You are on page 1of 19

1

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER JANUARI 2020


CBMS 4303
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

NO. MATRIKULASI : 950908065074001


NO. KAD PENGENALAN : 950908-06-5074
NO. TELEFON : 011-16222672
E-MEL : hidayahrosman@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG


2

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN
1.1 APA ITU MAKLUMAT DATA…………………………………………………. 3
1.2 SISTEM MAKLUMAT DI DALAM ORGANISASI………………………… 3 –
4
2. SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN
2.1 KONSEP SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN……………………………. 4 –
6
2.2 CONTOH SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN……………………………......
6
3. SISTEM MAKLUMAT ESEKUTIF
3.1 KONSEP SISTEM MAKLUMAT ESEKUTIF……………………………… 6
-10
3.2 CONTOH SISTEM MAKLUMAT ESEKUTIF……………………………. 9 – 10
4. SISTEM PAKAR
4.1 KONSEP SISTEM PAKAR……………………………………………….. 10 – 11
4.2 CONTOH SISTEM PAKAR………………………………………………….....
11
5. 5 PERBEZAAN SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN, SISTEM
MAKLUMAT ESEKUTIF DAN SITEM PAKAR……………………………. 12 –
13
6. ISU SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN DAN SISTEM PAKAR…………. 13 –
15
7. CADANGAN JENIS SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN
YANG TERBAIK……………………………………………………………… 16 –
18
8. RUJUKAN………………………………………………………………………….. 18
9. KESIMPULAN……………………………………………………………………...
19
3

1. PENGENALAN
1.0 Apa itu maklumat data?
Definisi Maklumat
Maklumat merupakan tafsiran yang teratur dan bermakna serta berguna
mengenai data.
Definisi Data
Data merupakan fakta asas atau fakta mentah yang terdiri daripada teks, gambar
rajah, grafik, imej dan lip video yang tidak bermakna.

Sistem maklumat merupakan kombinasi dari teknologi maklumat dan aktiviti manusia yang
memanfaatkan teknologi di dalam menyokong operasi dan pengurusan serta kajian mengenai
rangkaian yang saling melengkapi di dalam peranti keras dan perisian daripada manusia dan
organisasi untuk menggumpul, menapis, memproses, membuat dan mengedarkan maklumat.
Di dalam erti kata lain maklumat merupakan data yang telah diproses dan menjadikan ia lebih
bermanfaat di dalam penyimpanan data manusia, organisasi dan lain-lain. Di dalam operasi
pemprosesan data merupakan operasi arimetik, penjadualan masa, ringkasan data dan
sebagainya merupakan pemprosesan maklumat yang menjadikan kompenen andar
komponen bukan andar , atau gabungan kedua-duanya serta menukarkan data tersebut
kepada maklumat.

Definisi data dan maklumat adalah berbeza mengkut penggunaanya. Data dapat dilihat
sebagai maklumat dan bergitu juga sebaliknya, sebagai contoh bil penggunaan telefon
merupakan sekumpulan data tetapi tidak bermakna kepada Perdana Menteri namun ia
bermakna kepada pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan tersebut.

1.1 Sistem maklumat untuk organisasi


4

Definisi sistem maklumat


Perancangan sistem maklumat merupakan salah satu proses penggunaan
matlamat, strategi dan maklumat organisasi untuk mengenal pasti di dalam
memilih sesuatu sistem yang akan dibangunkan dan masa yang sesuai untuk
membangunkannya.

Sistem maklumat dilaksanakan dalam sesebuah organisasi bertujuan untuk meningkatkan


keberkesanan dan kecekapan organisasi itu. Sebelum perancangan sesebuah sistem maklumat
dilakukan, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya pihak
pengurusan seperti:

a) Pengurusan atasan perlu menerima menerima teknologi maklumat sebagai satu


sumber penting untuk seluruh aktiviti organisasi.
b) Penggunaan sistem maklumat di dalam sesebuah organisasi perlu dirancang seperti
sumber kompleks yang lain dirancang. Sumber maklumat meliputi keseluruhan sistem
maklumat seperti perkakas, perisian, telekomunikasi, manusia, prosedur dan data.
c) Teknologi maklumat merupakan sumber yang dimiliki oleh seluruh kakitangan
organisasi.
d) Pengurusan atasan perlu mngiktiraf sistem maklumat sebagai suatu sumber di dalam
mencapai matlamat andar .

