You are on page 1of 24

BAB 2

SEJARAH TEORI PENGURUSAN

‘ABDULLAH KHAIRI BIN MOHD ASRI


PENGENALAN
• Amalan pengurusan dapat dikesan sejak pembinaan piramid di antara tahun 500
dan 525 S.M. Piramid Cheop meliputi keluasan 13 ekar dan didirikan dengan
menggunakan 2.3 juta bongkah batu yang setiap satu secara purata beratnya 2.5
tan.
• Satu pencapaian yang mengagumkan, bagaimana untuk menguruskan 100,000
pekerja untuk membinanya yang memakan masa 20 tahun.
• Penulis bidang pengurusan yang terkenal, Peter Drucker mengatakan bahawa
mereka yang terlibat dalam pembinaan piramid di Mesir merupakan pengurus
terbaik dalam sejarah (Kantrow, 1986).
• Sekitar tahun 3,000 S.M., bangsa Sumeria mula menggunakan token (tanda) dan
merekodkan jumlah ternakan dan bijirin mereka. Ini membuatkan mereka
bangsayang cekap menguruskan perniagaan semasa zaman mereka
• Tembok Besar Cina merupakan bukti tentang projek tamadun purba yang
memperlihatkan amalan tahap pengurusan yang tinggi.
• Kemajuan pengurusan telah melalui beberapa evolusi dan semasa Revolusi Industri
(1750-1900), pengurusan mengalami perubahan dramatik dengan tumpuan kepada
pekerja mahir. Penemuan kuasa stim dan elektrik merevolusikan industri dan
memperkenalkan kaedah pengeluaran besar-besaran.
• Para pengurus perlu mengkoordinasi kerja-kerja yang berbeza dan menentukan
prestasi keseluruhan yang maksimum oleh pekerja.
• Pada tahun 1881, penampilan secara rasmi kepada pengurusan bermula apabila
Joseph Wharton menyumbangkan $100,000 kepada Universiti Pennsylvania untuk
melatih pelajar dalam bidang pengurusan. Pada tahun 1886, Henry R Towne (1844-
1924), Presiden Syarikat Pembuatan Yale & Towne, menyeru supaya penampilan
sistematik perlu dalam pengurusan.
• Seorang berkelulusan kejuruteraan, beliau membentangkan kertas kerja bertajuk
“Jurutera Sebagai Ahli Ekonomi” kepada Persatuan Jurutera Mekanikal Amerika.
Beliau menekankan mengurus pekerja dan proses kerja adalah sama penting
dengan kerja kejuruteraan yang menumpukan pada mesin.
• Beliau mempertikaikan bahawa pengurusan seharusnya diiktiraf sebagai satu
cabang pengajian dengan mempunyai persatuan profesional, jurnal dan penulisan
tersendiri, bagi membolehkan pertukaran idea dan membangunkan idea
pengurusan.
PENDEKATAN KLASIK
• Aliran pengurusan klasik terdiri dari dua aliran pemikiran: Pengurusan Pentadbiran dan
Pengurusan Saintifik.
• Pengurusan pentadbiran menumpukan kepada keseluruhan organisasi dengan bagaimana
untuk diurus dan distrukturkan. Ahli perniagaan Perancis, Henri Fayol dan tokoh Jerman, Max
Webber merupakan penyumbang utama aliran Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Klasik.
• Pengurusan Saintifik menumpukan kepada aplikasi kaedah saintifik untuk meningkatkan
kecekapan dan produktiviti pekerja. Penyumbang utama Pengurusan Saintifik ialah Frederick
Winslow Taylor, seorang pekerja yang menggunakan kaedah analisis saintifik dan kajian untuk
mengenal pasti cara meningkatkan produktiviti pekerja. Individu-individu lain yang turut
menyumbang adalah Henry Gantt, Frank dan Lilian Gilbreth.
Pengurusan Pentadbiran
• Henri Fayol (1841-1925), seorang jurutera lombong berbangsa Perancis yang
menjadi ahli perniagaan dan pengurus yang berjaya diakui sebagai pengasas Teori
Organisasi Klasik.
• Henri dianggap bapa teori Pengurusan Pentadbiran yang menumpukan pada
perkembangan prinsip pentadbiran yang luas untuk tahap pengurusan am dan
pengurusan tinggi.
