You are on page 1of 23

OUM BUSINESS SCHOOL

BBAP2103
PERAKAUNAN PENGURUSAN

NAMA

MOHD DAHLIA BIN MOHD YATIM

NOMBOR MATRIK

720804125737001

NO, KAD PENGENALAN :

720804125737

NOMBOR TELEFON

0198009982

E MEL

dali@oum.edu.my

NAMA TUTOR

MUHAMMAD FAIZAL BIN WANARA

PUSAT PEMBELAJARAN :

TAWAU, SABAH

SEMESTER JANUARI 2014

Isi Kandungan

2
1
3
4
5
6
1.0

Pengenalan

Kebanyakan industri pengeluaran dan perkhidmatan perlu mengetahui kos bagi setiap produk
yang dihasilkannya. Kos digunakan untuk menentukan harga bagi sesuatu produk. Ia dikira
berdasarkan keuntungan pada produk tersebut. Bagi industri yang menghasilkan hanya satu jenis
produk, pengiraan kos adalah mudah. Sebaliknya bagi industri yang mengeluarkan pelbagai
jenis produk, pengiraan kos adalah kompleks. Oleh itu pengiraan kos adalah penting bagi semua
bidang industri samada pengeluaran atau perkhidmatan. Penghasilan sesuatu produk melibatkan
proses yang dinamakan sebagai kos.

Pengurus sesebuah perniagaan perlu menimbangkan

sebarang penglibatan kos-kos yang diperuntukkan untuk produk yang akan dihasilkannya dengan
mengambil kira faktor-faktor yang akan mempengaruhi perjalanan penghasilan produk terlibat.

1.1

Definasi Kos

Kos merupakan apa-apa sumber tunai atau bersamaan tunai yang perlu dikeluarkan atau
diserahkan bagi mendapatkan barangan/perkhidmatan untuk digunakan dan dimanfaatkan bagi
kepentingan organisasi. Kos merupakan sumber yang diambil kira dalam memenuhi syarat
penghasilan sesuatu produk.

Kos lazimnya diambil kira dalam bentuk nilai matawang;

contohnya, Ringgit Malaysia, US Dollars.

Proses pengiraan kos biasanya berlaku apabila

hendak mengeluarkan produk/syarikat baru. Kos adalah jumlah perbelanjaan yang perlu dibayar
bagi mendapatkan sesuatu perkara atau melaksanakan sesuatu aktiviti.
Menurut Institut Kos dan Pekerja Akauntan India (ICWA), kos adalah pengukuran
daripada segi kewangan kepada bilangan sumber yang digunakan oleh sesebuah organisasi untuk
tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang hendak di tawarkan. Kos dikenakan
kepada:a) Unit Kos iaitu Unit keluaran yang mana kos dapat dihubungkan kepadanya dipilih
berdasarkan yang paling berkaitan untuk sesuatu aktiviti dalam perniagaan
tersebut, contohnya unit set TV yang dihasilkan, bilangan kerja, liter cat, kg bahan
Kw/jam dan seumpamanya.
b) Pusat Kos ialah lokasi atau fungsi peralatan agar kos boleh dikaitkan
sebelum dihubungkan kapada unit kos.
1.2

Perbezaan Kos Dan Belanja


2

Segala kos barangan atau perkhidmatan yang masih belum digunakan dan mempunyai potensi
ekonomi untuk digunakan pada masa akan datang dipanggil kos belum luput atau aset.
Manakala, belanja pula adalah kos yang luput ataupun telah hangus atau kos yang diperuntukkan
bagi tempoh semasa seperti belanja utiliti, belanja gaji dan belanja iklan yang dikeluarkan oleh
sesebuah perniagaan. Jadual berikut merupakan contoh perbezaan antara kos dan belanja:Bil

Kos

1.

(kos belum luput = kos aset)


(kos telah luput)
Bekalan/ Stok bahan mentah yang Belanja bekalan bahan mentah

2.
3.
4.

