dividen kepada pemegang saham semakin rendah.

2.5 Langkah Mengurangkan Masalah Agensi

Masalah agensi boleh dikurangkan menerusi langkah-langkah seperti berikut:

• Menawarkan saham syarikat kepada para pengurus


Penawaran saham kepada kakitangan (ESOS) biasa berlaku dalam syarikat-
syarikat besar seperti Maybank dan Telekom. Dengan penawaran saham ini, secara
langsung, para pengurus syarikat akan turut menjadi pemilik syarikat. Seperti biasa
sebagai pemilik syarikat mereka mahukan kekayaan mereka dimaksimumkan.
Cara terbaik adalah dengan membuat keputusan perniagaan yang akan
meningkatkan keuntungan syarikat dan bukannya membuat keputusan atau

16
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

perilaku yang menjejaskan keuntungan. Justeru itu, para pengurus akan bekerja
dengan lebih bertanggungjawab dan menumpukan kepada usaha-usaha
mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan.
• Pembaikan manfaat pekerjaan
Kadangkala terdapat juga masalah agensi yang wujud disebabkan kurangnya
manfaat pekerjaan yang disediakan oleh pemilik syarikat kepada para pengurus
dan kakitangan syarikat. Bagi mengatasinya, para pemilik haruslah bersedia
meningkatkan manfaat pekerjaan kepada golongan tersebut supaya mereka dapat
bekerja dengan lebih gigih bagi mencapai apa yang diharapkan oleh pemilik
syarikat. Antara yang boleh dilakukan termasuklah meningkatkan gaji, menambah
elaun-elaun perkhidmatan, memberi bonus tahunan dan kecemerlangan,
menyediakan kemudahan perumahan dan kenderaan yang lebih baik, mewujudkan
skim manfaat persaraan yang lebih menarik dan menguntungkan kakitangan serta
memberikan kemudahan rekreasi dan cuti yang lebih baik.
• Ancaman pengambilalihan berbentuk hostile takeover Sekiranya perlu, para
pemilik syarikat boleh juga memberi kesedaran kepada para pengurus berkenaan
ancaman pengambilalihan syarikat berbentuk hostile takeover. Sekiranya
keputusan atau perilaku mereka menjejaskan keuntungan, lalu dicerminkan
menerusi kejatuhan harga saham syarikat di pasaran saham, maka ini membuka
peluang kepada syarikat lain mengambil alih syarikat mereka dengan cara
pembelian saham di pasaran terbuka. Contohnya jika Syarikat Merah Muda
Berhad mampu memiliki 51% daripada saham Syarikat Q&C Berhad hasil
daripada pembelian saham-saham tersebut di Bursa Saham Kuala Lumpur. Ini
bermakna, pemilikan syarikat ini sudah bertukar tangan secara ‘hostile takeover’.
Selalunya hostile takeover akan menyebabkan pengurusan Syarikat Q&C Berhad
dirombak dan pastinya Syarikat Merah Muda Berhad mahukan pengurus mereka
sendiri menguruskan Syarikat Q&C Berhad. Para pengurus sedia ada iaitu Encik
Alinor, Encik Ramaswaty dan Encik Lee Soon akan dilucutkan daripada jawatan
mereka. Rumusan Mengurus kewangan adalah suatu bidang disiplin ilmu
pengurusan perniagaan yang sangat penting difahami oleh semua pihak. Tidak kira
sama ada seseorang itu adalah suri rumah, pelajar ataupun berkhidmat dalam
jabatan kewangan mahupun di bahagian-bahagian lain dalam sesebuah syarikat

17
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

Secara khusus bidang kewangan boleh dipecahkan kepada tiga sub-bidang yang lain.
Matlamat utama kewujudan firma perniagaan sama ada berbentuk perniagaan tunggal,
perkongsian atau syarikat korporat adalah bagi memaksimumkan kekayaan pemegang saham
atau pemilik syarikat. Ianya dapat dicapai dengan usaha keras kakitangan syarikat
memaksimumkan harga saham. Ini dapat dicerminkan menerusi jumlah dividen yang mampu
dibayar dan kadar pertumbuhan syarikat sebagaimana yang ditunjukkan menerusi model
pertumbuhan Gordon.

Namun begitu, hubungan agensi di antara para pengurus dengan pemilik syarikat kadangkala
tidak begitu baik dan ianya disebut sebagai masalah agensi. Ini dapat diselesaikan menerusi
beberapa kaedah seperti pemberian saham kepada kakitangan, pembaikan terhadap manfaat
pekerjaan dan juga ancaman pengambilalihan hostile oleh syarikat lain apabila harga saham
syarikat jatuh di pasaran saham.

