You are on page 1of 9

Mukasurat 1 dari 9

ISU-ISU SYARIAH DALAM PRODUK AKAUN SIMPANAN DAN


PELABURAN AL-AWFAR BANK ISLAM: SATU PENJELASAN

Disediakan Oleh:
Haji Mohd Nazri Chik
1

Penolong Pengurus Besar Ketua Bahagian Syariah
Bank Islam Malaysia Berhad


PENDAHULUAN

Bank Islam Malaysia Berhad telah melancarkan produk akaun simpanan dan pelaburan Al-AwIar
pada 25 Mac 2009. Produk yang pertama seumpamanya dalam industri perbankan Islam ini
menggabungkan akaun simpanan dan pelaburan berasaskan kontrak Mudharabah dan peluang
memenangi hadiah wang tunai yang dipilih melalui cabutan setiap suku tahun.

PRODUK AL-AWFAR

Sebelum ditawarkan kepada pelanggan, produk Al-AwIar telah dibentangkan kepada Majlis
Pengawasan Syariah Bank Islam untuk kelulusan. Majlis melalui mesyuaratnya kali ke 102 pada 7
April 2008 dan ke 109 pada 26 Mac 2009 telah meluluskan produk ini.

Di bawah kontrak perkongsian Mudharabah, pendeposit sebagai pemilik modal (rabbul mal)
menyumbangkan modal untuk diuruskan oleh Bank sebagai pengusaha (mudharib) bagi urusniaga
perbankan termasuklah memberikan pembiayaan, pelaburan dan lain-lain. Keuntungan akan
diagihkan diantara Bank dan pendeposit mengikut kadar perkongsian keuntungan yang telah
dipersetujui sejak awal kontrak iaitu 98 (Bank) dan 2 (pendeposit) bagi akaun simpanan dan 70
(Bank) dan 30 (pendeposit) bagi akaun pelaburan. Pendeposit yang bertuah pula akan menerima
hadiah wang tunai yang disediakan oleh Bank melalui cabutan yang akan diadakan setiap tiga bulan.
Cabutan akan diadakan dikalangan pendeposit dimana setiap RM100 yang disimpan mewakili satu
peluang (opportunity) untuk cabutan hadiah. Ciri-ciri produk ini bolehlah diringkaskan seperti
berikut:






1
Haji Mohd Nazri bin Chik mendapat kelulusan Sarjana Muda Shariah (Fiqh dan Usul Fiqh) dan Sarjana
Shariah (Sosiologi Hukum) daripada Universiti Malaya.
Mukasurat 2 dari 9
CIRI AKAUN SIMPANAN AKAUN PELABURAN
Kontrak Mudharabah
Keperluan Umur Individu - lebih 12 tahun bagi akaun simpanan
Akaun amanah di bawah 12 tahun dengan ibubapa/ penjaga
berumur lebih 18 tahun
Pendeposit Individu, persatuan, sekolah, universiti, masjid dan lain-lain.
Cara Deposit Kaunter, CDM, ATM dan
perbankan internet.
Kaunter dan perbankan internet
Pembukaan Akaun Buku simpanan atau tiada buku
akaun melalui ATM
Sijil Akaun Pelaburan
Kadar Pembahagian
Keuntungan
98 (Bank): 2 (Pendeposit) 70 (Bank): 30 (Pendeposit)
Tambahan dan Pengeluaran Apa-apa jumlah melebihi RM1
1umlah Minimum Yang Perlu
Dikekalkan
RM 100 -
Kelayakan Untuk Cabutan
Hadiah
RM 100 1 peluang dengan syarat deposit telah dikekalkan$
dalam akaun sekurang-kurangnya selama 1 bulan.
Akaun aktiI sahaja (bukan dorman, mati dan dipindah kepada
PendaItar Wang Tidak Dituntut).
Cabutan Hadiah Setiap tiga bulan (atau lebih kerap mengikut budi bicara Bank)
Hadiah Wang tunai akan dideposit kembali ke akaun Al-AwIar.
Hadiah bagi 3 bulan pertama yang disediakan oleh Bank:
Hadiah Hadiah Wang Tunai Bilangan Hadiah
1 RM 100000 1
2 RM 10000 1
3 RM 5000 1
4 RM 1000 3
5 RM 500 5
6 RM 250 18
7 RM 100 500