Belanja

belum digunakan
Peralatan seperti mesin, kenderaan
Belanja susutnilai peralatan
Insurans prabayar
Belanja insuran
Inventori bahan mentah
Bahan mentah yang digunakan
Jadual 1.1 : Perbezaan kos dan belanja

Selain itu, kos kepada objek kos boleh berubah bergantung dengan faktor-faktor tertentu.
Pengerak kos merupakan elemen atau penyebab yang menggerakkan kos untuk berubah samada
meningkat atau menurun atau tidak berubah seperti unit jualan, unit pengeluaran, jam buruh
langsung, jam mesin, kos bahan mentah dan lain-lain. Faktor yang apabila ia berubah akan
menyebabkan jumlah kos bagi objek kos berkenaan turut berubah dipanggil Penggerak Kos
(Cost Driver).

Contohnya, kos jualan akan meningkat jika unit jualan (penggerak kos)

meningkat akibat daripada peningkatan bayaran komisen kepada jurujual dan kos bahan mentah
akan meningkat sekiranya unit pengeluaran (penggerak kos) meningkat.

2.0

Pengelasan Kos

KM
le
a
an
n
su
ir
fu
it
kK
ae
sl
ii aa
Kk
ou
sa
n

Jadual 2.1: Klasifikasi kos

Kos diklasifikasikan berasaskan objektif kos. Jenis kos digunakan bagi tujuan yang berbeza di
dalam mengurus aktiviti sesebuah organisasi. Tujuan klasifikasi kos adalah untuk membuat
keputusan yang tepat.

Ini kerana, apabila pengurus hendak melaksanakan fungsi-fungsi

pengurusan contohnya perancangan, kawalan dan membuat keputusan, pengurus memerlukan


maklumat yang berfokuskan kepada kos-kos yang dilibatkan di dalam sesebuah organisasi. Kos
seperti yang diketahui boleh dikelaskan kepada beberapa kategori tertentu. Antara tujuan dan
sebab mengapa pengkelasan kos dibuat adalah agar proses sesuatu pembuatan keputusan dapat
dibuat dengan meneliti serta mengambil kira kategori kos dengan betul. Kategori-kategori kos
tersebut dapat dikelaskan seperti berikut:2.1

Klasifikasi kos menurut kelakuan

KK

ok
ks

a
o

m
ut
k
ea

t
aa
p

a
s
s
e

t
e

i
n

Jadual 2.2: Klasifikasi kos menurut kelakuan


4

r
u

Klasifikasi kos menurut kelakuan ialah kos yang diperlukan untuk menghasilkan produk. Kos
mungkin atau tidak mungkin berubah mengikut tingkat aktiviti.

Tingkat aktiviti biasanya

merujuk kepada volum pengeluaran atau jumlah atau nilai barangan yang dijual. Pengurus harus
mempunyai pengetahuan mengenai kelakuan kos syarikat agar dapat meramalkan kesan
keputusannya ke atas untung dan kawalan terhadap kos. Terdapat empat jenis kos dikelaskan
mengikut kelakuan iaitu:i) Kos tetap
Kos tetap adalah kos yang tidak akan berubah mengikut sesuatu julat aktiviti (volum) dan
dalam sesuatu lingkungan masa yang diberi. Contoh kos tetap termasuklah insurans,
susutnilai dan gaji pengarah. Oleh kerana kos tetap berkait dengan satu jarak waktu ia
juga dikenali sebagai kos tempoh. Contohnya, gaji pengarah adalah tetap setiap bulan
tidak kira jumlah jam tempoh kerjanya. Kos tetap adalah seperti dalam gambarajah
berikut: Kos tetap: Kos yang tidak akan berubah dari segi jumlah mengikut paras operasi.

