You are on page 1of 15

PRINCIPLES OF CORPORATE COMMUNICATION

MAY / 2019

ABCR2103

TAJUK KURSUS : Tugasan ini bertujuan untuk menilai pengetahuan pelajar tentang amalan
perhubungan kerajaan dalam sesebuah organisasi.

0
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan perhubungan kerajaan ............................................................................................ 2

2.0 Pilih 2 Organisasi yang sesuai. ................................................................................................. 3

Organisasi 1 (AirAsia) .................................................................................................................... 3

Organisasi 2 (Telekom Malaysia) ................................................................................................... 4

3.0 Program melobi ......................................................................................................................... 6

4.0 Pandangan tentang organisasi ................................................................................................... 8

5.0 Manfaat melobi ....................................................................................................................... 10

6.0Kesimpulan .............................................................................................................................. 11

7.0 Rujukan ................................................................................................................................... 12

1
1.0 Pengenalan perhubungan kerajaan
Menurut Dominguez (1982), hubungan kerajaan adalah satu fungsi yang mana menerusi
syarikat boleh mengambil bahagian secara aktif dalam semua peringkat kerajaan dengan
penggunaan sumber yang optimum dan keberkesanan yang maksimum. Manakala Mack (1997),
pula mentakrifkan hubungan kerajaan sebagai “pengaplikasian satu atau lebih teknik komunikasi
oleh individu atau institusi untuk mempengaruhi keputusan kerajaan sama ada di peringkat
tempatan, negeri, kebangsaan,nasional atau antarabangsa atau beberapa kombinasinya.
Ringkasnya, hubungan kerajaan adalah satu subset kepada hal ehwal awam menurut Cutlip et al.
(2000).

Hubungan kerajaan ini penting kerana sesebuah kerajaan akan mempunyai hak untuk
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan dalam sesebuah negara. Grunig&Hunt(1984);
Mintzberg (1983), menyatakan bahawa kerajaan adalah berkaitan dengan kuasa untuk
menubuhkan peraturan-peraturan dan ianya merupakan satu perwakilan kuasa yang sah dalam
masyarakat. Oleh yang demikian, dunia korporat memerlukan satu fungsi khas bagi berurusan
dengan persekitaran luaran yang mentadbir iaitu kerajaan. Perhubungan Kerajaan secara khusus
memberi tumpuan kepada cara organisasi berinteraksi dengan kerajaan dan pelbagai bahagian
dan kerajaan. Bidang perhubungan awam ini membantu membina hubungan dan interaksi positif
antara organisasi dan kerajaan. Adalah jelas bahawa Perhubungan Kerajaan banyak bergantung
kepada komunikasi mengenai isu-isu pengawalseliaan, perbualan dengan wakil kerajaan atau
birokrat, dan usaha melobi bagi pihak organisasi atau kumpulan atau organisasi NGO.

Hubungan kerajaan merupakan satu lagi strategi komunikasi korporat yang melibatkan
penonton luar-penggubal undang-undang, pelobi, kumpulan pengawas dan tentunya kerajaan
sendiri. Jabatan komunikasi yang meluangkan masa untuk berurusan dengan hubungan kerajaan
biasanya akan mewakilkan peranan ini kepada individu atau pasukan khusus. Seorang
profesional perhubungan kerajaan perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang proses-
proses kerajaan, mempunyai hubungan dengan ahli parlimen utama dan memahami bagaimana
untuk bekerja dengan pelobi. Sebuah syarikat mungkin menggunakan pelobi untuk mewakili
kepentingannya dan cuba mempengaruhi pembuat keputusan. Contoh-contoh komunikasi
termasuk bahan yang menggariskan industri dan keperluan syarikat, dan kesan undang-undang
tertentu.

