You are on page 1of 10

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS

SEPTEMBER 2021

BBSB4103

PENGURUSAN SILANG BUDAYA

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnianya dapat juga saya menyempurnakan
tugasan bagi subjek Pengurusan Silang Budaya – BBSB4103 ini.

Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada E-tutor OUM iaitu
Pn Daria Gom di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam forum serta banyak
membantu dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya saya ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekuliah dalam e-forum bagi
memperolehi data dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberi.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri dan anak-anak
tercinta ibu bapa dan mertua yang dikasihi yang pemudahcara dan memberi sokongan moral
yang tidak terhingga sampai saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini
juga saya tujukan kepada rakan-rakan sepejabat dan kepada semua pihak yang telah terlibat
sama ada secara langsung dan tidak langsung. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah
saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan semua tugasan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.


BBSB4103
1.0 PENGENALAN

1.1. NEGARA MALAYSIA

Secara rasminya Negara Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan


persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah
persekutuan yang menduduki bumi berkeluasan 330,803 kilometer persegi. Negara
Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang bersempadan Laut China Selatan iaitu
Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia yang dikenali sebagai Malaysia Barat dan
Malaysia Timur. Negara Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Negara Thailand,
Negara Indonesia dan Negara Brunei serta juga berkongsi sempadan laut dengan Negara
Singapura dan Negara Filipina. Ibu Negara Malaysia ialah Kuala Lumpur manakala
Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009 Negara Malaysia
diduduki oleh 28 juta penduduk dan pada tahun 2021 dianggarkan telah mencecah lebih
30 juta orang yang menduduki di Negara Malaysia. Negara Malaysia berakar-umbikan
kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar
British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama yang dikenali sebagai Negeri-Negeri
Selat. Selain itu, semenanjung Negara Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah
Melayu atau dipanggil Malaya yang pertama kali disatukan di bawah komanwel pada
tahun 1946 sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun
1957 Semenanjung Malaysia mencapai Kemerdekaan dan bebas daripada penjajah dan
sekali gus menjadi catatan sejarah terpenting bagi Negara Malaysia. Pada tahun 1963,
Tanah Melayu bersatu bersama dengan Sabah, Sarawak dan Negara Singapura bagi
membentuk sebuah Negara yang dikenali sebagai Negara Malaysia. Pada tahun 1965,
Negara Singapura keluar dari persekutuan tanah melayu untuk membentuk negara kota
yang bebas. Semenjak itu, Negara Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di
rantau Asia dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) kira-
kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya. Ekonomi negara yang selama ini
dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor ukur tanah, sains,
kejuruteraan, pendidikan, pelancongan, perkapalan, perdagangan dan perubatan. Ketua
Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong iaitu raja elektif yang terpilih dan diundi
dari kalangan sembilan raja-raja di negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana
Menteri. Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster dan
sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris. Negara Malaysia
1
BBSB4103
terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika serta mempunyai
kepelbagaian flora dan fauna. Selain itu juga, Negara Malaysia ialah sebuah negara
perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam dan
juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel dan
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

1.2. NEGARA JEPUN


Negara Jepun ialah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah
barat Lautan Pasifik dan di sebelah timur Laut Jepun serta berjiran dengan Republik
Rakyat China, Korea dan Rusia. Pulau paling utara terletak di Laut Okhotsk dan wilayah
paling selatan pula merupakan sekelompok pulau kecil di Laut China Timur iaitu
kawasan selatan Okinawa yang berjiran dengan Negara Taiwan, Negara Malaysia, Negara
Singapura dan Negara Indonesia. Negara Jepun terdiri daripada 6,852 pulau yang
membentuk segugusan kepulauan. Pulau-pulau utama dari utara ke selatan ialah
Hokkaido, Honshu iaitu pulau terbesar sekali di Negara Jepun, Shikoku dan Kyushu.
Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya.
Sebahagian besar pulau di Negara Jepun bergunung-ganang dan sebahagian di antaranya
merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialah Gunung Fuji yang merupakan
sebuah gunung berapi. Penduduk Jepun berjumlah 128 juta orang menjadikannya negara
ke-10 paling ramai penduduknya di dunia. Selain itu, bilangan penduduk di Negara Jepun
dianggarkan sekitar 127,614 juta orang. Masyarakat di Negara Jepun adalah homogen
dari segi etnik, budaya dan bahasa, dengan bilangan pekerja asing yang sedikit. Di
kalangan penduduk minoriti yang kecil di Negara Jepun terdapat orang Korea Zainichi,
Cina Zainichi, orang Filipina, Brazil dan Peru. Perubahan dalam struktur demografi
menimbulkan beberapa masalah sosial terutamanya kecenderungan menurunnya bilangan
tenaga kerja dan meningkatnya perbelanjaan kebajikan sosial seperti pencen di Negara
Jepun. Selain itu juga, Tokyo merupakan ibu Negara Jepun yang bertaraf "kawasan
metropolitan". Tokyo Raya ialah sebutan untuk Tokyo dan beberapa bandaraya lain yang
berada di wilayah-wilayah sekelilingnya. Sebagai daerah metropolitan yang terluas di
dunia, Tokyo Raya diduduki lebih 30 juta orang. Selain itu, menurut Perlembagaan Jepun
tahun 1947, Negara Jepun ialah sebuah negara raja berperlembagaan di bawah pimpinan
Maharaja. Sebagai kuasa ekonomi utama di Negara Jepun ianya memiliki ekonomi ketiga
yang terbesar dari segi KDNK mahupun parioriti kuasa beli. Negara Jepun ialah sebuah