(Rujuk rajah 2.1)

Cth: tingkatkan jumlah


jam bekerja sebanyak
10% walaubagaimana
pun gaji pengarah
tetap tidak berubah.

kos
kos tetap

(Cth: sewa, gaji dll)

Rajah 2.1: Kos tetap


Operasi(Pengeluaran/jualan)

ii) Kos Berubah

Kos ini adalah kos yang berubah dengan kadar yang seimbang dengan perubahan dalam
aras aktiviti (volum). J ika sesebuah kilang meningkatkan pengeluarannya, kos berubah
juga akan meningkat. Contohnya bahan mentah, upah langsung, belanja langsung dan
bahan api yang digunakan oleh kenderaan.

Kos berubah adalah seperti dalam

gambarajah berikut: Kos berubah: Kos ini berubah jumlahnya mengikut volum kegiatan tertentu dan ia
berubah secara langsung. (rujuk rajah 2.2)
kos

kos berubah

(Cth: Bahan mentah,


komisen,
buruh langsung dll)

Cth: tingkatkan pengeluaran


sebanyak 10% maka bekalan bahan
mentah perlu ditingkatkan 10%

Rajah 2.2: Kos berubah


Operasi(Pengeluaran/jualan)

iii) Kos separa berubah


Kos ini adalah kos yang mengandungi kedua-dua kos tetap dan kos berubah. Dengan kata
lain, kos tersebut bukanlah tetap atau berubah secara sempurna. Kos telefon contohnya
mengandungi suatu jumlah tetap iaitu sewa untuk tempoh sebulan dan kos berubah untuk
kadar panggilan sebulan.
Kos separa berubah: Kos ini mengandungi jumlah tetap di dalam sesuatu julat

berkenaan dan kemudian bertambah atau berkurang mengikut paras kegiatan. (Rujuk
rajah 2.3).
kos
(Cth: kos air,
talifon dll)

Cth: kos telefon


mengandungi
suatu jumlah
tetap iaitu sewa
Kos berubah untuk suatu
tempoh dan kos

Kos tetap

Kos tetap

Rajah 2.3: Kos separa tetap


Operasi(Pengeluaran/jualan)

iv) Kos Tangga


Kos ini merupakan kos tetap untuk satu julat aktiviti kemudian meningkat kepada satu
tingkat baru apabila aktiviti berubah. Contohnya, seorang penyelia pengeluaran menyelia
sebilangan pekerja.

Apabila bilangan pekerja meningkat disebabkan peningkatan

pengeluaran, maka seorang lagi penyelia perlu ditambah. Oleh itu gaji penyelia adalah
contoh kos tangga.
Kos tangga: Kos ini mengandungi jumlah tetap di dalam sesuatu julat berkenaan dan

kemudian bertambah atau berkurang mengikut paras kegiatan. operasi. (Rujuk rajah
2.4)
kos
kos Tangga

Cth: Penambahan
bilangan penyelia
menyebabkan kos gaji
penyelia juga berubah.

(Cth: susut nilai, gaji dll)

Rajah 2.4: Kos Tangga


Operasi(Pengeluaran/jualan)

2.2

Klasifikasi kos menurut fungsi

K
of
sk
pm
eu
nf
gi
e
l
u
aa

l
i

i
s

s
e

r
u

r
a
n
Klasifikasi kos menurut fungsi perniagaan adalah kos yang diklafikasikan mengikut kegiatan
atau operasi yang dijalankan oleh sesuatu perniagaan. Aspek fungsi tersebut adalah:i) Kos Pengeluaran
Kos pengeluaran adalah kos yang terlibat sejak daripada masa perolehan bahan sehingga
penghantaran barang siap ke stor atau gudang.

Contohnya termasuk overhead

pengeluaran, bahan langsung, buruh langsung dan belanja langsung.


ii) Kos Pentadbiran
Kos pentadbiran ialah kos yang terlibat dalam pentadbiran am termasuk mengarah dan
mengawal operasi sesebuah organisasi. Contoh kos pentadbiran ialah yuran audit, bil
letrik dan sewa pejabat.
iii) Kos Pemasaran
Kos pemasaran ialah kos yang terlibat semasa penjualan, penyerataan, pengagihandan
perkhidmatan keluaran. Kos pemasaran ditakrifkan oleh CIMA sebagai kos
menyerantakan dan mempersembahkan kepada pelanggan keluaran perniagaan dalam
8

bentuk yang menarik, pada harga yang boleh diterima, bersama dengan segala kos kos
penyelidikan yang releven, memperolehi pesanan dan biasanya serahan barang kepada
pelanggan. Dalam keadaan tertentu perkhidmatan selepas jualan juga termasuk dalam
kos pemasaran. Kos pemasaran terbahagi kepada:a) Kos penjualan ialah bahagian kos pemasaran yang terlibat semasa memperolehi
pesanan.