Sesebuah perniagaan kecil dapat memaksimakan keuntungannya sekiranya ia ditubuhkan


sebagai sebuah syarikat. Ini kerana dengan menjadikan sebuah syarikat, sesebuah perniagaan
itu dapat memperbesarkan skop perniagaannya. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-
faktor tersebut ialah:

i. Liabiliti Terhad - Tanggungan liabiliti yang ditanggung oleh pemilik sesebuah


syarikat adalah terhad. Ia bergantung kepada modal yang disumbangkan oleh
pemilik berkenaan sahaja.
ii. Perniagaan bersifat berterusan - Jangka hayat sesebuah syarikat adalah berterusan
selagi syarikat berkenaan masih mempunyai modal. Ini kerana sesebuah syarikat
tidak akan tamat operasi walaupun pemiliknya meninggal dunia.
iii. Modal yang besar/banyak - sesebuah perniagaan boleh memajukan dan
memaksimakan keuntungannya kerana ia boleh mendapatkan suntikan modal
dengan penjualan saham syarikat. Saham-saham bolehlah diterbitkan kepada
orang awam atau kepada syarikat-syarikat lain yang berminat. Ini secara tidak
langsung menyuntik modal perniagaan sesebuah syarikat itu dari sebuah
perniagaan kecil yang hanya bergantung kepada wang dari pemiliknya.
iv. Pemilikan mudah bertukar milik - melalui penubuhan syarikat, pemilikan syarikat
itu mudah bertukar sekiranya pemilik atau pemegang saham sudah tidak berminat
untuk meneruskan pemilikannya. Saham tersebut boleh dijual kepada pihak yang
berminat.

18
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

3.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUS KEWANGAN

Memperoleh dan menggunakan dana syarikat dan memastikan dana tersebut dapat
memaksimumkan nilai dan keuntungan syarikat. Selain itu, pengurus syarikat
bertanggunjawab membuat keputusan-keputusan penting terutamanya perlaburan dalam asset
syarikat dan bagaimana asset tersebut mendapat pembiayaian. Dalam pada itu, dia juga perlu
memikirkan cara terbaik untuk mengurus sumber-sumber syarikat seperti pekerja, mesin,
bangunan dan kelengkapan.

3.1 PERANAN PENGURUS KEWANGAN

1) Membuat keputusan-keputusan perlaburan dan pembiayaan jangka pendek


dan jangka panjang
Perkembangan syarikat yang pesat dapat dilihat melalui peningkatan jualan
syarikat secara mendadak. Peningkatan jualan ini memerlukan perlaburan
tambahan dalam bentuk inventori dan asset-aset tetap seperti loji dan peralatan.
Justeru itu, pengurus kewangan harus menentukan jenis dan kuantiti asset yang
perlu dibeli dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Pada masa
yang sama, dia juga perlu memikirkan cara terbaik untuk membiayai
perlaburan asset tersebut. Contohnya, adakah syarikat mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi untuk membeli asset yang diperlukan tersebut.
Perlukan syarikat menggunakan pinjaman atau ekuiti bagi membiayai
pembelian asset tersebut

2) Membuat perancangan dan ramalan kewangan


Pengurus kewangan seharusnya membuat perancangan untuk masa hadapan
syarikat. Oleh itu, pengurus kewangan perlu bekerjasama dengan pengurus-
pengurus dari jabatan-jabatan yang lain dalam syarikat agar perancangan
strategik keseluruhan syarikat dapat dilaksanakan bersama. Contohnya,
pengurus kewangan membuat ramalan keperluan tunai pada masa hadapan.
Dengan adanya perancangan yang cekap pengurus kewangan boleh
menganggarkan keperluan tunai syarikat pada masa hadapan.

19
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

3) Kawalan Dan Koordinasi


Pengurus kewangan seharusnya berinteraksi dan bekerjasama dengan
pengurus-pengurus lain bagi memastikan syarikat beroperasi dengan cekap.
Kawalan dan koordinasi yang dijalankan oleh pengurus kewangan adalah
penting, terutamanya di dalam syarikat besar yang mempunyai banyak jabatan
supaya matlamat organisasi dapat dicapai bersama. Sebagai contohnya, di
dalam pengambilan pekerja baru di dalam syarikat, pengurus kewangan akan
berhubung dengan pengurus di bahagian sumber manusia bagi memilih calon-
calon yang berkelayakan bagi mengisi sesuatu jawatan yang ditawarkan.

