You are on page 1of 15

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER SEPTEMBER 2019


BBUI 3103
UNDANG-UNDANG PEKERJAAN DAN
PERINDUSTRIAN

NO. MATRIKULASI : 950908065074001


NO. KAD PENGENALAN : 950908-06-5074
NO. TELEFON : 019-9852672
E-MEL : hidayahrosman@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

1
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN………………………………………………………………. 3 - 4
1.1 SENARAI UNDANG-UNDANG PEKERJA
DI MALAYSIA………………………………………………………. 3 - 4
2.0 KONTRAK PERKHIDMATAN DAN KONTRAK UNTUK
PERKHIDMATAN…………………………………………………………… 4 - 7
2.1 PERBEZAAN KONTRAK PERKHIDMATAN DAN
UNTUK PERKHIDMATAN…………………………………………. 5 - 6
2.2 KEPENTINGAN KONTRAK UNTUK PARA PEKERJA………….. 6 - 7
3.0 AKTA PEKERJAAN 1955…………………………………………………… 7 – 11
3.1 TIADA KONTRAK BERTULIS……………………………………... 8 - 9
3.2 JADUAL PERTAMA AKTA KERJA 1955………………………….. 9 - 11
4.0 UNDANG-UNDANG MELINDUNGI PEMANDU GRAB
DAN PEKERJA-PEKERJA YANG LAIN………………………………….. 11 - 12
4.1 INSURANS KOMERSIAL UNTUK PEMANDU
GRAB………………………………………………………………… 11 - 12
4.2 INSURANS E-HAILING……………………………………………. 12
4.3 PERLINDUNGAN MELALUI INSURANS
E-HAILING………………………………………………………….. 12
5.0 PINDAAN UNDANG-UNDANG UNTUK PARA PEKERJA
DI MALAYSIA……………………………………………………………… 13 - 14
5.1 CADANGAN AGAR AKTA PEKERJA
DISEMAK SEMULA ……………………………………………….. 13 - 14
6.0 REFERENSI…………………………………………………………………. 14
7.0 PERSEMBAHAN……………………………………………………………. 15

2
1.0 PENGENALAN

1.1 SENARAI UNDANG-UNDANG PEKERJA DI MALAYSIA

Di Malaysia, terdapat pelbagai hak undang-undang pekerja yang wujud dan telah diwartakan
oleh kerajaan di dalam Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955). Hal ini wujud kerana dapat
mengurangi penindasan majikan terhadap pekerja di dalam sesebuah syarikat. Prinsip-prinsip
yang meliputi hubungan antara majikan dengan pekerja di Malaysia diperoleh daripada tiga
sumber utama:

1. Commom Law
2. Undang-undang bertulis di Malaysia; dan
3. Keputusan-keputusan Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Sivil.

Pengaruh Commom Law di Malaysia begitu luas sekali. Kecuali undang-undang yang
melibatkan hal-ehwal agama dan kekeluargaan, banyak aspek undang-undang di Malaysia
dipengaruhi oleh Commom Law. Penjajahanlah yang merupakan sebabnya. Commom Law
masuk ke negara ini melalui dua saluran iaitu melalui perundangan dan kehakiman. Status
undang-undang tertulis buruh di Malaysia banyak ditiru daripada statut buruh Inggeris dan
India. Sungguhpun begitu, statut buruh di Malaysia tidaklah benar-benar serupa in pari
material dengan undang-undang buruh di kedua-kedua negara tersebut. Jika diteliti
peruntukan dalam statut buruh di Malaysia, terdapat beberapa peruntukan tertentu yang
khusus untuk Malaysia.