Di dalam menyeragamkan perancangan, pihak pengurusan perlu menyeragamkan teknologi


maklumatnya apabila membuat keputusan untuk menerima pakai untuk sesetengah sumber
teknologi maklumat untuk kesemua unitnya. Hasil yang bermanfaat daripada penyeragaman
adalah:

a) Penjimatan kos
Apabila keputusan telah dibuat untuk membeli perkakasan atau perisiaan yang sama
unit di dalam organisasi tersebut. Ia telah memberi lebihan kuasa seperti tawar
menawar dan boleh memperolehi harga yang lebih rendah daripada vendor.
b) Kecekapan latihan
Melatih kakitangan mengenai penggunaan sebilangan kecil perisian bagi bertujuan
menyenangkan tugasan harian mereka.
c) Kecekapan sokongan
5

Penyeragaman sejumlah kecil modal andar dan aplikasi perisian akan


membolehkan para kakitangan IT untuk membina kepakaran dalam perkakasan dan
perisian yang disokong oleh mereka.

2. SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN


4.0 Konsep keseluruhan sistem sokongan keputusan
Sistem sokongan keputusan boleh ditakrif sebagai sistem maklumat interaktif,
yang banyak bergantung kepada set bersepadu perkakasan pengguna dan alat
perisian terutama di dalam menghasilkan maklumat dan kemudian
membentangkan maklumat yang disasarkan terutamanya untuk memberi
sokongan yang diperlukan kepada pihak pengurusan di dalam proses membuat
keputusan. Menurut Gorry dan Scott Morton (1971) dari Institut Teknologi
Massachusetts (MIT) telah mencipta garis panduan yang berfungsi untuk
mengklasifikasikan aplikasi andar kepada beberapa kategori. Namun, konsep
keputusan Simon dan konsep tahap pengurusan Anthony telah digunakan. Konsep
berkenaan telah dikenali sebagai “Grid Gorry dan Scott Morton” seperti rajah 1.0
di bawah.

Rajah 2.0: Grid Gorry dan Scott Morton

Definisi DSS
6

Definisi Am: DSS merupakan sebuah sistem yang menyediakan kemudahan untuk
penyelesaian masalah dan komunikasi di dalam penyelesaian masalah separa berstuktur.

Definisi khusus: DSS adalah merupakan sebuah sistem yang menyokong para pengurus
atau sekumpulan kecil pengurus yang bertugas sebagai pasukan yang bertugas sebagai
pasukan yang menyelesaikan masalah serta menemukan penyelesaian kepada masalah
separa berstruktur dan memberi maklumat atau cadangan berkaitan dengan keputusan
tertentu.

Setiap pengurusan di dalam organisasi telah menggunakan Sistem Sokongan Pengurusan


(MSS) yang terdiri daripada Rangkaian Neural, Sistem Pakar, Agen Kecerdasan dan lain-lain
bagi bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan di dalam membuat keputusan terutamanya
di dalam tugasan yang kompleks. DSS juga merupakan sistem berasaskan computer interaktif
kerana ia dapat membantu di dalam pembuatan keputusan yang menggunakan data dan model
untuk menyelesaikan masalah berstruktur dan tidak berstruktur. Selain itu, DSS merupakan
salah satu sistem yang membolehkan para pengurus untuk meyelesaikan masalah separa
berstruktur dan berstruktur. Hal ini demikian, ia juga dapat menganalisa maklumat dari tahap
pengurusan yang lebih rendah andar atas termasuklah yang berada di luar organisasi.