2
Hubungan kerajaan ini penting kerana ia memberi banyak faedah kepada organisasi
seperti satu sistem amaran awal mengenai dasar-dasar kerajaan, peraturan-peraturan, aktiviti dan
undang-undang yang boleh ditubuhkan dan dilaksanankan. Selain itu, ianya juga mempunyai
penyertaan yang berkesan dalam proses perundangan dan peraturan. Faedah yang ketiga adalah
mmberikan kesedaran antarabangsa di peringkat korporat mengenai program-program kerajaan,
menjawab pertanyaan, permintaan dan peraturan kerajaan dengan betul dan terakhir mewujudkan
proses integrasi dan koordinasi terhadapa usaha hubungan kerajaan sesebuah organisasi boleh
ditentukan dan diuruskan secara berpusat.

2.0 Pilih 2 Organisasi yang sesuai.

Organisasi 1 (AirAsia)

Gambar 1: Logo rasmi AirAsia


Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/AirAsia

Syarikat yang telah dipilih adalah syarikat penerbangan tambang murah yang sangat
terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia kerana sering mengadakan promosi yang menarik dan
merupakan syarikat penerbangan yang terbesar di Asia dengan memiliki perkhidmatan rangkaian
sebanyak 85 destinasi. 180 juta penumpang telah ditawarkan oleh Airasia dari dua buah pesawat
kepada kira-kira 117 buah pesawat pada hari ini. Satu daripada kebangaan Airasia adalah apabila
menjadi syarikat ASEAN yang beroperasi di Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, Filipina dan
telah dapat menawarkan rangkaian destinasi ke semua negara ASEAN seperti China, Sri Lanka
dan Australia.

3
AirAsia telah banyak menyokong kerajaan Malaysia contohnya dalam mempromosikan
barangan buatan Malaysia dengan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyokong kempen ‘Beli Barangan Malaysia’. Kempen tersebut
diadakan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi domestik dan meningkatkan kesedaran di
peringkat global mengenai kualiti barangan buatan Malaysia. Justeru, AirAsia akan bekerjasama
untuk mencari lebih ramai pengusaha dan produk tempatan untuk ditawarkan melalui menu
dalam penerbangannya, serta tidak akan mengenakan sebarang caj penyenaraian untuk lebih
daripada 550 pengusaha tempatan yang ingin memperluaskan tawaran produk mereka ke
platform perjalanan sehenti AirAsia, airasia.com, serta laman e-dagang seperti OURSHOP dan
ROKKI. Hal ini telah membantu usahawan di Malaysia dalam mengembangkan produk
memandangkan AirAsia merupakan syarikat penerbangan yang amat terkenal diserata dunia.

Disamping itu, AirAsia telah menandatangani kerjasama untuk menjadi syarikat penerbangan
eksklusif rasmi bagi Liga Malaysia 2019-2020 pada 6 Mac 2019. Sebagai sebahagian daripada
kerjasama tersebut, AirAsia telah menawarkan diskaun tambang penerbangan kepada pasukan
yang bermain dalam Piala Malaysia, Liga Super, Liga Premier dan kejohanan Piala FA di
seluruh Malaysia dan rantau ini. Melalui kerjasama ini, AirAsia juga akan mempunyai hak untuk
menjual tiket perlawanan sama ada secara tunggal atau dipakej dengan penerbangan dan/atau
tawaran hotel melalui airasiaredtix.com.

Organisasi 2 (Telekom Malaysia)

Organisasi yang kedua merupakan TM (Telekom Malaysia). Telekom Malaysia


merupakan sebuah organisasi korporat dan juga rakan kongsi kerajaan yang selama ini telah
menjadi tulang belakang negara dari dahulu lagi. Dengan ini, masyarakat Malaysia akan
mencapai kemajuan dan mencapai tahap kehidupan yang lebih baik. TM telah memberi banyak
sumbangan dalam bidang teknologi maklumat untuk membantu kerajaan mencapai wawasan
kerajaan untuk memacu negara ke arah K-ekonomi dan Ekonomi Digital. Oleh itu, TM Bersama
kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan Jalur
Lebar Berkelajuaan Tinggi (HSBB) iaitu Unifi yang berkelajuaan tinggi terpantas dengan kos
yang berpatutan di dunia. Oleh itu, TM telah menawarkan unifi Mobile dengan harga yang

4
berpatutan iaitu RM59 kepada semua kakitangan kerajaan yang telah berstatus tetap. Pakej ini
dikenali sebagai Pek Jasa dengan menawarkan panggilan telefon, sms dan data tanpa had. TM
juga mengambil inisiatif Bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
untuk meluaskan perkhidmatan jalur lebar ke kawasan luar bandar dengan pelbagai program
seperti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M), Kampung tanpa wayar, 1Bestari Net untuk sekolah-
sekolah. Ini adalah membantu masyarakat luar bandar mempunyai peluang untuk melayari
internet supaya membolehkan mereka mencari maklumat dengan senang.

