You are on page 1of 14

BBSB4103

OUM BUSINESS SCHOOL

BBSB4103

PENGURUSAN SILANG BUDAYA

MAY SEMESTER 2019

NAMA : NORMAFARAH NADIA BT MUHD NORILLAH

NO. MATRIK : 950621035580001


NO.KP : 950621-03-5580
NO. TEL : 0112-9414871
E-MEL : nornadia2015@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KELANTAN

1
BBSB4103

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
dapatlah saya menyiapkan tugasan projek ini bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan
Subjek BBSB4103 (PENGURUSAN SILANG BUDAYA)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada iaitu tutor yang telah
banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan
dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga yang
banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan tugasan projek ini.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya
sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan ini.

2
BBSB4103

1.0 PENGENALAN

Budaya memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan jaringan sosial. Tugasan pada
kali ini akan membincangkan silang budaya dua buah negara iaitu Turki dan Brazil. Budaya
bermaksud pola pemikiran secara holistik, perasaan atau tindakan dari satu kelompok sosial
yang lain. Antara istilah yang digunakan untuk menyebut keseluruhan pola dalam kajian
budaya ialah the collective mental programming atau disebut software of mind. Perkataan
budaya itu sendiri berasal dari ‘Sanskrit’ dan ‘Melayu’ yang membawa maksud ‘Kecergasan
Fikiran Dan Akal’. Selain itu pengertian budaya juga membawa maksud kekuatan tenaga,
kuasa atau pengaruh semula jadi bagi menjana pemikiran mereka.

Budaya juga sesuatu kelompok terbentuk dalam lingkungan sosial atau dipanggil mental
programs ialah seperti negara, tempat kerja, daerah, sekolah, rumahtangga dan lain-lain lagi.
Selain itu budaya dapat dikelompokkan ke dalam berbagai tingkatan diantaranya ialah daerah,
gender, generasi, nasional, kelas sosial, organisasional atau perusahaan.

1.1 Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang terdapat dalam kajian ini ialah :

1. Menghuraikan Pengenalan yang jelas terhadap negara Turki dan Brazil


2. Menganalisis ciri-ciri budaya untuk NEGARA ke-1 berdasarkan lima isu iaitu nilai,
gaya komunikasi, motivasi, kepimpinan dan struktur organisasi.
3. Menganalisis ciri-ciri budaya untuk NEGARA ke-2 berdasarkan lima isu iaitu nilai,
gaya komunikasi, motivasi, kepimpinan dan struktur organisasi.
4. Mengenalpasti perbandingan ciri-ciri kebudayaan pelajar (nilai, gaya komunikasi,
motivasi, kepimpinan dan struktur organisasi).

3
BBSB4103

1.2 Latar Belakang Dua Buah Negara Yang Dipilih

Tugasan ini saya khususkan pada budaya masyarakat yang berada di Negara-negara
tersebut. Salah satunya ialah Turki, secara rasmi dipanggil Republik Turki (bahasa Turki:
Türkiye Cumhuriyeti), ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara
benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan
bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Manakala
Negara kedua ialah Brazil yang merupakan nama rasmi: Republik Persekutuan Brazil (Bahasa
Portugis: República Federativa do Brasil, Mengenai audio ini dengar (bantuan·maklumat),
ialah negara terbesar di Amerika Selatan, dan juga negara kelima terbesar di dunia, dari segi
keluasan geografi dan jumlah keluasan dengan lebih 190 juta orang penduduk. Brazil
merupakan berbahasa Portugis yang tunggal di benua Amerika, dan yang terbesar di dunia.

Negara 1 : TURKI

Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Yunani di barat;
Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara.
Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean
di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi
untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki
merupakan sebuah negara rentas benua.Kawasan yang terdiri daripada Turki moden telah
melihat kelahiran peradaban-peradaban utama, termasuk Empayar Byzantine dan Empayar
Turki Uthmaniyyah. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua,
budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering
diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban. Dengan kewujudan kawasan yang
kuat dari Adriatik ke China di dalam jalur tanah di antara Rusia dan India, Turki telah
memperoleh kepentingan strategik yang semakin bertumbuh.