• Beliau membahagikan semua aktiviti organisasi perniagaan kepada enam bidang
seperti di bawah:
• Fayol berpendapat prinsip pengurusan ini dapat digunakan secara sejagat termasuk organisasi bukan
keuntungan seperti ketenteraan, rumah ibadat, kelab dan persatuan. Berasaskan pengalamannya yang
luas, Fayol mencadangkan 14 prinsip yang boleh diterima pakai secara berkesan sebagai panduan am
untuk amalan dan proses pengurusan. Prinsip-prinsip ini adalah:
1.Pembahagian Kerja/Tugas
Meningkatkan tahap kepakaran dalam pekerjaan individu akan memberikan tahap kecekapan yang
tinggi.
2. Kuasa dan Tanggungjawab
Para pengurus mempunyai kuasa untuk memberi arahan dan memastikan arahanarahan dipatuhi. Ini
adalah sepadan dengan tanggungjawab pengurus, di mana kuasa dan tanggungjawab saling
bergandingan.
3. Disiplin
Pekerja harus patuh kepada peraturan dan prosedur untuk mengawal kelakuan dan sikap.
4. Kesatuan Arahan (Unity of Command)
Untuk sebarang tugasan, seorang pekerja harus menerima arahan dari seorang ketua sahaja untuk
mengelakkan konflik dan kekeliruan.
5. Kesatuan Haluan
Setiap kumpulan kerja atau jabatan seharusnya beroperasi di bawah seorang pengurus.
6. Pengasingan Kepentingan Individu Demi Kepentingan Organisasi
Para pekerja mesti meletakan objektif dan kepentingan organisasi melebihi kepentingan diri.
7. Ganjaran
Para pekerja hendaklah dibayar gaji yang setimpal dan diterima oleh kedua-dua pihak iaitu pekerja dan
syarikat.
8. Pemusatan Kuasa (Centralisation)
Memberi kuasa kepada orang bawahan dalam proses membuat keputusan adalah mengurangkan
pemusatan kuasa (decentralisation), manakala mengurangkan tanggungjawab mereka adalah pemusatan
kuasa (centralisation). Cabaran kepada para pengurus adalah untuk mengimbangkan di antara
mengurangkan pemusatan kuasa (decentralisation) dan pemusatan kuasa (centralisation) bergantung
kepada keadaan dan pekerja dalam setiap kes.
9. Rangkaian Skala (Hierarki Kuasa)
Susun atur hierarki kuasa dari atas ke bawah yang jelas pada carta organisasi akan mengelakkan
kekeliruan dan konflik. Komunikasi organisasi seharusnya mengikut skala ini.
10. Susun atur (Order)
Setiap sesuatu ada tempatnya dan seharusnya berada dalam tempatnya. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan
dan konflik. Penempatan pekerja hendaklah berdasarkan kelulusan, setiap pekerja harus menjalankan kerja yang
sesuai dengan dirinya.
11. Ekuiti (Keadilan dan kesaksamaan)
Pengurus harus bertindak secara adil dan saksama terhadap orang bawahannya.
12. Kestabilan Pekerja
Kadar tukar ganti pekerja yang tinggi menandakan ketidakcekapan. Tukar ganti pekerja yang rendah bermakna
tenaga kerja yang stabil. Dengan hormatmenghormati terutama kepada pekerja yang lama berkhidmat, para
pengurus mewujudkan suasana yang terjamin, mengurangkan kadar tukar ganti dan mengekalkan pekerja yang
mahir.
13. Inisiatif
Pekerja bawahan yang diberi peluang untuk menggunakan idea mereka semasa bekerja akan membuat mereka
bekerja lebih kuat. Para pengurus menggalakkan inisiatif, memajukan dan melaksanakan rancangan.
14. ‘Esprit De Corps’
Menggalakkan semangat kerjasama membina harmoni, menggalakkan usaha koordinasi dan menghasilkan
kesatuan organisasi.
Sumbangan
1. Pemikiran klasik ini mewujudkan kesedaran di kalangan para perancang bahawa ada
prinsip pengurusan tertentu yang dapat diaplikasikan untuk pengurusan yang berkesan,
bukan sahaja dalam perniagaan tetapi juga dalam lain-lain bidang.
2. Pemikiran ini mengasingkan sesetengah bidang yang masih relevan hari ini seperti
pembahagian pekerja dan perlaksanaan kuasa pengurusan.
Kekangan / Kelemahan
1. Kritikan utama pemikiran klasik ini datang dari mereka yang mempercayai bahawa
persekitaran perniagaan terlalu dinamik untuk menerima pakai teori ini. Sebagai contoh,
kuasa formal pengurus susah dilaksanakan dengan tenaga kerja sekarang yang berpendidikan
tinggi dan kurang memberi tindak balas positif terhadap kepemimpinan autokratik.