TM juga memberi membantu negara Malaysia dalam membentuk insan yang berkualiti
dan berjaya dengan beberapa program pendidikan. Dari peringkat sekolah, murid-murid
cemerlang dalam UPSR, PT3, SPM akan diberi insentif menerusi Yayasan Telekom Malaysia
(YTM) dan juga penubuhan Universiti Multimedia (MMU) bagi pelajar-pelajar di pendidikan
tinggi. Biasiswa juga akan dibagi kepada pelajar-pelajar mengambil keputusan yang cemerlang
di Universiti. Dengan bantuan TM yang disumbangkan kepada kerajaan, banyak insan yang
berkemampuan dan berkemahiran tinggi dalam industri ICT serta inovatif akan dilahirkan. TM
telah mencatat sebanyak RM485 juta biasiswa dan pinjaman telah disalurkan kepada lebih 13000
pelajar sejak 1994. TM juga bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia dengan melaksanakan Projek Sekolah Angkat. Projek ini dijalankan pada peringkat
sekolah dengan matlamat meningkatkan kemahiran berasaskan ICT dalam kalangan pelajar,
murid-murid, dan ibu bapa. Projek ini sangat penting kerana dapat mendedahkan betapa
pentingnya teknologi sekarang dalam hidup kita. Bukan sahaja dari segi Pendidikan, TM turut
melibatkan diri dalam pembangunan sukan negara Bersama Menteri Belia dan Sukan. Sebagai
contoh, TM telah dianugerahkan sebagai penaja platinum temasya Sukan SEA 2017 (KL2017)
dan TM Team Malaysia secara tidak langsung dinobatkan sebagai ‘Pasukan Sorak Rasmi Atlet
Negara’.

5
3.0 Program melobi
Melobi menurut Lobbying (2008), didefinisikan sebagai melibatkan sokongan bagi sesuatu
kepentingan yang sebenarnya telah atau berpotensi terjejas disebabkan oleh keputusan kerajaan.
Individu dan kumpulan berkepentingan yang sama boleh melobi kerajaan, dan kerajaan juga
boleh melobi antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan bahawa melobi merupakan satu usaha
bagi mencapai hal ehwal awam dengan strategi yang direka bentuk khas sebagai tindak balas
kepada isu politik tertentu.

Gambar 1: Kempen Love My Palm Oil


Sumber: Google Image
AirAsia telah banyak terlibat dalam aktiviti melobi dan baru-baru ini AirAsia bersama-sama
dengan syarikat penerbangan yang lain seperti Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB),
Malaysia Airlines dan Malindo Airways telah bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang
kempen anti-kelapa sawit di Eropah melalui kempen “Love MY Palm Oil”, FMT News(2019).
Pada tahun 2017, Parlimen Eropah mengeluarkan resolusi untuk menghalang dan mengharamkan
biofuel dari minyak sawit kerana kebanyakkan hutan semula jadi dan tanah gambut yang kaya
dengan karbon telah ditebang dan digantikan dengan ladang kelapa sawit. Kempen ini telah
dilancarkan untuk menyemai penghargaan bagi minyak sawit Malaysia di semasa kempen utama
dijalankan di negara Eropah..Bagi menyokong kempen ini, lapangan terbang dan syarikat
penerbangan telah bersedia untuk menyerlahkan slogan "Love MY Palm Oil" kepada pelancong
asing yang melawat ke negara Malaysia. AirAsia telah bersama-sama dan menyokong tindakan
ini dengan menyebarkan mesej kempen menggunakan pelbagai saluran termasuk skrin digital,
majalah dalam penerbangan, sistem hiburan, serta paparan produk. Menurut Menteri Industri