Status-status buruh di Malaysia terdiri daripada Akta Pekerjaan, Akta Perhubungan


Perusahaan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, Akta Pampasan
Pekerja dan sebagainya. Inilah undang-undang bertulis berkenaan buruh di Malaysia.
Menurut seksyen 3 dan 5, Akta Undang-undang Sivil, jika terdapat undang-undang bertulis di
Malaysia, Commom Law tidak terpakai. Walau bagaimanapun, jika terdaapt lakuna dalam
undang-undang bertulis tersebut, prinsip Commom Law masih terpakai bagi mengisi lakuna
itu. Mahkamah di Malaysia banyak mengambil kes-kes Common Law bagi menjelaskan
aspek undang-undang buruh di Malaysia, misalnya seperti ujian menentukan wujud atau
tidaknya "kontrak perkhidmatan", kewajipan tersirat majikan-pekerja dan sebagainya. Sejauh
yang dapat diperhatikan, mahkamah di Malaysia tidak membincangkan hal tersebut apabila
mahkamah memutuskan kes-kes berkenaan buruh. Status-status buruh atau pekerja di
Malaysia adalah seperti berikut:

3
1. Akta Pekerjaan, 1955 (Semakan 1981). (Pindaan 1989)
2. Akta Kesatuan Sekerja, 1959 (semakan 1981), (Pindaan 1989)
3. Akta Perhubungan Perusahaan, 1957 (pindaan 1980, 1989).
4. Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.
5. Akta Kilang dan Jentera, 1967.
6. Akta (pekerjaan) Kanak-kanak dan Orang Muda, 1966.

2.0 KONTRAK PERKHIDMATAN DAN KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN

Terdapat dua jenis kontrak untuk para buruh dan pekerja yang digunakan oleh pihak majikan
untuk setiap para pekerja mereka. Dua jenis perkhidmatan yang digunakan oleh mereka ialah
kontrak perkhidmatan dan kontrak untuk perkhidmatan. Kontrak perkhidmatan merupakan
suatu kontrak yang diambil oleh satu pihak untuk mengambil seorang pekerja itu bekerja
mengikut terma dan syarat perkerjaan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Sebagai contoh Bank ABC telah menawarkan jawatan kerani bank secara tetap kepada encik
Ali. Encik Ali telah diberikan surat tawaran pekerjaan yang mengandungi syarat-syarat
tertentu dan juga buku panduan kakitangan serta salinan perjanjian bersama yang
menggariskan terma dan syarat pekerjaan. Bank ABC telah mengawal Encik Ali dalam
melakukan kerjanya melalui kewujudan prosedur kerja yang standard, menetapkan waktu
bekerja, menyediakan peralatan menjalankan kerja, membayar gaji secara tetap, termasuklah
sumbangan terhadap PERKESO, KWSP dan lain-lain. Dalam keadaan ini, hubungan di
antara Bank ABC dengan encik Ali adalah hubungan antara majikan dan pekerja.

Kontrak untuk perkhidmatan pula, kontrak antara satu pihak dengan pihak yang lain untuk
menggunakan khidmat atau kepakaran mereka. Pihak berkenaan yang menawarkan kontrak
tidak mempunyai kuasa kawalan dan arahan tentang bagai mana kerja mesti dilakukan bila
masa kerja patut bermula dan tamat. Apa yang dipersetujui dalam kontrak jenis ini
adalahtentang bentuk, jenis dan kualiti perkhidmatan serta tempoh perkhidmatan itu perlu
disiapkan. Pihak yang menawarkan kontrak ini tidak mempunyai kawalan dan arahan ke atas
cara pelaksanaan kerja tidak membekalkan peralatan untuk menjalankan kerja dan bayaran
adalah dibuat berdasarkan kerja yang dijalankan bukannya bayaran gaji mingguan atau
bulanan secara tetap. Sebagai contohnya Bank ABC cawangan Kuantan ingin mengecat
semula bahagian luar tingkat serta bahagian bawah bangunan mereka. Pihak pengurusan
Bank telah mengeluarkan tender menjemput tukang cat yang berminat untuk memberikan

4
sebut harga mereka. Selepas proses tender kerja mengecat tersebut di serahkan kepada encik
Abu, pihak Bank ABC dan Encik Abu akan menandatangani kontrak untuk kerja pengecatan
tersebut dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama oleh mereka. Pihak Bank ABC tidak
mengawal cara bagai mana kerja pengecatan tersebut perlu dilakukan, bila encik Ali mesti
bermula dan tamatkan kerja setiap hari selain daripada menetapkan kerja pengecatan tersebut
mesti disiapkan dalam masa satu bulan dari tarikh kontrak ditandatangani. Pihak Bank juga
tidak menyediakan peralatan mengecat kepada encik Ali dan hanya memberi pembayaran
pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada harga kontrak semasa encik Abu memulakan
kerja pengecatan dan akan membayar baki 90 peratus lagi apabila keseluruhan kerja
mengecat tersebut disiapkan. Dalam keadaan ini tidak wujud hubungan di antara majikan
pekerja iaitu di antara Bank ABC dengan encik Abu.