Contohnya diskaun diberikan, gaji jurujual, komisen jurujual dan

penyelidikan pasaran
b) Kos publisiti ialah bahagian kos pemasaran yang terlibat dalam pengiklanan dan
promosi sebagai bantuan kepada jualan barang dan perkhidmatan yang
seterusnya. Contohnya sampel barang, kos bahan publisiti yang bertulis, kos
pengurusan pertunjukan perdagangan dan kos pengiklanan.
c) Kos pengagihan ialah bahagian kos pemasaran yang terlibat dalam penyimpanan
barang di gudang dan menghantar barangan kepada pelanggan.

Contohnya

termasuk sewa gudang, penyelenggaraan gudang, kos pengangkutan, kos


pembungkusan, kos simpanan dan susutnilai kenderaan.
iv) Kos kewangan
Kos kewangan ialah kos yang terlibat dalam pembiayaan aktiviti perniagaan yang
dijalankan. Contohnya termasuklah faedah, yuran janjisanggup, insurans dan dividen.
v) Kos Penyelidikan
Kos penyelidikan adalah kos yang terlibat dalam usaha mencari inovasi idea, bahan
kaedah dan keluaran baru atau tambahbaik produk. Contohnya termasuklah kos
penyelenggaraan makmal, gaji kakitangan penyelidikan dan sebagainya.

2.3
i.

Klasifikasi menurut kos produk dan kos tempoh


Kos Produk

Kos produk ialah kos yang diinventorikan di mana kosnya dimasukkan dalam pengiraan
kos seunit produk.

Kos produk adalah merupakan satu aset kerana apabila produk

tersebut tidak dijual, kos tersebut akan tetap berada dalam inventori. Di dalam kes
perkilangan, kos produk terdiri daripada bahan mentah lansung, buruh langsung dan
overhed kilang. Kos produk dilihat sebagai dikenakan kepada unit produk dan pada
titik jualan, kos tersebut akan bertukar menjadi belanja yang dikenali sebagai kos barang
dijual. Kos produk tidak akan dianggap sebagai belanja serta merta apabila ia berlaku.
Kelas kos dapat disimpulkan seperti rajah di bawah:-

Buruh langsung

Overhed kilang

Bahan mentah langsung

Bahan
yang
dapat
dikesan dan dikenal pasti
secara fizikal dalam
penyediaan produk siap
ii.

Kos buruh yang terlibat


secara langsung dalam
menyediakan bahan dan
membentuk produk

Semua kos perkilangan yang


terlibat ke atas penyediaan
produk selain Bahan langsung
dan buruh langsung

Kos Tempoh
Kos tempoh adalah kos yang dicaj sebagai belanja pada tempoh ianya berlaku dan ia
tidak boleh diinventorikan. Antara contoh yang boleh dilihat sebagai kos tempoh ialah
belanja pentadbiran dan jualan (pemasaran). Kos pemasaran ialah kos yang terlibat untuk
memastikan barangan sampai kepada pengguna. Kos pentadbiran pula ialah semua kos
yang berkaitan dengan pengurusan operasi syarikat. Ringkasan dan contohnya boleh
dilihat pada rajah di bawah:-

10

Kos Pemasaran dan Jualan

Kos Pentadbiran

Kos yang terlibat untuk memastikan Semua kos yang berkaitan dengan pengurusan
barangan sampai kepada pengguna

operasi syarikat

Contoh:

Contoh:

Komisen jurujual

Gaji kerani

Belanja sample

Gaji pengurus

Belanja promosi dan iklan

Susutnilai peralatan pejabat

2.4

Klasifikasi menurut kos relevan dan kos tidak relevan.