4) Berurusan Di Pasaran Saham


Pengurus kewangan turut berperanan di dalam berurusan di pasaran wang dan
pasaran modal. Pasaran wang ialah pasaran yang mengendalikan jualan dan
belian sekuriti jangka pendek yang mempunyai tempoh matang kurang
daripada satu tahun. Sekuriti dalam pasaran wang adalah mempunyai risiko
mungkir yang rendah. Manakala pasaran modal ialah pasaran yang
mengendalikan jualan dan belian sekuriti jangka panjang yang mempunyai
tempoh matang melebihi satu tahun. Sekuriti ini mempunyai risiko yang tinggi
kerana sifat jangka yang panjangnya. Oleh yang demikian, pengurus kewangan
harus mengikuti perkembangan pasaran kewangan untuk membolehkannya
membuat keputusan pembiayaan yang cekap dan berkesan.

3.2 Contoh Profil Pengurus Kewangan di Malaysia : Tan Sri Dato’Sri Dr.Zeti
Akhtar Aziz

Dr.Zeti Akhtar Aziz, warganegara Malaysia dan berusia 59 tahun. Beliau merupakan Gabenor
Bank Negara Malaysia (BNM) semenjak Mei 2000 hingga sekarang. Beliau telah
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah
Doktor Falsafah dari University of Pennsylvania, USA, dengan pengkhususan dalam bidang
monetari dan ekonomi antarabangsa.

Dr.Zeti menyertai Jabatan Ekonomi BNM pada tahun 1985 dan dilantik sebagai Setiausaha
kepada Lembaga Pengarah BNM pada tahun 1987. Dalam tahun 1989, beliau telah ditugaskan

20
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

di Pejabat Perwakilan BNM di London sebagai Ketua Perwakilan. Sekembalinya ke Ibu


Pejabat dalam tahun 1994, Dr.Zeti telah dilantik sebagai Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua
Jabatan Ekonomi.

Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Penolong Gabenor BNM dan kemudiannya
dalam tahun 1998 dilantik pula sebagai Timbalan Gabenor BNM. Sebelum menyertai BNM
Dr.Zeti telah berkhidmat dengan Pusat Penyelidikan dan Latihan SEACEN dari tahun 1979
hingga 1984 sebagai seorang penyelidik ekonomi berkenaan dengan dasar dan reformasi
kewangan di Asia Tenggara.

Dr.Zeti adalah ahli Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Pengerusi Credit Guarantee
Corporation Malaysia Berhad serta pengarah Khazanah Nasional Berhad. Selain itu, beliau
merupakan Pengerusi Institut Bank-Bank Malaysia, Institut Insurans Malaysia, Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan, Pusat Penyelidikan dan Latihan SEACEN,
Yayasan Sultan Iskandar dan Yayasan Temenggong Abdul Rahman.

4.0 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Objektif analisis ini ialah :


(1) Menilai kedudukan kewangan firma dengan menggunakan penyata
kewangannya.
(2) Mengetahui kelemahan firma dan mengenalpasti tindakan yang boleh diambil
Bagi membaiki keadaan firma tersebut.

Kemajuan syarikat boleh dinilai dari segi kedudukan kewangannya. Penilaian keatas
kemajuan sesebuah syarikatadalah penting bagi beberapa pihak. Mereka terdiri daripada :
(1) Pihak luar
(2) Pihak pengurusan
Analisis dibuat keatas laporan kewangan syarikat yang terdiri daripada :
(1) Kunci kira-kira
(2) Penyata pendapatan
(3) Penyata perubahan kedudukan kewangan
- penyata sumber dan pengguna dana.
Tiga jenis analisis yang boleh dilakukan iaitu :
(1) Analisis kunci kira-kira

21
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

(2) Analisis penyata pendapatan


(3) Analisis kewangan

3.1 ANALISIS KUNCI KIRA-KIRA ( LIHAT LAMPIRAN )


Ianya memberi gambaran pintas mengenai komponen dan kandungan dalam kunci kira-kira
iaitu :
(1) Jenis dan jumlah aset tetap
(2) Keadaan aset semasa
(3) Bagaimana aset dibiayai
Menggambarkan kedudukan syarikat pada masa yang tertentu.
Perbandingan diantara satu komponen boleh boleh dibuat dalam bentuk peratusan.
Perbandingan kemajuan diantara satu syarikat dengan syarikat yang lain dalam industri yang
sama. Ianya digunakan sebagai panduan bagi memperbaiki kedudukan kewangan.
Tren didapati dengan membuat analisis bagi beberapa tahun.