2.1 Contoh sistem sokongan keputusan


Di antara contoh-contoh situasi sistem sokongan diguna pakai di dalam organisasi
ialah:
Situasi di Kentucky Fried Chicken (KFC)
Di dalam satu situasi, syarikat Kentucky Fried Chicken (KFC) telah menghadapi
masalah wabak penyakit ayam. Hal demikian telah membuat pengurus besar
terpaksa membuat keputusan dengan segera sama ada untuk meneruskan hidangan
menu tersebut atau sebaliknya. Namun dengan bantuan DSS, pihak pengurusan
akan diberi beberapa maklumat seperti makanan andar gy, kos, maklumat
pembekal, bilangan pekerja mengikut syif, lokasi pembekal dan lain-lain. DSS
dilaksanakan melalui 4 kriteria tersebut, iaitu:

DSS

Pengguna Perisian Sistem Data Model Keputusan


7

Melalui 4 kriteria di atas, komponen yang paling penting adalah pengguna.


Seterusnya, perisian sistem, data dan model keputusan merupkan bentuk integrasi
yang telah menfokuskan supaya seseorang pelanggan akan membuat keputusan yang
mudah melalui keputusan mengenai produk KFC yang ingin di beli oleh mereka dan
membawa kepada keuntungan kepada syarikat berkenaan. Melalui model keputusan,
ia telah memberi kemampuan analisis kepada DSS dengan cara taktik, andar serta
operasi.

3. SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF


4.0 Konsep maklumat eksekutif
Sistem maklumat eksekutif adalah untuk mengenal pasti pengurus di peringkat yang
lebih tinggi di dalam setiap hierarki organisasi. Eksekutif mempunyai kuasa dan
autorit di dalam menentukan hala tuju setiap organisasi melalui penglibatan mereka di
dalam menggariskan pelan andar dan dasar organisasi. Selain dari itu, peranan
sebagai seorang eksekutif, adalah berbeza daripada pengurus. Hal ini kerana peranan
eksekutif adalah lebih berorentasikan organisasi manakala pengurus lebih
berorentasikan unit atau jabatan. Sebagai contoh, Naib Cancelor di andar g yang
mengurus serta memimpin sebuah andar g, manakala Dekan pula lebih tertumpu
kepada tugasan mereka iaitu memimpin dan merancang strategi untuk fakulti
berkenaan. Kajian telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Sistem Maklumat (CISR)
di MIT mendapati bahawa pengguna pengguna utama EIS adalah ketua pegawai
esekutif (CEO), ketua pegawai kewangan (CFO) dan ketua pegawai operasi (COO).
8

Rajah 3.0 Organisasi sistem tanpa maklumat Esekutif (EIS)

Rajah di atas menunjukkan esekutif menerima semua maklumat daripada fungsi-


fungsi subsistem seperti Sistem Maklumat Kewangan dan Sistem Maklumat Monetari
yang perlu diproses. Eksekutif perlu menganalisa dan menukar data kepada maklumat
yang lebih bermakna. EIS akan menerima semua data dan maklumat daripada fungsi
subsistem dan persekitarannya, kemudian memproses serta mengemukakannya
kepada eksekutif.

Rajah 3.1: Organisasi menggunakan sistem maklumat eksekutif


9

Rangkaian dan agenda Kotter


Kotter (1982) merupakan seorang professor di Harvard, percaya bahawa eksekutif
menangani tugasan mereka dengan menggunakan tiga strategi iaitu:
a) Agenda
Agenda merupakan objektif kepada syarikat yang perlu dicapai. Terdapat dua
jenis agenda iaitu jangka panjang dan jangka pendek.
b) Membina rangkaian
Peranan sebagai eksekutif adalah membina rangkaian dan ianya tidak sama seperti
rangkaian andar . Kotter memberitahu bahawa eksekitif perlu membina
rangkaian atau hubungan antara individu di dalam dan di luar organisasi yang
boleh atau akan membantu dalam mencapai matlamat agenda.
c) Persekitaran
Eksekutif perlu mereka bentuk persekitaran atau sekeliling yang baik. Hal ini
kerana, persekitaran yang baik merupakan penekanan terhadap nilai-nilai murni
yang yang boleh membantu ahli rangkaian untuk bekerjasama anatara satu sama
lain.

