You are on page 1of 10

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER MEI / TAHUN 2015

CBCT2203

BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

NO. MATRIKULASI : 751014125697001


NO. KAD PENGENALAN : 751014125697
NO. TELEFON : 016 3747679
E-MEL : izz_ilham@yahoo.com
NAMA TUTOR :
PUSAT PEMBELAJARAN : LABUAN LEARNING CENTRE
ISI KANDUNGAN

No Tajuk Halaman

1.0 Pengenalan 3-4


1.1 Definisi Pekerja Berpengetahuan

2.0 Status Terkini Pekerja Berpengetahuan Di Malaysia 5 – 11

3.0 Manfaat Pekerja Berpengetahuan Asing Di Malaysia 12 - 13

4.0 Cabaran Disebabkan Oleh Pekerja Berpengetahuan Asing Di 14 – 15


Malaysia

5.0 Kesimpulan 16

Rujukan 17

2
1.0 PENGENALAN

Negara Malaysia sedang mengorak langkah untuk menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Selaras dengan aspirasi ini, kualiti modal insan negara telah
dikenalpasti sebagai elemen paling kritikal untuk mencapai hasrat tersebut. Ianya telah
dijadikan teras utama dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) yang
merupakan rancangan pembangunan lima tahun pertama dalam fasa 15 tahun kedua untuk
mencapai Wawasan 2020. Keperluan sumber manusia mahir berpengetahuan dalam era
ekonomi baru yang berasaskan pengetahuan amat penting dalam melahirkan ekonomi unggul
yang diperlukan oleh Malaysia ke arah negara maju. Justeru, Negara perlu mengorak langkah
lebih aktif dalam menggarap dan membangunkan sektor teknologi baru supaya menjadi
pelopor dan penggerak dalam bidang tersebut.

Pengiktirafan status MSC Malaysia melayakkan entiti perniagaan yang terpilih


menikmati insentif, hak dan keistimewaan dari Kerajaan Malaysia (Kerajaan), iaitu Akta
Jaminan MSC Malaysia (BoGs). BoG melambangkan hasrat Kerajaan untuk menyediakan
persekitaran di dalam MSC Malaysia yang kondusif untuk pembangunan entiti perniagaan
berstatus MSC Malaysia. Segala insentif, hak dan keistimewaan yang diberi menurut BoG
adalah tertakluk kepada syarat di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Sebagai tambahan, kelayakan untuk BoG adalah tertakluk kepada kepatuhan oleh
entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia, mengikut terma dan syarat yang mungkin
dikenakan oleh Kerajaan dan/ atau Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC), sebagai
organisasi yang telah diberi mandat oleh Kerajaan untuk menyelaras, mempromosi dan
menggalakkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan juga perkhidmatan
terpilih di MSC Malaysia dan Malaysia.

Walaupun pihak Kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang dalam


menyediakan insentif, hak dan keistimewaan di bawah BoG, peruntukan sebenar adalah
tertakluk kepada pelbagai faktor dan pihak (awam dan swasta), dan boleh dipengaruhi
keadaan yang mana ia bukan di bawah kawalan pihak Kerajaan.

Senarai BoG adalah seperti berikut:

3
I. BoG 1: Menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia.
II. BoG 2: Membenarkan pengambilan pekerja k-knowledge tempatan dan asing
secara terbuka.
III. BoG 3: Memastikan kebebasan hak milik dengan mengecualikan syarikat
berstatus MSC Malaysia dari undang-undang pemilikan tempatan.
IV. BoG 4: Memberikan kebebasan dan hak untuk mencari modal secara global
untuk infrastruktur MSC Malaysia.
V. BoG 5: Menyediakan insentif kewangan kompetetif, termasuklah status
perintis yang memberikan pelepasan cukai 100% sehingga 10 tahun atau
Elaun Pelaburan Cukai sehingga 5 tahun, dan tiada duti import peralatan
multimedia akan dikenakan.
VI. BoG 6: Menjadi pemimpin serantau dalam perlindungan harta intelek dan
undang-undang siber.
VII. BoG 7: Menjamin tiada penapisan Internet.
VIII. BoG 8: Menyediakan tarif telekomunikasi global yang berdaya saing.
IX. BoG 9: Menender kontrak infrastruktur utama MSC Malaysia kepada syarikat
terkemuka yang sedia menjadikan MSC sebagai pusat kawasan.
X. BoG 10: Menyediakan sebuah agensi sehenti dan diiktiraf bagi bidang ICT di
Malaysia – MDeC.