3.2 CONTOH PENGURUSAN HUTANG DAN ASET

3.2.1 Penyata Pendapatan MAXIS BERHAD ( disenarikan di BSKL )

Ia mengukur pencapaian operasi syarikat untuk sesuatu tempoh yang selalunya ialah 1 tahun.
Penyata pendapatan bag Maxis Berhad dimulakan dengan hasil jualan bagi tahun 2011. Hasil
Jualan ini ditolak dengan kos jualan(kos barang dijual) bagi mendapatkan keuntungan kasar
syarikat. Untung kasar ini ditolak dengan belanja operasi syarikat bagi mendapatkan Untung
operasi. Untung operasi ini juga dikenali sebagai untung sebelum faedah atau cukai. Kos
kewangan seperti belanja faedah akan ditolak dengan untung operasi bagi mendapatkan
untung sebelum cukai. Kemudian untung sebelum cukai ini akan ditolak dengan cukai
sebanyak RM839,836,000 bagi mendapatkan untung selepas cukai iaitu sebanyak
RM1,639,739,000.

3.2.2 Lembaran Imbangan


Lembaran imbangan meringkaskan kedudukan syarikat pada satu tempoh masa tertentu. Ia
menunjukan akaun-akaun asset, liability dan ekuiti syarikat. Melalui lembaran imbangan ini,
ia mengimbangkan asset syarikat dengan pembiayaannya sama ada dari pemiutang(liability)
atau pun pemengang saham/pemilik(ekuiti). Bagi Maxis Berhad, jumlah asset syarikat bagi

22
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

tahun berakhir 31 Disember 2011 ialah RM1,011,967,900. Ia diimbangkan dengan jumlah


liability syarikat yang berjumlah RM3, 797,189,000 dan ekuiti syarikat yang berjumlah RM6,
322, 490,000.

3.2.3 Penyata Pendapatan Tertahan


Penyata ini menunjukkan bagaimana akaun pendapatan tertahan atas lembaran imbangan
diselaraskan. Ia diselaraskan antara dua tarikh lembangan yang berbeza. Ia menyelarasakan
untung bersih yang dicapai sepanjang tempoh dan sebarang dividen yang dibayar dengna
pengan perubahan tertahan antara awal dan akhir tahun. Sebangai contoh, syarikat MAXIS
BERHAD bermula dengan pendapat tertahan sebanyak RM10,000 pada 31 Disember 2010
atau 1 Januari 2011 dan untung selepas cukai sebanyak RM3,000 ( data diambil dari penyata
pendapatan). Dari keuntungan ini syarikat membayar dividen saham keutamaan sebanyak
RM500 dan saham biasa RM1,000. Dengan ini, pendapatan tertahan syarikat meningkat dari
RM10,000 kepada RM11,500 pada 31 Disember 2011.

Contoh : Syarikat MAXIS BERHAD

Penyata Pendapatan Tertahan ( Bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 )

Pendapatan tertahan, 1 Januari 2011 RM10,000


+ Untung bersih (sepanjang tahun 2004) RM3,000
- Dividen dibayar (sepanjang tahun 2004)

Saham Keutamaan RM500


Saham Biasa RM1,000
Jumlah dividen dibayar RM1,500
Pendapat Tertahan, 31 Disember 2004 RM11,500

3.2.4 Penyata Aliran Tunai

Penyata ini menunjukkan bagaimana aktiviti-aktiviti syarikat seperti operasi, pembiayaan, dan
pelaburan mempengaruhi kedudukan tunai dan sekuriti boleh pasar syarikat. Ia meringkaskan
aliran tunai sepanjang satu tempoh masa yang lazimnya bagi tahun berakhir. Data diambil
dari lembaran imbangan dan penyata pendapatan. Ia membantu pengurus kewangan untuk

23
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

menilai kebolehan syarikat menghasilkan aliran tunai yang positif dan menilai kebolehan
syarikat untuk menjelaskan hutang, membayar dividen dan memberi pinjaman.

Ia terbahagi kepada 3 aktiviti utama di dalam penyata ini iaitu :


1. aktiviti operasi (merujuk kepada aktiviti yang berhubung secara
langsung dengan pengeluaran produk dan jualan dan perkhidmatan
syarikat seperti upah, gaji, belanja sewa/utility dan jualan/belian
barang.)
2. aktiviti pelaburan (aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan belian dan
jualan asset jangka panjang seperti pembelian dan penjualan asset tetap,
pembelian saham dan bon serta memberi pinjaman kepad entity lain)
3. aktiviti pembiayaan (aktiviti yang berkaitan dengan liability semasa dan
jangka panjang dan ekuiti pemilik seperti pembayaran semula pinjaman
jangka pendek dan jangka panjang dan pembelian semula saham)

Kami telah memilih laporan penyata kewangan bagi Maxis Bhd bagi tahun berakhir 31
Disember 2011 sebagai rujukan bagi tugasan ini. Kesemua angka diringkaskan kepada
RM”000 juta.