3.1 Contoh sistem maklumat eksekutif


Sistem maklumat eksekutif merupakan sistem yang telah menyediakan beberapa
maklumat kepada eksekutif mengenai prestasi syarikat dan keseluruhannya. EIS
merupakan alat yang telah menyediakan beberapa akses di dalam talian yang
mengandungi beberapa maklumat yang relevan di dalam format yang berguna
serta boleh dicari. Menurut McLeod dan Schell (2001), EIS adalah salah satu
sistem yang menyediakan maklumat kepada eksekutif mengenai kemajuan
ekseskutif secara menyeluruh. EIS ditakrif sebagai:

“Kaedah yang berasaskan andar untuk kedua-dua eksekutif yang tidak


berpengalaman dan berpengetahuan mengenai andar untuk mendapat,
membuat, menghantar maklumat termasuk meneroka dan mencari secara
terperinci maklumat yang tertentu daripada bidang yang diperlukan oleh mereka
di dalam membuat keputusan”
10

3.1.0 Model EIS

Rajah 3.2: Model EIS


Syarikat yang besar biasanya akan mempunyai rangkaian PC yang besar seperti
Superkomputer atau kerangka utama. Hal ini kerana PC eksekutif akan bertindak
sebagai stesen kerja eksekutif. Stesen kerja ini telah dilengkapi dengan cakera
keras yang besar untuk penyimpanan data dan maklumat untuk diproses oleh
andar pusat. Selain itu, sistem ini telah dilengakpi dengan suatu aplikasi e-mel
termasuklah kemudahan persediaan untuk mereka muat turun data atau maklumat
dari perisian tersebut. EIS juga terdapat variasi yang menyediakan penjelasan
mengenai maklumat semasa, pesaing, atau maklumat sosial dan ekonomi, kedua-
duanya secara dalaman dan luaran.

4. SISTEM PAKAR
4.0 Konsep Sistem Pakar
Definisi Sistem Pakar
Seorang pakar merupakan individu yang memiliki kepakaran dan pengetahuan di
dalam bidang pngkhususan.
11

Terdpat beberapa contoh pakar yang terdapat di Malaysia ini seperti, pakar jantung,
pakar matematik, pakar sakit puan dan lain-lain. Hal ini kerana pengalaman seseorang
yang dapat mengembangkan bakat dan kemahiran seseorang untuk membolehkannya
menyelesaikan beberapa masalah secara andar , cekap dan berkesan. Menurut
Efraim Turban (2001), asal usul Sistem Pakar ialah dari andar gy yang berasaskan
Pengetahuan. ES yang baik adalah sistem yang boleh menyalin proses membuat
perhitungan pada diri manusia. Selain itu, menurut Prof Edward Feigenbaum (1983)
dari Stanford Universiti merupakan seorang penyelidik mengenai ES serta
mentakrifkan ES sebagai,

“.. program kecerdasan andar yang menggunakan pengetahuan dan prosedur


perhitungan untuk menyelesaikan masalah yang sukar serta memerlukan kepakaran
untuk menyelesaikan masalah”

Takrifan Sistem Pakar ialah:

Sistem Pakar adalah sistem maklumat yang mampu meniru pemikiran manusia dan
memberi pertimbangan semasa proses membuat keputusan.

ES telah menggunakan pengetahuan manusia yang disimpan di dalam computer dan


memerlukan kepakaran manusia untuk menyelesaikannya. ES merupakan sistem
maklumat yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang biasanya
memerlukan kepakaran di dalam menyelesaikannya.