2. Teori klasik ini terlalu umum, sebagai contoh, para pekerja mungkin melapor kepada lebih
daripada seorang pengurus dan teori ini tidak menjelaskan pengurus mana mempunyai kuasa
mutlak.
PENGURUSAN SAINTIFIK
• Frederick Winslow Taylor (1856-1915) dianggap sebagai bapa Pengurusan
Saintifik. Sepanjang kerjayanya selama 26 tahun, beliau telah melakukan satu siri
kajian atas tiga syarikat: Midvale Steel, Simonds Rolling Machine dan Bethlehem
Steel.
• Semasa bertugas sebagai Ketua Jurutera di Midvale Steel Company, Taylor telah
membuat beberapa sumbangan di bawah Pengurusan Saintifik.
1. Kajian Masa dan Pergerakan (Time and Motion Studies)
Tidak seorang pun mengetahui berapa banyak kerja yang boleh dilakukan oleh seorang
pekerja biasa. Oleh sebab itu, Taylor telah melakukan kajian masa dan pergerakan, di mana
setiap pergerakan kerja diukur menggunakan jam randik dan pergerakan yang minima dalam
masa yang minima melakukan sesuatu tugas. Hasil kajian ini, maka wujud kaedah terbaik
untuk melakukan sesuatu tugas.
2. Perbezaan Gaji (Differential Pay)
Di bawah rancangan ini, pekerja menerima gaji biasa jika hanya dapa menghasilkan jumlah
unit yang ditentukan. Pekerja menerima gaji yang lebih tinggi jika melebihi kuota yang
ditentukan. Kaedah ini dipercayai dapat memotivasikan pekerja.
3. Perubahan Mendadak Cara Penyeliaan (Drastic Reorganisation of Supervision)
Taylor mencadangkan sesuatu kerja dirancang oleh penyelia tetapi dilaksanakan oleh pekerja
mengikut caranya tersendiri. Beliau mencadangkan harus ada seorang penyelia untuk setiap
tugas khas. Penyelia harus memberi arahan kepada pekerja berdasarkan bidang kepakaran
mereka.
4. Pengambilan dan Latihan Pekerja Secara Saintifik
Taylor menekankan keperluan untuk pemilihan dan kemajuan pekerja secara
saintifik. Pengurusan seharusnya membangunkan dan melatih setiap pekerja bagi
menghasilkan yang terbaik, melakukan tugas pada tahap yang lebih tinggi, lebih
menarik dan lebih menguntungkan dari masa yang lalu.
5. Perhubungan dan Kerjasama yang Baik Antara Pengurus dengan Pekerja
Taylor mencadangkan suatu “revolusi mental” untuk pekerja dan pengurusan.
Kedua-dua pihak mempunyai tujuan yang sama iaitu meningkatkan produktiviti
supaya bersama-sama mengaut keuntungan.
Sumbangan
1. Teori Pengurusan Saintifik membawa ke arah perkembangan teknik produksi yang cekap melalui Kajian Masa dan
Pergerakan.
2. Penekanan terhadap pemilihan pekerja secara saintifik menyedarkan kepentingan keupayaan dan latihan dalam
meningkatkan keberkesanan pekerja.
3. Perkembangan dalam mereka bentuk kerja menyebabkan para pengurus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan
sesuatu tugas.
Kekangan / Kelemahan
1. Kepercayaan Taylor bahawa insentif ekonomi adalah cukup kuat untuk memotivasikan pekerja meningkatkan
produktiviti terbukti salah. Manusia mempunyai banyak lagi keinginan selain dari wang yang boleh mendorongnya,
sekurang-kurangnya selepas melebihi tahap keperluan asas.
2. Kajian Masa dan Pergerakan (Time and Motion Studies) Taylor bukan bersifat saintifik sepenuhnya. Ini adalah kerana
kajian masa yang dibuat oleh dua orang pengkaji untuk satu tugas yang sama kemungkinan berbeza. Kita tidak boleh
mengatakan bahawa wujud ‘satu cara terbaik’ kerana dua individu tidak boleh dijangkakan melakukan satu tugas yang
sama mempunyai rentak, tumpuan pada tugas dan tahap pembelajaran yang sama.
3. Memisahkan perancangan dan perlaksanaan kerja mengakibatkan monotoni (kebosanan) kerja dan menjadi tidak
menarik.
4. Kemajuan dalam kaedah kerja, peralatan dan mesin berkualiti menghapuskan keperluan sebahagian pekerja, yang sukar
mendapat pekerjaan lain disebabkan kemahiran mereka yang terhad.