Turki berada pada 71.1 tahun untuk lelaki dan 75.3 tahun untuk wanita, atau purata 73.2 tahun
untuk seluruh umat.Pendidikan adalah wajib dan percuma untuk anak-anak berumur 6 hingga
15 tahun. Kadar celik huruf ialah 96% untuk lelaki dan 80.4% untuk wanita, dengan purata
keseluruhan 88.1%.Peratusan yang agak rendah untuk wanita terutamanya disebabkan oleh
adat resam kaum Arab dan Kurdi yang tertumpu di kawasan tenggara negara

4
BBSB4103

Selain itu, Turki ialah sebuah republik berperlembagaan yang demokratik, sekular, dan satuan.
Sistem politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk
selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, akibat Perang Dunia I. Sejak itu, Turki telah
beransur-ansur bergabung dengan Barat sementara menjalin hubungan dengan dunia Timur.

Negara ini ialah salah satu ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, dan Pertubuhan
Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, serta negara ahli Majlis Eropah sejak tahun 1949, dan
NATO sejak tahun 1952.Sejak tahun 2005, Turki adalah satu-satunya negara Islam pertama
yang berunding menyertai Kesatuan Eropah, setelah merupakan ahli bersekutu sejak tahun
1963. Turki juga merupakan ahli negara perindustrian G20 yang mempertemukan 20 buah
ekonomi yang terbesar di dunia.tersebut.

Negara 2 : BRAZIL

Wilayah Brazil meliputi sebahagian kawasan besar sepanjang pantai timur Amerika
Selatan, dan merangkumi sebahagian besar pedalaman benua.Brazil bersempadan darat dengan
Uruguay di selatan; Argentina dan Paraguay di barat daya; Bolivia dan Peru di barat; Colombia
di barat laut; dan Venezuela, Suriname, Guyana dan wilayah Guiana Perancis di utara. Brazil
bersempadan dengan setiap negara di Amerika Selatan kecuali Ecuador dan Chile. Wilayah
Brazil juga merangkumi beberapa kepulauan di lautan, seperti Fernando de Noronha, Atol
Rocas, Kepulauan St Peter dan St Paul, dan Trindade and Martim Vaz..Saiz, bentuk muka
bumi, iklim, dan sumber alamnya menjadikan Brazil sebuah negara yang berkepelbagaian
geografi. Termasuk sekali pulau-pulaunya di Lautan Altantik, Brazil terletak di antara garisan
lintang 6°U dan 34°S, dan garis bujur 28° dan 74°B.

Brazil merupakan ekonomi negara terbesar di Amerika Latin, ekonomi kelapan terbesar di
dunia pada kadar tukaran pasaran, dan yang ketujuh terbesar dari segi pariti kuasa beli, menurut
Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia. Brazil mengamalkan ekonomi pasaran
bebas dan kaya sekali dengan sumber alam. Ekonomi Brazil diramalkan menjadi antara lima
ekonomi terbesar di dunia pada puluhan tahun akan datang, ekoran kenaikan KDNK per kapita.
KDNK (PPP) per kapita semasa ialah $10,200, maka Brazil berada di tangga ke-64 menurut
data Bank Dunia. Brazil mempunyai sektor-sektor pertanian, perlombongan, perkilangan dan
perkhidmatan yang besar dan maju, di samping bekalan tenaga manusia yang besar
sekali..Peningkatan eksport Brazil telah melahirkan satu generasi usahawan yang baru.

5
BBSB4103

2.0 CIRI-CIRI CIRI BUDAYA TURKI

Budaya Turki merupakan sekumpulan unsur-unsur yang sangat beranekaragam yang


telah diturunkan dari berbagai macam budaya Mediterania Timur (Asia Barat) dan Asia Tengah
dan sedikit dipengaruhi oleh tradisi-tradisi Eropa Timur dan Kaukasus. Banyak dari tradisi-
tradisi ini pada mulanya dibawa serta oleh Kesultanan Utsmaniyah, sebuah negara yang multi-
etnis dan multi-agama. Pada tahun-tahun permulaan republik, pemerintah menggelontorkan
sejumlah besar sumber daya terhadap seni rupa seperti lukisan, ukiran, dan arsitektur. Ini
dilakukan sebagai proses modernisasi dan penciptaan jati diri kebudayaan kerana adanya
faktor-faktor kesejarahan yang berze-beza mendefinisi jatidiri bangsa Turki, budaya Turki
memadukan upaya-upaya yang jelas akan modernisasi dan Westernisasi yang diterima secara
bertahap sejak dasawarsa 1700-an, dengan keinginan yang serentak untuk memelihara nilai-
nilai kesejarahan dan keagamaan tradisional.