4.1 Contoh Sistem Pakar


Sistem Pakar telah digunakan secara meluas di dalam pelbagai bidang dan andar
seperti perubatan, kejuruteraan, pendidikan, pemasaran, perancangan cukai, dan
sebagainya. Sebagai contoh penggunaan ES adalah:

Penggunaan Sistem Pakar di dalam Sektor Perbankan dan Kewangan:


a) Sistem Pakar dapat membantu di dalam urusan pengurusan bank untuk
membuat keputusan seperti meluluskan pinjaman.
12

b) Sistem Pakar dapat membantu di dalam menasihati pengurus bank di dalam


pemberian pinjaman rumah.
c) Sistem Pakar dapat mengenal pasti penipuan melalui sistemnya.
d) Sistem Pakar dapat membantu bank dalam menentukan pelanggan layak
diberikan kad kredit atau sebaliknya.
e) Sistem Pakar dapat menasihati syarikat insurans di dalam risiko-risiko yang
terdapat di dalam pelindungan insurans pelanggan atau tidak.

Penggunaan ES di dalam Industri Pengeluaran:

a) Sistem Pakar mampu mendiagnosiskan beberapa kerosakan teknikal di dalam


kapal terbang, andar g dan turbin gas.
b) Sistem Pakar dapat membantu di dalam membentuk dan menghasilkan item
mekanikal.
c) Sistem Pakar dapat membantu di dalam mengenal pasti ancaman yang akan
memberi risiko pada keselamatan.

5. 5 PERBEZAAN DI ANTARA SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN, SISTEM


MAKLUMAT EKSEKUTIF DAN SISTEM PAKAR

SISTEM SOKONGAN SISTEM MAKLUMAT


KEPUTUSAN EKSEKUTIF SISTEM PAKAR
Pemangkin untuk Eksekutif mempunyai Meniru kemampuan
menyokong pengurus dalam kuasa dan autoriti untuk manusia berfikir dan
membuat keputusan yang menentukan hala tuju menghitung di dalam
berkesan. organisasi, membuat keputusan.
Menyokong pengurus di Maklumat yang Menggabungkan
dalam membuat kerja di diperlukan oleh eksekutif penggunaan pengetahuan,
dalam pasukan serta adalah lebih fakta dan teknik
menyelesaikan masalah berorentasikan organisasi. perhitungan untuk
dalam mencari penyelesaian membuat keputusan.
13

masalah separa berstruktur


dan tidak berstruktur.
Proses membuat keputusan Pengurus peringkat lebih Dibina untuk dua sebab,
perlu dikaji terlebih dahulu tinggi memainkan menggantikan pakar atau
dan dikategorikan sebagai peranan penting dalam membantu pakar.
keputusan berprogram dan membentuk kejayaan
keputusan tidak berprogram. organisasi, prestasi
pekerja dalam mencapai
misi dan visi organisasi.
Trdapat 3 objektif utama Menyokong perancangan Digunakan di dalam
iaitu: jangka panjang dalam pelbagai aplikasi dalam
a) Membantu dan sesebuah organisasi. pelbagai bidang dan
menyediakan andar seperti perubatan,
sokongan kepada kejuruteraan dan lain-lain.
pengurus.
b) Menyokong
pengurus di dalam
proses membuat
keputusan.
c) Meningkatkan
keberkesanan di
dalam proses
membuat keputusan.
Menyokong sekumpulan Mewujudkan sumber Pengetahuan adalah
individu yang bekerjasama maklumat yang baru yang pemahaman subjek atau
untuk mencapai satu boleh membantu syarikat domain menerusi teori
matlamat dengan di dalam meningkatkan atau praktikal.
penyediaan muka untuk prestasi dan pada masa
pengaksesan serta yang sama menyediakan
menggunakkannya untuk perkhidmatan cemerlang
persekitaran. kepada kakitangan dan
pelanggan.

