Sayangi nyawa anda, kasihani keluarga anda, jauhi dadah
Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam). Seksyen 39 B dan Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah digunakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan tersebut di mana ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit melakukan kesalahan tersebut. Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dinyatakan bahawa: 39B. Pengedaran dadah berbahaya. (1) Tiada seorang pun boleh, bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana- mana orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu berada di Malaysia (a) mengedarkan dadah berbahaya; atau (b) menawar untuk mengedarkan dadah berbahaya; atau (c) melakukan atau menawar atau melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud pengedaran dadah berbahaya. (2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhi hukuman mati. Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut : Opiat dan opiat sintetik Stimulan Ganja Halusinogen Depresen Inhalan Ketum MENGAPA IA BERBAHAYA? Penyalahgunaan bahan ini terutamanya melalui cara suntikan mengakibatkan kesan buruk kepada anggota badan seperti kegagalan jantung, jangkitan penyakit seperti HIV/AIDS, radang hati (hepatitis B/C) , kemurungan/ kecelaruan mental, kebergantungan dan sindrom penarikan yang teruk seperti kekejangan otot dan sendi, sakit perut, muntah- muntah dan cirit birit yang serius. Kesan penyalahgunaan Opiat menyebabkan retensi urin, halusinasi, delirium, hyportermia, pernafasan berhenti dan sawan. MENGAPA IA BERBAHAYA? Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti tiada selera makan, kehilangan berat badan yang serius, tekanan darah tinggi dan serangan jantung. Ia juga menjadikan keadaan mental tidak stabil dengan manifestasi tingkah- laku yang ganas, kawalan emosi yang terjejas serta berkecenderungan untuk membunuh diri. Tanda-tanda overdose pula adalah badan menggigil, hiperaktif, kesukaran bernafas, panik, halusinasi, ganas, muntah, cirit-birit, loya, serangan jantung dan sawan. MENGAPA IA BERBAHAYA? Penyalahgunaan bahan ini yang kronik mengakibatkan kesan buruk jangka panjang seperti sindrom malas (amotivational snydrome). Ia juga mempercepatkan onset penyakit mental seperti penyakit skizofrenia dan dwikutub(bipolar disorder) yang mana prognosisnya lebih buruk jika tidak dirawat lebih awal. MENGAPA IA BERBAHAYA? Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti kurang pertimbangan dan koordinasi yang boleh menyebabkan risiko kecederaan yang tinggi, tingkah laku yang ganas, paranoia, tertekan dan juga kebimbangan MENGAPA IA BERBAHAYA? Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti kecelakaan jalanraya dan kemalangan , gejala penyakit mental seperti keresahan melampau, kemurungan, dan psikosis, I juga memyebabkan keletihan yang kronik, tidak dapat tidur, perubahan penglihatan, cenderung untuk membunuh diri, dan juga ketagihan yang melampau MENGAPA IA BERBAHAYA? Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk yang serta merta dan juga jangka panjang. Kesan yang serta merta adalah seperti berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, terhoyong-hayang, emosi kurang stabil dan kehilangan deria sakit. Kesan jangka panjang pula adalah seperti kerosakan sel otak dan organ utama, gangguan penglihatan, sakit jantung dan kematian mengejut. MENGAPA IA BERBAHAYA? Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti hilang kawalan diri, rasa bosan dan malas, kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi, anak mata menjadi sempit, merasa loya, mulut menjadi kering, kerap kencing, hilang selera makan dan berat badan, sembelit dan juga insomnia.