Nilai merujuk pada idea abstrak yang dianggap betul dan diterima pakai oleh kumpulan seperti
sikap terhadap keadilan, kebebasan individu, kebenaran, kejujuran, kesetiaan, tanggungjawab
bersama, peranan wanita, cinta, seks dan perkahwinan (Hill, 2010). Manakala di Negara Turki
pula masyarakat mereka kaya dengan kepelbagaian budaya yang berupa campuran pelbagai
unsur tradisi dan budaya Turkik Oğuz, Anatolia, Uthmaniyyah (yang berupa kesinambungan
budaya Yunanu-Rom dan Islam) dan Barat, bermula dengan Pembaratan Empayar
Uthmaniyyah dan masih berterusan hingga kini. Campuran ini berpunca daripada hasil
pertemuan kaum dan budaya Turki dengan kaum-kaum yang tinggal di laluan mereka sewaktu
berhijrah dari Asia Tengah ke Barat.

Setelah Turki berjaya dalam transformasi daripada bekas Empayar Uthmaniyyah yang
berasaskan agama kepada negara moden yang amat menekankan pemisahan agama dan
kerajaan, maka munculnya banyak lagi gaya kesenian di negara ini. Pada zaman awal republik,
kerajaan melaburkan banyak sumber kepada bidang seni halus, dengan membuka muzium,
teater, dewan opera dan sebagainya. Pelbagai faktor sejarah memainkan peranan-peranan
penting dalam membentuk jati diri Turki moden. Kebudayaan Turki merupakah hasil usaha
membina negara Barat yang "moden" sambil memelihara nilai-nilai tradisional dan sejarah

6
BBSB4103

Unsur-unsur seni bina yang terdapat di Turki juga bukti kepada campuran unik tradisi-tradisi
yang mempengaruhi negara ini selama berabad-abad lamanya. Selain unsur-unsur Byzantium,
juga terdapat banyak tinggalan seni bina Uthmaniyyah dengan campuran tradisi setempat dan
Islam yang tersergam indah di merata negara, di samping juga beberapa bekas wilayah
Uthmaniyyah. Mimar Sinan disanjungi sebagai jurubina terunggul pada zaman klasik seni bina
Uthmaniyyah. Sejak abad ke-18, seni bina Turki semakin dipengaruhi oleh gaya Barat,
terutamanya di Istanbul di mana letaknya bangunan-bangunan lama seperti Istana Dolmabahçe
dan Çırağan terletak seiring dengan pencakar langit moden, semuanya melambangkan tradisi
berbeza.

Selain itu, Turki juga merupakan sastera dan contoh terbaik campuran pengaruh budaya yang
terhasil daripada interaksi antara Empayar Uthmaniyyah dan dunia Islam dengan Eropah, maka
menyumbang kepada adunan tradisi Turkik, Islam dan Eropah in modern-day Turkish music
and literary arts. Kesusasteraan Turki banyak dipengaruhi oleh kesusasteraan Parsi dan Arab
sepanjang zaman Uthmaniyyah, tetapi menjelang akhir zaman itu, khususnya selepas zaman
Tanzimat, kesan tradisi rakyat Turki dan sastera Eropah makin terasa. Campuran pengaruh
budaya didramakan, sebagai contoh, dalam bentuk "lambang baru pertembungan dan
perselangan budaya" yang dilaksanakan dalam karya-karya Orhan Pamuk, pemenang Hadiah
Nobel dalam Kesusasteraan 2006. Menurut hasil tinjauan awam Konda, 70% rakyat Turki tidak
pernah membaca buku. Selain itu, Bahasa Turki pada mulanya berasal dari Asia Tengah
dimana mereka yang disebut kelompok Oguz berpindah hingga ke jazirah Anatolia, Asia Kecil.
Bahasa cabang Oguz ini lambat laun berubah. Kelompok Oguz ini menyebar mulai Anatolia
hingga Selat Bosporus.