6. ISU SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN DAN SISTEM PAKAR


14

Sistem Sokongan Keputusan (DSS) merupakan pemangkin di dalam menyokong


pengurus dalam membuat keputusan yang berkesan. Salah satu tugasan penting
pengurus di dalam melaksanakan fungsi pengurusan ialah pembuatan keputusan.
Pengurus telah berhadapan dengan pelbagai situasi pada setiap hari yang memerlukan
sesebuah keputusan dilaksanakan. Hal inidemikian kerana, keputusan merupakan
satu pilihan daripada pelbagai andar gy tindakan untuk berhadapan dengan
masalah. Masalah pula merupakan perbezaan di antara situasi sebenar dengan situasi
yang dikehendaki. Jika situasi sebenar adalah sama dengan situasi yang dikehendaki,
maka organisasi tidak akan menghadapi masalah. Terdapat pelbagai masalah yang
telah dikenal pasti seperti masalah para pengurus ialah ketidakcekapan prestasi
pekerja, unit, jabatan, bahagian dan organisasi. Hal ini berlaku apabila prestasi
sebenar tidak sama ataupun kurang dengan prestasi yang dikehendaki. Menurut Abu
Mansor et. Al (dalam Shahrol Aman Ahmad et. Al, 2007) sesebuah keputusan yang
baik bukan sahaja dipengaruhi oleh pengalaman, kecekapan dan kemahiran pembuat
keputusan, tetapi juga kecukupan dan kesahihan maklumat yang diperoleh berkenaan
persekitaran perniagaan. Menurut Thomas J. Atchison (dalam Ahmad Atory Hussain,
1985) pula, pembuatan keputusan telah didefinisikan sebagai semua pemikiran dan
tindakan yang akan membawa kepada satu pilihan, termasuk pemilihan itu sendiri,
dengan kata lain, pembuatan keputusan merujuk kepada satu aktiviti atau proses
memilih satu penyelesaian daripada beberapa andar gy yang ada. Menurut Daft &
Hiatt (dalam Jaafar Muhammad et. Al, 2007) terdapat tiga keadaan atau persekitaran
yang mempengaruhi pembuatan keputusan iaitu pembuatan keputusan dalam keadaan
kepastian, pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian dan pembuatan
keputusan dalam keadaan risiko. Sebagai contohnya:

Terdapat pengurusan yang cemerlang di dalam sesebuah organisasi yang boleh diukur
melalui pelbagai aspek seperti, kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan kualiti
produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi. Semua perkara
tersebut adalah melalui keputusan yang telah diambil sebagai contoh, dalam
persekitaran seperti pembuatan keputusan ialah di dalam keadaan kepastian. Hal ini
kerana pengurus harus memikirkan sesuatu masalah tersebut berdasarkan tahap
kepastian dan risikonya. Tugasan sebagai seorang pengurus itu telah menjangka apa
yang bakal berlaku pada masa hadapan serta harus memiliki maklumat yang
15

meyakinkan dan boleh dipercayai mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh situasi
di sebuah syarikat, seorang pengurus di dalam sebuah syarikat ingin melaburkan
sejumlah wang milik syarikat ke dalam sebuah bank. Pengurus tersebut sudah tentu
telah mengetahui jumlah pulangan dan keuntungan yang bakal diterima oleh
syarikatnya dalam jangka masa tertentu. Ini kerana beliau telah dimaklumkan dengan
jelas oleh pihak pengurusan bank mengenai kadar faedah dan polisi yang telah
ditawar dan ditetapkan oleh pihak bank.

Sistem Pakar pula merupakan seorang pakar atau individu yang memiliki pengetahuan
dalam bidang pengkhususan. Sebagai contohnya, pakar adalah pakar jantung dan
pakar matematik. Melalui pengalamannya, seseorang pakar mengembangkan
kemahirannya untuk membolehkannya menyelesaikan masalah secara andar ,
cekap dan berkesan. Menurut Efraim Turban (2001), Sistem Pakar berasal dari
andar gy Sistem Pakar berasaskan Pengetahuan. ES yang baik adalah sistem yang
boleh menyalin proses membuat perhitungan pada diri manusia. Prof Edward
Feigenbaum (1983) dari Stanford University, seorang penyelidik mengenai ES
mentakrifkan ES sebagai
“program kecerdasan andar yang menggunakan pengetahuan dan prosedur
perhitungan untuk menyelesaikan masalah yang sukar yang memerlukan kepakaran
untuk menyelesaikan masalah.”
Berdasarkan definisi yang diberikan sebelum ini, kita boleh takrifkan Sistem Pakar
sebagai: Sistem Pakar adalah sistem maklumat yang mampu meniru pemikiran
manusia dan memberi pertimbangan semasa proses membuat keputusan. Sistem Pakar
dibina kerana dua faktor, sama ada untuk mengganti atau membantu pakar. Antara
sebab perlunya Sistem Pakar bagi menggantikan pakar adalah
(a) Untuk membolehkan penggunaan kepakaran selepas waktu bekerja atau di lokasi
berbeza.
(b) Untuk mengautomasi tugasan rutin yang memerlukan kepakaran manusia pada
semua masa yang tidak dihadiri, bagi mengurangkan kos operasi.
(c) Untuk menggantikan pekerja pakar yang bersara atau bertukar kerja.