Konsep yang berguna kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan adalah kerelevanan.
Kos relevan merupakan kos masa depan yang boleh diubah daripada keputusan yang diambil
manakala kos tidak relevan tidak dapat diubah walau apapun keputusan yang diambil.
Kos relevan merupakan kos masa hadapan yang akan berbeza daripada satu alternatif kepada
satu alternatif. Manakala kos tidak relevan adalah kos yang tiada bezanya di antara kesemua
alternatif. Pengurus perlu mendefinisikan secara jelas antara kos relevan dan kos tidak relevan
agar tada pembaziran masa mempertimbangkan kos yang sama yang tidak memberi kesan ke
atas mana-mana keputusan yang akan diambil. Secara terperincinya, kos relevan merupakan
maklumat kos dan hasil yang digunakan untuk membantu pengurusan membuat keputusan atau
pertimbangan untuk memilih sesuatu yang mempunyai kesan jangka pendek dan dalam situasi
tertentu. Kos relevan terbahagi kepada 5 jenis iaitu:i.

Kos Hangus
Kos ini juga dikenali sebagai kos tenggelam merupakan kos yang telah dilibatkan dan
tidak boleh diperolehi kembali, kos telah berlaku pada masa lepas yang tidak boleh elak
dan tidak relevan. Kos dianggap relevan apabila kos tersebut akan terlibat atau berlaku di
masa hadapan. Sebagai contohnya adalah kos mesin lama.

ii.

Kos Pertambahan
11

Kos ini terlibat apabila syarikat ingin menjalankan sesuatu aktiviti. Contohnya, apabila
sesebuah kilang membeli mesin baru, mereka juga perlu menghantar pekerja baru untuk
latihan.
iii.

Kos Melepas
Suatu faedah atau manfaat yang terpaksa dilepaskan atau dikorbankan akibat memilih
satu alternatif yang lain. Contohnya, hasil sewa kedai yang terpaksa dilepaskan apabila
syarikat menggunakan kedai tersebut untuk membuat tempahan khas.

iv.

Kos Pembezaan
Kos-kos yang terlibat antara alternatif hanya akan relevan apabila terdapat perbezaan kos
antara alternatif-alternatif tersebut. Misalnya susutnilai mesin lama adalah RM1,000.00,
susutnilai mesin baru RM 1,500.00, maka perbezaan RM 500 dikenali kos pembezaan.

v.

Kos Boleh Elak / Tidak Boleh Elak


Kos Boleh Elak merupakakan kos yang tidak perlu terlibat atau tidak terus berlaku lagi di
masa hadapan jika alternatif itu dipilih. Contohnya kos sewa peralatan khas dlm
pembuatan sesuatu komponen. Manakala Kos Tidak Boleh Elak adalah kos yang masih
perlu terus berlaku walaupun mana-mana alternatif diambil dan ianya tidak mempunyai
ciri pembezaan dan tidak relevan.

12

3.0

Tujuan maklumat Perakaunan Pengurusan

3.1

Perancangan

Pihak pengurusan perlu mengetahui maklumat kos tempoh semasa dan masa lepas untuk
membuat perancangan kewangan masa hadapan dalan bentuk belanjawan induk (operasi dan
kewangan) dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. Contohnya, maklumat harga belian mentah
sekilogram dan berapa kilogram bahan mentah bagi seunit produk digunakan untuk
menganggarkan kos belian bahan mentah untuk menampung sasaran jualan yang dikehendaki.
Melalui analisis maklumat dan aktiviti kos yang lepas serta membandingkan dengan maklumat
kos yang terkini, ia akan membantu di dalam membuat perancangan yang lebih baik seterusnya
dapat mempertingkatkan prestasi pada masa hadapan.
menyampaikan maklumat-maklumat untuk

Perakaunan pengurusan dapat

membolehkan sesuatu perniagaan merancang

aktivitinya untuk mencapai sesuatu objektif, seperti mempertingkatkan untung atau


memperkukuhkan kedudukan kewangannya.