Dari segi cara komunikasi berkesan di Negara Turki ialah mereka kerap menggunakan cara
untuk memanggil seseorang dengan gaya berbudi Bahasa dan mengikut budaya mereka dengan
sebut nama di ikuti sebutan “bhai” di belakang. Contohnya Yusof Bhai, Ahmad Bhai.
Manakala bagi perempuan pula disebut nama dan diikuti kata nama Hanum dibelakang .
Contoh nya Aminah Hamun, Fidah Hanum. Lebih kurang macam budaya kita juga bila ingin
menunjukan hormat kepada orang lain,kita akan memnggunakan panggilan abang atau akak di
depan nama, Cuma di Negara Mereka diterbalikan panggilan hormat di belakang nama.Selain
tu, Salah satu cara komunikasi berkesan dengan warga Turki adalah dengan menyentuh bahu
atau mencuit lengan mereka. Mereka lebih mudah tersenyum dan melayan kita apabila
disentuh. Tapi kenalah sesama jenis. Lelaki perempuan yang bukan mahram tentulah tidak
boleh.

7
BBSB4103

Seterusnya dari segi motivasi Negara Turki merupakan salah satu negara yang menitiberatkan
tentang hal hubungan kekeluargaan. Sebagai contoh mereka menghormati yang lebih tua dan
saling mendukung dalam segala hal. Orang tua mendukung anak-anak mereka secara baik
sampai mereka menikah,namun diharapkan keluarga baru boleh memperoleh penghasilan yang
cukup dalam kehidupan mereka.

Dari segi kepimpinan pula, Turki ialah sebuah Negara republik sejak 9julai 2018. Sejak
penubuhan republic pada 1923, Turki telah mengembangkan tradisi sekular yang kukuh.
Perlembagaan Turki mentadbir undang-undang negara dan menggariskan rukun-rukun utama
kerajaan serta menetapkan Turki sebuah negara yang berpusat. Selain itu, Hak mengundi
sejagat untuk kedua-dua jantina telah dilaksanakan di seluruh Turki sejak tahun 1933. Setiap
warganegara Turki yang mencapai usia 18 tahun berhak untuk mengundi. Pada tahun 2004,
terdapat 50 parti politik yang berdaftar di negara. Mahkamah Perlembagaan boleh menarik
balik pembiayaan awam parti politik yang didapatinya anti-sekular atau pemisah, ataupun
mengharamkan kewujudannya sama sekali.

Struktur organisasi di Turki adalah sebuah negara mengutamakan nilai keamanan, saling
menyayangi, persaudaraan, mengutamakan kebajikan, bekerjasama dan solidariti melebihi
kepentingan nasional, Tambahan pula, semakin bangkit dari segi kemajuan dan pertumbuhan
ekonomi selain beridentiti sebagai negara Islam manakala demokrasi diamalkan secara
harmoni, mendukung prinsip kebebasan, menggerakkan ruang sfera diplomatik yang semakin
luas dan menjalin hubungan rapat dengan dunia Barat.

Selain itu, Pada 17 Oktober 2008, Turki dipilih untuk menjadi seorang ahli bukan tetap Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Satu lagi aspek penting dalam hubungan
luar Turki ialah hubungannya dengan Amerika Syarikat. Atas dasar ancaman bersama dari
Kesatuan Soviet, Turki menyertai NATO pada tahun 1952 untuk mengeratkan hubungan dua
hala dengan Washington sepanjang Perang Dingin. Dalam suasana pasca–Perang Dingin,
kepentingan geostrategik Turki beralih ke arah kehampirannya dengan Timur Tengah,
Kaukasus dan Balkan. Sebagai balasan, Turki mendapat faedah daripada sokongan politik,
ekonomi dan diplomasi Amerika Syarikat, termasuk isu-isu utama seperti bidaan Turki untuk
menyertai EU.

8
BBSB4103

3.0 CIRI-CIRI CIRI BUDAYA BRAZIL

Republik Federal Brasil (bahasa Portugis: República Federativa do Brasil) adalah


negara paling besar dan paling banyak penduduknya di Amerika Selatan. Negara ini merupakan
negara paling timur di Benua Amerika dan berbatasan dengan Pegunungan Andes dan Samudra
Atlantik. Nama Brasil diambil dari nama kayu brasil, sejenis kayu lokal. Brasil merupakan
tempat pertanian ekstensif dan hutan hujan tropis. Sebagai bekas koloni Portugal, bahasa resmi
Brasil adalah bahasa Portugis. Selain itu, Brasil juga sebagai penghasil kopi terbesar di dunia.