Sebagai contohnya ialah satu kajian penyelidikan dalam mereka bentuk dan
membangunkan satu contoh dasar (prototaip) yang menggunakan sistem pakar
dalam bidang penyakit tanaman andar khususnya getah di Universiti Teknologi
16

Malaysia (UTM). Sistem pakar ini telah dibina ini melalui sistem pakar penyakit
tanaman getah atau lebih dikenali sebagai RUDES (RUBBER PLANT DISEASE
EXPERT SYSTEM). Sistem pakar ini merupakan satu sistem berfungsi untuk
mendiagnosis penyakit tanaman getah khususnya penyakit-penyakit tanaman getah
yang terdapat di Malaysia. Setelah selesai mendiagnosis sesuatu penyakit, sistem
pakar akan menentukan darjah kepercayaan tentang kewujudan penyakit tersebut
berserta langkah-langkah kawalannya. Sistem pakar ini juga telah direkabentuk ini
menggunakan konsep kepintaran buatan.

7. CADANGAN JENIS SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK

SISTEM SOKONGAN PEMBUAT KEPUTUSAN (DSS) DALAM PENGURUSAN


BANJIR: KAJIAN KES DI BANDAR KAJANG, KAJANG SELANGOR

Bidang kajian: Hidrologi

Jenis risiko kajian: Banjir

Kawasan kajian: Bandar Kajang, Kajang Selangor

Jenis dialog: Akses maklumat kepada peniaga dan masyarakat awam berkenaan risiko
banjir kilat melalui pelan keselamatam dan kawasan tenggelam banjir (kejadian
sebenar dan peramalan)

PENGENALAN
17

Sistem Sokongan Pembuat Keputusan merupakan satu sistem maklumat yang direka
bentuk untuk mentafsir, menterjemah dan sebagai sumber komunikasi berasaskan
sains maklumat yang dapat memberikan sumbangan dalam menyokong keperluan
pengguna iaitu komuniti yang berisiko (para peniaga dan pengusaha), masyarakat
awam dan para pembuat keputusan khususnya yang melibatkan kemusnahan harta
benda dalam skala yang besar iaitu bencana banjir, samada banjir musim dan banjir
kilat di kawasan yang selalu menjadi kawasan tumpuan banjir.

Kemajuan yang berlaku dalam bidang kejuruteraan dan hidrologi menjana pelbagai
kaeadah baru yang bersifat saintifik khususnya untuk ramalan berkenaan cuaca dan
peramalan banjir. Melalui penemuan kaedah baru ini akan dapat memberi satu bentuk
kejayaan secara praktikal kepada para penyelidik yang seterusnya memberi
sumbangan kepada masyarakat melalui perkongsian maklumat dan teknologi.

Kajian berkenaan Sistem Sokongan Pembuat Keputusan ini merupakan projek rintis
berkaitan banjir yang buat masa ini hanya memberi tumpuan terhadap bidang
hidrologi sahaja. Kajian ini merupakan kajian yang dibiayai oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Geran Universiti-Arus Perdana (UKM-AP-
PLW-05-2010) dibawah nic Pembangunan Lestari Wilayah yang ditadbir oleh Institut
Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM.