2
BBSB4103
negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Negara Jepun juga dilengkapi
dengan sistem pertahanan yang cukup canggih dari segi teknologi seperti AEGIS serta
sebuah armada kapal pembinasa yang sangat besar. Dalam perdagangan luar negeri,
Negara Jepun merupakan negara pengeksport keempat terbesar dan negara pengimport
keenam terbesar di dunia. Sebagai negara maju, penduduk di Negara Jepun menikmati
taraf hidup yang tinggi dan menduduki tempat ke-8 dalam indeks pembangunan manusia
dan usia jangka hayat tertinggi di dunia. Dalam bidang teknologi juga, Negara Jepun ialah
negara termaju didalam bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik. Negara Jepun
mengamalkan sistem negara raja berperlembagaan yang amat mengehadkan kuasa
Maharaja Jepun. Sebagai ketua negara istiadat, kedudukan Maharaja Jepun diatur dalam
perlembagaan sebagai "lambang kenegaraan dan penyatu rakyat". Kuasa pemerintah
terletak di tangan Perdana Menteri Jepun dan anggota terpilih Parlimen Jepun, sementara
kedaulatan sepenuhnya berada di tangan rakyat Jepun.

2.0 ANALISIS EMPAT VARIASI BUDAYA NEGARA MALAYSIA

Empat variasi budaya di Negara Malaysia ialah melalui variasi bahasa, variasi masa,
variasi tingkah laku sosial dan variasi jarak dan ruang. Variasi yang pertama di Negara
Malaysia ialah variasi bahasa. Bahasa adalah suatu yang sangat penting untuk seseorang
bertutur. Di dalam Negara Malaysia bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Menurut
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali
juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan
peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kepentingannya sebagai bahasa ilmu
yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran telah membawa kepada pewartaan Akta
Pendidikan 1961 (Pindaan 1996). Namun pada masa yang sama, masyarakat pelbagai kaum
di Negara Malaysia bebas menggunakan bahasa lain seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina
dan bahasa Tamil oleh orang India. Selain itu bahasa Inggeris masih mendominasi bahasa
perdagangan dan perindustrian negara. Kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya
menguasai bahasa-bahasa antarabangsa yang lain khususnya untuk bidang pelancongan dan
perdagangan antarabangsa. Bahasa pertuturan adalah elemen yang utama di dalam mana-
mana budaya. Hal ini menunjukkan bahawa budaya Negara Malaysia adalah berbeza
daripada negara lain. Jika ada dua bahasa yang digunakan didalam satu negara ini bermakna
ada dua budaya yang berbeza di negara itu. Walau bagaimanapun budaya kedua-dua negara
3
BBSB4103
yang berbeza tidak semestinya sama meskipun mereka bertutur dalam bahasa yang sama.
Sebagai contohnya, Melayu di Negara Brunei dan Melayu di Negara Malaysia bertutur
menggunakan bahasa yang sama tetapi budaya kedua-dua negara itu adalah berbeza. Variasi
budaya di Negara Malaysia yang kedua ialah variasi masa. Di dalam variasi budaya di
Negara Malaysia ialah masa ada sesuatu waktu yang sangat berharga dan setiap perniagaan
yang di jalankan di Negara Malaysia mestilah menepati masa untuk memajukan perniagaan
mereka. Bak kata pepatah peribahasa melayu “masa itu emas” jangan kita buang masa kerana
masa yang lepas tidak akan berulang kembali. Di Negara Malaysia masyarakat mengamalkan
budaya polikronik. Budaya Polikronik menjadi amalan rata-rata masyarakat di Negara
Malaysia kerana masyarakat di Negara Malaysia boleh membuat banyak kerja didalam satu
masa. Sebagai contohnya, masyarakat di Negara Malaysia mudah diganggu oleh perkara-
perkara yang tidak dijadualkan dan komited dengan waktu serta mereka komited dalam
menjaga hubungan dan persahabatan. Rancangan dan penjadualan boleh berubah bila-bila
masa. Variasi budaya di Negara Malaysia yang ketiga pula ialah variasi tingkah laku dan
sosial. Dalam konteks budaya, tingkah laku dan sosial antara manusia turut diatur
berdasarkan kepada umur, jantina, status, kekeluargaan, kekuasaan dan kebijaksanaan. Bagi
budaya di Negara Malaysia, cara melayan dan dilayan bergantung kepada kedudukan sosial.