Nisbah Hutang - nisbah ini mengukur peratusan jumlah asset yang dibiayai dengan hutang

X100

Jumlah Liabiliti
Jumlah Aset

X100

3,797,189
1,011,967,9
- 37.5%
- Purata industri = 64.56%
Ulasan:

24
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

Nisbah hutang Maxis Bhd yang berjumlah 37.5% iaitu kurang dari purata industri yang
berjumlah 64.56% menunjukkan bahawa nisbah Maxis adalah rendah dan ini memberikan
Maxis lebih tinggi perlindungan kerugian pemiutang. Pemiutang juga yakin memberi
pembiayaan atau pinjaman kepada Maxis berbading syarikat-syarikat lain kerana nisbah
hutang Maxis adalah rendah berbanding dengan purata industri. Dari segi pengurusan Maxis
pula, kita dapat menggangap bahawa mereka gemar menerbitkan ekuiti baru bagi membiayai
syarikat.

Nisbah Semasa - Nisbah ini mengukur kemampuan syarikat memenuhi tuntutan pinjaman
jangka dengan menggunakan asset semasa.
- Aset Semasa
Liabiliti semasa
- 4,164,439
2,744,955
- 1.52
- Purata Industri = 0.34
Ulasan:

Nisbah semasa Maxis adalah tinggi berbanding dari purata industri menunjukkan keupayaan
syarikat untuk menjelaskan hutang jangka pendek dengan asset semasa. Ia menunjukkan
bahawa Maxis mempunyai RM1.52 aset semasa untuk menjelaskan liability semasa mereka.

Modal Kerja Bersih - Ia mengukur dana yang dimiliki syarikat dalam menguruskan operasi

harian syarikat

- Aset Semasa - Liabiliti Semasa


- 4,164,439 – 2,744,955
- 1,419,484
- Purata Industri = 2,690,000
Ulasan:

Modal kerja bersih Maxis adalah lebih rendah daripada purata industri. Ini menunjukkan
bahawa Maxis tidak berupaya untuk mnjelaskan hutang jangka pendeknya dan tidak
mempunyai dana lebihan di dalam menguruskan operasi harian syarikat.

Nisbah Hutang Ekuiti - Ia mengukur jumlah hutang jangka panjang syarikat dengan
25
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

setiap ringgit ekuiti


X100

Liabiliti Jangka Panjang


Ekuiti Pemegang Saham

X100

1,052,234
6,082,667

- 17.3%
- Purata industri= 18.4%
Ulasan:

Ini menunjukkan bahawa hutang jangka panjang Maxis sebanyak 17.3% adalah lebih rendah
berbanding dengan ekuiti pemegang saham.

RUJUKAN
http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/bbfm2104-pengurusan-kewangan-1/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Rencana&pg=re_05.htm#ixzz2N41hMPYU
http://www.smartplanner.my/index.php?option=com_content&view=article&id=85:pengurus
an-kewangan-syarikat-dan-organisasi&catid=41:financial-planning-blog&Itemid=79
http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=65

http://www.pts.com.my/

http://www.maxis.com.my
http://www.khazanah.com.my/leadership.htm
http://www.tm.com.my
http://www.digi.com.my
http://www.cagamas.com.my

Profesor Madya Dr.Yusnidah Ibrahim et. All (2006). Open University Malaysia: Pengurusan
Kewangan 1 BBFM 2104.Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

26
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

LAMPIRAN - ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Objektif modul :

(3) Menilai kedudukan kewangan firma dengan menggunakan penyata


kewangannya.

(4) Mengetahui kelemahan firma dan mengenalpasti tindakan yang boleh diambil
Bagi membaiki keadaan firma tersebut.

PENGENALAN

 Kemajuan syarikat boleh dinilai dari segi kedudukan kewangannya.

 Penilaian keatas kemajuan sesebuah syarikatadalah penting bagi beberapa pihak.


Mereka terdiri daripada :
(3) Pihak luar
(4) Pihak pengurusan

 Analisis dibuat keatas laporan kewangan syarikat yang terdiri daripada :


(4) Kunci kira-kira
(5) Penyata pendapatan
(6) Penyata perubahan kedudukan kewangan
- penyata sumber dan pengguna dana.

 Tiga jenis analisis yang boleh dilakukan iaitu :


(4) Analisis kunci kira-kira
(5) Analisis penyata pendapatan
(6) Analisis kewangan

ANALISIS KUNCI KIRA-KIRA

 Ianya memberi gambaran pintas mengenai komponen dan kandungan


dalam kunci kira-kira iaitu :
(1) Jenis dan jumlah aset tetap
(2) Keadaan aset semasa
(3) Bagaimana aset dibiayai
 Menggambarkan kedudukan syarikat pada masa yang tertentu.
 Perbandingan diantara satu komponen boleh boleh dibuat dalam bentuk peratusan.
 Perbandingan kemajuan diantara satu syarikat dengan syarikat yang lain dalam
industri yang sama. Ianya digunakan sebagai panduan bagi memperbaiki kedudukan
kewangan.
 Tren didapati dengan membuat analisis bagi beberapa tahun.