6
Utama “Saya gembira bahawa MAHB dan syarikat penerbangan telah memaparkan patriotisme
mereka dengan menyokong kempen kami mempertingkatkan lagi imej minyak sawit. Usaha
mereka juga akan membantu kita menangani salah faham terhadap minyak sawit oleh kempen
anti minyak sawit dari luar negara.” Kempen ini adalah untuk memupuk semangat kecintaan dan
kebanggaan ke atas minyak sawit. Ia merupakan satu penghargaan terhadap sumbangan minyak
sawit Malaysia kepada ekonomi negara. Tidak dinafikan kempen ini juga akan memberi
pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai kebaikan dan khasiat minyak sawit Malaysia serta
peranannya dalam aspek pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, semua rakyat Malaysia haruslah
bekerjasama untuk menyokong kempen ini supaya harga minyak sawit akan meningkat ke tahap
yang lebih tinggi serta membantu mempertingkatkan ekonomi Malaysia.

Gambar 2: Kempen MyCoral Incubator 2019


Sumber: Google Image
Salah satu program melobi yang dijalankan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan
kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan (DoF) dan Yayasan Coral Malaysia
(YCM) ialah melancarkan edisi ke-3 Program MyCarol Incubator Malaysia 2019. Program ini
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam dalam pemuliharaan alam sekitar dan
kepentingan ekosistem marin untuk kemampanan alam semulajadi melalui penyebaran bilangan
terumbu karang. Batu karang adalah penting untuk ekosistem marin, dan penyebaran yang
berterusan akan memberikan lebih banyak habitat lautan dan membolehkan hidupan marin untuk
berkembang maju. Program ini akan tidak hanya meningkatkan kesedaran awam mengenai
kepentingan pemuliharaan laut dan batu karang, tetapi bahawa masyarakat nelayan di sini juga
boleh mendapat manfaat daripada pendapatan lebih tinggi dan akhirnya, taraf hidup yang lebih

7
baik. Inisiatif ini juga akan membantu memupuk kemahiran keusahawanan tempatan serta
membantu meningkatkan industri pelancongan aqua di Malaysia. Program MyCarol Incubator
Malaysia ini telah dimulakan pada tahun 2017 sebagai kerjasama di antara TM dan YCM di
mana kesedaran mengenai penyebaran terumbu karang telah diperkenalkan sebagai sebahagian
daripada ekosistem marin dengan pendidikan.

Sudah memasuki tahun ke-3, program ini telah berkembang luar hanya coral penyebaran
untuk pemulihan laut, tetapi juga untuk meneroka kekayaan yang baru penjanaan alternatif untuk
masyarakat nelayan-nelayan tempatan. Dengan meningkatkan kesedaran awam terhadap
kepentingan batu karang dan ekosistem yang, inisiatif ini telah menghasilkan keputusan yang
memberangsangkan. Semenjak program ini, lebih daripada 1,200 batu karang telah dilaungkan
oleh lebih daripada 300 sukarelawan dari komuniti para penyelam. Pada 2018, tiga nelayan
tempatan telah dipilih sebagai perintis-perintis dan tahun ini tiga tempatan nelayan telah dipilih
dan mereka didedahkan dengan penyebaran batu karang. Mereka telah dilatih dengan teknik
yang sesuai dalam penternakan karang. Program ini dapat membantu meningkatkan ekonomi
tempatan dengan menyediakan pengetahuan yang mencukupi dan kemahiran untuk manfaat
komuniti; terutamanya nelayan tempatan. Inisiatif ini juga mematuhi salah satu daripada yang
Bersatu negara kelestarian pembangunan matlamat (UNSDG) dengan melihat ke dalam
kehidupan di bawah air. Tidak dinafikan bahawa program ini akan mendapatkan lebih banyak
sokongan daripada pihak-pihak yang berkaitan untuk kejayaan yang berterusan. TM dan YCM
juga meneroka dengan agensi-agensi kerajaan yang lain mengenai kemungkinan memperluaskan
projek coral penyebaran ini ke tempat-tempat lain di sepanjang garis pantai Laut Malaysia.