Bahasa rasmi Brazil ialah bahasa Portugis yang dituturkan oleh hampir seluruh penduduk dan
hampir-hampir menjadi satu-satunya bahasa yang digunakan dalam akbar, radio dan tujuan
perniagaan. Ada satu pengecualian di kawasan perbandaran São Gabriel da Cachoeira yang
mana bahasa pribumi Nheengatu diberi status rasmi bersama bahasa Portugis. Brazil
merupakan satu-satunya negara berbahasa Portugis di benua Amerika, maka bahasa ini menjadi
lambang identiti kebangsaan yang penting buat Brazil yang memberikan budaya negara yang
berbeza daripada negara-negara jiran yang berbahasa Spanyol.

Selain bahasa Portugis, tidak kurang juga bahasa minoriti yang dituturkan oleh warga Brazil.
180 bahasa Amerindian dituturkan di kawasan terpencil, manakala ada beberapa lagi bahasa
yang digunakan oleh golongan pendatang dan para pewarisnya. Terdapat komuniti penutur
bahasa Jerman (terutamanya Hunsrückisch, sebuah loghat Jerman Tinggi) dan Itali
(terutamanya loghat Talian yang berasal dari bahasa Venice) yang ramai di selatan negara,
tetapi kedua-duanya dipengaruhi oleh bahasa Portugis. Brazil ialah negara pertama di Amerika
Selatan yang menawarkan pelajaran Esperanto kepada pelajar sekolah tinggi.

Kebudayaan teras Brazil berasal dari budaya Portugis kerana pertalian yang kukuh dengan
empayar Portugis. Antara pengaruh yang dibawakan oleh Portugis termasuk bahasa Portugis,
agama Katolik Rom dan gaya seni bina kolonial. Selain itu, budaya Portugis juga kuat
dipengaruhi oleh budaya dan tradisi Afrika, pribumi dan Eropah. Sesetengah aspek kebudayaan
Brazil yang dipengaruhi oleh sumbangan pendatang Itali, Jerman dan bangsa-bangsa Eropah
lain yang tiba beramai-ramai di kawasan Selatan dan Tenggara Brazil.

9
BBSB4103

Selain itu, Kebudayaan Brazil merupakan kebudayaan bahawa dari negara penjajahnya iaitu
Portugal yang terbentuk seperti negara latin namun ada juga yang menyatu dengan
kebudayaaan khas brazil seperti Tarian Samba.Salah satu nilai yang diamalkan oleh
masyarakat brazil dalah orang-orang yang sangat ramah dan tidak ingin mengecewakan orang
lain dengan mengatakan TIDAK. Sebaliknya, mereka membuat janji-janji yang tidak jelas
tanpa perlu merencanakan untuk mempertahakannya. Meskipun awalnya mengelirukan, itu
hanya cara bersosialisasi.

Dari segi pemerintahan Brazil Brazil adalah sebuah negara Republik berperlembagaan adalah
sebuah negara, di mana ketua negara dan pegawai-pegawai lain adalah wakil rakyat dan perlu
memerintah mengikut undang-undang perlembagaan yang ada yang mengehadkan kuasa
kerajaan atas semua warganya. Kerana ketua negara adalah dipilih rakyat, ia adalah republik
dan bukan monarki. Tambahan pula, Brazil terbesar yang terletak di benua Amerika Selatan.
Sebagai negara bekas jajahan Portugal, Brazil banyak mengamalkan budaya dari negara
Portugal, termasuk bahasa rasmi nasional Brazil juga yang menggunakan Bahasa Portugis
walaupun negara-negara di sekitar Brazil menggunkan bahasa Spayol sebagai bahasa
rasminya.
Walaupun sebenarnya setelah mendapat kemerdekaan dari Portugis pada 7 September 1822
Brazil telah menganut sistem pemerintahan monarki, sebuah sistem pemerintahan yang
berdasarkan sistem pemerintahan kerajaan.Selain itu, Brazil merupakan peneraju politik dan
ekonomi di Amerika Latin.Bagaimanapun, masalah sosial dan ekonomi menghalangnya
daripada menjadi sebuah kuasa global yang berkesan. Sejak Perang Dunia Kedua hingga 1990,
kerajaan demokratik mahupun tentera ingin meluaskan pengaruh Brazil di dunia dengan
mengejar dasar industri pimpinan negara dan dasar luar negara yang bebas. Baru-baru ini,
negara ini berusaha mengukuhkan hubungan dengan negara-negara lain di Amerika Selatan,
serta menjalin diplomasi pelbagai hala melalui PBB dan Pertubuhan Negara-Negara Amerika.