Sebagai contohnya, tanda hormat kepada orang yang lebih tua ialah orang tua diberi peluang
untuk bercakap terlebih dahulu. Begitu juga dengan panggilan hormat atau sistem sapaan
bagi masyarakat Melayu. Panggilan hormat digunakan sesuai dengan pertalian hubungan
antara manusia. Contoh lainnya, bagi negara yang mempunyai budaya konteks rendah,
hubungan anak dan ibu bapa bersifat lebih horizontal. Anak apabila telah mencapai tahap
dewasa mereka bebas dalam pergaulan sosial dan ada autoriti sendiri. Bagi budaya Malaysia
pula, hubungan anak dan ibu bapa lebih bersifat vertical iaitu anak akan mendapatkan restu
dan pendapat daripada ibu bapa tentang sesuatu perkara walaupun anak telah mendirikan
rumah tangga dan boleh membuat keputusan sendiri. Variasi budaya Malaysia yang keempat
ialah jarak dan ruang. Di Negara Malaysia penggunaan ruang juga akan menentukan hierarki
sosial. Penggunaan ruang adalah berbeza dalam konteks antara budaya Malaysia. Ada budaya
cenderung berinteraksi dalam jarak yang rapat walaupun kurang mengenali antara satu sama
lain. Sesetengah budaya pula, beranggapan bahawa jarak yang dekat adalah tidak disenangi
dan dianggap sebagai pelanggaran ruang peribadi.

4
BBSB4103
3.0 ANALISIS EMPAT VARIASI BUDAYA NEGARA MALAYSIA

Empat variasi budaya di Negara Jepun pula ialah melalui variasi bahasa, variasi masa,
variasi tingkah laku sosial dan variasi jarak dan ruang. Dialek bahasa Jepun ialah variasi
bahasa Jepun yang berbeza-beza menurut pemakai dan daerahnya di Jepun. Bahasa Jepun
yang menjadi lingua franca di Negara Jepun disebut hyojungo atau kyotsugo yang awalnya
didasarkan pada dialek Tokyo. Dalam bahasa Jepun dialek disebut (-ben) sehingga dikenali
sebagai sebutan Osaka-ben, Nagoya-ben dan sebagainya. Selain disebut Kyoto-ben, dialek
Kyoto secara khusus disebut Kyo-kotoba. Selain itu, dialek-dialek bahasa Jepun
menggunakan perbendaharaan kata ekspresi, aksen dan intonasi yang khas mengikut daerah
yang berada di Negara Jepun. Bahasa yang dipakai orang Jepun di Prefektur Okinawa dan
Kepulauan Amami Prefektur Kagoshima adalah bahasa Ryukyu yang termasuk rumpun
bahasa Japonik seperti bahasa Jepun. Walaupun begitu, bahasa Ryukyu sering disebut dialek
Ryukyu kerana memang tiada perbezaan yang jelas antara bahasa dan dialek. Variasi budaya
di Negara Jepun yang kedua ialah melalui variasi masa. Seperti yang kita ketahui isu
ketepatan masa di Negara Jepun bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan masyarakat
mereka. Bagi budaya di negara lain, isu ini dipandang remeh sehingga menyusahkan ramai
orang dalam pelbagai isu dari temujanji romantis hingga mesyuarat-mesyuarat yang penting.
Berlainan pula di Negara Jepun, masyarakat mereka amat menepati masa sehingga menjadi
budaya dan norma masyarakat mereka sehingga hari ini. Jika masyarakat di Negara Jepun
sukar menepati masa di sana, hukuman dan pelbagai bentuk penghinaan diambil kepada
masyarakat mereka. Variasi budaya yang ketiga di Negara Jepun ialah tingkah laku sosial.
Budaya tunduk memberi hormat, tidak bising dan bercakap kuat di khalayak ramai,
mementingkan kebersihan, budaya mengucap selamat pagi atau minta maaf dan terima kasih
menunjukkan kemesraan dan hormat dalam kalangan masyarakat di Negara Jepun.
Masyarakat di Negara Jepun menghargai alam semula jadi, mengamalkan kitar semula dan
melakukan sesuatu dengan teliti serta banyak lagi aktiviti dan tingkah laku yang
menunjukkan masyarakat di Negara Jepun itu menghormati dan menghargai sesama manusia
yang boleh dicontohi. Dalam komuniti akademik, misalnya makmal yang produktif
menghasilkan banyak penerbitan, inovasi dan penyelidikan yang berkualiti jelas
menunjukkan sifat hormat, kerjasama, penghargaan, disiplin, kerja kuat dan ketelitian
bekerja. Variasi budaya di Negara Jepun yang keempat pula ialah variasi jarak dan ruang. Di
dalam budaya masyarakat di Negara Jepun mereka mementingkan penjarakan perbualan
apabila berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, masyarakat di Negara Jepun