Contohnya, penyediaan analisis terhadap

ketidakcekapan yang telah berlaku dalam pebagai bentuk seperti pembaziran bahan mentah,
masa, perbelanjaan, kegunaan mesin, alatan dan pelbagai lagi membolehkan pihak pengurusan
membuat perancangan yang lebih rapi untuk mengurangkan ketidakcekapan ini pada masa
hadapan.
3.2

Analisa

13

Melalui maklumat kos perakaunan pengurusan, maka analisa kos inventori bahan mentah, kerja
dalam proses (KDP) dan barang siap iaitu produk dapat ditentukan. Justeru, pihak pengurusan
perlu mengetahui apakah kos yang perlu diambilkira dalam menentukan nilai inventori.
Contohnya, kos produk akan ditentukan berdasarkan kos bahan mentah yang digunakan, buruh
langsung dan kos overhed yang terlibat dalam menghasilkan produk siap ini. Kos inventori akan
digunakan untuk mengira kos barangan dijual dalam penyata pendapatan dan aset semasa dalam
lembaran imbangan.
3.3

Kawalan kos

Pihak pengurusan memerlukan kos piawai (standard) dan kos sebenar yang berlaku bagi tujuan
penilaian prestasi dan kawalan operasi perniagan. Ia bertujuan untuk mengetahui apakah kos
operasi yang sebenar digunakan atau dibelanjakan seperti seperti kos piawai yang telah
dijangkakan.

Kawalan penting kepada pihak pengurusan untuk menentukan operasi jabatan

proses dan kos dalam keadaan terkawal. Melalui kawalan, ia membolehkan setiap bahagian
dalam organisasi bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif syarikat yang telah ditetapkan.
Data-data yang diperolehi dari perakaunan kos boleh digunakan untuk mendedahkan segala
pembaziran dan kerugian yang telah berlaku disebabkan oleh kurang kecekapan supaya tindakan
yang cepat dapat diambil.
Contohnya kos buruh langsung yang dijangkakan sebulan adalah RM19,800.00 tetapi kos
sebenar yang dilibatkan untuk membayar kos buruh langsung adalah RM21,500.00 sebulan.
Lebihan RM1,700.00 ini adalah mungkin disebabkan oleh jam buruh bekerja melebihi jangkaan
atau kadar upah yang lebih tinggi. Melalui maklumat kos ini tindakan pembaikan dapat
3.4

Penentuan Keuntungan Dan Anggaran Harga

Pihak pengurusan perlu mengetahui kos yang akan dimasukkan dalam penyata pendapatan bagi
mengira untung bagi tempoh kewangan yang disediakan. Contohnya kos barangan dikilang, kos
barangan dijual, belanja jualan, belanja pentadbiran dan sebagainya.
Dalam penentuan harga faktor kos merupakan faktor yang penting disamping beberapa faktor
yang lain seperti pasaran, persaingan dan lain-lain. Data-data kos dari perakaunan kos

14

membolehkan kos sesuatu item dikira untuk tujuan menetapkan harga sebelum item tersebut
dijual.
3.5

Pembuatan keputusan

Pihak pengurusan perlu mengetahui maklumat kos untuk tujuan pembuatan keputusan yang
berkaitan dengan penentuan kos produk, perletakan harga, penamatan segmen keluaran,
penerusan barisan keluaran, keputusan pembelian dan sebagainya. Melalui maklumat kos, pihak
pengurusan akan dapat membuat keputusan yang tepat dan menguntungkan perniagaan.
Maklumat kos yang dipersembahkan dengan betul dan tepat amat berguna kepada pihak
pengurusan dalam membuat keputusan yang boleh memberi kesan terhadap prestasi dan
kedudukan kewangan perniagaan sama ada dalam jangka masa pendek atau pun panjang.
Contohnya perakaunan kos membolehkan pihak pengurusan menentukan kos pelbagai kerja dan
proses. Ia juga dapat menentukan pelbagai kerugian dan pembaziran sebelum kerja disiapkan.
Justeru keputusan yang cepat dapat diambil bagi mengelakkan kerugian yang lebih
besar berlaku.