2.1 PERBEZAAN KONTRAK PERKHIDMATAN DAN UNTUK PERKHIDMATAN

Kebanyakan individu yang bekerja mempunyai kontrak perkhidmatan atau pekerjaan dan
digelar pekerja. Namun, sesetengahnya lebih dikenali sebagai kontraktor bebas kerana
diambil bekerja melalui kontrak untuk perkhidmatan. Dalam kes Hoh Kiang Ngan lawan
Mahkamah Perusahaan pada tahun 1996 4 CLJ 687, Mahkamah Persekutuan telah
memutuskan bahawa pekerja mengikut Akta (Akta Kerja 1955) ialah seseorang yang diikat
melalui kontrak perkhidmatan. Kontraktor bebas yang terikat melalui kontrak untuk
perkhidmatan bukanlah pekerja di bawah Akta tersebut. Perbezaan ini penting kerana ia
menentukan perlindungan berkanun yang terpakai. Hak dan remedi yang telah dinyatakan
dalam Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 hanya terpakai kepada
pekerja yang dilantik adalah melalui kontrak perkhidmatan. Sama juga dari sudut liabiliti
majikan yang majikan bertanggungjawab kepada kesalahan tort yang dilakukan oleh
pekerjanya yang dilantik melalui kontrak perkhidmatan. Bagi kontraktor bebas yang terikat
dengan kontrak untuk perkhidmatan mereka menanggung sendiri kesalahan tort mereka.

Kontrak Perkhidmatan Kontrak untuk Perkhidmatan


Status pekerja Status kontraktor bebas, perunding dan
sebagainya
Pembayaran upah dan gaji Pembayaran yuran atau pembendungan
(retainer) dan kontraktor perlu menyerahkan
invois pembayaran mengikut tahap kemajuan
bagi setiap kerja yang dilaksanakan
Hubungan di antara pekerja dan majikan Tiada peruntukan undang-undang yang

5
telah dikawal oleh perundangan pekerjaan. memerlukan bayaran yuran atau
Contohnya, majikan bertanggungjawab pembendungan kepada kontraktor bebas
mencarum peratusan tertentu daripada gaji tertakluk kepada potongan cukai pendapatan
pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan atau caruman kepada KWSP atau PERKESO
Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi pihak
pekerja dan menyelaras potongan gaji untuk
cukai pendapatan
Wujud konsep tanggungan beralih (vicarious Tiada konsep tanggungan beralih dalam
liability) Majikan bertanggungan atas hubungan kontraktual sebegini. Kontraktor
kesalahan tort yang dilakukan oleh pekerja bebas bertanggungjawab secara persendirian
semasa waktu bekerja ke atas kesalahan tort mereka sendiri
Peralatan dan kemudahan untuk menyiapkan Tanggungjawab menyediakan peralatan dan
kerja disediakan oleh majikan kemudahan terkandung dalam terma kontrak,
namun kebiasaannya ia disediakan sendiri
oleh pihak kontraktor
Penamatan kontrak pekerjaan Pekerja berhak Penamatan kontrak untuk perkhidmatan
membuat tuntutan di Mahkamah Perusahaan Kontraktor bebas hanya boleh membuat
sekiranya dipecat secara salah tuntutan di mahkamah sivil atas perlanggaran
kontrak
Wujud hak dan tanggungjawab majikan, Wujud hak dan tanggungjawab antara pihak
pekerja dan sebaliknya yang terlibat mengikut terma umum kontrak
yang dipersetujui