ANALISIS PENYATA PENDAPATAN.

27
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

 Ianya digunakan untuk menentukan sama ada syarikat menguntungkan atau


mengalami kerugian bagi sesuatu tempoh kewangan.
 Ianya digunakan untuk melihat Tren keuntungan dan pusing ganti jualan (sales
turnover) bagi beberapa tahun sebelumnya.
 Nisbah antara kos-kos atau belanja dengan jualan atau keuntungan dapat ditentukan ,
dan perbandingan dapat dilakukan keatas nisbah-nisbah tersebut :
- bagi melihat keberkesanan pengurusan kos dan belanja bagi
syarikat tersebut.

ANALISIS NISBAH KEWANGAN.

 Perkaitan antara satu item dengan item yang lain dalam penyata
kewangan dapat dilihat.
 Ianya digunakan bagi bagi mengukur kemantapan atau ketidakstabilan
kedudukan kewangan bagi sesebuah syarikat.
 Nisbah ini adalah penting bagi pihak pengurusan :
(1) dalam membuat jangkaan bagi situasi masa depan.
(2) Sebagai permulaan dalam tindakan perancangan yang mana .
. akan mempengaruhi situasi syarikat pada masa hadapan.

 Nisbah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :


(a) Nisbah kecairan
(b) Nisbah aktiviti atau nisbah pengurusan aset
(c) Nisbah keuntungan
(d) Nisbah leveraj kewangan atau nisbah pengurusan pinjaman ,
( DAN LAIN-LAIN. )

a) NISBAH KECAIRAN ( LIQUIDITY RATIOS )

 Kecairan dapat dilihat dari segi keupayaan untuk menukar aset semasa
kepada tunai pada nilai berpatutan dengan kadar segera.
 Nisbah kecairan mengukur keupayaan sesuatu syarikat untuk memenuhi
tuntutan semasa jangka pendek.
 Antara jenis nisbah kecairan ialah :
(1) Nisbah semasa
(2) Nisbah cepat ( ujian asid ).
(3) Nisbah tunai

1) NISBAH SEMASA ( CURRENT RATIO )

 Formula :
ASET
ASET SEMASA = ( KALI
SEMASA = )(KALI)

LIABILITI SEMASA
LIABILITI SEMASA
 Ia mengukur keupayaaan aset semasa untuk memenuhi tuntutan semasa.

2) NISBAH CEPAT/ UJIAN ASID ( QUICK RATIO/ ACID TEST RATIO )

 Formula :
ASET SEMASA – INVENTORI = ( KALI )
28
LIABILITI SEMASA
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

 Ia mengukur keupayaan asset cair firma dalam memenuhi tuntutan jangka


pendek, tanpa bergantung kepada penjualan inventori.
- inventori : asset semasa yang paling tidak cair.

3) NISBAH TUNAI

 Formula :
JUM. TUNAI & SEKURITI BOLEH PASAR = ( KALI )

JUM. LIABILITI SEMASA

 Ia menunjukkan kecairan sebenar syarikat kerana ia tidak melibatkan asset


semasa yang tidak dapat ditukarkan kepada tunai dalam tempoh yang singkat.

b) NISBAH AKTIVITI atau NISBAH PENGURUSAN ASET


( ACTIVITY RATIOS )

 Ia mengukur keberkesanan syarikat menggunakan asset.


 Ia terdiri daripada :
(1) Nisbah pusing ganti akaun belum terima (penghutang).
(2) Tempoh purata kutipan
(3) Nisbah pusing ganti inventori
(4) Nisbah pusing ganti asset tetap
(5) Nisbah pusing ganti jumlah asset

1) NISBAH PUSING GANTI AKAUN BELUM TERIMA/ PENGHUTANG


( DEBTORS TURNOVER )

 Formula :
JUALAN KREDIT BERSIH TAHUNAN = ( KALI )

AKAUN BELUM TERIMA

 Ia mengukur berapa kali pusing ganti akaun belum terima kepada tunai dalam
setahun

 Hasil nisbah yang tinggi menunjukkan :


(1) Kecekapan dalam mengutip hutang
(2) Syarikat mempunyai penghutang yang berkualiti, atau
(3) Dasar kredit syarikat adalah terlalu ketat

2) TEMPOH PURATA KUTIPAN ( AVERAGE COLLECTION PERIOD )

 Formula :
AKAUN BELUM TERIMA = ( HARI )

JUALAN / 360 HARI 29


BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

 Ia mengukur tempoh purata masa yang perlu ditunggu oleh syarikat selepas
membuat jualan kredit bagi mendapatkan bayaran.
 Ia merupakan bilangan hari jualan tersebut terikat kepada penghutang.