4.0 Pandangan tentang organisasi


Syarikat AirAsia mengamalkan hubungan baik dan lebih berkesan dengan kerajaan
kerana AirAsia merupakan syarikat yang terkenal di seluruh dunia dengan tambang yang

8
murahnya. AirAsia telah mendapat banyak anugerah yang mengharumkan nama Malaysia serta
syarikat mereka sendiri. Oleh itu, dengan perkembangan positif yang dicapai oleh AirAsia,
industri pelancongan Malaysia turut maju. AirAsia telah dianugerahkan dan dinobatkan sebagai
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia 2019 untuk kali ke-11 berturut-turut di
Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019. Syarikat penerbangan itu memenangi
gelaran itu berdasarkan kaji selidik yang lebih 21.6 juta penumpang yang terdiri daripada 100
kewarganegaraan dan lebih daripada 300 syarikat-syarikat penerbangan di antara bulan
September tahun lepas dan May tahun ini. Tidak dinafikan bahawa AirAsia merupakan syarikat
yang terkenal di satu dunia. AirAsia juga memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang
Murah Terbaik di Asia dan Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik
Dunia untuk kerusi katil rata premium pesawat AirAsia X di pertunjukan udara Paris
Antarabangsa. Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax dianggap sebagai penanda aras
global kecemerlangan syarikat penerbangan. Anugerah-anugerah ini merupakan satu
penghormatan bagi syarikat penerbangan. Ini dapat membuktikan AirAsia akan membawa
manfaat kepada negara.

Menurut Mantan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan
“Pelancongan sudah tentunya satu bahagian yang penting bagi ekonomi Malaysia. Ia merupakan
penyumbang ketiga terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan diiktiraf
sebagai salah satu daripada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," katanya ketika berucap
pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Korporat AirAsia. Ini menunjukkan betapa besarnya
pentingnya AirAsia menolong memajukan negara kita. Bukan itu sahaja, beliau juga mengatakan
kerajaan akan bertindak sebagai pengupaya dan pemudahcara bagi mengetengahkan polisi-polisi
yang menyokong pertumbuhan kondusif pasaran dalam menjamin sektor swasta dapat terus maju
termasuk industri penerbangan tambang murah. Dengan ini, kita dapat melihat hubungan baik
kerajaan dengan AirAsia dengan melaksanakan polisi-polisi yang membolehkan sektor swasta
berkembang dengan lebih baik lagi. Kerjasama dengan kerjaan adalah sangat penting untuk
meningkatkan tahap kecekapan dan prestasi supaya AirAsia dapat mengekalkan status bertaraf
dunia ini dalam industri penerbangan serantau dan global yang amat berdaya saing.

9
5.0 Manfaat melobi
Melobi boleh memberikan manfaat kepada organisasi kerana ianya dapat menjadi platform
untuk menyampaikan maklumat,analisis-analisis terkini dan pendapat kepada pembuat polisi dan
pemimpin-pemimpin kerajaan. Seperti yang kita sedia maklum minyak sawit merupakan
penyumbang utama kepada ekonomi di Malaysia. Menteri Perusahaan Perladangan dan
Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, tindakan tersebut penting kerana sekiranya EU
benar-benar melaksanakan pengharaman itu, ia akan memberi impak buruk kepada Malaysia
khususnya terhadap 600,000 pekebun kecil tempatan.

Disamping itu, melobi juga untuk mendapatkan dan mengekalkan kelebihan ekonomi.
Ekoran daripada Kesatuan Eropah (EU) mengesahkan rancangannya mengharamkan bahan bakar
biosawit yang menjadi sebahagian besar eksport Malaysia lantas akan mengakibatkan kerugian
kepada negara Malaysia kerana hasil pendapatan dari eksport bahan itu yang berjumlah berbilion
ringgit akan hilang. Ini akan memberi impak yang besar kepada pendapatan cukai dan
pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, melobi juga dapat menyediakan satu persekitaraan yang sesuai untuk penyelesaian
masalah. Apabila sesuatu syarikat telah melobi maka akan terdapat banyak penyelidikan
dijalankan bagi mengenalpasti kepentingan dan kebaikan kelapa sawit yang telah digunakan dari
dahulu lagi. Penyelidikan-penyelidikan ini akan dapat membantu untuk menentang pihak lawan.