2.2 KEPENTINGAN KONTRAK UNTUK PARA PEKERJA

Hubungan di antara majikan dengan pekerja adalah suatu hubungan kontrak (contractual
relationship), bukan suatu hubungan persahabatan atau keluarga. Hak ini di sertakan dengan
tanggungjawab kedua pihak yang terkandung di dalam kontrak yang mereka telah meterai
melalui surat yang telah telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. Walau bagaimanapun
terdapat juga isu di mana undang-undang yang secara spesifik telah merujuk kepada
tanggungjawab pekerja dan majikan yang perlu dipatuhi seperti Akta Kerja, Akta KWSP,
dan sebagainya sert sebarang terma kontrak yang bertentangan dengan undang-undang
tersebut akan terbatal, namun ia bukan komprehensif. Perkara seperti gaji, senarai tugas,

6
polisi syarikat, dan lain-lain tidak dinyatakan di dalam undang-undang tersebut. Kontrak
kerja bertulis ini dapat menunjukkan bahawa:

1. wujud hubungan majikan-pekerja (bezakan dengan kontraktor bebas);


2. kedua-dua pihak tahu tanggungjawab dan hak masing-masing (contohnya jumlah gaji,
bila tarikh bayaran gaji, jumlah cuti tahunan, cuti umum, dan sebagainya)
3. jika wujud pertikaian di antara majikan dengan pekerja, terma-terma kontrak
pekerjaan akan menjadi sumber rujukan.

3.0 AKTA PEKERJAAN 1955

Pekerja merupakan salah satu aspek yang penting di dalam sesebuah organisasi kerana
pekerja merupakan salah satu penggerak kepada sesebuah organisasi selepas majikan. Di
dalam hal ini, setiap kumpulan penyelidik harus memilih definisi yang telah tertera dalam
Akta Pekerjaan 1955 di mana semua pekerja eksekutif dan bukan eksekutif harus
dilindungi bawah satu akta yang sama. Selain daripada itu, Akta Kerja 1955 pula hanya
diterima semenanjung Malaysia sahaja. Berikut adalah definisi “Pekerja” di dalam Akta
Kerja 1955:

1) Orang itu merupakan pekerja, apabila beliau diambil bekerja di sektor swasta di
bawah satu kontrak perkhidmatan, juga dikenali sebagai kontrak pekerjaan.
2) Pekerja tersebut mesti mendapat gaji bulanan tidak melebihi RM 1,500.
3) Pekerja tersebut mendapat gaji lebih daripada RM 1,500 sebulan, tetapi bekerja
sebagai buruh kasar (manual labourer), atau penyelia kepada buruh kasar.
4) Pekerja tersebut mendapat gaji lebih daripada RM 1,500 sebulan, tetapi bekerja
sebagai pemandu atau mekanik kenderaan. Seseorang pekerja juga harus
menandatangani perjanjian service of contact ataupun service for contract jika ingin
bekerja di bawah sesebuah organisasi. Menurut Akta Kerja 1955, kontrak
perkhidmatan bermaksud suatu kontrak yang disempurnakan sama ada secara lisan
atau bertulis.

7
Hubungan dan tanggungjawab di antara majikan dan pekerja sebenarnya terletak di dalam
kontrak kerja yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak sebelum pekerja
memulakan tugasnya. Oleh hal demikian, di ingatkan agar setiap pekerja-pekerja dan bakal
pekerja agar memberi penekanan akan isu kontrak sebelum memulakan tugas masing-masing.
Sebaiknya para pekerja,

1) Meminta agar diberikan kontrak bertulis.


2) Diberi masa meneliti dan memahami kontrak yang bakal ditandatangani.
3) Mengetahui hak-hak yang ada pada seseorang pekerja.
4) Mengetahui tanggungjawab pekerja kepada majikan dan sebagainya.

3.1 TIADA KONTRAK BERTULIS

8
Setiap syarikat yang menawarkan pekerjaan harus menyediakan kontrak bertulis. Hal ini
kerana ia telah tertakluk di dalam terma dan syarat undang-undang kontrak Contract Law.
Sekiranya pihak syarikat tidak menawarkan sebarang kontrak kepada para pekerjanya tidak
bermakna hak-hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak terbatas. Hak-hak dan
tanggungjawab itu telah wujud seperti mereka yang mempunyai kontrak bertulis juga, cuma
masalah wujud dalam mendefinasikan hak dan tanggungjawab yang wujud itu.