ISU-ISU SYARIAH

Setelah produk ini ditawarkan, berbangkit dua persoalan Syariah dikalangan masyarakat iaitu:

1. Adakah produk ini termasuk dikalangan perjudian yang diharamkan oleh Islam?
2. Adakah cabutan bertuah dibenarkan oleh Islam?

Mukasurat 3 dari 9
ISU SYARIAH 1: ADAKAH PRODUK INI TERMASUK DIKALANGAN PERJUDIAN YANG
DIHARAMKAN OLEH ISLAM?

Konsep Perjudian
Para fuqaha bersepakat (ijma) bahawa judi adalah sesuatu yang diharamkan oleh Islam berasaskan
kepada Iirman Allah SWT dalam surah al-Maidah: Ayat 90 -91:


Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan
keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.


Maksudnya: Sesungguhnya Syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu dengan arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada
mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu
berhenti?

Imam al-Jassas dalam mentaIsirkan ayat di atas menjelaskan ayat ini merujuk kepada perjudian orang-
orang Arab Jahiliyyah dengan menggunakan anak panah. Mereka menyembelih seekor unta dan
membahagi-bahagikan dagingnya kepada bahagian-bahagian yang berbeza-beza saiz besar dan
kecilnya. Kemudian,setiap bahagian daging tersebut diberikan nama dan nama tersebut diikat kepada
anak-anak panah. Kemudian anak-anak panah tersebut dikumpulkan bersama beberapa anak panah
tidak bernama dan cabutan akan dibuat. Sesiapa yang mendapat anak panah bernama akan mengambil
daging mengikut namanya, manakala sesiapa yang mendapat anak panah tidak bernama bukan sahaja
tidak mendapat daging tetapi terpaksa membayar harga keseluruhan unta.
2
Al-Quran melarang
perlakuan ini dan di dalam surah al-Maidah: Ayat 3, Allah Taala memanggil perlakuan ini sebagai
VV'- '~--~:


2
At-Jassas, Abu Bakr (1347H), Ahkam al-Quran, Kahirah: al-Bahiyah, Juzu 2, ms. 11
Mukasurat 4 dari 9

Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan
binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan
mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas,
kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan
(diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah
perbuatan Iasik

Selain daripada perkataan al-maisir (,~---) seperti digunakan dalam ayat 90 di atas, perjudian juga
disebut sebagai al-qimar ('---) dalam bahasa Arab. Ibnu Jarir al-Tabari mencatatkan pendapat-
pendapat Mujahid, Said bin al-Musayyib, Hasan al-Basri, Muhammd bin Sirin, Ata bin Abi Rabah
dan lain-lain bahawa al-maisir adalah al-qimar iaitu pada membahaskan Iirman Allah dalam
surah al-Baqarah: Ayat 219
3
:

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.
Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula manIaat bagi manusia, tetapi dosa
keduanya lebih besar daripada manIaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu: Apakah yang
mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari
keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-
keterangan hukumNya) supaya kamu berIikir.