KAJIAN KES: BANDAR KAJANG, KAJANG SELANGOR

Bandar Kajang terletak dalam Daerah Hulu Langat yang merupakan daerah kelima
terbesar dalam Negeri Selangor. Kajang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj) mempunyai keluasan 9,298 hektar. Kajang merupakan kawasan yang
mengalami perubahan guna tanah yang maju dan pesat dalam jangkamasa yang
singkat. Ini kerana Kajang terletak dalam geografi yang rata dan dalam lingkungan
dan limpahan daripada pembangunan Bandaraya Metropolitan Kuala Lumpur dan
juga Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bandar Kajang dan Bandar Baru Bangi
merupakan dua andar yang mengalami perubahan guna tanah secara andar
khususnya melibatkan kegiatan pembangunan seperti pembinaan penempatan-
18

penempatan baru iaitu kediaman, perniagaan, perkhidmatan serta institusi-institusi


dan kemudahan masyarakat.

Bandar Kajang terletak di pertembungan dua sungai iaitu Sungai Langat iaitu sungai
utama dan Sungai Jeloh. Kedua-dua sungai ini berada dalam andar Kajang yang
merupakan faktor utama kepada kekerapan berlakunya banjir di Bandar Kajang.
Hampir keseluruhan andar Kajang dimonopoli oleh kegiatan perniagaan,
perkhidmatan dan pentadbiran dan perumahan di bahagian tenggara dan barat andar
Kajang.

Lembangan Sungai Langat


8. RUJUKAN

a) Maryati M.Y. & Mohd Z.A. CBMS4303 Sistem Maklumat Pengurusan, Edisi
Pertama, April 2014 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia: Open Universiti Malaysia.
b) Abbott E. BAB 9 SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN (DSS), SISTEM
MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS), SISTEM PAKAR (ES) – PowerPoint PPT
19

Presentation. Sumber daripada https://www.slideserve.com/abbott/bab-9-sistem-


sokongan-keputusan-dss-sistem-maklumat-eksekutif-eis-sistem-pakar-es
c) Aku. BBPP1103 – Prinsip Pengurusan (OUM). Sumber daripada
http://cgisaiman.blogspot.com/2013/01/bbpp1103-prinsip-pengurusan-oum.html
d) Mohd. S. Pembinaan Sistem Pakar Dalam Bidang Penyakit Tanaman Ladang. Sumber
daripada https://jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/view/1000
e) Wordpress. SISTEM SOKONGAN PEMBUAT KEPUTUSAN (DSS) BAGI
PENGURUSAN LEMBANGAN SUNGAI LANGAT. Sumber daripada
http://www.ukm.my/dsslangat/v2/?page_id=111

9. KESIMPULAN

Kesimpulannya, Sistem Sokongan Keputusan merupakan pemangkin untuk


menyokong pihak pengurusan di dalam membuat keputusan. Ianya juga dapat
menyokong para pengurus di dalam menyelesaikan masalah apabila mereka berada di
dalam pasukan, Masalah yang dapat diseleaikan iaitu mengikut separa berstruktur dan
tidak berstruktur. Di dalam penggunaan sistem ini, proses membuat keputusan perlu
dikaji dan seterusnya ia perlu dikategorikan sama ada keputusan tersebut merupakan
keputusan berprogram atau keputusan tidak berprogram. Berlainan pula dengan
Sistem Maklumat Eksekutif, ianya telah memainkan peranan lebih tinggi kerana ianya
berperanan di dalam pembentukkan organisasi dan prestasi pekerja. Oleh itu sistem
ini sangat penting di dalam sesebuah organisasi kerana ia menyokong perancangan
jangka panjang di dalam sesebuah organisasi. Untuk Sistem Pakar pula, digunakan di
dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, pendidikan, pembuatan,
pemasaran, percukaian dan sebagainya. Ianya memerlukan pengetahuan domain iaitu
menerusi teori atau praktikal.

(3419 Patah Perkataan)

You might also like