Di dalam peruntukan undang-undang seperti Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan
Ordinan Buruh Sarawak akan memainkan peranan dalam mengenalpasti hak-hak dan
tanggungjawab yang wujud di antara pekerja dengan majikan.

3.2 JADUAL PERTAMA AKTA KERJA 1955

9
Akta Kerja 1955 cuma melindungi pekerja-pekerja yang tersenarai dalam Jadual Pertama
Akta Kerja 1955. Syaratnya antara lain adalah:

1. Pekerja bergaji hanya RM2,000 dan ke bawah


2. Jika ia melebihi RM2,000, pekerja hendaklah tergolong dalam senarai yang
dinyatakan di dalam Jadual 1 pada Akta ini.
3. Pekerja domestik seperti orang gaji dan tukang kebun di rumah tidak termasuk dalam
senarai pekerja yang dilindungi ini.

Nota Tambahan:

Terdapat beberapa peruntukkan KHAS dalam Akta Kerja 1955 yang terpakai buat semua
pekerja tidak kira jumlah gajinya dan ini termasuklah peruntukan berkaitan,

1. perlindungan waktu hamil (maternity) – cuti dan faedah bersalin


2. gangguan sexual (sexual harassment)

3.2.1 Kontrak perkhidmatan

3.2.2 Maksud Akta Kerja

Pekerja adalah mereka yang diletakkan di bawah kontrak perkhidmatan (Contract of Service)
dan bukannya kontrak bagi perkhidmatan (Contract For Service) . Kontrak Perkhidmatan ini
telah termasuk juga kontrak perantisan. Bagi maksud Akta ini, kontrak meliputi secara
meluas seperti kontrak lisan dan bertulis. Jika mana-mana pekerja yang tidak mempunyai

10
kontrak pekerjaan yang bertulis, maka peruntukan-peruntukan dalam Akta ini secara
automatik digunakan bagi kontrak mereka.

3.2.3 Maksud “Faedah Minima” Yang DiTetapkan Oleh Akta

Akta Kerja 1955 ini hanyalah menggariskan faedah minima sahaja. Ia tidak bermakna
majikan tidak boleh menyediakan kontrak yang tidak mengikuti peruntukan Akta. Majikan
boleh memberikan faedah mengikut apa yang mereka mampu bagi menarik ramai pekerja di
tempat mereka, namun faedah yang diberikan hendaklah tidak kurang dari apa yang
diperuntukkan di dalam Akta. Antara garis panduan bagi faedah minima yang disentuh oleh
Akta Kerja 1955 termasuklah,

1. Waktu-Waktu Kerja
2. Cuti Bersalin Dan Faedah Bersalin
3. Notis Berhenti Kerja
4. Cuti Tahunan
5. Cuti Umum
6. Hari Rehat
7. Kerja Lebih Masa

4.0 UNDANG-UNDANG YANG MELINDUNGI PEMANDU GRAB

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, menjadi seorang pemandu Grab adalah cara yang ringkas
dan mudah untuk mendapatkan duit sampingan. Jadi bukanlah perkara yang asing bagi
seorang pemandu Grab untuk mempunyai kerja tetap dan hanya memandu Grab sebagai kerja
sambilan. Pada awalnya, menjadi seorang pemandu Grab adalah sesuatu yang baru dan unik.
Banyak pemandu teksi tidak sukakan persaingan baru ini kerana menjadikan pelanggan
mereka berkurangan dan merendahkan pendapatan mereka. Namun Grab membuatkan
perjalanan lebih menyenangkan, selamat dan selesa untuk pelancong yang sebelum ini
terpaksa tawar-menawar harga dan berhadapan dengan risiko untuk ditipu.