Al-Qalaji mentakriIkan al-Qimar sebagai setiap permainan yang disyaratkan bahawa pemenang akan
mengaut (pertaruhan) dari yang kalah.
4
Ibnu al-Manzur menyatakan bahawa qamara (,-'-) adalah
sama dengan rahana (Q) dan dalam satu daripada makna al-murahanah (-,--) adalah al-

3
At-Tabari, Muhammad bin Jarir (1951), Jami al-Bayan an Tawil Ay al-Quran, Cairo: Matbaah MustaIa
al-Babi al-Halabi, Juzu 2, ms. 358
4
Qalaji, Muhammad Rawwas dan Hamid Sadiq Qunaybi (1988), Mujam Lughah al-Fuqaha,Beirut: Dar
al-NaIais, ms. 369
Mukasurat 5 dari 9
mukhatarah (,-'=--) iaitu pengambilan risiko.
5
Abdullah bin Abbas dalam mengulas tentang ayat
di atas menjelaskan:

' - = - = , ' : - , - ' : ' - - ' , , ' ' = ' . = ' ' ' _ ' = =' = ,
'' - , '' - ' ' - - - =' - - ' -+ , '
Maksudnya: Daripada Ibn Abbas RA, katanya: al-Maisir ialah al-Qimar. Di zaman
Jahiliyyah, seseorang lelaki merisikokan (mempertaruhkan) isterinya dan ahli keluarganya.
Maka sesiapa diantara mereka berdua yang tewas, maka pemenangnya akan membawa pergi
isteri dan keluarganya.
6


Atas asas di atas, Imam al-Jassas menyimpulkan bahawa al-qimar ialah -- '-- 4---- ,-'=-- _ atau
memberi pemilikan harta dengan risiko kehilangannya pada kedua-dua pihak. Manakala para
fuqaha lain tidak memberikan deIinisi secara langsung dan jelas tentang perjudian. Namun apabila
diteliti penulisan mereka, dapat disimpulkan bahawa ciri utama perjudian adalah dua perkara:
7


1. Ia disertai oleh dua atau lebih peserta yang mengeluarkan harta untuk ditaruhkan, sama ada harta
taruhan itu terus diserahkan atau dijanjikan untuk diserahkan. Harta inilah yang akan dijadikan
ganjaran bagi sesiapa yang terpilih atau menang.
2. Dalam transaksi ini, untuk membolehkan seseorang memperolehi harta seseorang yang lain, maka
dia perlu meletakkan hartanya pada dua kebarangkalian (risiko) sama ada mendapat keuntungan
ataupun kerugian (,- ;-- '-). Dia akan mendapat keuntungan apabila ia memenanginya
kerana mengaut semua pertaruhan peserta-peserta lain; atau menanggung kerugian kerana
kehilangan wang pertaruhan yang dikeluarkan.

Imam Ibnu Qudamah al-Hanbali lebih jelas menerangkan dalam kitabnya al-Mughni:

. ` '--' '- - '+-` '-= -- '+-' ,--'---' - -,=' --'
'-' ,- . - -=, ` , -, '- ,'=, ` ,--'---' - -=
'--' -' '-, .='-''-

Maksudnya: Dan jika hadiah-hadiah datang daripada peserta-peserta, maka pertandingan itu
dianggap haram kerana ia tergolong dalam bab judi dan kerana setiap peserta tidak sunyi

5
Ibnu al-Manzur, Lisan al-Arab, Juzu 5, ms. 115
6
At-Tabari, Muhammad bin Jarir (1951), Jami al-Bayan an Tawil Ay al-Quran, Cairo: Matbaah MustaIa
al-Babi al-Halabi, Juzu 2, ms. 358
7
Lihat Ibnu Nujaym, Zayn al-Din (1993), al-Bahr al-Raiq Sharh Kanz al-Daqaiq,Beirut: Dar al-MariIah,
Juzu 7, ms 91; Ibnu Abidin, Muhammad Amin (1992), Hashiyah Radd al-Mukhtar, Beirut: Dar al-Fikr,
Juzu 5, ms 257; al-Shirazi, Abu Ishaq Ibrahim bin Ali (t.t.), al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Shafie,
Beirut: Dar al-Fikr, Juzu 2, ms.235; al-Ansari, Abu Zakariyya bin Muhammad bin Ahmad (1418H), Fath
al-Wahhab, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Juzu 2,ms. 340 dan al-Bahuti, Manzur bin Yunus bin Idris
(1982), Kashshaf al-Qina an Matn al-Iqna, Beirut: Dar al-Fikr, Juzu 3, ms. 272.
Mukasurat 6 dari 9
daripada sama ada beroleh untung atau rugi dan tidak sunyi daripada memakan harta manusia
secara batil dan ia menumbuhkan permusuhan dan pertengkaran.