10
BBSB4103

4.0 PERBANDINGAN CIRI-CIRI KEBUDAYAAN NEGARA TURKI DAN BRAZIL

Kebudayaan yang antara lain terdiri produk-produk budaya seperti bahasa, cara hidup,
sistem kepercayaan, adat resam, komunikasi dan sebagainya terbentuk hasil hubungan manusia
dengan persekitaran masing-masing dan keupayaan potensi diri yang mereka dimiliki.
umumnya, manusia pelbagai ras, kaum atau etnik dengan perbezaan latar belakang sosiobudaya
ini, bertemu dan hidup dalam wilayah yang sama hingga membentuk masyarakat yang plural.
secara mudah, keadaan ini disebut sebagai kepelbagaian budaya.

Setiap negara mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dari segi pelbagai jenis
budaya. Berdasarkan kajian yang telah dibincangkan budaya Negara Turki dan Brazil dari segi
nilai integriti budaya di turki adalah sangat tinggi kerana di Negara mereka adalah sangat aman
dan bebas dari amalan rasuah yang tidak dibenarkan oleh Kerajaan negara tersebut, sekiranya
ada yang terlibat dengan rasuah akan dikenakan tindakan keras. Menurut Kamus Dewan
Bahasa integriti bermaksud kejujuran dan ketulusan,kesempurnaan, dan keutuhan. Ia juga
berkait rapat dengan keikhlasan, keterbukaan,ketelusan, dan amanah.

Namun berbeza dengan Negara brazil adalah rendah, maka berlaku banyak rasuah dikalangan
pekerja dan pelanggan, Sebagai contoh di Brazil pernah timbul masalah integriti yang
melibatkan barangan mengeskport daging ke Negara luar. Pihak Kedutaan Brazil
memaklumkan hanya 21 loji sedang disiasat dan di bawah pemantauan ketat oleh pihak
berkuasa Brazil. Malah, 21 loji ini juga sudah digantung dari mengeksport.Hal ini telah
menimbulkan masalah dalam nilai budaya di negara mereka. Maka untuk mempersiapkan diri
untuk berkerja dalam situasi yang berbeza ini haruslah sentiasa mengikut undang-undang yang
telah ditelah di tetapkan oleh syarikat. Walau di negara mana kita berkhidmat, sikap jujur dan
amanah adalah sangat penting.

Dari segi gaya komunikasi sesebuah negara adalah sangat penting. Menurut Achmad S. Ruky,
komunikasi merupakan proses pemindahan dan pertukaran pesan, dimana pesan ini dapat
berbentuk fakta, gagasan, perasaan, data atau informasi dari seseorang kepada orang lain.
Proses ini dilakukan dengan tujuan untuk mempengaruhi dan/ atau mengubah informasi yang
dimiliki serta tingkah laku orang yang menerima pesan tersebut. Perbezaaan antara dua buah
ini dapat dilihat apabila masyarakat di Negara Turki adalah sangat peramah dan sangat
mementingkan tata tertib serta rendah diri. Brazil merupakan sebuah Negara yang
mengamalkan gaya komunikasi dua hala, maka pengurus memberi arahan dan sedia menerima
maklumbalas daripada pekerja-pekerja yang mempunyai ruang untuk mereka memberi

11
BBSB4103

sebarang cadangan atau pandangan mereka kepada pengurus atau pihak pengurusan atasan.
Bagi pendapat pengkaji, bagi mempersiapkan diri untuk bekerja dalam situasi di Negara Turki
adalah tidak sukar dan harus mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh sesebuah
syarikat yang mereka bekerja. Manakala berbeza pula budaya berkomunikasi di Brazil kerana
budaya komunikasi mereka adalah sangat baik yang menggunakan gaya komunikasi dua hala.
Hal ini membantu pekerja untuk bersuara sekiranya berlaku sebarang masalah.

Pendekatan melalui budaya ini membantu dalam memperlihatkan budaya kerja yang bersih dan
sejahtera melalui sifat yang ditekankan ini. Ia memberikan individu itu sifat yang baik dalam
melaksanakan kerja dan memastikan pelanggan atau orang sekelilingnya berasa selesa dengan
kehadiran individu tersebut (Uygur, 2009). Manakala berbeza dengan gaya komunikasi
masyarakat di Brazil yang dahulunya mempunyai undang undang sendiri.