Manakala, Akta Jaminan No. 2: Membenarkan pengambilan Knowledge Worker


tempatan dan asing tanpa had.

Antara Objektif polisi ialah untuk mencapai visi Malaysia untuk menjadi pusat ICT
global dengan membekalkan modal insan profesional demi memenuhi keperluan industri.

Justeru, interpretasinya ialah entiti status MSC Malaysia dijangka dapat mengekalkan
satu set tenaga kerja dengan menggunakan peratusan yang besar pekerja berpengetahuan. Ini
bertepatan dengan keperluan dan kehendak industri ICT serta selaras dengan matlamat jangka
panjang Malaysia membolehkan dan mengekalkan pertumbuhan yang didorong oleh
produktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan.

Entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia dimestikan mengekalkan satu set tenaga
kerja yang lengkap dengan menggunakan Knowledge Workers yang berpatutan. Ciri-ciri

4
yang tertentu mestilah disertakan bersama di dalam rancangan perniagaan entiti tersebut yang
juga merupakan sebahagian daripada permohonan entiti tersebut untuk mendapatkan status
MSC Malaysia.

Entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia dibenarkan mengambil jumlah Knowledge


Workers yang telah dipersetujui (jumlah akhir tertakluk kepada pindaan dibuat oleh MSC
Malaysia).

Proses pengambilan Knowledge Workers asing adalah tertakluk kepada syarat di


bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Entiti perniagaan
berstatus MSC Malaysia yang berkenaan boleh menghubungi Jabatan Imigresen secara
langsung atau melantik MDeC untuk menyediakan perkhidmatan yang dikehendaki.

Seorang Knowledge Worker (K-Worker) merupakan seorang individu yang


memenuhi syarat berikut:

I. Ijazah sarjana muda dari institusi pengajian tinggi (sebarang bidang);


II. Diploma Multimedia/ ICT atau kelulusan khas ICT dan sekurang-kurangnya 2
tahun pengalaman berkaitan dalam multimedia/ ICT atau di dalam bidang
yang menggunakan ICT dengan meluas;
III. Golongan profesional, eksekutif, pengurusan dan teknikal dalam bidang
perkhidmatan berasaskan ICT contohnya Profesional IT/ IS, Kewangan/
Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan.
IV. Syarikat yang beroperasi di dalam kluster SHAREDServices and Outsourcing
(SSO), pekerja asing yang memiliki kemahiran berasaskan pengetahuan yang
tidak terdapat di Malaysia seperti yang diperlukan oleh syarikat berstatus MSC
Malaysia;
V. Merujuk kepada syarikat yang tergolong di dalam kluster Multimedia Kreatif,
pekerja yang menggunakan bakat kreatif mereka untuk menghasilkan karya
kreatif tambah nilai untuk syarikat berstatus MSC Malaysia.

Entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia diminta mengambil pekerja tersebut


mengikut peranan yang sesuai dengan pengalaman serta kebolehan K-Worker tersebut.

Antara Kementerian/ Agensi bertanggungjawab ialah Jabatan Imigresen, di bawah


Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

5
Justeru, tugasan yang diberikan ini akan membincangkan secara lebih lanjut mengenai
status terkini pekerja berpengetahuan di Malaysia serta manfaat yang diperolehi dan cabaran
yang ditempuhi apabila kerajaan membenarkan pekerja berpengetahuan asing bekerja di
Malaysia.

1.1 Definisi Pekerja Berpengetahuan

Itag ( 1999 ) mendefinisikan pekerja berpengetahuan bermaksud analisis simbol


bermakna pekerja yang memanipulasi simbol berbanding mesin berbentuk ICT. Ini termasuk
system analisis, proncipta program, pereka laman web, arkitek, pereka fesyen, penyelidik,
guru dan analisis polisi. [ Shahril Marzuki]

Manakala, menurut J.Phang pula mengatakan k-workers ialah pekerja yanh boleh
menggunakan teknologi beserta dengan pengetahuan yang ada akan meningkatkan nilai
proses atau keluaran, pekerja yang juga bermotivasi untuk bekerja dari segi kepercayaan
untuk meningkatkan kendiri.