Fatwa Majma al-Fiqh al-Islami al-Duwali (Akademi Fiqh Islam Antarabangsa)

Majma al-Fiqh al-Islami al-Duwali dalam Persidangan ke 14 di Doha, Qatar pada 11-16 Januari
2003 telah mengeluarkan Resolusi ke 127 dalam membincangkan kedudukan kad-kad pertandingan
yang antara lainnya seperti berikut:

1. Semua permainan dan pertandingan yang hadiahnya diambil dari hasil kumpulan wang
penyertaan peserta adalah haram kerana mengandungi unsur judi.
2. Hadiah pertandingan hanya dibenarkan jika ia disediakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki
pertandingan atau hadiah diambil daripada yuran sebahagian peserta sahaja.
3. Pertandingan yang menawarkan hadiah adalah harus jika:
a. Tujuan dan kaedah perlaksanaannya dibenarkan oleh Syariah
b. Hadiah tidak datang daripada sumber yuran yang diperolehi daripada seluruh peserta.
c. Pertandingan tidak membawa kepada meninggalkan perkara wajib atau melakukan perkara
haram.

Adakah Al-Awfar Satu Perjudian?

Berdasarkan kepada perbahasan-perbahasan di atas, maka jelas produk deposit dan pelaburan Al-
AwIar bukanlah satu perjudian (al-maisir atau al-qimar) kerana:

1. Produk ini adalah satu aqad mudharabah yang jelas diantara Bank dan pendeposit sebagaimana
dimeterai dalam dokumen aqad. Jika ada keuntungan dalam penggunaan modal yang diberikan
oleh pelanggan, maka ia akan dibahagikan di antara Bank dan pelanggan berasaskan kadar
perkongsian keuntungan yang telah dipersetujui awal.

2. Cabutan berhadiah wang tunai adalah insentiI tambahan untuk menggalakkan pendeposit
menyimpan atau melabur di Bank Islam. Hadiah akan diberikan kepada pendeposit yang bertuah
daripada wang yang disediakan oleh Bank dan mana-mana pendeposit yang tidak mendapatnya,
mereka tidak kehilangan simpanan/ wang pelaburan mereka, bahkan mendapat pula keuntungan
jika ada. Oleh itu transaksi ini tidak termasuk dalam kategori al-maisir atau al-qimar seperti
dibincangkan di atas.

Mukasurat 7 dari 9
ISU SYARIAH 2: ADAKAH CABUTAN BERTUAH DIBENARKAN OLEH ISLAM?

Isu kedua yang kerap dibangkitkan tentang produk ini ialah adakah cabutan bertuah atau qurah
(-,-) dibenarkan oleh Islam?. Kekeliruan ini berlaku kerana kebiasaan cabutan bertuah dalam
masyarakat Malaysia dilakukan pada perkara-perkara yang bertentangan dengan Syariah seperti
cabutan Magnum, 4D dan lain-lain. Persepsi negatiI tersebut tidak sepatutnya menghilangkan hukum
asal cabutan yang harus mengikut pandangan majoriti ulama.

Dar Ifta al-Misriyyah iaitu sebuah pihak berkuasa Iatwa di Mesir yang dianggotai oleh ulama-
ulama Universiti al-Azhar al-SyariI mengeluarkan Iatwa bernombor 19752 yang cukup jelas tentang
perkara ini, seperti berikut:

'-' ,- - - _ .'=- ` =- ` , - '+-` '=- -'= =-'

Maksudnya: Cabutan adalah harus disisi Syariah, kerana ianya menentukan dan tidak
mengharamkan (yang halal) dan tidak juga menghalalkan (yang haram). Ia telah biasa
dilakukan sejak zaman lampau.