3) NISBAH PUSING GANTI INVENTORI ( STOCKS TURNOVER )

 Formula :
KOS BARANGAN DIJUAL = ( KALI )

PURATA INVENTORI

 Ia mengukur keberkesanan syarikat dalam mengawal pelaburan dalam


inventori/ stok atau penggunaan inventori.
 Ia melihat secara kasar berapa kali dalam setahun barangan seunit habis dijual
dan distok semula.
 Ia dapat menentukan sama ada syarikat mempunyai :
(1) Terlalu banyak inventori – Nisbah rendah
(2) Terlalu sedikit inventori – Nisbah tinggi

4) PUSING GANTI ASET TETAP ( FIXED ASSETS TURNOVER )

 Formula :
JUALAN = ( KALI )

ASET TETAP

 Ia mengukur penggunaan asset tetap dalam menghasilkan jualan

5) PUSING GANTI JUMLAH ASET ( TOTAL ASSETS TURNOVER )

 Formula :
JUALAN = ( KALI )

JUMLAH ASET
 Ianya mengukur kecekapan asset (jumlah asset) dalam menghasilkan jualan.
 Ia digunakan bagi mengukur keberkesanan syarikat dalam menggunakan asset (
contoh : mesin, loji, dan peralatan ) bagi menghasilkan jualan.

c) NISBAH KEBERUNTUNGAN ( PROFITABILITY RATIOS )

 Ia melihat kecekapan operasi sesebuah syarikat.


 Ianya menunjukkan keberkesanan syarikat dalam menjalankan aktiviti
perniagaannya bagi mencapai untung maksima.
 Ianya memperlihatkan kesan campuran bagi kecairan, pengurusan asset dan
hutang ke atas hasil operasi atau keluaran.
 Antara nisbahnya ialah :
(1) Margin untung kasar

30
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

(2) Margin untung bersih


(3) Pulangan keatas ekuiti
(4) Pulangan keatas asset
(5) Kuasa perolehan
(6) Perolehan per syer

1) MARGIN UNTUNG KASAR ( GROSS PROFIT MARGIN )

 Formula :
= UNTUNG KASAR

JUALAN

= JUALAN – KOS BARANG DIJUAL X 100

JUALAN
 Ia merupakan untung kasar syarikat berbanding jualan iaitu untung kasar bagi
setiap ringgit=yang
( % )dilaburkan.
 Ia menunjukkan peratusan harga (pendapatan) yang boleh dikurangkan sebelum
syarikat mengalami rugi kasar.
 Nisbah juga memberi gambaran secara kasar kedudukan harga jualan sesebuah
syarikat berbanding dengan harga pesaing.

2) MARGIN UNTUNG GERSIH ( NET PROFIT MARGIN )

 Formula :
= UNTUNG BERSIH X 100

JUALAN

= UNTUNG BERSIH SEDIA ADA BAGI PEMEGANG X 100

SAHAM BIASA
 Ia mengukur kadar untung bersih hasil dari setiap RM1 jualan.

3) PULANGAN KEATAS EKUITI ( RETURN


JUALAN ON NET
WORTH/ EQUITY – ROE )
= (%)
 Formula :
UNTUNG BERSIH X 100

EKUITI PEMEGANG SAHAM BIASA

=(%)
 Ia mengukur keupayaan ekuiti yang telah dilaburkan oleh pemegang saham ke
dalam syarikat bagi menghasilkan keuntungan.

4) PULANGAN KEATAS ASET ( RETURN ON TOTAL ASSETS – ROA )

31
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

 Formula :
UNTUNG BERSIH X 100

JUMLAH ASET

=(%)
 Ia mengukur keupayaan asset syarikat untuk menghasilkan keuntungan bagi
setiap RM1 aset yang dilaburkan.
 Nisbah yang rendah mungkin disebabkan oleh beberapa factor iaitu :
(1) Terlalu banyak asset yang terbiar ( idle )
(2) Terlalu banyak asset yang usang kurang produktif, atau
(3) Kos penyelenggaraan yang tinggi.

5) KUASA PEROLEHAN (BASIC EARNING POWER – BEP )

 Formula :
UNTUNG SEBELUM FAEDAH & CUKAI X 100

JUMLAH ASET

 Ia mengukur= (keupayaan
%) syarikat dalam menghasilkan pulangan keatas asset
sebelum cukai dan leveraj (pinjaman berkos).