International Labour Organization ( 1997 ) mengenal pasti lima ciri istimewa yang
ada pada k-workers :

I. Ciri utama adalah mereka mendapat kerja dengan mempunyai pendidikan


formal. Mereka menguasai teori dan digabungkan pula dengan kebolehan
kreativiti ini kerana ilmu itu tidak akan produktif kecuali digandakan.
Walaupun pada masa ini ilmu boleh diperoleh secara meluas, boleh dipelajari
dan digunakan melalui pendidikan yang betul.
II. Pengetahuan kerja dan kerja mereka sangat khusus.
III. Mereka melalui proses pembelajaran sepanjang hayat kerana kebanyakan ilmu
menjadi ketinggalan dengan cepat.
IV. Mereka bersedia bergerak ke tempat yang mempunyai peluang lebih besar
sama ada di dalam ataupun di luar negara. Model mereka bukanlah tenaga
fizikal.
V. Sangat sukar bagi mengekalkan tenaga mereka melalui polisi HRD yang
tradisional. Mereka tidak menganggap diri mereka sebagai pekerja dan tidak
suka kepada bentuk pengawasan tradisional.

6
Peter Drucker ( 1997 ) pula mendefinisikan pekerja berpengetahuan sebagai pekerja
yang banyak menggunakan tenaga fikiran berbanding dengan tenaga fizikal. Pekerja
berpengetahuan juga dapat menjanakan, berkongsi dan mengaplikasikan idea. Ianya mungkin
seorang saintis, seorang tukang yang mahir ataupun seorang penyambut tetamu yang
mempunyai pengetahuan yang luas dalam organisasinya.

Justeru, tugasan yang diberikan ini akan membincangkan secara lebih lanjut mengenai
status terkini pekerja berpengetahuan di Malaysia serta manfaat yang diperolehi dan cabaran
yang ditempuhi apabila kerajaan membenarkan pekerja berpengetahuan asing bekerja di
Malaysia.

[ Shahril Marzuki]

2.0 STATUS TERKINI PEKERJA BERPENGETAHUAN DI MALAYSIA

K-Worker adalah singkatan daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu ‘Knowledge


Worker’. Ia merupakan pengetahuan pekerja yang diperolehi sama ada secara formal atau
tidak. Perbezaannya adalah tentang kefahaman, pengetahuan, informasi, kerja dan cara kerja.
Informasi hanya akan menjadi pengetahuan apabila seseorang boleh menggunakannya untuk
menambah atau menghasilkan nilai untuk kerjanya atau organisasi (Butt Wai Choon, 2005).
Istilah “K-Worker” ini sebenarnya diperkenalkan oleh sarjana bidang pengurusan yang
terkemuka iaitu Peter Drucker pada tahun 1959 dan dinyatakan semula selepas empat dekad
dalam bukunya untuk menerangkan tentang seseorang yang menambah nilai dengan
memproses informasi yang sedia ada untuk menghasilkan informasi atau pengetahuan yang
baru yang boleh digunakan untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah yang timbul. Peter
Drucker yang pertama menggunakan istilah K-Worker ini menerangkan ciri-ciri pekerja
berpengetahuan ini sebagai: “Pekerja berpengetahuan selalunya tidak berpuas hati dengan
kerjanya yang hanya untuk menyara kehidupan. Aspirasi dan pandangan mereka adalah untuk
menjadi ‘profesional’ atau ‘intelektual’. Mereka menjadikan pengetahuan sebagai asas untuk
mencapainya”. Sumbangan Drucker memperkenalkan istilah ini membawa kita kepada
konsep bahawa pekerja berpengetahuan ini adalah mereka yang menyatukan, menganalisis,
menambah nilai dan berhubungan dengan informasi untuk meningkatkan mutu pembuatan
keputusan. Malah, K-Worker ini menghasilkan pengetahuan, idea, informasi yang
memerlukan seseorang mengambilnya dan menyatukannya dalam produktif yang dinamik.

