You are on page 1of 14

Tajuk 2: Perkembangan Kanak-kanak

Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Konsep Perkembangan
Perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan kualitatif biologi dan psikologi yang berlaku kepada manusia antara kelahiran dan akhir masa remaja (zaman kanak-kanak). Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya, cara pertuturan dan kematangan. Paul Eggan & Don Kauchak (1997) menyatakan, "...the concept of development, the orderly, durable changes in a learner resulting from a combination of learning, experience and maturation".

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Konsep Perkembangan
Crow & Crow : Perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat. D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan hayat. Charls Darwin (pengasas teori evolusi): Jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan untuk matang adalah lama.

Konsep Perkembangan
Atan Long : Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat awal dan berlaku berterusan daripada percambahan hingga akhir hayat. Beltes, Reese & Nesselroade (1977) : Dengan bertambah umur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal. Mohd Nazar (1990) : Perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik.

Perkembangan Ialah
Proses yang berterusan dair lahir hingga kematangan dan akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan secara berterusan. Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat perbandingan sebelumnya. Berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban). Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani. Emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.

Ciri-ciri Perkembangan
Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat diramal bagi semua ahli dalam sesuatu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat. Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan. Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu. Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat dari perubahan sifat. Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat melebihi peringkat kematangan. Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara pertumbuhan jasmani dan pembelajaran. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Adakah Budin mengalami perkembangan atau pertumbuhan? Berikan alasan anda.

Perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat (Santrok 2008). Perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Perkembangan Fizikal
Merujuk kepada pertumbuhan badan dan organorgannya, kefungsian sistem-sistem fizikal, kemunculan tanda-tanda penuaan dan kordinasi kemahiran motor kasar dan halus.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Perkembangan Kognitif
Merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam otak manusia. Sebagai contoh dalam persepsi, pengamatan, penanggapan, penguasaan bahasa dan lain-lain.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

10

Perkembangan Psiko-Sosial
Merujuk kepada perubahan dan perkembangan dalam perhubungan peribadi dan intrapersonal seperti motif, emosi dan perasaan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

11

Prinsip Perkembangan
Proses perkembangan berlaku mengikut aturan:

Bayi boleh duduk dengan bantuan , merangkak, kebolehan berdiri dan berjalan. Perubahan beransur daripada keadaan umum kepada spesifik. Bayi boleh boleh menggenggam objek sebelum belajar menggunakan tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot halus.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12

Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Kanak-kanak akan menambah kemahiran yang sedia ada untuk pencapaian kemahiran yang baru kelak. Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan adalah berbeza. *(sesetengah kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada hanya boleh berjalan pada usia 18 bulan).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

13

Perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi sedia ada yang dipengaruhi oleh faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Proses pembelajaran membantu memperkembangkan potensi yang sedia ada.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

14

You might also like