Melobi juga boleh mewujudkan program yang bermanfaat seperti kempen “Love MY Palm
Oil” yang akan memberikan kesedaran kepada ramai pihak termasuk pelancong asing tentang
kebaikkan produk yang berasakan kelapa sawit. Berdasarkan program melobi yang disertai oleh
syarikat AirAsia, kejayaan melobi untuk menentang kempen anti-kelapa sawit oleh negara
Eropah akan memberikan banyak faedah kepada rakyat dan ekonomi Malaysia.

10
6.0Kesimpulan
Kesimpulannya, sesebuah organisasi haruslah mempunyai hubngan yang baik dengan
memberikan sokongan kepada kerajaan melalui sumbangan dan menyokong aktiviti yang telah
dianjurkan oleh kerajaan. Ini adalah kerana kerajaan memainkan peranan yang penting dalam
menggubal undang-undang yang dapat mempengaruhi organisasi tersebut. Bagi kerja kursus ini
organisasi yang dipilih adalah syarikat gergasi penerbangan AirAsia yang telah melobi bagi
menyokong kerajaan untuk menentang kerajaan Eropah dalam mengharamkan biofuel dari
minyak sawit dengan melobi kempen “Love MY Palm Oil”. Objektif utama ialah untuk
memupuk kebanggaan negara dan penghargaan yang lebih tinggi terhadap minyak sawit
Malaysia. Seterusnya syarikat Telekomunikasi Malaysia Berhad telah melobi kempen “My Coral
Incubator 2019” bagi meningkatkan kesedaran awam dalam pemuliharaan alam sekitar dan
kepentingan ekosistem marin melalui peningkatan jumlah terumbu karang. Dengan mewujudkan
ekosistem yang seimbang, ia juga akan meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan dan juga
meningkatkan ekonomi ekopelancongan dengan menjadikan sebagai tarikan pelancong. Melalui
kerja kursus ini juga dapat kita lihat faedah melobi seperti menjadi platform untuk
menyampaikan maklumat,analisis-analisis terkini dan pendapat kepada pembuat polisi dan
pemimpin-pemimpin kerajaan, mendapatkan dan mengekalkan kelebihan ekonomi, menyediakan
satu persekitaraan yang sesuai untuk penyelesaian masalah dan mewujudkan program yang
bermanfaat bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Kerajaan haruslah bekerjasama
dengan sektor swasta untuk memajukan lagi negara. Oleh yang demikian, melobi ini dapat
dilihat sebagai sesuatu yang positif kepada masyarakat, ekonomi, sosial dan kerajaan.

(2545 perkataan)

11
7.0 Rujukan
________. (2018). Malaysia berpotensi atasi indonesia sebagai pengeluar utama terumbu
karang. Diambil pada Julai 5, 2019 daripada
https://www.utusanborneo.com.my/2018/08/08/malaysia-berpotensi-atasi-indonesia-
sebagai-pengeluar-utama-terumbu-karang

_____. (2019). TM AKAN PERTINGKAT PERKHIDMATAN UNIFI DI KELANTAN.


Diambil pada Julai 5, 2019 daripada
https://www.kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=15174:berna
ma-02-jun-2019-tm-akan-pertingkat-perkhidmatan-unifi-di-
kelantan&catid=118&Itemid=254&lang=en

Baharom Bakar. (2017). Pulihara karang elak pupus. Diambil pada Julai 5, 2019 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/312824/pulihara-karang-elak-pupus

BH Online. (2019). TM laksana pelan perniagaan pacu prestasi. Diambil pada Julai 5, 2019
daripada https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/03/542257/tm-laksana-pelan-
perniagaan-pacu-prestasi

Cutlip, S.M., Centre, A.H., & Broom, G.M. (2000). Effective public relations. (8th.ed.) NJ:
Prentice-Hall.