4.1 INSURANS KOMERSIAL UNTUK PEMANDU GRAB

Insurans Komersial merupakan insurans untuk pemandu Grab untuk mendapatkan insurans
kereta yang sesuai. Jika syarikat insurans mendapat tahu yang kemalangan berlaku semasa
sedang memandu Grab, maka tuntutan tersebut akan ditolak. Alasannya kerana kereta
tersebut tidak digunakan untuk tujuan peribadi, tetapi untuk tujuan komersial. Tujuan

11
komersial bermaksud kenderaan tersebut digunakan untuk menjana wang. Insurans peribadi
untuk pemandu Grab belum wujud lagi, dan di luar sana tiada insurans kereta terbaik untuk
pemandu Grab.Sebuah artikel Free Malaysia Today “Pemandu Grab telah diarahkan untuk
membuat laporan peribadi untuk tuntutan insurans” menceritakan di mana tuntutan insurans
seorang pemandu Grab ditolak kerana keretanya digunakan untuk memandu Grab. Apabila
anda menggunakan kenderaan anda untuk tujuan komersial, maka anda perlu dapatkan
insurans yang berbeza, yang dikenali sebagai insurans komersial. Kesemua teksi dan bas
mempunyai insurans komersial. Nilai insurans komersial jauh lebih mahal berbanding kereta
peribadi. Hal ini kerana kereta tersebut lebih kerap berada di atas jalan risiko terlibat dalam
kemalangan adalah lebih tinggi. Walau bagaimanapun, untuk membeli insurans kereta
komersial untuk pemandu Grab sambilan adalah terlalu mahal. Jadi pada awalnya,
kebanyakan pemandu mengambil risiko dan memandu Grab dengan insurans kereta peribadi
yang biasa.

4.2 INSURANS E-HAILING

Kini, Grab telah menjadi satu perkara biasa dan sudah serasi dengan infrastruktur rakyat di
Malaysia. Sekarang terdapat banyak tempat yang telah menawarkan ruang khas untuk
pemandu Grab menghantar dan mengambil pelanggan di mana-mana pun. Kini syarikat-
syarikat insurans dan takaful juga telah mengikut trend baru ini dengan menyediakan insurans
peribadi yang membolehkan seorang pemandu Grab sambilan untuk dilindungi sepenuhnya.
Insurans baru ini telah dikenali sebagai e-hailing.

4.3 PERLINDUNGAN MELALUI INSURANS E-HAILING

e-Hailing telah menyediakan insurans Kemalangan Peribadi kepada setiap pemandu Grab
atau Uber di Malaysia ini supaya jika berlaku kemalangan yang teruk, ahli keluarganya akan
dapat diberikan duit yang mencukupi untuk membiasakan diri dengan suasana kehidupan
yang baru. Namun hal demikian, hanya terdapat 3 syarikat insurans dan takaful sahaja yang
menawarkan insurans untuk pemandu Grab atau Uber secara atas talian (online). Ini kerana,
ada juga beberapa syarikat lain yang telah menyediakan perlindungan untuk setiap pemandu-
pemandu Grab atau Uber di Malaysia ini tetapi untuk membeli penambahan tersebut, mereka
perlu menghubungi ejen insurans. Sebagai contoh, Chubb Insurance Malaysia Berhad
menawarkan e-hailing di laman web mereka, tetapi mereka tidak menyediakan kaedah untuk
membeli secara atas talian (online).

12
1. Berjaya Sompo Motor e-Hailing
2. MSIG Motor e-Hailing e-Zee
3. Etiqa Malaysia e-Hailing

5.0 PINDAAN UNDANG-UNDANG UNTUK PARA PEKERJA DI MALAYSIA

5.1 CADANGAN AGAR AKTA PEKERJA DISEMAK SEMULA

Terdapat tiga cadangan dari saya yang berkaitan dengan Seksyen 14 Akta Kontrak 1950 iaitu,