TEORI PENGURUSAN DARI
PERSPEKTIF ISLAM
• Teori pengurusan Islam telah wujud sejak zaman kelahiran Tamadun Islam.
• Pelbagai teori pengurusan Islam diambil serius oleh sarjana barat pada abad ke-
19.
• Sumber utama teori pengurusan Islam berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.
TAKRIF PENGURUSAN DARI
PERSPEKTIF ISLAM
• Proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara
fitrah melalui dan bersama dengan orang lain secara syura dalam usaha untuk mencapai objektif
kerja secara berkesan dengan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dan adil
dalam persekitaran dinamik yang sentiasa berubah bagi mencapai al-falah di dunia dan di akhirat.
• “Allah mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian urusan itu naik kepada-Nya dalam
satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu” (Surah As-Sajda: ayat 5)
• Di dalam Islam, konsep ad-Din diguna pakai. Seseorang Islam tidak kira pekerja atau pengurus
wajib mempraktikkan cara hidup syumul berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
PENGURUSAN ISLAM
• Pengurusan Islam tidak menolak bulat- bulat pengurusan moden. Pada era ini
banyak pengurus Islam keliru dalam meletakkan pengurusan moden mengikut
acuan Islam.
• Implikasi pengurusan antaranya:
1. Tanpa pengurusan, organisasi tidak dapat beroperasi.
2. Pengurusan perlu agar kerja cekap dan betul. 2
3. Pengurusan membantu organisasi mencapai objektif.
4. Pengurusan perlu bagi organisasi menangani perubahan.
5. Pengurusan merupakan tuntutan fardhu kifayah dalam mencapai al-falah.
PEMIKIR DALAM PENGURUSAN ISLAM
PEMIKIR DALAM PENGURUSAN ISLAM
CONTOH PENGURUSAN ISLAM
Lembaga Tabung Haji
Berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia ke Mekah pada
setiap tahun dan merupakan institusi kewangan meguruskan perbelanjaan pergi dan
balik dari Mekah.
Konsep Pengurusan Tabunghaji
1. Perancangan
2. Penyusunan
3. Kepimpinan
4. Pengawasan
PERANCANGAN
• Tabung Haji menetapkan visi dan misi koporat atau lebih kepada objektif dan hala tuju
sesebuah syarikat.
• Visi ; Tonggak Kejayaan Ekonomi Ummah; Pengurusan Haji Terbilang
• Misi : Dalam mencapai visi TH,
1. Memperkasakan Ekonomi Ummah
2. Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global Dan Lokal Bagi Pertumbuhan
Berterusan
3. Menggembleng Dan Memperkaya Modal Pendeposit
4. Memberikan Perkhidmatan Cemerlang Yang Berterusan
5. Memudah Dan Menyempurnakan Urusan Jemaah Ke Arah Haji Mabrur
6. Memberi Pulangan Yang Kompetitif, Halal dan Toyyiban
PENYUSUNAN
• TH diterajui oleh lapan jabatan yang masing-masing mempunyai fungsi tersendiri yang disusun secara
sistematik dan teratur bagi menjamin perkhidmatan yang cekap dan efisyen bagi setiap pihak samada
pelanggan ataupun anggota.
• Antara jabatannya ialah:
1. Jabatan Khidmat Pendeposit dan Operasi
2. Jabatan Haji
3. Jabatan Pelaburan
4. Jabatan Kewangan Korporat dan Perkhidmatan
5. Jabatan Sumber Manusia
6. Jabatan Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran
7. Jabatan Kewangan
8. Jabatan Teknologi Maklumat bagi membantu Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pengawai
Eksekutif
KEPIMPINAN
• Ahli lembaga Pengarah diberi kuasa dibawah Seksyen 4(1) Akta tabung Haji 1995.
Jenis kuasa pemimpin: 1. Kuasa sah 2. Kuasa ganjaran 3. Kuasa kepakaran 4.
Kuasa rujukan
PENGAWASAN
• Bertindak untuk melahirkan anggota yang komited dan cemerlang. Oleh itu,
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua eksekutif dipertanggugjawabkan untuk
menyelia tujuh kawalan dibawahnya dan memantau permasalahan yang berlaku di
setiap jabatan dan menerima arahan daripada ahli lembaga pengarah Lembaga
Tabung Haji.
• Antara contoh pengawasan: 1. Penugasan autoriti 2. Lini dan staf 3. Jangkauan
kawalan 4. Rantaian arahan

You might also like