15

4.0

Penyediaan Penyata kos barang dikilang

Organisasi perkilangan memproses bahan mentah menjadi barang siap. Justeru kos-kos yang
terlibat adalah terdiri daripada bahan mentah langsung, buruh langsung dan kos overhed.
Formula untuk mendapatkan kos barang dikilang adalah seperti di bawah:-

Kos Bahan Langsung


+
Kos Buruh Langsung
+
Belanja Langsung
=
Kos Prima
+
Kos Overhead
+
16

Kerja dalam proses awal


Kerja dalam proses akhir
=
Kos Pengeluaran

4.1

Kos Bahan langsung

Bahan langsung terdiri daripada bahan yang boleh diperolehi secara fizikal daripada keluaran
tertentu. Contohnya adalah bagi kilang pembuat perabot, kayu yang digunakan untuk membuat
perabot adalah merupakan bahan langsung bagi industri tersebut.
4.2

Kos Buruh langsung

Buruh langsung terdiri daripada buruh yang boleh dikenalpasti bekerja untuk produk tersebut.
Contohnya adalah kos buruh langsung adalah daripada upah yang diperolehi oleh buruh tersebut
untuk kerja melengkapkan bahagian meja untuk dijadikan meja siap atau upah yang dibayar
kepada buruh yang bekerja dalam proses pengeluaran.
4.3

Belanja langsung

Belanja langsung adalah terlibat secara langsung dengan pengeluaran. Contohnya kos untuk
menyewa mesin untuk pengeluaran keluaran tertentu.
4.4

Kos Prima
Kos prima juga turut dikenali sebagai kos utama iaitu kos bahan mentah langsung dan

buruh langsung serta belanja langsung yang digunakan dalam pengeluaran produk siap.
Kos Prima

Kos Bahan

Kos Buruh Langsung

17

Belanja Langsung

4.5

Kos Overhead

Overhed merupakan jumlah kos bahan tidak langsung, buruh tidak langsung langsung dan
belanja tidak langsung. Disebabkan sifatnya tidak langsung ia sukar dikesan dan tidak menjadi
sifat semulajadi kepada keluaran yang dikeluarkan. Contohnya, bahan tidak langsung, upah
tidak langsung, insuran loji, sewa kilang, gaji pekerja pentadbiran, yuran audit, belanja alat tulis,
kos pengiklanan, gaji dan komisen jurujual, pengangkutan, pembungkusan dan lain-lain.
4.6

Kerja dalam proses awal dan akhir

Bermaksud barang-barang yang masih dalam proses pengeluaran yang mana akhirnya akan
dijual dalam perniagaan atau dikenali disebagai barang separuh siap. Barang yang telah diproses
tetapi belum dapat disiapkan pada akhir tempoh perakaunan. Ianya akan dinilai dengan
mengambil kira kos bahan mentah, kos buruh langsung dan kos overhed yang terlibat.
4.7

Contoh Penyata Kos Barangan di Kilang

Contoh pengiraan dapat ditunjukkan seperti contoh soalan dan jawapan dibawah. Maklumat
berikut telah diperolehi daripada Syarikat Esse Perabot Jati bagi tahun berakhir Disember 2013.
Kos-kos dan belanja

RM

Belanja pengiklanan

214,000

Insurans peralatan kilang

7,000

Susutnilai peralatan jualan

30,000

Sewa bangunan kilang

80,000

Utiliti kilang

51,000

Komisen jualan

34,000

Cuci bekalan kilang

5,000

Susutnilai peralatan kilang

100,000

Gaji jualan dan pentadbiran

84,000

Penyelenggaraan kilang

73,000

Buruh langsung

64,000

Belian bahan mentah

250,000
18

Baki inventori pada awal dan akhir tahun 2013 ialah seperti berikut:1 Januari

31 Disember

Bahan mentah

RM 40,000

RM 30,000

Kerja dalam proses

RM 47,000

RM 32,000

Barang siap

RM 20,000

RM 84,000

Esse Perabot Jati


Penyata Kos Barang Dikilang
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2008
RM
Inventori awal bahan langsung