5.1.1 Seksyen 15 Akta kontrak 1950 iaitu unsur paksaan.

Sebelum ini kes Chin Nam Bee Development Sdn. Bhd yang menentang Tai Kim Choo &
Ors (1988). Melalui kes ini, pihak responden telah membeli rumah tertentu yang bakal dibina
oleh pihak pemaju iaitu (pemerayu). Di dalam kes ini kedua-dua belah pihak telah
menandatangani perjanjian jual beli rumah yang berharga RM29,500. Pihak pemerayu
kemudian telah mengarahkan pihak responden untuk membayar sejumlah wang tambahan
sebanyak RM4,000 dan jika pihak responden gagal untuk berbuat demikian, pihak pemerayu
akan membatalkan tempahan mereka untuk rumah berkenaan. Di dalam kes ini, pihak
mahkamah telah memutuskan bahawa bayaran tambahan adalah tidak dibuat secara sukarela
tetapi di atas paksaan pemerayu. Hal demikian pihak mahkamah telah memerintahkan
pemerayu untuk memulangkan pihak responden untuk bayaran tambahan yang dibuat.

Oleh kerana hal tersebut terjadi, oleh itu saya mencadangkan pengecualian boleh diberi
kepada keadaan seperti membatal atau menahan atas sebab yang munasabah dan berpatutan.
Seperti kes di atas sekiranya perayu meminta responden untuk membayar RM4000 untuk
bayaran tambahan seperti bayaran kepada peguam, bayaran ‘legal fee’, ‘stamp duty’ selepas
tandatangan ‘sales and purchase agreement’.

5.1.2 Seksyen 17 Akta Kontrak 1950, unsur tipuan ataupun fraud.

Penambahan yang saya yang kedua ialah cadangan terhadap salah tafsir maksud ayat di
dalam kontrak oleh satu pihak ataupun kedua-dua pihak, semasa membuat perjanjian dan
bukannya penipuan kerana tiada niat untuk menipu atau memperdayakan pihak lain.

5.1.3 Seksyen 21,22,23 Akta Kontrak 1950, unsur khilaf.

13
Di dalam cadangan ketiga saya ialah proses pembentukan bermula dengan penyediaan oleh
salah satu pihak yang berkontrak di mana tidak ada proses rundingan yang dibuat oleh pihak
lain. Ini adalah di mana peluang digunakan untuk memperkenalkan terma yang tidak adil
bahawa satu pihak menyebelahi yang lain. Saya mencadangakn penggunaan pihak ketiga
dalam proses penyediaan kontrak yang menjaga kebajikan semua pihak dengan adil dan
saksama dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Proses pembentukan bermula dari segi
penyediaan kontrak patut dibuat oleh pihak ketiga seperti peguam yang diupah untuk
membentuk proses rundingan yang dibuat untuk menjaga kepentingan masing-masing dan
adil.

(Jumlah Patah Perkataan 2770)

6.0 REFERENSI

1. Kay,S. 10 Undang-undang dan hak pekerja di Malaysia yang wajib anda tau. Sumber
daripada https://iluminasi.com/bm/10-hak-undang-undang-pekerja-di-malaysia-yang-anda-
wajib-tahu.html

2. Unknown. AKTA DAN UNDANG-UNDANG PEKERJAAN DI MALAYSIA. Sumber


daripada http://sarjana.tripod.com/undang1.html/AKTA-DAN-UNDANG-UNDANG-PE
%2509ERJAAN-DI-MALAYSIA

3. Ismail, N. Undang-Undang Buruh Di Malaysia: Akta Kerja 1955. Sumber daripada


https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-di-malaysia-akta-
pekerjaan-1955

4. Zurainny, I. Hak Pekerja Terhadap Kontrak Pekerjaan Bertulis. Sumber daripada


https://dululainsekaranglain.com/human-resources/hak-pekerja-terhadap-kontrak-pekerjaan-
bertulis

5. Shazilda, S. Definisi 'Pekerja' dalam konteks Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan
Perusahaan 1967, Ordinan Buruh Sabah, Ordinan Buruh Sarawak. Sumber daripada
https://www.researchgate.net/publication/327861388_Definisi_'Pekerja'_dalam_konteks_Akt
a_Kerja_1955_Akta_Perhubungan_Perusahaan_1967_Ordinan_Buruh_Sabah_Ordinan_Buru
h_Sarawak

14
6. CPL. Undang-Undang Buruh Di Malaysia : Akta Kerja 1955. Sumber daripada
http://chiewpl.blogspot.com/2016/11/undang-undang-buruh-di-malaysia-akta.html

15

You might also like