You are on page 1of 1

Apa itu Nutrien?

Terdapat pelbagai jenis nutrien yang terkandung di dalam sesuatu makanan yang kita
makan dalam sehari. Namun tahukah kita apakah sebenarnya yang dikatakan dengan istilah nutrien ini? Nutrien sebenarnya satu komposisi kimia yang berada di dalam sesuatu bahan makanan. Makanan yang kita makan boleh diibaratkan sebagai agen perantara yang bertindak menyampaikan bahan kimia tersebut kepada tubuh badan kita.

Nutrien

yang diperlukan oleh tubuh badan kita boleh dikategorikan kepada 5

kumpulan iaitu protein,

karbohidrat, lemak, vitamin dan garam

minarel. Nutrien-nutrien inilah yang membantu tubuh badan kita supaya sentiasa
sihat dan cergas sepanjang masa.

Bagaimana nutrien terhasil?? Nutrien terhasil daripada gabungan elemen-elemen seperti karbon, oksigen, hidrogen, nitrogen dan sulfur.
Pengambilan nutrien untuk tubuh badan perlulah seimbang iaitu dalam kuantiti tertentu. Pengambilan makanan yang seimbang ini boleh diterjemahkan sebagai diet

seimbang. Segala jenis nutrient yang kita makan akan dicernakan oleh badan kita melalui satu tindak balas kimia iaitu metabolisma.
Disediakan oleh: Alif Ismail 4 comments E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

You might also like