40,000

+Belian bahan langsung

250,000

Bahan langsung sedia digunakan

290,000

-Inventori akhir bahan langsung

30,000

RM

Bahan langsung digunakan

260,000

Buruh langsung

64,000

Overhed kilang:
Insurans kilang

7,000

Sewa bangunan kilang

80,000

Utiliti kilang

51,000

Cuci bekalan kilang

5,000

Susutnilai peralatan kilang

100,000

Penyelenggaraan kilang

73,000

316,000
640,000

Kos perkilangan semasa


19

+ Inventori awal kerja dalam proses

47,000
687,000

-Inventori akhir kerja dalam proses

32,000

Kos barang dikilang

655,000

Contoh yang ditunjukkan di atas adalah bagaimana pengiraan kos barang dikilang dilakukan di
mana inventori awal bahan langsung ditambah dengan belian bahan mentah dan kemudian
ditolak dengan inventori akhir dan menghasilkan bahan langsung digunakan.

Untuk

mendapatkan kos perkilangan semasa, bahan langsung digunakan ditambah buruh langsung dan
overhed kilang. Seterusnya, kos perkilangan semasa ditambah dengan inventori awal kerja
dalam proses dan ditolak dengan inventori akhir kerja dalam proses untuk mendapatkan kos
barang dikilang. Oleh itu jumlah kos perkilangan Esse Perabot Jati bagi tahun 2013 ialah
RM 675,000.

20

5.0

Kesimpulan

Pengetahuan tentang konsep kos dan gelagatnya amat penting bagi setiap pengurus dalam proses
merancang, mengawal dan pembuatan keputusan berkaitan aktiviti perniagaan organisasi. Ini
kerana hanya kos yang relevan sahaja yang akan diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan.
Manakala keupayaan membezakan klasifikasi kos serta menganalisa fungsi dan kesan yang di
bawa oleh kos-kos yang terlibat akan membantu pengurus untuk dalam pembuatan keputusan
yang tepat.
Perakaunan Pengurusan dapat membantu pengurus membuat keputusan yang lebih efisen kepada
organisasi dalam penentuan kawalan belanjawan, harga produk, pembelian aset, penamatan
segmen perniagaan atau barisan keluaran yang tidak menguntungkan, pengembangan cawangan
perniagaan, penilaian prestasi dan sebagainya.
Dalam konteks pembuatan keputusan, adalah tidak mencukupi bagi pengurus untuk sekadar
mengetahui berapa banyak kos ditanggung untuk menyediakan produk siap, tetapi mereka juga
perlu tahu jenis-jenis kos yang menghasilkan jumlah kos tersebut. Justeru, penyediaan penyata
kos barang dikilang yang baik akan membantu pengurus merealisasikan pembuatan keputusan
yang cemerlang serta menguntungkan organisasi.

21

(2,957 patah perkataan)

RUJUKAN
1. Abdul Rahman Hamzah (1998), Perakaunan Perniagaan. Shah Alam. Piramid Perdana
Sdn. Bhd.
2. Garrison, Noreen, Brewer (2006), Managerial Accounting; McGraw-Hill International
Edition
3. Jafri Mohd Rohani, dan K. Y. Wong (2000). Productivity Improvement in an V-Shape
Manual AssemblyCel. Jurnal Teknologi, 32(A).
4. Prof. Dr. Ansay Ahmed et.al (2006). Open University Malaysia: Perakaunan
Pengurusan . Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
5. Wan Madznah Wan Ibrahim (2006). Prinsip Perakaunan. Kuala Lumpur. Oxford Fajar
Sdn Bhd.

22

You might also like