5
BBSB4103
memastikan mereka menjarakkan diri mereka emapat atau lima kaki ketika mengadakan
perbincangan. Mereka lebih selesa berbincang di dalam kedudukan yang berjarak daripada
berbincang secara berdekatan.

4.0 PERBEZAAN VARIASI BUDAYA DALAM MEMPENGARUHI KOMUNIKASI


SILANG BUDAYA DITEMPAT KERJA DI NEGARA MALAYSIA DAN NEGARA
JEPUN

5.0 KESIMPULAN

Komunikasi adalah pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan


sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau sebaliknya
melalui simbol atau isyarat bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi diantara kedua-dua
buah negara iaitu Negara Malaysia dan Negara Jepun. Komunikasi silang budaya mempunyai
tiga dimensi iaitu identifikasi kelompok budaya, konteks interaksi dan saluran komunikasi.
Di dalam konteks komunikasi silang budaya ianya perlu ada kesedaran terhadap budaya
negara lain agar perkongsian nilai, interaksi dan komunikasi menjadi lebih mudah dan pada
masa yang sama matlamat organisasi berasaskan perniagaan tercapai. Selain itu, Pengetahuan
tentang komunikasi silang budaya banyak membantu dalam mencapai matlamat khususnya
dalam konteks komunikasi perniagaan yang merentasi komunikasi silang budaya.
Mempelajari komunikasi silang budaya amat penting agar kita dapat menyedari tentang bias
budaya sendiri, lebih peka terhadap budaya negara lain, memperoleh kapasiti untuk terlibat
dengan anggota budaya lain bagi memupuk hubungan harmoni dan kerjasama yang erat
dalam perniagaan. Walaupun banyak perbezaan-perbezaan variasi budaya dalam
mempengaruhi komunikasi silang budaya diantara Negara Malaysia dan Negara Jepun kita
dapat mempelajari bahawa kepentingan untuk mengetahui pelbagai budaya di negara lain
adalah sangat penting untuk kita melebarkan sayap perniagaan didalam perniagaan
antarabangsa. Kebolehan dan kemampuan berinteraksi dalam konteks silang budaya
merupakan suatu kelebihan dan menjadikan seseorang itu istimewa dan boleh bekerja
walaupun dalam kelompok budaya bangsa lain.

6
BBSB4103

2719 PATAH PERKATAAN

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

1. Modul Open University Malaysia (OUM), April 2014, BBSB4103

2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Jepun

3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

4. https://ms.wikiqube.net/wiki/Intercultural_communication

5. http://www.ukm.my/jurfpend/jurnal%202012/JP36(1)%20Chap%205new.pdf

6. http://oliy777.blogspot.com/2016/02/komunikasi-silang-budaya-peranan-dan.html

7. https://livejapan.com/ms/article-a0000689/

8. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30118?language=my

9. https://ms.what-this.com/224412/1/dialek-bahasa-jepun.html

7
BBSB4103

You might also like