Dominguez, G.S. (1982). Government relations. New York: John Wiley& Sons.

Grunig, J.E.,& Hunt,T. (1983). Managing public relations. New York: Holt Rhinehart.

Hayatun Razak. (2019). TM Extends Unifi Mobile "Jasa Pack" Promotion Until 30 June,
Now Available For All Federal Government Staff. Diambil pada Julai 5, 2019 daripada
https://ringgitplus.com/en/blog/Telco/TM-Extends-Unifi-Mobile-Jasa-Pack-Promotion-Until-
30-June-Now-Available-For-All-Federal-Government-Staff.html

Lobbying. (2008). Wes’s encyclopedia of American law (2nd ed.) Dalam The Free dictionary
by Farlex. Dicapai dari http://legal-dictionary.thefreedictionary.com

12
FMT Reporters. (2019). Airports, airlines join Putrajaya’s fight against anti-palm oil lobby.
Diambil pada Julai 5, 2019 daripada
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/01/22/airports-airlines-join-
putrajayas-fight-against-anti-palm-oil-lobby/

Laupa Junus. (2019). Yayasan Coral bantu pemuliharaan. Diambil pada Julai 5, 2019 daripada
https://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/yayasan-coral-8232-bantu-pemuliharaan-
1.905849

Malik Ridhwan. (2018). AirAsia dinobat syarikat tambang rendah terunggul dunia tahun
kesepuluh berturut-turut. Diambil pada Julai 5, 2019 daripada
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/airasia-dinobat-syarikat-tambang-rendah-
terunggul-dunia-tahun-kesepuluh-berturut-turut-180714

Nor Shafawati Yup. (2018). Kejayaan AirAsia bawa manfaat kepada negara. Diambil pada Julai
5, 2019 daripada http://www.kosmo.com.my/terkini/kejayaan-airasia-bawa-manfaat-
kepada-negara-1.619090

Nuradilla Noorazam. (2018). Maxis, AirAsia sumbang RM30 juta untuk penyiaran Piala Dunia
Rusia 2018. Diambil pada Julai 6, 2019 daripada http://www.astroawani.com/berita-
sukan/maxis-airasia-sumbang-rm30-juta-untuk-penyiaran-piala-dunia-rusia-2018-178003

Mintzberg, H. (1983). Power in and around organizations. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-
Hall

Rachel Genevieve Chia. (2019). AirAsia is the world’s top low-cost airline for the 11th year
running. Diambil pada Julai 5, 2019 daripada https://www.businessinsider.my/airasia-is-
the-worlds-top-budget-airline-of-2019-skytrax/

Rosmawati Mion. (2017). TM tulang belakang pembangunan negara. Diambil pada Julai 5, 2019
daripada https://www.utusan.com.my/berita/nasional/tm-tulang-belakang-pembangunan-
negara-1.519839

13
Sepang. (2019). AirAsia bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna untuk menyokong kempen ‘Beli Barangan Malaysia’. Diambil pada Julai 5,
2019 daripada https://newsroom.airasia.com/news/airasia-bekerjasama-dengan-kementerian-
perdagangan-dalam-negeri-dan-hal-ehwal-pengguna-untuk-menyokong-kempen-beli-
barangan-malaysia

Sepang. (2019). AirAsia adalah syarikat penerbangan rasmi Liga Malaysia. Diambil pada Julai
5, 2019 daripada https://newsroom.airasia.com/news/airasia-adalah-syarikat-penerbangan-
rasmi-liga-bola-sepak-malaysia

Utusan. (2019). Alasan EU boikot sawit tiada asas. Diambil pada Julai 5, 2019 daripada
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/alasan-eu-boikot-sawit-tiada-asas-1.483696

Wan Zulkifli Wan Yaacob . (2018). Ladang terumbu karang: potensi industri yang belum
dieksploit. Diambil pada Julai 5, 2019 daripada https://www.utusan.com.my/sains-
teknologi/alam-sekitar/ladang-terumbu-karang-potensi-industri-yang-belum-dieksploit-
1.723186

14

You might also like