Fatwa keharusan cabutan tersebut diputuskan oleh Dar al-Ifta berasaskan kepada dalil-dalil berikut:

1. Cabutan yang dilakukan oleh orang-orang yang ingin menjaga Maryam binti Imran sebagaimana
Iirman Allah dalam Surah Ali Imran: Ayat 44:


Maksudnya: Yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang kami wahikan
kepadamu, sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan
qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara
Maryam. Dan engkau juga tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berbalah (tentang
perkara menjaga dan memelihara Maryam.

2. Cabutan yang dilakukan dalam kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus AS untuk menentukan
siapakah yang akan dihumbankan ke laut seperti diterangkan dalam surah al-SaaIat: Ayat 141:


Mukasurat 8 dari 9

Maksudnya: Maka iapun (Nabi Yunus AS) turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang
yang kalah.

3. Hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidatuna Aisyah RA:

-'-- ,- -- ' '- ,'= - _'- --'
Maksudnya: Bahawa Nabi SAW jika ingin keluar bermusaIir, Baginda akan mengadakan
cabutan undi dikalangan para isterinya.
(Hadith riwayat al-Bukhari)

4. Hadith yang diriwayatkan dalam Musnad Ahmad bin Hanbal:

-,- '-+-- -=,' ,' - _ ',=-- ,'= ,'= - _'- - ,- '--'
'-+-, '- ' '-= ,-,' _'= .

Maksudnya: Bahawa dua orang lelaki saling mendakwa pemilikan ke atas seekor binatang,
tetapi tidak seorang pun dikalangan mereka memiliki bukti atas dakwaannya. Maka
Rasulullah SAW mengarahkan mereka berdua melakukan undian tentang siapakah yang
perlu bersumpah, sama ada ia suka atau tidak.

5. Perbuatan panglima tentera Islam, Saad bin Abi Waqqas pada hari peperangan al-Qadisiyyah
mengadakan cabutan undi diantara dua orang muezzin untuk menentukan siapakah yang akan
melaungkan azan.

Imam al-Qurtubi menyebutkan dalam taIsirnya bahawa cabutan undi adalah harus mengikut Syariah
Islam terutamanya untuk orang-orang yang berlaku adil dalam pembahagian; bahkan majoriti fuqaha
menghukumnya sebagai sunat, kecuali Abu HaniIah dan dua sahabatnya iaitu Muhammad al-Syaibani
dan Abu YusuI yang menghukum sebagai haram sepertimana haramnya al-azlam (VV). Abu
Ubaid meriwayatkan bahawa tiga orang Nabi mengamalkan cabutan undi iaitu Nabi Yunus AS, Nabi
Zakaria AS dan Nabi Muhammad SAW.
8


Kesimpulannya, mengikut pengamatan kepada pandangan-pandangan ulama tentang perkara ini,
jelas bahawa hukum asal cabutan dalam apa juga aspek adalah harus dan tidak ada mana-mana dalil
yang secara jelas mengharamkannya. Keharusan ini berlaku apabila:


8
Al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari (t.t.), Al-Jami li Ahkam al-Quran,Kaherah,
Juzu 4, ms. 86
Mukasurat 9 dari 9
1. Semua pihak yang menerima cabutan adalah menerima hak yang sama;
2. Tidak ada unsur judi (maisir) dalam urusan tersebut; dan
3. Cabutan adalah dalam perkara yang diharuskan oleh Syariah.

KESIMPULAN

Berasaskan kepada perbahasan di atas, maka jelaslah produk simpanan dan pelaburan Al-AwIar
adalah mematuhi kehendak-kehendak Syariah. Produk ini tidak mengandungi unsur al-maisir dan
al-qimar dan cabutan hadiah yang dilakukan adalah tidak bertentangan kehendak-kehendak
Syariah.

,-''- '= -

You might also like