7
Dengan itu K-Worker ini memerlukan persekitaran sesuai yang membolehkannya
menghasilkan kerja yang cemerlang. Persekitaran yang sesuai ini dipanggil PKM (Personal
Knowledge Management) Selain itu, Cushman et al (1999) dan Harris (1999) mendefinasikan
K-Worker ini sebagai mereka yang “mengumpul, menganalisis, menambah nilai dan
berkomunikasi tentang informasi untuk meningkatkan mutu pembuatan keputusan. Pekerjaan
pengetahuan yang semulajadi adalah secara ad-hoc, mendesak dan kreatif.” Kerja mereka
dapat dinyatakan sebagai “lingkaran keputusan daripada kerja yang mempunyai turutan dan
siri yang sama.” Secara keseluruhannya, K-Worker ini lebih dari sekadar pekerja yang
berpengetahuan, dilatih dan berkebolehan. K-Worker ini mestilah berkeupayaan untuk
menghadapi secara inovatif dengan cara, kerja, latihan atau pembelajaran yang diperlukan
dan mengetahui bagaimana untuk meningkatkan atau menghasilkan nilai baru dalam kerjanya
(Butt Wai Choon, 2005).

[Mohamad Nasir Saludin ]

3.0 MANFAAT PEKERJA BERPENGETAHUAN ASING DI MALAYSIA

4.0 CABARAN DISEBABKAN OLEH PEKERJA BERPENGETAHUAN ASING DI


MALAYSIA

Cabaran dari Perspektif Kerajaan

■ modal insan yang holistik merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif.

■ tenaga kerja yang berkemahiran tinggi bagi menyokong k-Ekonomi.

■ laluan kerjaya dan kebolehkerjaan untuk belia.

■ keperluan untuk membangunkan maklumat pasaran buruh kebangsaan yang komprehensif.

Cabaran dari Perspektif Industri

■ ketidaksepadanan kemahiran (skills mismatch).

8
■ pekerja yang kurang kompeten.

■ kurang penekanan kepada kemahiran kerja teras seperti kerja berpasukan, penyelesaian
masalah, pemahaman mengenai perniagaan dan kebolehan belajar-bagaimana untuk belajar.

Cabaran dari Perspektif Penyedia Latihan

■ pelaburan yang tinggi – peralatan latihan dan bahan guna habis.PELAN INDUK Latihan
Dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008-2020 16

■ kekurangan kewangan/bantuan kewangan.

■ kekurangan tenaga pengajar yang kompeten.

■ keperluan untuk kemaskinikan kurikulum, pendekatan dipacu permintaan yang responsif


kepada keperluan sebenar.

■ keperluan untuk mengadakan persekitaran pembelajaran baru – pembelajaran kendiri,


pembelajaran melalui pengalaman.

Cabaran dari Perspektif Pelatih

■ kekurangan kewangan/bantuan kewangan.

■ pengajar dan penilai kurang kompeten.

■ kemudahan latihan tidak mencukupi.

■ kemahiran yang diperolehi cepat ketinggalan.

■ keperluan kepada latihan berterusan dan latihan secara kendiri.

Cabaran dari Perspektif Pengajar

■ keperluan untuk menggabungkan aspek teori dan praktikal dalam pengajaran.PELAN


INDUK Latihan Dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008-2020 17

■ keupayaan untuk mengadakan persekitaran pembelajaran yang membolehkan pembelajaran


kendiri, fleksibel dan relevan.

Cabaran dari Perspektif Imej dan Persepsi Masyarakat

9
■ stigma masyarakat terhadap pelajar yang menyertai aliran kemahiran sebagai pelajar
tercicir dan dipandang rendah.

■ keperluan untuk memberi pengiktirafan kepada latihan kemahiran sebagai sebahagian


daripada arus perdana dalam pendidikan.

■ penyedia latihan yang tidak bertanggungjawab – menyalahgunakan bantuan kewangan


kerajaan dengan mengabaikan pelajar.

■ keperluan untuk perkongsian pintar dalam mempertingkatkan latihan kemahiran.

5.0 KESIMPULAN

( 3,045 Patah Perkataan )

RUJUKAN

Shahril Marzuki (2005). Mengurus Dan Membiayai Pendidikan Di Malaysia. Pahang Darul
Makmur: PTS Professional Publishing.
Mariani Abu Bakar, Dr Sufian Idris, Nor Leyza, Roziah Latih, Majumin Hanum & Mohd
Zahari Awang (2013).Basic Concepts of Information Technology. Selangor Darul Ehsan:
Open University Malaysia
Prof Madya Datin Dr Noor Naemah Abd Rahman (November 2010). Usul Fiqh 1. Selangor
Darul Ehsan: Open University Malaysia

10

You might also like