6) PEROLEHAN PER SYER ( EARNINGS PER SHARE )

 Formula :
UNTUNG BERSIH X 100

BILANGAN SAHAM BELUM TEBUS

 Ia memperlihatkan
= ( % ) jumlah pendapatan bagi setiap unit saham.

d) NISBAH LEVERAJ KEWANGAN atau NISBAH PENGURUSAN


PINJAMAN ( FINANCIAL LEVERAGE or DEBT MANAGRMENT
RATIOS )

 Ia mengukur setakat mana syarikat dibiayai oleh hutang/ pinjaman.


 Antara nisbah keuntungan adalah :
(1) Nisbah hutang – asset
(2) Nisbah hutang - ekuiti
(3) Nisbah pinjaman jangka panjang – ekuiti
(4) Nisbah lindungan

32
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

1) NISBAH HUTANG – ASET ( TOTAL DEBT TO TOTAL ASSETS )

 Formula :
JUMLAH HUTANG/PINJAMAN X 100

JUMLAH ASET

 Ia mengukur= ( secara
%) relative peratusan pembiayaan terhadap asset ( bagi
kegunaan operasi syarikat ) yang dibiayai melalui hutang/ pinjaman jangka
pendek dan jangka panjang.

2) NISBAH HUTANG – EKUITI ( DEBT TO EQUITY )

 Formula :
JUM. HUTANG/PINJAMAN X 100

EKUITI PEMEGANG SAHAM

= JUM HUTANG/PINJAMAN X 100


 Ia menunjukkan tahap mana pembiayaan hutang/pinjaman yang digunakan
berbanding dengan penggunaan
JUM. MODAL SAHAMekuiti oleh pemilik.
& REZAB

= (%)
3) NISBAH HUTANG/PINJAMAN JANGKA PANJANG – EKUITI
(LONG – TERM DEBT TO EQUITY )

 Formula :
PINJAMAN JANGKA PANJANG X 100

EKUITI PEMEGANG SAHAM

= PINJAMAN JANGKA PANJANG X 100

JUM. MODAL SAHAM & REZAB


 Ia mengukur tahap penggunaan pinjaman jangka panjang berbanding ekuiti dalam
struktur modal syarikat.

=(%)
4) NISBAH LINDUNGAN ( COVERAGE RATIO : TIMES INTEREST
EARNED – TIE )

 Formula :
UNTUNG SEBELUM FAEDAH & CUKAI X 100
33

JUMLAH BELANJA FAEDAH


BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

 Ia mengukur keupayaan syarikat untuk membayar bunga atau faedah bagi


pinjaman berdasarkan perolehannya.
 Ia menunjukkan setakat mana operasi syarikat berupaya untuk membayar faedah
keatas pinjaman.

e) PELBAGAI JENIS NISBAH

1) NISBAH HARGA/PENDAPATAN ( PRICE EARNING RATIOS – PE)

 Formula :
HARGA PASARAN PER SYER X 100

 Ia melihat sama adaPEROLEHAN PERberpatutan


harga saham SYER dengan pendapatan yang
Diperolehi
= ( KALI )
2) KADAR HASIL DIVIDEN ( DIVIDEND YIELD )

 Formula :
DIVIDEN PER SYER X 100

HARGA PASARAN PER SYER

= ( KALI
 Ia menunjukkan )
kadar yang diperolehi oleh pemegang saham berdasarkan
harga pasaran saham tersebut.

3) NISBAH BAYARAN DIVIDEN ( DIVIDEND PAYOUT )

 Formula :
DIVIDEN TAHUNAN PER SYER X 100

PEROLEHAN PER SYER

= ( KALI
 Ia menunjukkan )
peratusan untung yang dibayar dalam bentuk dividen.

f) KELEMAHAN ANALISIS KEWANGAN

34
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

 Kebanyakkan syarikat menjalankan operasinya dalam beberapa bahagian industri


yang berbeza.
 Perbandingan nisbah antara syarikat dengan syarikat lain atau dengan
purata industri adalah sukar dan tidak bermakna.
 Inflasi memberi gambaran lain bagi kunci kira-kira.
 Factor yang bermusim dalam perniagaan.
 Kos sejarah.
 Penggunaan “ window dressing “ bagi memmembuatkan penyata syarikat elok
dibaca, dan digunakan untuk tujuan penganalisisan.
 Kendalian operasi dan cara merekod perakaunan yang berbeza.
 Sukar untuk definasikan nisbah yang “ baik “ dan “ tidak baik “.

35
BBPW 3103 RUBIYA KARIM
800760720512

36

You might also like