Dari segi masa pula, Orang-orang dari budaya Turki sangat menghargai waktu,karena bagi
mereka waktu itu penting maka dari itu mereka selalu menghargai waktu dan selalu tepat
waktu. Sedangkan budaya Brazil yang jarang menghargai waktu,contohnya mereka akan
lambat. Dalam hal membuat perjanjian biasanya mereka hadir tidak sesuai waktu yang
dijanjikan. Untuk mempersiapkan diri dalam situasi ini, pengkaji haruslah sentiasa menepati
masa ketika mereka berkerja di Negara Turki kerana budaya mereka adalah sangat menitik
berat akan masa.

Dilihat dari beberapa perbezaaan diatas, hal ini membuktikan budaya Turki maupun Brazil
adalah sangat berbeza. Tetapi keduanya sama-sama memiliki kekurangan dan kelebihan.
Budaya Brzil unggul dalam hal teknologi dan kemajuannya. Sedangkan Turki unggul dalam
hal moral, adatistiadat, dan sopan santun.Perbezaan kita seharusnya saling menghargai akan
perbezaan itu dan kita boleh mengambil nilai-nilai positif yang ada di kedua budayaan tersebut
untuk kita menjadi lebih baik sebagai masyarakat dunia.

12
BBSB4103

5.0 KESIMPULAN

Kadangkala bila melibatkan budaya ada yang mengaitkan dengan perbezaan budaya dari segi
nilai, gaya komunikasi serta struktur organisasi yang berbeza di antara Negara Turki dan Brazil,
walaupun ada setengahnya mempunyai budaya yang berbeza-beza namun keadaan ini akan
mengembangkannya di generasi yang berikutnya. Contohnya budaya Cina adalah unik
berbanding dengan budaya Asia Barat. (Moorey, 2012). Teori Kohlberg dinilai paling
konsisten dengan teori ilmiah, pek untuk mendedahkan kemampuan seseorang dalam membuat
pemikiran juga pertimbangan moral dan bercirikn perkembangan moral. Kelebihan teori ini
adalah boleh mendorong seseorang individu berfikir secara rasional dan logik dalam membuat
keputusan berasaskan norma-norma dan nilai-nilai yang baik dalam masyarakat.

Hasil dari kajian dan perbincangan yang telah dibentangkan dalam kajian ini berkaitan dengan
perbezaan dua buah negara ini membuktikan budaya Turki dan Budaya Brzail mempunyai gaya
budaya yang tersendri tetapi keduanya sama-sama memiliki kelebihan dan kekuranganmasig-
masing. Perbezaan dari dua kebudayaan ini haruslah diambil secara positif yang ada untuk
melahirkan masyarakat yang berbeza kaum.

13
BBSB4103

6.0 RUJUKAN

Connor, Alana. 2009. It’s not about the Work Ethic. Stanford Social Innovation

Review. Vol. 7 (4): 1. Gibson, J. L., Ivancevich, J. M., Donnelly, J. H., & Konopaske, R. 2011.
Organizations: Behaviour, Structure, Processes. (14th ed.). Boston: McGraw-Hill. Leat, M., &
El-Kot, G. 2009. Interpersonal Trust At Work, Intrinsic Motivation, Work-Related Tension
And Satisfaction In Egypt. International Journal of Workplace Health Management. Vol. 2(2):
180

194. Luthans, F. 2006. Organizational Behaviour (11th ed.). New York: McGraw-Hill.

Universiti Sabancı (2005). "Geografi Turki". Universiti Sabancı. Dicapai 13 Disember 2006.

Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Ataturk tidak disediakan

Jay Shaw, Stanford (1977). History of the Ottoman Empire and Modern Turkey. Cambridge
University Press. ISBN 0-5212-9163-1. Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna
|author=) (bantuan)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (3 Julai 2006). "Pertumbuhan keahlian Pertubuhan


Bangsa-Bangsa Bersatu (1945-2005)". Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dicapai 30
Oktober 2006. Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "Turkey_UN" defined multiple times with
different content

Pertubuhan Persidangan Islam (2006). "Keahlian OIC". OIC. Dicapai 30 Oktober 2006.

OECD (2006). "Keahlian OECD". OECD. Dicapai 30 Oktober 2006.

14

You might also like